kajian penyelidikan 2014nnnn

18
kajian penyelidikan 2014 kajian penyelidikan 2014 Thursday, May 22, 2014 KRL3033 - KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK KEBERKESANAN PENGUASAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM MEMBANTU MENGUASAI TAJUK PELAJARAN SAINS DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID MUSLIM BIN HJ. TAMSIR D20102005350 NAMA TUTOR E-LERNING : DR RAZAK ABD. SAMAD BIN YAHYA Abstrak Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks memerlukan kemahiran pemikiran dan penaakulan yang tinggi agar dapat diproses dengan teknologi multimedia merentasi pelbagai displin ilmu yang ada pada dewasa ini. Penggunaan perisian multimedia merupakan satu medium dan juga cara penyampaian pengajaran konvensional kepada model baharu pengajaran dan pembelajaran berasaskan pelajar. Menurut Sharifah Maimunah (2003), Pengarah Pusat Perkembangan, menyatakan bahawa bermula daripada tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik telah diajar di dalam bahasa Inggeris. Justeru, dengan adanya teknologi maklumat (ICT), ianya dapat memberikan satu kelebihan kepada pelajar mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat membuat pencarian ilmu tersebut daripada pelbagai sumber yang kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Inggeris. Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang paling penting ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Dalam konteks pendidikan negara pada Muslim bin Hj. Tamsir View my complete profile About Me 2014 (1) May (1) <!--[if !mso]>v\:* {behavior:url(#default#VML);}o\... Blog Archive More Next Blog» Create Blog Sign In

Upload: darminladiro

Post on 06-Feb-2016

62 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

Page 1: kajian penyelidikan 2014nnnn

kajian penyelidikan 2014kajian penyelidikan 2014

T h u r s d a y , M a y 2 2 , 2 0 1 4

KRL3033 - KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK

KEBERKESANAN PENGUASAAN TEKNOLOGIMAKLUMAT DALAM MEMBANTU MENGUASAI TAJUK

PELAJARAN SAINS

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID

MUSLIM BIN HJ. TAMSIR D20102005350

NAMA TUTOR E-LERNING : DR RAZAK ABD. SAMAD BINYAHYA

Abstrak

Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks memerlukan kemahiranpemikiran dan penaakulan yang tinggi agar dapat diproses dengan teknologimultimedia merentasi pelbagai displin ilmu yang ada pada dewasa ini. Penggunaan perisian multimedia merupakan satu medium dan juga carapenyampaian pengajaran konvensional kepada model baharu pengajarandan pembelajaran berasaskan pelajar. Menurut Sharifah Maimunah (2003),Pengarah Pusat Perkembangan, menyatakan bahawa bermula daripadatahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik telah diajar di dalam bahasa Inggeris. Justeru, dengan adanya teknologi maklumat (ICT), ianyadapat memberikan satu kelebihan kepada pelajar mendalami ilmupengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat membuat pencarian ilmutersebut daripada pelbagai sumber yang kebanyakannya ditulis di dalamBahasa Inggeris. Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang paling penting ke arahmerealisasikan Wawasan 2020. Dalam konteks pendidikan negara pada

Muslim bin Hj. Tamsir

View my complete profile

About Me

▼ 2014 (1)

▼ May (1)

<!--[if !mso]>v\:*{behavior:url(#default#VML);}o\...

Blog Archive

More Next Blog» Create Blog Sign In

Page 2: kajian penyelidikan 2014nnnn

dewasa ini, ia merupakan suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan memainkan peranan penting bagimenjana pertumbuhan ekonomi yang cergas, mempertingkatkan daya saingnegara dan menambah baik kualiti hidup penduduk sesebuah negara.

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK 1Isi kandungan 2BAB 1 - PENDAHULUAN 41.1 Pengenalan 41.2 Latar Belakang Kajian 61.3 Pernyataan Masalah 81.4 Kerangka Konseptual 101.5 Objektif Kajian 101.6 Persoalan Kajian 111.7 Hipotesis Kajian 111.8 Signifikan Kajian 111.9 Pengoperasian Definisi 121.10 Skop dan BatasanKajian 131.11 Rumusan 14

BAB 2 - KAJIAN LITERATUR 152.1 Latar Belakang Pendidikan Sains di Malaysia 152.2 Teori dan konsep yang berkaitan 17

2.2.1 Pembelajaran inkuiri. 17 2.2.2 Pembelajaran konstruktivisme 182.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Pelajar dan Guru 182.4 Kajian-kajian Lepas 202.5 Kesimpulan 22

BAB 3 - METODOLOGI PENYELIDIKAN 233.1 Pendahuluan 233.2 Kaedah Penyelidikan 233.3 Populasi Dan Sampel Kajian 253.4 Instrumen Kajian 253.5 Kaedah PengumpulanData 263.6 AnalisisData 273.7 Kesimpulan 28

Page 3: kajian penyelidikan 2014nnnn

BAB 1PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkanmasyarakat dan Negara dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Salah satutujuan pendidikan adalah untuk mengoptimalkan kemampuan anak didik danmembantu mengembangkan kemampuan yang sempurna secara fizikal,intelektual, dan emosi. DePorter (1992) dalam teori beliau “QuantumLearning” menyatakan bahawa manusia memiliki potensi untuk berkembanghampir tidak terbatas. Namun kita hanya memanfaatkan sebahagian kecilsahaja kemampuan tersebut “we live only small part of the life we are given”.Ini disebabkan kita tidak mempunyai kaedah dan media yang tepat untukmengembangkan kemampuan tersebut. Perkembangan media akhir-akhir inisangat memberangsangkan dengan kemunculannya teknologi multimedia.Kehadiran media ini diharapkan mampu mengembangkan potensi anakdidiknya secara optimal dan menjadikan proses belajar mengajar menjadilebih berkesan.

Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yangamat pesat sekali. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusanuntuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis danbermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah PendidikanKebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan seperti yangdihasratkan itu, pendidikan Sains dalam Kurikulum Bersepadu SekolahRendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbangdari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pelbagai kaedah baru telahdiperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadilebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna.

Penggunaan bahan multimedia merupakan satu isu yang amat pentingdibincangkan dalam pendidikan literasi masa kini. Jika suatu ketika dahuluguru lebih banyak bergantung kepada bahan yang diambil daripada bukuteks, akhbar, majalah, buku rujukan dan pelbagai bahan bercetak untuk

Page 4: kajian penyelidikan 2014nnnn

membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kiniteknologi multimedia telah merubah teknik pengajaran guru di bilik darjah. Multimedia ialah satu perkataan yang sering kita dengar pada masasekarang apabila kita memperkatakan tentang komputer, lebih-lebih lagikomputer dalam pendidikan. Sebenarnya, multimedia sudah lama digunakandengan meluasnya dalam pendidikan, cuma istilah ‘multimedia’ tidak wujudsehingga beberapa tahun ini. Pada masa dahulu, komputer menyampaikanmaklumat melalui teks. Sekarang, terdapat grafik dan gambar-gambar untukmenunjukkan sesuatu perkara dengan jelas. Malahan ia mampumenunjukkan pergerakan dan kesan bunyi. Teknologi multimedia yangmampu mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio dan video dalam satu persembahan sedang hangat diperkatakan pada masa kini. Ramai yangberpendapat multimedia mampu memberi kesan yang besar dalam bidangkomunikasi dan pendidikan. Pada hakikatnya, teks, grafik, bunyi dan videosudah lama digunakan untuk mempersembahkan sesuatu konsep atau topikdalam sesuatu mata pelajaran terutamanya mata pelajaran sains.

Kurikulum sains Malaysia terdiri daripada dua mata pelajaran terasdan empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran elektif cumaditawarkan di sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran ini adalahBiologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan. Mata pelajaran Kimia adalah satudisiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim secara makroskopik danmikroskopik, interaksi antara bahan dan penghasilan dan penggunaanbahan. Pembelajaran Kimia memerlukan kefahaman sesuatu konsepdengan mantap dan menyeluruh. Kebanyakkan konsep yang terkandungdalam kurikulum Kimia tergolong dalam kategori yang sukar difahami pelajar.Dengan strategi menggunakan pembelajaran menggunakan bahanmultimedia, keadaan ini mungkin dapat diperbaiki.

1.2 Latar Belakang KajianKefahaman murid mengenai tajuk-tajuk dalam isi kandungan

pelajaran sains sekolah rendah merupakan satu perkara yang penting dalambidang sains kerana ia merupakan titik penolak dalam membentuk kefahammurid dalam bidang sains. Konsep-konsep asas dalam sains dipelajaridalam seklah rendah. Pelajar perlu menguasai perkara-perkara asas dalamsains kerana ia akan mempengaruhi minat murid untuk meminati subjeksains dan memudahkan guru untuk membentuk kefahaman murid-muridnya.

Kemajuan ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadisatu cabaran kepada negara dan sistem pendidikan khususnya untukmenyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan danberkemahiran ICT. Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju ICTdalam dunia pendidikan perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukanfizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya(enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan. PenggunaanICT juga mampu membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistempendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat antarabangsa.

ICT mula diperkenalkan dalam dunia pendidikan pada awal tahun1990-an. Sebelum itu, pendidikan berasaskan teknologi hanyamenggunakan radio, televisyen dan overhead projector dalam prosesmembantu sesi pengajaran dan pembelajaran guru. Rancangan Radio danTV Pendidikan juga telah diperkenalkan pada tahun 2000 dengan

Page 5: kajian penyelidikan 2014nnnn

menggunakan teknologi satelit supaya siaran tersebut dapat diperluaskandan diterima oleh sekolah-sekolah luar bandar dan pendalaman. Bagimeningkatkan penggunaan ICT, pada tahun 1992, Kementerian Pendidikantelah membekalkan sebanyak 60 buah sekolah luar bandar dengan 20 setkomputer untuk pelajar dan satu set komputer untuk guru bagi setiap buahsekolah.

Pada tahun1994, KPM telah melancarkan Projek Rintis PengajaranPembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris danMatematik di 15 buah sekolah rendah luar bandar di negeri Selangor. Setiapsekolah dibekalkan dengan 21 set komputer dan perisian kursus pendidikanyang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Padatahun1996 pula, penyediaan infrastruktur ICT diperluas kepada 209 buahsekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah. Sekolah-sekolahmenengah ini dibekalkan dengan 20 set komputer dengan satu pelayan(server) untuk Persekitaran Rangkaian Setempat (LAN) tanpa kemudahaninternet sementara di sekolah rendah komputer yang dibekalkan tidakdirangkaikan. Antara tahun 1999 hingga 2000 pula, sebanyak 222 buahsekolah rendah dan 110 buah sekolah menengah di seluruh negara telahdibekalkan sebanayak 10 set komputer bagi setiap buah sekolah.

Dalam mengharungi kemajuan ICT, pihak Kementerian Pendidikansendiri banyak menghadapi masalah atau cabarannya. Namun begitu,cabaran-cabaran itu dianggap sebagai satu perintis kejayaan dan harusdiselesaikan serta ditangani dengan bijak. Strategi pelaksanaannya jugaharus dirancang bagi melicinkan lagi usaha meningkatkan penggunaan ICTdi sekolah.

Guru sentiasa mencari pendekatan baru bagi mengajar matapelajarannya yang dapat memotivasikan pelajar melakukan penyelidikan,menelaah, menulis dan merangsang pelajar mendapatkan maklumat yangdiperlukan. Memandangkan Malaysia dengan bermatlamatkan menujuNegara Maju 2020 memerlukan sains dan teknologi untuk membangunkannegara berasaskan industri. Kerajaan Malaysia melalui KementerianPelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yanglebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnyamenggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat di manaadalah cara dalam mana pendidikan yang lebih baik akan diperoleh.

Bermula daripada kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yangmenggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebihcanggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah. Jadi,memandangkan pendidikan di alaf baru ini harus berubah menuju ke arahmenyediakan dan melengkapkan pelajar dalam menghadapi duniapekerjaan dan realiti sebenar. Kajian ini dilaksanakan untuk mengujikeberkesanan penggunaan ICT dan penggunaan bahan multimedia dalampengajaran dan pembelajaran dalam subjek sains sekolah rendah. Inilahmasanya untuk pendidikan Malaysia berubah agar dapat memenuhiwawasan Malaysia menuju Negara Maju 2020.

1.3 Pernyataan MasalahPenggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal inikerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan gurudapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalammenjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan

Page 6: kajian penyelidikan 2014nnnn

pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnyamenggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanyaperlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran danpembelajaran. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebihaktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yangmenyeronokkan.Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran danbukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapatmempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagaikemudahan yang terdapat dalam ICT.

Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran gurudan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapatmembantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Memberipeluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagaikeupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyaikebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun merekajuga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas.

Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam membantumurid untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapatmembuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalampembelajaran. ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agakcerdik berbanding dengan rakan-rakan lain supaya mereka tidak berasabosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabarminda. ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepadapenyelesaian masalah kehidupan sebenar.

Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat sertaaktiviti yang berbentuk simulasi. Mereka dapat membuat projek kelasmenggunakan komputer dengan bantuan internet. Contohnya, di negarabarat, kanak-kanak berumur empat tahun berpeluang untuk melayari lamanweb sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu, merekajuga boleh memasukkan suara mereka sekali. Membolehkan murid mencubaatau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahayauntuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan dayakreativiti dan imaginasi mereka. Mampu membantu kanak-kanak untukberinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperolehmaklumat dari seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi kepentingannya.Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensidan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif yang baru.Semua ciri-ciri yang menarik tersebut dapat dicapai dengan ada bantuanbahan multimedia.

Berdasarkan kajian-kajian yang disebutkan dalam latar belakangkajian yang menunjukkan masalah-masalah ini bukan sahaja dalamMalaysia malah Negara lain ataupun boleh dikatakan seluruh dunia. Justeru,kajian ini perlu dilaksanakan untuk menguji keberkesanan penggunaanteknologi maklumat terhadap minat muird dalam subjek sains.

1.4 Kerangka Konseptual PERNYATAAN MASALAH

KUMPULAN SASARAN

Page 7: kajian penyelidikan 2014nnnn

PENGAJARAN MENGGUNAKAN ICT

FOKUS KAJIAN

SOAL SELIDIK

UJIAN PENGESANAN

KEBERKESANANAN KAEDAH

YATIDAK

1.5 Objektif KajianSecara khususnya penyelidikan ini adalah bertujuan untuk:

1. Menentukan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat terhadapminat murid dalam subjek sains.

2. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologimaklumat dalam membentuk minat murid dalam subjek sains.

1.6 Persoalan Kajian1. Adakah terdapat perbezaan minat pelajar terhadap sains sebelum dan

selepas terdedah dengan pengajaran menggunakan teknologimaklumat?

2. Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar dalam menyelesaikanmasalah-masalah berkaitan konsep sains menggunakan teknologimaklumat?

3. Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologimaklumat dalam membina kefahaman konsep sains?

1.7 Hipotesis Kajian1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kefahaman pelajar

terhadap minat pelajar sebelum dan selepas pembelajaranmenggunakan ICT dan bahan multimedia.

2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajarsama ada melalui pembelajaran secara menggunakan ICT dan bahanmultimedia ataupun secara tradisional.

Page 8: kajian penyelidikan 2014nnnn

1.8 Signifikan Kajian Kajian ini wajar dilaksanakan untuk meningkatkan lagi minat muriddalam pembelajaran sains. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambarandan kesedaran kepada palajar-pelajar dan juga guru-guru terhadapkeberkesanan menggunakan teknologi maklumatdalam pengajaran danpembelajaran. Ini juga boleh dijadikan sebagai satu panduan bagi guru-gurusains untuk mengajar dengan lebih berkesan agar dapat meningkatkankualiti pembelajaran dan pencapaian pelajar yang seterusnya bolehmeningkatkan mutu pendidikan Negara. Pentadbir sekolah juga berperanan untuk merancang danmenyediakn infrakstruktur dan peralatan multimedia seperti projektor dankomputer bagi kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian inijuga penting kerana ia bakal memperlihatkan kelemahan dan masalah yangdihadapi oleh pelajar mengenai pengendalian alatan teknologi maklumat danpengkaji berharap ia mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysiadan penggubal- penggubal kurikulum agar mereka lebih sensitif dan pekalalu mengkaji semula kurikulum yang telah digubal dengan memantapkanlagi kelengkapan teknologi maklumat di semua sekolah.

1.9 Pengoperasian DefinisiKonsep :Konsep dibentuk apabila dua atau lebih objek, peristiwa atau keadaan yangboleh dikenalpasti telah dikumpulkan atau dikelaskan bersama dandiasingkan dari objek, peristiwa atau keadaan lain berdasarkan cirri am,bentuk atau cirri-ciri sepunya (Lawson, 1995)

Teknologi maklumatMenurut Paisley dan Chen (1982) di petik daripada Brown (1997)'Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it isa system og encoding a message so that it can be stored, retyrieved andmanipulated and functionally it is something that alters a person cognitiveorganisation'. Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesankepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang bolehdisimpan, dicapai dan dimanipulasikan. Teknologi maklumat boleh ditakrifkansebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar danmemapar maklumat. ICT merupakan akronim atau singkatan daripadaperkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksudTeknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi Maklumat (InformationTechnology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologiyang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangatluas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesanmaklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisianuntuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat,dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Multimedia:Multimedia adalah sebarang gabungan teks, grafik, bunyi, animasi, danvideo yang berasaskan penggunaan konputeratau media elektronik lain (TayVaughn 2001).Multimedia menggunakan pelbagai format media untuk mempersembahkansesuatu maklumat (Hede dan Hede 2002; Havice 1999).

Pengajaran secara tradiosional:

Page 9: kajian penyelidikan 2014nnnn

Pengajaran secara tradisional diklasifikasikan sebagai pengajaranmelibatkan penggunaan buku teks dan kaedah pengkuliahan sahaja(Havice, 1999).

SainsKata sains berasal dari bahasa Latin “scientia,” yang bermaknapengetahuan. Menurut New Collegiate Dictionary Webster, sains adalah“pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran atau perbuatan,” atau“pengetahuan yang meliputi kebenaran umum pengoperasian hukum umum,diperoleh dan diuji melalui cara ilmiah [dan] rujukan pada bentuk fizik dunia.Dalam bahasa Arab, kata science diterjemahkan sebagai “ilmu.” Kata ilmuberasal dari bahasa Arab: ‘alima, ya’lamu,’ ilman dengan wazan fai’ila,yaf’alu, fa’lan, yang bererti mengerti, benar-benar memahami.Sains adalah suatu alat, suatu cara khusus untuk menjawab sesuatupertanyaan. Ketika menjawab suatu pertanyaan ilmiah, suatu hipotesis akandibuat, data-data dikumpulkan, dan ahirnya hipotesis dapat dibuktikan benaratau salah.

1.10 Skop dan Batasan Kajian Kajian ini bakal dilakukan terhadap pelajar tahun 5 di tempat dimanasaya mengajar iaitu SK Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur. Responden kajianadalah terdiri dari semua pelajar tahun 5.

1.11 RumusanKajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan penguasaan teknologimaklumat dalam membantu menguasai tajuk pelajaran sains. Guru–gurusains dapat mengenal pasti masalah yang menyebabkan halangan dalammenjalankan aktiviti amali dan seterusnya mengambil langkah yang lebihbaik bagi meningkatkan kualiti PdP sains. Di samping itu para pelajar jugaakan dapat melaksanakan aktiviti mengikut langkah-langkah yangdisampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Page 10: kajian penyelidikan 2014nnnn

2.1 Latar Belakang Pendidikan Sains di Malaysia Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, sebagai sebuah negarayang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlumewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif. Bagimencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif danberketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Sainsadalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikapsaintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untukmenjamin mutu pendidikan sains. Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubaluntuk murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Kurikulum inidigubal berlandaskan keperluan negara dan ciri sejagat sains. Fokusnyaadalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan mengoptimumkan hasilpembelajaran.

Dalam usaha mencapai status negara maju pada tahun 2020, terselitcabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukansahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepadatamadun saintifik dan teknologi masa depan (Mahathir 1991; KementerianPelajaran Malaysia, KPM2002, 2006). Keupayaan negara dalam bidangsains dan teknologi hanya boleh dicapai apabila negara mempunyai sumbertenaga manusia yang mencukupi menjelang tempoh masa yang ditetapkan.Kesungguhan kerajaan ditekankan lagi dalam Rancangan Malaysia Ke-9(RMK-9) menerusi pentingnya agenda pembangunan modal insan dalammenghasilkan sumber tenaga yang terbaik,terlatih, sepadan dan mencukupi.

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam usahamembangunkan modal insan (Abdullah 2005; KPM 2006). Pelajar bercirimodal insan yang perlu dilahirkan adalah mereka yang mempunyai jati diriyang kukuh, berketrampilan unggul, berkeperibadian mulia, berpengetahuandan berkemahiran tinggi, berfikiran kritis dan kreatif, berkemampuanbertindak secara rasional, berkemahiran menyelesaikan masalah,berkeupayaan mencipta peluang baharu dan berketahanan danberkebolehan berhadapan dengan persekitaran global (Buletin Pendidikan2005; Muhammad 2005). Bagi memenuhi ciri-ciri modal insan yangdikehendaki, sistem pendidikan negara sentiasa mendapat perhatian dandiberi keutamaan oleh kerajaan. Kurikulum yang digubal menerusi KurikulumBaru Sekolah Menengah (KBSM) sentiasa dipantau dan disemak semulabagi memastikan kandungannya relevan dan memenuhi pembangunanmodal insan negara (KPM 2001, 2005; Musa 2001). Mata pelajaran matapelajaran yang berteraskan S&T amat ditekankan kepada pelajar agarmereka berminat dengan bidang tersebut dan seterusnya memilih bidangberkenaan sebagai kerjaya. Ia jelas ditekankan semasa penyemakansemula kurikulum sekolah pada tahun 2001 (KPM 2001, 2005; Musa 2001)serta agenda pendidikan dalam RMK-9 melalui Pelan Induk PembangunanPendidikan 2006-2010 (PIPP) (KPM 2006).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalamAmanat Tahun Baru 2012, telah melahirkan kebimbangan mengenaikemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains diperingkat sekolah. Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius keranatelah sampai ke tahap sangat kritikal walaupun banyak inisiatif diperkenalkanoleh kerajaan untuk memajukan bidang sains. Masalah yang diperkatakanoleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku disebabkan persepsi negatifdaripada kalangan pelajar terhadap subjek sains sejak mereka masih dibangku sekolah rendah lagi. Pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran

Page 11: kajian penyelidikan 2014nnnn

sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengan cemerlang dan bolehmenjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti. Oleh itu, pihak yangberkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat menarik minat pelajarterhadap mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Antara perkarayang perlu diberi perhatian ialah membangunkan kaedah pengajaran danpembelajaran yang dapat menjadikan mata pelajaran berkenaan lebihmenarik dan menyeronokkan.

2.2 Teori dan konsep yang berkaitan

2.2.1 Pembelajaran inkuiri.Model Inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk

mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripadamasalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajarmengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancangaktiviti kajian, menjalankan kajian atau siasatan dan seterusnyamendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajarandan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbingpelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuaidilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiriterbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajiandijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan padaperingkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.

Berdasarkan epistemology, pendidikan sains moden ialah prosesyang mendidik pelajar berhubung sifat sains yang tidak muktamat dan bolehlentur. Sifat sains ini ditunjukan oleh sejarah yang memperihalkanbagaimana teori yang diusulkan oleh Francisci Redi telah menolak hipotesisyang diyakini oleh kebanyakan orang dikala itu. Ketika itu ramai yangberanggapan bahawa beluncas (larva) terhasil secara spontan daripadadaging yang sedang mereput . Redi kemudiannya telah melaksanakan ujikajiringkas untuk membuktikan hipotesisnya. Ujikajinya telah membuktikanhipotesisnya benar. Redi kemudiannya menolak andaian yang diyakini olehorang ramai ketika itu berhubung dengan penghasilan beluncas. Penolakanhipotesis itu menunjukan bahawa ilmu dalam bidang sains bolehdiperbaharui dan diformulasikan semula berdasarkan penemuan bru yangdiperolehi daripada kaedah saintifik (Martin 1985).

Kaedah inkuiri Penemuan adalah satu pendekatan penyelesaianmasalah yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada pelajarakan menjadi cabaran mereka untuk menyelidik dan meneliti secaramendalam.Ini bermakna menggunakan kaedah inkuri –penemuan dalampengajaran akan membolehkan pelajar mengambil peranan matematikmengenai strategi pengajaran yang mereka amalkan menunjukan bahawaguru pakar akan sentiasa menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaranyang strategi yang mencari dan menemukan fakta melalui kaedah sainstifikyang mereka lakukan sendiri. Ini bermakna pelajar seharusnya membinahipoesis berhubung sesuatu perkara yang ingin dikajinya, kemudian mengujihipotesis untuk menunjukan kebenarannya. Melalui langkah ini ahli sainsberupaya memperolehi ilmu baru dan menolak data sains yang ditemuisebelum ini. Oleh yang demikian, dijangkakan melalui pendekatanpembelajaran inkuiri, pelajar dapat memahami sifat sains yang didakmuktamat dan boleh lentur.(Martin 1985).

Page 12: kajian penyelidikan 2014nnnn

2.2.2 Pembelajaran konstruktivismeMcBrien & Brandit (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu

pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentangbagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiapindividu membine pengetahun dan bukannya menerima pengetahuandaripada orang lain. Briner,M. (1999) pula menyebut pelajar membina sendiripengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkanpenegtahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepadasituasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehidengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Bagi pembangunan perisian berdasarkan teori konstuktivisme, iaimenekankan perisian yang mempunyai perspektif yang pelbagai (multipleperspectives) seperti penggunaan alat kolaborasi dan komunikasi dan jugaakses kepada data membolehkan pelajar belajar dari pelbagai perspektif.Disamping itu, pembelajaran adalah berpusatkan pelajar iaitu pelajar akanmengaplikasikan sepenuhnya keupayaan mereka untuk bebas memilih apayang ingin dipelajari, menjana persoalan sendiri serta merancangpembelajaran masing-masing (Johari Surif, 2003)

2.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Pelajar dan GuruBagi merialisasikan pengintegrasian teknologi maklumat dalam

pengajaran dan pembelajaran kemudahan seperti makmal komputer danperalatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat harusmencukupi. Terdapat sekolah yang menghadapi masalah kekurangankomputer serta tidak terdapatnya kemudahan internet. Keadaan inimenyebabkan sukar bagi bukan sahaja pelajar tetapi guru-guru untukmengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa disekolah. Boleh dikatakan bahawa keberkesanan penggunaan ICT dalamP&P banyak bergantung kepada guru. Ini membawa kepada masalahseterusnya iaitu berkaitan dengan sikap guru terhadap penggunaan ICTdalam proses P&P. Sikap guru memainkan peranan yang penting bagimemastikan ICT digunakan secara efektif dan juga mempengaruhi tahapkeyakinan guru terhadap penggunaan komputer dalam bilik darjah (Delcourt& Kinzie, 1993).

Ramai guru yang mengalami perasaan gelisah apabila mereka perlumenggunakan komputer dalam kurikulum (Woodrow, 1991). Sikap negatifiaitu kurang keyakinan diri dan kekurangan guru berkemahiran komputermerupakan halangan serius kepada pengintegrasikan komputer ke dalambilik darjah. Sekiranya guru tidak rasa cemas menggunakan komputer, makasemakin besar kemungkinan guru mengintegrasikan komputer dalamkurikulum (Dupagne & Krendl, 1992).

Teori pembelajaran konstruktivisme memberi tumpuan kepadapembinaaan ilmu oleh individu. Melalui pendekatan teori pembelajaran ini,guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P danmenggunakan ICT sebagai alat. Pembelajaran secara penerokaan bolehdigunakan oleh guru bagi membolehkan murid-murid mencari danmengakses maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahandaripada internet.

Guru juga berperanan memantau penggunaan aplikasi ICT dalampembelajaran oleh murid-murid bagi mengelakkan pemesongan tumpuan

Page 13: kajian penyelidikan 2014nnnn

murid dalam mencari maklumat yang berkenaan. Guru harus mengambilpeluang melalui kecangihan ICT yang membolehkan murid dan gurudaripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsimaklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik,audio video dan animasi.

2.4 Kajian-kajian LepasDalam jurnal ‘Technology Readiness, Internet Self-Efficacy and

Computing Experience of Professional Accounting Students’ oleh Ming LingLai (2008), Wallace (1999) melihat kesan teknologi kepada para pelajar iaitumereka tidak perlu beratur di bilik pensyarah atau merasa kecewapensyarah yang ditunggu tiada di bilik. Ini berikutan 80 peratus memberikanrespon positif ke atas kecanggihan IT pada masa sekarang yang membantupara pelajar menggunakan talian komunikasi sebagai alat hubungan untukmendapatkan informasi mengenai pembelajaran mereka. Sebagai contohkhidmat General Packet Radio Service (GPRS) membolehkan pelajarmenerima data seperti gambar, email, penggunaan Internet dan Intranet.

Menurut Suryanti Awang (2008), dalam jurnal yang bertajuk ‘ICT:Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan’, kaedah pembelajaran e-Pembelajaran memberikan beberapa impak kepada keberkesanan dalampenyampaian ilmu dan maklumat kepada pengguna. Antara kesan yangpositif dari kaedah pembelajaran ini ialah penjimatan masa, lokasi dan kos,capaian maklumat yang tidak terhad disebabkan maklumat yang di arkibkanserta mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan bilangan pelajar apabilaia di sebarkan melalui Internet. Pendidikan di Malaysia juga tidak ketinggalandalam mengaplikasikan e-Pembelajaran selaras dengan hasrat kerajaanuntuk melahirkan rakyat yang celik IT. Kebanyakan universiti terutamanyaUniversiti Multimedia menggunakan e-Pembelajaran sebagai satu kaedahpembelajaran di mana semua maklumat berkaitan pembelajarandimasukkan ke dalam e-Pembelajaran bagi memudahkan pelajar mencapaimaklumat yang diperlukan sama ada nota, tutorial ataupun mendapatkanmarkah.

Bates (1997) dalam jurnal ‘ICT: Senario dan Cabaran DalamPendidikan’ oleh Suryanti Awang (2008) pula percaya terdapat empat tujuanutama yang menyebabkan penggunaan teknologi di Institusi PendidikanTinggi, antaranya termasuk membaiki kualiti pembelajaran, membaikipengaksesan kepada pendidikan dan latihan, mengurangkan kos pendidikanserta membaiki kos efektif bagi pendidikan. Walaupun begitu,penggunaannya yang meluas dalam bidang pendidikan adalah dipengaruhioleh iklim atau persekitaran tempat seseorang itu belajar, institut ataukampusnya, kelompok dan juga masyarakatnya.

Fryland (1994) dalam Omardin (1999), menyatakan minat yang timbuldalam setiap diri pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabilaseseorang itu berminat dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akanbersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang dicita- citakan.Ini bermakna proses pengajaran akan berjalan lancar sekiranya pelajarberminat dengan subjek dan kaedah yang dijalankan.

Menurut Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud dan Faizah Ahmaddalam kajian ’Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran PenulisanIlmiah: Tinjauan dari Aspek Kemahiran dan Persepsi Pelajar’, Hansman danWilson (1998) berpendapat komputer juga amat berguna dalam pencarianmaklumat atau bahan. Para pelajar dapat menggunakan komputer untukmencari artikel dan jurnal-jurnal tertentu melalui pangkalan data

Page 14: kajian penyelidikan 2014nnnn

perpustakaan online. Merujuk kajian ini juga Caverly (2000) menyatakankeadaan ini akan dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu lagi keperpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Nor Hafidah (2002) dalamkajian yang sama turut menjelaskan bahawa selain pelajar, guru-guru jugamenggunakan komputer, khususnya Internet bagi tujuan mencari bahanuntuk pengajaran dan pembelajaran seperti mencari bahan-bahan rujukan.

2.5 Kesimpulan.Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dibincangkan, dapatlah

disimpulkan bahawa penggunaan ICT dalam kelas, dapat meningkatkankeberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dalamsubjek sains, tetapi semua subjek dalam sekolah rendah. Kajian oleh pakarpsikologi tentang perlakuan atau tingkahlaku dan pemikiran pelajar adalahsatu proses untuk mengembangkan potensi dan kemahiran individu dalambidang tertentu. Di sini dapat dilihat perkaitan aktiviti pembelajaran dengankeberkesanan penggunaan teknologi maklumat dalam PdP Sains dalammembina kerangka dan memberi kefahaman tentang konsep sains.

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 PendahuluanMetodologi penyelidikan merujuk Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud

& Faizah Ahmad (2002), merupakan suatu kajian yang berbentuk deskriptifdengan menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklumat.Pengumpulan maklumat melibatkan proses yang memerlukan tempoh masayang agak panjang, rumit serta mahal. Oleh itu, kegagalan menggunakankaedah pengumpulan data secara efisien akan menghasilkan maklumatyang kurang relevan serta akan meningkatkan perbelanjaan sesuatupenyelidikan.

Sehubungan itu, bab ini akan membincangkan reka bentuk untukkajian yang telah dijalankan, populasi dan sampel yang terlibat dalam kajianyang telah dijalankan, instrumen kajian yang telah digunakan dalam kajian,prosedur-prosedur dalam menjalankan kajian ini serta penganalisisan dataiaitu bagaimana data dianalisis selepas kerja lapangan dijalankan.

Page 15: kajian penyelidikan 2014nnnn

3.2 Kaedah PenyelidikanKajian ini ialah kajian kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui

proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soalselidik dan ujian. Kajian kuantitatif yang berbentuk kajian ekperimen kuasiuntuk menguji keberkesanan penggunaan ICT dan bahan multimedia dalampembelajaran sains. Ianya dikatakan kuantitatif kerana menggunakanmaklumat atau data kuantitatif dimana data kuantitatif bermaksud data yangboleh diukur dengan instrumen tertentu. Instrumen yang digunakan dalamkajian ini adalah 2 set soalan ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca dan juga 1set soal selidik.

Kajian ini menggunakan kuasi eksperimen yang melibatkan duakumpulan pelajar tahun 5, iaitu kumpulan pertama yang disebut sebagaikumpulan campuran dan kumpulan kedua disebut sebagai kumpulan ICT.Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan,manakala ujian pasca dan set soal selidik pula akan diberikan diakhir kajiandijalankan. Jangka masa kajian ini dicadangkan selama enam minggu. Rekabentuk eksperimen kuasi ditunjukkan dalam rajah 1.

Rajah 1: Reka-bentuk Kuasi - eksperimen 3.3 Populasi Dan Sampel Kajian Sampel yang dikaji adalah sekumpulan pelajar tahun 5 di SK TunHussein Onn. Dengan bantuan guru berkenaan, 60 pelajar dipilih daripadapelajar tahun 5. Murid terdiri dari 2 kelas yang berbeza. Pelajar disusundalam satu senarai nama dengan nombor 1 hingga 60. Kumpulan pertamaiaitu kumpulan kawalan campuran adalah pelajar yang berada dalam kelas 5Amanah manakala kumpulan yang kedua iaitu kumpulan ICT adalah pelajaryang berada dalam kelas 5 Bestari. Guru dalam kelas 5 Amanah akanmengajar dengan menggunakan kaedah yang biasa digunakannya dan gurudalam kelas 5 Bestari pula menggunakan ICT dalam proses pengajaran danpembelajarannya. 3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan set soalan ujian dan set soal selidik sebagaiinstrumen kajian ini. Soalan ujian bertujuan untuk menganalisiskeberkesanan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajarandalam subjek sains. Terdapat 2 set soalan ujian iaitu ujian pra dan ujianpasca. Ujian pra dan ujian pasca melibatkan kedua-dua kumpulan. Ujian prabertujuan mengetahui pengetahuan sedia ada kedua-dua kumpulan sebelumrawatan dijalankan. Kedua-dua set soalan ujian ini merangkumi beberapatajuk yang akan dipelajari dalam masa 6 minggu tersebut.

Kedua-dua set soalan ujian ini merangkumi 3 bahagian iaitu bahagiananeka pilihan, struktur dan akhirnya bahagian esei. Terdapat 5 soalan anekapilihan, 4 soalan struktur dan 1 soalan esei. Responden diberi 40 minit untukmenjawab setiap ujian sama ada ujian pra ( sebelum rawatan ) atau ujianpasca ( selepas rawatan ). Set soal selidik pula mengandungi 2 bahagianiaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah maklumat latarbelakang pelajar manakala bahagian B pula mengandungi 20 soalan yangperlu dijawab oleh pelajar untuk mengetahui persepsi pelajar bahawapembelajaran menggunakan ICT dan bahan multimedia dapat memupukminat untuk belajar atau membantu dalam pemahaman tajuk-tajuk yangdipelajari dalam bilik darjah.

Page 16: kajian penyelidikan 2014nnnn

3.5 Kaedah Pengumpulan DataKajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah dimana pengkaji

bertugas. Sebelum menjalankan kajian ini di sekolah, saya mendapatkebenaran daripada pihak sekolah. Selain itu, saya juga berkomunikasidengan guru sains sekolah. Komunikasi dengan guru adalah pentingdisebabkan responden kajian ini adalah pelajar beliau, beliau dapat memberibantuan atas masalah kerjasama pelajar serta keperluan saya sebagaipenyelidik untuk menjalankan kajian ini. Tambahan pula, berkomunikasidengan beliau sebelum menjalankan kajian terhadap anak murid beliauadalah satu tanda penghormatan kepada beliau.

Kajian ini dijalankan semasa sesi pembelajaran dan pembelajaransekolah supaya guru tersebut tidak berasa tertekan dengan kajian yang sayajalankan ini. Pada awal kajian, 60 pelajar tahun 5 yang terdiri dari 2 kelasiaitu 5 Amanah dan 5 Bestari. Seterusnya, kumpulan eksperimen tersebutdibahagikan kepada 2 iaitu satu kumpulan Tradisi seramai 30 orang pelajarmanakala 30 orang lagi pelajar sebagai kumpulan ICT. Pelajar diberitahubahawa semua keputusan ujian dan hasil kajian adalah sulit. Sebelum kajiandijalankan, dua kumpulan tersebut diberi ujian-pra, masa diberi adalah 40minit. Kertas ujian dikutip balik untuk analisis data.

Langkah yang seterusnya menjalankan sesi pengajaran danpembelajaran dimana kumpulan Tradisi diajar dengan menggunakan kaedahtradisional iaitu mengajar melalui rujukan buku teks dan penjelasan denganlisan semata-mata. Kumpulan ICT pula diajar dengan menggunakan ICT danbahan multimedia seperti power point dan video. Selepas 6 minggu rawatandiberi, dua kumpulan ini diberi 1 ujian yang dikenali sebagai ujian pascayang serupa dengan ujian-pra, masa yang diberi sama seperti ujian-pra iaitu40 minit. Ujian pasca ini adalah untuk mengenalpasti terdapat perbezaanantara pelajar melalui pembelajaran secara tradisional dengan pelajarmelalui pembelajaran menggunakan ICT dan bahan multimedia. Daripadaini, keberkesanan menggunakan ICT dan bahan multimedia dalam sesipengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dan dilihat.

Pada masa yang sama, set soal selidik juga diberi kepada kumpulaneksperimen tersebut dan juga dianalisis kemudian. Set soal selidik adalahbertujuan untuk mengetahui pandangan pelajar terhadap pendekatanpenggunaan ICT dan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaransubjek sains. Murid diminta memberi jawapan secara jujur dan mengikutkesesuaian diri mereka sendiri dan bukannnya mengikut tanggapan oranglain atau mana-mana pihak. Segala maklumat yang diberi dirahsiakan dan iahanyalah digunakan untuk tujuan kajian semata-mata. Jawapan yangdiberikan seharusnya bersifat terbuka, jujur dan ikhlas.

3.6 Analisis DataUjian-t digunakan untuk menganalisa data untuk melihat perbezaan

pencapaian pelajar dalam subjek sains melalui pembelajaran menggunakanICT dan bahan multimedia atau secara tradisional. Ini dapat dilihatkeberkesanan penggunaan ICT dan bahan multimedia dalam meningkatkanpencapaian pelajar dalam subjek sains. Data berdasarkan ujian pra danujian pasca dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah statistikdeskriptif. Kaedah ini dipilih kerana statistik deskriptif dapat menerangsesuatu data yang dikumpul.

Data yang dikumpulkan akan dianalisa dalam bentuk statistik untukmembuat perbandingan skor min dan peratus bagi Ujian Pra dan Ujian Pos.Maklumat mengenai pencapaian kafahaman pelajar masing-masingditentukan oleh kadar skor markah. Kadar skor markah ditentukan seperti di

Page 17: kajian penyelidikan 2014nnnn

Posted by Muslim bin Hj. Tamsir at 11:35 PM No comments:

dalam Jadual 3.6.1.

Jadual 3.6.1: Kadar skor markah untuk tahap kefahamanKadar skor Tahap kefahaman31 – 40 Tinggi21 – 30 Sederhana11 – 20 Rendah0 – 10 Sangat rendah

Purata markah dikira bagi setiap ujian bagi kumpulan Tradisi yangdiajar tanpa menggunakan ICT dan bahan multimedia dan kumpulan ICT dimana pembelajaran dengan menggunakan ICT dan bahan multimedia. Satujadual seperti Jadual 3.6.2 (contoh) boleh dibina untuk membuatperbandingan hasil kajian ini. Ini membantu penyelidik membuat rumusandaripada data yang dikumpul.

Jadual 3.6.2Sekolah A, B dan C Kumpulan kawalan

( tanpa multimedia )Purata markah

Kumpulan rawatan( dengan multimedia )Purata markah

Ujian Pra(sebelum pembelajaran)

18Tahap kefahaman rendah

17Tahap kefahaman rendah

Ujian Pasca(selepas pembelajaran)

26Tahap kefahamansederhana

33Tahap kefahaman sangattinggi

Data soal selidik di analisis menggunakan skala likert iaitu penggunaannombor 1 mewakili pendapat sangat tidak setuju (STS), nombor 2 mewakilipendapat tidak setuju (TS), nombor tiga mewakili pendapat tidak pasti (TP),nombor 4 mewakili pendapat setuju (S) dan nombor 5 mewakili pendapatsangat setuju (SS).

3.7 Kesimpulan Daripada analisis ujian-t, didapati bahawa terdapat perbezaansignifikan tentang pencapaian pelajar tahun 5 dalam menguasai topik yangada antara kumpulan Tradisi dan kumpulan ICT yang cara pembelajaranyang berbeza iaitu kumpulan Tradisi yang didedah dengan pengajaran yangtradisional tanpa multimedia dan kumpulan ICT yang melalui pembelajarandengan multimedia. Dapat saya simpulkan bahawa, melalui ICT, denganmudah gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan meningkatkanmemori pelajar dimana pelajar melihat sendiri proses yang berlaku. MelaluiICT juga, pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaranlebih menarik, yang boleh meningkatkan kehadiran pelajar serta konsentrasi.

Recommend this on Google

Page 18: kajian penyelidikan 2014nnnn

Home

Subscribe to: Posts (Atom)

Simple template. Powered by Blogger.