kajian penyelidikan ida.docx

23
1 KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN 1 1.0 PENDAHULUAN Menurut Wee Eng Hoe (1996), kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor dan kecergasan berasaskan kesihatan. Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan adalah terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, komposisi tubuh badan dan kelenturan. Manakala, kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor adalah terdiri daripada ketangkasan, ketangkasan, koordinasi, kuasa, imbangan, masa tindak balas dan juga kelajuan. Secara umumnya, ketangkasan diperlukan dalam beberapa permainan seperti bola sepak, bola jaring, badminton dan sebagainya. Begitu juga dengan permainan kriket, ketangkasan diperlukan apabila pemukul bola dapat memukul bola kemudian berlari ke arah wiket bertentangan yang jaraknya kira-kira 20 meter dan kemudian berlari semula ke arah pemukul tadi. Satu larian diperoleh dan dikira, jika pemukul dapat berlari di antara kedua-dua wiket. Ketangkasan pemain menukar arah adalah penting. Ketangkasan dapat membantu atlet untuk bertindak dengan pantas dan selamat. Terdapat pelbagai pendapat menyatakan tentang ketangkasan. Antaranya, menurut Annarino (1976), ketangkasan merupakan satu unsur dalam faktor fisiomotor yang diperolehi daripada tindakan sistem saraf ke atas sistem otot dengan reaksi otot yang betul bagi menghasilkan pergerakan yang diingini. Keadaan seperti ini memerlukan ketepatan dan penggunaan daya yang sesuai. Manakala Barrow & McGee (1979), Philips & Hornak (1979) serta Thomas & Nelson (1985) pula mendefinisikan ketangkasan sebagai merujuk kepada kepantasan dan ketepatan semasa mengubah arah pergerakan sebahagian atau keseluruhan badan. Bagi Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin , 1987 mendefinisikan ketangkasan sebagai keupayaan untuk Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Upload: cikguami

Post on 21-Dec-2015

78 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: kajian penyelidikan ida.docx

1

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN 1

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Wee Eng Hoe (1996), kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan

fizikal berasaskan perlakuan motor dan kecergasan berasaskan kesihatan. Kecergasan

fizikal berasaskan kesihatan adalah terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, daya tahan

otot, kekuatan otot, komposisi tubuh badan dan kelenturan. Manakala, kecergasan fizikal

berasaskan perlakuan motor adalah terdiri daripada ketangkasan, ketangkasan, koordinasi,

kuasa, imbangan, masa tindak balas dan juga kelajuan.

Secara umumnya, ketangkasan diperlukan dalam beberapa permainan seperti bola

sepak, bola jaring, badminton dan sebagainya. Begitu juga dengan permainan kriket,

ketangkasan diperlukan apabila pemukul bola dapat memukul bola kemudian berlari ke arah

wiket bertentangan yang jaraknya kira-kira 20 meter dan kemudian berlari semula ke arah

pemukul tadi. Satu larian diperoleh dan dikira, jika pemukul dapat berlari di antara kedua-

dua wiket. Ketangkasan pemain menukar arah adalah penting.

Ketangkasan dapat membantu atlet untuk bertindak dengan pantas dan selamat.

Terdapat pelbagai pendapat menyatakan tentang ketangkasan. Antaranya, menurut

Annarino (1976), ketangkasan merupakan satu unsur dalam faktor fisiomotor yang

diperolehi daripada tindakan sistem saraf ke atas sistem otot dengan reaksi otot yang betul

bagi menghasilkan pergerakan yang diingini. Keadaan seperti ini memerlukan ketepatan dan

penggunaan daya yang sesuai. Manakala Barrow & McGee (1979), Philips & Hornak (1979)

serta Thomas & Nelson (1985) pula mendefinisikan ketangkasan sebagai merujuk kepada

kepantasan dan ketepatan semasa mengubah arah pergerakan sebahagian atau

keseluruhan badan. Bagi Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin , 1987 mendefinisikan

ketangkasan sebagai keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan

dengan pantas dan tepat. Keupayaan seseorang itu bertindak dengan secepat mungkin

dapat membantu situasi permainan dan dalam masa kecemasan untuk menyelamatkan diri.

Menurut Sheppard et al. (2006) ketangkasan bermaksud pergerakan seluruh badan

dengan mengubahkan arah pergerakan dengan halaju dan arah badan yang disebabkan

rangsangan yang diperlukan. Bagi mencapai kejayaan dalam sukan bola jaring, pemain-

pemain perlu mempunyai kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardivaskular,

fleksibiliti, ketangkasan serta kemahiran-kemahiran spesifik yang lain seperti membuat

pukulan, balingan dan memadang.

Ketangkasan pemain dapat ditingkatkan melalui jenis bateri ujian yang bersesuaian bagi

merancang latihan yang berkesan. Latihan litar merupakan kaedah latihan yang selalu

digunakan untuk meningkatkan kecergasan fizikal ketangkasan, daya tahan kardivaskulor

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Page 2: kajian penyelidikan ida.docx

2

dan daya tahan otot. Latihan ini telah diperkenalkan oleh R.E. Morgan dan G. T. Adamson

pada tahun 1953 di Universiti of Leeds, England. Mengikut Fox dan Mathews (1984), latihan

litar merupakan program latihan yang melibatkan stesen-stesen tertentu dalam jangka masa

tertentu. Satu litar telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti. Latihan ini

merupakan aktiviti secara bersiri dalam satu litar. Bagi meningkatkan ketangkasan, pengkaji

telah merancang satu kajian dengan memfokuskan kepada kaedah ketangkasan dengan

menggunakan latihan litar terhadap pemain pasukan kriket di Sekolah Kebangsaan Bukit

Rokan Utara. Kajian ini bertujuan untuk mempertingkatkan ketangkasan pemain dalam

menukar arah dan pergerakan arah dan posisi dengan cepat dan pantas.

2.0 REFLEKSI PENGALAMAN LALU

Tahun 2015 merupakan tahun ke-10 saya bertugas di Sekolah Kebangsaan Bukit

Rokan Utara. Permainan kriket merupakan permainan utama di sekolah ini sebelum

wujudnya permainan golf. Namun begitu, permainan ini dimainkan oleh murid lelaki sahaja,

sehinggalah beberapa tahun yang lalu permainan kriket ini dibuka untuk murid perempuan

ketika waktu sukan dan permainan ko kurikulum. Saya merupakan salah seorang guru

penasihat bagi sukan dan permainan ini.

Pelbagai keluhan dan rungutan daripada guru-guru yang melatih permainan ini

antaranya ialah pemain lambat menukar posisi untuk membuat larian yang kedua semasa

dalam perlawanan. Kelewatan pemain menukar posisi dengan cepat menyebabkan hanya

satu larian sahaja dapat dilakukan. Mata akan dikira berdasarkan kepada jumlah larian yang

dapat dilakukan oleh pemain.

Selain daripada itu, murid lambat bertindak balas dengan cepat apabila berlaku

sesuatu rangsangan. Contohnya, semasa memadang (fielding), murid akan menunggu

pukulan bola dari pihak lawan, apabila bola dipukul, murid lambat bertindak ke arah bola

walaupun lambungan atau leretan bola itu berhampiran dengan murid. Akibatnya bola tidak

berjaya ditangkap dan memberi peluang kepada pihak lawan membuat larian bagi mengutip

mata. Keadaan seperti ini kerap berlaku walaupun bola hanya berada di hadapan mata

tetapi tidak dapat ditangkap dengan jayanya. Pemain hanya akan bertindak apabila

mendengar arahan guru dan jeritan suara dari rakan sepasukan.

Kelemahan dan kekurangan ini akan memberi kesan kepada pasukan kriket sekolah

sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi. Ia juga memberi kesan ke atas pemilihan pemain

ke peringkat kebangsaan, ini kerana permainan ini sering mendapat tempat dalam

pertandingan Majlis Sukan Sekolah Peringkat Negeri Sembilan, tetapi penglibatan murid

sekolah ini ke peringkat kebangsaan agak mengecewakan kerana kebanyakan pemain

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Page 3: kajian penyelidikan ida.docx

3

berpotensi untuk bermain tetapi kurangnya ketangkasan menyebabkan pemain yang

berkebolehan tidak dipilih untuk bermain di peringkat kebangsaan.

Walaupun saya tidak terlibat secara langsung dalam program latihan kriket yang

dijalankan setiap petang, tetapi saya terpanggil untuk membantu pasukan ini bukan sahaja

untuk menaikkan nama sekolah atau daerah, tetapi untuk memberi peluang agar pemain-

pemain ini tidak kekal sebagai pemain sekolah tetapi bakat dan kemahiran pemain dapat

diteruskan dan dimanfaatkan sehingga mampu bergelar sebagai pemain Malaysia suatu hari

nanti.

Adakalanya saya terfikir kenapa dan mengapa pemain pasukan kriket sekolah sukar

mencapai tahap ketangkasan yang tinggi. Dari segi pandangan dan pemerhatian saya dapat

saya rumuskan bahawa latihan pemain terlalu berfokus kepada kemahiran-kemahiran tetapi

kurang penekanan kepada aktiviti ketangkasan. Ini yang menyebabkan murid lambat untuk

bertindak dan bergerak dengan pantas atau cepat. Pergerakan menjadi lambat untuk

bertindak sekiranya berlaku kecemasan semasa melakukan latihan. Latihan dijalankan pada

setiap petang, merupakan latihan bagi memantapkan kemahiran memukul dengan tepat,

serta lebih kepada pendedahan permainan sebenar. Jika hanya tertumpu kepada kemahiran

tetapi kurangnya penekanan kepada aktiviti ketangkasan, kepantasan, masa dan tindak

balas maka impian yang ingin dicapai tidak akan terlaksana.

Permasalahan tersebut jika dibiarkan berlarutan akan memberi impak negatif kepada

pemain pasukan kriket sekolah. Antara latihan yang sesuai bagi meningkatkan ketangkasan

pemain adalah melalui latihan litar. Program latihan litar akan memberi kesan positif

terhadap ketangkasan pemain. Sekiranya latihan ini dilaksanakan dengan baik, ia akan

memberi kesan kepada pemain . Kesan daripada permasalahan ini yang mendorong saya

untuk menjalankan kajian berkaitan masalah ketangkasan yang dihadapi oleh pemain

pasukan kriket Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara Semoga dengan usaha ini, dapat

membantu mempertingkatkan prestasi pemain kriket terhadap permainan yang diceburi.

Oleh itu, tajuk kajian yang saya pilih ialah ”Latihan Litar Dapat Meningkatkan Ketangkasan

Pemain Kriket Pasukan Sekolah”.

2.1 Refleksi Sorotan Literatur

Berdasarkan kepada buku Penyelidikan Tindakan oleh Chua Yan Piaw

(2006), Kajian Literatur dikenali sebagai tinjauan literature atau sorotan literature. Kajian

literature ini didefinisikan sebagai membuat rujukan secara kritikal dan sistematik ke atas

dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah memperoleh

malumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan.

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Page 4: kajian penyelidikan ida.docx

4

Selain daripada itu, beberapa tinjauan dan ulangkaji telah saya lakukan berdasarkan kajian-

kajian yang dibuat oleh individu atau institusi yang berkaitan dengan kajian penyelidikan

saya. Pelbagai sumber telah saya gunakan dalam mendapatkan literatur atau kajian

berkaitan melalui capaian internet, jurnal-jurnal bertulis, buku-buku, ucapan individu tertentu

dan sebagainya.

Bagi meningkatkan ketangkasan pemain kriket Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan

Utara, satu kaedah latihan telah dipilih iaitu Latihan Litar. Latihan litar merupakan satu sesi

latihan yang digunakan untuk meningkatkan ketangkasan di kalangan pemain. Latihan ini

telah diperkenalkan oleh R.E.Morgan dan G.T Adamson (1953) di Universiti Leeds, England.

Manakala menurut Fox dan Mathews (1984), latihan litar merupakan satu program latihan

yang melibatkan stesen-stesen tertentu dan dilakukan dalam jangka masa yang ditentukan.

Menurut Soram (1976), latihan litar ialah satu kaedah latihan kecergasan yang

bertujuan untuk menambahkan kekuatan dan daya tahan otot, serta daya tahan

kardiovaskular. Latihan Litar merupakan latihan yang dipilih, diatur dan dinomborkan

mengikut stesen. Nombor yang diletakkan adalah bertujuan memudahkan pelaku bergerak

dari satu stesen ke satu stesen yang lain dengan mudah. Peserta akan melakukan satu set

latihan atau pun menghabiskan satu pusingan latihan. Bilangan satu set akan disusun

bergantung kepada keperluan dan kemampuan individu. Bilangan stesen dan jenis aktiviti di

setiap stesen akan disusun berdasarkan tahap kecergasan atlet, umur, jenis atau sukan

peserta serta komponen kecergasan atlet, yang hendak dibina.

Mengikut Anthony A. Annarmo pula, latihan litar ialah satu kaedah latihan suaian

fizikal (conditioning) di mana prinsip lebihan bebanan diamalkan kepada otot dan sistem

respirasi dalam tempoh masa yang dihadkan. Faktor yang perlu diambil kira adalah faktor

masa iaitu ulangan yang dilakukan dan masa melakukan direkod pada setiap stesen dalam

masa satu atau 30 saat dengan mengambil 50% daripada dosej dan digunakan dalam

latihan. Latihan akan dijalankan mengikut urutan stesen tanpa rehat. Faktor seterusnya

ialah faktor ulangan. Masa lakuan dan masa rehat bagi setiap aktiviti yang ditetapkan.

Morgan dan Adamson (1961), telah mengenalpasti bahawa pelaksanaan latihan litar

ini adalah untuk peningkatan kekuatan, daya tahan otot, dan kardiovaskular, kelembutan,

ketangkasan, koordinasi dan kederasan.

Pemilihan latihan litar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan daya tahan

kardiovaskular, menambahkan daya tahan dan kekuatan otot, menambahkan kuasa otot,

meningkatkan kemampuan kardiorespirator, meningkatkan koordinasi, kelenturan dan

ketangkasan dan meningkatkan motivasi diri. Contoh aktiviti latihan litar adalah burpee, lari

ulang alik 10 meter, lompat kuadran, tekan tubi, bangkit tubi, lompat selang seli dan

skipping.

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Page 5: kajian penyelidikan ida.docx

5

3.0 FOKUS KAJIAN

Ketangkasan merupakan aspek penting dalam segala permainan. Kegagalan

pemain-pemain kriket pasukan sekolah yang berusia 10-12 tahun untuk menguasai

ketangkasan ini menimbulkan tanda tanya di dalam diri saya. Beberapa masalah yang

dikesan ialah, murid-murid tidak dapat melakukan aktiviti yang melibatkan ketangkasan

dengan baik. Sebagai contoh, pemain tidak dapat bertindak dengan cepat dan pantas untuk

mengejar dan menahan bola apabila pemain pasukan lawan melakukan pukulan. Ini

menyebabkan pasukan lawan boleh melakukan larian untuk mendapatkan mata.

Saya juga telah mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh pemain pasukan

sekolah. Antaranya pemain lambat untuk menukar posisi semasa ingin membuat larian

kedua menyebabkan pemain tidak dapat mengumpul jumlah larian yang banyak ketika

perlawanan. Pemain juga lambat untuk bertindak balas dengan cepat semasa menangkap

lambungan atau leretan bola yang telah dipukul oleh pihak lawan walaupun ianya

berhampiran. Bagi membuktikan bahawa pemerhatian saya benar, saya telah mengambil

beberapa langkah pengenalpastian untuk mengetahui punca pemain tidak dapat bertindak

balas dengan cepat terhadap rangsangan. Saya telah membuat pemerhatian secara

menyeluruh bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pasukan kriket sekolah.

4.0 TINJAUAN MASALAH

Tinjauan awal yang dilaksanakan mendapati pemain-pemain kriket sekolah tidak

dapat mengubah arah dengan cepat dan berkesan. Keadaan seperti teragak-agak untuk

mengejar bola semasa memadang dan ingin melakukan dua atau tiga larian semasa

memukul sering berlaku. Keadaan ini saya perhatikan berulang kali sewaktu beberapa

perlawanan persahabatan yang telah diadakan dan juga semasa sesi latihan pada waktu

petang.

Bagi mengesahkan kemusykilan saya, saya telah memilih untuk melaksanakan satu

ujian bagi mengetahui tahap ketangkasan pemain-pemain kriket sekolah ini. Seramai 15

orang pemain kriket akan mengikuti ujian yang saya laksanakan. Saya telah memilih Ujian

Lari Ulang Alik 10 Meter untuk dijadikan sebagai instrumen yang boleh membantu saya

untuk mendapatkan tahap ketangkasan murid-murid itu.

Sebelum ujian dilakukan, saya akan menjelaskan kepada murid-murid tentang tujuan

ujian ini dijalankan. Selesai penerangan tersebut, saya mula membuat demonstrasi tentang

cara sepatutnya ujian itu berlangsung. Setelah itu, murid dibenarkan untuk membuat dua

kali percubaan sebelum ujian sebenar dilaksanakan. Ini bagi membantu murid-murid untuk

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Page 6: kajian penyelidikan ida.docx

6

menyesuaikan diri dengan ujian tersebut. Setelah itu, dua percubaan dibuat bagi setiap

murid.

Kesimpulan yang saya buat di atas disokong oleh analisis dapatan tinjauan awal

yang dilakukan oleh saya dengan mengutip data yang berkaitan semasa sesi latihan dan

perlawanan melalui kaedah soal selidik terhadap jurulatih.

4.1 Soal selidik

Soal selidik mengandungi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk

ditadbirkan ke atas responden. Ia dapat ditadbir secara bersemuka atau diisi sendiri oleh

responden. Tujuan soal selidik adalah bagi mendapatkan data daripada responden melalui

rangsangan bagi mendapatkan jawapan daripada responden. Dalam kajian ini, saya telah

menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan maklumat daripada pemain-

pemain kriket pasukan sekolah yang bertindak sebagai responden kajian ini. Soal selidik

yang dikemukakan oleh saya adalah berbentuk Skala Dichotomus (Jabatan Penyelidikan

Dan Penilaian Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia). Skala

Dichotomus adalah skala yang hanya mempunyai dua pilihan jawapan seperti (Ya) atau

(Tidak).

4.2 Analisis Tinjauan Masalah

Merujuk kepada masalah yang pengkaji hadapi, pengkaji telah memilih kajian

eksperimental pra/pasca. Tujuan kajian ini adalah untuk membantu jurulatih dalam

mempertingkatkan lagi ketangkasan pemain-pemain kriket melalui latihan litar yang telah

disediakan. Menurut Getchell (1979), ujian illinois merupakan ujian ketangkasan yang

sering digunakan untuk pelbagai jenis sukan dan permainan.

Menurut Lemmink, Verheijin dan Visscher, (2004) dalam kajian mereka

menyatakan larian ulang alik berjeda adalah lebih baik daripada larian ulang alik

berperingkat kerana larian ulang alik berjeda dapat mengukur ketahanan berbanding larian

ulang alik berperingkat. Menurut Muhamad Hafiz Ismail, Asha Hasnimy Mohd Hashim dan

Mohd Khairil Azlan Mukhtar, (2008) ujian ulang alik dapat mengukur ketangkasan.

Berdasarkan kedua-dua kajian ini dapat dibuktikan bahawa ujian ulang alik dapat menguji

ketangkasan seseorang.

Pengkaji ingin menilai keberkesanan kaedah latihan litar dengan menggunakan

ujian Lari Ulang Alik 10 meter untuk menentukan tahap ketangkasan pemain kriket setelah

melalui rawatan program latihan litar. Kajian ini dijalankan selama 4 minggu dan

pengambilan data telah dijalankan secara pra dan pasca. Kajian senang ditadbir kerana

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Page 7: kajian penyelidikan ida.docx

7

tidak memerlukan peralatan yang terlalu banyak dan kebolehtadbiran kajian membolehkan

pelaksanaan kajian dijalankan dengan lancar.

4.3 Apakah yang telah saya pelajari tentang isu kajian saya.

Persoalan kajian ialah persoalan yang dapat dijawab melalui kajian yang bakal

dijalankan ini menggunakan pendekatan yang telah dipilih. Berikut merupakan

beberapa persoalan yang sepatutnya dijawab melalui kajian :

i. Adakah latihan litar dapat membantu meningkatkan ketangkasan subjek

kajian?

ii. Adakah permainan kecil dapat membantu murid memenuhi norma

ketangkasan subjek kajian yang berusia 10 hingga 12 tahun?

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui kajian

berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti.

5.1 Objektif Utama :

5.1.1 Meningkatkan ketangkasan pemain kriket sekolah

5.2 Objektif Khusus:

5.2.1 Meningkatkan tahap ketangkasan murid Tahap 2

5.2.2 Mengenal pasti terdapat perbezaan signifikan antara murid yang

berumur 10, 11 dan 12 tahun.

5.2.3 Membanding beza terdapat perbezaan signifikan terhadap tahap

ketangkasan murid setelah melalui latihan litar selama 4 minggu.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Populasi kajian didefinisikan sebagai kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan

kepada siapa hasil penyelidik akan digeneralisasikan (Gay & Airasian, 2003). Menurut Chua

Y.P dalam bukunya Kaedah Penyelidikan (2004) pula, persampelan adalah berkaitan

dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan

sebagai respoden kajian. Persampelan merupakan satu aspek penting dalam penyelidikan

kerana penggunaan sampel yang tidak sesuai akan mengurangkan kesahan dan

kebolehpercayaan kajian. Selain daripada faktor-faktor reka bentuk kajian dan pengukuran,

kualiti hasil penyelidikan juga bergantung kepada persampelan kajian.

Masalah persampelan akan timbul jika pengkaji tidak membuat perancangan

prosedur persampelan sebelum kajian dilakukan. Perancangan persampelan yang rapi

bukan sahaja memudahkan pengkaji untuk mengumpul data daripada sampel kajian, malah

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Page 8: kajian penyelidikan ida.docx

8

ia juga dapat mengurangkan ralat pengukuran dan menjimatkan masa serta perbelanjaan.

Persampelan yang akan digunakan oleh penyellidik adalah persampelan mudah ataupun

disebut sebagai convenience sampling. Persampelan ini disifatkan sebagai sampel

accidental atau available (Babbie 1998). Persampelan jenis ini dipilih berasaskan kepada

subjek kajian yang mudah diperoleh untuk kajian tertentu. Sebagai contoh, adalah menjadi

kebiasaan bagi guru-guru menggunakan pelajar sendiri sebagai subjek kajian mereka.

Hal ini lazim berlaku kerana setiap perkembangan individu yang terlibat dalam

proses latihan tersebut mampu untuk dilihat setiap satu darinya. Oleh itu, kumpulan sasaran

pengkaji adalah terdiri daripada pemain-pemain pasukan kriket sekolah berumur 10-12

tahun yang berjumlah seramai 15 orang. Murid-murid dipilih secara rawak yang terdiri

daripada pelbagai bangsa keturunan, latar belakang, tahap pengetahuan dan kemahiran

serta kedudukan sosial.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menentukan respondennya yang terdiri daripada

pemain-pemain pasukan kriket sekolah yang berumur 10-12 tahun.

7.0 PERANCANGAN KAJIAN

Bahagian ini bakal membincangkan tentang kitaran kajian pertama, cara data akan

dikumpulkan, cara menganalis data dan perancangan bagaimana tindakan ingin

dilaksanakan.

7.1 Kitaran Kajian 1

Model Kurt Lewin (1984) Sumber : Rosinah Edinin 2011

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

PERANCANGAN

TINDAKAN

PEMERHATIAN

REFLEKSI

Page 9: kajian penyelidikan ida.docx

9

7.1.1 Kitaran Pertama

Kitaran Pertama ini mengandungi empat fasa yang perlu dilengkapkan. Fasa

pertama ialah perancangan, diikuti oleh tindakan. Fasa ketiga dan keempat pula ialah

pemerhatian dan refleksi.

8.0 Jadual Perlaksanaan

MINGGU PERKARA

Minggu 1

Ujian Pra ( Ujian Lari Ulang Alik 10

Meter )

Intervensi Minggu 1

Latihan Litar 2 Set Ulangan

Minggu 2

Intervensi Minggu 2

Latihan Litar 3 Set Ulangan

Minggu 3

Intervensi Minggu 3

Latihan Litar 4 Set Ulangan

Minggu 4

Intervensi Minggu 4

Latihan Litar 5 Set Ulangan

Ujian Pasca ( Ujian Lari Ulang Alik

10 Meter )

Perancangan

Pengkaji telah merancang untuk menggunakan latihan litar bagi meningkatkan ketangkasan

pemain-pemain pasukan kriket sekolah. Aktiviti-aktiviti yang telah dipilih untuk

melengkapkan latihan litar yang telah dirangka ialah Lompat Kuadran, Bangkit Tubi, Lari Zig-

Zag dan Tekan Tubi.

Intervensi ini dirangka sedemikian berdasarkan petikan daripada Barrow dan McGee

di dalam Lilian Wong (2011) keberkesanan ketangkasan dapat ditingkatkan dengan

menggabungkan aspek-aspek kekuatan, daya tahan otot, kepantasan, deria kinestetik serta

koordinasi. Ujian pra akan dilaksanakan terlebih dahulu untuk mendapatkan dapatan yang

sah tentang tahap ketangkasan subjek kajian. Setelah itu, intervensi akan dimulakan.

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Page 10: kajian penyelidikan ida.docx

10

Mula

Tamat

blok kayu

Sebelum latihan litar dilaksanakan, pengkaji akan mengendalikan sesi aerobik sebagai

aktiviti memanaskan badan. Ini dilakukan bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku

kepada subjek kajian. Ia juga membantu menyediakan subjek kajian kepada aktiviti

berintensiti yang telah dirancang. Latihan litar ini mengandungi 4 stesen yang perlu

dilengkapkan oleh subjek kajian. Stesen pertama ialah, Lompat Kuadran. Stesen kedua,

Bangkit Tubi. Stesen ketiga dan keempat pula ialah Lari Zig-Zag dan juga Tekan Tubi.

Intervensi ini akan dijalankan sebanyak 1 set dengan 2 ulangan pada minggu pertama,

penambahan ulangan dilakukan sebanyak satu ulangan dibuat sehingga minggu intervensi

yang terakhir iaitu, minggu keempat. Setelah intervensi ditamatkan, ujian pasca akan

dilakukan bagi melihat kesan daripada intervensi yang telah diikuti oleh subjek kajian.

Tindakan

Pengkaji akan menjalankan Ujian Lari Ulang Alik 10 Meter terlebih dahulu sebelum

melaksanakan latihan litar yang telah dirancang.

Rajah 1 : Lari Ulang Alik 10 Meter

Lari Ulang Alik 10 Meter

( America Alliance for Health, Physical Education, Recreation and Dance 1976)

Objektif : Untuk mengukur kelajuan berlari dan ketangkasan .

Alatan : Marking tape, Stopwatch, 2 blok kayu (2inx2inx4in)

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Page 11: kajian penyelidikan ida.docx

11

Rajah 2 : AAHPERD Shuttle Run.

Prosedur :

1. Peserta berdiri di belakang garisan permulaan (lihat rajah)

2. Apabila arahan ‘mula’ diberikan peserta berlari mengambil 1 blok kayu.

3. Kemudian berlari ke garisan permulaan dan meletakkan kayu tersebut melepasi

garisan dan berlari semula untuk mengambil kayu yang kedua.

4. Lari semula ke garisan permulaan bersama blok kayu tersebut dan menamatkan

larian.

2 percubaan akan diberikan.

Skor : Masa akan diambil apabila arahan mula diberikan dan diberhentikan setelah peserta

tamat larian. Masa terbaik akan diambil untuk dibandingkan dengan masa yang ada.

PERCENTILE

AGE

9 –

1011 12 13 14 15 16 17+

TIME (SEC) FOR GIRLS

95 10.2 10.0 9.9 9.9 9.7 9.9 10.0 9.6

75 11.1 10.8 10.8 10.5 10.3 10.4 10.6 10.4

50 11.8 11.5 11.4 11.2 11.0 11.0 11.2 11.1

25 12.5 12.1 12.0 12.0 12.0 11.8 12.0 12.0

5 14.3 14.0 13.3 13.2 13.1 13.3 13.7 14.0

TIME (SEC) FOR BOYS

95 10.0 9.7 9.6 9.3 8.9 8.9 8.6 8.6

75 10.6 10.4 10.2 10.0 9.6 9.4 9.3 9.2

50 11.2 10.9 10.7 10.4 10.1 9.9 9.9 9.8

25 12.0 11.5 11.4 11.0 10.7 10.4 10.5 10.4

5 13.1 12.9 12.4 12.4 11.9 11.7 11.9 11.7

Rajah 3 : Norms In Seconds For Shuttle Run, Boys And Girls

* Source : Adapted from AAHPERD Youth Fitness.

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Page 12: kajian penyelidikan ida.docx

12

STESEN 1 :Lompat Kuadran

STESEN 3 :Lari Zig-Zag

STESEN 2 :Bangkit Tubi

STESEN 4 :Tekan Tubi

Kelebihan :

Ujian ini boleh dijalankan oleh kumpulan besar. Menjimatkan masa dan melibatkan

penggunaan alat yang sedikit sahaja.

Seterusnya, sesi memanaskan badan akan divariasikan dengan pelbagai aktiviti.

Contohnya, permainan kecil yang mempunyai unsur ketangkasan dan aerobik. Sesi

intervensi menggunakan latihan litar yang telah dirancang untuk membantu subjek kajian

meningkatkan tahap ketangkasan mereka.

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Rajah 4 : Pelan Latihan Litar

Page 13: kajian penyelidikan ida.docx

13

Pelaksanaan Intervensi Latihan Litar

Stesen Cara Pelaksanaan

1. Lompat Kuadran Berdiri dalam keadaan selesa di hadapan

petak Lompat Kuadran

Apabila wisel dibunyikan, mula melompat

selama satu minit dan berhenti apabila

wisel sekali lagi dibunyikan.

2. Bangkit Tubi Berbaring di atas tilam dalam keadaan

selesa

Tangan diletakkan di dada

Mula membuat bangkit tubi apabila wisel

dibunyikan dan berhenti apabila wisel

sekali lagi dibunyikan

3. Lari Zig-Zag Bersedia di belakang garisan

Lari sejauh 10 meter dan sentuh garisan

Berpatah balik dan sentuh garisan

permulaan

Lakukan larian ulang - alik sebanyak 2

kali secara berterusan.

Masa diambil setelah tamat larian.

4. Tekan Tubi kedua-dua tapak tangan di lantai, tangan

dibuka seluas bidang bahu

kaki rapat diluruskan

turunkan badan sehingga siku bersudut

90%

ulang sebanyak mungkin dengan badan

senantiasa lurus

Pemerhatian

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Page 14: kajian penyelidikan ida.docx

14

Sebelum ujian pra, intervensi dilaksanakan, pengkaji akan membuat demonstrasi bagaimana

setiap satunya perlu dilaksanakan. Ini bagi memberi gambaran jelas tentang perjalanan

aktiviti yang mahu dilakukan. Pengkaji akan menekankan perkara-perkara yang boleh

dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Setelah itu, subjek kajian diberi peluang untuk membuat

percubaan dan menyesuaikan diri dengan kehendak kajian.

Pemerhatian akan dilaksanakan sewaktu percubaan ini dan juga sepanjang kajian dijalankan.

Sewaktu percubaan, guru akan memerhatikan lakuan subjek kajian. Jika terdapat sebarang

kesilapan, pengkaji akan serta merta membetulkan kesilapan subjek. Ini bertujuan bagi

memastikan keberkesan program intervensi yang akan dilaksanakan.

Seterusnya, pengkaji akan membuat pemerhatian berstruktur terhadap subjek sewaktu

intervensi dijalankan. Tamat intervensi, subjek kajian akan melakukan aktviti kenduran dan

kemudian, pengkaji akan menegur perkara yang sepatutnya ditegur demi keberkesanan

intervensi yang telah dirancang.

Refleksi

Setelah menjalankan ujian sewaktu tinjauan awal, kesimpulan yang boleh dibuat ialah, murid-

murid hampir secara keseluruhannya tidak menguasai ketangkasan.

9.0 Perancangan Cara Pengumpulan Data

Data penyelidikan akan dikumpul melalui ujian. Dua ujian yang akan dilaksanakan

ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Ujian

Ujian Pra akan dijalankan bagi melihat kesesuaian latihan litar yang telah direka

untuk kajian ini. Seramai 15 orang pemain kriket sekolah akan melaksanakan ujian yang

telah dirancang. Setelah tamat intervensi, ujian pasca akan dilaksanakan bagi melihat

kesesuaian dan perubahan tahap ketangkasan pada subjek yang dipilih secara rawak

itu.

Jika bersesuaian, subjek kajian akan melalui ujian pra, intervensi yang sama seperti

dilaksanakan dan seterusnya menyelesaikan kajian dengan ujian pasca. Ini bermakna,

subjek kajian akan diuji dengan Ujian Lari Ulang Alik 10 Meter untuk menentukan tahap

ketangkasan mereka. Subjek kajian perlu melengkapkan latihan litar seperti yang

disarankan oleh guru mengikut bilangan set yang ditentukan mengikut minggu-minggu

intervensi. Setelah selesai, subjek kajian akan menjalani Ujian Pasca yang sama seperti

Ujian Pra.

10.0 Perancangan Cara Menganalisis Data

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Page 15: kajian penyelidikan ida.docx

15

Data yang diperolehi sewaktu ujian pra dan pasca akan direkodkan mengikut subjek.

Ini bagi memudahkan pengkaji melihat keberkesanan latihan litar yang dijalankan

kepada setiap subjek. Setelah itu, pengkaji akan membuat perbandingan peratusan bagi

melihat dengan lebih jelas peningkatan setelah intervensi dijalankan terhadap kajian.

Keputusan kajian akan dianalis dan disediakan dalam bentuk graf. Ini bagi memudahkan

perbandingan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.

11.0 KOS KAJIAN

Berikut merupakan anggaran kos kasar yang diperlukan untuk menjalankan kajian

ini.

Bil. Jenis Bahan Kuantiti x Harga Seunit Jumlah

1. Kertas A4 3 x RM10.00 RM30.00

2. Ink Printer 2 x RM65.00 RM130.00

3. Fotostat bahan & laporan RM50.00

4. Buku catatan 1 X RM2.00 RM2.00

5. Fail Instrumen 2 X RM1.00 RM2.00

6.

7.

JUMLAH RM214.00

12.0 Rumusan

Kertas cadangan ini disediakan bertujuan membantu subjek kajian dalam meningkatkan

ketangkasan diri mereka. Intervensi yang dipilih ialah intervensi menggunakan latihan

litar yang telah disesuaikan dengan subjek kajian. Murid-murid tahun lima dari kelas

yang diajar oleh pengkaji dipilih untuk menjadi subjek kajian. Latihan litar digunakan

sebagai intervensi dengan empat aktiviti yang telah dipilih oleh pengkaji.

13.0 RUJUKAN

Kajian Penyelidikan Tindakan 1

Page 16: kajian penyelidikan ida.docx

16

Asha Hasnimy Bt Mohd Hashim & Mariana Binti Abd Manan. (2008) Kajian Terhadap

Tahap Ketangkasan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan

Dalam Pengajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Cua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidilkan Tindakan: Mc Graw-Hill(Malaysia) Sdn Bhd

Johnson, Barry L., & Nelson, Jack K. (1986). Practical Measurements for Evaluation in

Physical Education ( 4th ed. ). New York : Macmillan Publishing Company.

Mook Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Penerbitan

Multimedia Sdn.Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhiriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan

Alam Belajar . Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Procedure for conducting the Illlinois Agility Run for athletes. Tarikh akses:

14 Mac 2015 http://www.topendsports.com/testing/tests/illinois.htm

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan (edisi

kedua).Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Rusedawatty Osman.(2008) Somatotaip dan Tahap Ketangkasan Mengikut Kumpulan

Posisi Atlet Bola Jaring Peringkat Universiti

Kajian Penyelidikan Tindakan 1