kajian naskhah lakon dbp pt3 print

Upload: azizah-salama

Post on 06-Jul-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Kajian Naskhah Lakon Dbp Pt3 Print

    1/8

    KAJIAN NASKHAH LAKON DBP

    -SINOPSIS

     Babak 1

    Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas agar 

    menentang kompeni Inggeris kerana kawasan itu di bawah pemerintahan adik Tunku Sultan

    Hashim Jalilul Alam.

     Babak 2

    Jahul melaporkan kepada Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar mendakwa beliau berkuasa di Sungai Padas. Hal ini membangkitkan kemarahan Pegawai Inggeris kerana Sungai

    Padas telah pun dipajak oleh Tuanku Sultan Brunei kepada mereka. Pegawai Inggeris memberi

    hadiah kepada Jahul sebagai penghargaan atas maklumat yang diberikan.

     Babak 3

    Pangeran Syahbandar dan Awang mengesyaki ada tali barut yang menitnah PangeranSyahbandar kepada penduduk kampung. !ereka bertekad untuk bertindak terhadap penduduk 

    kampung yang belot.

     Babak 4

    Satu pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan pembelot.

    Babak 5

    Jahul memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar telah menyerang dan

    menawan penduduk yang menyokong kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris akan membuat

     bantahan kepada Sultan Brunei agar menghentikan kegiatan Pangeran Syahbandar yang

    menentang kompeni Inggeris.

    Babak 6

    Tunku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan

     penentangan. Pangeran Syahbandar kesal kerana Sultan termakan hasutan Inggeris. Beliau

     bertegas tetap meneruskan perjuangan.

     Babak 7

    Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis"polis kompeni Inggeris. !ereka berjaya menyerang# membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris.

  • 8/17/2019 Kajian Naskhah Lakon Dbp Pt3 Print

    2/8

    Babak 8

    $i pejabat# Pegawai Inggeris marah kerana tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pihaknya kerugian. %edegilan Pangeran Syahbandar akan dibalas kerana pihak Inggeris telah

    mendapat kebenaran daripada Tuan &esiden untuk menyerang balas kota !anggalela iaitu kubu

    kuat Pangeran Syahbandar.

    Babak 9

    Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis kompeni. Pangeran Syahbandar 

    mahu semua pengikutnya berwaspada walaupun pihak kompeni telah berundur.

    Babak 10

    Pegawai Inggeris mengetahui tentang kebijaksanaan Pangeran Syahbandar membina kubu untuk 

    menahan serangan kompeni Inggeris tetapi pihaknya tidak akan berputus asa dan akan

    menyerang sekali lagi kubu tersebut. %ompeni Inggeris juga mendapatkan bantuan polis Sikhdari Perak yang mempunyai senjata api yang lebih lengkap.

     Babak 11

    %eadaan kelam kabut berlaku kerana tembakan meriam daripada polis kompeni yang menyerangkubu Pangeran Syahbandar sekali lagi. Awang berasa cemas kerana bilangan polis kompeni yang

    ramai dan dibantu oleh polis Sikh manakala pihaknya hanya mempunyai senjata lembing dan

    keris. Pangeran Syahbandar memberi kata"kata semangat agar berjuang habis"habisan.

    Babak 12

    Pertempuran berlarutan# Awang memberitahu Pangeran Syahbandar bahawa mereka tidak boleh bertahan kerana ramai pengikut telah terkorban. Pangeran Syahbandar menyatakan mereka tidak 

    akan mengaku kalah. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan 'abenor untuk 

     berunding dan menghentikan peperangan. Akhirnya Pangeran Syahbandar  bersetuju tetapi pengunduran mereka bukan bererti mereka tewas. Pangeran Syahbandar dan

     pengikut"pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada kompeni Inggeris.

  • 8/17/2019 Kajian Naskhah Lakon Dbp Pt3 Print

    3/8

    -PLOT

    Pembiaa !"#$

    (mpat peringkat garapan plot)

     i% Pe&m'"aa

    Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas. Beliau

    menyeru penduduk kampung menentang kompeni Inggeriskerana daerah ini ialah kawasan mereka.

    ii% Pe&kemba(a

    $i pejabat Pegawai Inggeris# Jahul melaporkan berita tentang Pangeran Syahbandar yang

    memberitahu beliau berkuasa di Sungai Padas kerana itu tidak termasuk dalam kawasan pajakanInggeris.Pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan

     pembelot. Pangeran Syahbandar telah mengarahkan pengikut"pengikutnya memburu dan

    menangkap pembelot"pembelot.Pegawai Inggeris membuat bantahan kepada Sultan Bruneisupaya menghentikan tindakan Pangeran Syahbandar menentang kompeni.Tuanku Sultan

    mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan penentangan

    terhadap kompeni tetapi tidak diendahkan. Pertempuran dan tembak"menembak antara PangeranSyahbandar dan polis"polis kompeni. Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut"pengikutnya

    supaya menyerang# membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris. &amai polis kompeni

    dibunuh dan senjata api dirampas.Tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pegawaiInggeris mendapatkan kebenaran daripada Tuan &esiden untuk menyerang balas %ota

    !anggalela iaitu kubu kuat Pangeran Syahbandar.

    iii% K"imak)

    %eadaan kelam kabut berlaku apabila serangan sekali lagi dilakukan oleh kompeni Inggeris

    dengan bantuan polis Sikh. Bilangan polis kompeni lebih ramai jika dibandingkan dengan pengikut"pengikut Pangeran Syahbandar. Awang berasa cemas tetapi Pangeran Syahbandar 

    memberi kata semangat supaya berjuang habis"habisan.

    i*% Pe"e&aia

    Awang menyatakan bahawa mereka tidak dapat bertahan lagi kerana ramai orang mereka yang

    terkorban. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan gabenor supaya berunding danmenghentikan peperangan. Pangeran Syahbandar bersetuju tetapi mereka bukan menyerah kalah.

    Semangat mereka tetap kekal untuk menentang penjajah. Pangeran Syahbandar dan pengikut"

     pengikutnya keluar daripada kubu dan menyerah diri.

  • 8/17/2019 Kajian Naskhah Lakon Dbp Pt3 Print

    4/8

    -T+,A

    $rama ini mengetengahkan pemikiran perjuangan anak watan menentang  penjajahan. $rama

     ini menyorot kisah perjuangan Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris di Sungai

    Padas. Pangeran Syahbandar bertegas bahawa kawasan Sungai Padas merupakan hak milik 

    Sultan Hashim Jalilul Alam yang mesti dipertahankan oleh penduduk watan. PangeranSyahbandar sanggup menentang serangan kompeni Inggeris walaupun mereka bertempur dalam

    keadaan serba kekurangan.

    -P+SOALAN

    i% Ke!e$i(a mem!e&$a.aka .ak kebeba)a meme&i$a. /i e(a&a )e/i&i%

    *ontoh) Pangeran Syahbandar bertegas agar kawasan Sungai Padas diuruskan oleh anak watan.

    ii% Pe(k.iaa$a $e&.a/a! ba()a )e/i&i%

    *ontoh) Jahul sanggup menjadi tali barut Pegawai Inggeris.

    iii% Ke!e$i(a beke&a)ama /a"am mem!e&$a.aka $aa. ai&%

    *ontoh) Pangeran Syahbandar dan orang kampung menentang Kompeni Inggeris walaupuntidak mempunyai senjata yang lengkap.

    i*% Kebiak)aaa /a"am me(.a/a!i m')'.%

    *ontoh) Pangeran Syahbandar dan pengikutnya telah membuat persediaan awal menentang 

    kompeni Inggeris dengan membina kubu yang kuat .

    -ATAK DAN P+ATAKAN

    - Watak Utama

    -Pa(e&a Sa.ba/a&

    i. Tokoh pejuang di Sungai Padas.

    ii. Pemimpin yang berani.

    *ontoh) Pangeran Syahbandar tidak gentar menentang kumpulan kompeni Inggeris yang ramai.

    iii Pemimpin yang tegas.*ontoh) Pangeran Syahbandar bertegas meneruskan perjuangan menentang Inggeris walaupun

    Tuanku Sultan mahu mereka menghentikan penentangan terhadap %ompeni Inggeris.

  • 8/17/2019 Kajian Naskhah Lakon Dbp Pt3 Print

    5/8

    i+. Pemimpin yang rasional.

    *ontoh) Pangeran Syahbandar sanggup berunding dan berdamai dengan %ompeni Inggerissetelah pengikut"pengikutnya semakin ramai terkorban.

    +. Pemimpin yang berkaliber.

    *ontoh) Pangeran Syahbandar telah berjaya mengarahkan pengikut"pengikutnya menangkap

     pembelot.

    +i. Pemimpin yang bijak.

    *ontoh) Pangeran Syahbandar telah membuat persediaan yang rapi dengan membina kubusebagai pertahanan menentang musuh.

    Watak Sampingan

    -Aa(

    i. Pembantu kepada Pangeran Syahbandar.

    *ontoh) Awang sentiasa membantu Pangeran Syahbandar semasa menentang %ompeni Inggeris.

     ii. Pemuda yang cinta akan tanah air.

    *ontoh) Awang bersama"sama Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris yang ingin

    menguasai kawasan Sungai Padas.

     iii. Berikiran jauh.

    *ontoh) Awang mencadangkan Pangeran Syahbandar supaya berunding dan menghentikan peperangan.

    -Ja.'"

    i. Tali barut Inggeris.

    *ontoh) Jahul sentiasa melaporkan kegiatan Pangeran Syahbandar dan pengikut"pengikutnya

    kepada Pegawai Inggeris.

     ii. Pemuda yang mudah termakan pujukan.

    *ontoh) Jahul bersetuju memberikan maklumat apabila Pegawai Inggeris memberi hadiah.

  • 8/17/2019 Kajian Naskhah Lakon Dbp Pt3 Print

    6/8

    -Pe(aai I((e&i)

    i. ,akil kompeni Inggeris di Sungai Padas.

    ii. Bijak mengatur strategi.

    *ontoh) Pegawai Inggeris pandai memujuk Jahul untuk mendapatkan maklumat dengan

    memberikan ganjaran kepada Jahul.

    LATA 

     Latar Masa

    i. Berlaku hampir - bulan

    *ontoh) Awang menyatakan pertempuran antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan

    %ompeni Inggeris sudah berlarutan hampir - bulan.

     ii. ,aktu malam.

    *ontoh) Pertempuran berlaku antara pihak %ompeni Inggeris dengan pengikut PengeranSyahbandar di %ota !anggalela.

    iii. ,aktu pagi.

    *ontoh) Jahul melaporkan berita Pangeran Syahbandar mendakwa dia berkuasa di kawasan

    Sungai Padas kepada Pegawai Inggeris.

     Latar Tempat 

    i. $i kawasan Sungai Padas.

    *ontoh) Pangeran Syahbandar memberi ucapan kepada penduduk kampung bahawa %ompeni

    Inggeris tidak berhak melarang mereka mencari nakah di bumi mereka sendiri.

    ii. Pejabat Pegawai Inggeris.

    *ontoh) Perbualan antara Jahul dan Pegawai Inggeris tentang perkara yang berlaku di kawasanSungai Padas.

    iii. %ubu %ota !anggalela.

    *ontoh) %ompeni Inggeris membedil kota !anggalela sebagai serangan balas.

  • 8/17/2019 Kajian Naskhah Lakon Dbp Pt3 Print

    7/8

     Latar Masyarakat 

    i. !asyarakat kampung yang mudah dipengaruhi.

    *ontoh) Terdapat penduduk kampung %awasan Sungai Padas menyokong kompeni Inggeris danmenjadi pembelot.

    ii. !asyarakat yang mengkhianati bangsanya sendiri.

    *ontoh) Jahul memberi maklumat mengenai Pangeran Syahbandar kepada %ompeni Inggeris.

    iii. !asyarakat penjajah.

    *ontoh) %ompeni Inggeris bertegas mahu menguasai kawasan Sungai Padas.

    i+. !asyarakat pemimpin yang bertimbang rasa.

    *ontoh) Pangeran Syahbandar hanya akan mengutip cukai sekadar yang termampu oleh

     penduduk.

    AA BAHASA

    i. %ata pinjamanbahasa Inggeris/*ontoh) what# special or you# coming

    ii. Peribahasa*ontoh) Biar berputih tulang# jangan berputih mata# alang"alang mandi biar basah# kepala batu#

     biar kita mati berkalang tanah

    iii. %ata ganda

    *ontoh) tercunggap"cungap# saudara"saudara dan polis"poli

     i+. Sinkop#

    *ontoh) tu# tak kan# tapi

    NILAI

    i. 0ilai semangat cinta akan tanah air 

    *ontoh) Pangeran Syahbandar sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan kawasan SungaiPadas.

  • 8/17/2019 Kajian Naskhah Lakon Dbp Pt3 Print

    8/8

    ii. 0ilai kesetiaan

    *ontoh) Awang menyokong tindakan Pangeran Syahbandar demi mempertahankan tanah air 

    daripada kekuasaan %ompeni Inggeris.

    iii. 0ilai bersatu padu

    *ontoh) Pangeran Syahbandar# Awang# dan pengikut"pengikutnya bersatu padu dalam menentang%ompeni Inggeris sehingga ramai yang terkorban.

    i+. 0ilai keberanian*ontoh) Pangeran Syahbandar dan Awang sanggup mati demi menegakkan hak mereka. !ereka

     juga berani menyerang pihak %ompeni Inggeris walaupun tidak mempunyai kelengkapan senjata

    yang sesuai.

    +. 0ilai rasional

    *ontoh) Pangeran Syahbandar menerima pendapat Awang untuk berdamai dengan pihak 

    %ompeni Inggeris agar tidak ramai yang menjadi korban.

    P+NAJAAN

    i. %ita haruslah mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk penjajahan.

    *ontoh) Pangeran Syahbandar berjuang habis"habisan untuk mempertahankan kawasan Sungai

    Padas.

    ii. %ita hendaklah bersatu padu menentang penjajah.

    *ontoh) Pengikut"pengikut kampung bersama"sama Pangeran Syahbandar dan Awang bersatu

     padu menentang %ompeni Inggeris.

    iii. %ita hendaklah berani menentang penjajah.*ontoh) Pangeran Syahbandar dan pengikut"pengikutnya berani menentang %ompeni Inggeris.

    i+. %ita mestilah setia kepada ketua.

    *ontoh) Pangeran Syahbandar sentiasa disokong oleh Awang dalam mempertahankan tanah air.