kajian mengenai pembangunan komuniti

18
KAJIAN MENGENAI PEMBANGUNAN KOMUNITI, KEMISKINAN, AGIHAN PENDAPATAN DAN KETAKSAMAAN Pengenalan 4.1 Bab ini meneliti kajian-kajian yang dilakukan mengenai dua tema iaitu (A) Kajian-kajian mengenai pembangunan komuniti, dan (B) Kajian-kajian mengenai kemiskinan, agihan pendapatan dan ketaksamaan. A. Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti 4.2 Konsep komuniti telah diperdebatkan dengan pelbagai tafsiran dan pengertian. Komuniti umumnya merujuk kepada kelompok manusia yang mendiami satu-satu kawasan dan menghadapi masalah dan nasib yang sama. Mereka mempunyai keterikatan berdasarkan kepentingan bersama. 4.3 Justeru, pembangunan komuniti umumnya meletakkan sesebuah komuniti itu sebagai tumpuan utama pembangunan. Dalam konteks BAB 4

Upload: wajfa

Post on 12-Jan-2016

54 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

komuniti

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

KAJIAN MENGENAI PEMBANGUNAN KOMUNITI, KEMISKINAN, AGIHAN PENDAPATAN DAN KETAKSAMAAN Pengenalan

4.1 Bab ini meneliti kajian-kajian yang dilakukan mengenai dua tema

iaitu (A) Kajian-kajian mengenai pembangunan komuniti, dan (B)

Kajian-kajian mengenai kemiskinan, agihan pendapatan dan

ketaksamaan.

A. Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

4.2 Konsep komuniti telah diperdebatkan dengan pelbagai tafsiran dan

pengertian. Komuniti umumnya merujuk kepada kelompok manusia

yang mendiami satu-satu kawasan dan menghadapi masalah dan nasib

yang sama. Mereka mempunyai keterikatan berdasarkan kepentingan

bersama.

4.3 Justeru, pembangunan komuniti umumnya meletakkan sesebuah

komuniti itu sebagai tumpuan utama pembangunan. Dalam konteks

BAB

4

Page 2: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--2

negara kita, pembangunan komuniti ini lazimnya diberi penekanan

kepada komuniti yang mendiami kawasan mundur, terpencil dan

ketinggalan dari arus pembangunan negara. Komuniti petani, nelayan,

peladang dan juga Orang Asli adalah mereka yang lazimnya

dikategorikan sebagai komuniti yang perlu dibangunkan.

4.4 Namun begitu, kajian-kajian pembangunan komuniti dari aspek

pembangunan sosial ini, bukan sahaja merujuk kepada komuniti-

komuniti yang dinyatakan itu, tapi juga merujuk kepada komuniti

yang digolongkan dalam satu-satu perkumpulan rasmi seperti

golongan pelajar, golongan usahawan dan lain-lainnya. Apakah

bentuk dan penemuan kajian-kajian tersebut? Ini antara perkara yang

dianalisis dan diteliti dalam bab ini.

Bilangan Kajian dan Dana

4.5 Sebanyak 184 (6%) daripada 3,281 penyelidikan pembangunan sosial

adalah mengenai pembangunan komuniti. Daripada jumlah tersebut,

lebih daripada separuh iaitu 99 buah adalah kajian asas/gunaan dan

emapat kajian rundingan/kontrak. Selain itu terdapat penyelidikan

tesis di peringkat sarjana, sebanyak 67 buah, dan 14 buah diperingkat

Ph.D.

4.6 Umumnya, Universiti Malaya ialah institusi yang paling banyak

menyumbang kepada penyelidikan dalam bidang pembangunan

komuniti dengan 53 buah kajian (29%), diikuti oleh UKM sebanyak

26 buah (14%), dan UiTM sebanyak 25 buah kajian (14%).

Page 3: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--3

4.7 Dari segi dana, sepertimana penyelidikan lain, hanya kajian

asas/gunaan dan rundingan/kontrak sahaja yang memperoleh

pembiayaan daripada universiti, Kementerian Pengajian Tinggi dan

sumber-sumber lain. Manakala penyelidikan tesis, khususnya di

peringkat Sarjana tidak mendapat pembiayaan rasmi. Hanya 80 buah

kajian yang telah menyatakan jumlah peruntukan yang diterima bagi

menjalankan penyelidikan. Daripada jumlah tersebut, 63 buah (34%)

kajian menerima peruntukan sebanyak RM25,000 dan ke bawah.

Jumlah sedemikian umumnya diberikan kepada para penyelidik atau

pensyarah universiti menjalankan penyelidikan asas/gunaan jangka

pendek, iaitu antara tempoh masa enam bulan hingga setahun.

Sementara 15 buah penyelidikan pembangunan komuniti telah

menerima peruntukan RM25,000 hingga RM200,000 iaitu dana IRPA.

Hanya dua penyelidikan yang mendapat dana sebanyak RM200,000

hingga RM1 juta adalah penyelidikan rundingan/kontrak.

Kategori dan Tema Kajian

4.8 Perbincangan bahagian ini diteliti mengikut pecahan disiplin sains

sosial seperti berikut:

Pembangunan Komuniti dari aspek Antropologi dan Sosiologi

4.9 Kajian-kajian yang dilakukan di bawah penyelidikan pembangunan

komuniti ini di dianalisis kepada 13 pecahan disiplin sains sosial.

Kajian mengenai pembangunan komuniti dengan disiplin antropologi

dan sosiologi adalah paling banyak dengan 53 buah (44%) kajian

mengenainya. Antara kajian mengenai pembangunan komuniti yang

Page 4: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--4

dilihat daripada perspektif disiplin Antropologi dan Sosiologi yang

agak menarik dan penting, adalah seperti:

1. Pembangunan penduduk setinggan

2. Pembangunan belia, termasuk pelajar di universiti dan sekolah

3. Pembangunan Orang Asli

4. Pembangunan peneroka Felda

5. Pembangunan masyarakat Melayu

4.10 Untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengecapi hasil

kemajuan negara, maka pembangunan perlu diseimbangkan dengan

mengambilkira usaha membangunkan komuniti yang dianggap

dipinggir dari arus pembangunan. Salah satu komuniti ini ialah

masyarakat yang mendiami kawasan Felda. Komuniti ini berupaya

dan mempunyai potensi untuk dibangunkan, khususnya bagi generasi

anak-anak mereka. Kajian oleh Che' Asniza Binti Osman et.al, UiTM

tentang “Penglibatan Anak-Anak Peneroka Dalam Bidang

Keusahawan: Satu Kajian Di Kawasan Felda Wilayah Jengka,

Pahang”, menunjukkan bahawa perkara-perkara yang perlu dititik

beratkan agar dapat membantu anak-anak peneroka sama ada yang

sudah terlibat atau pun belum terlibat di dalam keusahawanan ialah

dengan memperbanyakkan latihan yang berkesan, memberikan

galakkan dan dorongan yang berterusan. Hasil kajian ini juga

mendapati bimbingan yang mantap oleh usahawan yang telah berjaya

berupaya membantu anak-anak peneroka untuk lebih berjaya dalam

perniagaan. Namun begitu, faktor-faktor seperti sikap, dorongan,

modal permulaan, pengetahuan dan faktor luaran adalah antara sebab

Page 5: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--5

utama yang menghalang anak-anak peneroka ini untuk berkecimpung

dalam perniagaan.

4.11 Pelbagai cara yang dilakukan oleh Kerajaan untuk membantu

komuniti terpinggir seperti golongan setinggan. Kajian oleh

Roasazman Hussin et.al, Pusat Penyelidikan dan Persidangan, UMS

bertajuk “Reaksi Penduduk Terhadap Program Penempatan Semula

Setinggan: Kajian Kes Di Kampung Warisan, Inanam, Kota

Kinabalu” bertujuan meninjau reaksi penduduak yang terlibat dalam

Program Penempatan Semula (PPS), peranan pihak Dewan Bandaraya

Kota Kinabalu terhadap PPS dan jenis-jenis infrastuktur yang

disediakan. Secara amnya pelaksanaan PPS adalah bertujuan

menyelesaikan masalah setinggan yang berleluasa di Kota Kinabalu.

PPS yang dijalankan ini didapati boleh meningkatkan taraf hidup

penduduk melalui penyediaan infrastruktur dan juga kemudahan asas

seperti air dan elektrik. Oleh itu, pelaksanaan Program Penempatan

Semula yang terancang bukan sahaja dapat membanteras masalah

setinggan, malah juga dapat membantu dalam perancangan dan

pembangunan negara pada masa depan.

4.12 Pembangunan komuniti setinggan ini seringkali dikaitkan dengan

pelbagai masalah seperti pendatang haram, pencemaran, penyakit

berjangkit, kebakaran dan sebagainya. Justeru, Kerajaan telah cuba

menjalankan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah setinggan, atau

di Sabah ia dikenali sebagai Kampung Air. Kajian oleh Amaluddin

Bakeri, Institut Pengurusan Penyelidikan dan Perundingan, UM,

mengenai “Masalah Perpindahan Penduduk Kampung Air Ke

Page 6: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--6

Daratan: Satu Kajian Di Petempatan Kampung Air Negeri Sabah”

mendapati bahawa usaha memindahkan penduduk kampung air

sebenarnya menghadapi pelbagai masalah sama ada dalam aspek

pentadbiran, ekonomi dan sosial. Masalah pentadbiran dihadapi oleh

pihak pemerintah antaranya dalam mengenalpasti kawasan

penempatan baru di daratan yang sesuai untuk dibangunkan,

pemilihan penduduk yang layak untuk menyertai program

perpindahan dan hubungan pemerintah dengan penduduk kampung air

yang sering tegang. Sementara masalah ekonomi dan sosial yang

dihadapi oleh penduduk yang terlibat dalam program perpindahan

termasuklah kesukaran melakukan pekerjaan, pengangkutan,

peningkatan kos sara hidup, perpecahan di kalangan ahli keluarga,

masalah perkauman di petempatan baru dan kepupusan nilai-nilai

tradisi.

4.13 Kajian pembangunan komuniti juga ada meneliti masyarakat

peribumi, iaitu bagaimana kesan pemodenan dan proses urbanisasi

kepada komuniti ini. Salah satu kajian yang menarik dan penting ini

dilakukan oleh Gusni Saat dalam kajian Ph.D beliau di UKM yang

bertajuk “Urbanisasi Dan Stratifikasi Sosial Di Kalangan Samah-

Bajau Di Sabah”. Di Sabah, Samah-Bajau asalnya masyarakat maritim

yang hidup berasaskan nelayan tradisional. Penemuan kajian ini

menunjukkan komuniti Samah-Bajau terbahagi kepada tiga strata

utama iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Faktor pendapatan dan aset

dijadikan ukuran utama stratifikasi. Keupayaan individu dalam setiap

kumpulan stratifikasi sosial Samah-Bajau untuk mengubah status

sosialnya secara menegak bergantung kepada gabungan pelbagai

Page 7: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--7

faktor. Faktor-faktor itu ialah pendidikan, pemilikan aset, penggunaan

tanah dan kewujudan jaringan politik dan sosial.

4.14 Pembangunan komuniti Orang Asli juga ada menyentuh mengenai

aspek budaya komuniti ini. Kajian oleh Hanapi Bin Dollah, Pusat

Pengurusan Penyelidikan, UKM mengenai “Tradisi lisan masyarakat

Orang Asli” (asas/gunaan) bertujuan untuk mengumpul dan

mendokumentasikan tradisi lisan Orang Asli. Pendokumentasian ini

perlu kerana komuniti Orang Asli sedang mengalami proses

perubahan dan pembangunan sosio-ekonomi dan persekitaran yang

dijangka membawa dampak yang besar ke atas tradisi, budaya dan

kesenian mereka. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti

ciri-ciri budaya dan kesenian Orang Asli yang dapat diselarikan

dengan dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh

agensi luar, khususnya agensi kerajaan agar ia dapat dilestarikan

bersama pembangunan.

4.15 Peranan komuniti golongan profesional di negara yang sedang

membangun seperti Malaysia adalah penting dalam usaha untuk

memajukan ekonomi masyarakat. Namun pekembangan golongan ini

tidak seimbang di antara pelbagai etnik dan juga di antara negeri

kurang maju di pantai timur dan negeri maju di pantai barat

Semenanjung. Justeru sumbangan mereka dalam proses pemodenan

dan pembangunan Malaysia adalah penting dikaji. Kajian oleh Nor

Hayati Sa’at (2003), UMT bertajuk “Pengenalan unsur budaya

golongan profesional Melayu di Terengganu dan Kelantan”

(asas/gunaan) bertujuan untuk menganalisis proses pembentukan dan

Page 8: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--8

mengenalpasti beberapa unsur budaya golongan profesional Melayu

ini. Kajian ini telah menyediakan satu profil ciri-ciri golongan

profesional Pantai Timur, khususnya di Terengganu. Kajian ini

menunjukkan ciri utama budaya golongan profesional ialah faktor

kepuasan dalam bekerja dan minat terhadap pekerjaan. Dari segi

pemikiran pula, mereka menunjukkan kematangan dan berfikiran

terbuka, khususnya dalam memberikan pandangan terhadap sesuatu

isu mengenai hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan

Pusat.

4.16 Membangunkan komuniti golongan belia dan pelajar juga antara

kajian yang menjadi tumpuan dalam penyelidikan pembangunan

sosial. Golongan belia termasuk para pelajar adalah generasi pelapis

sebagai ‘aset’ utama negara yang perlu diambil perhatian dalam

proses perkembangan dan pembangunannya. Kajian oleh

Thirunaukarasu Subramaniam (tanpa tarikh) UMS, bertajuk

“Pengangguran Di Kalangan Belia Di Sabah: Sebab-Sebab

Menganggur” bertujuan untuk mengenalpasti faktor belia

menganggur. Hasil kajian menunjukkan lima sebab utama

pengangguran berlaku di kalangan belia di Sabah. Faktor-faktor itu

ialah faktor sikap, kekurangan pengalaman kerja, faktor kesihatan di

kalangan ibubapa, masalah pengangkutan dan upah yang rendah dan

faktor pencapaian akademik yang rendah. Kajian ini menyimpulkan

bahawa polisi kerajaan perlu disasarkan kepada peningkatan

penyertaan belia di dalam program latihan atau program pemerolehan

kemahiran. Kerajaan pula perlu mewujudkan kerja separuh masa

Page 9: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--9

ataupun kerja sementara untuk belia-belia yang menganggur supaya

mereka melibatkan diri secara marginal ke dalam pasaran buruh.

4.17 Sementara itu, kecemerlangan golongan mahasiswa/i sering menjadi

tumpuan dalam usaha menyediakan sumber tenaga manusia yang

berkualiti untuk negara di masa hadapan. Satu kajian oleh Wan

Hartini Wan Hassan et.al (2002), UiTM bertajuk “Sikap Daya Saing

Siswa Siswi Di UTM Kampus Alor Gajah Dalam Kecemerlangan

Akademik” (asas/gunaan) bertujuan untuk mengkaji sama ada wujud

atau tidap sikap daya saing dan juga mengenalpasti faktor-faktor yang

boleh mempengaruhi sikap daya saing mereka. Kajian ini juga

mengkaji hubungkait antara sikap daya saing dan pencapaian

akademik pelajar. Kajian mendapati terdapat hubungkait linear positif

yang lemah antara sikap daya saing dengan pencapaian akademik.

Dengan lain perkataan, para pelajar ini mempunyai sikap daya saing

tetapi sikap ini tidak diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan dan

strategi yang berkesan bagi menghasilkan kejayaan. Justeru, kajian

mencadangkan beberapa perkara seperti mengadakan kursus motivasi

dan kemahiran pembelajaran yang berterusan untuk para pelajar,

mempamerkan nama-nama mereka yang berjaya dan meraikannya

dalam ‘majlis anugerah kecemerlangan’, menyediakan prasarana,

peralatan pembelajaran yang selesa serta menganjurkan aktiviti-

aktiviti yang dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat di

kalangan mereka.

Page 10: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--10

Pembangunan Komuniti mengikut Disiplin Ekonomi

4.18 Selain daripada kajian pembangunanan komuniti yang banyak

menyentuh aspek antropologi dan sosiologi (81 buah kajian), terdapat

44 buah (24%) kajian pembangunan komuniti dari kacamata ekonomi.

Pembangunan ekonomi sesebuah komuniti itu boleh diukur dengan

beberapa penanda aras, antaranya faktor kualiti hidup. Satu kajian

oleh Norizan Binti Abdul Ghani (2003), UMT bertajuk “Kualiti Hidup

Penduduk Pulau Negeri Terengganu: Satu Kajian Di Pulau Redang

Dan Pulau Perhentian” bertujuan membincangkan kualiti hidup

penduduk di dua pulau tersebut. Beberapa indikator kualiti hidup telah

dipilih bagi kajian ini iaitu pendapatan, perbelanjaan, pemilikan,

simpanan, kesihatan dan perumahan. Hasil kajian mendapati

pendidikan, pekerjaan, persekitaran keluarga dan sokongan

merupakan faktor yang mempengaruhi tahap kualiti hidup objektif

(sebenar) dan subjektif (tanggapan) peduduk ke dua-dua pulau kajian.

Hasil kajian ke atas tahap kualiti hidup objektif dan subjektif

responden mendapati sebahagian besar daripada mereka berada di

tahap sederhana. Walau bagaimanapun, kualiti perumahan berada di

tahap rendah dan status kesihatan masih berada di tahap sederhana.

4.19 Masalah pengangguran di kalangan siswazah juga sering menjadi

tumpuan kerajaan bagi mencari ‘formula’ berkesan untuk

mengatasinya. Kajian oleh Nor Aini Ali et.al (2005), UM bertajuk

“Kajian Guna Tenaga Graduan Sarjana Muda Syariah dan Usuluddin

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (1996-2002)”

(asas/gunaan) adalah sebagai cetusan isu yang menyatakan graduan

Page 11: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--11

bidang sains sosial termasuklah pengajian Islam dikatakan sebagai

penyumbang utama kepada kadar pengangguran siswazah yang tinggi

di negara ini. Kajian ini cuba untuk mengenalpasti sama ada dakwaan

ini benar atau sebaliknya. Hasil kajian mendapati dakwaan itu salah

apabila sebahagian besar daripada mereka (86.7%) telah mendapat

pekerjaan dalam pelbagai sektor dan bidang. Baki daripada jumlah ini

adalah termasuk mereka yang secara sukarela tidak ingin bekerja.

4.20 Tidak dapat dinafikan bahawa golongan peniaga IKS juga turut

membantu dalam menyumbangkan kepada peningkatkan ekonomi

negara. Untuk membangunkan komuniti usahawan IKS ini, mereka

perlu mempelbagaikan usaha untuk menjana keuntungan,

kebolehupayaan serta kemandirian perniagaan. Kajian oleh Shamila

Binti Mohamed Shuhidan et.al (2005), UiTM bertajuk “Kajian

Keperluan Maklumat Di Kalangan Usahawan IKS Di Lembah Klang”

(asas/gunaan) mendapati bahawa IKS (yang terdiri daripada pelbagai

jenis bidang perniagaan) percaya atas pentingnya maklumat kepada

industri yang mereka jalankan. Antara maklumat yang signifikan pada

IKS adalah maklumat yang berkaitan dengan pengeluaran dan kadar

pengeluaran produk dan juga mengenai pasaran tempatan. Kajian ini

juga mendapati bahawa peneraju IKS ini lebih cenderung untuk

mencari maklumat menerusi internet dan firma-firma industri yang

berkaitan namun masih belum bersedia di dalam menyiapkan

kemudahan pusat maklumat di organisasi masing-masing.

Page 12: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--12

Pembangunan Komuniti dan Agama

4.21 Sebanyak 21 buah (11%) kajian pembangunan komuniti adalah dari

aspek agama. Umumnya isu yang disentuh ialah mengenai

pengurusan harta, zakat dan baitul-mal kepada masyarakat Islam.

Kajian oleh Kasin Hj Mansur et.al (2004), UMS bertajuk “Tahap

Kefahaman Umat Islam Terhadap Zakat: Kes Kajian Di Daerah Kota

Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Papar Sabah” (asas/gunaan).

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai tahap kesedaran dan

pengetahuan tentang zakat di kalangan penduduk Islam di empat buah

kawasan ini. Secara umumnya, majoriti responden mempunyai

kesedaran berhubung kewajiban membayar zakat. Namun begitu,

mereka tidak mengetahui mengenai kewajiban pembayaran kepada

jenis-jenis zakat lain seperti zakat pendapatan, zakat harta dan zakat

emas. Hasil kajian juga mendapati ketidakseimbangan tahap

pengetahuan yang rendah di kalangan responden bukan sahaja

berkisar tentang perihal kewajipan berzakat. Akan tetapi merangkumi

pengetahuan yang rendah tentang asas kewujudan badan berwajib

seperti pusat zakat serta peranannya sebagai agen pengagihan zakat

yang sangat penting terutama bagi lapan golongan yang layak

menerima zakat.

4.22 Sementara itu, isu pembangunan komuniti golongan pelajar yang

berkaitan dengan pendidikan akidah dan akhlak juga mendapat

perhatian pengkaji. Kajian oleh Kalsom Binti Awang, Pusat Pengajian

Siswazah, UKM bertajuk “Pendidikan akidah dan perubahan akhlak

pelajar: Kajian di sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh Perak”

Page 13: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--13

bertujuan untuk melihat sejauh manakah hubungan pendidikan akidah

telah berjaya membawa perubahan terhadap akhlak pelajar. Hasil

kajian mendapati pendidikan akidah mempunyai keberkesanan yang

rendah terhadap perubahan akhlak pelajar. Kajian juga mendapati

tempoh masa yang panjang bagi proses pendidikan akidah belum

tentu dapat menjamin perubahan akhlak yang lebih baik andainya

pelajar itu sendiri tidak berusaha mengubah sikap negatif mereka.

Akhirnya, pengkaji menganggap kajian susulan khususnya mengenai

pemantauan terhadap kurikulum dan metodologi pendidikan akidah di

institusi pengajian masa kini amat perlu dilakukan.

Pembangunan Komuniti dan Teknologi Maklumat

4.23 Penggunaan teknologi komputer kini telah digunakan secara meluas

dalam pelbagai industri. Tujuan utama penggunaan adalah untuk

mencapai maklumat yang berada di luar sempadan geografi dan

budaya setempat sesuatu kawasan di samping dapat menjimatkan kos

pengeluaran. Sejauh manakah penggunaan teknologi maklumat

berkomputer ini digunakan oleh komuniti usahawan tradisional? Satu

kajian oleh Danuri Bin Sakijan et.al (2003), UiTM bertajuk “Kajian

Tahap Kesedaran Teknologi Komputer Di Kalangan Pengusaha-

Pengusaha Batik Di Kelantan” bertujuan untuk melihat tahap

kesedaran penggunaan teknologi komputer di kalangan pengusaha

batik di Kelantan. Umumnya, hasil kajian mendapati tahap kesedaran

penggunaan teknologi komputer di kalangan pengusaha batik di

Kelantan adalah sederhana rendah. Walaupun begitu, bilangan

pengusaha yang menggunakan teknologi komputer menunjukkan

Page 14: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--14

peningkatan kira-kira 50 % dari 2000 hingga 2002. Peningkatan ini

didorong oleh keyakinan yang kuat bahawa penggunaan teknologi

komputer dapat meningkatkan mutu pengeluaran, mengurangkan kos

dan membantu meningkatkan keuntungan syarikat. Kajian ini

seterusnya mencadangkan satu kajian keberkesanan penggunaan

teknologi komputer di dalam menghasilkan rekacorak batik oleh

pengusaha batik tempatan di kalangan pengusaha batik di seluruh

negeri di Malaysia.

B. Kajian Mengenai Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

4.24 Bahagian ini meneliti beberapa kajian yang dilakukan di bawah tema

kemiskinan, agihan pendapatan dan ketaksamaan. Sebanyak 50 buah

kajian telah dikenalpasti dilakukan di bawah tema ini. Namun begitu,

tidak banyak abstrak yang diberikan menyebabkan penganalisaan

agak terbatas hanya kepada beberapa jumlah abstrak yang diberikan

itu sahaja.

4.25 Umumnya, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pemerintah dan

pihak-pihak lain untuk membasmi kemiskinan dan mengatasi jurang

pendapatan. Walaupun terdapat kejayaan dalam pelaksanaan pelbagai

rancangan pembangunan, namun masih terdapat golongan miskin dan

golongan berpendapatan rendah serta wujudnya ketidakseimbangan

sosioeonomi di kalangan rakyat. Maka fenomena kemunduran atau

kurangnya pembangunan dan kemajuan masih wujud.

Page 15: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--15

4.26 Justeru, beberapa kajian yang dipaparkan di bahagian ini, meneliti

beberapa aspek yang disentuh oleh pengkaji mengenai permasalahan

kemiskinan dan ketaksamaan ini.

Bilangan Kajian dan Dana

4.27 Sebanyak 50 buah (2%) kajian pembangunan sosial adalah tertumpu

tentang kemiskinan, agihan pendapatan dan ketaksamaan. Daripada

jumlah tersebut, 25 buah (50%) kajian kemiskinan berkaitan dengan

bidang disiplin ekonomi dan 20 kajian (40%) kajian pula menyentuh

disiplin antropologi dan sosiologi. Selebihnya, kajian tentang agihan

pendapatan dan ketaksamaan dari aspek pengurusan, kewangan dan

perbankan; geografi dan alam sekitar, juga agama.

4.28 Lebih daripada separuh, iaitu 30 buah (60%) adalah kajian

asas/gunaan (termasuk 6 buah kajian rundingan) yang dilakukan oleh

pensyarah IPTA. Bakinya adalah penyelidikan tesis masing-masing

dengan 3 buah penyelidikan di peringkat Ph.D dan 17 buah

penyelidikan peringkat Sarjana. Dari segi dana, hanya kajian

asas/gunaan sahaja yang diberikan peruntukkan dari universiti dan

sumber-sumber lain. Jumlah dana yang diterima adalah RM20,000

dan ke bawah.

Page 16: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--16

Kategori dan Tema Kajian

4.29 Dalam setiap dasar pembangunan yang digubal selama hampir 50

tahun negara mencapai kemerdekaan, membasmi kemiskinan telah

menjadi agenda utama negara untuk diatasi. Pelbagai cara dan

pendekatan dilaksanakan untuk mencari ‘formula’ terbaik

mengatasinya. Salah satu pendekatan ialah dengan melakukan

penelitian melalui penyelidikan. Satu kajian yang menarik oleh

Abdullah @ Alwi Hj Hassan (2006), UM bertajuk “Kemiskinan Di

Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia: Kajian Terhadap Agensi-

Agensi Pembasmi Kemiskinan” (asas/gunaan) telah dilakukan bagi

mengkaji masalah kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di

Selangor dengan memberi penekanan terhadap keberkesanan agensi-

agensi pembasmi kemiskinan. Empat agensi utama yang terlibat

dalam program pembasmian kemiskinan di Selangor menjadi subjek

kajian ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Zakat

Selangor (PZS), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Amanah

Ikhtiar Malaysia (AIM). Kajian ini masih dalam proses penyelidikan

semasa data ini diperolehi. Antara lain, hasil kajian diharapkan akan

menunjukkan sumbangan setiap agensi dalam memperbaiki agihan

pendapatan dan kemiskinan di kalangan masyarakat miskin.

4.30 Sementara itu, satu kajian yang terperinci mengenai kemiskinan di

pantai timur Semenanjung Malaysia, iaitu Terengganu, negeri yang

kedua mundur mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia

telah dikaji oleh Akbar Ali Kadir (2004) dari UUM bertajuk “Kajian

Kemiskinan Dan Sosio-Ekonomi Masyarakat Luar Bandar: Kajian

Page 17: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--17

Kes Di Negeri Terengganu” (PhD) adalah bertujuan untuk melihat

pola kemiskinan dan menganalisis profil sosio-ekonomi masyarakat

serta menganalisis jurang agihan pendapatan di kawasan yang dikaji.

Lima buah daerah yang dianggap agak terpencil dan disifatkan

sebagai kawasan luar bandar, iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu,

Dungun dan Marang.

4.31 Selain daripada peranan yang dimainkan oleh pihak Kerajaan

membantu membasmi kemiskinan, badan-badan bukan kerajan dan

pihak swasta yang lain juga ada menyumbang. Kajian oleh Nerawi

Sedu (2005), UIAM bertajuk “The Role of Mass Media in the

Eradication of Poverty: Meta Analysis of Malaysian Cases”

(asas/gunaan) adalah melihat peranan media massa dalam membantu

mengurangkan kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan media massa

mewujudkan kesedaran tentang program pembangunan yang

dilaksanakan oleh kerajaan, iaitu dengan membantu masyarakat yang

msikin menyedari potensi diri mereka dan memperbaiki kehidupan

mereka. Kajian ni juga meneliti peranan media massa dalam

menekankan sikap positif golongan miskin terhadap pentingnya

pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat.

Page 18: Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti

Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 4 Kajian Mengenai Pembangunan Komuniti, Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4--18

Kesimpulan

4.32 Umumnya, hasil kajian pembangunan komuniti telah memberikan

tumpuan kepada aspek antropologi dan sosiologi dengan lima tema

yang menarik iaitu tentang pembangunan penduduk setinggan,

pembangunan belia, termasuk pelajar di universiti dan sekolah,

pembangunan Orang Asli, pembangunan peneroka Felda dan

pembangunan masyarakat Melayu. Kajian pembangunan komuniti

mengikut disiplin ekonomi meneliti kepada faktor kualiti hidup

sesebuah komuniti. Misalnya mengenai kualiti hidup masyarakat

pulau di Terengganu. Aspek pembangunan komuniti dan agama pula

menyentuh kepada kefahaman masyarakat Islam terhadap zakat, dan

pendidikan akhlak dan akidah para pelajar. Akhirnya kajian

pembangunan komuniti dari aspek teknologi maklumat, antaranya

meneliti tahap kesedaran teknologi komputer di kalangan komuniti

usahawan batik di Kelantan. Sementara itu, kajian tema bidang

kemiskinan, agihan pendapatan dan ketaksamaan secara umumnya

memberi tumpuan kepada usaha kerajaan membantu membasmi

kemiskinan, khususnya masyarakat di luar bandar.