kajian kes dr sabariah

16

Upload: nasihin-bin-azmi

Post on 11-Jul-2016

14 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kajian kes

TRANSCRIPT

KAJIAN KES

Group members1.Helney Painis (MP1512268T)2.Jovinia Yulus (MP1512111T)3.Norsimah Atiqah(MP1512361T)4. Khairul Ashiqeen bt Abdul Rahman Siddik (MP1512494T)5.Nasihin(MP1512343T)6.Leirene Ejul ((MP1512298T)7.Siti Syazwani Bte Mahdal ((MP1512426T)

KAJIAN KES

DEFINISIKes adalah suatu fenomena yang berlaku dalam suatu konteks tertentu dengan lingkungan atau sempadan yang tersendiriSatu diskripsi tentang sesuatu situasi, dan semestinya yang telah/sedang berlaku serta boleh menjadi pengajaran.(Muhammad Muda,2003)Ia adalah alat pembelajaran berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat keputusan, berfikir dan berinteraksi secara berpasukan.

Digunakan untuk menjawab soalan kajian yang bertujuan untuk menguraikan bagaimana atau mengapa tentang sesuatu fenomenaBoleh digunakan sebagai sampel atau bahan pengajaran di dalam bilik kuliah dan tutorial.Data tidak terhad kepada pemerhatian dan temu bual sahaja tetapi melalui soal selidik dan data-data berekod.

Ciri-ciriMemberikan tumpuan kepada peristiwa atau rentetan peristiwa yang khususMasalah tertumpu kepada cabaran dan dilemmaMempamerkan cerita benar sehingga boleh dihayati oleh pembacaKes adalah kompleks, terdapat satu cerita utama yang mengandungi beberapa masalah

Langkah-langkah sistematik dalam kajian kes1. Data tentang latar belakang kes perlu diperoleh sepenuhnya(bentuk kes,sejarah, ekonomi, sosial dan pemberi maklumat kes kajian)(Stake,1994)2.Data yang dikumpul perlu dianalisis dan interpretasi untuk membolehkan data dikelompokkan dan diketahui pola atau tema tertentu3. Data yang dikelompokkan itu dapat diketahui rumusan terhadap kajian yang dibina.4. Akhir sekali, keseluruhan laporan kajian ditulis mengikut format yang sesuai.

JENIS - JENIS1.Kajian kes penerokaan2.Kajian kes deskriptif3.Kajian kes penerangan

Kronologi kajian kes1.Pernyataan masalah2.Kajian literatur3.Objektif kajian4.Rujukan sumber5.Analisis kajian6.Laporan kajian

KATEGORIMasalah/Keputusan (Problem/Decision)Penilaian(Appraisal)Sejarah(Case Histories)Catatan Industri(Industry Notes)Kes Bersiri/Berkelompok(Series Cases)

CONTOH KAJIAN KESPenggunaan teknik pentaksiran formatif dalam subjek Bahasa Melayu tahun satu: Kajian KesPelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah dalam pengajaran guru-guru sejarah: Satu kajian kes di daerah Hilir Perak

KELEBIHAN Menurut Zaidah(2007)

1.Penilaian dan analisis kandungan dokumen biasanya dilakukan dalam konteks penggunaannya2.Kepelbagaian dari sudut intrinsik, instrumen dan pendekatan pengumpulan data membenarkan analisis kandungan dokumen dilakukan kualitatif dan kuantitatif3.Butiran yang diperoleh bukan hanya meneroka/ memperinci data dalam persekitaran kehidupan sebenar, tetapi menjelaskan kompleksiti situasi kehidupan sebenar yang mungkin tidak dapat diperoleh melalui uji kaji atau tinjauan.4.Memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam.

KELEMAHAN Tidak kukuh, pengkaji mungkin membenarkan penerimaan bukti yang sama atau terpengaruh untuk cenderung kepada pandangan tertentu yang boleh memberi kesan kepada hala tuju penemuan dan kesimpulanSering dilabel sebagai kajian yang panjang, sukar untuk dilaksanakan dan menghasil dokumen yang banyak

CONTOH PERSOALAN KAJIANBagaimana wanita berumur wanita (30-40) tahun menentukan sama ada ingin melakukan pembedahan plastik, apakah faktor mempengaruhi keputusan mereka?Sejauh manakah kemahiran pemikiran sejarah dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran mata pelajaran sejarah?

RUMUSANDigunakan dalam pelbagai perkara yang dianalisis dan dibuat kajian contoh, menilai hubungan di antara individu,menilai prestasi organisasi, menilai pasukan dan pelaksanaan projekDigunakan juga apabila tiada peluang untuk mengawal atau memanipulasi pemboleh ubah pemboleh ubah yang berlaku dalam satu perkaraPenyelidik harus mengumpul pelbagai sumber bukti yang harus mengembangkan menjadi satu rangkaian bukti, data, analisis dan laporan kajian kes.

Data diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk dokumentasi, arkib, temu duga secara langsung atau pemerhatian.Namun,terdapat beberapa batasan yang wujud dalam melaksanakan kajian kes. Jadi setiap penyelidik mesti tahu menggunakan dan mengaplikasikan kaedah yang sistematik agar setiap proses dan reka bentuk kajian kes dapat dijalankan dengan lancar.

SEKIAN TERIMA KASIH