kajian cerpen gersang karya masniah kalyubi

12
Kertas kerja ini akan membataskan bahagian-bahagian berikut sepanjang menganalisis hasil karya yang bertajuk Cerpen Gersang, karya Masniah Kalyubi iaitu: 1) Sinopsis 2) Tema 3) Persoalan 4) Watak Dan Perwatakan i. Datuk Tua ii. Sumi 5) Latar i. Latar Masa ii. Latar Tempat iii. Latar Masyarakat 2) Teknik Penceritaan 3) Gaya Bahasa 4) Nilai 1

Upload: momee-rain

Post on 08-Jul-2015

1.843 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Analisis Cerpen Gersang Karya Masniah Kalyubi

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

Kertas kerja ini akan membataskan bahagian-bahagian berikut sepanjang

menganalisis hasil karya yang bertajuk Cerpen Gersang, karya Masniah Kalyubi

iaitu:

1) Sinopsis

2) Tema

3) Persoalan

4) Watak Dan Perwatakan

i. Datuk Tua

ii. Sumi

5) Latar

i. Latar Masa

ii. Latar Tempat

iii. Latar Masyarakat

2) Teknik Penceritaan

3) Gaya Bahasa

4) Nilai

1

Page 2: Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

CERPEN GERSANG(Masniah Kalyubi)

SINOPSIS

Cerpen “Gersang” karya Masniah Kalyubi memaparkan kisah seorang lelaki tua

peminta sedekah yang terjumpa seorang bayi kecil di dalam tong sampah. Bayi itu

dinamainya Sumi. Meskipun teramat tua kerana berusia hampir 100 tahun dan bongkok

pula, namun naluri kemanusiaannya yang tinggi membuatkannya dia gigih memelihara

Sumi dengan penuh kasih sayang. Pada akhirnya, mereka berdua terpaksa hidup

bergelandangan kerana gubuk buruk di kawasan setinggan yang mereka diami akan

diruntuhkan oleh pihak berkuasa untuk tujuan pembangunan.

TEMA

Cerpen ini bertemakan tentang kasih sayang dan perjuangan hidup seorang lelaki

tua yang bergelut dengan penderitaan dalam mencari rezeki untuk meneruskan

kehidupan. Lelaki tua itu hanya bergantung pada pendapatannya sebagai peminta sedekah

di bandar raya Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupan bersama seorang cucunya

yang masih kecil iaitu Sumi. Sumi adalah tempatnya mencurahkan kasih saying

meskipun dia hanyalah bayi buangan yang ditemuinya.

PERSOALAN

1. Persoalan Tentang Kemiskinan Hidup.

Contohnya, datuk tua menyara kehidupan dengan menjadi seorang peminta sedekah dan

dia juga tinggal di sebuah gubuk buruk di kawasan setinggan di kota Kuala Lumpur

bersama dengan seorang anak iaitu Sumi.

2

Page 3: Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

2. Persoalan Tentang Kasih Sayang.

Contohnya, datuk tua menjaga Sumi dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya

sendiri dan berusaha untuk membahagiakan Sumi walaupun membesarkannya dengan

hanya memberi makan hasil huluran tin susu tuanya.

3. Persoalan Tentang Pembuangan Bayi.

Contohnya, Sumi telah dijumpai oleh datuk tua di dalam tong sampah dengan keadaan

hanya berbalut dengan lampin.

4. Persoalan Tentang Ketabahan Dalam Menempuh Dugaan Hidup.

Contohnya: dalam menghadapi dugaan hidup walaupun gubuk buruk yang didiaminya

selama ini bersama Sumi di kawasan setinggan telah dirobohkan.

5. Persoalan Tentang Kegigihan Dalam Mencari Rezeki.

Contohnya, datuk tua yang telah berusia hampir 100 tahun dan bongkok pula masih gigih

dalam mencari rezeki demi meneruskan hidupnya dan cucu kesayangannya walaupun

pekerjaannya itu hanya mengemis di jalanan.

6. Persoalan Tentang Keyakinan Akan Tuhan.

Contohnya, datuk tua yakin bahawa walaupun pekerjaannya kini terjejas akibat gubuk

buruknya telah dirobohkan tetapi baginya bumi Allah ini luas dan dia masih boleh

meneruskan perjuangan untuk mencari rezeki di mana-mana tempat.

8. Persoalan Tentang Kemajuan Pembangunan.

Contohnya, Kuala Lumpur merupakan bandar raya yang sudah mengecapi kemajuan

pembangunan sehingga menjadikan tempat tersebut lubuk atau pusat pekerjaan penduduk

yang sangat penting. Begitu juga, deretan gubuk buruk yang didiami oleh datuk tua

bersama dengan penghuni-penghuni yang lain telah dirobohkan untuk tujuan

pembangunan.

3

Page 4: Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

WATAK DAN PERWATAKAN

Datuk Tua

1. Watak utama cerita dalam cerpen ini.

2. Berusia menjangkau satu abad iaitu hampir 100 tahun.

3. Badannya kurus dan sudah bongkok. Dia berdiri dan berjalan dengan bantuan tongkat.

4. Tinggal di gubuk buruk di kawasan setinggan di Kuala Lumpur.

5. Seorang peminta sedekah. Contohnya, datuk tua selalu mengemis di kaki-kaki lima

bandar Kuala Lumpur.

6. Memelihara seorang anak iaitu Sumi yang ditemuinya kerana telah dibuang oleh ibu

bapanya di tong sampah.

7. Seorang yang penyayang. Contohnya, dia menjaga Sumi dengan penuh kasih sayang

seperti anak kandungnya sendiri dan berusaha menunaikan permintaan Sumi dengan

segala kudratnya.

8. Seorang yang gigih. Contohnya, ’meskipun datuk tua sudah teramat tua dan bongkok

pula tetapi dia gigih memelihara Sumi dengan penuh kasih sayang dan berusaha mencari

mencari rezeki untuk membesarkannya.’

9. Seorang tua yang mempunyai naluri kemanusiaan yang tinggi. Contohnya, ’meskipun

datuk tua sudah teramat dan seorang peminta sedekah tetapi dengan naluri kemanusiaan

yang ada pada dirinya, dia sanggup memelihara Sumi yang dibuang oleh ibu bapanya di

tong sampah.’

10. Percaya dan yakin akan Tuhan. Contohnya, ’datuk tua yakin Tuhan akan sentiasa

memberi ruang kepadanya untuk mencari rezeki di mana–mana tempat di bumi ini.’

Sumi

1. Berumur lima tahun.

2. Korban kezaliman ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya telah dibuang

oleh ibu bapanya di tong sampah dan telah dijumpai oleh datuk tua dengan keadaan yang

hanya berbungkus lampin.

3. Dipelihara oleh datuk tua iaitu seorang peminta sedekah yang sudah berusia.

4. Menyayangi datuk tuanya. Contohnya, semasa gubuk buruk tempat tinggal mereka

4

Page 5: Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

diruntuhkan, Sumi segera mendapatkan datuk tua kesayangannya walaupun sedang sakit.

Dia tidak mahu datuk tuanya itu terkial-kial sendirian menanggung segala penderitaan

yang dialami.

5. Seorang kanak-kanak yang periang dan mempunyai dua orang kawan iaitu Utih dan

Nana.Sumi juga seorang kanak-kanak yang tidak pernah merasai kesenangan hidup.

Contohnya, Sumi tidak pernah merasai kesenangan hidup lantaran ibu bapanya yang

membuangnya di tong sampah dan kini, hidup bergantung dengan datuk tuanya yang

lemah dan tidak mempunyai apa-apa iaitu mencari rezeki dengan hanya mengemis.

LATAR

(a) Latar Tempat

1. Bandar raya Kuala Lumpur

2. Kaki lima – tempat datuk tua meminta sedekah.

3. Gubuk buruk di kawasan rumah setinggan – tempat datuk tua dan Sumi tinggal.

(b) Latar Masa

1. Waktu tengah hari – keadaan terik panas yang dilalui oleh datuk tua semasa mengemis

di jalanan.

2. Waktu petang -

3. 5 tahun yang lalu – Datuk tua menjumpai bayi yang berbalut dengan lampin di tong

sampah .

4. 20 tahun yang lalu – Detik permulaan datuk tua memulakan kehidupan sebagai seorang

peminta sedekah.

5

Page 6: Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

(c) Latar Masyarakat

1. Masyarakat kota yang miskin.

Contohnya, datuk tua mencari rezeki untuk menyara kehidupan dengan hanya meminta

sedekah. Dia dan Sumi tinggal di kawasan setinggan iaitu di gubuk buruk tebing sungai.

2. Masyarakat tua yang gigih.

Contohnya, datuk tua yang sudah berusia menjangkau 100 tahun dan sudah bongkok

masih meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan mengemis di jalanan walaupun

sudah teramat tua.

3. Masyarakat kota yang murah hati dan berbelas kasihan.

Contohnya, masih terdapat segelintir warga kota yang simpati dan bermurah hati dengan

memberi sedekah kepada datuk tua.

4. Masyarakat yang penyayang.

Contohnya, datuk tua menyayangi Sumi dengan menjaganya dengan penuh kasih sayang

seperti anak kandungnya sendiri.

5. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan.

Contohnya, ibu bapa Sumi mewakili masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan

berperikemanusiaan kerana membuang anak di tong sampah.

6

Page 7: Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

6. Masyarakat yang jahil tentang agama.

Contohnya, perbuatan ibu bapa Sumi yang membuangnya di tong sampah

memperlihatkan kurangnya nilai agama dalam diri sehingga sanggup membuang darah

daging sendiri.

7. Masyarakat kota yang sentiasa sibuk.

Contohnya, setiap hari masyarakat kota di Kuala Lumpur digambarkan sentiasa sibuk

dengan hal dan pekerjaan masing-masing.

8. Masyarakat kota yang terabai dari segi kebajikan.

Contohnya, datuk tua dalam keadaannya yang sudah menjangkau usia 100 tahun masih

merempat di kota Kuala Lumpur mencari rezeki dengan meminta sedekah tanpa ada

bantuan daripada mana-mana pihak untuk menempatkannya di rumah-rumah kebajikan

orang-orang tua.

7

Page 8: Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

TEKNIK PENCERITAAN

1. Pemerian

i. Tatapannya merenung kejauhan lalu menembusi kenderaan dan derap langkah kaki

warga kota yang lewat di hadapannya. Pun ketika ada dentingan syiling yang

terlontar di dalam tin susunya, tatapannya itu tetap tidak berubah. Getir dan penuh

penderitaan, membayangkan warna hidupnya. ( halaman 93).

ii. Datuk tua bersama Sumi berjalan perlahan-lahan beredar. Tidak dihiraukannya lagi

kebisingan itu. Tidak dipedulikan lagi jeritan-jeritan memilukan. Baginya semua itu

sudah tidak bererti. Bumi Allah ini luas. Dia yakin itu. Untuk sekian lamanya, tiba-

tiba bibir itu mengorak senyum. ( halaman 101)

2. Imbas Muka/ Flashforward

i. Datuk tua sedang merenung dan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagi

masalah yang sedang bersarang dalam kepala. Dia merasakan petang itu merupakan

petang bagi segala masalah. (halaman 94).

ii. Datuk tua mengharapkan apabila Sumi sudah melalui peringkat kedewasaan, dia

dapat hidup sebagai anak merdeka dan berasa bangga hidup di atas bumi. (halaman

97).

3. Imbas kembali / Flasback

i. Datuk tua teringat akan kedatangan lelaki-lelaki asing yang memakai kemeja dan

tali leher dengan cara jalan yang begitu gagah di kawasan deretan gubuk-gubuk

buruk mereka di tebing sungai. (halaman 94-95).

ii. Datuk tua teringat akan peristiwa dia menjumpai Sumi yang masih bayi di dalam

tong sampah dengan hanya berbalut lampin buruk. (halaman 96).

iii. Datuk tua teringat akan Sumi yang sudah pandai merajuk dan bertanya tentang

ayah dan ibunya kandungnya. (halaman 97).

8

Page 9: Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

iv. Datuk tua teringat akan Sumi yang sudah tiga hari terbaring di tikar mengkuang

lusuh kerana sakit. (halaman 97).

v. Datuk tua teringat akan pesanan Sumi yang menyuruhnya balik cepat pada hari itu.

(halaman 99)

4. Dialog

- “Tanah ni tanah kerajaan, pak cik. Di tapak tanah ni akan dibina bangunan lapan puluh

tingkat.”

“Tapi encik…”

“Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!” (halaman 95).

5. Monolog dalaman

- Dia bertanya kepada dirinya lagi. Di manakah peri kemanusiaan warga kota? Di

manakah keadilan yang selalu dilaung-laungkan? Dia tidak tahu. Dia juga tidak tahu di

manakah haknya sebagai warga kota yang bernaung di bumi merdeka? Mana? Mana?

Hatinya menjerit. (halaman 96).

- Mungkin ada rezeki lebih hari ini Sumi. Nanti tuk belikan limau. Hatinya berbicara.

(halaman 97)

6. Monolog

- “Tunggu ya cu, tuk pulang ni!” Dia berbisik sendirian. (halaman 99)

7. Suspens

- Langkahnya semakin cepat. Sesekali dia tersepak batu-batu di jalanan. Semakin hampir

ke tempat itu semakin kuat bunyi buldozer dan semakin lemah tubuh tuanya. Langkahnya

mati tiba-tiba. (halaman 99).

9

Page 10: Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

GAYA BAHASA

1. Simile

- Hitam seperti malam. (halaman 93)

- Hatinya bagai digamit untuk melangkah pantas. (halaman 99)

2. Personifikasi.

- Hatinya menjerit. (halaman 96)

3. Sinkof.

- “Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!” (halaman 95).

- - “Balik cepat ya tuk, Sumi takut.” (halaman 99)

4. Hiperbola.

- Mengalir air mata darah

- Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua. (halaman 94)

5. Metafora- Getir dan penuh penderitaan, membayangkan warna hidupnya. (halaman 93).

6. Penggunaan bahasa asing.

- Alhamdullilah. (halaman 94)

- Sore. (halaman 97)

- buldozer. (halaman 99)

7. Retoris

- Di manakah peri kemanusiaan warga kota? Di manakah keadilan yang selalu dilaung-

laungkan? Dia tidak tahu. Dia juga tidak tahu di manakah haknya sebagai warga kota

yang bernaung di bumi merdeka? Mana? Mana? (halaman 96).

10

Page 11: Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

8. Repitisi anafora.

i. Terbelelenggu oleh kemiskinan. Terbelenggu dengan undang-undang dunia

ciptaan manusia yang tidak berhati perut. (halaman 95).

ii. - Tidak ada susu. Tidak ada kopi. (halaman 96).

iii. - Sudah pandai menanya. Sudah pandai merajuk. (halaman 97)

9. Paradoks.

- Siang ialah malam. Malam ialah siang. (halaman 97).

NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI MURNI

1. Kasih sayang.

Contohnya: Datuk tua yang menyayangi Sumi dengan menjaganya dengan penuh kasih

sayang seperti anak kandungnya sendiri meskipun Sumi bukanlah anak kandungnya.

2. Tabah.

Contohnya: Datuk tua tabah menghadapi dugaan hidup walaupun terpaksa bergelut

dengan penderitaan hidup akibat kemiskinan.

3. Pemurah.

Contohnya: Segelintir warga kota simpati dengan kesusahan yang dialami oleh datuk tua

dengan bermurah hati menghulurkan sedekah.

4. Bertanggungjawab.

Contohnya: Datuk tua telah menunaikan tanggungjawab dengan menjaga dan

membesarkan Sumi yang telah dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah.

11

Page 12: Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

5. Gigih.

Contohnya: Datuk tua yang telah berusia hampir 100 tahun dan malah bongkok masih

gigih dalam mencari rezeki demi meneruskan hidupnya dan cucu kesayangannya

walaupun pekerjaannya itu hanya mengemis di jalanan.

6. Bersyukur

Contohnya: Datuk tua sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterimanya hasil daripada

meminta sedekah daripada orang lain. Apa yang penting baginya, dia dan Sumi boleh

mendapat makanan sebagai penyambung kehidupan.

AMANAT DAN PENGAJARAN

1. Sebagai manusia, kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan takdir hidup.

2. Kita perlulah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

3. Sikap bertimbang rasa dan mempunyai belas kasihan terhadap kesusahan orang lain

adalah sangat penting sebagai manusia.

4. Tanamkan dalam diri sikap bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan tindakan

kita. Tanpa tanggungjawab, pasti banyak masalah yang timbul seperti masalah yang

dihadapi oleh watak Sumi yang telah dibuang oleh ibu bapanya yang tidak

bertanggungjawab.

5. Kita haruslah sentiasa bersyukur kepada Tuhan untuk setiap rezeki yang diberikan

kepada kita. Jika kita berasa hidup kita ini dirundung kepayahan, pasti lebih ramai lagi

manusia yang lebih besar masalahnya. Misalnya watak datuk tua dan Sumi yang

bergantung ihsan warga kota untuk dapat meneruskan hidup.

12