kajiaan transformasi penyediaan jaringan...

11
KAJIAAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN JARINGAN TITIK –TITIK KAWALAN DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK –SATU KAJIAAN TINDAKAN NOOR FAIZAH BINTI ZOHARDIN MOHAMED YUSUP BIN MOHAMAD YACKUP STUART OTTO ANAK. WILSON ABSTRAK Jaringan titik kawalan ufuk dan titik kawalan menegak merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam setiap kerja-kerja pengukuran dilapangan. Jaringan titik-titik kawalan ini akan dijadikan sebagai datum atau rujukkan sebelum memulakan setiap kerja pengukuran samaada kerja ukur hakmilik , kejuruteraan dan sebagainya. Perkembangan pesat teknologi telah memungkinkan penggunaan GPS dalam kerja-kerja pengukur di lapangan. Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia membuktikan bahawa pengukuran menggunakan GPS mampu memberikan kejituan yang tinggi yang diperlukan dalam kerja-kerja pengukuran. Justeru itu, penyediaan jaringan titik-titik kawalan di PKS akan merujuk kepada 6 monument baru yang telah dibuat cerapan menggunakan GPS dan ukur aras jitu kelas pertama serta 5 titik kawalan lama yang telah dicerap semula menggunakan GPS. Semua cerapan GPS dan ukur aras jitu bagi kesepuluh titik tersebut telah dibuat dengan kerjasama JUPEM cawangan Sarawak. Pengukuran titik titik kawalan saling nampak yang lain menggunakan alat total station dan alat ukur aras digital. 1.0 PENGENALAN Titik Kawalan merupakan keperluaan asas dan digunakan sebagai datum rujukan dalam setiap pengukuran di lapangan. Ia adalah satu keperluan utama bagi setiap ukuran baru untuk membolehkan penentuan asas planimetri ukuran dan nilai koordinat ditetapkan. Setiap pengukuran kadaster hendaklah berasaskan kepada datum yang memuaskan seperti yang terkandung dalam Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan bilangan 5 tahun 2009. (Peraturan Ukur Kadaster 2009, 2009 ,PKPU bil5/2009)

Upload: dangdung

Post on 26-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN JARINGAN …dspace.poliku.edu.my/jspui/bitstream/123456789/821/6/Penyediaan... · Merujuk kepada garis Panduaan Amalan Kerja Ukur Kadaster Dalam persekitaran

KAJIAAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN JARINGAN TITIK –TITIK KAWALAN DI POLITEKNIK KUCHING

SARAWAK –SATU KAJIAAN TINDAKAN

NOOR FAIZAH BINTI ZOHARDIN

MOHAMED YUSUP BIN MOHAMAD YACKUP

STUART OTTO ANAK. WILSON

ABSTRAK

Jaringan titik kawalan ufuk dan titik kawalan menegak merupakan salah satu aspek yang sangat

penting dalam setiap kerja-kerja pengukuran dilapangan. Jaringan titik-titik kawalan ini akan

dijadikan sebagai datum atau rujukkan sebelum memulakan setiap kerja pengukuran samaada

kerja ukur hakmilik , kejuruteraan dan sebagainya. Perkembangan pesat teknologi telah

memungkinkan penggunaan GPS dalam kerja-kerja pengukur di lapangan. Berdasarkan hasil

kajian yang dijalankan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia membuktikan bahawa

pengukuran menggunakan GPS mampu memberikan kejituan yang tinggi yang diperlukan dalam

kerja-kerja pengukuran. Justeru itu, penyediaan jaringan titik-titik kawalan di PKS akan

merujuk kepada 6 monument baru yang telah dibuat cerapan menggunakan GPS dan ukur aras

jitu kelas pertama serta 5 titik kawalan lama yang telah dicerap semula menggunakan GPS.

Semua cerapan GPS dan ukur aras jitu bagi kesepuluh titik tersebut telah dibuat dengan

kerjasama JUPEM cawangan Sarawak. Pengukuran titik –titik kawalan saling nampak yang lain

menggunakan alat total station dan alat ukur aras digital.

1.0 PENGENALAN

Titik Kawalan merupakan keperluaan asas dan digunakan sebagai datum rujukan dalam setiap

pengukuran di lapangan. Ia adalah satu keperluan utama bagi setiap ukuran baru untuk

membolehkan penentuan asas planimetri ukuran dan nilai koordinat ditetapkan. Setiap pengukuran

kadaster hendaklah berasaskan kepada datum yang memuaskan seperti yang terkandung dalam

Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan bilangan 5 tahun 2009. (Peraturan Ukur Kadaster

2009, 2009 ,PKPU bil5/2009)

Page 2: KAJIAAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN JARINGAN …dspace.poliku.edu.my/jspui/bitstream/123456789/821/6/Penyediaan... · Merujuk kepada garis Panduaan Amalan Kerja Ukur Kadaster Dalam persekitaran

Merujuk kepada garis Panduaan Amalan Kerja Ukur Kadaster Dalam persekitaran e-Kadaster

2009, setiap titik kawalan yang boleh dijadikan datum mestilah mempunyai jarak garisan

melebihi 30 meter dan memenuhi had anjakkan yang dibenarkan. Perkara 4.2 ( kaedah

pengukuran) dalan pekeliling yang sama membenarkan kaedah GNSS (Global Navigation

Satellite System ) digunakan dalam setiap pengukuran kadaster. Sekiranya kaedah GNSS atau

cerapan menggunakan GPS tidak digunakan, kaedah cerapan dilapangan masih boleh digunakan

bagi penentuaan datum cerapan.

Sekiranya cerapan terus dilakukan dilapangan, syarat-syarat berikut perlu dipatuhi di mana dua

titik kawalan bersebelahan yang diperakui kedudukannya dan dibuktikan dengan titik kawalan

ketiga dengan ukuran sudut dan jarak atau dengan ukuran terabas dan ketiga-tiga titik kawalan

tersebut dibuktikan berada dalam kedudukan asal. Pada amalan biasa, setiap peraturan bagi

pengukuran kadaster akan dipanjangkan untuk semua kaedah pengukuran lain seperti ukur

kejuruteraan, geodesi dan sebagainya.

Titik-titik kawalan tersebut merupakan titik-titik kawalan lama yang diukur semula berdasarkan data

cerapan GNSS bagi titik- titik kawalan baru yang telah disediakan denga kerjasama JUPEM

cawangan Sarawak. Semua titik kawalan tersebut meliputi keseluruhan kawasan Politeknik Kuching

Sarawak. Setelah semua kerja-kerja pengukuran semula dijalankan, semua titik-itik kawalan tersebut

akan mempnyai coordinate x, y dan z.

Penyediaan jaringan titik-titik kawalan di sekitar Politeknik Kuching Sarawak telah bermula sejak

September 1999 dimana 5 titik kawalan berkoordinat telah dicerap menggunakan kaedah GPS

(Global Positioning System ). Semua titik-titk kawalan ini telah dicerap dengan kerjasama dari

JUPEM cawangan Sarawak. 15 jaringan titik kawalan lain telah disediakan menggunakan alat total

station berpandukan koordinate titik-titik kawalan GPS. Pembangunan di sekitar PKS menyebabkan

kebanyakkan titik kawalan tersebut hilang dan tidak dapat digunakan lagi.

Pada Mac 2009, sekali lagi usaha digerakkan bagi membangunkan semula jaringan titik-titik kawalan

di sekitar Politeknik Kuching Sarawak dengan berpandukan koordinat pada titik-titik kawalan

terdahulu yang masih berkeadaan baik dan telah dibukti ketepatan mengikut peraturan JUPEM dan

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

Page 3: KAJIAAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN JARINGAN …dspace.poliku.edu.my/jspui/bitstream/123456789/821/6/Penyediaan... · Merujuk kepada garis Panduaan Amalan Kerja Ukur Kadaster Dalam persekitaran

2.0 PERMASALAHAN KAJIAAN

Pada tahun 2012, sekali lagi satu bentuk kerjasama telah dibuat antara Program Ukur Tanah PKS dan

JUPEM cawangan Sarawak dengan menyediaakan 6 lagi titik kawalan menggunakan kaedah GNSS

(Global Navigation Satellite System ). Semakan juga telah di buat ke atas 5 titik kawalan lama.

Daripada data GNSS yang diperolehi, terdapat anjakkan coordinate pada titik-titik kawalan lama

yang telah dicerap pada tahun 1999. Dari itu, pengukuran semula dan transformasi koordinate perlu

dilakukan ke atas semua titik-titik kawalan yang telah dibuat pada tahun 2009 berpandukan hasil

cerapan terbaru titik-titik kawalan GNSS.

3.0 OBJEKTIF KAJIAAN

Objektif utama kajiaan adalah bagi menyediaan titik-titik kawalan ufuk dan titik-titik kawalan

menegak bagi kerja-kerja amali pelajar-pelajar Diploma Ukur Tanah di sekitar kawasan Politeknik

Kuchig Sarawak

4.0 SKOP KAJIAN

Kajiaan ini hanya tertumpu kepada penyediaan titik kawalan berdasarkan nilai coordinate titik-titik

kawalan GNSS baru yang terdapat di PKS. Ia juga di jalankan bagi mentransformasi semua jaringan

titik kawalan yang terdapat di PKS agar dapat digunakan bukan sahaja sebagai titik kawalan

mengufuk tetapi juga digunakan sebagai titik kawalan menegak.

5.0 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN KAJIAAN

Melalui kajiaan yang dijalankan, pelajar-pelajar yang mengambil Diploma Ukur Tanah di PKS dapat

menjalankan kerja-kerja amali di lapangan mengikut piawaian kerja sebenar seperti mana yang telah

ditetapakan dalam PKPU bil5/2009. Para pelajar juga dapat menjalankan kerja- kerja amali dalam

suasana sebenar walaupun walam skala kerja yang kecil.

6.0 LOKASI KAJIAAN

Page 4: KAJIAAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN JARINGAN …dspace.poliku.edu.my/jspui/bitstream/123456789/821/6/Penyediaan... · Merujuk kepada garis Panduaan Amalan Kerja Ukur Kadaster Dalam persekitaran

Lokasi Kajiaan adalah meliputi keseluruhan kawasan Politeknik Kuching Sarawak . Ia tertumpu

kepada titik kawalan lama yang telah ditanam dengan peg belian dan monument GNSS baru yang

telah dibuat oleh JUPEM.

7.0 METODOLOGI KAJIAAN

Kajiaan yang dijalankan menggunakan kaedah cerapan terus dilapangan dengan merujuk kepada nilai

bearing dan jarak yang diperolehi dari hasil kiraan coordinate daripada titik kawalan GNSS baru dan

titik kawalan lama yang telah disemak nilai koordinatenya. Methodologi kajiaan perlu dilaksanakan

secara sistematik seperti rajah 1.0 yang ditunjukkan

Rajah 1.0 : Carta alir methodologi kajiaan

7.1 PERANCANGAN

Page 5: KAJIAAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN JARINGAN …dspace.poliku.edu.my/jspui/bitstream/123456789/821/6/Penyediaan... · Merujuk kepada garis Panduaan Amalan Kerja Ukur Kadaster Dalam persekitaran

Bagi memastikan ojektif kajiaan tercapai, perbincangan dengan semua pihak telah dilakukan.

Pemilihan lokasi jaringan titik kawalan GNSS juga telah dibuat atas persetujuaan bersama diantara

JUPEM dan PKS setelah lawatan tapak dilakukan di sekitar kawasan PKS. Semua nilai koordinat

dari titik-titik kawalan GNSS yang digunakan telah disahkan oleh Pengarah Ukur Topographi

JUPEM. Nilai BM (Bench Mark) TA 1362 yang digunakan sebagai datum rujukan bagi TBM

(temporary bench mark ) di PKS telah disahkan berada dalam keadaan baik oleh JUPEM dan nilai

tersebut boleh digunakan sebagai datum rujukan.

7.2 KAEDAH DAN PERALATAN

Kaedah yang digunakan sepanjang kajiaan ini adalah cerapan terus dilapangan menggunakan alat

total station dan alat ukur aras digital. Cerapan GPS digunakan begi mencerap 6 titik kawalan baru

menggunakan kaedah statik Alat total station digunakan bagi mendapatkan bearing dan jarak bagi

setiap titik-titik kawalan tersebut. Kaedah Bowdith digunakan bagi mengira nilai tikaiaan bagi trabas

yang telah diukur berdasarkan pekeliling yang telah ditetapkan dalan JUPEM. Alat ukur aras digital

digunakan bagi mendapatkan nilai ketinggiaan atau nilai aras setiap titik kawalan berdasarkan nilai

ketinggiaan titik-titk GNSS yang telah diukur menggunakan kaeadah ukur aras jitu. Cerapan

menggunakan GPS adalah untuk mendapatkan koordinat menggunakan kaeadah statik. Kaedah statik

adalah satu kaedah penentuan titik secara absolut dan kinematik adalah penentuan titik-titik yang

bergerak (Kavanagh, 2000).

7.3 DAPATAN KAJIAAN

Data bagi dapatan kajiaan ini menggunakan tiga kaedah iaitu cerapan data secara GNSS, trabas

tertutup dan kaedah ukur aras.

7.3.1 CERAPAN DATA GNSS

Cerapan GNSS dibuat bagi 6 monumen atau titik kawalan baru selama 4 jam dan 5 titik kawalan

lama selama 2 jam dengan kerjasama JUPEM cawangan Sarawak menggunakan alat GPS Trimble

5700. Semua data koordinat dari cerapan GPS adalah dalam unjuran WGS84 (World Geodetic

System). Data-data tersebut kemudiaanya perlu diproses ke dalam unjuran BT86 (Borneo

Page 6: KAJIAAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN JARINGAN …dspace.poliku.edu.my/jspui/bitstream/123456789/821/6/Penyediaan... · Merujuk kepada garis Panduaan Amalan Kerja Ukur Kadaster Dalam persekitaran

Triangulation 86 ) sebelum diproses dan diunjurkan ke dalam unjuran BRSO (Borneo Rectified

Skew Orthomorphic). Station mass point atau stasyen kawalan GPS MyRTKnet (Malaysia Real-

Time Kinematic GNSS Network) yang yang terletak di UNIMMAS ( Universiti Malaysia Sarawak )

dijadikan datum rujukkan bagi cerapan GNSS di PKS. 3 stesyen kawalan GNSS lain yang

digunakan adalah stesyen TAP 1217 di Klinik Telaga Air, Kuching , GPS 1379 di Masjid Kampung

Jaya Bakti Kuching, dan TAP 1857 di Telekom Samariang Kuching. Cerapan menggunakan data

MyRTKnet telah digunakan secara meluas bagi pelbagai pengukuran terutama pengukuran

berkejituaan tinggi di Malaysia. (Hassan Jamil, 2010).

7.3.2 TRABAS TERTUTUP

Cerapan terus dilakukan bagi semua jaringan titik kawalan di PKS menggunakan alat total station

(Topcon GTS 232) dan menggunakan kaedah trabas tertutup. Cerapan menggunakan total station

akan memberi data bering dan jarak bagi jaringan titik kawalan yang dicerap semula.Nilai bering dan

jarak tersebut akan dikira bagi mewujudkan nilai-nilai koordinat bagi semua jaringan titik kawalan

PKS. Semua hasil cerapan akan dicatat didalam buku kerja luar dan setiap kordinate akan dilaraskan

mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh JUPEM. Nilai datum atau rujukan yang digunakan

bagi cerapan trabas ini menggunakan hasil kiraan beraing dan jarak dari dua titik kawalan yang telah

dicerap mengunakan kaedah GNSS.

7.3.3 UKUR ARAS

Ukur aras adalah kaedah yang digunakan bagi menentukan ketinggian sesuatu titik dari aras MSL

(mean sea lavel ). Data ukur aras dicerap menggunakan alat ukur aras digital model Leica DNA 10.

Datum rujukkan bagi bacaan ukur aras berpandukan TMB yang terdapat di PKS dan disemak semula

berdasarkan cerapan ukur aras jitu yang telah dicerap dengan kerjasama JUPEM cawangan Sarawak.

Nilai bacaan akan diproses dan dilaras mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh JUPEM.

8.0 KEPUTUSAN DAN ANALISA DATA

Analisa data yang dibuat berpandukan hasil cerapan transformasi koordinat dalam unjuran BRSO

bagi titik kawalan GNSS dan semakan semula titik-titik kawalan lama yang telah dibuat

menggunakan kaedah GNSS. Semakkan juga dibuat bagi bacaan datum ketinggian atau TBM yang

sedia ada di PKS.

Page 7: KAJIAAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN JARINGAN …dspace.poliku.edu.my/jspui/bitstream/123456789/821/6/Penyediaan... · Merujuk kepada garis Panduaan Amalan Kerja Ukur Kadaster Dalam persekitaran

Berikut merupakan hasil data koordinat cerapan bagi titik kawalan lama dan titik kawalan

baru yang telah dicerap menggunakan kaedah GNSS.Bagi nilai koordinat Sarawak semua baca utara

perlu ditambah dengan nilai 5 juta dan semua bacaan timr perlu ditambah denga 2juta.

Jadual 1: Data cerapan GNSS bagi titik kawalan lama

Jadual 2: Data cerapan bagi titik kawalan GNSS baru

Hasil cerapan GNSS ini dianalisa menggunakan hasil cerapan terdahulu berdasarkan datum rujukan

bagi cerapan GPS pada tahun 1999.Perbandingan koordinat dibuat bagi menentukan nilai koordinat

sebenar yang perlu digunakan sebagai datum rujukan dalam penyediaan jaringan titik kawalan yang

lain.

Page 8: KAJIAAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN JARINGAN …dspace.poliku.edu.my/jspui/bitstream/123456789/821/6/Penyediaan... · Merujuk kepada garis Panduaan Amalan Kerja Ukur Kadaster Dalam persekitaran

STESYEN

CERAPAN GNSS 2012 CERAPAN BERDASARKAN DATUM 1999 BEZA KOORDINAT

KOORDINAT KOORDINAT

UTARA TIMR UTARA TIMUR UTARA TIMUR

P 3 5180481.563 2055920.527 5180484.516 2055920.516 -2.953 0.011

PKS70 5180635.262 2056161.663 5180638.300 2056161.609 -3.038 0.054

PKS 10 5180282.675 2056165.630 5180285.664 2056165.654 -2.989 -0.024

PKS80 5180518.617 2056171.944 5180521.618 2056171.918 -3.001 0.026

K 0184 5180207.670 2056343.273 5180210.680 2056343.293 -3.010 -0.020

K 0185 5180229.216 2056002.614 5180232.187 2056002.646 -2.971 -0.032

K 0187 5180242.538 2055716.944 5180245.452 2055716.992 -2.914 -0.048

K 0188 5180420.984 2055629.871 5180423.875 2055629.870 -2.891 0.001

K 0189 5180399.085 2055891.559 5180402.025 2055891.572 -2.940 -0.013

K 0190 5180574.206 2056155.922 5180577.208 2056155.890 -3.002 0.032

Jadual 3 : Perbezaan Nilai Koordinate berdasarkan 2 nilai datum 2012 dan nilai datum 1999

Jadual 3 menunjukkan perbezaan nilai coordinate titik-titik kawalan yang telah dicerap dan dibuat

semakan semula pada tahun 2012 dan data cerapan berdasarkan datum rujukan PI dan P11 dimana

cerapan GPS bagi kedua-dua station rujukan ini dibuat pada tahun 1999.Dalam analisa yang telah

dibuat terdapat perbezaan yang ketara diantara kedua-dua data cerapan terutama bagi nilai koordinat

Utara. Semua nilai koordinat member satu nilai anjakan yang sekata dan seragam. Satu penyiasatan

telah dilakukan menggunakan data Foto Udara yang telah dibekalkan Oleh Jabatan Tanah dan survey

Sarawak. Penyiasatan tertumpu kepada objek kekal berhampiran titik kawalan yang ditanam. Walau

bagaimanapun, kajiaan ini hanya tertumpu kepada penubuhan jaringan titik kawalan baru dan

pengukuran semula titik kawalan lama berdasarkan hasil cerapan GNSS pada tahun 2012.

STESYEN UKUR ARAS

JITU UKUR ARAS BEZA

K 0184 32.149 32.143 0.006

K 0185 30.001 29.995 0.006

K 0187 32.621 32.621 0.000

K 0188 36.133 36.131 0.002

K 0189 34.012 34.012 0.000

K 0190 33.840 33.843 -0.003

Jadual 4 : Perbezaan diantara bacaan ukur aras jitu dan ukur aras

Page 9: KAJIAAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN JARINGAN …dspace.poliku.edu.my/jspui/bitstream/123456789/821/6/Penyediaan... · Merujuk kepada garis Panduaan Amalan Kerja Ukur Kadaster Dalam persekitaran

Jadual 4 menunjukkan perbazaan nilai bacaan diantara ukur aras jitu dan ukur aras biasa. Perbezaan

yang wujud masih dalam tikaian yang dibenarkan dan nilai bagi pengukuran menggunakan alat ukur

aras jitu akan digunakan sebagai nilai datum bagi titik-titik yang telah dicerap. Titi-titik lain yang

tidak dibuat semakan bacaan aras akan menggunakan nilai bacaan aras kelas 2.Bacaan aras kelas 2

adalah bacaan aras piawai yang digunakan untuk kerja-kerja ukur strata, stratum, kejuruteraan dan

sebagainya. Ukur aras kelas pertama hanya sesuai utuk kerja-kerja berkejituaan tinggi seperti ukur

kawalan geodesi.

STESYEN ARAS (Z) UTARA (Y) TIMUR (X)

TBM 1 33.448 5180580.137 2056159.680

TBM 2 27.707 5180259.955 2056126.417

TBM 3 34.202 5180407.309 2055926.955

TBM 4 33.415 5180631.812 2055948.874

TBM 5 39.456 5180538.334 2056273.830

PKS10 35.948 5180635.262 2056161.663

PKS20 33.579 5180636.228 2055985.528

PKS30 35.140 5180573.977 2055898.470

PKS40 34.097 5180403.489 2055903.564

PKS50 29.220 5180325.153 2055977.207

PKS60 29.635 5180265.826 2056074.969

PKS70 26.486 5180282.667 2056165.635

PKS80 32.079 5180518.617 2056171.944

P1 33.698 5180558.630 2056148.363

P2 5180208.021 2056073.357

P3 34.711 5180481.563 2055920.527

P4 34.540 5180481.563 2055920.534

P11 34.095 5180599.951 2056149.266

STN 1 34.338 5180546.043 2056079.156

K 0184 32.149 5180207.670 2056343.273

K 0185 30.001 5180229.216 2056002.614

K 0187 32.621 5180242.538 2055716.944

K 0188 36.133 5180420.984 2055629.871

K 0189 34.012 5180399.085 2055891.559

K 0190 33.840 5180574.206 2056155.922

Jadual 5: Nilai koordinat x, y dan z bagi semua jaringan titik kawalan di PKS

Page 10: KAJIAAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN JARINGAN …dspace.poliku.edu.my/jspui/bitstream/123456789/821/6/Penyediaan... · Merujuk kepada garis Panduaan Amalan Kerja Ukur Kadaster Dalam persekitaran

Jadual 5 menunjukkan hasil cerapan bagi semua titik-titik kawalan di PKS setelah kerja-kerja

pengiraan dan pelarasan dibuat mengikut piawaian dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JUPEM.

Nilai bearing dan jarak bagi setiap garisan datum tersebut boleh dikira menggunakan kaedah Latitut

dan departure.

9.0 KESIMPULAN

Kajiaan ini dijalankan bagi mewujukkan jaringan titik-titik kawalan di Politeknik Kuching Sarawak

berdasarkan data cerapan menggunakan teknik GNSS. Daripada kajiaan ini satu jaringan titik

kawalan berkoordinat x,y dan z telah dihasilkan dimana ia akan digunakan sebagai datum rujukkan

bagi kerja-kerja amali pelajar yang mengambil program Diploma Ukur Tanah di PKS.

Daripada analisa yang telah dijalankan terdapat perbezaan yang besar diantara data cerapan GNSS

pada tahun 2012 dan data cerapan berdasarkan datum cerapan GPS yang telah dibuat pada tahun

1999. Dari itu pengukuran semula semua jaringan titik-titik kawalan baru dan lama di PKS amat

perlu dan penting untuk kerja-kerja pengukuran pada masa akan dating terutamanya kerja-kerja amali

melibatkan penggunaan GPS dan ukur aras jitu.

Walaupun pembinaan titik kawalan menggunakan GPS lebih mudah dah cepat, penggunaan peralatan

seperti total station masih perlu dan penting kerana pada masa kini, penggunaan GPS masih belum

digunakan secara meluas dan penggunaan GPS dalam kerja-kerja ukur masih melalui proses kajiaan

dan revolusi yang panjang.

Diharap kajiaan ini akan dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Diploma Ukur Tanah bagi

merasai suasana kerja sebenar dalam skala yang kecil di PKS.

Page 11: KAJIAAN TRANSFORMASI PENYEDIAAN JARINGAN …dspace.poliku.edu.my/jspui/bitstream/123456789/821/6/Penyediaan... · Merujuk kepada garis Panduaan Amalan Kerja Ukur Kadaster Dalam persekitaran

RUJUKKAN

Mustaffa Anjang Ahmad, Abdul sukor Sarif, Badrul Hisham Abdul Ghafar (2007). “ Penubuhan

Jaringan Titik Kawalan Menggunakan GPS”.Prosiding Kebangsaan Awam 2007

Dr Abdul Majid Abdul Kadir, Sin Sing Tiek, Ghazali Desa “ Analisis Pengukuran GPS untuk

Penubuhan Titik Kawalan Ukur Kadestra”(1994) . Buletin Ukur, Jabatn Ukur dan Pemetaan

Malaysia.

Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan bil 3 tahun 2009. (2009).” Garis Panduan mengenai

Penukaran Koordinat, Transformasi Datum Dan Unjuran Peta Untuk Tujuaan Ukur Dan Pemetaan”.

Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia

Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan bil 5 tahun 2009. (2009).”Peraturan Ukur Kadaster

2009”. Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia

Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan bil 6 tahun 2009. (2009).”Garis Panduan Amalan

Kerja Ukur Kadaster Dalam Persekitaran eKadaster”. Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia

Surat Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan pemetaan bil 1 tahun 2010 (2010). “ Isu-isu Pengukuran

Dalam Persekitaran ekadaster Dan Kaedah Penyelesauannya”. Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia

Hasan Jamil, Dr Azhari Mphamed, David Chang. (2010) The Malaysia real Time Kinematik GNSS

Network (MyRTKnet) in 2010 and Beyond”. FIG Congress 2010

Kavanagh, B.F (2000). "Surveying Principles And Applications", fifth Edition.Upper Shiddle river,

N.J: Prentice-Hall