kaitan teori pelaziman operan skinner dalam menyelesaikan masalah murid tidak

Upload: muhammad-hariz

Post on 09-Mar-2016

280 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teori

TRANSCRIPT

Kaitan Teori Pelaziman Operan Skinner Dalam Menyelesaikan Masalah Murid TidakMahu Menyiapkan Kerja Sekolah.

Pelaziman Operan yang diasaskan oleh Burhus Frederick Skinner atau lebih dikenalisebagai B.F. Skinner. Menurut Skinner (1953) dalam kajiannya menunjukkan pelazimanoperan organisma bertindakbalas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran.Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerakbalas.Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkahlaku itu diulang kerana adaunsur keselesaan atau rasa senang.Peneguhan dalam pelaziman operan ada dua, iaitu peneguhan positif danpeneguhan negatif. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuanitu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Contohnyabagi masalah kami, pelajar yang tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Guru perlumemberikan peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan ituditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilikdarjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorongpelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah lakuyang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberipeneguhan. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialahseperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu tugasanmemberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah. Menurut Brophy (1981),ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah memuji secara ikhlas, memujidengan cepat, memuji tanpa pilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuji tingkah lakuyang spesifik dan memuji jawapan atau respons yang spontan.Bagi kajian intervensi kami, kami telah menggunakan kaedah terapi bercerita. Melaluikaedah ini, murid mengalami masalah tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Sebagaiseorang guru, sekirannya pelajar tidak menyiapkan tugasan yang diberikan, kita perlubertanya terlebih dahulu masalah yang mereka hadapi sehingga tidak mampu menyiapkantuagasan tersebut. Guru tidak seharusnya terus menjatuhkan hukuman ke atas muridtersebut. Sekirannya murid tersebut tidak memberikan jawapan yang betul, guru perlumemberikan peneguhan positif kepada murid tersebut. Contohnya, menegur dengan baikjika terdapat kesalahan yang dilakukan dan memberikan kata-kata pujian yang baiksekirannya murid dapat menjawab dan menyiapkan tugasan yang diberika

agi situasi di dalam kelas, guru boleh memberikan peneguhan positif kepada pelajaryang berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Contohnya, Bagus, kamu pelajar yangbaik kerana berjaya menyiapkan tugasan ini atau Bagus kamu pelajar cemerlang keranaberjaya menyiapkan tugasan. Secara tidak langsung, pelajar yang lain juga akan turut samaterpengaruh kerana menginginkan kata-kata pujian daripada guru juga. Peneguhan positifsecara kosisten dapat memupuk sikap dan nilai di dalam diri pelajar. Peneguhan positif yangdiberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Melalui peneguhan positif ini dapat memotivasikan murid-murid serta dapatmembantu para guru mendisiplin mereka supaya proses pengajaran dan pembelajaranberjalan dengan lancar. Peneguhan positif merupakan rangsangan yang diberikan oleh guruyang menyebabkan murid untuk mengulangi atau mengurangi sesuatu tingkah laku .Mengikut Skinner, sebarang aktiviti yang membawa ganjaran yang tinggi digunakan untukmengukuhkan aktiviti-aktiviti yang membawa ganjaran yang lebih rendah. Sebagaicontohnya, guru-guru menyedaikan aktiviti kuiz yang menyeronokkan dengan syarat murid-muridnya menghabiskan semua kerja rumahnya pada waktu rehat di sekolah. Peneguhanpositif bertujuan untuk memberikan galakan kepada murid-murid untuk mencapai matlamatdan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh para guru. Manakala peneguhan negatif pulauntuk mengelakkan gangguan tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelancaranproses pengajaran dan pembelajaran.Menurut skinner juga, dalam proses pembelajaran guru-guru akan menghadapipelbagai jenis halangan dan guru-guru boleh mengatasi pelbagai masalah yang berlakudalam bilik darjah dengan mengaplikasikan teori pelaziman operan ini. Salah satu halangandalam proses pembelajaran adalah murid-murid menghadapi kegagalan dalam menjalankansesuatu tugasan dan guru-guru boleh mengatasi masalah ini dengan memberikan maklumbalas sebaik sahaja murid menyiapkan tugasan mereka ataupun guru boleh bersama-samamurid terus menyemak jawapan bagi latihan yang telah disiapkan oleh murid serta mertaketika itu juga. Konklusinya melalui penggunaan prinsip pelaziman operan ini adalah sebagai satukaedah bagi mengubah tingkah laku seseorang yang dinamakan teknik modifikasi tingkahlaku atau behaviour modification. Skinner menggunakan modifikasi tingkah laku ke atasindividu atau terhadap satu kumpulan kecil. Maka dengan adanya komponen yang kedua inimaka ianya akan dapat membantu kepada kewujudan teori kaunseling behaviorisme. Olehitu, guru-guru perlu bijak menggunakan peneguhan ini seperti mana yang disarankan olehTeori Peneguhan Skinner. Peneguhan ini digunakan bertujuan sama ada untukmeningkatkan prestasi akademik mereka ataupun untuk mengawal tingkah laku mereka