kaedah penyelidikan dalam pendidikan

207

Click here to load reader

Upload: nik-zawawi

Post on 21-May-2015

13.329 views

Category:

Education


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

Pusat Program Luar

Modul Pendidikan Jarak Jauh

KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Mahizer bin Hamzah

Abdul Talib bin Mohamed Hashim

Noraini binti Mohamed Noh

Norazilawati binti Abdullah

Page 2: kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Page 3: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

PENULIS MODUL

MAHIZER BIN HAMZAH

ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM

NORAINI BINTI MOHAMED NOH

NORAZILAWATI BINTI ABDULLAH  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 4: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

   

 

 

Page 5: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 iKRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

ISI KANDUNGAN

Unit Topik Halaman Unit 1

Pengenalan kepada Penyelidikan Sekolah Rendah

1

Unit 2

Penyelidikan Kuantitatif

17

Unit 3

Penyelidikan Kualitatif

31

Unit 4

Teori dan Masalah Kajian

45

Unit 5

Tinjauan Literatur

63

Unit 6

Persampelan

75

Unit 7

Paradigma dan Kaedah Kajian

87

Unit 8

Analisis Data

125

Unit 9

Dapatan Kajian dan Perbincangan

147

Unit 10

Menghasilkan Proposal Penyelidikan

165

 

 

 

Page 6: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

   

 

Page 7: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 iKRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

PANDUAN KURSUS

PENGENALAN

KRL 3033 (Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah) adalah kursus

yang perlu diambil oleh pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah). Kursus ini ditawarkan oleh Fakulti

Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Kursus yang bernilai tiga (3) jam kredit ini

mendedahkan kepada pelajar tentang kemahiran asas penyelidikan dalam pendidikan

sekolah rendah.

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memberi pendedahan mendalam tentang kemahiran asas dalam

penyelidikan yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Penekanan diberikan kepada

penelitian teori-teori yang relevan menjadi asas kepada penyelidikan dalam bidang

pendidikan sekolah rendah. Kemahiran asas seperti mengenal pasti masalah kajian,

pemilihan sampel, kaedah kajian terpilih, analisis data dan menulis laporan. Akhirnya

pelajar dapat membina satu proposal penyelidikan yang lengkap dan kemas.

HASIL PEMBELAJARAN

Hasil pembelajaran kursus ini ialah seperti berikut:

1. Menjelaskan perspektif dan teori penyelidikan dalam bidang pendidikan sekolah

rendah.

2. Menguraikan pemilihan masalah kajian, prosedur kajian dan persampelan.

3. Membuat pemilihan kaedah kajian yang sesuai dalam bidang pendidikan sekolah

rendah.

4. Menjalankan dan membudayakan amalan penyelidikan dalam pendidikan.

5. Menunjukan cara penganalisisan data.

6. Menghasilkan proposal yang sesuai untuk tujuan penyelidikan.

Page 8: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 ii  Panduan Kursus 

 

TOPIK

Kursus ini mengandungi 10 topik utama, berkaitan dengan pengenalan kepada

penyelidikan pendidikan sekolah rendah, penyelidikan kuantitatif, penyelidikan kualitatif,

teori dan masalah kajian, tinjauan literatur, persampelan, paradigma dan kaedah kajian,

analisis data, dapatan dan perbincangan, dan menghasilkan proposal penyelidikan.

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL

Terdapat sepuluh unit pembelajaran yang terkandung dalam modul ini yang ditulis oleh

penulis modul yang tertentu. Setiap unit dalam modul ini menjelas dan membincangkan

topik dan subtopik yang relevan dengan kandungan kursus. Hasil pembelajaran yang

diharapkan daripada setiap unit dinyatakan. Peta konsep topik dan subtopik yang

terkandung dalam setiap unit juga dipaparkan sebagai gambaran awal berkaitan topik

dan subtopik yang dibincangkan. Setiap unit dalam modul ini juga memaparkan sedikit

fakta sebagai pencetus idea kepada topik atau subtopik yang dibincangkan. Selain

fakta sebagai pencetus idea untuk difahami, dibincang dan dianalisis, setiap unit dalam

modul ini juga menyarankan beberapa aktiviti yang perlu dilakukan oleh pelajar sebagai

penggerak untuk kelangsungan proses pembelajaran kursus ini. Penilaian Kendiri yang

mengemukakan beberapa soalan juga terdapat di setiap unit dalam modul ini bagi

menguji tahap penguasaan kandungan. Walau bagaimanapun pembelajaran kursus ini

adalah tidak terbatas kepada apa yang terdapat di dalam modul ini sahaja. Sebaliknya,

para pelajar juga perlu membuat rujukan lanjut daripada buku-buku rujukan atau laman

web yang disarankan di bahagian rujukan bagi menambahkan lagi ilmu berkaitan

dengan kaedah penyelidikan dalam pendidikan.

Page 9: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 iiiKRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

PENAKSIRAN

BENTUK PENAKSIRAN WAJARAN (%)

KERJA KURSUS

60

PEPERIKSAAN AKHIR

40

JUMLAH

100

Page 10: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 iv  Panduan Kursus 

 

Page 11: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 1 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

UNIT 1

PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menyatakan definisi penyelidikan dalam pendidikan.

2. Mengenal pasti jenis, tujuan dan ciri-ciri penyelidikan dalam

pendidikan.

3. Menghuraikan isu dan etika dalam penyelidikan pendidikan.

4. Mengenal pasti prosedur penyelidikan dalam pendidikan.

PETA KONSEP

Penyelidikan Pendidikan

Rancangan Kajian

Alat-Alat Kajian

Analisis Data

Populasi & Sampel Kajian

Soalan & Data Kajian

Membina Alat-Alat Kajian

Kebolehpercayaan & Kesahan Alat-Alat Kajian

Kajian Rintis

Pengukuran & penaksiran Variabel Kajian

Analisis Data Kuantitatif

Analisis Data Kualitatif

Reka Bentuk Kajian

Page 12: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 2 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

PENGENALAN

Unit ini memperkenalkan secara ringkas apa itu penyelidikan pendidikan sekolah

rendah. Definisi, konsep penting seperti jenis, tujuan dan ciri-ciri penyelidikan dalam

pendidikan juga dibincangkan bersama isu dan etika dalam penyelidikan agar

menjadi panduan kepada penyelidik. Prosedur penyelidikan diberikan satu persatu

agar penyelidik jelas akan tertib dalam mengendalikan penyelidikan dalam

pendidikan.

ISI KANDUNGAN

Apakah Itu Penyelidikan Dalam Pendidikan?

Penyelidikan bermula apabila sesuatu masalah dirasai.Masalah yang dihadapi

merupakan rangsangan kepada penyelidikan. Akal yang dirangsang oleh masalah

akan berfikir dan menimbang sama ada sesuatu masalah yang dihadapi merupakan

masalah sebenar dan memerlukan penyelesaian.Akal akan mengenalpasti dan

menganggarkan sejauh mana masalah itu perlu dikaji dan akal juga akan

menentukan sebanyak mana faedah yang boleh diperolehi daripada penyelidikan

terhadap masalah. Tanpa masalah akal tidak akan dirangsang dan sekaligus

penyelidikan tidak akan berlaku.

Sejarah penyelidikan pendidikan bermula apabila munculnya tamadun

manusia. Masalah yang dihadapi oleh manusia seperti masalah pengajaran dan

pembelajaran menyebabkan manusia mengkaji dan terus mengkaji cara untuk

memperolehi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sesuai

mengikut peredaran zaman. Dengan kata lain, perkembangan penyelidikan berkait

rapat dengan perkembangan tamadun manusia.

Berdasarkan beberapa sumber pengetahuan, manusia akan terus menyelidiki

sesuatu masalah yang dihadapi untuk memperbaiki kehidupan mereka.Menjalankan

penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara,

menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih

Page 13: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 3 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

mendalam.Kerlinger (1973) menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik

untuk membongkar fakta.Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?

Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir secara sistematik,

terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kait antara fenomena

semulajadi yang boleh diperhatikan.

Penyelidikan dalam pendidikan ialah aplikasi kaedah saintifik bagi mengkaji masalah

pendidikan dengan tujuan untuk memahami, menerang, menjangka atau mengawal

fenomena pendidikan. Terdapat beberapa definisi penyelidikan antaranya,

penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam,

secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan

bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan sejagat (Manheim, 1997).

Helmstadtr (1970) pula mendefinisikan penyelidikan adalah aktiviti

penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru

dengan menggunakan kaedah mengenal pasti dan persoalan yang sedang diguna

pakai oleh sarjana-sarjana di dalam bidang tersebut.Penyelidikan adalah suatu

penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan menginterpretasikan fakta-

fakta, mengulang semula teori yang diterima di dalam penemuan baru atau amalan

penggunaan teori atau undang-undang dan peraturan baru atau yang digunapakai

semula (Woolf, 1975).Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa penyelidikan

sebagai satu aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan atau makna

kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berdasarkan sesuatu masalah

yang hakikatnya sudah dikenal pasti.

Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik

1. Mengenal pasti masalah dan menggubal soalan kajian atau hipotesis

2. Mereka bentuk kajian untuk menjawab soalan kajian atau menguji hipotesis

3. Mengumpul dan menganalisis data

4. Menjawab soalan kajian atau menerima atau menolak hipotesis

(John Dewey, 1859-1952)

Page 14: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 4 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

Tujuan Penyelidikan Dalam Penyelidikan Pendidikan

Secara umum, penyelidikan pendidikan dijalankan adalah untuk mencapai satu

daripada empat tujuan utama (Gall, 1996), iaitu :

1. Untuk memerihalkan sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling kita dalam

bentuk suatu aktiviti, situasi atau peristiwa tertentu, contohnya fenomena

dalam kelas secara spesifik atau alam pendidikan secara keseluruhan. Dalam

kategori ini, tujuan penyelidikan adalah untuk memerihalkan fenomena yang

berlaku, misalnya situasi pelaksanaan kurikulum baharu dalam pendidikan

atau aktiviti pengenalan kaedah pengajaran baharu di dalam kelas.

2. Untuk meramal fenomena yang akan berlaku pada masa hadapan

berdasarkan situasi masa kini. Contohnya, kejayaan pelajar pada masa

hadapan diramal berdasarkan prestasi mereka pada masa kini. Keputusan

peperiksaan calon-calon percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) misalnya

boleh digunakan untuk meramal keputusan sebenar mereka di dalam

peperiksaan SPM. Dalam konteks ini, tujuan kajian mungkin berkait dengan

kebolehtelahan ujian peramal yang dibina. Hal ini kerana penyelidikan

menekankan usaha memperkembangkan teori-teori yang baik atau usaha

menemui prinsip-prinsip am yang berguna untuk menelah sesuatu perlakuan

pada masa hadapan.

3. Untuk tujuan penambahbaikan berhubung dengan sesuatu fenomena yang

biasanya melibatkan aktiviti pencelahan (intervention). Tujuan penyelidikan

adalah untuk menambah baik aktiviti atau situasi yang wujud masa kini

melalui cara penyelidik “menganggu” fenomena berkenaan dengan cara

mewujudkan pencelahan. Melalui cara ini, penyelidik boleh menilai hasil yang

wujud daripada gangguan tersebut. Contohnya, sebelum melaksanakan satu

kaedah pengajaran baharu, kaedah baharu tersebut dicuba terlebih dahulu

oleh penyelidik untuk melihat keberkesanannya.

4. Untuk tujuan menerangkan satu fenomena tertentu berdasarkan suatu teori,

model atau kesimpulan. Tujuan kategori ini serupa dengan kategori pertama.

Perbezaannya, bagi kategori ini yang ditekankan ialah penerangan

berdasarkan teori, model atau kesimpulan yang sudah wujud berdasarkan

kajian-kajian lalu. Contohnya, menerangkan tingkah laku kanak-kanak

Page 15: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 5 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

semasa menyelesaikan masalah berayat Matematik menggunakan teori

perkembangan kanak-kanak Piaget.

Penyelidikan ialah satu proses sistematik yang membabitkan pengumpulan dan

penganalisisan maklumat untuk menerang dan memahami sesuatu masalah atau

isu. Secara amnya, sesuatu penyelidikan melibatkan tiga langkah utama iaitu :

i. Mengemukakan persoalan

ii. Mengumpul data untuk menjawab persoalan

iii. Mengemukakan jawapan kepada persoalan

Dengan kata lain, proses yang dilalui dalam pelaksanaan sesuatu penyelidikan

merupakan suatu proses penyelesaian masalah atau mencari jawapan kepada

sesuatu masalah atau tanda tanya. Oleh itu, maklumat atau data diperlukan sebagai

bukti atau asas kepada jawapan atau penyelesaian yang dikemukakan.Namun,

terdapat langkah-langkah lain yang tidak kurang pentingnya untuk menjadikan

sesuatu penyelidikan itu bersifat lebih ilmiah.Antaranya, persoalan, masalah atau isu

yang dikemukakan melalui data yang diperoleh daripada pembacaan atau

penyelidikan yang dilaksanakan dalam bidang yang berkaitan.Ini secara tidak

langsung menjadikan pembacaan dan pencarian maklumat salah satu aktiviti

penting dalam pelaksanaan penyelidikan.Namun begitu, penyelidikan tidak terhad

kepada pencarian dan pengumpulan maklumat semata-mata. Menurut Noraini

(2010), aktiviti penyelidikan ilmiah merupakan satu aktiviti yang menyumbang

kepada sesuatu yang baru, sama ada dari segi ilmu ataupun amalan.

Secara ringkasnya proses penyelidikan meliputi langkah-langkah berikut:

1. Ia bermula dengan satu persoalan di dalam pemikiran seorang penyelidik.

AKTIVITI 1.1

Pada pendapat anda mengapakah sesuatu isu dalam pendidikan itu perlu

dijalankan penyelidikan?

Page 16: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 6 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

2. Ia memerlukan satu perancangan.

3. Ia menuntut kenyataan yang jelas mengenai sesuatu masalah.

4. Ia melibatkan permasalahan utama dengan permasalahan berkaitan.

5. Ia mencari tuju arah melalui hipotesis berkenaan

6. Ia melibatkan fakta dan makna fakta.

7. Ia adalah berhubungkait menghimpun dan menganalisa data.

8. Availability (Sumber tersedia) penyelidik memastikan adanya sumber tersedia

seperti instrumen dan data dari kajian yang hampir sama.

9. Authenticity (Perakuan) penyelidik mestilah memastikan ketepatan data.

10. Adequacy (Mencukupi) merujuk kepada perolehan data sama ada mencukupi

bagi membolehkan kesimpulan sah dinyatakan.

11. Validity (Kesahan) penyelidik hendaklah memastikan data dan maklumat adalah

tepat dan sah.

Kepentingan Penyelidikan Pendidikan

Dalam penyelidikan pendidikan terdapat beberapa kepentingan yang signifikan

kepada penyelidik. Dengan mengetahui kepentingan ini seseorang itu akan

mengetahui betapa perlunya sesuatu penyelidikan itu dijalankan. Antaranya ialah :

1. Penyelidikan menyumbang ke arah penambahbaikan amalan.

2. Memberi maklumat untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar.

3. Penyelidikan memperkaya pengetahuan sedia ada.

4. Menambah pengetahuan mengenai isu dalam pendidikan

5. Membantu meningkatkan keberkesanan amalan semasa.

6. Membantu kefahaman isu semasa (peroleh pelbagai pendapat).

7. Meningkatkan kemahiran penyelidikan (pengurusan, analisis, penulisan,

komunikasi interpersonal, pengucapan awam).

Jenis Penyelidikan Pendidikan

Kebanyakan pakar penyelidikan pendidikan berpendapat bahawa bidang

penyelidikan boleh dikelaskan kepada dua kategori utama iaitu penyelidikan asas

dan penyelidikan gunaan. Berikut adalah jenis-jenis penyelidikan dalam pendidikan:

Page 17: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 7 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

1. Penyelidikan Asas

2. Penyelidikan Gunaan

3. Penyelidikan Penilaian

4. Penyelidikan Tindakan

5. Penyelidikan Pembangunan

6. Penyelidikan Kuantitatif

7. Penyelidikan Kualitatif

1) Penyelidikan Asas

a. Penyelidikan yang dijalankan untuk menerbitkan dapatan, ilmu atau teori

baru.

b. Penyelidikan asas menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk

pengetahuan.

c. Penyelidikan yang lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam

bidang pendidikan secara lebih mendalam.

d. Menerusi penyelidikan asas penyelidik memperoleh data empirikal yang boleh

digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori.

e. Penyelidikan asas kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian

masalah praktis.

2) Penyelidikan Gunaan

a) Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau untuk

menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena pendidikan.

b) Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori, mengubah suai,

atau mengembangkan sesuatu teori baru.

3) Penyelidikan Tindakan

Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh guru untuk

meningkatkan keberkesanan pengajaran (Carl Glickman, 1992).

Page 18: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 8 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

4) Penyelidikan Kuantitatif

Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan untuk menilai sesuatu

program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan, keberkesanan dan impak

sesuatu program yang telah dijalankan.

5) Penyelidikan kualitatif

a. Kajian etnografi

Satu kajian yang melibatkan sekumpulan manusia untuk mengkaji sosio budaya

mereka.

b. Kajian kes

Kajian kes digunakan untuk memahami mendalam tentang subjek yang dikaji,

berfokus kepada proses berbanding output, mementingkan penemuan bukannya

pengesahan sesuatu teori atau dapatan. Melibatkan seorang individu,

sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik darjah.

c. Kajian sejarah

Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa

lepas yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-perkara pada

masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka masa akan datang.

d. Kajian naratif

Satu jenis kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana

manusia membina makna dalam kehidupan mereka.Ia memberi tumpuan kepada

makna yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa yang

berlaku dalam kehidupan mereka.

6) Penyelidikan Kuantitatif

a. Kajian eksperimental

Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua

kumpulan. Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah pertama. Kumpulan yang

kedua diberi rawatan dengan kaedah kedua. Di akhir kajian min prestasi kedua-

dua kumpulan dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan kedua-dua rawatan

Page 19: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 9 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

yang telah diberikan. Andaian dibuat bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak

mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum rawatan. Syarat

tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah-

pembolehubah kawalan.

b. Kuasi-eksperimental

Peserta-peserta tidak dibahagikan secara rawak. Kedua-dua kumpulan

diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia ada.Sebelum kajian dijalankan

kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra.Selepas itu kumpulan pertama menjalani

rawatan dengan kaedah pertama, sementara kumpulan yang satu lagi tidak diberi

apa-apa rawatan (kumpulan kawalan).Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan

mengambil ujian pasca.Prestasi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian

dibandingkan untuk menentukan perbezaan keberkesanan rawatan yang telah

diberi.

c. Kajian tinjauan

Kajian tinjauan melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat

statistik untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau

tingkahlaku mereka. Analisis statistik deskriptif seperti min, mod, median, peratus

dan kekerapan biasanya dijalankan ke atas kajian jenis ini.

d. Kajian korelasi

Menentukan perhubungan di antara dua pemboleh ubah yang dapat diberikan

nilai numerikal.

Isu Etika Penyelidikan

Isu etika penyelidikan sering ditimbulkan dan dibincangkan dalam seminar

penyelidikan, terutamanya dalam bidang sains sosial dan tingkah laku.Ini adalah

kerana penyelidikan yang dilakukan biasanya menggunakan manusia yang

mempunyai perasaan dan pengalaman.Kaedah pengumpulan data dalam

sesetengah kajian pula menyentuh rahsia, emosi, hak, hal peribadi dan kebenaran

subjek kajian. Oleh sebab data yang dikumpul daripada responden mungkin

merupakan maklumat rahsia atau sesuatu yang sulit, yang tidak boleh diketahui

Page 20: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 10 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

orang lain, atau yang diumumkan akan mendatangkan kesan yang negatif kepada

pihak-pihak tertentu (subjek dan pihak-pihak lain), pengkaji perlu mengetahui etika

penyelidikan sebelum merancang dan menjalankan kajian.Etika penyelidikan

merujuk kepada peraturan-peraturan/kod atau satu set prinsip/nilai moral yang

berperanan sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan. Para penyelidik

perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi etika semasa menjalankan

penyelidikan.

a. Kod etika penyelidikan

Dalam etika penyelidikan beberapa elemen yang perlu diberi perhatian oleh

penyelidik seperti berikut:

i) Mendapat Kebenaran (informed consent)

Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks.

‘Informed Consent’ merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah

memahami beberapa perkara berikut:

Matlamat dan tujuan kajian.

Apa yang dikendaki oleh responden.

Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam

penyelidikan.

Sekiranya fokus atau sampel berubah, perundingan semula perlu dibuat

Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk

memberi kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak,

cadangan kajian mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk

melindungi hak responden.

ii) Penglibatan (Participation)

Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan

masalah yang mungkin timbul dalam kajian.

Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam

penyelidikan tersebut.

Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa-

apa kesan negatif

Page 21: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 11 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan

mengikut prosedur tertentu.

iii) Kerahsiaan (Confidentiality)

Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsiaan

maklumat dijamin berkesan.

Perlindungan hak responden diutamakan.

Prosedur tidak terlalu rigid dan mengongkong responden.

Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam

komuniti penyelidikan

iv) Anomiti

Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti responden.

v) Rundingan (Negotiation)

Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:

Mendapat kebenaran dari institusi

Mendapat kebenaran untuk aksesdata

Penggunaan data

Penulisan laporan

Melindungi peserta daripada masalah yang timbul

b. Prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik

Berikut adalah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh penyelidik:

Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk

menjalankan kajian.

Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua

sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah.

Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang

akan diikuti untuk memudahkan data dibaca berkait dengan peserta seperti

transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam

laporan akhir atau teks umum.

Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian.

Page 22: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 12 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau

draf laporan atau transkrip temubual.

Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi.

Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta.

Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan.

Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.

Prosedur Penyelidikan Pendidikan

1. Menyatakan masalah kajian

Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau

persoalan pokok yang kita akan kaji.

2. Menetapkan objektif kajian

Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin

diselidiki dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan.Ia juga menggambarkan

pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan.

3. Membentuk soalan kajian

Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian.Soalan kajian mestilah jelas,

tepat dan berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi hala tuju yang

jelas kepada proses penyelidikan dan memudahkannya menulis laporan

penyelidikan.

AKTIVITI 1.2

Berikan pandangan anda mengapakah sesuatu penyelidikan itu perlu ada kod

dan etika?

Page 23: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 13 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

4. Menghasilkan hipotesis kajian

Bagi kajian kuantitatif, hipotesis digunakan untuk menentukan sama ada

sesuatu yang dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dan

sebagainya. (Kajian Eksperimental, kuasi-eksperimental, korelasi).

5. Melakukan tinjauan literatur

Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui

senario, perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang

akan dijalankan. Ia membantu penyelidik menyatakan masalah kajian, objektif

dan persoalan kajian. Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang

dikaji dan dapatan-dapatan kajian yang lepas boleh membantu penyelidik

membincangkan dapatan kajiannya.

6. Merancang kaedah kajian

Menentukan instrumen, prosedur pelaksanaan kajian.

7. Mereka bentuk kajian

Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekatan kuantitatif

yang akan digunakan, bentuk instrumen dan penyelidik juga perlu menentukan

apakah teknik pengumpulan data serta data akan dianalisis nanti.

8. Menentukan prosedur persampelan

Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan.Sampel yang betul

perlu dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh

menggambarkan ciri populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu

fenomena yang dikaji.

9. Membina instrumen kajian

Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran atau

membuat pengumpulan data.Instrumen yang sedia ada boleh digunakan.Jika

instrumen belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan.

Page 24: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 14 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

10. Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya. Terdapat

beberapa kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan kandungan, kesahan

konstruk dan kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan instrumen juga

perlu ditentukan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsistensi)

alat pengukuran.

11. Menentukan prosedur pengumpulan data

Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang

dikumpul adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan benar

persoalan, isu, fenomena atau kes yang dikaji.

12. Mengumpul data

Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu

dikutip. Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Terdapat

berbagai strategi dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data

atau maklumat dalam penyelidikan. Apa yang penting ialah strategi dan teknik

yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti, keobjektifan, kebolehpercayaan,

keesahan dan kebolehan untuk generalisasi.

13. Menganalisis data

Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu

dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan

persoalan kajian atau hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan

dibuktikan kebenarannya. Analisis secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat

dijalankan untuk menentukan sama ada objektif kajian dicapai atau tidak.

14. Membincang hasil kajian

Dapatan kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan

teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan

menghasilkan rumusan, penambahbaikan, cadangan dan implikasi

penyelidikan.

Page 25: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 15 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

15. Melaporkan kajian

Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis

laporan tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya.

Dalam laporan penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang

latar belakang kajian, objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian,

terangkan reka bentuk kajian, cara data di analisis, penerangan tentang

dapatan kajian dan juga cadangan-cadangan yang perlu bagi menjawab

masalah yang telah dikenal pasti.

RUMUSAN

Penyelidikan merupakan suatu perkara penting bagi pendidik kerana fenomena-

fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan hanya dapat dijelaskan dengan

adanya penyelidikan. Dalam persekitaran pendidikan, pendidik sentiasa beraksi dan

berinteraksi dengan dengan orang lain terutamanya pelajar. Dalam interaksi

berkenaan, pelbagai fenomena akan berlaku. Antaranya ialah kejayaan dalam

pelajaran, masalah disiplin, globalisasi dalam pendidikan dan sebagainya.Setiap

yang berlaku ini perlu diteliti dari segi sebab-sebabnya, akibat sesuatu kejadian,

kesan terhadap individu atau masyarakat, cara-cara mengatasi sesuatu masalah

dan sebagainya.Semua fenomena ini hanya dapat dijawab dan selesaikan melalui

penyelidikan.Oleh itu amatlah penting seseorang penyelidik itu mengenalpasti

dahulu konsep seperti tujuan, ciri-ciri dan prosedur kajian sebelum sesuatu

penyelidikan itu dijalankan.

PENILAIAN KENDIRI

1. Berikan empat perkara penting bagi sesuatu cadangan penyelidikan.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan kerangka konsepsual?

3. Huraikan perbezaan antara kajian asas dengan kajian gunaan?

4. Satu kajian yang baik mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Ini

termasuklahbahagian pengenalan, tinjauan literatur dan metodologi.

Bagaimanakah tinjauanliteratur dapat membantu seseorang pengkaji?

5. Jelaskan kriteria-kriteria kajian yang baik.

Page 26: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 16 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008).Guru sebagai penyelidik. Kuala Lumpur:

PTS Professional Publishing. Amir Hasan Dawi(2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim. Prospecta Sdn.

Bhd. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan

( 2004). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisa & Interpretasi Data. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gall, M. (1996). Educational Research: An Introduction concepts in human

behaviour, psychology, sociology. Thousand Oaks, CA:Sage Publication. Helmstadtr, G. C. (1970). Research concepts in human behavior: Education,

sychology,sociology. New York:Appleton-Century-Crofts. John P. Keeves (1997). Educational research, methodology, and measurement : An

International Handbook. Cambridge. Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan

Bahasa & Pustaka. Neuman, W. L. (2000). Social Research Methods-Qualitative and Quantitative

Approaches. (4th ed). Boston : Allyn and Bacon.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

Page 27: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 17 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

UNIT 2

PENYELIDIKAN KUANTITATIF

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menjelaskan penyelidikan kuantitatif.

2. Mengenalpasti rekabentuk, instrumen, pensampelan dan kaedah

analisis data penyelidikan kuantitatif.

PETA KONSEP

PENGENALAN

Unit ini membincangkan tentang penyelidikan kuantitatif.Terdapat beberapa reka

bentuk penyelidikan kuantitatif yang perlu dikenal pasti oleh penyelidik sebelum

menjalankan kajian.Selain itu, instrumen dan teknik pensampelan yang sesuai

dengan kajian dijelaskan sebelum data dikumpul dan dianalisis bagi mendapatkan

jawapan kepada setiap persoalan kajian.

Penyelidikan Kuantitatif

Pensampelan

Analisis Data

Instrumen Kajian

Reka Bentuk Kajian

Page 28: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 18 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

ISI KANDUNGAN

Apakah Itu Penyelidikan Kuantitatif?

Penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan yang sistematik berdasarkan nilai

numerikal atau statistik. Tujuannya ialah untuk :

1. Menguji teori

2. Melihat hubungkait angkubah

3. Menjelaskan fenomena dari segi “sebab penyebab”

4. Membuat ramalan

5. Membuat tinjauan

Menurut Sabitha Marican (2005) Penyelidikan kuantitatif akan digunakan sekiranya

persoalan kajian memerlukan penjelasan yang jitu dalam bentuk numerik. Kajian

berbentuk kuantitatif selalu diperhatikan dalam bentuk perkiraan yang merangkumi

nombor dan formula-formula yang tertentu.Hasil kajian merangkumi formula-formula

tertentu dalam bentuk gambar rajah, jadual dan perkiraan statistik.

Jenis-Jenis Reka Bentuk Penyelidikan Kuantitatif 1. Kajian Eksperimental

Dikenali sebagai kajian bandingan kumpulan. Peserta-peserta diagihkan secara

rawak (random assignment) kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi

rawatan kaedah pertama. Kumpulan yang kedua diberi rawatan dengan kaedah

kedua. Di akhir kajian min prestasi kedua-dua kumpulan dibandingkan untuk

mengkaji keberkesanan kedua-dua rawatan yang telah diberikan. Andaian dibuat

bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua

aspek sebelum rawatan. Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara

mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah kawalan.

Page 29: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 19 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

2. Kuasi-Eksperimental

Kajian yang menggunakan kumpulan-kumpulan yang sedia ada sebagai kumpulan

kawalan dan kumpulan eksperimen. Peserta-peserta tidak dibahagikan secara

rawak. Kedua-dua kumpulan diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia

ada.Sebelum kajian dijalankan kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra.Selepas itu

hanya kumpulan pertama diberi rawatan.Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan

mengambil ujian pasca. Prestasi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian

dibandingkan untuk menentukan perbezaan keberkesanan rawatan yang telah

diberi.

3. Kajian Tinjauan

Cross Sectional digunakan untuk mengutip data yang menggambarkan sikap,

pendapat atau kepercayaan semasa. Rekabentuk Longitudinal pula digunakan untuk

mengkaji individu dalam jangka masa tertentu. Kajian tinjauan umumnya melibatkan

penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat statistik untuk mengumpulkan

data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau tingkahlaku mereka.Statistik

deskriptif yang biasa digunakan adalah seperti min, mod, median, peratus dan

kekerapan.

3. Kajian Korelasi

Menentukan perhubungan di antara dua pemboleh ubah yang dapat diberikan nilai

numerikal.Contohnya membandingkan keputusan peperiksaan murid-murid dalam

dua matapelajaran yang berbeza.

Instrumen Kajian Kuantitatif

Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan dalam kajian untuk mengumpul

data.Contoh alat kajian kuantitatif ialah soal selidik.Soal selidik digunakan untuk

mengumpul data secara formal dan sistematik.Sebelum penyelidikan dijalankan

penyelidik haruslah memastikan setiap soal selidik yang dijalankan memenuhi

objektif dan persoalan kajian, mempunyai kesahan alat ukur, mempunyai

Page 30: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 20 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

kebolehpercayaan dan praktikal.Soal selidik mestilah jelas dan mudah dijawab.

Biasanya terdiri daripada dua bentuk :

1. Soal Selidik jenis Terbuka

Instrumen bentuk ini memberi kebebasan kepada responden untuk menyatakan

pandangan mengenai sesuatu isu.Analisisnya bertujuan untuk mengenalpasti

maklumat yang penting, mengklasifikasikan maklumat untuk dianalisis dan membuat

interpretasi dan kesimpulan.Soalan terbuka memberi kebebasan kepada responden

untuk mengemukakan pendapat dan memberi huraian lanjut berhubung dengan

soalan yang dikemukakan.Contoh :

2. Soal Selidik jenis Tertutup

Pilihan jawapan diberikan untuk dipilih oleh responden berdasarkan pandangan

sendiri.Jenis-jenis soalan tertutup adalah dichotomous, skala likert, susunan

keutamaan dan demografi.Soalan tertutup mempunyai jawapan-jawapan tertentu

yang disediakan.Responden memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena

yang berkaitan.Terdapat beberapa jenis skala pengukuran yang boleh digunakan

bagi soal selidik yang berbentuk soalan tertutup seperti:

a. Soalan Tertutup Dichotomus

Skala ini mempunyai dua pilihan Ya/Tidak, Benar/ Salah, ada/ Tiada dan Setuju /

Tidak Setuju.

Contoh soal selidik jenis terbuka:

1. Apakah yang menyebabkan anda minat dengan mata pelajaran sains?

2. Apakah kaedah pengajaran yang sesuai diajar oleh guru sains untuk

meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains?

Page 31: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 21 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

b. Skala Likert

Skala ini mempunyai pernyataan yang mempunyai tahap persetujuan. Dalam bentuk

asal skala ini mempunyai 5 poin iaitu :

1. Sangat Tidak Setuju

2. Tidak Setuju

3. Tidak Pasti

4. Setuju

5. Sangat Setuju

Skala asal Likert juga boleh dihasilkan dalam pelbagai variasi seperti skala yang

mempunyai 4 poin, 6 poin, 7 poin dan sebagainya.Selain daripada itu, diskriptor bagi

skala juga boleh diubah.

Contoh soal selidik jenis skala likert:

1. Saya mempunyai seorang guru sains yang baik.

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Contoh soal selidik jenis Soalan Tertutup Dichotomus:

1. Adakah anda mengetahui tentang undang-undang dan peraturan sekolah?

Ya Tidak 2. Penggunaan peta minda membantu guru dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Setuju Tidak Setuju

   

 

Page 32: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 22 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

c. Susunan Mengikut Keutamaan (Rank Order)

Skala rank order ini adalah untuk mendapatkan penilaian responden kepada semua

aspek yang disenaraikan dengan memberi pemberatnya.Susunan aspek ini

mengikut keutamaan iaitu nombor 1 menunjukkan peringkat tertinggi, nombor 2 dan

seterusnya hingga nombor terakhir yang menunjukkan paling rendah peringkat.

d. Maklumat Demografi

Dalam sesuatu soal selidik pada kebiasaannya mempunyai satu bahagian yang

mengandungi maklumat demografi responden.Adanya bahagian demografi

membolehkan analisis dibuat dengan lebih terperinci lagi seperti berdasarkan

dimensi yang lebih terperinci seperti mengikut jantina pelajar, peringkat sosio-

ekonomi pelajar dan sebagainya.

Contoh soal selidik jenis Rank Order :

Sila beri nombor mengikut keutamaan teknik pengajaran guru yang paling anda

sukai bermula dengan nombor 1 sebagai sangat suka, diikuti dengan nombor 2

bagi teknik pengajaran yang kedua disukai dan seterusnya sehingga nombor 5.

Sila tulis keutamaan (ranking) anda pada kotak yang diberi.

Teknik pengajaran guru Pemeringkatan (ranking) Kuliah Latih tubi Syarahan Simulasi Lakonan

Page 33: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 23 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Contoh maklumat demografi dalam soal selidik : 1. Nama Sekolah : __________________

2. Lokasi Sekolah : Bandar

Luar Bandar

3. Tingkatan : Satu

Dua

Tiga

4. Bangsa : Melayu

Cina

India

Lain-lain

Page 34: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 24 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

Contoh 1, soalan soal selidik kajian kuantitatif:

“ PELAKSANAAN PENDEKATAN

KONSTRUKTIVISME DALAM MATA PELAJARAN SAINS ”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya dimaklumkan, Tuan/Puan telah dikenal pasti dan dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumatmengenai pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Maklumat yang bakal diberikan adalah amat berguna khususnya dalam meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran Sains. Input daripada Tuan/Puan dalam menjawab soal selidik ini secara ikhlas amat dihargai. Maklumat tersebut akan dirahsiakan dan adalah untuk kajian semata-mata. Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama Tuan/ Puan dalam menjawab soal selidik ini. Sekian, Terima Kasih.

BAHAGIAN A

ARAHAN : Sila isikan ruang-ruang kosong di bawah ini dan tandakan (X) pada petak yang berkenaan.

1. JANTINA : Lelaki Perempuan

2. UMUR : 29 tahun dan kurang

30 tahun dan lebih

3. ETNIK : Melayu Cina India 4. PENGALAMAN MENGAJAR:

Kurang daripada 5 tahun

Lebih daripada 5 tahun

Lebih daripada 10 tahun

5. TARAF AKADEMIK: Diploma Ijazah

Sarjana PHD

6. OPSYEN : Sains Lain-lain ospyen

BAHAGIAN B ARAHAN: Soalan bahagian B berkaitan dengan Pelaksanaan Pendekatan Konstruktivisme Dalam Mata pelajaran Sains. Bahagian ini terdiri daripada empat aspek berkenaan dengan tahap pengetahuan, kesediaan, kemahiran dan sikap responden. Sila bulatkan nombor mengikut skala yang diberikan.

Skala : 1 = Sangat tidak setuju

2 = Tidak setuju

3 = Tidak pasti

4 = Setuju

5 = Sangat setuju

 

 

   

 

 

 

 

 

   

 

PENGETAHUAN SKOR

1. Kaedah pengajaran berdasarkan

pendekatan konstruktivisme adalah

sama dengan kaedah biasa.

1 2 3 4 5

2. Saya yakin cara penyampaian

pengajaran berdasarkan pendekatan

konstruktivisme lebih berkesan

daripada kaedah biasa

1 2 3 4 5

3. Pengajaran berdasarkan kaedah

konstruktivisme menggalakkan

Kreativiti

1 2 3 4 5

4. Kaedah pengajaran

konstruktivisme adalah satu proses

pengajaran yang mementingkan

pengetahuan sedia ada pelajar

1 2 3 4 5

5. Setiap pelajar membina

pengetahuan daripada orang lain

1 2 3 4 5

Page 35: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 25 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Contoh 2, soalan soal selidik kajian kuantitatif:

  Tajuk Bengkel : 

 

 Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Pendidikan Awal Kanak‐Kanak 2014 

Tolong penuhkan borang penilaian ini bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan 

datang. Kerjasama anda didahului dengan jutaan terima kasih. 

 

Tema : Pembelajaran menyeronokkan dan berkesan (Learning Is Fun dan Effective) 

Sila tandakan ( / ) pada pilihan jawapan yang sesuai. 

1 = Sangat Tidak Baik 2 = Tidak Baik 3 = Memuaskan  4 = Baik   5 = Sangat Baik 

  1 2 3 4  5 

Tema Bengkel     

Penjadualan atur cara bengkel     

Bekalan bahan bengkel     

Peruntukan masa bengkel     

Acara pembukaan bengkel     

Urusetia dan sekretariat     

Pendaftaran     

Komunikasi bengkel     

Makan dan minum     

Susun atur bengkel     

Tempat bengkel diadakan     

 

Berikan cadangan dan komen anda : 

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________ 

Page 36: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 26 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

Kebolehpercayaan Dan Kesahan

Setiap instrumen yang digunakan perlulah mempunyai kebolehpercayaan dan

kesahan.Terdapat empat jenis kesahan iaitu:

1. Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat

mengukur kandungan bidang yang hendak diukur.

2. Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua bentuk, iaitu kesahan

serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity).

3. Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat

mengukur sesuatu konstruk/gagasan berassakan teori psikologi tertentu.

Contohnya: ‘rajin’.

4. Kesahan muka sesuatu instrumen/ujian ‘nampak pada permukaannya’dapat

mengukur apa yang hendak diukur. Contohnya: bagi instrumen yang

mengukur ‘rajin’, kita sepatutnya nampak item-itemnya berkait dengan ciri-ciri

orang yang ‘rajin’.

Kajian Rintis

Bagi memastikan instrumen yang digunakan mempunyai kebolehtadbiran, satu

kajian rintis perlu dijalankan.Kajian rintis ini dibuat sebelum kajian yang sebenar

dijalankan yang bertujuan untuk memastikan instrumen kajian mempunyai

kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-

masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Fungsi kajian

rintis dijalankan ialah untuk;

AKTIVITI 2.1

Dalam kajian kuantitatif terdapat dua bentuk soal selidik iaitu soal selidik jenis tertutup dan jenis terbuka.Pada pandangan anda, soal selidik jenis manakah lebih digemari oleh responden kajian?Huraikan hujah anda.

Page 37: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 27 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

i. menyemak kejelasan item-item, arahan dan susun atur soal selidik.

ii. mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal selididk.

iii. mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan format

jawapan.

iv. mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup.

v. mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik.

vi. menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.

vii. mengenal pasti item-item yang tiada kaitan dalam soal selidik.

viii. menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer.

Populasi dan Persampelan

Populasi ialah kumpulan orang, perkara, benda yang dikaji.Jika bilangan populasi

tidak besar (kurang dari 100) maka diambil semua populasi tersebut.Populasi

hendaklah relevan dengan kajian.

Sampel adalah sebahagian daripada populasi.Sampel yang dipilih mesti bersifat

representative.Pensampelan adalah satu proses memilih individu bagi sesuatu

kajian dalam cara yang tertentu supaya mereka mewakili populasi di mana mereka

dipilih. Sampel kajian hendaklah dikekalkan sehingga habis kajian tersebut.Sampel

hendaklah terdiri daripada populasi. Jenis-jenis persampelan adalah seperti berikut:

1. Persampelan Rawak Mudah (Simple Random Sampling)

2. Persampelan Rawak Berlapis (Stratified Random Sampling)

3. Persampelan Bersistematik (Sistematic Sampling)

4. Persampelan Kelompok (Cluster Sampling)

(Perbincangan selanjutnya tentang persampelan boleh rujuk kepada unit 6 dalam

modul ini)

Analisis Data

Analisis soal selidik adalah untuk mengira kekerapan, peratusan serta purata bagi

setiap item.Ia boleh dipersembahkan mengikut kesesuaian seperti carta bar, graf

Page 38: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 28 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

palang dan graf garis. Tujuannya adalah untuk membuat intepretasi dan kesimpulan

bagi menjawab persoalan kajian. Analisis data dalam kajian kuantitatif terdiri

daripada:

1. Analisis deskriptif - Kaedah analisis bagi tujuan menerangkan ciri-ciri pemboleh

ubah.

2. Analisis inferensi - Kaedah analisis bagi tujuan menerangkan perhubungan

antara pemboleh ubah-pemboleh ubah.

(Perbincangan selanjutnya tentang analisis data boleh rujuk kepada unit 8 dalam

modul ini)

Jenis-jenis hipotesis

1. Pengujian hipotesis hubungan - Pengujian hipotesis adalah teknik analisis

pentadbiran (inferential analysis) yang boleh membantu kita menggunakan data

sampel untuk mentakbir/menganggar parameter populasi.

2. Pengujian hipotesis perbezaan -Analisis menggunakan ujian t dilakukan untuk

mengenal pasti perbezaan min 2 pemboleh ubah manakala ujian Anovadilakukan

untuk mengenal pasti perbezaan lebih daripada dua pemboleh ubah.

RUMUSAN

Penyelidikan kuantitatif memerlukan data numerikal serta melibatkan analisis

statistik terhadap data tersebut untuk memahami dan menjelaskan fenomena yang

dikaji.Kajian jenis ini memerlukan alat atau instrumen untuk mendapatkan data

AKTIVITI 2.2

Terdapat 2bentuk pengujian hipotesis perbezaan iaitu ujian t dan Ujian Anova. Berikan satu contoh pemboleh ubah yang perlu dianalisis bagi setiap analisis tersebut.

Page 39: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 29 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

kajian.Alat yang biasa digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang terdiri

daripada soal selidik jenis yang terbuka dan tertutup. Dapatan dari soal selidik ini

akan dianalisis bagi memenuhi tuntutan tujuan kajian. Kajian kuantitatif biasanya

mengukur tingkah laku yang nampak (luaran). Oleh itu kajian ini tidak sesuai untuk

mengkaji tingkah laku yang tidak boleh nampak seperti `teacher intention’, proses

kognitif pelajar, budaya sekolah dan ciri-ciri sosial dalam komuniti sekolah. Konsep

kajian ini tertumpu kepada pembuktian`teori’ melalui pemerhatian apa yang berlaku

dan diukur secara objektif.

PENILAIAN KENDIRI

Kajian yang melibatkan murid-murid sekolah boleh dibuat dengan menggunakan

reka bentuk eksperimen atau lain-lain reka bentuk.

1. Jelaskan apa yang anda faham tentang reka bentuk eksperimen dari segi

sampel dan pengagihan rawatan kepada kumpulan-kumpulan.

2. Berikan satu topik kajian berkaitan kaedah mengajar yang

bolehmenggunakan reka bentuk eksperimen dan nyatakan satu soalan

kajiannnya.

3. Jelaskan apakah fungsi kajian rintis?

4. “Alat kajian yang baik mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang

tinggi”.Huraikan pernyataan tersebut.

5. Dengan besertakan contoh yang sesuai bagi setiap satu, jelaskan perkara-

perkara berikut:

a. Kesahan kandungan

b. Kesahan hubungan kriteria

c. Kesahan konstruk

d. Kesahan muka

Page 40: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 30 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (1995). Penilaian afektif. Kajang: MASA Enterprise. Ary, D., Jacob, L. & Razavieh, A. (1996).Introduction to the research in education

(5th ed.). Orlando, FL: Harcourt Brace & Co. Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan penilaian

pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Yan Piaw. (2006a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan.

Buku 1. Kuala Lumpur, McGraw-Hill. Chua Yan Piaw. (2006b). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistic.

Penyelidikan Buku 2. Kuala Lumpur, McGraw-Hill. Noraini Idris.( 2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill. Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice

Hall.

Page 41: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 31 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

UNIT 3

PENYELIDIKAN KUALITATIF

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menjelaskan penyelidikan kualitatif.

2. Mengenalpasti rekabentuk, instrumen, pensampelan dan kaedah

analisis data penyelidikan kualitatif.

3. Membezakan penyelidikan kualitatif dengan penyelidikan

kuantitatif.

PETA KONSEP

PENGENALAN

Unit unit membincangkan tentang penyelidikan kualitatif. Terdapat beberapa reka

bentuk penyelidikan kualitatif yang perlu dikenal pasti oleh penyelidik sebelum

menjalankan kajian. Selain itu, instrumen dan teknik pensampelan yang sesuai

Penyelidikan Kualitatif

Persampelan

Analisis Data

Instrumen Kajian

Reka Bentuk Kajian

Page 42: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 32 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

dengan kajian dijelaskan sebelum data dikumpul dan dianalisis bagi mendapatkan

jawapan kepada setiap persoalan kajian.

ISI KANDUNGAN

Apakah Itu Penyelidikan Kualitatif?

Penyelidikan kualitatif adalah satu bentuk kajian yang dijalankan untuk memahami

sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri. Bagaimana individu itu

bertindak, berinteraksi, menjalani kehidupan harian secara neutral, menunjukkan

reaksi dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang ditempuh. Input akhirnya ialah

satu hasil kajian yang memberi kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan

sebenar responden yang dikaji (Patton, 1985). Tujuannya ialah:

1. Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya.

2. Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji.

3. Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih.

4. Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam.

5. Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data

kajian).

Menurut Sabitha Marican (2005), penyelidikan kualitatif berfokus pada konteks

sesuatu perkara itu berlaku. Dengan kata lain, ia merupakan satu proses atau

bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dalam satu-satu suasana (setting) yang

hendak dikaji. Kajian jenis ini berfokus pada proses dan hasil. Hasil kajian pula

dipersembahkan dalam bahasa seharian. Kajian ini tidak bergantung kepada

nombor atau perkiraan statistik dalam memberikan penjelasan terhadap

pembolehubah yang dikaji.

Pendekatan kajian jenis ini digunakan untuk mengkaji suasana atau proses

yangsukar diukur dengan nombor, seperti imej diri, tingkah laku, perasaan dan

tindakan. Kajian kualitatif dijalankan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam

terhadap sesuatu perkara yang ingin dikaji (Marohaini, 2001). Selain itu, kajian

kualitatif juga dijalankan untuk mendapat maklumat terperinci berkaitan sesuatu

Page 43: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 33 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

perkara yang dikaji (Yin, 1984). Ini bermakna untuk mendapatkan maklumat

terperinci dan mendalam,kajian kualitatif perlulah dijalankan.Tambahan lagi, kaedah

ini boleh menerangkan peristiwa secara holistik dalam keadaan sebenar peristiwa

berlaku tanpa sebarang manipulasi oleh penyelidik. Kajian ini menjawab persoalan

berkaitan dengan mengapa sesuatu fenomena berlaku sedemikian dan bagaimana

ia berlaku. Justeru, kajian dijalankan untuk menjawab soalan mengapa dan

bagaimana yang dikemukakan oleh pengkaji. Pengkaji menjalankan kajian secara

mendalam untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian.

Contoh persoalan kajian secara kualitatif ialah:

1. Mengapa guru masih tidak menggunakan pendekatan konstruktivisme dalam

pengajaran dan pembelajaran mereka?

2. Bagaimana guru menjalankan aktiviti konstruktivisme dalam pengajaran

matapelajaran Sains di sekolah rendah?

Dalam kajian kualitatif, penyelidik menjadi instrumen kajian (Creswell,1994).

Penyelidik kualitatif merupakan instrumen untuk mengutip data dan menganalisis

data. Penyelidik menyelidik peristiwa yang berlaku ketika kajian dijalankan. Kutipan

data dijalankan secara berterusan. Kajian ini jarang membincangkan ciri

kebolehpercayaan kerana kebolehpercayaan bergantung kepada subjektiviti

seseorang individu (M. Najib, 1999). Kajian kualitatif merupakan kajian secara

induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk dikembangkan,

dinyatakan dan dijelaskan.

Jenis-jenis penyelidikan kualitatif

Penyelidikan kualitatif dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Berikut adalah

jenis-jenis kajian kualitatif:

1. Kajian Etnografi

Istilah etnografi bermaksud “portrait of a people”. Menurut Sabitha Marican (2005),

etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan

Page 44: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 34 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

sosial. Kadang kala ia juga didefinasikan sebagai penjelasan bertulis mengenai

sesuatu budaya, tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada

maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari kajian lapangan.Ia adalah

kajiandeskriptif ke atas budaya, sub-budaya, institusi atau kumpulan sesebuah

masyarakat. Kajian jenis ini juga dikatakan satu kajian yang mendalam tentang

perlakuan spontan dan semulajadi dalam sesuatu kelompok sosial. Ianya bertujuan

untuk mendapatkan kefahaman tentang perkaitan antara budaya dan perlakuan.

Kajian jenis ini asalnya dikembangkan oleh ahli-ahli antropologi. Dalam kajian ini

subjek atau responden dirujuk sebagai sumber maklumat. Kajian jenis ini mengkaji

tentang budaya dan manusia yang menumpukan kepada budaya sesuatu kelompok

manusia, bagaimana mereka bertingkahlaku, berinteraksi antara satu sama lain.

Dengan kata lain, ia bertujuan untuk mengetahui kepercayaan, nilai, perspektif,

motivasi dan bagaimana perkara-perkara ini berkembang dan berubah mengikut

masa dan situasi. ‘Participant observation’. Kajian ini biasanya menggunakan teknik

pemerhatian, temubual (sama ada temubual secara formal atau tidak formal),

analisis dokumen, penelitian sejarah hidup dan penulisan diari. Interpretasi data

sosio-budaya daripada perspektif subjek kajian dijelaskan dengan menggunakan

bahasa dan istilah setempat untuk menjelaskan sesuatu fenomena. Contoh kajian

etnografi ialah: Kajian mengenai gaya pembelajaran pelajar di rumah.

2. Kajian kes

Menurut Merriem (1998), kajian kes digunakan untuk memahami secara mendalam

tentang subjek yang dikaji, berfokus tentang proses berbanding output,

mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan.

Melibatkan seorang individu, sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik

darjah. Contohnya, kajian tentang tanda tingkahlaku bermasalah dan penyebab cara

meluahkan perasaan dan emosi seorang pelajar.

3. Kajian sejarah

Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa

lepas yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-perkara pada

masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka pada masa akan datang.

Page 45: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 35 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

Contohnya, Kajian kesan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam kalangan pelajar sekolah

menengah.

4. Kajian naratif

Satu kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana manusia

membina makna dalam kehidupan mereka. Ia memberi tumpuan kepada makna

yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku

dalam kehidupan mereka. Contohnya, Kajian Analisis Naratif Filem Romantik

Korea: Winter Sonata.

Reka Bentuk Kajian Kualitatif

Terdapat beberapa reka bentuk kajian kualitatif. Antaranya ialah:

1. Bentuk Kajian lapangan – data dikutip melalui temubual dengan responden

kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji.

2. Bentuk Kajian Kes – adalah kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes.

a. Berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek,

komuniti atau sebahagian daripada program.

b. Satu kes adalah satu unit asas analisis.

c. Data kes termasuk data temuduga, dapatan pemerhatian, data rekod

danyang digunakan ialah pemerhatian lapangan, temuduga dan

analisis dokumen.

3. Bentuk Kumpulan Terfokus –proses pengutipan data melalui temubual khas

untuk kumpulan kecil.

a. Perlu berbincang menggunakan psikologi secara sedar, separuh sedar

dan bawah sedar.

b. Satu kaedah untuk mendapatkan maklumat berasaskan pendapat,

pengalaman dan sikap.

Page 46: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 36 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

4. Bentuk Kajian Tindakan – bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan

sesuatu masalah spesifik.

a. Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian.

Proses kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan

refleksi.

5. Bentuk Analisis Dokumen – kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan

menganalisis kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian.

6. Bentuk pelbagai Pendekatan – pendekatan ini mencantumkan dua atau

lebih bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif.

a. Pengutipan data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah.

Instrumen Kajian Kualitatif

Penilaian Dokumen dalam kajian kualitatif merujuk kepada suatu rekod tentang

pemikiran, perasaan, pendapat atau tindakan seseorang, rekod bertulis tentang

sejarah institusi, aktiviti, peristiwa atau persembahan. Peringkat analisis data ialah

secara Pra Masuk (jenis, lokasi, aksesbiliti, jangkamasa dokumen), Merekod (jenis

kod, proses rekod diisi), Memproses (pengukuran data, pamir data, verifikasi data)

dan Interpretasi (dapatan utama/sekunder). Instrumen Pemerhatian bagi kajian

kualitatif mempunyai ciri-ciri seperti satu atau lebih pemerhati diletakkan ditempat

yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa yang ditetapkan; membantu

pemerhati dengan menggunakan prainstruksi, pilih pemerhati dan sediakan mereka

untuk pemerhatian; dan pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat

pemerhatian.

Alat menemuduga adalah soalan temuduga yang merupakan soalan

perbualan yang mempunyai tujuan tertentu seperti Temuduga berstruktur atau

piawai (soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respon yang spesifik),

Temuduga separuh berstruktur atau separuh piawai (soalan adalah daripada

beberapa siri soalan pra-penentuan atau soalan terbuka telah dibangunkan,

Temuduga tanpa berstruktur (soalan temuduga adalah tanpa

standard).Kebolehpercayaan dan Kesahan kajian kualitatif adalah bergantung

Page 47: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 37 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

kepada alat atau instrumen yang digunakan dalam kajian, proses mengutip data

dan kaedah analisis data yang dijalankan.Triangulasi merupakan satu konsep yang

digunakan umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta dan navigasi. Terdapat

beberapa jenis triangulasi iaitu Triangulasi data yang melibatkan pengutipan

pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama, Triangulasi

penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati

tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama, Triangulasi teori yang melibatkan

penggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama dan

Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk

menyelidik fenomena yang sama.

Persampelan Kajian Kualitatif

Dalam kajian kualitatif kaedah persampelan bukan rawak digunakan (non-probability

sampling). Terdapat empat jenis persampelan bukan rawak iaitu persampelan

mudah (subjek kajian yang mudah diperoleh), persampelan bertujuan (pengkaji

menggunakan pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk

memilih subjek yang hendak dikaji darpada populasi), persampelan bola salji

(Snow ball) (mengenal pasti lokasi subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu

semasa kita menjalankan kajian dan persampelan kuota (quota sampling)

(pemilihan sampel secara mudah mengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel

yang ditentukan).

AKTIVITI 3.1

Satu analisis terhadap filem dokumentari The Kinta Story (1949) telah dilakukan

untuk mengenal pasti mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Pemilihan

visual oleh penerbit yang merepresentasikan faktor sosial, teknologi dan pengaruh

budaya luar telah mempengaruhi tahap literasi dan pembinaan makna oleh

penonton, seterusnya menjadikan filem dokumentari ini sebagai bahan sampingan

secara senyap untuk menyuntik nilai pensejarahan dan kekejaman komunis di mata

masyarakat. Pada pandangan anda apakah reka bentuk kajian kualitatif ini?

Jelaskan cara pelaksanaannya.

Page 48: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 38 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

Analisis Data Kualitatif

Data kajian kualitatif yang didapati daripada dokumen, temuduga atau pemerhatian

akan melalui fasa analisis seperti berikut :

1. Tahap pra-analisis – semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan

dilengkapkan. Semua nota dilabel menurut jenis.

2. Tahap kemasan data – data ditranskripsikan dalam ‘word processing’ atau

dalam format analisis tekstual menggunakan komputer.

3. Tahap pamiran data – data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda

(tally) dan rumusan.

4. Tahap verifikasi data – semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan

dinyatakan dengan tepat.

5. Tahap dapatan – penyemakan dan interpretasi dapatan. Contohnya, bagi

data dokumen: data dikutip dan diubah menjadi teks, teks dilabel dan

dikategorikan agar beberapa tema dapat diwujudkan agar bentuk frasa yang

sama serta hubungan dan kesamaan atau perbezaan dapat dikenal pasti.

Selepas itu data yang telah ditapis dinilai mengikut kajian lepas.

Jadual 3.1 Perbezaan Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif

PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF

Istilah yang berkaitan

dengan pendekatan

Eksperimental

‘Hard data’

Perspektif luaran

Empirikal

Positivist

Fakta sosial

Statistik

‘Etic’

Etnografi (Kajian tentang sosio

budaya)

Kerja lapangan

‘Soft data’

‘Symbolic Interaction’

Perspektif dalaman

‘Naturalistic’

‘Ethnomethodologi’

Diskriptif

Pemerhatian

‘Phenomenological’

Dokumentari

Riwayat hidup

Kajian kes

Page 49: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 39 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

Ekologikal

Konsep utama Pemboleh ubah

Mengoperasi definisi

Kebolehpercayaan

Hipotesis

Kesahan

Kesignifikanan statistik

Replikasi

ramalan

Makna

Pemahaman sejagat

Definisi situasi

Kehidupan harian

Pemahaman

Proses

Rundingan

bertujuan praktikal

pembinaan sosial

‘Grounded Theory’

Gabungan teori ‘Structural functionalisim’

‘Realism’,’Positivism’

‘Behavioralisme’

‘Logical Empiricm’

‘Systems Theory’

‘Symbolic Interaction’

‘Ethnomethodology’

‘Phenomenology’

Budaya

‘Idealisme’

Gabungan Akademik Psikologi

Ekonomi

Sosiologi

Sains politik

Sosiologi

Sejarah

Anthropologi

Matlamat Menguji teori

Memperjelaskan fakta

Perihalan statistik

Ramalan

Hubungan antara pemboleh ubah

Membina konsep

Memerihal realiti pelbagai

‘Grounded Theory’

Meningkatkan pemahaman

Reka bentuk Berstruktur

Ditentukan lebih awal

Formal

Spesifik

Prosedur kajian yang terperinci

Terbuka kepada perubahan

Fleksibel

Umum

Membuat tekaan terhadap cara

penyelidikan

Penulisan cadangan

penyelidikan

Panjang lebar (detail)

Menyatakan hipotesis

Terperinci dan jelas fokusnya Prosedur spesifik dan terperinci Tinjauan bahan kajian yang mendalam

Ditulis sebelum data dipungut

Ringkas

Spekulatif

Mencadangkan bidang penyelidikan yang hendak dikaji Ditulis selepas mendapat sebahagian daripada data

Tinjauan bahan kajian tidak mendalam

Pernyataan pendekatan yang

Page 50: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 40 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

umum Data Kuantitatif

rekod boleh dikira

Kiraan dan ukuran

Pembolehubah yang boleh didefinisikan Statistik

Diskriptif

Dokumen peribadi

Nota kerja lapangan

Gambar

Pendapat perseorangan

Dokumen rasmi

Bahan-bahan artifak

Persampelan Besar

Berstrata

Kumpulan kawalan

Tepat

Pemilihan secara rawak

Mengawal pengganggu

pembolehubah

Kecil

Tidak mewakili populasi

Persampelan teoritikal

Perposive (bertujuan)

Teknik / kaedah Eksperimen

Tinjauan

Temubual berstruktur

Kuasi eksperimental

Pemerhatian berstruktur

Set data

Permerhatian

Mengkaji pelbagai dokumen dan

artifak

Pemerhatian turut serta

Temubual tidak berstruktur

Hubungan dengan

responden

Jangka pendek

Hubungan tidak akrab

Mengekalkan status sebagai penyelidik dan responden

Empati

Menekankan unsur kepercayaan Kesamarataan Hubungan mesra Responden sebagai rakan Mengutamakan keobjektifan

Alat Kajian Inventori

Soal selidik

Indeks

Komputer

Skala

Ujian

Alat perakam suara

‘Transciber’

Penyelidik bertindak sebagai alat kajian

Analisis data Deduktif

Statistikal

Dilaksanakan selepas pungutan data

Berterusan

Model, tema dan konsep

Induktif

Analisis bersifat induktif

‘Constant Comparative method’

Permasalahan dalam menggunakan pendekatan

Mengawal pemboleh ubah yang

lain

Mengambil masa panjang

Kesukaran menyaring data

Page 51: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 41 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

Terlalu rigid

Kesahan

Kebolehpercayaan

Prosedur tidak rigid

Sukar mengkaji responden yang besar jumlahnya

RUMUSAN

Penyelidikan kualitatif adalah lebih sukar dilakukan kerana data adalah subjektif.

Tiada alat ukur khusus yang mana penyelidik adalah alat ukur utama. Oleh itu

Penyelidik untuk kajian jenis ini perlukan latihan untuk memberi gambaran

terperinci dan mendalam tentang sesuatu kejadian/fenomena/organisasi atau

komuniti (unit sosial). Penyelidikan kualitatif adalah inkuiri holistik dan instrumen

bergantung kepada kuasa pemerhatian penyelidik.Penekanan kepada kualiti

(subjektif), sampel adalah purposif (bukan rawak) dan analisis data adalah secara

induktif. Menerusi kajian kualitatif ia dapat membina teori asas/dasar (grounded

theory). Penyelidikan kualitatif yang baik perlu mengandungi kriteria seperti

penyelidik mengambil kira semua perkara dalam membantu pemahaman, tidak

membuat keputusan awal atau tanggapan mengenai kajian sehinggalah mereka

berada di dalam konteks penyelidikan sebenar. Fokus kepada individu, interaksi

seorang dengan seorang yang lain dan memerlukan peruntukan masa yang panjang

di set kajian dengan responden dan apa yang penting ia memerlukan penyelidik

mendapat sendiri datanya terus dari responden. Seharusnya penyelidik kajian

secara kualitatif mestilah berfikiran terbuka bagi setiap penerangan yang diberi,

elakkan bias, memerlukan maklumat jelas dan mendalam mengenai kajian,

termasuk juga pandangan responden. Berasaskan kepada tanggungjawab

AKTIVITI 3.2

Jelaskan perbezaan penyelidikan kualitatif dengan kuantitatif dari segi

instrument dan cara penganalisisan data?

Page 52: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 42 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

penyelidik untuk mendapatkan persetujuan responden di samping memastikan etika

penyelidikan terjamin.

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah maksud Triangulasi dalam penyelidikan?

2. Terangkan bagaimana kesahan dan kebolehpercayaan kajian kualitatif dapat

ditingkatkan?

3. Jelaskan bagaimana kajian kualitatif dengan kuantitatif berbeza dari aspek

berikut:

a. matlamat b. alat kajian

c. persampelan d. reka bentuk

RUJUKAN

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berg, B.L. (2001). Qualitative Research Methods for the Social Sciences. Boston:Allyn

and Bacon. Chua Yan Piaw. (2006a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan

Buku 1, Kuala Lumpur:McGraw-Hill. Chua Yan Piaw. (2006b). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik

Penyelidikan Buku 2. Kuala Lumpur :McGraw-Hill. Creswell (1994). Research Design: Qualitative & Quantitative Approaches. Thousand

Oaks,CA:Sage Publications.

Creswell, J. W. (2008).Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches (3 rd ed). Thousand Oaks, CA:Sage Publications.

Glaser, B.G., & Strauss, A.L. (1967).The Discovery of Grounded Theory: Strategies

for Qualitative Research. New York: Aldine.

Page 53: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 43 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

Marohaini. (2001). Penyelidikan kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian. Selangor:Penerbit Universiti Malaya.

Merriem, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education: Revised and Expanded from Case Study Research in Education. San Francisco: Jossey-Bass.

Miles, M., & Huberman, A.M. (1994). Qualitative Data Analysis. Thousand Oaks,CA:

Falmer Press. Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill. Patton, M.Q. (1985; 2002). Qualitative Research and Evaluation Methods. Thousand

Oaks,CA: Sage Publication. Robert K. Yin. (1984). Case Study Research: Design and Methods. Thousand Oaks:

Sage Publication. Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice

Hall. Tesch, R. (1990). Qualitative Research: Analysis Types & Software Tools.

Bristol:Routledge. Weber, R.P. (1990). Basic Content Analysis. Newbury Park, CA: Sage

Page 54: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 44 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

Page 55: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 45 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

UNIT 4

TEORI DAN MASALAH KAJIAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

1. Menyatakan konsep asas dan definisi teori

2. Membincangkan kepentingan teori dalam penyelidikan

3. Menyatakan konsep masalah kajian dan sumber-sumber yang

mencetuskan idea memilih masalah kajian tersebut

4. Mengaplikasi teori pendidikan dengan masalah kajian yang

bakal dijalankan nanti

5. Memberikan justifikasi kesesuaian teori yang dipilih dan

masalah kajian yang ingin dikaji

PETA KONSEP

Teori & Masalah Kajian

Definisi teori Fungsi teori dalam kajian Masalah kajian

Definisi masalah kajian

& konsep asasnya

Sumber yang

mencetuskan idea

memilih masalah kajian

Perkaitan teori dan masalah kajian

Page 56: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 46 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

PENGENALAN

Dalam bab ini akan membincangkan secara ringkas pekara-pekara penting iaitu

konsep serta definisi teori, fungsi teori dalam penyelidikan, definisi masalah kajian

dan sumber-sumber yang membantu mencetuskan idea pemilihan isu kajian.

Perkaitan antara teori dan masalah kajian turut diterangkan agar ianya menjadi

panduan dalam memilih teori bersesuaian dengan masalah kajian. Kesemua aspek-

aspek ini perlu difahami sebelum sesuatu kajian dijalankan.

ISI KANDUNGAN

Definisi Teori

Teori merupakan pekara-pekara asas dalam sesuatu bidang sama ada bidang sains,

sains sosial, ekonomi dan sebagainya. Begitu juga dalam pendidikan, sub-sub

bidangnya seperti sosiologi, psikologi, pedagogi dan sebagainya, turut mempunyai

teori-teorinya yang tersendiri.

Namun, apakah teori? Menurut Kerlinger (1964) dan Babbie (1992) teori

adalah satu penerangan, di mana ianya memberitahu kita bagaimana dan mengapa

sesuatu perkara atau benda berkait antara satu sama lain (dalam Bohamn, 2001).

Leedy dan Ormrod (2005) menyatakan teori adalah konsep yang tersusun dan suatu

prinsip untuk menerangkan fenomena tertentu. Manakala menurut Mc Millan dan

Schumacher (2006), teori dapat meramal dan menerangkan fenomena semulajadi.

Othman Lebar (2009), pula mendefinisikan teori merupakan kenyataan tentang apa

yang berlaku terhadap fenomena yang ingin difahami. Ia bukan sahaja satu

kerangka, malah ianya merupakan satu cerita tentang apa yang kita fikirkan berlaku

dan mengapa.

Maka, secara rumusannya teori adalah suatu penyataan yang mampu

menerangkan sesuatu kejadian, mengaitkan pekara-pekara yang menyebabkan

terjadinya kejadian tersebut, meramalkan sesuatu kejadian dan ianya amat berguna

sebagai panduan bagi menjalankan kajian. Teori boleh diterangkan dalam pelbagai

cara, misalnya frasa ayat-ayat atau rajah-rajah tertentu (cth; teori ekologi

brofenbrenner, teori hieraki maslow). Namun, menurut Suter, (1998), teori-teori

Page 57: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 47 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

akan lebih difahami apabila ianya diterangkan melalui paparan visual, seperti rajah

ataupun model-model geometri tertentu.

Dengan ini, sebagai bakal pengkaji, kita perlu memahami definisi sebenar

teori dan idea atau konsep asas yang ingin diutarakan oleh sesuatu teori.

Pemahaman tentang pengertian dan maksud teori amat penting, kerana ianya

merupakan asas utama dalam melaksanakan kajian. Memandangkan ianya penting,

pada bahagian berikutnya akan diterangkan peranan atau fungsinya pula.

Fungsi Teori dalam Kajian

Menurut Bogdan dan Biklen (1998), teori digunapakai oleh manusia dalam pelbagai

cara, misalnya ia digunakan oleh penyelidik kuantitatif dalam bidang pendidikan

untuk menguji set-set data yang boleh diuji secara empirikal, namun kegunaan teori

adalah lebih meluas dalam penyelidikan kualitatif, iaitu untuk memahami semua

kejadian dan masalah yang berlaku. Teori mempunyai beberapa fungsi dan ianya

diolah dengan pelbagai cara oleh penulis-penulis berbeza.

Secara umumnya terdapat empat fungsi teori dalam penyelidikan, (Wiersma,

1986; Wiersma & Jurs, 2005) iaitu membentuk kerangka bagi penyelidikan,

mensintesis idea baru, menjelaskan sesuatu fenomena dan terakhir sekali adalah

untuk pembentukan generalisasi yang dapat diuji. Namun bagi memudahkan

pemahaman umum, fungsi teori diolah dan dinyatakan seperti di bawah.

AKTIVITI 4.1

Bincang bersama rakan atau tanya diri anda, apakah teori-teori yang sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Senaraikan dan nyatakan fungsinya Tips: Anda boleh merujuk jurnal dalam dan luar negara untuk melihat teori-teori yang sering digunakan oleh pengkaji dalam bidang pendidikan.

Page 58: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 48 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

1. Membantu pengkaji dalam membina kerangka konseptual kajian

Menurut Bogdan dan Biklen (1998), teori akan menghubungkan data-data antara

satu sama lain, membantu pengkaji agar lebih terarah dalam menjalankan kajiannya.

Maka, secara amnya teori akan membantu pengkaji untuk menjalankan kajian

secara sistematik, terarah dan dapat menghubungkaitkan pelbagai aspek-aspek

penting yang ada kaitannya dengan isu kajian, melalui pembentukan kerangka

konseptual kajian. Menurut Othman Lebar (2009), teori penting dalam membentuk

kerangka konseptual kajian kerana dapat membantu penyelidik membuat gambaran

visual tentang teori yang akan digunakan, gambaran tentang apa yang difikirkan

sedang berlaku dengan fenomena yang sedang dikaji.

Secara umumnya, kerangka konseptual adalah satu rajah yang

menggambarkan beberapa aspek penting dalam kajian, misalnya teori yang

digunakan, objektif kajian atau soalan-soalan kajian tersebut, pembolehubah yang

digunakan dan hubungannya dalam kajian. Berikut merupakan contoh satu kerangka

konseptual yang mengkaji interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di Sekolah

Menengah Kebangsaan. Dalam rajah 4.1 di bawah, dua teori dalam bidang sosiologi

digunakan bagi membina kerangka kajian ini, iaitu teori fungsionalisme dan teori

pemilihan rasional.

Sebagai panduan umum kepada bakal-bakal pengkaji, dalam membina

kerangka konseptual kajian, pelbagai bentuk geometri (petak, bulatan, segitiga dan

sebagainya) boleh digunakan. Tidak ada betul atau salahnya dalam memilih bentuk-

bentuk geometri tersebut, asalkan ianya menggambar keseluruhan kajian yang ingin

kita dilaksanakan kelak. Namun elemen-elemen penting seperti teori yang diguna

pakai, soalan kajian atau objektif kajian teori yang ingin diuji dan isu kajian perlu

dimasukkan dalam kerangka konseptual ini. Bagi penyelidikan kuantitatif pula, pada

kebiasaanya pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah dimasukkan dalam

kerangka konseptual ini. Penggunaan anak panah dapat memberi lebih kefahaman

kepada pembaca atau penilai untuk memahami perkaitan atau hubungan antara

pemboleh ubah dalam kajian.

Page 59: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 49 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Rajah 4.1: Contoh kerangka konsetual kajian

Secara amnya, dengan adanya teori yang mendasari sesuatu kajian, ianya dapat

memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang isu kajian tersebut dan ianya

boleh dipaparkan dalam bentuk rajah tertentu agar mudah difahami oleh pembaca.

2. Menjelaskan sesuatu fenomena, isu, kejadian atau masalah

Menurut Othman (2009), teori dapat menceritakan tentang sesuatu fenomena,

memberi pemahaman baru serta memperluaskan pemahaman kita tentang

fenomena tersebut. Menurut Suter (1998) pula, teori bukan hanya memfokuskan

penerangan terhadap fenomena yan boleh dilihat (observable), malah boleh

menerangkan konstruk (construct) yang abstrak (cth; kepandaian, motivasi, dan

sebagainya). Dengan ini jelaslah betapa pentingnya teori dalam menghuraikan apa

Cara pengumpulan data: -Temubual - Pemerhatian -Analisis Dokumen

Aplikasi teori sosiologi dalam kajian: Teori Fungsionalisme Teori Pemilihan Rasional

Soalan-soalan Kajian: i. Bagaimanakah bentuk interaksi sosial dalam kalangan pelajar tingkatan 4 yang pelbagai etnik di SMK? ii.Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi sosial pelajar tingkatan 4 yang pelbagai etnik di SMK? iii. Apakah strategi yang di gunakan oleh sekolah ini dalam meningkatkan interaksi sosial pelajar pelbagai etnik ini?

Isu kajian: Interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di SMK

Page 60: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 50 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

sahaja pekara, termasuklah yang bersifat abstrak (cth:kenapa adanya peningkatan

motivasi dalam seseorang individu).

Secara amnya, kesemua teori-teori yang ada dalam bidang-bidang

pendidikan (sosiologi, psikologi) ini berguna bagi menerangkan sesuatu isu atau

fenomena yang berlaku dalam sistem pendidikan, bermula daripada peringkat

pembuat dasar (Kementerian Pelajaran Malaysia), sekolah sehinggalah dalam bilik

darjah. Sebagai contoh, dalam isu kajian yang dinyatakan di atas ‘Interaksi sosial

pelajar pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan, melalui pendekatan dua

teori sosiologi ini (Teori Fungsionalisme, Teori Pilihan Rasional), isu atau fenomena

interaksi sosial pelajar di sekolah akan lebih difahami dengan lebih mendalam.

Menurut Schaefer (2009), perspektif fungsionalisme menekankan setiap bahagian

dalam masyarakat mempunyai fungsi tertentu yang harus dimainkan, agar

kestabilan dapat di kekalkan. Maka melalui pendekatan teori ini, memberi pengkaji

kefahaman, iaitu bagi memastikan interaksi pelajar dalam keadaan baik, guru dan

sekolah harus memainkan peranan masing-masing. Apabila guru tidak memainkan

peranannya khususnya untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan, atau pihak

sekolah yang kurang komited menjalankan usaha mengeratkan interaksi dan pelajar

yang tidak menunjukkan sikap positif bergaul dengan rakan berbeza etnik, maka

berlakulah disfungsi mengikut kefahaman aliran teori fungsionalisme.

Manakala, menurut teori pilihan setiap individu akan bertingkah laku

berdasarkan rasionalnya dan faedah yang bakal di perolehi hasil tingkah laku

tersebut, (Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof, 2010). Dalam kajian yang

dinyatakan di atas, pelajar memilih untuk berinteraksi dengan rakan pelbagai etnik

adalah atas pilihan sendiri, misalnya agar hubungan erat terjalin, untuk berbincang

pelajaran dan sebagainya. Selain itu, pelajar tidak berinteraksi dengan etnik lain juga

adalah atas pilihannya dan ianya mungkin disebabkan oleh sikap negatif yang

terdapat dalam diri mereka seperti prejudis, stereotaip, perbezaan budaya dan lain-

lain lagi.

Dengan ini, dapatlah dirumuskan berdasarkan sesuatu teori, ianya

menerangkan kenapa sesuatu isu atau fenomena itu berlaku. Ini kerana di

persekitaran kita, akan terdapat pelbagai isu yang perlu difahami dan dijelaskan

melalui penerangan berbentuk ilmiah, iaitu melalui penggunaan teori.

Page 61: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 51 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

3. Membantu pengkaji meramalkan sesuatu pekara

Menurut Wiersma dan Jurs (2005), selain daripada bersifat deskriptif, teori juga

berupaya meramal sesuatu keadaan. Dengan ini, sesuatu teori yang baik akan

membantu seseorang pengkaji meramal apakah keputusan yang bakal di perolehi.

Oleh itu, berdasarkan pemahaman pengkaji terhadap teori-teori yang dikuasainya,

ramalan atau andaian awal dapat di buat. Namun, menurut Amir Hasan Dawi (2006).

untuk memastikan andaian awal yang di buat terhadap sesuatu fenomena adalah

bertepatan atau sebaliknya, memerlukan satu penyelidikan untuk membuktikannya,

Berikut antara contoh-contoh teori yang digunakan untuk meramal sesuatu pekara

dalam bidang pendidikan.

Jadual 4.1: Contoh teori dan ramalan berkaitan kajian

Teori dan idea utamanya Ramalan berkaitan kajian

Teori pembelajaran Slavin

Ianya berkaitan dengan pembelajaran

kumpulan koperatif

Pembelajaran koperatif dapat

meningkatkan pencapaian pelajar.

Pembelajaran koperatif dapat

meningkatkan interaksi positif antara

pelajar.

Teori pembelajaran sosial Bandura

Pentingnya ‘modelling’ dalam

pembentukan sikap seseorang individu

Individu yang terdedah kepada

rancangan televisyen bercorak ganas

akan cenderung berkelakuan agresif di

sekolah

4. Menjana dan menghasilkan penyelidikan baru

Dengan adanya teori, pelbagai hipotesis atau andaian awal akan dibentuk terhadap

isu yang berada di pesekitaran kita. Maka, akan muncullah pelbagai kajian yang

bertitik tolak daripada konsep asas teori-teori ini. Akhirnya hasil dapatan kajian

daripada penyelidikan baru ini akan menyumbang kepada informasi baru atau

penemuan baru yang memberi manfaat kepada masyarakat. Berikut digambarkan

dua isu kajian yang berbeza, tetapi menggunakan konsep dan idea teori yang sama,

iaitu teori fungsionalisme.

Page 62: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 52 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Rajah 4.2: Contoh tiga isu kajian yang berbeza berdasarkan aliran teori fungsionalisme

Sebagai contoh, konsep asas dalam teori fungsionalisme ini bukan hanya

boleh digunakan untuk mengkaji interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di sekolah,

namun ianya boleh digunakan untuk melihat aspek-aspek lain dalam sistem

pendidikan. Sebagai contoh yang mudah, kajian diperingkat kelas untuk melihat

komitmen guru dalam melaksana Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KSSR). Jika

guru tidak berperanan sebagaimana yang diharapkan oleh pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu melaksanakan KSSR ini dengan bersungguh-

sungguh, maka matlamat KSSR mungkin tidak tercapai. Selain itu, teori

fungsionalisme ini boleh juga digunakan untuk menganalisis masalah devian atau

salah laku di sekolah. Berlakunya devian di sekolah, mungkin disebabkan sikap

sambil lewa pihak pengurusan disiplin untuk mengatasi masalah salah laku ini. Ini

menunjukkan pihak pengurusan tidak memainkan peranan yang sepatutnya dan ini

juga merupakan satu disfungsi dalam sekolah. Rumusannya, dengan hanya

memahami satu teori sebagai contoh, ianya boleh digunakan untuk membuat

beberapa penyelidikan baru, seperti yang dibincangkan di atas.

Konsep asas dalam teori fungsionalisme

Kajian untuk melihat interaksi sosial pelajar

pelbagai etnik

Kajian untuk melihat komitmen guru dalam

melaksana kurikulum baru sekolah rendah (KSSR).

Kajian untuk melihat peranan pihak pentadbiran dalam mengatasi masalah

salah laku.

AKTIVITI 4.2

Secara berpasangan, kemukakan soalan-soalan di bawah kepada rakan sekelas anda:

1. Apakah itu teori? Berikan definisinya.

Page 63: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 53 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Masalah Kajian

Setiap kajian dimulakan dengan mengenal pasti masalah untuk dikaji. Permasalahan

merujuk kepada pekara atau fenomena yang ingin dikaji dan ianya di sampaikan

dalam bentuk isu-isu yang menimbulkan persoalan-persoalan, (Amir, 2006). Dalam

bidang pendidikan, pelbagai masalah yang memerlukan kajian-kajian dilaksanakan

bagi mengenal pasti puncanya dan apabila puncanya dapat di ketahui, maka

pendekatan yang bersesuaian boleh di ambil. Menurut Creswell (2007) pula masalah

kajian adalah sesuatu pekara yang perlu rasional dan ianya perlu diselidiki.

Pada asasnya masalah kajian adalah sesuatu yang lebih kompleks,

merangkumi pelbagai isu sama ada isu positif atau sebaliknya dan ianya

memerlukan penyelidikan khusus. Menurut Amir (2006) lagi, masalah kajian bukan

hanya terhad kepada pekara yang ‘bermasalah’ sahaja atau yang bersifat negatif,

namun ianya boleh juga merangkumi aspek-aspek positif tentang sesuatu isu itu,

misalnya faktor kejayaan sesebuah sekolah.

Dalam proses mengenal pasti masalah yang bersesuaian, adalah perlu bagi

setiap individu untuk mengenal pasti dan menilai masalah kajian yang dipilih. Ini

kerana tidak semua masalah kajian tersebut sesuai untuk diuji atau sebaliknya.

Kesimpulannya, masalah kajian yang baik adalah masalah yang mengandungi

persoalan dan isu penting yang boleh dijawab serta diselesaikan melalui

penyelidikan. Maka, sebagai individu yang ingin memulakan kajian, kita seharusnya

lebih berfikiran kritis dan analitikal dalam memilih masalah kajian. Jadual berikut

menggambarkan ciri-ciri masalah kajian yang baik.

Jadual 4.2: Ciri-ciri masalah kajian yang baik

Ciri-ciri masalah kajian yang baik Penerangan

Boleh diselidiki Isu yang dipilih perlulah boleh dikaji, sesuai dan relevan.

Pengutipan data boleh dibuat untuk mengkaji isu ini.

Isu kajian penting dan menyumbang

kepada bidang pendidikan

Sesuatu isu yang ingin diselidiki perlulah menyumbang

kepada penambahbaikan dalam bidang pendidikan. Ianya

bukanlah sesuatu isu yang remeh dan tidak penting.

Masalah kajian tersebut boleh

dikembangkan

Isu kajian yang dipilih boleh dikembangkan dan dikaji

secara lebih mendalam oleh pengkaji-pengkaji akan

datang.

Page 64: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 54 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Isu kajian sesuai terhadap pengkaji Apa yang dimaksudkan sesuai dengan pengkaji adalah di

mana, isu yang dipilih perlulah pekara-pekara yang

diminati oleh pengkaji. Jika isu tersebut tidak diminati,

maka kajian tidak dapat di selesaikan dengan cepat.

Selain itu, pengkaji juga patut menimbangkan aspek lain

seperti kemahiran yang dimiliki, sumber-sumber untuk

menyiapkan kajian, kerana kesemuanya ini mempengaruhi

proses menjalankan kajian nanti

Isu kajian perlulah mempunyai nilai

‘etika’

Apa yang dimaksudkan dengan etika adalah isu yang

dikaji tidak akan memberi kesan buruk pada responden

kajian. Selain itu, isu kajian tidak boleh bertentangan

dengan etika kajian. Sebagai contoh, dalam etika kajian,

pekara yang perlu dipertimbangkan adalah aspek

kerahsiaan butiran kajian, kebenaran daripada responden

untuk menyertai kajian dan lain-lain lagi.

Sumber yang Mencetuskan Idea Memilih Masalah Kajian

Masalah kajian boleh diperolehi melalui pengalaman peribadi seseorang, isu yang

berkaitan tempat kerja, tinjauan literatur, atas nasihat badan yang memberi dana

dan sebagainya. Walau bagaimanapun, secara umumnya tidak ada satu strategi

yang paling baik untuk mengenalpasti masalah kajian. Berikut antara beberapa

sumber-sumber yang boleh mencetuskan idea dalam memilih topik atau masalah

kajian yang ingin dilaksanakan.

1. Minat dan pengalaman pengkaji

Idea untuk memilih masalah kajian mungkin juga bermula daripada rasa ingin tahu

dan minat terhadap sesuatu pekara. Selain itu, pengalaman peribadi di persekitaran

kita, sebagai contoh di tempat kerja, bilik kuliah, bilik darjah turut membantu

mencetuskan idea-idea untuk menjalankan sesuatu kajian. Seorang guru mungkin

menghadapi masalah seperti dilema pendekatan teknik pengajaran berkesan,

pengurusan kelas, pencapaian peperiksaan yang lemah, masalah disiplin dan lain-

lain lagi. Sementara pentadbir sekolah pula, mungkin berdepan dengan masalah

komunikasi dengan guru atau staf, pengurusan jadual kerja, konflik dalam kalangan

Page 65: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 55 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

pelajar dan sebagainya. Kesemuanya ini boleh mencetuskan idea untuk

menjalankan kajian.

2. Tinjauan literatur

Menurut Creswell (2007), punca atau sumber yang paling baik untuk memilih

masalah kajian adalah daripada literatur-literatur lepas. Ini kerana melalui bacaan

pada kajian lepas, akan membantu pengkaji dalam memilih isu kajian yang relevan

dan bersesuaian. Selain itu dapatan, kelemahan, kekangan serta cadangan yang

terdapat daripada karya lepas dapat membantu pengkaji dalam merangka isu kajian

yang lebih baik. Sebagai contoh, dalam mengkaji interaksi etnik di sekolah,

sememangnya terdapat kajian yang dilakukan sebelum ini, namun relevan ianya

perlu dilaksanakan, mungkin di sebabkan isu interaksi etnik ini ingin diterokai

daripada perspektif berbeza serta menggunakan teori-teori yang berbeza. Dengan

kata lain, karya-karya lepas sememangnya membantu dalam mencetuskan idea

untuk memilih masalah kajian, namun segala kelemahan atau aspek-aspek yang

belum dikaji pada karya lepas, boleh diperbaiki dalam kajian-kajian yang akan

datang.

3. Mengaplikasi teori

Setiap bidang seperti psikologi, mahupun sosiologi akan mempunyai pelbagai

rangkaian teorinya tersendiri. Maka teori-teori ini juga merupakan sumber yang

dapat memberi idea dalam memilih masalah kajian. Sebagai contoh, teori konflik

aliran Weber menyatakan punca konflik dalam hubungan, bukan hanya disebabkan

oleh faktor kelas tetapi oleh faktor-faktor lain seperti kuasa dan politik. Walaupun

teori konflik berasal daripada bidang sosiologi, tetapi ianya boleh diaplikasi dalam

pendidikan. Maka, berdasarkan teori ini, kajian boleh dibuat untuk mengenal pasti

penyebab konflik antara guru-guru di sekolah.

Page 66: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 56 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Perkaitan Teori dan Masalah Kajian

Mungkin kita kurang menyedari adanya perkaitan antara masalah yang berada

dalam di persekitaran kita dan teori yang dipelajari. Sememangnya terdapat pelbagai

teori yang dipelajari dapat menerangkan masalah yang berlaku dalam kehidupan

seharian.

Tips penting:

Cara efektif untuk memilih topik kajian atau masalah kajian yang bakal dijalankan, adalah dengan

membaca bahagian perbincangan dan kesimpulan sesuatu penyelidikan tersebut. Selain itu,

bahagian terakhir peyelidikan dalam penulisan jurnal atau disertasi kebanyakannya mempunyai

cadangan (recommendations) yang boleh membantu penyelidik untuk memilih masalah kajian

yang bersesuaian.

MARI BERFIKIR SEJENAK:

Adakah anda ingin menjadi Mak Jemah (bukan nama sebenar) atau Professor Serba Tahu (bukan nama sebenar)?

Profesor, budak-budak sekolah merokok sebab mereka seronok-seronok

Berdasarkan teori pilihan rasional, segala perlakuan individu adalah atas pilihannya sendiri. Maka salah satu penyebab pelajar merokok adalah atas pilihannya sendiri, iaitu untuk keseronokan.

AKTIVITI 4.3:

Secara berpasangan atau berkumpulan, bincangkan dan kenalpasti

beberapa isu atau masalah yang berlaku di sekeliling anda (aspek

pendidikan), sama ada berdasarkan pengalaman anda, tinjauan literatur dan

sebagainya. Bincangkan justifikasi kenapa masalah tersebut dipilih.

Page 67: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 57 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Apabila diamati perbualan antara dua watak di atas, ianya menggambarkan apabila

individu mampu menguasai teori-teori yang berkaitan dengan bidang pengajiannya,

maka adalah mudah baginya untuk menganalisis sesuatu fenomena atau masalah

berdasarkan pendekatan teori. Sebagai contoh, dalam kes perlanggaran disiplin

(merokok), sememangnya terdapat beberapa penyebab misalnya pengaruh rakan

sebaya, keluarga dan media massa. Namun terdapat juga punca gejala merokok

disebabkan sikap pelajar itu sendiri. Menurut Ritzer (2003), dalam teori pilihan

rasional, fokus utama teori adalah pelaku, di mana setiap pelaku akan mempunyai

tujuan tertentu untuk mencapai sesuatu. Pelaku juga akan memilih tingkah laku

berdasarkan rasionalnya tersendiri. Maka, teori pemilihan rasional ini melihat sikap

manusia adalah sebagai satu pilihan individu dirinya sendiri. Perkaiatan dengan kes

di atas, pelajar tersebut merokok atas pilihannya sendiri, iaitu untuk tujuan

keseronokan, dan dia tidak menghiraukan hukuman yang bakal di kenakan jika dia

ditangkap oleh pihak sekolah. Maka teori pilihan rasional (rationale choice theory),

berupaya membantu kita memahami kenapa berlakunya masalah merokok ini. Inilah

dinamakan perkaitan antara teori (teori pilihan rasional) dan masalah kajian (punca

pelajar merokok).

Cuba anda perhatikan sekeliling anda, setiap pekara yang berlaku

mempunyai penyebabnya yang tersendiri. Kadangkala penyebab berlakunya

sesuatu pekara tidak boleh diketahui dengan hanya kita memerhati dan membuat

andaian sahaja. Berkemungkinan andaian yang kita buat adalah tidak tepat atau

sebaliknya. Maka adalah perlu kajian dijalankan dengan didasari oleh teori-teori

yang bersesuaian.

Sebagai contoh, teori-teori yang ada dalam bidang sosiologi memainkan

peranan penting kerana ia menjelaskan fenomena dalam masyarakat, keadaan

persekitaran sosial agar kita lebih memahaminya secara sistematik.

“Sociological theories is a set of interrelated ideas that allow for

systematization of knowledge of the social world, the explanation of that world and

predictions about the future of the social world”( Ritzer, 2003, p. 5).

Maka, bagi memahami sesuatu fenomena sosial dalam bidang pendidikan,

teori sosiologi boleh digunakan untuk menganalisis serta memandu bakal-bakal

Page 68: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 58 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

pengkaji menjalankan kajian. Seperti dibincangkan di atas, dengan menggunakan

teori pilihan rasional (teori sosiologi), ianya dapat memberi kefahaman mengenai

masalah merokok.

Namun, terdapat juga punca pelajar merokok, disebabkan oleh masalah

pembelajaran. Apabila pelajar menghadapi masalah pembelajaran, dia tidak dapat

memenuhi matlamat kecemerlangan akademik yang telah di tetapkan oleh sekolah,

maka ini menyebabkan pelajar tersebut mengalami ketegangan, kekeliruan dan

seterusnya mendorongnya melakukan devian (merokok). Maka teori yang berupaya

menerangkan keadaan ini bukan lagi teori pilihan rasional, tetapi teori anomie. Teori

Anomie merupakan teori sosiologi yang melihat bahawa punca terjadinya sesuatu

masalah di sebabkan kekacauan norma dalam masyarakat. Kekacauan norma ini

menghasilkan ketegangan dalam masyrakat dan akhirnya pelbagai masalah lain

akan muncul, sebgai contoh devian (Azlina, 2010).

Begitu juga dengan teori-teori dalam bidang lain, seperti psikolgi, di mana

ianya boleh dikaitkan dengan isu yang terdapat dalam pendidikan. Sebagai contoh

gaya kepimpinan (autokrasi, demokrasi, laissez-faire) dan perkaitannya hasil atau

pencapaian sesuatu kumpulan yang ditadbir. Maka apabila kita memahami konsep

gaya kepimpinan ini, ianya boleh di aplikasi dalam bidang pendidikan. Sebagai

contoh, untuk melihat perkaitan gaya kepimpinan pengetua dan pencapaian

akademik pelajar.

Menurut Mohd Majid (1990), penyelidik perlu pakar dalam bidang yang dikaji.

Kepakaran adalah merangkumi penguasaan teori-teori yang wujud dalam bidang

tersebut, kerana apabila penyelidik meguasai teori bidang itu, ini akan memudahkan

proses kajiannya. Selain itu, apabila seseorang individu mahir dalam sesautu teori,

maka dia adalah seorang pengkaji yang baik, (Bogdan dan Biklen, 1998).

Kesimpulannya sebagai bakal pengkaji, adalah perlu bagi kita menguasai teori-teori

yang ada dalam sesuatu bidang kerana ianya membantu kita melaksanakan kajian

nanti.

Page 69: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 59 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Namun dalam mengaitkan teori dengan masalah kajian, adakah memadai

dengan menggunakan satu teori sahaja? Atau adakah kita boleh menggunakan lebih

daripada satu teori untuk menganalisis sesuatu masalah kajian tersebut? Pada

asasnya tiada peraturan yang menetapkan berapa banyak teori yang boleh

digunakan, namun pada kebiasaanya satu atau dua teori sudah memadai bagi

membina kerangka konseptual untuk menganalisa sesuatu masalah kajian. Sila

rujuk rajah 4.1 di atas. Kerangka konseptual ini menggunakan dua teori sosiologi

(teori pilihan rasional, teori fungsionalisme) untuk memahami masalah kajian

(interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan). Dengan

menggunakan lebih daripada satu teori, lebih membantu memahami masalah kajian

daripada dua perspektif yang berbeza.

AKTIVITI 4.4

Masih dalam kumpulan yang sama. Kenalpasti teori-teori yang

berkaitan bidang anda dan kaitkan dengan masalah kajian yang

telah kumpulan anda pilih. Berikan justifikasi kesesuaian teori yang

dipilih dan masalah kajian tersebut. Bentangkan dalam kelas untuk

mendapat maklum balas (feedback) daripada pensyarah dan rakan

sekelas anda mengenai masalah kajian anda.

MARI BERFIKIR SEBENTAR:

Apakah perkaitan cerita enam orang buta serta seekor gajah ini dengan teori dan masalah kajian?

Page 70: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 60 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Setiap teori yang diutarakan oleh ahli sosiologi, psikologi, mahupun ahli-ahli dalam

bidang lain akan mempunyai kekurangannya. Ini kerana setiap teori yang diutarakan

hanya melihat sesuatu kejadian mengikut bahagian-bahagian tertentu dan bukannya

secara holistik. Maka, kadangkala bagi memahami sesuatu masalah, ianya

memerlukan beberapa teori bagi memahaminya secara menyeluruh.

Ini seumpama seperti enam orang buta yang dibawa berjumpa seeekor gajah.

Setiap seorang terpegang bahagian yang berbeza, iaitu ekor, kaki, gading, telinga,

badan dan belalai gajah. Masing-masing mengambarkan gajah menurut bahagian

yang dipegang. Namun, hakikatnya tiada sesorang pun yang mampu memberi

gambaran yang sebenarnya mengenai gajah. Begitu juga dengan teori yang

diutarakan oleh pelbagai tokoh, di mana ia tidak dapat mentafsirkan atau

menggambarkan sesuatu fenomena secara terperinci, hanya dapat menganalisis

sesuatu fenomena itu berdasarkan sudut-sudut tertentu sahaja. Inilah limitasi atau

kelemahan sesuatu teori. Dengan ini, kadangkala untuk membantu kita memahami

masalah atau fenomena tertentu, ianya memerlukan lebih daripada satu teori.

RUMUSAN

Apa sahaja bidang sama ada sains atau sains sosial, akan melibatkan penyelidikan

bagi membuktikan sesuatu pekara, mengkaji suatu masalah/isu, menganalisis

sesuatu kejadian, membuktikan teori yang telah sedia ada atau menghasilkan teori-

teori baru. Maka, teori merupakan asas yang penting dalam membantu pengkaji

memahami sesuatu isu, fenomena atau masalah di sekeliling kita dengan lebih

terperinci dan berasas. Sememangnya terdapat perkaitan rapat antara teori dan

masalah kajian dalam sesuatu penyelidikan kuantitatif mahupun kualitatif. Tanpa

teori, agak sukar bagi kita untuk memahami sesuatu masalah kajian dengan lebih

baik dan sistematik. Maka sebagai pengkaji kita perlu menguasai teori-teori dalam

sesuatu bidang (cth: sosiologi, psikologi dan sebagainya) kerana tanpa penguasaan

yang baik mana mungkin kita dapat menganalisa sesuatu masalah kajian dengan

tepat dan analitik.

Page 71: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 61 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah ciri-ciri masalah kajian yang baik? Bincangkan.

2. Apakah masalah kajian dan apakah perkaitan teori dan masalah kajian?

Bincangkan beserta contoh bersesuaian.

RUJUKAN

Amir Hasan Dawi. (2006). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tg Malim: Quantum Books. Azlina Abdullah. (2010). Tema dan isu penyelidikan menangani gejala social pada dekad pertama abad ke 21 di Malaysia. Akademika 78 (Jan- April) 2010, pp 3- 14.Diaksesdaripadahttp://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKAD EMIKA78/akademika78%5B01%5DA4.pdf, pada 20 September 2012. Bogdgan, R.C. & Biklen, S.K. (1998). Qualitative research for education: An introduction to theory and methods. Bostan: Ally & Bacon. Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry & research design: Choosing among five approaches. Thousand Oak, California: Sage Publications. Leedy, P. D. & Ormrod, J. E. (2005). Practical Research: Planning and Design. New Jersey: Pearson Educational International and Prentice Hall. McMillan, J. H. & Schummacher, S. (2006). Research in education: Evidence based inquiry. Boston: Allyn & Bacon. Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tg Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ritzer, G. (2003). Contemporary sociological theory and its classical roots: The basics. New York: Mc Graw Hill. Schaefer, R.T. (2009). Sociology: A brief introduction. New York: Mc Graw Hill. Suter, W. N. (1998). Primer of Educational Research.Boston: Ally And Bacon.

Page 72: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 62 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

Wiersma, W. (1986). Research methods in education: An introduction. Boston: Ally & Bacon. Wiersma, W. & Jurs, S.G. (2005). Research methods in education: An introduction. Boston: Ally & Bacon. Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. (2010). Ethnic boundary among students in malaysian primary schools and social interaction: A conceptual framework. Procedia Social and Behavioral Sciences 7(C), pp 82–91.

Page 73: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 63 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

UNIT 5

TINJAUAN LITERATUR

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Mengetahui kepentingan tinjauan literatur dalam penyelidikan

2. Mengenalpasti sumber primer dan sekunder kajian literatur

3. Menilai secara kritikal tinjauan literatur

4. Menjalankan tinjauan literatur

PETA KONSEP

PENGENALAN

Unit ini menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan tinjauan literatur dalam

penyelidikan, perbezaan tinjauan literatur kuantitatif dan kualitatif serta langkah-

langkah yang perlu diambil kira semasa mengendalikan tinjauan literatur.

Tinjauan Literatur

Apa itu tinjauan literatur?

PerbezaanTinjauan Literatur

Langkah‐langkah mengendalikan tinjauan literatur

Page 74: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 64 Unit 5 Tinjauan Literatur

ISI KANDUNGAN

Apa itu Tinjauan Literatur?

Tinjauan literatur merupakan ringkasan atau ulasan dari artikel jurnal, buku,

prosiding dan lain dokumen yang menjelaskan makumat lepas dan terkini berkaitan

yang diperlukan bagi kajian yang dicadangkan. Proses in juga bertujuan mengenal

pasti samada sesuatu kajian yang hendak dijalankan pernah dilakukan oleh

penyelidik lain sebelum ini. Di samping itu juga, tinjauan literatur dibuat bertujuan:

1. Memperjelaskan masalah kajian

2. Melihat justifikasi masalah yang dikaji

3. Mengenal pasti kaedah kajian yang akan digunakan

4. Mengenalpasti teori atau dapatan kajian lepas

5. Membina hipotesis kajian

6. Mempelajari pengetahuan baru

Perbezaan Tinjauan Literatur Kuantitatif dengan Tinjauan

Literatur Kualitatif

Jadual 5.1: Perbezaan antara tinjauan literatur kuantitatif dengan literatur kualitatif

Perbezaan Penyelidikan kuantitatif

Penyelidikan kualitatif

Jumlah literatur yang dirujuk di permulaan kajian

Banyak dan menyeluruh Minima dan hanya sekadar yang diperlukan

Kegunaan literatur di awal kajian

Hanya yang diperlukan sahaja dalam kajian

Menyediakan rasional kepada kajian (i.e. matlamat kajian dan persoalan kajian atau hipotesis)

Hanya yang diperlukan sahaja dalam kajian

Kegunaan literatur di akhir kajian

Menyokong atau menolak pernyataan yang telah dibuat dalam kajian literatur sebelum ini

Menyokong atau mengubahsuai dapatan dalam kajian literatur

Page 75: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 65 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Langkah-langkah dalam mengendalikan tinjauan literatur 1. Kenalpasti kata kunci yang digunakan dalam kajian.

2. Dapatkan sumber lokasi bahan literatur dengan merujuk pelbagai bahan serta

pengkalan data.

3. Mengumpul dan menilai secara kritikal bahan literatur yang dipilih untuk kajian.

4. Membuat ringkaskan atau nota ringkas literatur yang telah dikenal pasti.

5. Menulis kajian literatur.

(Creswell, 2008)

1) Kenalpasti kata kunci yang digunakan dalam kajian.

Mulakan tinjauan literatur dengan mengenal pasti beberapa kata kunci topik

kajian. Pemilihan kata kunci perlu dibuat dengan teliti bagi memudahkan

pencarian literatur di perpustakaan atau pencarian di internet. Berikut adalah

beberapa strategi bagi mengenal pasti kata kunci yang sesuai:

a) Tuliskan tajuk-tajuk utama dalam kajian dan pilih dua atau tiga kata kunci

yang merupakan idea utama kajian.

b) Tuliskan secara umum persoalan kajian yang hendak dijawab. Pilih dua atau

tiga perkataan dalam persoalan ini yang benar-benar menjurus kepada

matlamat utama kajian.

c) Gunakan perkataan, istilah-istilah atau ayat-ayat yang telah digunakan oleh

penyelidik lain penyelidikan mereka sebagai kata kunci untuk memulakan

pencarian literatur.

d) Rujuk katalog istilah bagi mendapatkan perkataan yang sesuai dengan topik

kajian. Lawati pengkalan data seperti Education Resources Information

Center (ERIC) atau EBSCO Information Servives serta yang terdapat di kolej

atau universiti untuk mencari artikel yang sesuai.

Page 76: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 66 Unit 5 Tinjauan Literatur

Rajah 5.1: Laman web ERIC

e) Semak isi kandungan jurnal di rak buku dalam perpustakaan kolej atau

universiti dan lihat kata kunci tajuk pada setiap artikel.

2) Dapatkan sumber lokasi bahan literatur dengan merujuk pelbagai bahan

serta pengkalan data termasuk internet.

Setelah memperolehi istilah yang dikehendaki, proses pencarian literatur yang

sesuai boleh dimulakan.

a) Gunakan kedua-dua sumber primer dan sekunder

Kajian literatur selalunya mengandungi kedua-dua sumber primer dan

sekunder. Sumber primer literatur mengandungi kajian yang ditulis oleh

penyelidik yang melakukan sendiri penyelidikan tersebut atau yang

mencetuskan sendiri idea berkenaan. Artikel dari jurnal merupakan salah satu

contoh sumber primer. Manakala sumber sekunder literatur pula,

merupakan literatur yang merumuskan sumber utama. Ianya bukan

merupakan bahan utama dari penyelidik asal atau pencetus idea asal. Antara

sumber sekunder adalah ensklopedia, buku panduan dan ulasan jurnal.

Page 77: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 67 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

b) Carian menggunakan pelbagai sumber literatur

Sumber Literatur Kandungan

Jurnal Rujukan utama yang baik dan terkini.

Buku Prinsip, teori, konsep dan penyelidikan lepas.

Ensklopedia Menjadi rujukan awal penyelidik yang mempunyai pengetahuan

yang terhad dalam sesuatu bidang.

Kamus dan Glossari Mengandungi banyak istilah semasa.

Buku Panduan Memberi panduan kepada penyelidik terutama buku panduan

yang membincangkan topik-topik berkaitan penyelidikan.

Pengkalan Data Mempunyai pelbagai sumber artikel jurnal yang mudah diperolehi

terutama pengkalan data elektronik seperti ERIC dan EBSCO.

Tesis atau Disertasi Laporan kajian pelajar di peringkat Sarjana dan PhD.

Prosiding Seminar Kertas kerja berdasarkan kajian yang dibentangkan di seminar.

Sumber Internet Artikel terkini yang boleh menjadi rujukan awal penyelidik.

Rajah 5.2: Sumber literatur

3) Mengumpul dan menilai secara kritikal bahan literatur yang dipilih untuk

kajian.

Setiap literatur yang telah dikenal pasti, tidak semestinya datang dari sumber

yang baik dan sesuai dengan penyelidikan yang hendak dibuat. Oleh itu

penyelidik perlu melihat kembali kesesuaian kajian literatur yang telah diperolehi.

a) Adakah sumber baik dan tepat?

Antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa pemilihan literatur adalah

AKTIVITI 5.1 Selain daripada sumber literatur yang disenaraikan seperti di atas, apakah lagi sumber lain yang boleh membantu anda di dalam menjalankan tinjauan literatur. Sila bincangkan.

Page 78: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 68 Unit 5 Tinjauan Literatur

i) Dapat sumber dari artikel jurnal yang telah diterbitkan terutama yang

mempunyai sidang editor dan dinilai secara kritikal sebelum boleh

diterbitkan.

ii) Pilih sumber mengikut keutamaan bermula dengan artikel jurnal berwasit

(refereed journal), artikel jurnal yang tidak berwasit (nonrefereed journal)

buku, disertasi dan tesis dan kertas persidangan.

iii) Mengabungkan sumber dari kajian kualitatif dan kuantitatif.

b) Adakah sumber sesuai?

Berikut adalah kriteria yang perlu diambilkira semasa memilih literatur untuk

digunakan:

i) Topik ada kaitan atau sama dengan cadangan penyelidikan yang hendak

dibuat.

ii) Sampel kajian dan lokasi kajian relevan.

iii) Masalah dan persoalan kajian relevan.

iv) Capaian yang relevan.

4) Membuat ringkaskan atau nota ringkas literatur yang telah dikenal pasti.

Proses ini melibatkan membuat salinan, memuat turun, pengumpulan serta

membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas, dan membentuk

pemetaan literatur.

a) Membuat salinan, memuat turun dan pengumpulan

Selepas mengenal pasti sumber literatur samada buku, jurnal serta lain-lain

dokumen, proses berikut adalah melibatkan kerja-kerja membuat salinan atau

mencetak bahan yang telah dikenal pasti oleh penyelidik. Meletakkan bahan

ke dalam fail mengikut abjad merupakan salah satu kaedah mudah bagi

mengurus maklumat atau bahan. Selain dari itu, bahan tersebut juga boleh

dikumpulkan mengikut topik, kata kunci atau sumber diperolehi bagi

memudahkan pencarian kelak.

Page 79: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 69 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

b) Membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas

Semasa proses membaca sumber literatur, penyelidik akan membuat nota

ringkas serta rumusan bertujuan mengenal pasti idea penting yang di

tampilkan dalam bahan atau artikel tersebut. Antara perkara yang perlu diberi

perhatian adalah (a) persoalan kajian yang dikemukakan, (b) pengumpulan

data, dan (c) dapatan penyelidikan.

c) Membentuk pemetaan literatur

Semasa proses membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas,

penyelidik akan mula memahami kandungan tinjauan literatur dan seterusnya

boleh melihat gambaran konseptual yang akan membantu dalam membentuk

pemetaan literatur. Pemetaan literatur adalah gambarajah atau lukisan yang

menunjukkan perkaitan kandungan literatur yang telah dikenal pasti dengan

topik-topik penyelidikan.

Rajah 5.3: Pemetaan literatur diadaptasi daripada http://m-gordon.blogspot.com

/2012/02/literature-map.html.

Page 80: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 70 Unit 5 Tinjauan Literatur

5) Menulis tinjauan literatur.

Penulisan tinjauan literatur meliputi penulisan rujukan literatur serta format

penulisan yang sesuai.

a) Penulisan rujukan

Mengikut The Publication Manual ofThe American Psychological Association

edisi ke 6 (APA 6th), terdapat 3 cara dalam penulisan rujukan iaitu; (i) rujukan

di penghujung teks, (ii) rujukan di dalam teks, dan (iii) judul.

i) Rujukan di penghujung teks

Merupakan senarai rujukan yang digunakan dalam penyelidikan. Contoh

penulisan rujukan mengikut format APA.

Jurnal

Kertas persidangan

Buku

ii) Rujukan di dalam teks

Merupakan cara penulisan rujukan yang ringkas serta member

penghormatan kepada penulis asal.

Merujuk kepada seorang penulis

Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations (5thed.). New York: Free Press.

Wangpipatwong, S. (2008). Student perception and intention to use e-learning: A full online course perspective. In K. McFerrin et al. (Eds), Proceeding of Society for Information Technology & Teacher Education International Conference 2008, 791-797.

Pena-Shaff, J., Altman, W., & Stephenson, H. (2005). Asynchronous online discussions as tool for learning: Students’ attitudes, expectation, and perceptions. Journal of Interactive Learning Research, 16(4).409-430.

Page 81: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 71 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Merujuk kepada beberapa orang penulis

Merujuk kepada beberapa sumber oleh penulis yang berbeza

iii) Judul

Dalam penulisan literatur, jumlah judul serta subjudul penting dalam

membantu pembaca memahami sesuatu penyelidikan. Manakala

pemeringkatan judul pula bergantung kepada jumlah judul dan subjudul

dalam sesuatu tinjauan literatur. Kebanyakan penulisan tinjauan literatur

hanya mempunyai dua atau tiga judul.

Rajah 5.4: Contoh aras judul pertama, kedua dan ketiga mengikut format APA 6th.

Kajian tahap kesediaan guru (Siti Salbiah, 2010;Nor Hafiza Azne, 2010;

Akma Nurashikin et al., 2011;Shamsuddin, 2011) mendapati....

Mohd Izham, Saiful, dan Rusnah (2007) telah menjalankan kajian untuk

melihat kesan atau hubungan kepimpinan teknologi dengan pentadbiran

Bheam (2006) mengkaji tentang perspektif pentadbir sekolah terhadap

peranan mereka....

Page 82: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 72 Unit 5 Tinjauan Literatur

b) Format penulisan

Semasa menulis tinjauan literatur, terdapat beberapa elemen tambahan yang

perlu diberi perhatian: keluasan tinjauan, jenis tinjauan, dan rumusan

pernyataan tinjauan literatur.

i) Keluasan tinjauan literatur

Sebenarnya tidak ada jawapan yang khusus tentang jumlah bilangan

perkataan bagi sesuatu tinjauan literatur. Namun apa yang penting ialah

tinjauan literatur tersebut hendaklah meliputi keseluruhan rangka kerja

penyelidikan dan juga isu yang dibangkitkan dalam permasalahan

penyelidikan.

ii) Jenis tinjauan literatur

Terdapat dua jenis model yang digunakan dalam tinjauan literatur iaitu

bertema di mana penyelidik akan menulis secara ringkas bahan bacaan

yang berkaitan berdasarkan tema yang telah dikenal pasti dalam tinjauan

literatur yang telah dibuat seperti contoh di bawah:

Manakala mengikut kajian demi kajian penulisan tinjauan literatur akan

memperincikan setiap kajian yang telah dikumpul mengikut tema yang

telah disusun dan diringkaskan mengikut subtopik seperti contoh di

bawah:

Sikap guru adalah salah satu daripada faktor yang mempengaruhi penerimaan

teknologi. Davis (1989) dan Mc Donald (2004) mendapati bahawa penerimaan guru

dipengaruhi oleh aspek, sejauh mana kepercayaan mereka terhadap kelebihan

teknologi itu melebihi daripada teknologi yang sedia ada, keserasian dengan

amalan-amalan biasa, kebergunaanya dan mudah. Manakala Becker dan Watt

(1996) mendapati bahawa guru sukar mengubah gaya PdP dan ianya disokong oleh

Arbaat (2008), yang mendapati guru tidak berani mengambil risiko, takut untuk

mencuba inovasi.

Page 83: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 73 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

iii) Rumusan pernyataan tinjauan literatur

Dalam tinjauan literatur, rumusan hendaklah berfokus kepada kesimpulan

idea utama yang telah dikenalpasti, dibincangkan dan dirujuk. Sekiranya

perbincangan dalam tinjauan literatur telah dibuat berdasarkan tema-tema

yang telah dikenal pasti, maka rumusan setiap tema perlulah dibuat.

RUMUSAN

Tinjauan literatur merupakan salah satu komponen yang penting dalam

penyelidikan. Di samping memberi maklumat yang betul berkaitan topik yang dikaji,

ianya juga membantu di dalam mengenal pasti permasalah kajian, teori dan model

AKTIVITI 5.2 Dengan merujuk kepada laman web https://owl.english.purdue.edu/owl/, Sila dapatkan bentuk penulisan rujukan di penghujung teks bagi jenis rujukan berikut:

sumber elektronik senarai penulis yang melebihi tujuh orang dua atau lebih artikel atau buku oleh penulis yang sama

Kajian Noraini (2012) mendapati kekerapan Guru Perpustakaan Media (GPM)

menggunakan bahan video daripada EduwebTV sebagai bahan untuk set induksi,

pengembangan pembelajaran, penilaian dan aktiviti pengayaan adalah pada

tahap rendah. Ini di sebabkan GPM tidak kreatif dalam memilih, menyunting dan

membina semula bahan pengajaran daripada bahan-bahan sedia ada dalam

EduwebTV. Kajian beliau juga mendapati 72.4% daripada GPM yang dikaji,

kurang berpengetahuan untuk mengubahsuai bahan sumber daripada Internet

mengikut kreativiti sendiri. Manakala kajian oleh Sulaiman dan Azizah (2008)

juga mendapati bahawa bahan sahaja tidak dapat menentukan kejayaan

penggunaanya…

Page 84: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 74 Unit 5 Tinjauan Literatur

kajian, metodologi serta menjadi panduan dalam membuat perbincangan hasil

dapatan dan rumusan kajian.

PENILAIAN KENDIRI

1. Mengapakah tinjauan literatur penting dalam menjalankan penyelidikan?

2. Apakah perbezaan antara sumber primer dan sumber sekunder?

3. Apakah langkah yang perlu diambil dalam mengenalpasti sumber literatur

yang baik dalam penyelidikan?

RUJUKAN

American Psychological Association (2010). Publication manual of the American Psychological Association (6th ed.). Washington: Author.

Creswell, W. J. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating

Quantitative and Qualitative Research (3rded). New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Kumar, J. (2005). Research Methodology: A Step-By-Step Guide for Beginners (2nd

ed). London: SAGE Publications. Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

Page 85: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 75 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

UNIT 6

PERSAMPELAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

1. Menjelaskan maksud populasi dan sampel.

2. Membincangkan jenis persampelan dengan memberi contoh-

contoh yang sesuai.

3. Menghuraikan kaedah menganggarkan serta mendapatkan

sampel kajian.

PETA KONSEP

Persampelan

Jenis-jenis

Persampelan

Kaedah

Mendapatkan Sampel

Menganggar Saiz Sampel

Persampelan Rawak

Persampelan Bukan

Rawak

Page 86: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 76 Unit 6 Persampelan

PENGENALAN

Unit ini menjelaskan kepada pelajar perbezaan antara populasi dan sampel serta

jenis-jenis persampelan dan bagaimana membuat anggaran bagi mendapatkan

sampel sesuatu kajian.

ISI KANDUNGAN

Apakah itu Populasi dan Sampel?

Populasi merupakan satu kumpulan atau kelompok individu yang menarik minat

penyelidik serta mempunyai ciri atau sifat yang sama, di mana hasil daripada

dapatan kajian membolehkan generalisasi dibuat (Gay & Airasian, 2003). Manakala

sampel adalah sejumlah individu atau elemen dari populasi (kumpulan besar) yang

diperlukan dalam sesuatu penyelidikan yang merupakan asas bagi membuat

anggaran.

Sebagai contoh, jika penyelidik ingin menganggarkan purata pendapatan

sebuah keluarga di dalam sebuah bandar. Maka terdapat dua kaedah untuk berbuat

demikian. Pertama, penyelidik mendapatkan maklumat tentang jumlah pendapatan

setiap keluarga yang tinggal di dalam bandar, menjumlahkannya dan

membahagikannya dengan jumlah keseluruhan keluarga dalam bandar bagi

mendapatkan purata pendapatan. Manakala kaedah kedua, dengan memilih

sebahagian daripada keluarga di dalam bandar tersebut, mendapatkan maklumat

tentang pendapatan mereka, menjumlahkannya dan seterusnya membahagikan

dengan jumlah keluarga yang dipilih bagi mendapatkan angggaran purata

pendapatan sebuah keluarga. Kaitan antara populasi dan sampel ditunjukan dalam

rajah di bawah.

Page 87: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 77 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Rajah 6.1: Konsep persampelan

Terdapat kelebihan dan kelemahan dalam penggunaan sampel di dalam

kajian. Kelebihannya ialah, masa, tenaga dan kos boleh dikurangkan. Manakala,

kelemahannya ialah data yang diperolehi hanya anggaran dan andaian berdasarkan

sampel yang dipilih.

Rekabentuk Persampelan

Pemilihan sampel adalah langkah yang penting terutama dalam menjalankan

penyelidikan quantitatif. Sampel yang baik merupakan sampel yang benar-benar

dapat mewakili populasi yang dipilih. Langkah membuat persampelan adalah seperti

berikut:

Mengenal pasti populasi;

menentukan saiz sampel yang diperlukan; dan

memilih sampel.

Populasi  

Sampel 

Sampel Beberapa sampel dipilih dari jumlah

populasi kajian

Maklumat dari sampel dikutip bagi menjawab

persoalan kajian

Page 88: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 78 Unit 6 Persampelan

Jenis-jenis persampelan

Persampelan Rawak

Persampelan rawak merujuk kepada kaedah persampelan yang memastikan setiap

elemen dalam populasi mempunyai peluang yang sama dan bebas sebagai sampel

kajian. Peluang yang sama adalah merujuk kepada pemilihan elemen dari populasi

sebagai sampel yang tidak dipengaruhi oleh faktor lain seperti perasaan peribadi.

Manakala konsep bebas bermaksud pemilihan satu elemen tidak bergantung

kepada pilihan elemen lain dalam sampel. Di mana pemilihan atau penyingsihan

sesuatu elemen tidak ada kesan terhadap pemilihan dan penyisihan elemen yang

lain.

Terdapat empat jenis persampelan rawak yang biasa.

1. Persampelan Rawak Mudah - Merupakan kaedah persampelan yang kerap

digunakan. Persampelan ini menggunakan kaedah undian dimana setiap individu

dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Misalnya, terdapat

60 pelajar dalam sebuah kelas, dan nomborkan setiap pelajar dengan nombor 1

hingga 60. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan persampelan mudah

untuk mendapat 20 sampel dari populasi maka kaedah fishbowl atau program

Jenis-jenis Persampelan

Persampelan Rawak

Persampelan Bukan Rawak

Mudah

Berlapis

Sistematik

Mudah

Sengaja

Kuota

Bola salji

Kelompok

Page 89: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 79 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

komputer boleh digunakan untuk mendapatkan 20 orang pelajar sebagai sampel.

Langkah-langkah pesampelan rawak mudah adalah seperti di bawah:

2. Persampelan Rawak Berlapis - Kaedah persampelan ini sesuai digunakan bagi

populasi yang tidak seragam (heterogenous). Ianya juga sesuai jika penyelidik

ingin membuat perbandingan di antara sub-populasi. Dalam memilih sampel bagi

mewakili lapisan-lapisan yang wujud dalam populasi, kaedah rawak mudah tidak

sesuai digunakan kerana sampel rawak mudah tidak mewakili lapisan-lapisan

yang wujud dalam populasi. Sebagai contoh, penyelidik akan menentukan

lapisan atau kelompok yang ingin dikaji.

3. Persampelan Rawak Bersistematik - Persempelan jenis ini sesuai digunakan

jika rekabentuk penyelidikan tidak menjadikan strata populasi sebagai pemboleh

ubah bebas. Teknik ini agak mudah dan ringkas di mana penyelidik yang ingin

mengambil sampel 50 keluarga dari 200 keluarga yang terdapat di dalam

sesuatu kawasan hanya perlu memilih sampel setiap selang 4 keluarga

(200/50=4).

Langkah 1: Kenal pasti jumlah elemen atau sampel dalam populasi Langkah 2: Tentukan saiz sampel Langkah 3: Pilih samada menggunakan kaedah fishbowl draw, jadual nombor

rawak atau menggunakan program komputer.

Langkah 1: Kenal pasti lapisan atau kelompok yang hendak dikaji Langkah 2: Tentukan strata yang anda ingin di strata dalam populasi Langkah 3: Tentukan nisbah sampel yang mewakili setiap kelompok Langkah 4: Mengambil sampel secara rawak berdasarkan nisbah yang telah

ditentukan.

Langkah 1: Kenal pasti jumlah semua elemen atau sampel dalam populasi Langkah 2: Tentukan saiz sampel Langkah 3: Pilih samada menggunakan kaedah fishbowl draw, jadual nombor

rawak atau menggunakan program komputer.

Page 90: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 80 Unit 6 Persampelan

4. Persampelan Rawak Kelompok - Persampelan ini sesuai jika elemen-elemen

yang terdapat di dalam populasi adalah berselerak (homogeneous) semasa

kajian dijalankan. Persampelan ini berdasarkan keupayaan penyelidik

membahagikan populasi sampel mengikut kelompok kemudian memilih elemen

untuk setiap kelompok menggunakan persampelan rawak mudah. Kelompok

boleh dibentuk berdasarkan geographical proximity atau ciri-ciri kesamaan yang

mempunyai kolerasi dengan variable kajian.

Kaedah Mendapat Sampel Secara Rawak

Terdapat tiga kaedah yang biasa digunakan dalam mendapatkan sampel secara

rawak iaitu:

1. Fishbowl draw – sekiranya populasi kecil, kaedah yang mudah ialah dengan

menomborkan setiap individu, memasukan kertas nombor yang mewakili individu

ke dalam kotak dan seterusnya tanpa melihat ke dalam kotak, ambil kertas

bernombor mengikut jumlah saiz sampel yang telah ditetapkan. Kaedah ini

menyerupai cabutan nombor bertuah.

2. Program komputer – terdapat pelbagai program komputer yang buat khusus

untuk membantu penyelidik di dalam memilih sampel secara rawak.

3. Jadual nombor rawak – kebanyakan buku kaedah penyelidikan atau statistik

mempunyai jadual nombor rawak. Penyelidik boleh memilih sampel dengan

menggunakan jadual ini seperti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Kenal pasti kelompok yang berbeza dari populasi. Langkah 2: Asing setiap elemen ke dalam setiap kelompok. Langkah 3: Nomborkan setiap elemen dalam setiap kelompok secara

berasingan. Langkah 4: Tentukan jumlah sampel. Langkah 5: Pilih sampel bagi setiap kelompok.

Page 91: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 81 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Rajah 6.2: Sebahagian dari Jadual Nombor Rawak

Persampelan Bukan Rawak

Persampelan bukan rawak hanya terhad kepada penyelididikan kualitatif. Manaka

pemilihan sampel jenis ini lebih tertumpu kepada sampel yang telah dikenal pasti

berdasarkan ciri-ciri yang tertentu.

AKTIVITI 6.1 Dengan menjadikan baris 4 pada contoh Jadual Nombor Rawak sebagai rujukan, apakah antara nombor-nombor sampel yang akan dipilih sekiranya jumlah populasi bagi sesuatu kajian terdiri daripada 50 orang pelajar sekolah rendah.

Langkah 1: Kenal pasti jumlah sampel dalam populasi kajian seperti 50, 120 atau 450.

Langkah 2: Nomborkan setiap elemen bermula dengan nombor 1. Langkah 3: Pilih lajur atau baris pada jadual yang akan menjadi titik permulaan.

Mulakan dari titik permulaan tadi bagi mendapatkan nombor yang akan dijadikan sampel kajian berdasarkan saiz sampel yang telah dikenalpasti.

Langkah 4: Sekiranya nombor yang sama berulang teruskan ke nombor yang berikutnya.

Jadual Nombor Rawak

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 2 13 44 91 39 85 22 33 04 29 52 3 52 34 06 12 45 65 81 26 86 33 4 38 27 76 89 90 43 09 45 64 93 5 47 47 55 78 33 24 21 36 87 41 6 50 08 45 67 82 31 41 65 13 17 7 47 09 10 45 38 72 96 17 52 19 8 50 35 57 62 69 05 78 17 29 33 9 33 66 90 75 11 26 55 72 92 54 10 56 43 67 09 16 70 15 51 44 56 11 89 23 56 73 56 09 03 55 88 53 12 07 99 54 76 82 65 87 13 42 22 13 62 24 56 78 90 12 42 71 54 81

Page 92: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 82 Unit 6 Persampelan

1. Persampelan Mudah (Convenience) – Persampelan jenis ini adalah

berdasarkan kepada kebolehpercapaian data yang difikirkan mudah oleh

penyelidik. Persampelan ini juga dikenali dengan persampelan secara kebetulan

atau persampelan kesediaan. Sebagai contoh, penyelidik ingin mendapatkan

pandangan peserta sesuatu seminar, penyelidik hanya akan menemubual

peserta yang berada hampir dengannya bagi mendapatkan maklumbalas

mereka.

2. Persampelan Sengaja (Purposive) – Pemilihan sampel jenis ini adalah

berdasarkan ciri-ciri tertentu seperti peranan atau pengetahuan. Penyelidik perlu

mengenal pasti subjek yang benar-benar mempunyai peranan atau pengetahuan

yang dapat membantu dalam menjawab persoalan kajian. Persampelan jenis ini

digunakan bagi mendapat maklumat tentang sejarah, menerangkan fenomena

dan membina sesuatu yang tidak ramai mengetahuinya.

3. Persampelan Kuota (Quota) – Kaedah persampelan ini digunakan jika

penyelidik tidak dapat menggunakan reka bentuk persampelan rawak berlapis

tetapi masih perlu mendapatkan sampel bagi mewakili sesuatu populasi. Sebagai

contoh, jika penyelidik ingin mendapatkan 20 orang pelajar lelaki sebagai sampel

bagi mendapat umur purata, penyelidik hanya perlu berdiri di hadapan pintu

kelas (mengikut keselesaan) dan apabila ada pelajar lelaki yang melalui hadapan

pintu kelas, penyelidik akan bertanyakan umur setiap mereka dan proses ini

berterusan sehingga jumlah sampel yang dikehendaki diperolehi.

4. Persampelan Bola Salji (Snowball) – Merupakan kaedah persampelan yang

melibatkan perhubungan. Ianya dimulakan dengan mendapatkan maklumat dari

beberapa individu atau organisasi. Kemudian meminta sampel tadi

mencadangkan individu dalam kumpulan atau organisasi mereka untuk dijadikan

sampel dan proses ini tersebut diteruskan sehingga penyelidik memperolehi

sampel yang mencukupi.

Page 93: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 83 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Rajah 6.4: Kaedah Persampelan Bola Salji

Menganggarkan Saiz Sampel

Saiz sampel merupakan salah satu perkara yang penting di dalam menjalankan

penyelidikan. Jika sampel terlalu besar ianya akan menyukarkan penyelidik

menjalankan kajian serta memakan masa yang lama dan kos yang tinggi. Sekiranya

sampel terlalu kecil, ianya juga memberi kesan terhadap analisis statistik dan

kesahan sampel yang mewakili populasi.

Terdapat beberapa kaedah penentuan saiz sampel antaranya Gay dan Airasian

(2006) mengemukakan panduan saiz berasaskan aras keyakinan pada 95 peratus

iaitu:

1. Bagi saiz populasi kecil (N<100), semua ahli populasi menjadi sampel.

2. Bagi saiz populasi 400-600, 50 peratus daripada ahli populasi menjadi

sampel.

3. Bagi saiz populasi sekitar 1500, 20 peratus daripada ahli populasi menjadi

sampel.

4. Bagi saiz populasi melebihi 5000, 10 peratus daripada ahli populasi menjadi

sampel.

Menurut Krejcie dan Morgan (1970) pula, penentuan saiz sampel boleh ditentukan

berdasarkan jadual penentuan saiz sampel seperti di bawah.

Berdasarkan panduan Gay dan Airasian (2006), sekiranya bilangan populasi

sekitar 1600 orang, maka 20% (320) harus dijadikan sampel.

Kaedah persampelan bola salji

Page 94: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 84 Unit 6 Persampelan

N – saiz populasi, S – saiz sampel

Rajah 6.4: Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970)

Langkah 1: Kenal pasti jumlah populasi kajian (N) contohnya 500. Langkah 2: Dapatkan nilai N = 500 dalam jadual. Langkah 3: Oleh itu saiz sampel (S) adalah 217.

Page 95: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 85 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Krejcie dan Morgan (1970) turut menghasilkan formula pengiraan saiz sampel seperti berikut:

s = saiz sampel yang diperlukan N = saiz populasi P = nisbah populasi d = darjah ketepatan (0.05) χ2= nilai chi-square daripada jadual pada darjah kebebasan 1 iaitu 3.841

Dengan menggunakan formula di atas, sekiranya saiz populasi ialah 5364 maka saiz sample yang diperlukan adalah:

Saiz sampel = 3.841 x 5364 x 0.5 (1 - 0.5)____ 0.052 (5364 -1) + 3.841 * 0.5(1-0.5)

= 3.841 x 5364 x 0.5 (1 - 0.5)____

0.052 (5364 -1) + 3.841 * 0.5(1-0.5)

= 5150.78__ 14.37

= 359

AKTIVITI 6.2 Sekiranya jumlah populasi kajian anda ialah 420 orang, sila anggarkan jumlah sampel kajian menggunakan kaedah: 1. Gay dan Airasian (2006),

2. Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970), dan 3. Formula pengiraan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970).

Page 96: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 86 Unit 6 Persampelan

RUMUSAN

Pemilihan sampel dari sesuatu populasi amat penting bagi memastikan sampel yang

dipilih benar-benar mencerminkan populasi. Di samping itu juga, pemilihan sampel

akan dapat menjimatkan masa, tenaga serta mengurangka n kos penyelidikan.

Terdapat dua kaedah persampelan iaitu persampelan rawak yang memberi peluang

yang sama bagi setiap elemen untuk dipilih manakala persampelan bukan rawak

pula melibatkan pemilihan sampel yang telah dikenal pasti berdasarkan ciri-ciri yang

telah dikenal pasti.

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah itu populasi dan sampel?

2. Apakah kelebihan menggunakan sampel dalam sesuatu pernyelidikan?

3. Apakah perbezaan di antara persampelan rawak dan persampelan bukan rawak?

RUJUKAN

Creswell, W. J. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (3rd ed). New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Khalid Johari (2004). Penyelidikan Dalam Pendidikan: Konsep & Prosedur. Kuala

Lumpur: Pearson Prentice Hall.

Kumar, J. (2005). Research Methodology: A Step-By-Step Guide for Beginners (2nd ed). London: SAGE Publications.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

Page 97: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 87 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

UNIT 7

PARADIGMA DAN KAEDAH KAJIAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bab ini, anda diharapkan dapat:

1. Memberi definisi paradigma dan berupaya menghubung kait paradigma

dengan kaedah kajian.

2. Menyatakan ciri-ciri kaedah kajian kuantitatif, jenis-jenisnya dan

membuat perbandingan antara satu sama lain.

3. Menyatakan ciri-ciri kaedah kajian kualitatif, jenis-jenisnya dan membuat

perbandingan antara satu sama lain.

4. Membanding beza dua kaedah kajian (kaedah kuantitatif dan kaedah

kualitatif).

5. Mengaplikasi salah satu kaedah kaedah yang bersesuaian (kuantitatif

atau kualitatif) dengan masalah kajian dan berupaya memberi justifikasi

terhadap pemilihan tersebut.

PETA KONSEP

Paradigma & Kaedah kajian

Paradigma kajian

Positivisme Interpretivisme

Kaedah kajian

Kuantitatif Kualitatif

Page 98: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 88 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

PENGENALAN

Dalam unit ini, beberapa aspek asas seperti dua paradigma iaitu positivisme dan

interpretivisme dan perkaitannya dengan kajian akan dibincangkan secara ringkas.

Penerangan mengenai kaedah kajian kuantitatif, kualitatif dan perbandingan antara

kedua-duanya turut dimuatkan dalam unit ini. Selain itu, turut dibincangkan

beberapa jenis rekabentuk bagi kajian kuantitatif dan rekabentuk bagi kajian

kualitatif, agar ianya membantu bakal-bakal pengkaji membuat pilihan rekabentuk

kaedah kajian yang bersesuaian dengan masalah kajian yang ingin dilaksanakan

nanti.

ISI KANDUNGAN

Paradigma dalam Kajian (Penyelidikan)

Apakah paradigma dan adakah ianya penting? Mukherji dan Albon (2010)

mendefinisikan paradigma sebagai satu set kepercayaan mengenai sesuatu isu

yang berlaku di sekeliling dan memerlukan pendekatan bagaimana isu tersebut

boleh diselidiki. Manakala menurut Basit (2010) paradigma adalah model,

perspektif atau rangka konsep yang membantu kita untuk mengorganisasi

pemikiran, kepercayaan, pandangan dan amalan kita dalam menghasilkan

penyelidikan. Menurut Bogdan dan Biklen (1998), ‘paradigm is a loose collection of

logically related assumption, concepts and preposition that orient thinking and

research’. Maka dapat dirumuskan paradigma adalah sebagai suatu bentuk

pemikiran kita dalam melihat isu-isu di persekitaran dan ianya mempengaruhi

bagaimana kita menganalisis isu tersebut. Ianya juga merupakan penyebab

penting untuk memilih kaedah (metod) kajian yang bersesuaian dalam mengkaji isu

tersebut.

Terdapat dua paradigma utama dalam penyelidikan iaitu positivitisme dan

interpretivisme (McMillan, 2008). Namun terdapat kritikan pada kedua-dua

paradigma ini, maka lahirlah ‘critical theory’. Berdasarkan ‘critical theory’ kajian

bukan hanya semata-mata untuk melaporkan keadaan sosial masyarakat atau pun

aspek teknikal (paradigma positivisme), malah struktur masyarakat perlu berubah

Page 99: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 89 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

agar keadilan sosial akan tercapai. Ini bermakna, paradigma ini

mempertimbangkan perspektif sesuatu ideologi dan politik (Basit, 2010).

Berikut diterangkan serba ringkas kedua-dua paradigma utama iaitu,

positivisme dan interpretivisme.

1. Paradigma Positivisme

Paradigma positivisme adalah bertitik tolak pada ilmu sains, di mana bagi

membuktikan sesuatu ianya memerlukan peyelidikan saintifik dan sistematik,

(Basit, 2010; Mack, 2010; Mukherji & Albon, 2010). Konsep asas dalam paradigma

ini, menyatakan apabila kita ingin mengetahui hukum alam (misalnya: fenomena

graviti, prinsip keabadian tenaga), ianya memerlukan satu pemerhatian, merekod

fenomena tersebut secara sistematik dan cuba mengenalpasti prisnsip asas

kenapa berlakunnya hukum alam tersebut. Oleh itu, apabila paradigma ini

digunakan bagi menganalisis sesuatu isu, ianya akan melihat isu tersebut sebagai

sesuatu yang boleh diperhatikan, diukur, di buktikan serta akan ada elemen

hubungan sebab dan akibat. Maka paradigma ini akan menggunakan kaedah

kuantitatif, dan data informasi dalam bentuk numerikal serta penganalisisan data

secara statistik, (Mack 2010, Mukherji & Albon, 2010; Rami, 2011). Tujuan kajian

aliran paradigma ini bertujuan untuk membuktikan sesuatu hipotesis, dan

dapatannya boleh digeneralisasikan, (Basit, 2010; Mack 2010; Rami F. Mustafa,

2011). Pengkaji yang mendokong paradigma ini, mempunyai hubungan yang

kurang rapat (detached) daripada partisipan kajian, agar emosi penyelidik neutral

dalam melaksanakan kajian. Ini amatlah perlu supaya penilaian pengkaji tidak

mempengaruhi fakta atau aspek-aspek dalam kajian tersebut.

2. Paradigma Interpretisvisme

Paradigma ini juga di kenali sebagai paradigma humanistik, konstruktivis atau

naturalistik, (Rami, 2011). Paradigma ini memfokuskan analisis yang mendalam

mengenai sesuatu isu, misalnya sikap manusia yang kompleks, dalam keadaan

natural dan interpretasi isu tersebut berdasarkan pandangan daripada responden-

responden kajian, (McMillan, 2008). Maka kajian yang tergolong dalam paradigma

ini adalah kaedah kajian kualitatif, yang mana melibatkan hasil dapatan dalam

bentuk perkataan berbanding angka dan bilangan responden kajian adalah bersaiz

atau bilangan yang kecil (Mukherji & Albon, 2010). Matlamat pengkaji yang

mendokong paradigma ini adalah untuk memahami sikap, perangai manusia,

Page 100: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 90 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

berbanding untuk mengeneralisasikan hasil kajian atau untuk meramal sebab dan

akibat. Selain itu, apabila pengkaji memasuki lapangan kajian, pengkaji mempunyai

tanggapan tertentu terhadap isu yang ingin di kaji, namun apa yang di alami atau di

lihat di lapangan kajian adalah lebih relevan dan ianya akan diambil kira sebagai

informasi berguna yang mampu menggambarkan isu sebenar kajian tersebut.

Kesimpulannya, pada kebiasaannya penyelidik dipengaruhi atau didasari

oleh sesuatu paradigma tertentu semasa menjalankan kajiannya. Paradigma

adalah mengenai pandangan dan pemahaman kita terhadap isu dan hal-hal di

persekitaran kita. Sebagai contoh jika kita mempercayai realiti sesuatu isu itu

adalah berdasarkan persepsi manusia, maka paradigma kajian kita adalah lebih ke

arah interpretivisme. Manakala jika kita melihat sesautu fenomena boleh dibuktikan

melalui sesuatu pengujian yang boleh diukur, dimanipulasi atau pun terjadinya isu

tersebut disebabkan faktor tertentu (korelasi), maka paradigma kita adalah ke arah

positivisme. Dengan mengetahui serba ringkas tentang paradigma, ianya

mengukuhkan pemahaman terhadap kajian yang bakal dijalankan nanti. Ini kerana

paradigma adalah sebagai justifikasi kepada pemilihan kaedah kajian yang bakal

digunakan untuk menyelidiki sesuatu isu, (Mukherji & Albon, 2010). Jadual berikut

menunjukkan perbandingan antara kedua-dua paradigma ini.

Jadual 7.1: Perbandingan paradigma positivisme dan interpretivisme kajian

Paradigma dan aspek

perbandingan

Paradigma Positivisme Paradigma Interpretisvisme

Ciri-ciri aspek kajian Boleh diperhatikan

Diukur

Dibuktikan

Ada elemen hubungan sebab dan

akibat (korelasi)

Adalah hasil pandangan,

perspektif individu dalam

masyarakat

Dalam lapangan kajian semulajadi

(natural)

Obfektif kajian Pembuktian hipotesis

Melihat perkaitan sebab dan akibat

Meramal berdasarkan teori kajian

Analisa mendalam mengenai

sesuatu isu

Isu kajian: aspek budaya, sikap,

tingkah laku manusia

Metod (Kaedah) Menggunakan kaedah kajian

kuantitatif

Menggunakan kaedah kajian

kualitatif

Bilangan partisipan

kajian

Saiz besar Saiz kecil (minimum: boleh

melibatkan hanya seorang

Page 101: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 91 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

responden)

Peranan pengkaji Sebagai pemerhati luar, tidak terlalu

terikat dengan responden

(detached)

Sentiasa dapat membezakan

antara fakta kajian dan penilaian

peribadi semasa jalankan kajian

Ingin merasai pengalaman

bersama responden di lapangan

dan mepunyai hubungan erat

Sukar membezakan antara fakta

dan penilaian peribadi semasa

menjalankan kajian

Analisa data Secara statistik Dalam bentuk perkataan, ayat-ayat

dan melibatkan interpretasi oleh

pengkaji

Hasil kajian Boleh di generalisasikan Tidak boleh di generalisasikan

Kaedah Kajian

Amir Hasan Dawi (2006), menyatakan kaedah merupakan cara atau jalan untuk

menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Maka, dalam menyelesaikan sesuatu

masalah atau mengkaji sesuatu fenomena, pemilihan kaedah bersesuaian adalah

AKTIVITI 7.1

Berdasarkan 2 paradigma di atas (positivisme dan interpretivisme), kenal pasti

paradigma yang sesuai untuk mengkaji isu di bawah. Berikan justifikasi anda.

1. Adakah penggunaan pengajaran berbantukan simulasi permainan

meningkatkan pencapaian pelajar?

2. Apakah pandangan pensyarah dan pelajar terhadap penggunaan

‘interactive whiteboard’ di universiti?

3. Adakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) membantu meningkatkan

motivasi pelajar di sekolah?

4. Bagaimanakah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membantu

Page 102: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 92 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

perlu. Dengan ini, amat perlu bagi bakal penyelidik memahami ciri-ciri setiap

kaedah kajian tersebut, perbezaaan antara satu lain, kerana ianya membantu

dalam membuat keputusan yang tepat. Terdapat dua kaedah (metod) kajian iaitu

kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif, (Suter, 1998).

Kaedah Kajian Kuantitatif

Kajian ini menguji spesifik hipotesis yang telah ditetapkan pada awalnya, sampel

kajian yang besar, pengukuran angka-angka, dianalisa secara statistik,

menggunakan jadual menggambarkan dapatan kajian dan dapatanya boleh

digeneralisasikan (Suter, 1998). Kajian ini adalah berasakan paradigma

positivisme, yang melihat sesuatu kejadian, isu sebagai yang boleh diperhatikan,

dimanipulasi dan diukur. Berikut diperincikan mengenai kajian ini.

1. Ciri-ciri kajian kuantitatif

a. Fokus kajian

Pada asasnya kajian kuantitatif menekankan pengujian hipotesis, melihat perkaitan

antara pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian, menerangkan fenomena dari segi

sebab dan penyebabnya serta untuk meramal sesuatu kejadian. Dalam kajian ini,

fokus kajian adalah lebih sempit, kerana pekara-pekara yang telah ditetapkan,

misalnya hipotesis kajian yang telah ditentukan terlebih dahulu. Maka fokus kajian

hanya untuk mengkaji apa yang telah menjadi hipotesis kajian sahaja. Berbeza

dengan kualitatif, di mana skop kajian agak luas dan tidak terbatas kerana ianya

meneroka pandangan responden kajian dalam mengkaji dan memahami fenomena

semasa.

b. Proses menjalankan kajian

Memandangkan fokus kajian hanyalah seperti menguji hipotesis, melihat perkaitan

antara pemboleh ubah, maka proses melaksanakannya agak ‘rigid’ dan tidak

mempunyai fleksibiliti. Sebagai contoh, adanya pemboleh ubah yang telah

ditetapkan agar ianya akan memberi satu keputusan kajian yang lebih jitu. Berbeza

dengan kualitatif, sebagai contoh dalam kajian ethnografi (kualitatif), di mana

adanya fleksibiliti dan pengubahsuaian pada proses menjalankan kajia, agar ianya

bersesuaian dengan tempat kajian, budaya setempat, responden kajian dan

keperluan kajian.

Page 103: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 93 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

c. Analisis data

Proses analisis data menggunakan kaedah statistik dan hasilnya adalah dalam

bentuk angka-angka. Di mana tujuan penganalisisan data untuk menunjukkan

perkaitan antara pemboleh ubah yang telah dibuat, sama ada ianya memberi

pengaruh antara satu sama lain atau pun tidak. Selain itu juga tujuan analisa dibuat

adalah untuk memberi penerangan, justifikasi terhadap hipotesis kajian yang telah

dibuat.

d. Pelaporan hasil kajian

Hasil kajian adalah dalam bentuk penerangan mengenai dapatan statistik. Sebagai

contoh, jika ianya melibatkan pengujian hipotesis, maka pengkaji harus

menyatakan sama ada ianya adalah signifikan atau sebaliknya. Dalam hasil kajian

juga, akan terdapat informasi mengenai ujian statistik yang digunakan. Data-data

kebiasaanya dalam bentuk graf, jadual dan dapatan kajian boleh di

generalisasikan.

2. Jenis-jenis rekabentuk kajian kuantitatif

Reka bentuk kajian kuantitatif, terbahagi kepada dua iaitu reka bentuk

eksperimental dan reka bentuk bukan eksperimental (non experimental).

a. Rekabentuk eksperimental

Reka bentuk eksperimental merujuk kepada kerangka kerja, di mana sesuatu

ekperimen dilaksanakan serta melibatkan manipulasi pemboleh ubah bebas, (Ary,

Jacobs & Sorensen, 2010). Dalam reka bentuk eksperimental kita akan menguji

idea, prosedur atau amalan tetentu untuk menentukan sama ada ianya

mempengaruhi hasil (outcome) atau pemboleh ubah bersandar. Kajian eksperimen

ini akan digunakan untuk menguji teori, untuk membandingkan dua atau lebih

kumpulan dan juga untuk melihat perkaitan sebab (cause) dan kesan (effect)

antara pemboleh ubah yang diuji. Terdapat dua jenis rekabentuk eksperimental

iaitu reka bentuk eksperimen sebenar dan reka bentuk kuasi eksperimen.

i. Reka bentuk eksperimen sebenar

Dalam kajian ini, perbandingan dibuat antara dua kumpulan individu, iaitu

kumpulan kawalan (control group) dan kumpulan rawatan/eksperimen

(eksperimental group). Individu dipilih dan diagihkan secara rawak kepada dua

Page 104: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 94 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

kumpulan ini dengan menggunakan pensampelan rawak. Tujuan agihan rawak

dilaksanakan adalah untuk memastikan individu-individu dalam kedua-dua

kumpulan ini mempunyai ciri yang sama dan seimbang. Pengkaji akan mengawal

eksperimen yang dilaksanakan, di mana pemboleh ubah akan dimanipulasi (cnth:

memberi rawatan atau intervensi dalam bentuk program, kaedah, intervensi).

Sebagai contoh, kumpulan rawatan adalah terdiri daripada subjek kajian

yang didedahkan kepada sesuatu rawatan (cth; pengajaran simulasi). Kumpulan

kawalan pula terdiri daripada subjek yang tidak menerima rawatan (cth; pengajaran

buku teks). Maka, perbandingan pencapaian antara dua kumpulan akan dibuat.

Perbandingan ini adalah perlu bagi menentukan keberkesanan rawatan terhadap

sesuatu akibat (cth; pencapaian sains) dalam kalangan subjek kajian ini. Terdapat

beberapa jenis reka bentuk eksperimen seperti diringkaskan dalam jadual di

bawah.

Jadual 7.2: Lima jenis rekabentuk eksperimental sebenar

Jenis reka bentuk

eksperimen sebenar

Penerangan

Reka Bentuk Kumpulan

Kawalan Pasca ujian

Sahaja

(Post-test Only Control

Group Design)

Pemboleh ubah bersandar (Cth: skor sains) diukur sekali sahaja melalui

ujian pasca.

Ujian pra tidak diperlukan kerana 2 kumpulan (kawalan dan rawatan)

mempunyai ciri-ciri yang sama dan diagih secara rawak.

Pasca ujian dijalankan kepada kedua-dua kumpulan bagi membandingkan

keberkesanan rawatan/intervensi, iaitu pengajaran ICT. Contohnya:

Kumpulan Jenis pengajaran Pasca ujian

Rawatan Pengajaran ICT ada

Kawalan Pengajaran ‘chalk &

talk’

ada

Page 105: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 95 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Reka Bentuk Kumpulan

Kawalan Pra dan Pasca

Ujian

(Pre and post-tests

control group design)

Melibatkan 2 kumpulan di agihkan secara rawak

Pra ujian di berikan kepada kedua-dua kumpulan.

Tujuan kajian ini juga untuk melihat kesan intervensi atau rawatan yang

telah di berikan, iaitu pengajaran ICT.

Pemboleh ubah bersandar (contoh: skor sains) diukur dua kali: sebelum

dan selepas pemboleh ubah bebas (tidak bersandar) di manipulasi, iatu

jenis pengajaran sama ada pengajajaran ICT atau pengajaran ‘chalk and

talk’.

Tujuan: Untuk mengetahui sejauh mana kesan pemboleh ubah bebas/tidak

bersandar (sebelum dan selepas) dan membanding kumpulan rawatan dan

kawalan.

Contohnya:

Kumpulan Pemboleh ubah bebas

(jenis pengajaran)

Ujian

pra

Ujian

pasca

Rawatan Pengajaran ICT ada ada

Kawalan Pengajaran ‘chalk & talk’ ada ada

Reka Bentuk Solomon

Empat Kumpulan

(Solomon four-group

design)

Subjek diagihkan kepada 4 kumpulan secara rawak, iaitu:

Kumpulan rawatan – satu kumpulan diberi pra ujian dan satu lagi tidak

Kumpulan kawalan – satu kumpulan diberi pra ujian dan satu lagi kumpulan

tidak

Semua kumpulan akan melalui pasca ujian

Tujuan: Untuk melihat kesan pengujian ke atas 4 kumpulan kajian.

Contoh 4 kumpulan Solomon:

Kumpulan Kumpulan Ujian

pra

Jenis rawatan Ujian

1 Rawatan ada pengajaran

simulasi

ada

2 Kawalan ada pengajaran buku

teks

ada

3 Rawatan - pengajaran

simulasi

ada

4 Kawalan - pengajaran buku

teks

ada

Kelemahan – memerlukan sampel yang ramai untuk diagihkan kepada

empat kumpulan.

Reka bentuk faktorial

(factorial design)

Melibatkan lebih daripada 2 pemboleh ubah bebas (contoh: faktor-faktor)

yang memberi kesan dalam hubungan sebab dan akibat dalam kajian yang

akan dijalankan.

Mempunyai formula tertentu seperti dalam jadual di bawah:

Reka bentuk

faktorial

Penerangan

Page 106: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 96 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

2×2 2 faktor dan setiap faktor mempunyai 2

peringkat

2×3×3 3 faktor: faktor pertama mempunyai 2

peringkat. Faktor kedua dan faktor ketiga

mempunyai 3 peringkat

2×2×3×4 4 faktor: Faktor pertama dan faktor kedua

mempunyai 2 peringkat. Faktor ketiga

mempunyai 3 peringkat. Faktor keempat

mempunyai 4 peringkat.

Contoh:

Jika menggunakan formula 2×2: Untuk mengkaji perkaitan 2 pemboleh

ubah bebas (isi kandungan & warna kulit) ke atas minat membeli majalah.

2 pemboleh ubah bebas terlibat:

Pengaruh isi kandungan (2: isu semasa dan gossip) dan warna kulit (2:

hitam putih & warna-warni) ke atas minat untuk membeli majalah.

Berikut gambarannya:

Kumpulan

subjek

Rawatan Pengagihan rawak

Kumpulan 1 X11 Membeli majalah isu semsa

dan warna kulit hitam putih

Kumpulan 2 X12 Membeli majalah isu

semasa dan kulit warna--

warni

Kumpulan 3 X21 Membeli majalah isu gossip

dan warna kulit hitam putih

Kumpulan 4 X22 Membeli majalah isu gossip

dan warna kulit warna-warni.

Berikut merupakan bilangan kumpulan dan responden yang di perlukan

berdasarkan faktorial:

Reka

bentuk

faktorial

Bilangan

pemboleh

ubah bebas

Bilangan

kumpulan

Bilangan responden (jika

1 kumpulan mempunyai

20 orang subjek kajian)

2×2 2 4 80 (20×4)

2×2×3 3 12 240 (20×12)

2×2×3×4 4 48 960 (20×48)

2×2×2×3 5 72 1440

Kesimpulannya, rekabentuk sebenar eksperimen ini dilakukan apabila

pengkaji ingin menentukan kewujudan hubungan antara pemboleh ubah bebas

(tidak bersandar) dengan pemboleh ubah bersandar. Namun apa yang penting

Page 107: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 97 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

adalah pengkaji perlu berusaha mengawal semua aspek-aspek luaran (cth: kesan

kematangan, kesan kehilangan peserta, kesan instrument kajian, kesan pengujian

dsbnya) yang berupaya mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pemboleh

ubah bersandar (Chua Yan Piaw, 2006). Kawalan ini adalah penting bagi pengkaji

dalam membuat kesimpulan bahawa hanya pemboleh ubah bebas sahaja yang

menyebabkan kesan terhadap pemboleh ubah bersandar dan bukannya daripada

faktor-faktor lain.

ii. Reka bentuk kuasi eksperimen

Kajian ini tidak melaksanakan pemilihan rawak bagi memilih subjek kajian. Inilah

yang membezakannya dengan reka bentuk eksperimen sebenar. Prosedur

persampelan secara kebetulan/ pensampelan kesediaan (convenience sampling)

dan pensampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan dalam kajian ini. Reka

bentuk ini digunakan apabila adanya halangan dalam memilih dan menagihkan

subjek kajian secara rawak.

Sebagai contoh, seorang pengkaji ingin melihat keberkesanan program

motivasi ke atas pelajar yang lemah akademik. Maka kajian ini menggunakan

pensampelan bertujuan, di mana pelajar-pelajar yang gagal dalam ujian bulanan

sahaja akan dipilih menjadi ahli kumpulan rawatan. Bagi kumpulan kawalan pula,

terdiri pelajar yang tidak gagal dalam ujian bulanan. Jadual berikut

menggambarkan jenis-jenis reka bentuk kuasi eksperimen.

Jadual 7.3: Jenis-jenis reka bentuk kuasi eksperimen.

Jenis reka bentuk eksperimen sebenar Penerangan

Reka bentuk ujian pra pasca kumpulan-

kumpulan tidak seimbang

(Pretest-post test nonequivalent control group

design)

Mempunyai 2 kumpulan, iaitu kumpulan kawalan

dan rawatan

Menyerupai reka bentuk kumpulan kawalan pra

dan pasca ujian bagi eksperimental sebenar.

Tetapi subjek dalam kumpulan eksperimen dan

kawalan tidak setara dalam semua pemboleh

ubah.

Contoh:

Kumpulan Pemboleh

ubah

bebas

(jenis

Ujian Pra Ujian

pasca

Page 108: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 98 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

BBM)

Rawatan ICT ada ada

Kawalan buku teks ada ada

Skor-skor ujian dibandingkan untuk menentukan

perbezaan signifikan yang di sebabkan oleh

rawatan.

Reka bentuk siri masa (Time series design) Pengkaji perlu mengukur pemboleh ubah

bersandar beberapa kali, misalnya dalam

lingkungan 5 hingga 15 kali.

Pengukuran berulang kali pada pemboleh ubah

bersandar sebelum dan selepas rawatan dapat

meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu kajian.

Melibatkan satu jangka masa yang panjang dan

tenaga yang banyak.

b. Reka bentuk bukan eksperimental

Menurut McMillan, (2008) reka bentuk bukan eksperimen penting dalam

menghuraikan partisipan kajian, trait, skor dan pelbagai lagi tanpa intervensi.

Berbeza dengan reka bentuk eksperimen, di mana kajiannya melibatkan

manipulasi dan intervensi pada pemboleh ubah. Berikut beberapa contoh reka

bentuk bukan eksperimen, iaitu kajian deskriptif (descriptive study), kajian

perkaitan/hubungkait (relationship studies), kajian hubungan sebab akibat (causal-

comparative study) dan kajian tinjauan (survey studies).

i. Kajian deskriptif (descriptive study)

Kajian ini merupakan paling asas dalam kaedah penyelidikan kuantitatif. Ciri utama

kajian ini adalah untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau kejadian, (McMillan,

2008). Pelaporan hasil kajian adalah dalam bentuk statistik seperti peratusan,

kekerapan (frekuensi), purata dan sebagainya. Selain itu, dalam menjalankan

kajian ini, adalah perlu bagi pengkaji untuk menentukan definisi operasional

terhadap pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini.

Sebagai contoh, apakah gaya kepimpinan guru besar yang dapat dapat

meningkatkan prestasi guru di sekoah? Maka, sebagai pengkaji kita perlu

menetapkan apakah yang di maksudkan dengan ‘gaya kepimpinan guru besar

sekolah’ dan apakah yang di maksudkan oleh ‘prestasi guru’ dalam aspek kajian

Page 109: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 99 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

kita. Gaya kepimpinan mungkin merujuk kepada gaya ‘autokratik’, ‘demokratik’ dan

‘laissez faire’ (bebas). Manakala ‘prestasi guru’ mungkin boleh diukur, berapa

banyak buku atau jurnal yang dihasilkan dalam tempoh 5 tahun. Penentuan definisi

operasional ini penting kerana ianya akan menghasilkan satu kajian deskriptif yang

mempunyai kredibiliti.

ii. Kajian hubungkait/perkaitan (relationship studies)

Pada amnya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan antara pemboleh

ubah-pemboleh ubah atau cuba untuk menunjukkan hubungan antara pemboleh

ubah-pemboleh ubah tersebut. Apa yang di maksudkan dengan hubungan

(relationship) adalah apabila satu pemboleh ubah menunjukkan perbezaan secara

sistematik terhadap satu pemboleh ubah yang lain dalam sesuatu kajian,

(McMillan, 2008). Dalam kajian hubungkait ini, terdapat dua jenis, iaitu kajian

perbandingan (comparative study) dan kajian korelasi (correlational study).

Kajian perbandingan (comparative study)

Kajian ini, akan melibatkan perbandingan dua atau lebih kumpulan berdasarkan

pemboleh ubah tertentu yang menjadi fokus kajian, (McMillan, 2008). Misalnya, isu

kajian adalah mengenai gender dan tabiat membaca. Maka, hasil dapatan adalah

apabila kita membuat perbandingan tahap tabiat membaca antara lelaki dan

perempuan. Jika kajian menunjukkan tabiat membaca lebih tinggi dalam kalangan

perempuan, ini bermakna adanya perkaitan antara dua pemboleh ubah, iaitu

gender dan tabiat membaca. Tetapi, ini bukanlah perkaitan yang melambangkan

‘sebab’ antara dua pemboleh ubah ini, tetapi kajian ini ingin membuat

perbandingan antara dua kumpulan berbeza, iaitu lelaki dan perempuan.

Rumusannya kajian perbandingan memfokuskan dalam membuat

perbandingan antara kumpulan individu dan bukannya bertujuan untuk

menunjukkan perkaitan hubungan sebab (causal relationship) antara pemboleh

ubah-pemboleh ubah yang terlibat.

Kajian korelasi (correlational study)

Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan korelasi antara dua atau lebih pemboleh

ubah-pemboleh ubah, (McMillan, 2008). Maka pengkaji akan menggunakan ujian

statistik untuk mengukur darjah hubungan kait atau pertalian antara pemboleh

Page 110: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 100 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

ubah-pemboleh ubah yang terlibat. Darjah perkaitan ini akan dinyatakan dalam

bentuk pekali korelasi (coefficient of correlation).

Terdapat dua jenis kajian korelasi, reka bentuk bersifat penerangan

(explanatory design) dan reka bentuk bersifat (prediction design). ‘Explanatory

design’ akan digunakan apabila kita ingin mengkaji hubung kait antara dua atau

lebih pemboleh ubah. Interpretasi data kajian adalah berdasarkan ujian statistik, di

mana keputusan ujian akan menunjukkan perubahan pada suatu pemboleh ubah

akan mempengaruhi pemboleh ubah yang lain. Manakala ‘prediction design’ boleh

di gunakan untuk meramal hasil (outcome). Sebagai contoh, bagaimana dua

pemboleh ubah berkorelasi secara positif atau sebaliknya.

iii. Kajian untuk melihat perkaitan sebab akibat (cause and effect

relationship) :Kajian ‘Ex Post Facto’

Maksud ‘ex post facto’ adalah ‘after the fact’, (McMillan, 2008). Dalam kajian ini,

pengkaji seolah-olah bekerja ke belakang semula, iaitu bersifat ‘retrospektif’, di

mana pengkaji akan mengenal pasti penyebab kepada berlakunya sesuatu pekara

atau fenomena. Pendekatan kajian adalah ianya bermula dengan kesan (effect)

dan pengkaji cuba mencari sebab (cause, reason) terjadinya sesuatu pekara atau

kejadian tersebut.

Konsep kajian ini, ianya melibatkan pemboleh ubah bersandar (merujuk

kepada kesan ‘effect’) dan pemboleh ubah tidak bersandar (merujuk kepada sebab

‘cause’) yang sudah berlaku dan tidak boleh di manipulasi. Antara contoh

pembolehubah tidak bersandar seperi umur, jantina, tahap pembelajaran ibu bapa,

sosiekonomi dan sebagainya. Sebagai contoh, perbezaan tahap sosialisasi pada

pelajar tahun 1 di sekolah. Maka penyelidik perlu melihat ke ‘belakang’ semula

untuk mengenalpasti apakah sebab (cause) yang menyebabkan pekara ini berlaku.

Pelbagai kemungkinan penyebabnya, antaranya terdapat pelajar yang pernah

belajar di tadika dan terdapat juga pelajar yang tidak mengikuti kelas tadika. Inilah

yang dikatakan ‘retrospektif’, melihat ke belakang semula.

iv. Kajian tinjauan (survey research)

Kajian ini paling ‘popular’ dalam kalangan pengkaji dalam pelbagai bidang. Ini

kerana kajian tinjaun mempunyai ciri-ciri seperti mudah dikendalikan (contohnya

penggunaan soal selidik), cara pengumpulan data yang cepat, maklumat yang

terus daripada partisipan, boleh melibatkan ramai partisipan dan cara

Page 111: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 101 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

penganalisisan data yang banyak agak mudah, kerana dibantu oleh perisian

tertentu seperti Statistical Package for the Social Sciences(SPSS). Kajian ini

kebiasaanya ianya digunakan untuk mentaksir atau menilai pandangan,

kepercayaan, sikap, perspektif sampel kajian (McMillan, 2008). Instrumen kajian

seperti soal selidik atau temu bual. Soal selidik boleh dilaksanakan pelbagai cara

seperti melalui pos, media elektonik (e-mail) atau secara bersemuka. Terdapat dua

jenis reka bentuk kajian iaitu:

• Reka bentuk longitudinal (longitudinal design)

Reka bentuk ini memerlukan pengumpulan data dalam jangkamasa masa/ tempoh

masa yang lama sebagai contoh beberapa tahun. Namun dalam menjalankan

kajian ini, pengkaji perlu menjalankan dua atau lebih kajian dalam sesuatu tempoh

masa tersebut, (McMillan, 2008). Terdapat tiga jenis reka bentuk longitudinal iaitu’

trend study’, kajian kohort (kohort study) dan ‘panel study’.

Dalam ‘trend study’, ianya akan melibatkan kajian terhadap satu populasi

umum dalam suatu jangkamasa lama. Populasi ini akan di pilih secara rawak dan

sampel terpilih akan dikaji. Namun, pada setiap kali kajian ingin dijalankan, sampel

berbeza akan dipilih dan sampel ini perlulah daripada populasi yang telah

ditetapkan. Pada kebiasaannya ianya digunakan untuk melihat sama ada terdapat

perubahan dalam aspek pandangan atau sikap individu terhadap sesuatu isu,

program dan sebagainya dalam sesuatu tempoh masa tersebut.

Salah satu jenis lagi adalah kajian kohort (cohort study), yang memfokuskan

populasi yang spesifik. Berikut digambarkan contoh isu kajian yang menggunakan

pendekatan kajian kohort (cohort study) dan ‘trend study’.

Pada asasnya ‘trend study’, kajian kohort (kohort study) melihat perubahan

dan proses dalam satu jangka masa yang lama terhadap sesuatu kumpulan

(populasi). Namun ‘panel study’, melibatkan beberapa kali kajian terhadap sampel

kajian yang sama. Berikut adalah perbandingannya beserta contoh kajian.

Jadual 7.4: Perbandingan tiga jenis rekabentuk longitudinal

‘Trend study’ Kajian kohort (Cohort study) ‘Panel Study’

Melibatkan pada populasi umum

di sesuatu kawasan.

Melibatkan populasi spesifik di

sesuatu kawasan

Melibatkan sampel atau

individu yang sama

Page 112: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 102 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

Contoh kajian:

Kajian melibatkan populasi guru

di kawasan Kepala Batas.

Tujuan kajian adalah untuk

melihat pandangan guru

terhadap Penilaian Berasas

Sekolah (PBS). Tempoh masa

selama 6 tahun dan setiap 2

tahun, kajian akan dibuat.

Selama 6 tahun ini,

kemungkinan akan ada guru

yang bertukar, meninggal dunia

dan ini akan merubah populasi

guru di Kepala Batas Namun

kajian tetap di teruskan terhadap

populasi guru yang ada di

kawasan Kepala Batas pada

masa ketika itu. Pemilihan

secara rawak terhadap populasi

guru di Kepala Batas.

Contoh kajian:

Kajian melibatkan populasi guru

di kawasan Kepala Batas.

Tujuan kajian adalah untuk

melihat pandangan guru

terhadap Penilaian Berasas

Sekolah (PBS). Tempoh masa

selama 6 tahun dan setiap 2

tahun, kajian akan dibuat.

Kajian di mulakan pada tahun

2013. Pada masa ini satu

populasi guru telah dipilih. Maka

pada kajian berikutnya, pada

tahun 2015, hanya populasi guru

pada tahun 2013 sahaja akan

telibat dalam kajian ini.

Ini akan berterusan sehinggalah

tempoh masa 6 tahun.

Maka, kajian kohort hanya

melibatkan satu populasi

spesifik, di mana populasi guru

yang dipilih pada permulaan

kajain (tahun 2013), akan terus

menjadi fokus pada kajian

berikutnya (tahun 2015, 2017

dan seterusnya)

Contoh kajian:

Tujuan kajian adalah untuk

melihat pandangan guru

terhadap Penilaian Berasas

Sekolah (PBS). Tempoh

masa selama 6 tahun dan

setiap 2 tahun, kajian akan

dibuat.

Namun, daripada populasi

guru di Kepala Batas, hanya

sekumpulan guru yang di

pilih pada permulaan kajian

(tahun 2013). Pengulangan

kajian yang berikutnya

(dalam tempoh 6 tahun)

akan hanya melibatkan

sampel guru yang terpilih

pada tahun 2013 sahaja.

• Reka bentuk merentas/ keratan rentas (cross sectional design)

Kajian ini memungut data pada satu masa tetentu (one point in time), di mana

kajian hanya berlaku sekali, (McMillan, 2008). Maka, reka bentuk ini tidak dapat

mengukur perubahan yang berlaku dalam sesuatu tempoh masa. Selain itu, ianya

boleh melibatkan lebih daripada satu sampel daripada beberapa populasi. Sebagai

contoh, untuk melihat pencapaian tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 terhadap sub topik

tahun 4 (sub topik fotosintesis). Kajian terhadap sampel tahun 4, tahun 5 dan tahun

6 ini, akan dijalankan serentak pada satu masa tertentu. Maka, kajian ini

melibatkan tiga sampel berbeza (pelajar tahun 4, pelajar tahun 5, pelajar tahun 5)

dan pencapaian (markah) yang diperolehi boleh dibandingkan.

Page 113: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 103 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Kesimpulannya, hasil dapatan kedua-dua jenis kajian tinjauan (reka bentuk

longitudinal dan reka bentuk merentas) berupaya untuk memberi informasi kepada

pengkaji tentang aspek sikap, pendapat, tingkah laku atau ciri-ciri sesuatu populasi.

Berikut merupakan perbandingan (perbezaan dan perbandingan) mengenai kedua-

duanya.

Jadual 7.5 : Perbandingan reka bentuk kajian tinjauan (survey).

Rekabentuk (design) Fokus Populasi Pensampelan Masa

Longitudinal

Trend Study

Kohort (cohort study)

Panel study

Populasi umum

Populasi spesifik

Sampel /individu

yang sama

Sampel yang berbeza

dipilih setiap kali

kajian ingin

dilaksanakan dan

ianya secara rawak.

Sampel yang berbeza

dipilih setiap kali

kajian ingin

dilaksanakan dan

ianya secara rawak.

Sampel yang telah

dipilih pada awal

kajian akan terus

menjadi sujek kajian.

Kesemua jenis

kajian longitudinal

dilaksanakan

berulang-ulang kali

dalam suatu tempoh

masa yang panjang.

Misalnya beberapa

tahun (6 tahun, 10

tahun, 15 tahun dan

ssebagainya).

Kajian longitudinal

ini juga dijalankan

melebihi sekali

dalam tempoh

tersebut

Merentas

(Cross sectional)

Melibatkan lebih

daripada satu sampel

atau lebih daripada

satu populasi.

Pemilihan sampel

secara rawak daripada

populasi pada satu

masa tertentu, tidak

melibatkan dalam

tempoh masa yang

panjang.

Pada satu masa

tertentu (one point at

time)

Page 114: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 104 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

Rajah 7.1: Panduan memilih jenis rekabentuk kajian kuantitatif.

3. Kaedah pensampelan

Tujuan pensampelan dalam penyelidikan kuantitatif adalah untuk mendapatkan

sekumpulan partisipan atau sampel yang mewakili sesuatu populasi yang besar.

Terdapat dua cara pemilihan sampel kajian, iaitu secara rawak (probability) dan

bukan rawak (non probability).

(Perbincangan selanjutnya tentang persampelan boleh rujuk kepada unit 6 dalam

modul ini)

4. Kaedah pengumpulan data kajian kuantitatif

McMillan dan Schummacher (2006), untuk mengumpul data kajian kuantitatif,

terbahagi kepada enam jenis kaedah iaitu seperti di bawah:

a. Ujian (test)

Ujian adalah satu intrumen yang memerlukan sampel kajian menjawab satu set

soalan yang telah disediakan oleh pengkaji. Ini merupakan pengujian terhadap

Adakah mempunyai kumpulan kawalan & rawatan?

YA

Adakah pensampelan rawak?

YA: Guna reka bentuk eksperimental sebenar

TIDAK: Guna reka bentuk kuasi eksperimen

TIDAK

Guna reka bentuk Bukan Eksperimental:

Contohnya: Kajian korelasi, kajian tinjauan (survey) dsbnya.

Tips: Dalam proses pemilihan jenis reka bentuk kajian kuantitatif (eksperimental atau non

eksperimental), beberapa pekara perlu di pertimbangkan. Rajah di bawah boleh

digunakan sebagai panduan.

Page 115: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 105 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

kemahiran atau tahap kognitif seseorang. Berikut merupakan antara contoh-contoh

ujian.

Jadual 7.6: Jenis ujian (test) untuk pengutipan data kuantitatif

Ujian (test) Penerangan

Standard (standardized) Satu ujian yang mempunyai keseragaman dalam prosedur

mentadbir ujian dan permakahannya.

Berasaskan rujukan tertentu

(Norm referenced)

Interpretasi skor yang di perolehi dibandingkan dengan skor

markah kumpulan individu yang di jadikan rujukan (reference

group).

Berasaskan kriteria (Criterion

referenced)

Interpretasi skor dibandingkan dengan kriteria standard tertentu.

Sebagai contoh kriteria standard julat markah bagi A adalah 85-

100, maka skor yang di perolhi di bandingkan dengan kriteria ini.

Aptitud (Aptitude) Digunakan untuk meramal pencapaian seseorang pada masa

depan dalam aspek kemahiran dan pengetahuan. Contoh

Cognitive Abilities Test, Wecshler Scales, Differential Aptitude

test dan lain-lain lagi.

Pencapaian (Achievement) Menguji kemahiran dan pengetahuan seseorang. Misalnya,

Writing Skills Test, Key Math Diagnostic Arithmetic Test dan

sebagainya.

b. Soal selidik (questionaires)

Soal selidik merupakan satu dokumen, sama ada dalam bentuk penyataan atau

soalan untuk mendapatkan persepsi, sikap, kepercayaan, nilai, pandangan dan

pelbagai lain. Teknik ini sering digunakan kerana ianya mudah dikendalikan. Item-

item dalam soal selidik hendaklah dalam bahasa yang mudah, ringkas, tidak

negatif, boleh di jawab oleh sampel kajian, tidak bias dan berfokuskan objektif

kajian.

Skala pengukuran bagi item-item dalam soal selidik adalah pelbagai. Skala

adalah menunjukkan darjah sesuatu pengukuran terhadap tahap, nilai yang ingin di

ukur. Skala yang selalu di gunakan adalah ‘Likert Scale’. Skala Likert yang sebenar

adalah mengandungi persetujuan dan tidak persetujuan terhadap sesuatu

penyataan. Namun ianya boleh diubahsuai mengikut kesesuaian objektif kajian

kita. Berikut adalah contoh skala lirkert yang boleh digunapakai dalam kajian anda.

Page 116: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 106 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

Sangat bersetuju, Setuju,Tidak pasti, Tidak besetuju,Sangat tidak

bersetuju.

Sangat kerap,Kerap,Kadang-kadang,Jarang-jarang,Tidak pernah.

c. Pemerhatian

Menurut McMillan dan Schummacher (2006), peranan pengkaji dalam kajian

kuantitatif adalah bertindak sebagai pemerhati sepenuhnya (complete observer).

semasa pemerhatian, pengkaji akan membuat inferens atau penilaian (judgement)

terhadap tingkah laku atau sikap yang diperhatikan dan ini di namakan ‘high

inference observation’. Manakala, ‘low inference observation’ memerlukan pengkaji

merekod tingkah laku/ sikap yang spesifik tanpa membuat sebarang inferens atau

penilaian (judgement).

d. Temu bual

Temu bual dalam kuantitatif adalah agak berbeza dengan kajian kualitatif. Bentuk

soalan temu bual dalam kuantitatif adalah secara berstruktur. Pada kebiasaannya

soalan telah ditetapkan oleh pengkaji dan struktur soalan tidak akan berubah

semasa sessi temu bual. Pada kebiasaannya, soalan akan ditanya secara lisan

dan jawapan akan di rekodkan oleh pengkaji. Tidak ada pertambahan soalan atau

pun soalan mencungkil (probing questions) seperti temu bual kajian kualitatif.

e. Pengukuran bukan kognitif (non cognitives measures)

Pengukuran ini juga di kenali sebagai pengukuran sikap (attitude). Ianya

memfokuskan pengujian terhadap minat, konsep kendiri, personaliti, kepercayaan

dan sikap. Antara contohnya ‘Adjustment Inventory’, ‘Learning Environment

Inventory’, ‘Strong Campbell Interest Inventory’ dan sebagainya.

f. Pengukuran alternative (alternative assessment)

Pengukuran ini berbeza dengan ujian biasa yang hanya memfokuskan item objektif

dan item subjektif. Pengukuran ini, akan mengukur sejauh mana atau tahap

TIPS: Jika kajian anda melibatkan kanak-kanak kecil, skala dalam bentuk icon tertentu boleh digunakan bagi menarik minat kanak-kanak menjawab soalan soal selidik anda.

=Sangat setuju =Setuju =Tidak pasti =Tidak setuju =Sangat tidak

Page 117: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 107 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

pencapaian pelajar berdasarkan kriteria lain. Sebagai contoh, ‘Portfolio

Assessment’ dan ‘Performance Based Assessment’. Melalui pendekatan ini,

sebagai contoh ‘Performance Based Assessment’ akan menguji kemahiran berfikir

seseorang individu secara holistik.

Kaedah Kajian Kualitatif

Kajian ini bertitik tolak daripada paradigma interpretivisme, iaitu sesuatu isu,

kejadian adalah satu realiti yang sangat kompleks dan untuk memahaminya hanya

boleh diperolehi daripada pandangan, suara atau luahan responden-responden

kajian. Berikut diterangkan beberapa aspek-aspek penting yang berkaitan kaedah

ini.

1. Ciri-ciri kaedah kajian kualitatif

a. Keadaan Semulajadi (natural settings)

Kajian ini dilaksanakan dalam keadaan semulajadi atau keadaan sebenar, di mana

tidak ada manipulasi pada aspek yang dikaji. Menurut Othman Lebar (2009),

penyelidikan dalam situasi yang sebenar penting kerana untuk memastikan

maklumat dan data-data yang dikumpul, benar-benar menggambarkan fenomena

yang berlaku di tempat kajian tersebut. Sebagai contoh, untuk mengkaji aspek

interaksi pelajar di sekolah, sesi pengajaran guru, tingkah laku guru terhadap

pelajar, semuanya dilihat dalam keadaan semulajadinya (dalam bilik darjah, kantin,

aktiviti ko-kurikulum) dan aspek-aspek ini tidak dikawal. Selain itu, ‘setting’ atau

tempat di mana tingkah laku yang diperhatikan juga tidak dikawal, semuanya

berlaku secara natural. Inilah yang membezakannya dengan kaedah kuantitatif, di

mana aspek kajian dalam kuantitatif, ianya dimanipulsi dan dikawal.

AKTIVITI 7.2

1. Apakah ciri-ciri umum kajian kuantitatif?

2. Apakah pensampelan yang boleh di gunakan dalam kajian kuantitatif? Bincangkan secara ringkas.

3. Bagaimanakah data kaedah penyelidikan kuantitatif di kumpul?

Page 118: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 108 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

Pada asasnya kualitatif akan melibatkan kerja lapangan, di mana pengkaji akan

ke tempat yang dipilih bagi meneroka aspek yang ingin dikaji. Menurut McMillan

(2008), terdapat beberapa penyebab kenapa kualitatif memerlukan kerja lapangan

iaitu, untuk memerhatikan tingkah laku manusia, adalah lebih relevan dalam

keadaan atau situasi sebenar, di mana tiada sekatan, kawalan. Ini kerana keadaan

(settings) akan mempengaruhi kelakuan seseorang individu.

b. Proses mengutip data secara terus daripada sumbernya

Pengkaji akan mendapatkan data-data kajian dengan cara bersemuka dengan

responden kajian, misalnya melalui temu bual dan pemerhatian di lapangan. Pada

kebiasaanya, pengkaji sendiri akan turun ke lapangan dan mereka enggan

menggunakan orang lain sebagai pengutip data kerana ingin memahami isu kajian

dengan lebih mendalam serta dapat membina hubungan rapat dengan responden -

responden.

c. Deskripsi yang kaya dengan maklumat

Apa sahaja yang berkaitan dengan masalah kajian akan dicatatkan, direkod dan

dianalisa oleh pengkaji kualitatif. Hasil laporan akan mengandungi satu deskripsi

yang mendalam mengenai isu kajian dan ianya dalam bentuk perkataan, gambar

dan bukannya angka-angka. Pelaporan pada kebiasaannya dalam bentuk

penceritaan (naratif) dan ianya akan memberi kefahaman kepada audien

(pembaca), walaupun mereka tidak terlibat dalam kajian tersebut. Laporan akhir

kajian kualitatif adalah melibatkan deskripsi secara terperinci terhadap sesuatu isu,

di mana ianya menggambarkan suara responden dan refleksi daripada pengkaji,

(Creswell, 2007).

d. Fokus kajian

Fokus kaedah kajain kualitatif adalah untuk mengetahui bagaimana (how) dan

kenapa (why) sesuatu fenomena itu berlaku. Melalui persoalan ini (bagaimana,

kenapa), informasi terperinci akan diperolehi mengenai fenomena tersebut.

Pendekatan kualitatif tidak memfokuskan membanding bezakan antara dua pekara,

atau menghubungkaitkan antara dua pekara (pemboleh ubah), seperti yang

terdapat pada kajian kuantitatif, kerana pendekatan ini tidak berupaya memberi

maklumat terperinci terhadap sesuatu isu yang dikaji. Sebaliknya, menurut Othman

Page 119: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 109 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Lebar (2009), kualitatif lebih berfokuskan penerokaan, mendeskripsikan serta

menginterpretasikan sesuatu fenomena yang dilihat.

e. Analisa data secara induktif

Pengutipan data dalam kaedah kualitatif bukan berfokuskan pembuktian hipotesis

seperti di dalam kuantitatif. Oleh kerana kaedah kualitatif bertujuan memahami

secara mendalam, maka tiada pengujian hipotesis yang akan menghadkan

pengumpulan data-data kajian. Dalam kajian kualitatif, pada umumnya data-data

yang dikumpul akan dianalisa secara induktif namun kadangkala pengkaji telah

mempunyai idea awal tentang isu kajian itu, (Hays & Singh, 2012). Cara

penganalisa data kualitatif secara mendalam akan diterangkan pada unit

berikutnya, unit 8.

f. Perspektif daripada responden kajian

Matlamat kaedah kualitatif adalah untuk memahami keaadaan sesuatu isu

daripada pandangan, luahan, pengalaman responden kajian, (Hays & Sing, 2012).

Ini bermakna pandangan dan pespektif responden merupakan informasi penting,

yang akan dilaporkan sebagai dapatan kajian. Sebagai contoh, semasa membuat

transkripsi temu bual, segala perkataan, ayat responden kajian perlu dikekalkan,

tanpa sebarang pengubahsuaian. Selain itu, hasil dapatan akan menghasilkan

pelbagai tema (hasil proses pengkodan), kerana setiap individu yang berbeza akan

mempunyai pelbagai perspektif terhadap sesuatu isu yang sama.

g. Fleksibiliti dalam proses melaksanakan kajian

Menurut Othman (2009), penyelidikan kualitatif boleh berkembang dan berubah

semasa kajian dijalankan, terutama semasa pengumpulan data dan analisa data.

Pada asasnya, pengkaji kualitatif akan mempunyai perancangan tentang aspek

yang ingin di kaji, sama seperti kaedah kuantitatif. Namun, apabila memasuki

lapangan kajian pelbagai isu baru yang timbul dan ini menyebabkan berlakunya

perubahan pada proses pelaksanaan kajian tersebut, agar ianya bersesuaian

dengan tempat serta responden kajian. Antara contoh perubahan yang perlu

difikirkan semula, bilangan individu yang terlibat dalam kajian, fokus kajian,

pendekatan pengutipan data dan sebagainya. Ini bermakna kaedah kualitatif

bukanlah sesuatu yang ‘rigid’ dan ianya bersifat fleksibal. Berbeza dengan

kuantitatif, kerana ianya mempunyai hipotesis awal yang ingin diuji serta langkah-

Page 120: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 110 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

langkah yang telah di tetapkan, maka ianya tidak boleh diubah sesuka hati semasa

proses melaksanakannya.

2. Jenis-jenis rekabentuk kajian kualitatif

Terdapat lima jenis rekabentuk dalam kaedah penyelidikan kualitatif, iaitu

fenomenologi, biografi, ‘grounded theory’, kajian kes (case study) dan ethnografi,

(Othman, 2009).

a. Ethnografi (Ethnography)

Adalah kajian yang bertitik tolak daripada bidang antropologi. Fokus kajian oleh ahli

antropologi adalah mengenai budaya sekelompok manusia, seperti kepercayaan,

bahasa, adat perkahwinan, agama dan sebaginya. Menurut McMillan (2008),

ethnografi adalah satu kajian yang mendalam, di mana interpretasi budaya sesuatu

kelompok manusia dan maknanya hanya akan difahami apabila kita berada dalam

kelompok mereka. Pengumpulan data adalah melalui tiga kaedah utama

(pemerhatian, temu bual, analisis artifak atau dokumen).

Dalam bidang pendidikan, misalnya di sekolah pendekatan reka bentuk

ethnografi boleh digunakan untuk mengkaji isu-isu tertentu. Ini kerana sekolah juga

merupakan satu oraganisasi yang mempunyai kelompok manusia (komuniti) dan

mempunyai budaya tersendiri, (Wiersma & Jurs, 2005). Antara isu kajian yang

boleh dikaji seperti budaya kumpulan ‘punk’ di sekolah, kehidupan kumpulan

pelajar Orang Asli di universiti, hubungan etnik di universiti, kumpulan pelajar

‘transgenderism’ di universiti, aspek pentadbiran di sekolah wawasan dan pelbagai

lagi. Namun harus diingatkan bahawa, apabila kita memilih reka bentuk ini, kita

harus berada bersama-sama responden untuk satu jangka masa yang panjang

(bertahun-tahun), pengutipan data yang terperinci, agar budaya yang dikongsi oleh

kelompok ini dapat difahami secara keseluruhan.

b. Kajian kes (case study)

Kajian kes melibatkan pengumpulan maklumat secara sistematik, secara intensif

dan terperinci dengan memfokuskan kajian kepada seseorang individu,

sekumpulan individu atau sesuatu kumpulan masyarakat secara mendalam, (Mohd

Majid Konting, 1990; Chua Yan Piaw, 2006; Baxter & Jack (2008). Menurut

Merriam (1998) pula, kajian kes menganalisis satu unit atau ‘bounded system’

secara holistik, bersifat deskriptif, dan berfokuskan kepada terhadap sesuatu unit

Page 121: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 111 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

kajian itu secara spesifik. Rajah di bawah menggambarkan konteks dan kes di

mana hanya satu unit analisis diperhatikan (bounded system) dalam kajian ini.

Rajah 7.4: Menggambarkan konteks dan kes kajian ini.

Secara amnya, menurut Ying (2009) terdapat 4 jenis kajian kes dan

diringkaskan pada rajah di bawah.

Jenis 1: Rekabentuk satu kes (satu unit

analisis) @ single case design (single

unit of analysis)

Jenis 3: Rekabentuk pelbagai kes (satu

unit analisis)@ multiple case design

(single unit of analysis)

Jenis 2: Rekabentuk satu kes (analisis

beberapa unit berkaitan) @ single case

(embedded units of analysis)

Jenis 4: Rekabentuk pelbagai kes

(analisis beberapa unit berkaitan)@

multiple case design (embedded units of

analysis)

Rajah 7.5: Jenis-jenis kajian kes. (Sumber: Diubahsuai daripada Ying, 2009)

Konteks kajian: SMK

Kes: Interaksi sosial pelajar tingakatan 4 pelbagai etnik di

KONTEKS

KES

KONTEK

KES

KONTEKS

KES

KONTEKS

KES

Analisis Unit Berkaitan

KONTEKS KONTEKSS

KES

Analisis Unit Berkaitan

KES

Analisis Unit Berkaitan

Page 122: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 112 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

Reka bentuk satu kes (satu unit analisis) memfokuskan satu unit analisis

sahaja secara holistik. Manakala reka bentuk satu kes (analisis beberapa unit

berkaitan) turut memfokuskan satu kes kajian sahaja, tetapi pada masa yang sama

turut mempertimbangkan beberapa unit analisis dalam kajian kes yang di kaji itu,

kerana unit-unit ini mempengaruhi antara satu sama lain. Berbeza dengan

rekabentuk pelbagai kes (satu unit analisis) di mana ia melibatkan pengumpulan

dan penganalisan data daripada beberapa kes dan kajian kes jenis ini

meningkatkan kesahan atau generalisasi dapatan kajian tersebut. Dan akhir sekali,

jenis ke 4 iaitu reka bentuk pelbagai kes (analisis beberapa unit berkaitan) masih

melibatkan pengumpulan dan penganalisisan data daripada beberapa kajian kes

dan pada masa yang sama turut mempertimbangkan beberapa unit analisis dalam

sesuatu kes yang dikaji, kerana unit-unit ini mempengaruhi antara satu sama lain.

Kajian kes jenis ke 4 ini, lebih meningkatkan kesahan kajian serta generalisasi

kajian tersebut.

Dalam bidang pendidikan pelbagai aspek boleh dikaji dengan menggunakan

reka bentuk kajian kes ini. Contoh kajian kes seperti merangkumi, kajian mengenai

seorang pelajar pintar cerdas, aspek pentadbiran di sebuah sekolah cemerlang,

hubungan pelajr di sebuah tadika dan pelbagai lagi.

c. Kajian naratif (Naratives)

Naratif merupakan satu kaedah yang bertitik tolak daripada beberapa bidang-

bidang seperti antropologi, sejarah, sosiologi dan sosio linguistik. Pada asasnya

kajian ini berfokuskan penceritaan mengenai kisah hidup atau riwayat hidup,

pengalaman, mengenai seorang individu. Creswell (2007), rekabentuk naratif ini

mempunyai beberapa jenis yang boleh dipilih, iaitu biografi, autobiografi, sejarah

hidup (a life history) dan sejarah secara lisan (oral history).

Biografi adalah kajian di mana pengkaji yang memilih untuk merekod dan

menulis pengalaman hidup orang lain. Manakala autobiografi pula, pengkaji

membuat penulisan mengenai dirinya sendiri, segala kisah hidupnya. Sejarah

hidup (a life history) pula akan menggambarkan keseluruhan kisah atau sejarah

hidupnya, pengalaman peribadi dalam semua keadaan hidupnya. Sejarah secara

lisan (oral history) pula akan mengumpulkan maklumat kajian daripada refleksi

personal beberapa individu terhadap sesuatu kejadian atau kesan kejadian ini.

Page 123: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 113 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Bagi kajian naratif ini, sumber bagi penulisan pada kebiasaanya diperolehi

daripada pelbagai sumber antaranya dokumen, rekod arkib atau daripda individu

itu sendiri (responden kajian), (Othman Lebar, 2009). Individu yang menjadi subjek

kajian, mungkin masih hidup atau sebaliknya. Pelaporan hasil kajian naratif, adalah

dalam bentuk penceritaan semula (restorying), iaitu melibatkan organisasi semula

informasi, proses analisis serta menyusun peristiwa hidup subjek kajian dalam

bentuk kronologi. Contoh kajian naratif yang boleh dilaksanakan dalam bidang

pendidikan seperti biografi tokoh yang banyak menyumbang dalam bidang

pendidikan, biografi mengenai kisah hidup dan kejayaan seorang pelajar Orang

Asli dan pelbagai lagi.

d. Fenomenologi (Phemenology)

Fenomenologi adalah kajian kualitatif yang memfokuskan sesuatu fenomena.

Menurut Creswell (2007), fenomenologi mempunyai konsep yang sama dengan

kajian naratif, iaitu menceritakan pengalaman hidup, namun pengalaman hidup

sekumpulan individu terhadap sesuatu fenomena atau konsep. Pada asasnya

dalam kajian fenomenologi ini, ianya akan memberi kefahaman kepada pengkaji

tentang pengalaman yang dialami oleh sekumpulan individu. Kesemua individu ini

akan mempunyai pengalaman terhadap sesuatu fenomena. Sebagai contoh, kajian

untuk melihat perasaan mangsa gempa bumi, pengalaman pesakit-pesakit kanser,

riwayat hdup sekumpulan pesakit AIDS dan sebagainya. Dalam aspek pendidikan,

antara pekara-pekara yang boleh dikaji seperti pengalaman sekumpulan pelajar

yang dibuli, pengalaman pelajar yang terpilih dalam program pertukaran pelajar,

pengalaman pelajar warganegara asing belajar di universiti Malaysia dan

sebagainya.

e. ‘Grounded Theory’

Kajian ini agak berbeza dengan yang dibincangkan di atas, kerana ianya

melibatkan penghasilan teori baru berdasarkan hasil daripada data-data kajian

yang telah dikumpulkan. Pengutipan data hanya menggunakan temu bual dan

bilangan responden adalah ramai, iaitu 50 hingga 60 orang. Ini adalah perlu bagi

menghasilkan ‘ketepuan’ (saturated) pada data kajian. Ketepuan data penting

kerana ianya akan membantu proses menghasilkan teori daripada data--data

kajian.

Page 124: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 114 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

Wujudnya konsep kajian ini kerana terdapat sesetengah pengkaji yang

melihat teori-teori yang sedia ada tidak dapat menerangkan sesuatu fenomena

dengan tepat. Maka kajian di jalankan dan berdasarkan pengumpulan data, analisa

datanya, teori baru akan dihasilkan. Misalnya data temu bual dengan sekumpulan

responden, akan menghasilkan tema-tema tertentu berdasarkan sesuatu isu kajian

itu. Tema-tema ini akan dianalisis secara pendekatan perbandingan. Menurut

(Othman Lebar, 2009), kaedah perbandingan konstan (constant comparative

method) akan digunakan untuk membandingkan sesuatu kategori, segmen dan

dimensi fenomena yang dikaji. Teori baru mula terbentuk apabila adanya tema

baru yang wujud daripada pemerhatian atau temu bual dengan responden kajian.

Segala tema-tema, konsep-konsep yang diperolehi di analisis secara perbandingan

dan ianya cuba dihubungkaitkan antara satu sama lain.

Kesimpulannya, kajian kualitatif adalah kajian yang dijalankan dalam latar

semula jadi, melibatkan kerja lapangan, penyelidik merupakan instrumen utama,

penganalisan secara induktif dan dapatan memberi gambaran menyeluruh dan

mendalam tentang sesuatu fenomena atau masalah yang ingin dikaji, (Merriam,

1998; Creswell, 2007; Othman, 2009). Namun terdapat cabaran bagi pengkaji

untuk menggunakan pendekatan kualitatif ini adalah ianya memakan masa yang

lama, pengkaji perlu ke lapangan bagi mengumpul data, analisa data yang banyak

dalam bentuk perkataan dan ayat-ayat. Namun apabila isu yang ingin dikaji itu

melibatkan perlakuan, tingkah laku manusia, maka kaedah kualitatif adalah

bersesuaian.

AKTIVITI 7.3 Berdasarkan lima jenis reka bentuk kaedah kajian kualitatif, kenalpasti perbezaan dan persamaan berdasarkan kriteria yang telah dibincangkan dalam unit ini dan lengkapkan jadual di bawah. Bincang bersama rakan anda.

Page 125: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 115 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Ciri-ciri &

Rekabentuk

Naratif Fenomenologi Grounded

theory

Ethnografi Kajian kes

Fokus kajian

Contoh isu

kajian yang

sesuai

rekabentuk

ini

Bidang yang

berkaitan

Antropolog,

sejarah,

psikologi,

sosiologi,

kesusasteraan

Falsafah,

psikologi dan

pendidikan

Sosiologi Antropologi

dan sosiologi

Psikologi,

undang-

undang,

Sains politik,

perubatan

Unit yang di

analisis

Bentuk

pengutipan

data

Paling utama

adalah temu

bual dan di

sokong oleh

dokumen

Paling utama

adalah temu

bual.

Penggunaan

dokumen dan

pemerhatian

boleh juga

digunakan

Pada

kebiasaanny

a melibatkan

temu bual

Paling utama

adalah

pemerhatian

dan temu

bual.

Pelbagai

sumber

seperti temu

bual,

pemerhatian,

dokumen,

artifak

Cara analisis

data

Analisa untuk

menghasilkan

satu cerita

(restorying),

yang

mempunyai

tema dan

kronologi.

Analisa untuk

mengenalpasti

penyataan

penting,

makna

sesuatu unit

data tersebut

dan

penerangan

penting

tentang aspek

kajian.

Analisa data

mengikut

pendekatan

induktif

(constant

comparison)

Analisa

dengan

mengenal

pasti

budaya-

budaya yang

telah sebati

oleh sesuatu

kelompok

individu.

Analisa data

menggunaka

n pengkodan

data (coding)

dan

mempunyai

deskriptif

lengkap,

mendalam.

Page 126: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 116 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

3. Kaedah Persampelan dalam Kajian Kualitatif

Pensampelan merupakan suatu proses memilih kumpulan individu untuk sesuatu

penyelidikan daripada suatu kumpulan yang besar, (Noraini, 2010). Terdapat dua

jenis persampelan, iaitu persampelan secara rawak (probability sampling) dan

persampelan secara tidak rawak (nonprobability sampling) dan pada kebiasaannya

persampelan secara tidak rawak iaitu jenis persampelan bertujuan atau ‘purposive

sampling’ digunakan dalam kajian kualitatif, (Merriam 1998). Creswell (2007),

Dalam penyelidikan kualitatif persampelan bertujuan digunakan, kerana ianya

membolehkan pengkaji memilih responden yang dapat memberi jawapan pada

persoalan kajian secara terperinci. Menurut Creswell (2007) terdapat beberapa

kaedah pensampelan dalam kualitatif seperti jadual di bawah:

Jadual 7.7: Jenis pensampelan dalam kajian kualitatif (Sumber: Diubahsuai

daripada Creswell, 2007)

Jenis pensampelan dalam

kualitatif

Tujuan dan penerangan

Pensampelan Variasi maksimun

(maximum variation sampling)

Terdapatnya pelbagai dan variasi pada dokumen, namun

pengkaji hanya memilih dokumen yang menunjukkan ‘pattern’

atau bentuk tertentu sahaja berdasarkan soalan kajian.

Pensampelan Homogenus

(homogenous sampling)

Lebih fokus, lebih ringkas dan memudahkan proses temu bual

Pensampelan berantai

(Snowball/ chain sampling)

Mendapatkan responden-responden berikutnya, adalah atas

cadangan responden yang mula sekali di pilih.

Pensampelan tipikal (Typical

case sampling)

Memfokuskan aspek yang biasa di lihat atau dikatakan normal.

Pensampelan bertujuan

berlapis.(Stratified purposeful

sampling)

Memilih berdasarkan sub-sub kumpulan dan ianya

memudahkan proses pembandingan

Pensampelan berasaskan

kriteria (Criterion sampling)

Pemilihan adalah berdasarkan kriteria atau ciri-ciri tertentu bagi

memastikan kualiti dapat dicapai atau dipenuhi.

Penulisan

laporan

Page 127: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 117 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Pensampelan kebetulan

(Convenience sampling)

Menjimatkan masa, tenaga dan kewangan.

Pensampelan kes kritikal

(Critical case sampling)

Maklumat hasil dapatan boleh diaplikasikan pada banyak

keadaan ataupun kes-kes kajian yang lain.

4. Kaedah pengumpulan data kajian kualitatif

Terdapat tiga cara pengumpulan yang digunakan bagi mendapatkan data kajian

kualitatif, iaitu temu bual, pemerhatian dan analisa dokumen atau bahan

audiovisual, (Creswell, 2007; Othman, 2006).

a. Temu bual

Menurut Denzin dan Lincoln (2008), temu bual adalah perbualan yang melibatkan

proses bertanya, mendengar jawapan, di mana ianya melibatkan sekurang-

kurangnya dua individu dan proses ini dapat memberi kefahaman terhadap

sesuatu pekara. Oleh itu, sessi temu bual boleh dilaksanakan secara individu atau

secara berkumpulan (focus group). Temubual berkumpulan akan melibatkan

kumpulan kecil yang terdiri daripada beberapa individu yang dipilih dan diketuai

oleh seorang moderator. Tujuan temu bual berkumpulan ini adalah untuk meneroka

pandangan serta pengalaman individu-individu terhadap isu secara spesifik.

Menurut Krueger dan Casey (2009), setiap kumpulan pelajar (focus group) pada

kebiasaanya terdiri daripada 5 hingga 10 orang, tetapi bilangan minimumnya boleh

seramai 4 orang sahaja dan maksimumnya adalah 12 orang. Bilangan tidak boleh

terlalu ramai kerana untuk memastikan bahawa setiap pelajar berpeluang untuk

untuk memberi idea dan berkongsi pendapat, (Hancock, 2002).

Biasanya terdapat 3 jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual

semi berstruktur (temu bual separa berstruktur) dan temu bual tidak berstruktur,

(Othman, 2009). Temu bual berstruktur adalah di mana pengkaji menyediakan

soalan sebelum temu bual dan soalan ini adalah tetap, tidak boleh diubah,

(Lambert, 2012). Manakala, soalan-soalan dalam temu bual separa berstruktur

ditentukan terlebih dahulu, tetapi jawapan kepada soalan tersebut adalah terbuka

dan boleh diperkembangkan mengikut budi bicara penemu bual dan partisipan,

(Othman, 2009; Hancock, et al, 2009). Manakala temu bual tidak berstruktur adalah

pengkaji dan responden kajian akan meneroka isu kajian tanpa adanya

perancangan pada soalan-soalan yang akan ditanya, (Lambert, 2012).

Page 128: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 118 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

Selain itu, menurut Othman (2009), terdapat 3 cara merekod data temu bual,

iaitu menggunakan pita rakaman, mengambil nota semasa temu bual dan cara

ketiga dengan merekod seberapa banyak maklumat temu bual yang dapat diingat

selepas sahaja sessi temu bual tamat. Oleh itu, sebagai pengkaji kita perlu bijak

sama ada memilih untuk mengadakan temu bual secara individu atau berkumpulan

dan ianya perlu mengikut kesuaian pada masalah kajian. Selain itu, pemilihan cara

merekod data temu bual juga perlu dipertimbangkan, kerana kegagalan merekod

data temu bual, menyebabkan terjejasnya kajian kita.

b. Pemerhatian

Menurut Lichtman (2006), pemerhatian manusia dalam persekitaran semulajadi,

membantu memahami kelakuan manusia dan hubungannya dengan masyarakat

sekeliling yang kompleks. Bailey (2007) pemerhatian adalah sebagai suatu bentuk

utama bagi pengumpulan data di lapangan kajian. Sejauh mana keterlibatan

seseorang pengkaji digambarkan dalam kontinum di bawah. Sejauh mana

keterlibatan seseorang pengkaji dengan responden di lapangan kajian,

digambarkan dalam rajah kontinum di bawah.

Pemerhati pasif Pemerhati sebagai partisipan Partisipan aktif Partisipan

sepenuhnya

Rajah 7.6: Kontinum keterlibatan pengkaji di lapangan

Berdasarkan rajah 7.6 di atas, terdapat empat tahap di mana ianya

menunjukkan sejauhmana keterlibatan seseorang penyelidik di tempat kajian

semasa membuat pemerhatian, iaitu pemerhati pasif (passive participation/passive

observer), pemerhati sebagai partisipan (moderate participation), partisipan aktif

(active participation) dan partisipan sepenuhnya (complete participation), (Hays &

Singh, 2012; McMillan, 2008; Merriam, 1998).

Pemerhati pasif akan memerhati responden kajian tanpa mengganggu

situasi di mana pemerhatian dibuat, (Hays & Singh, 2012; Merriam, 1998).

Pemerhati sebagai partisipan (moderate participation), pula adalah di mana

pengkaji memainkan peranan utama sebagi pemerhati, tetapi masih terlibat dan

berhubung dengan responden kajian, (Hays & Singh, 2012). Pemerhati aktif pula,

di mana pengkaji akan mengambil bahagian dalam aktiviti responden, dan

Page 129: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 119 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

peranannya sebagai pengkaji diketahui oleh responden, (McMillan, 2008). Terakhir

sekali, adalah partisipan sepenuhnya (complete participation), di mana pengkaji

akan mempunyai dua peranan iaitu sebagai orang yang terlibat dalam aktiviti-

aktiviti responden kajiannya dan juga sebagai pemerhati, tetapi kehadirannya

sebagai pengkaji tidak diketahui oleh responden, (McMillan, 2008; Merriam, 1998).

Secara keseluruhannya, pemerhatian adalah sebagai suatu bentuk utama

bagi pengumpulan data di lapangan bagi kajian kualitatif, (Merriam, 1998; Bailey,

2007; Hays & Singh, 2012). Melalui pemerhatian, ianya dapat memberi informasi

berguna tentang isu kajian.

c. Analisa dokumen

Analisa dokumen merupakan salah satu daripada kaedah yang boleh digunakan

bagi menyokong data kajian yang diperolehi melalui kaedah temu bual dan

pemerhatian. Menurut Merriam (1998), terdapat 3 jenis dokumen yang biasanya

telah tersedia untuk dianalisa oleh pengkaji dan kadangkala dokumen juga boleh

dijana oleh pengkaji semasa proses kajian dilaksanakan, iaitu seperti dinyatakan di

bawah:

i. Rekod awam, misalnya rekod bancian, rekod kelahiran, pada kebiasaannya

ianya diperoleh daripada organisasi di mana kajian dijalankan atau daripada

organisasi yang mempunyai kaitan dengan kajian.

ii. Dokumen peribadi merangkumi diari, surat, video, album foto, kalender,

buku skrap, autobiografi, log perjalanan dan sebagainya. Dokumen peribadi adalah

sumber yang boleh dipercayai, kerana ia adalah merangkumi sikap, kepercayaan,

pengalaman dan pandangan seseorang individu. Namun dokumen sebegini

bersifat subjektif kerana berkemungkinan hanya hal penting pada pandangan

penulis dokumen sahaja yang dicatat.

iii. Bahan fizikal pula adalah merujuk kepada objek seperti peralatan,

perkakasan dan sebagainya.

iv. Dokumen yang dijana oleh pengkaji adalah merangkumi gambar foto, video,

data kuantitatif daripada ujian, skor ujian dan data statistik daripada tinjauan.

Tujuan khusus dokumen yang dijana adalah untuk memahami isu kajian dengan

lebih mendalam.

Ketiga-tiga kaedah pengumpulan yang dibincangkan di atas, dinamakan

triangulasi kaedah. Pada kebiasaannya akan dilaksanakan dalam kajian kulitatif

Page 130: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 120 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

bagi mengukuhkan dapatan kajian serta mendapatkan gambaran keseluruhan isu

yang dikaji. Berikut diterangkan serba ringkas mengenai triangulasi ini

Sebagai rumusan, kedua-dua kaedah kajian ini (kaedah kajian kuantitatif,

kaedah kajian kualitatif) boleh digunakan untuk mengkaji isu atau fenomena dalam

pendidikan, namun aspek yang menentukannya adalah paradigma kita sebagai

pengkaji dan isu kajian atau masalah kajian yang ingin dikaji.

RUMUSAN

Daripada perbincangan unit ini, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat perkaitan

antara paradigma dan kajian. Paradigma adalah merujuk kepada bagaimana

seseorang melihat fenomena yang berlaku disekelilingnya. Melalui paradigma yang

dipegang inilah akan, membantu dalam pemilihan kaedah kajian yang bersesuaian.

Terdapat dua kaedah kajian yang boleh digunakan dalam mengkaji isu-isu dalam

bidang pendidikan, iaitu kaedah kajian kuantitatif dan kaedah kajian kualitatif. Bagi

setiap kaedah kajian (kuantitatif & kualitatif) ini, perincian mengenai ciri-ciri, jenis

rekabentuk, cara pensampelan serta pengumpulan data kajian diterangkan agar

ianya memberi kefahaman kepada pembaca. Terdapat beberapa perbezaan dalam

menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif, misalnya daripada aspek penyataan

objektif kajian, pensampelan, pengutipan data, fokus kajian dan pelbagai lagi.

Namun, kedua-dua jenis kaedah kajian ini penting dalam melaksanakan kajian

dalam bidang pendidikan, namun pemilihan kaedah adalah perlu bersesuaian

dengan masalah yang bakal dikaji.

Tips: Untuk memulakan sesuatu kajian, seelok-eloknya dimulakan dengan mengenalpasti isu

atau masalah kajian. Kemudian barulah kaedah kajian dipilih. Pemilihan kaedah kajian sama ada

kuantitatif atau kualitatif, haruslah didasari oleh aspek-aspek yang ingin dikaji. Sebagai contoh,

jika ingin menguji hipotesis, mengkaji perkaitan (korelasi) antara pemboleh ubah, maka kajian

kuantitatif perlu digunakan. Sebaliknya jika isu kajian adalah untuk melihat pandangan terhadap

sesuatu isu secara mendalam, menghasilakn teori daripada data, maka perlulah memilih kaedah

kajian kualitatif.

Page 131: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 121 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

PENILAIAN KENDIRI

1. Berdasarkan pemahaman anda, buat perbandingan antara kaedah kajian

kuantitatif dan kualitatif berdasarkan jadual di bawah. Boleh dilakukan

secara individu atau berpasangan.

2. Berdasarkan pemahaman anda mengenai pengutipan data kualitatif, jawab

soalan di bawah:

a. Apakah cara pengutipan data yang akan digunakan oleh pengkaji

kualitatif? Bincangkan secara ringkas.

b. Dalam aspek pemerhatian di lapangan kajian (field), sejauh manakah

keterlibatan pengkaji? Bincangkan secara ringkas.

Kaedah kajian dan

aspek perbandingan

Kuantitatif Kualitatif

Konsep asas

Bidang yang berkaitan Sains tulen, Pertanian,

Psikologi

Antropologi, Sejarah,

Sosiologi

Rekabentuk kajian

Matlamat (Goals)

Peranan pengkaji

Sampel

Data

Cara pemerolehan

data

Analisis data Deduktif,

menggunakan statistik

Induktif, Secara

berterusan dan

melibatkan proses

pengkodan (coding

approach)

Hasil dapatan

Page 132: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 122 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

RUJUKAN

Amir Hasan Dawi. (2006). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tg Malim:

Quantum Books. Ary, D., Jacobs, L.C. & Sorensen, C. (2010). Introduction to Research In Education.

Belmont, Canada: Wadsworth Cengage Learning. Bailey, C. (2007). A guide to qualitative field research. California, USA: Sage

Publication. Basit, T. N. (2010). Conducting research in educational contexts. London:

Continum International Publishing Group. Baxter, P & Jack, S. (2008). Qualitative Case Study Methodology: Study Design

and Implementation for Novice Researchers. The Qualitative Report. Vol; 13 Number 4 December 2008, pp 544-559.

Bogdgan, R.C. & Biklen, S.K. (1998). Qualitative research for education: An

introduction to theory and methods. Bostan: Ally & Bacon. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

Education. Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry & research design: Choosing among five

approaches. Thousand Oak, California: Sage Publications. Denzin, N. K & Lincoln, Y. S. (2008). (Eds). Collecting and interpreting qualitative

materials. Thousand Oak, California: Sage Publication. Hancock, B. (2002). An Introduction to Qualitative Research. Diakses daripada

http://faculty.cbu.ca/pmacintyre/course_pages/MBA603/MBA603_files/IntroQualitativeResearch.pdf, pada 11 Januari 2013.

Hays, D. G. & Singh, A.A. (2012). Qualitative inquiry: In clinical and educational

settings. New York: Guilford Press. Krueger, R.A & Casey, M. A. (2009). Focus groups: Practical guide for applied

research. Thousand Oak, California: Sage Publication. Lambert, M. (2012). A Beginner’s Guide to Doing Your Education Research Project.

Thousand Oak, Ca: Sage Pblications. Litchman, M. (2006). Qualitative research in education: A user’s guide. California,

USA: Sage Publication Inc. Mack, L. (2010). The Philosophical Underpinnings of Educational Research.

Polyglossia, 19. pp 5-11. McMillan, J. H. (2008). Educational Research: Fundamentals for the Consumer.

Boston: Allyn & Bacon.

Page 133: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 123 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

McMillan, J. H. & Schummacher, S. (2006). Research in education: Evidence

based inquiry. Boston: Allyn & Bacon. Merriam, S.B. (1998). Qualitative research and case study: Applications in

education. New York: Jossey Bass Inc. Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Mukherji, P. & Albon, D. (2010). Research methods in early childhood: An

introductory guide. London: SAGE Publications, Inc. Noraini Idris. (2010). Persampelan. Dalam Noraini Idris (Ed.). Penyelidikan dalam

pendidikan.(pp. 112 – 134). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Malaysia. Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod.

Tg Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Rami F. Mustafa. ( 2011 ). The P.O.E.Ms of Educational Research: A beginners’

Concise Guide. International Education Studies, 4(3), pp 23-30. Suter, W. N. (1998). Primer of Educational Research.Boston: Ally & Bacon. Wiersma, W. & Jurs, S.G. (2005). Research methods in education: An introduction.

Boston: Ally & Bacon. Ying, R. K. (2009). Case study research: Design and methods. Thousand Oaks,

CA: Sage Publications.

Page 134: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 124 Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian

Page 135: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 125 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

UNIT 8

ANALISIS DATA

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir bab ini, anda diharapkan dapat

1. Menerangkan jenis-jenis serta kegunaan analisa data kuantitatif

2. Menerangkan fasa-fasa dalam proses analisa data kualitatif

3. Membanding beza pendekatan cara menganalisa data kuantitatif dan data kualitatif

4. Menganalisis data-data kajian berdasarkan pendekatan kuantitatif atau kualitatif

5. Mengaplikasi cara untuk mendapatkan kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) pada data kajian (kuantitatif atau kualitatif)

PETA KONSEP

Analisa data

Data Kuantitatif

Cara analisa data: Guna

statistik

Statistik Deskriptif

Statistik Inferensi

Kesahan

(Validity)

Kebolehpercayaan

(Relialibility)

Data kualitatif

Proses analisa data

kualitatif

Kesahan (validity)

Kebolehpercayaan

(Relialibilty)

Page 136: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 126 Unit 8 Analisis Data

PENGENALAN

Selepas data kajian dikumpulkan, maka proses berikutnya adalah menganalisa.

Tanpa analisa yang tepat, data-data mentah ini tidak dapat dilaporkan kepada

audien. Maka dalam bab ini dibincangkan mengenai proses analisa data kuantitatif

dan proses analisa data kualitatif. Terdapatnya perbezaan antara pendekatan

menganalisa kedua-dua data kajian ini. Selain itu, kesahan (validity) dan

kebolehpercayaan (reliability) bagi kedua-dua kaedah kajian ini (kuantitatif dan

kualitatif) turut dimuatkan dalam bab ini.

ANALISA DATA KAJIAN

Analisis data bergantung kepada jenis data yang diperoleh. Jika ianya data

kuantitatif, yang terdiri daripada angka, maka iannya memerlukan analisis statistik.

Manakala bagi data kualitatif, data dalam bentuk ayat-ayat dan perkataan, maka

perlu pendekatan khusus untuk menganalisis, iaitu menggunakan proses pengkodan

(coding). Berikut dibincangkan serba ringkas cara analisa data kuantitatif dan analisa

data kualitatif ini.

ANALISA DATA KUANTITATIF Bagi menganalisa data kuantitatif kita memerlukan adalah statistik. Menurut Ary,

Jacobs dan Sorensen (2010), pengkaji perlu mempunyai asas mengenai statistik

kerana, statistik diperlukan untuk menginterpretasi data dan melaporkannya pada

orang ramai. Secara amnya, analisisis statistik adalah satu tatacara, teknik dan

kaedah yang teratur dalam memahami data yang terkumpul, membuat penelitian,

meringkaskan, menjalankan penganalisaan dan memaparkan hasil dapatan dalam

bentuk yang mudah difahami kepada orang ramai. Ianya terbagi kepada dua iaitu

statistik deskriptif dan statistik inferensi seperti yang diterangkan di bawah:

Page 137: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 127 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

1. Statistik deskriptif /keperihalan (descriptive statistic)

Menuut Azizi Yahaya et. Al, (2007) statistik deskriptif digunakan bagi menghurai atau

membuat ringkasan pada maklumat atau data yang diperoleh bagi sesuatu populasi

atau sampel. Ianya digunakan untuk menerangkan data atau maklumat dengan cara

meringkaskan beberapa set data atau maklumat seperti markah ujian, umur, etnik,

jantina, agar ianya mudah difahami oleh orang ramai. Selain untuk menghuraikan

taburan data-data, statistik deskripif juga digunakan untuk menunjukkan hubungan

antara pemboleh ubah-pemboleh ubah (Wiersma & Jurs, 2005). Berikut diterangkan

serba ringkas kegunaan statistik ini.

a. Deskripsi taburan data kajian

Data-data yang banyak perlu dilaporkan dan statistik deskripsi boleh digunakan

untuk memaparkan serta menghuraikan data-data tersebut dalam bentuk teratur.

Misalnya melalui penggunaan taburan frekuensi (frequency distribution) dan

histogram. Histogram adalah bentuk grafik yang mempunyai frekuensi pada paksi

menegak (vertical) dan nilai data pada paksi mendatar (horizontal). Selain itu,

melalui statistik ini juga dapat memberitahu kita mengenai taburan data-data kajian,

misalnya melalui ukuran kecenderungan memusat (measures of central tendency).

Berikut merupakan contoh-contohnya.

i. Min atau purata – purata arithmetik dan didapati dengan menjumlahkan

skor-skor di dalam taburan skor dan dibahagikan dengan jumlah

bilangan skor

ii. Mod – skor yang mempunyai kekerapan terbanyak

iii. Median– skor yang membahagi dua taburan skor supaya jumlah

bilangan skor adalah sama di kedua-dua pihak. Nilai yang terletak di

tengah-tengah setelah disusun mengikut susunan tertentu.

Dalam mendeskripsikan taburan data kajian, keserakan data-data tersebut juga

perlu dipaparkan dalam laporan kajian. Maka terdapat beberapa pengukuran seperti

dinyatakan di bawah bagi mengukur keserakan data-data (measures of spread).

Pengukuran ini akan memberi gambaran sama ada nilai data-data berjauhan atau

berdekatan antara satu sama lain. Berikut merupakan contoh-contohnya:

Page 138: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 128 Unit 8 Analisis Data

Julat atau Sela; Julat adalah jarak antara skor terbesar dengan terkecil,

apabila data disusun dalam lingkungan tetentu (range).

Varians dan sisihan piawai; Varians menggambarkan bagaimana skor-skor

dibezakan daripada purata arithmetik. Varian juga digunakan untuk mengenal

pasti keserakan skor-skor dalam satu taburan. Varians merupakan kuasa dua

bagi nilai sisihan piawai. Sisihan piawai adalah pengukuran yang utama

dalam kajian dan untuk menyatakan keserakan skor-skor dalam sesuatu

taburan. Ianya digunakan pada data skala sela dan nisbah. Sisihan piawai

menunjukkan jumlah purata sesuatu nilai atau skor individu tersisih daripada

skor min dalam sesuatu taburan (pengukuran jarak daripada purata

arithmetik).

2. Statistik inferensi (inferential statistic)

Statistik inferensi ini, berkaitan cara mendapatkan maklumat populasi daripada

sampel. Inferens atau andaian ke atas populasi adalah berasaskan maklumat

sampel-sampel ini, (Azizi Yahaya et al, 2007). Statistik inferensi adalah satu cara

kita menganggar parameter (ciri-ciri populasi) daripada statistik (ciri-ciri sampel) dan

berdasarkan dapatan statistik ini, satu inferensi serta generalisasi dapat dibuat

terhadap keseluruhan populasi (Ary, Jacobs & Sorensen, 2010; Wiersma & Jurs,

2005).

Secara amnya, statistik ini bertujuan untuk membuat ramalan, andaian atau

inferen daripada analisis sampel-sampel kajian. Hasil analisis sampel-sampel ini

boleh digeneralisasikan kepada populasi yang lebih besar, yang diwakili oleh sampel

tersebut. Maka, statistik ini adalah satu generalisasi sampel mengenai populasinya.

Oleh kerana ianya bertujuan untuk membuat generalisasi, maka cara pemilihan

sampel perlulah secara pensampelan rawak. Berikut merupakan antara ujian-ujian

yang digunakan dalam statistik inferensi.

a. Analisis Parameter

Menurut Mc Millan (2008), analisis parameter adalah prosedur statistik berdasarkan

andaian-andaian mengenai populasi yang dikaji. Terdapat beberapa ujian yang

sering digunakan seperti ANOVA, ujian-t dan ujian kolerasi.

Page 139: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 129 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

i. Ujian- t

Ujian-t digunakan untuk membandingkan dua min (purata) daripada dua kumpulan

data yang berbeza sahaja. Pada kebiasaannya, ujian-t ini digunakan apabila

melibatkan data kajian diukur dengan menggunakan skala ukuran sela dan skala

ukuran nisbah. Jika melibatkan lebih daripada dua, misalnya membandingkan min

(purata) tiga atau lebih kumpulan, maka ujian ANOVA perlu digunakan seperti

diterangkan di bawah.

ii. Analisis varians (Analysis of Variance : ANOVA)

Apabila kita ingin membandingkan min (purata) antara dua sampel, maka ujian-t

akan digunakan. Namun apabila terdapat kita ingin membandingkan lebih daripada

dua min, maka ujian ANOVA akan digunakan bagi menggantikan ujian-t. Maka

dalam ujian ANOVA ini, lebih daripada 2 kumpulan diuji secara serentak. Jika kita

ingin melihat sama ada terdapat perbezaan antara tiga atau lebih kumpulan atau

keadaan dalam eksperimen (misalnya perbezaan antara kumpulan-kumpulan

kawalan dan kumpulan rawatan). Dengan penggunaan ujian ANOVA ia akan dapat

membantu penyelidik untuk menganalisa dan membandingkan min-min bagi lebih

daripada dua kumpulan ini. Contoh lain, ANOVA ini boleh digunakan apabila kita

ingin membandingkan min (purata) markah matematik antara etnik (Melayu, India,

Cina, Orang Asli) setelah program tutorial intensif diberikan kepada kumpulan etnik-

etnik ini.

iii. Korelasi antara pemboleh ubah

Statistik deskriptif ini juga penting dalam mendeskripsikan dan menghuraikan

korelasi antara pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian. Bagi mengetahui sejauh

mana kekuatan korelasi antara pemboleh ubah, maka ianya di nyatakan dalam

pekali korelasi. Nilai pekali korelasi adalah di antara +1.00 dan -1.00. Jika nilai pekali

korelasi ialah 0.00, maka tidak wujud korelasi antara pemboleh ubah-pemboleh ubah

yang terlibat. Bagi menyatakan korelasi, terdapat pekali korelasi tertentu, seperti

pekali Pearson, pekali spearman dan lain-lain lagi. Pemilihan pekali ini adalah

bergantung kepada pada bagaimana data-data ini diukur.

Page 140: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 130 Unit 8 Analisis Data

Selain itu, statistik ini juga penting dalam meramal korelasi antara dua

pemboleh ubah. Ramalan (prediction) adalah anggaran perubahan pada satu

pemboleh ubah akan memberi kesan pada satu pemboleh ubah yang lain. Misalnya

kita boleh meramal pencapaian akademik berdasarkan ujian IQ.

Secara kesimpulannya, statistik deskriptif berfungsi untuk menghuraikan dan

membuat rumusan terhadap data-data kajian. Daripada statistik ini, informasi

mengenai taburan data-data dapat diperolehi. Memandangkan terdapat pelbagai

jenis teknik statistik, namun ianya perlu dipilih berdasarkan kepada skala

pengukuran yang digunakan dan apakah fungsi teknik statistik tersebut.

b. Analisis bukan parameter Khi Kuasa Dua dan taburan

Menurut Wiersma dan Jurs, (2005), analisis bukan parameter digunakan apabila

tidak ada andaian-andaian mengenai populasi yang dikaji. Ujian khi kuasa dua (Chi-

square), digunakan dalam analisis bukan parameter.

i. Khi Kuasa Dua (chi-square)

Ujian khi kuasa dua digunakan apabila terdapatnya dua kategori pemboleh ubah

yang berbeza dan pengkaji ingin melihat atau mengetahui bagaimana kategori-

kategori berbeza ini berkait antara satu sama lain. Sebagai contoh, kita ingin

mengetahui sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara pelajar daripada taraf

sosio ekonomi (SOE) tinggi atau rendah dengan pencapaian dalam SPM. Kita

memilih sampel daripada dua populasi (SOE rendah dan tinggi), lihat pencapaian

SPM mereka. Dengan ini, staistik khi kuasa dua ini, boleh digunakan untuk

menentukan sejauhmana kekuatan hubung kait antara kedua-dua pemboleh ubah

ini.

Sebagai rumusannya, statistik inferensi dapat membuat generalisasi tentang

sesuatu populasi, melalui kajian yang dibuat terhadap sekumpulan individu (sampel)

yang telah dipilih daripada populasi sebenar. Namun, generalisasi ini hanya

bermakna, apabila individu yang dipilih benar-benar mewakili populasi sebenar.

Selain itu dalam pendidikan, statistik ini mempunyai kepentingannya. Misalnya, jika

guru ingin menggunakan sesuatu intervensi (contoh program jom ke surau) untuk

mengurangkan salah laku, maka kita perlu mempunyai bukti yang menunjukkan

intervensi itu berkesan untuk diteruskan atau sebaliknya. Maka di sinilah pentingnya

Page 141: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 131 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

penggunaan statistik inferensi. Berikut di ringkaskan perbezaan antara kedua-dua

statistik ini.

Jadual 8.1: Perbezaan antara statistik deskriptif dan statistik inferensi

Statistik Fungsi Ujian statistik yang digunakan

Deskriptif Huraikan ciri-ciri pemboleh ubah, misalnya mengenai taburan data-data kajian

Digunakan untuk mengorganisasi data dalam bentuk teratur (graf, carta pai, dsbnya)

Frekuensi, min, mod, medium, julat, varian, sisihan piawai, peratusan dan sebagainya.

Inferensi Huraikan perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian

Digunakan untuk menunjukkan korelasi antara pemboleh ubah-pemboleh ubah

Untuk membuat generalisasi keputusan kajian yang diperoleh daripada sampel kajian kepada populasi kajian

Ujian-t, Anova, ujian Khi-Kuasa dua, ujian korelasi, ujian kolerasi Pearson dan lain-lain lagi.

Sebagai rumusan, kedua-dua bentuk statistik ini (deskriptif dan inferensi)

berguna dalam menganalisa data kuantitatif. Sebagai pengkaji, kita harus

memahami dan memilih statistik bersesuaian dengan data yang kita kumpul dan

objektif kajian kita. Pada bahagian berikutnya akan dibincangkan mengenai aspek

yang penting dalam kajian kuantitatif, iaitu kesahan (validity) dan kebolehpercayaan

(reliability).

Apabila kita memilih untuk menjalankan kajian kuantitatif, maka kita perlu

bersiap sedia dengan memberikan justifikasi pemilihan instrumen (soal selidik, skala

pengukuran) yang kita gunakan dalam sesuatu kajian. Oleh itu, pengkaji perlu

mengutarakan justifikasi berdasarkan aspek kesahan (validity) dan

kebolehpercayaan (reliability) instrumen kajian yang bakal gunakan tersebut. Berikut

merupakan penerangan ringkas mengenai kedua-dua aspek ini dan perkaitannya

dalam kajian kuantitatif.

Page 142: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 132 Unit 8 Analisis Data

KEBOLEHPERCAYAAN DALAM KAJIAN KUANTITATIF

Kebolehpercayaan (reliability) bermakna kaedah tersebut bebas daripada kesilapan,

di mana setiap kali pengukuran di buat berulang-ulang kali, tetapi keputusannya

tetap konsisten, (Lambert, 2012; Mc Millan, 2008). Manakala menurut Chua Yan

Piaw, (2006) kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan merujuk kepada

keupayaan sesuatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran

yang sama diulangi. Sebagai contoh, ujian atau borang soal selidik itu dikatakan

‘reliable’ atau boleh dipercayai jika ianya memberi keputusan yang sama apabila

ianya di uji atau diulang beberapa kali. Pada kebiasaanya, pengkaji boleh

menggunakan pelbagai cara untuk menunjukkan pengukuran atau skala mereka

adalah ‘reliable’. Terdapat empat jenis pendekatan untuk menentukan

kebolehpercayaan, seperti digambarkan dalam jadual di bawah.

Jadual 8.2: Pendekatan dalam mentukan kebolehpercayaan data dalam kajian

kuantitatif

Jenis kesahan melalui:

Penerangan Ralat pada (Errors over):

Pemerhati (Observer)

Menggunakan pendekatan kebolehpercayaan antara dua pemerhati (Inter-Rater or Inter-Observer Reliability)

Digunakan untuk menilai dan melihat sejauh mana dua atau lebih pemerhati/ penilai konsisten dalam menilai sesautu pekara. Jika peratus kedua-dua pemerhati ini dalam lingkungan ≥86 %, maka ini dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Peratusan ini melambangkan darjah persetujuan antara dua pemerhati/penilai yang berbeza.

=

Pemerhati atau penilai

objek/ fenomena yang diperhatikan

Pemerhati A Pemerhati B

Page 143: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 133 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Stabiliti /Kukuh

(Stability)

Menggunakan pendekatan pengujian semula (Test-Retest)

Digunakan untuk menilai samada sesuatu pengukuran adalah konsisten apabila diukur pada masa yang berbeza.

Pada kebiasaanya, pengkaji perlu mengukur sesuatu sampel/objek pada dua masa berbeza. Andaian yang dibuat adalah, apabila ukuran dibuat pada masa berbeza mempunyai nilai yang sama, maka kebolehpercayaan adalah tinggi.

=

Masa (time)

Kesamaan

(Equivalance)

Menggunakan pendekatan bentuk selari atau sama (Parallel-Forms)

Digunakan untuk menilai sama ada hasil ujian konsisten ataupun tidak, di mana dua ujian yang berbeza perlu dibentuk bagi menguji sesuatu aspek.

Ini bermakna pengkaji perlu, membina soalan-soalan yang banyak, kemudian membahagikan secara rawak kepada dua set soalan. Kedua-dua set soalan ini diberikan pada kumpulan sampel yang sama. Korelasi antara dua set soalan-soalan ini adalah sama, adalah anggaran kepada darjah kebolehpercayaan. Namun, pendekatan ini, memerlukan pengkaji membina banyak soalan yang menguji aspek yang sama.

=

Bentuk (forms)

Ketekalan dalaman (Internal consistency)

Mengukur korelasi antara item yang mengukur aspek yang sama.

Pengkaji akan memberikan satu bentuk instrumen sahaja kepada hanya satu kumpulan individu serta ianya sekali sahaja. Apabila keputusan yang konsisten diperolehi daripada items yang mengukur aspek yang sama, maka ianya mempunyai ketekalan dalaman. Antara contoh cara untuk mengukur ketekalan dalaman adalah dengan menggunakan coefficient alpha (Cronbach Alpha), ‘split-

Item

masa pertama

Pengukuran pada masa pertama

Pengukuran pada masa kedua

BENTUK A

BENTUK B

Page 144: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 134 Unit 8 Analisis Data

half’ dan sebagainya.

Menurut Suter (1998), ‘reliability can also be described in terms of

consistency, dependability and reproducibility. This consistency can be thought over

four general sources, times, forms, items and raters. Maka secara umum,

kebolehpercayaan kaedah kajian kuantitaif juga mempertimbangkan sejauh mana

konsistennya sesuatu instumen itu memberi bacaan setiap kali pengukuran dibuat.

Jika bacaan yang diperolehi adalah konsisten, maka ianya adalah instrumen yang

‘reliable’ atau boleh dipercayai dalam mengumpul data kajian kuantitatif.

KESAHAN DALAM KAJIAN KUANTITATIF

Kesahan adalah merujuk kepada sejauhmana ujian/skala/instrumen dapat mengukur

sesuatu yang sepatutnya diukur (Suter, 1998; Lambert, 2012), sebagai contoh

mudah, jika kita ingin mengukur berat gula kita perlu menggunakan alat penimbang

dan bukannya pita pengukur atau pembaris. Jika kita menggunakan alat penimbang,

ianya merupakan alat yang tepat (valid instrument). Dalam konteks kajian, sebagai

contoh jika pengkaji ingin membentuk skala bagi mengukur ‘kepimpinan pengetua’

maka pengkaji perlu menenentukan dimensi atau aspek yang ingin diukur dan cuba

mereka items/skala yang tepat bagi mengukur dimensi/aspek tesebut.

Dalam kajian kuantitatif, amatlah perlu menggunakan instrumen kajian (cth;

skala pengukuran, soal selidik dan sebagainya) yang telah sahkan (valid). Ini

kerana, jika instrumen yang digunakan itu tidak ‘valid’, maka ianya mempengaruhi

kajian yang dilaksanakan. Menurut Mc Millan (2008), instrumen kajian yang sah

(valid) akan memberi pengaruh terhadap kajian kuantitatif, kerana ianya

meningkatkan kredibiliti. Maka tidak hairanlah, kebanyakkan pengkaji kuantitatif

cenderung menggunakan instrumen kajian yang telah mempunyai kesahan.

Menurut Chua Yan Piaw, (2006) terdapat beberapa jenis kesahan, seperti

kesahan muka, kesahan kriteria, kesahan bina, kesahan kandungan, kesahan

Item Item

korelasi antara 2 item yang mengukur aspek yang sama

Page 145: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 135 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

dalaman dan kesahan luaran. Namun, menurut Wiersma dan Jurs, (2005), secara

amnya terdapat tiga kesahan yang utama dan penting iaitu seperti digambarkan

dalam jadual di bawah:

Jadual 8.3: Jenis kesahan dalam kajian kuantitatif.

Jenis kesahan Penerangan

Isi kandungan/ intipati (content) Pengkaji perlu memastikan kandungan items-item yang dibina perlu menepati atau melambangkan aspek yang ingin diukur.

Misalnya jika kita ingin mengukur kemahiran maka intipati items dalam instrumen kajian perlulah menepati dan merangkumi kemahiran yang ingin diukur.

Kriteria (criterion)

Mendapat kesahan melalui perbandingan dengan kriteria luaran (external criterion).Kriteria luar ini merupakan satu standard dan jika aspek pengukuran kita adalah menepati standard ini, maka ianya dikatakan mempunyai kesahan.

Terdapat dua pendekatan dalam kesahan kriteria ini iaitu seperti di bawah. Melalui pendekatan ini hubungan antara skor ujian/ukuran dan kriteria luaran akan dikenalpasti sama ada menepati atau sebaliknya:

Jenis & aspek perbandingan

Serentak (concurrent)

Ramalan (predictive)

Ciri umum Tiada selang masa yang lama untuk membuat perbandingan antara data yang dikumpul dan kriteria (yang ingin dibandingkan) tersebut

Biasanya digunakan apabila data yang dikumpul itu dibandingkan dengan kriteria selepas beberapa tempoh masa

Objektif Pengukuran ini melambangkan perbandingan pada masa kini.

Pengukuran yang dibuat dapat meramal apa yang mungkin berlaku di pada masa akan datang. Sebagai contoh, gred bahasa inggeris semasa SPM dan pencapaian bahasa inggeris semasa di universiti.

Bina (construct) ‘Construct’ adalah sesuatu yang trait yang diukur, misalnya kepandaian, motivasi, kebimbangan, sikap dan lain-lain lagi.

Sebagai contoh, untuk mengukur pencapaian akademik pelajar. Pengkaji perlu menentukan apakah ‘construct’ yang perlu digunakan untuk mengukur pencapaian akademik dan ianya perlulah diuji sama ada ‘consrtuct’ yang dipilih tersebut benar-benar menepati aspek ‘pencapaian akademik’.

Page 146: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 136 Unit 8 Analisis Data

Oleh itu, bagi meningkatkan mutu serta kredibiliti kajian, maka pengkaji perlu

memilih instrumen kajian yang telah kukuh dan‘valid’. Ini kerana instrumen adalah

alat yang penting dalam mengumpul data kajian kuantitatif dan seterusnya

mempengaruhi hasil kajian tersebut. Maka amatlah perlu sebagai pengkaji baru

menggunakan instrumen kajian yang telah sedia ada, yang telah diuji kesahannya.

Walau bagaimanapun, jika, pengkaji bercadang untuk membuat instrumen kajian

yang baru, pengkaji perlu mengesahkan instrumen tersebut terlebih dahulu, sebelum

ianya digunakan untuk mengutip data kajian.

ANALISA DATA KUALITATIF Creswell (2007) penganalisa data dalam kulitatif melibatkan penyediaan data,

mengorganisasi data untuk dianalisis dan kemudiannya proses pengkodan. Lacey &

Luff, (2001), menyatakan proses menganalisa data mempunyai beberapa fasa,

bermula dengan penerokaan data kajian (familiarisation of the data), transkripsi

(transcription), mengorganisasi (organization), pengkodan (coding) dan analisis

(analysis). Berikut di gambarkan prosesnya.

AKTIVITI 8.1

1. Apakah perbezaan antara statistik deskriptif dan statistik inferensi? Bincangkan dan huraikannya.

2. Apakah anda faham tentang kesahan (validity) dalam kajian kuantitatif.

Page 147: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 137 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Rajah 8.1: Langkah-langkah dalam menganalisa data kualitatif

Fasa 1: Penerokaan data kajian (familiarisation of the data)

Ini merupakan fasa yang amat penting, kerana pada masa ini pengkaji perlu

membaca, menyemak, mendengar berulang-ulang kali data-data yang telah

dikumpul. Apabila pengkaji telah ‘familiar’ dengan data, pengkaji akan lebih

memahami data dengan lebih mendalam. Pada kebiasaanya, pengkaji akan

membuat sedikit ringkasan yang penting mengenai aspek-aspek penting data-data

kajian yang telah terkumpul.

Fasa 2: Transkripsi (transcription)

Transkripsi adalah proses menukarkan rakaman temubual (dalam bentuk audio) dan

nota lapangan (field note) yang bertulis tangan kepada bentuk ‘verbatim’ (bertulis,

bertaip) agar ianya mudah dibaca, difahami. Proses transkripsi amat perlu agar

kesemua data yang telah direkodkan (data audio) dan diperhatikan (nota lapangan)

dinyatakan dalam bentuk lebih teratur, agar membantu pengkaji mendapat

gambaran menyeluruh mengenai isu kajian. Jika pengkaji secara terus menganalisa

data kajian daripda nota lapangan atau rakaman temu bual, besar kemungkinan

akan adanya bias, di mana pengkaji akan cenderung memilih dan memasukkan

Penerokaan data

(Familiarisation of data)

Proses pengkodan (coding process)

Mengorganisasi (organization)

Transkripsi (transcription)

Grounded Theory

Rangka Analisis (framework analysis)

Analisis (analisis)

Page 148: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 138 Unit 8 Analisis Data

aspek-aspek yang menarik, relevan sahaja tanpa mempertimbangkan aspek-aspek

lain dalam data kajian.

Selain itu, dalam transkripsi, segala tanda bukan lisan (non-verbal cue)

seperti diam sejenak (mungkin menandakan malu atau gangguan emosi), ‘mmm....,

aaaa...’ (menandakan responden kajian sedang berfikir), ketawa, mimik muka

(cnth:berkerut dahi, mata terbeliak), kesemuanya patut direkodkan kerana

keemuanya ini penting kerana ianya adalah gambaran atau refleksi perasaan

sebenar responden kajian. Pengkaji juga tidak perlu menukar struktur ayat, atau

perkataan agar ianya tepat mengikut tatabahasa, sebaliknya apa yang di dengar

melalui rakaman , hanya itulah ditranskripkan.

Fasa 3: Mengorganisasi (organization)

Selepas transkripsi kesemua data telah siap, pengkaji perlu menyusunnya dengan

teratur (mengorganisasi) agar memudahkan pengkaji merujuk serta mencari data-

data tersebut apabila di perlukan. Pada fasa ini akan melibatkan menukar nama

responden kajian yang ramai kepada nama samaran (pseudoname). Penukaran

nama ini adalah perlu, kerana ianya adalah salah satu etika kajian, iaitu kerahsiaan

butiran sebenar responden. Sebagai contoh, jika terdapat 7 orang guru sekolah telah

di temu bual, maka setiap seorang perlu di beri nama samaran atau pengkaji boleh

menggunakan kod singkatan (contoh: G1 untuk mewakili pertama, G2, G3,....G7

mewakili guru yang terakhir). Pemilihan sama ada untuk menggunakan nama

samaran atau kod singkatan bergantung pada anda, asalkan anda mengingatnya.

Fasa 4: Proses pengkodan (coding process)

Pengkodan adalah proses untuk meneliti, membaca, mengenalpasti serta

mengeluarkan teks (sama ada beberapa patah perkataan, ayat atau perenggan) dan

memberi kod (label) agar ianya mudah untuk dianalisis. Menurut Boeije (2010), ‘a

code is a summarizing phrase for a piece of text which expreses the meaning of the

fragment.’ Oleh itu, kod biasanya dalam satu bentuk, beberapa perkataan yang

ringkas ataupun ditulis dalam bentuk singkatan dan ianya menggambarkan maksud

idea/konsep terhadap frasa-frasa dan ayat-ayat tersebut. Pengkodan boleh

dilakukan secara manual oleh pengkaji ataupun menggunakan perisian tertentu

Page 149: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 139 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

seperti NUD IST, NVivo dan AtlasTi. Perisian ini akan memudahkan pengendalian

data yang banyak serta proses pengkodan.

Kod-kod baru akan terus terhasil apabila adanya data-data yang tidak

menepati kod yang telah sedia ada. Pada kebiasaanya apabila pengkaji membaca

berulang-ulang kali transkripsi, akan wujud kod baru, pertukaran serta perubahan

pada kod. Maka, proses pengkodan data kajian memerlukan masa yang lama, sikap

yang teliti dan pemikiran analitikal.

Fasa 5: Analisis

Peringkat ini adalah melibatkan proses untuk membina tema. Terdapat dua

pendekatan iaitu seperti di bawah:

Grounded Theory – Pendekatan induktif.

Melalui pendekatan ini, kesemua tema-tema adalah berasal atau terbentuk daripada

data-data kajian (temu bual, nota lapangan, dokumen berkaitan). Melalui

pendekatan induktif ini, pengkaji cuba untuk mencari makna, penerangan atau cuba

membentuk satu teori yang cuba menggambarkan perkaitan aspek-aspek penting

dalam isu kajian.

Rangka analisis (Framework analysis)- Pendekatan deduktif

Berdasarkan pembacaan, pengalaman atau pemikiran yang logik, pengkaji akan

mempunyai satu kerangka pemikiran mengenai tema-tema yang mungkn diperolehi

daripada data-data kajian. Ini bermakna, melalui pendekatan deduktif ini, pengkaji

telah menetapkan set-set kategori dan tema-tema pada permulaan kajian dijalankan.

Daripada data-data kajian, pengkaji akan mengenalpasti frasa, ayat atau perenggan

tertentu yang berpadanan dengan tema-tema atau kategori-kategori yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, pengkaji tidaklah perlu terikat seratus peratus dengan tema-

tema atau kategori yang telah ada dan jika wujudnya tema baru, maka ianya

perlulah dimasukkan dalam laporan kajian.

Kesimpulan, dalam melaksanakan proses analisa data kualitatif, langkah

dalam rajah 8.2 boleh dijadikan panduan. Namun pada asasnya, dalam proses

analisis data kualitatif, ianya merupakan proses berterusan dan ‘non linear’.

Walaupun kod-kod telah siap dibina, namun pengkaji perlu menyemak semula

Page 150: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 140 Unit 8 Analisis Data

beberapa kali. Ini memerlukan pengkaji untuk bekerja ‘back’ dan ‘forth’, (Othman

Lebar, 2009; (Creswell, 2007). Ini bermakna, dalam proses penganalisa data

kualitatif, pengkaji akan melakukan penyemakan kod-kod berulang kali, walaupun

kod itu telah siap dibina.

KEBOLEHPERCAYAAN DATA KUALITATIF

Merriam (1998), mentakrifkan kebolehpercayaan atau ‘reliability’ adalah sejauhmana

dapatan kajian boleh diulang atau direplikasikan. Dengan perkataan lain, adakah

kajian ini, jika diulang akan menghasilkan dapatan yang sama. Namun menurut

Merriam (1998) lagi, dalam penyelidikan kualitatif, yang melibatkan bidang sains

sosial, adalah agak sukar untuk mendapatkan dapatan yang sama kerana perlakuan

manusia adalah tidak statik.

Oleh itu, menurut Creswell (Creswell, 2007), kebolehpercayaan dalam kajian

kualitatif adalah berdasarkan ‘ intercoder agreement’, iaitu persetujuan antara

beberapa individu dalam menyemak kod-kod analisa yang telah dibuat pada data

kajian.

Penyemakan dan pengesahan kod ini perlu dilakukan oleh pakar bidang

kajian ini, (another coder). Persetujuan antara pengkodan yang dilakukan oleh

AKTIVITI 8.2

Secara berpasangan temu bual rakan anda mengenai ‘apakah punca-punca berlakunya salah laku dalam pelajar di sekolah? Anda boleh merujuk Unit 7 bagi melihat kaedah melaksanakan temu bual

1. Berdasarkan temu bual yang telah dirakam, buat satu transkripsi temu bual.

2. Bincang bersama rakan dan cuba bina kod-kod bagi menjawab soalan di atas. Cuba fikirkan, apakah pendekatan analisis yang akan anda gunakan.

3. Bentangkan dalam kelas untuk mendapat refleksi daripada pensyarah anda.

Page 151: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 141 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

pengkaji dan ‘another coder’ dilakukan dengan melihat persetujuan bersama dengan

menggunakan formula dalam rajah di bawah. Menurut Noriah Mohd Ishak et. al

(2010) penyelidik boleh menilai kebolehpercayaan sesuatu kajian kes dengan

menentukan nilai penentuan darjah persetujuan pengekodan yang dilakukan oleh

penyelidik dengan pengkodan yang dilakukan oleh pakar dalam bidang penyelidikan.

Miles & Huberman (1994), proses menyemak kod bukan hanya membantu dalam

memberi makna atau definisi yang tepat pada data-data mentah kajian, malah ianya

satu cara yang baik untuk menyemak kebolehpercayaan. Rajah berikut

menunjukkan formula pengiraannya.

Rajah 8.2: Formula pengiraan kebolehpercayaan pada kod kajian. (Sumber: Miles &

Huberman (1994).

Menurut Miles dan Huberman, (1994) jika persetujuan antara kita sebagai pengkaji

dan peyemak kod (another coder) adalah melebihi 0.70 (≥ 70 %), maka pengkodan

pada data kajian di terima atau disahkan.

KESAHAN DATA KUALITATIF

Kesahan (validity) dalam kualitatif adalah satu proses untuk mendapatkan

kebenaran dengan berada lama di tempat kajian serta mempunyai hubungan yang

rapat dengan responden, (Creswell, 2007). Terdapat lapan strategi untuk

menentukan kesahan dalaman misalnya masa dan kekepan bersama responden,

triangulasi, ulasan oleh rakan (peer review), semakan oleh responden (member

checking), deskripsi yang mendalam (rich thick description), audit luaran (external

Audit), penjelasan mengenai bias sebagai pengkaji (clarifying researcher biases)

dan analisis kes secara negatif, (Creswell, 2007).

Kebolehpercayaan = Bilangan kod yang dipersetujui ____________________________________________________________ Jumlah kod yang dipersetujui + Jumlah kod yang tidak dipersetujui

Page 152: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 142 Unit 8 Analisis Data

1. Masa yang lama di tempat kajian dan kekerapan bersama responden

Apabila pengkaji berada lama di tempat kajian, membuatkan dia lebih rapat dan

memahami budaya, isu kajian dengan terperinci. Namun, berada dengan lamanya di

tempat kajian tidak mencukupi, seandainya tidak disertakan dengan kekerapan

memerhati responden dan berinteraksi bersama mereka. Jika masa yang lama dan

lebih kerap bersama responden, maka ‘rapport’ atau hubungan yang baik akan

terbentuk antara responden dan pengkaji. Apabila hubungan baik telah terbina,

maka lebih senang untuk responden meluahkan pandangan, perasaan terhadap isu

kajian.

2. Triangulasi (triangulation)

Marshall dan Rossman (2006) triangulasi bukanlah semata-mata untuk

mendapatkan kebenaran, tetapi dapat memberi gambaran mengenai dunia sosial

dari pelbagai perspektif. Terdapat 4 jenis kaedah triangulasi, iaitu (a) sumber data

(orang, tempat, masa); (b) kaedah (temu bual, pemerhatian, analisa dokumen); (c)

penyelidik yang berbeza (peyelidik A, peyelidik B ); dan (d) teori yang pelbagai, (Lim

Chap Sam & Chee Kim Mang, 2010; Denzin (1978) dalam Berg (2009).

a. Triangulasi sumber data mempunyai 3 jenis iaitu masa, tempat dan orang.

b. Triangulasi pengkaji iaitu melibatkan lebih daripada seorang pengkaji bagi

mengkaji sesuatu isu.

c. Triangulasi pada teori, di mana lebih daripada satu teori digunakan dalam

menjalankan kajian.

d. Triangulasi pada metod atau kaedah kajian.

3. Ulasan oleh rakan (peer review)

Fungsi rakan (peer) adalah membaca, meniliti dan membuat komen yang analitis

tentang aspek seperti meodologi, analisa serta interpretasi kajian yang kita jalankan.

Rakan ini akan memastikan kita jujur dalam menjalankan kajian.

Page 153: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 143 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

4. Semakan oleh responden (member checking)

Ini merupakan cara yang terpenting untuk meningkatkan kredibiliti kajian. Pengkaji

akan membawa data yang telah di analisis dan di interpretasikan untuk disemak oleh

responden kajian. Sebagai contoh, setelah selesai proses transkripsi data temu bual,

tema-tema atau kod tertentu akan dibina oleh pengkaji. Maka, responden akan

menyemak kod yang telah dibuat pada transkripsi temu bual ini. Pada masa ini,

responden akan membuat refleksi terhadap data yang telah diinterpretasi oleh

pengkaji.

5. Deskripsi yang mendalam (rich thick description)

Penerangan dan deskripsi yang memdalam tentang aspek kajian, tempat kajian,

responden kajian akan menyebakan kajian kita bersifat telus, tanpa ada

penyembunyian data-data kajian.

6. Audit luaran (External Audit)

Individu yang mempunyai kepakaran (auditor) akan memeriksa laporan kajian yang

telah terhasil. Individu ini adalah seseorang yang tidak mempunyai perkaitan atau

terlibat dengan kajian yang kita jalankan. Antara aspek yang akan disemak oleh

auditor ini adalah adakah rumusan dan interpretasi hasil kajian disokong oleh data-

data kajian yang ada.

7. Penjelasan mengenai Bias sebagai pengkaji (Clarifying researcher biases)

Penjelasan mengenai aspek tertentu seperti pengalaman, anggapan awal, orientasi

pemikiran pengkaji dijelaskan di awal kajian, iaitu sebelum kajian di mulakan.

Apabila pengkaji telah menjelaskan kesemua aspek-aspek ini dalam laporan kajian,

maka akan menyebabkan pembaca lebih memahami kedudukan pengkaji dan

pemikirannya terhadap isu kajian. Ini penting kerana kesemua aspek-aspek ini akan

mempengaruhi interpretasi data kajian.

Page 154: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 144 Unit 8 Analisis Data

8. Analisis kes secara negatif

Semasa proses analisa data berjalan, pengkaji akan cuba mengurangkan andaian

awal kajian. Pada masa ini, pengkaji akan menyemak dan hanya memfokuskan

aspek penting kajian serta cuba mengeluarkan aspek atau pekara-pekara tidak

penting.

Sebagai rumusan, memandangkan analisa data kualitatif berbentuk

perkataan dan banyak melibatkan refleksi pengkaji, kadangkala laporan hasil kajian

sukar untuk dipercayai serta dipersoalkan. Maka adalah perlu bagi pengkaji untuk

menjalankan beberapa teknik di atas bagi mendapatkan kesahan (validity) dan

kebolehpercayaan (reliability) kajian.

RUMUSAN Daripada perbincangan unit ini, dapat memberi gambaran kepada kita terdapat

pendekatan yang berbeza dalam menganalisa data kajian kuantitatif dan data kajian

kualitatif. Perbezaan ini wujud kerana bentuk-bentuk data kajian kuantitatif berbeza,

iaitu dalam bentuk angka, manakala bentuk data kajian kualitatif adalah dalam

bentuk ayat-ayat dan perkataan. Pendekatan analisa yang diguna pakai perlulah

bersesuaian dengan jenis data, bagi memastikan keputusan yang tepat diperolehi

serta menjawab segala objektif kajian. Selain itu bagi meningkatkan kredibiliti kajian,

maka ianya perlulah mempunyai kesahan (validity) dan kebolehpercayaan

(reliability). Maka, diharap melalui pembacaan unit ini, ianya dapat memberi

kefahaman terhadap perbezaan aspek kesahan (validity) dan kebolehpercayaan

(relialibilty) bagi kajian kuantitatif dan kualitatif.

PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan langkah-langkah dalam proses menganalisa data kajian kualitatif?

2. Nyatakan lima strategi yang boleh digunakan untuk mendapatkan kesahan (validity) dalam kajian kualitatif.

3. Bincangkan empat jenis pendekatan untuk menentukan kebolehpercayaan (relialibility) dalam kajian kuantitatif.

Page 155: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 145 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

4. Apakah anda faham tentang kebolehpercayaan dalam kajian kuantitatif. Bincangkan beserta dengan contoh bersesuaian.

RUJUKAN Ary, D., Jacobs, L.C. & Sorensen, C. (2010). Introduction to Research in Education.

Belmont, Canada; Wadsworth Cengage Learning. Azizi Yahaya et al (2007:190). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: Teori,

analisis dan interpretasi data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Berg, B. L. (2009). Qualitative research methods for the social sciences. Boston:

Pearson Education. Boeije, H. (2010). Analysis in qualitative research. California, USA: Sage

Publication. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

Education. Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry & research design: Choosing among five

approaches. Thousand Oak, California: Sage Publications. Lambert, M. (2012). A Beginner’s Guide to Doing Your Education Research Project.

Thousand Oak, Ca: Sage Pblications. Lacey, A. & Luff, D. (2001). Qualitative Data Analysis. Diakses daripada

http://research.familymed.ubc.ca/files/2012/03/Trent_Universtiy_Qualitative_Analysis7800.pdf, pada 11 Januari, 2013.

Lim Chap Sam & Chee Kim Mang. (2010). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam

pendidikan. Dalam Noraini Idris. (Ed.). Penyelidikan dalam pendidikan. (pp 163 – 178). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Malaysia.

Marshall, C. & Rossman, G.B. (2006). Designing qualitative research. California,

USA: Sage Publications. McMillan, J. H. (2008). Educational research: Fundamentals for the consumer.

Boston: Allyn & Bacon. Merriam, S.B. (1998). Qualitative research and case study: Applications in

education. New York: Jossey Bass Inc. Miles, M. B. & Huberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis. California, USA:

Sage Publications.

Page 156: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 146 Unit 8 Analisis Data

Noriah Mohd Ishak, Siti Fatimah Mohd Yassin, Mohd Izham Mohd Hamzah & Siti Rahaya Ariffin (2010). Kajian kes. Dalam Noraini Idris. (Ed.). Penyelidikan dalam pendidikan. (pp. 345 – 371). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Malaysia.

Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod.

Tg Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Suter, W. N. (1998). Primer of Educational Research.Boston: Ally & Bacon. Wiersma, W. & Jurs, S.G. (2005). Research methods in education: An introduction.

Boston: Ally & Bacon.

Page 157: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 147 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

UNIT 9

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap andadapat:

1. Melaporkan profil demografi dalam bentuk jadual.

2. Menulis implikasi kajian.

3. Menulis perbincangan berdasarkan hasil kajian.

4. Menyenaraikan dua cadangan kajian lanjutan.

PETA KONSEP

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hasil Kajian Perbincangan dan Implikasi

Profil Responden

Dapatan Kajian

Ringkasan Kajian

Perbincangan Dapatan Kajian

Perbincangan Dapatan Kajian

Cadangan Kajian Lanjut

Page 158: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 148 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

PENGENALAN

Unit ini akan memberi tumpuan, bagaimana penyelidik perlu menjelaskan proses

menganalisis data dan mempamirkan hasil analisis data. Seterusnya unit ini juga

menjelaskan bagaimana data boleh dipersembahkan sama ada dalam bentuk

jadual, rajah atau gambar supaya dapat meringkaskan hasil analisis yang

diperoleh. Selain dari itu, unit ini juga akan memberi contoh bagaimana hasil

analisis dinterpertasi berdasarkan konteks kajian dan seterusnya membuat

kesimpulan berdasarkan persoalan kajian. Sub topik yang diwujudkan dalam unit

ini adalah mengikut inti pati objektif dan soalan kajian yang telah ditetapkan.

HASIL KAJIAN

Pembaca ingin tahu apakah jenis data yang diperoleh dan bagaimana proses

analisis data tersebut dilakukan. Justeru dalam pelaporan, keputusan analisis yang

telah diperoleh perlu diterangkan secara sistematik, jelas dan teratur.Ertinya,

penyelidik perlu melaporkan dapatan analisis yang mudah seperti nilai min,

kekerapan atau peratus. Setelah itu penyelidik boleh melaporkan pula dapatan

analisis yang lebih kompleks seperti kolerasi atau ANOVA dan sebagainya.

Pembaca perlu faham apa yang penyelidik tuliskan atau ingin sampaikan.

Sekiranya perlu, penyelidik boleh mempersembahkan data yang diperoleh dengan

menggunakan jadual atau graf. Perlu diingat bahawa jadual atau graf hanyalah

untuk memudahkan sesuatu penerangan, namun begitu ia perlu diterangkan

secara penulisan supaya pembaca tidak membuat interpretasi berdasarkan

pendapat mereka sendiri.

Bagi memastikan kesemua persoalan kajian terjawab, penyelidik perlu

menghuraikan dapatan kajian yang diperoleh dan dipersembahkan mengikut

urutan persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam Bab 1. Secara umumnya

penyelidik boleh melaporkan dapatan kajian penyelidikan kepada dua bahagian

utama iaitu profil responden dan dapatan kajian.

Page 159: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 149 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

a. Profil Responden

Bahagian pertama ialah profil responden atau profil demografi. Responden kajian

adalah subjek yang terlibat secara langsung dalam kajian, seperti mereka yang

menjawab soal selidik, ditemu bual, mereka yang diperhatikan, atau mereka yang

menjawab soalan ujian. Profil responden akan memaparkan maklumat yang

berkaitan responden yang dikaji seperti jantina, umur, tahap pendidikan,

pengalaman mengajar, pengalaman menggunakan Internet dan sebagainya.

Maklumat berkaitan dengan demografi ini penting kepada pembaca, kerana

kadang kala pembaca ingin mengetahui status berkaitan dengan kekerapan atau

mungkin peratus berkaitan dengan sampel yang diselidiki. Selain itu penyelidik juga

boleh menggunakan maklumat demografi ini,sebagai data untuk menyokong

perbincangan penyelidik dalam laporan berkaitan isu yang dikaji termasuk implikasi

kajian. Maklumat profil responden ini boleh dibentangkan sama ada secara huraian

teks, jadual, graf atau gabungan kedua-duanya. Contoh profil responden dapat

ditunjukkan dalam contoh 1 (Rajah 9.1)

Rajah 9.1: Profil Responden

Contoh 1 Jadual 1.1 : Profil Guru

Faktor Demografi Kategori Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki Perempuan

110 436

20.1 79.9

Umur 25-29 tahun 30-39 tahun 40-56 tahun

89 258 199

16.3 47.3 36.4

Tahap Pendidikan Siswazah Bukan siswazah

238 308

43.6 56.4

Pengalaman menggunakan Internet 5 tahun ke bawah 5-10 tahun 10 tahun keatas

115 230 201

21.1 42.1 36.8

Mempunyai akses Internet Ada Tiada

430 116

78.8 21.2

Daripada jumlah keseluruhan sampel, seramai 546 orang (79.9%) adalah guru perempuan dan 110 orang (20.1%) adalah guru lelaki. Daripada segi komposisi umur didapati seramai 89 orang (16.3%) guru adalah berumur antara 20 hingga 30 tahun, seramai 258 orang (47.3%) guru berumur antara 30 hingga 39 tahun dan seramai 199 orang (36.4%) guru berumur lebih daripada 40 tahun. Daripada segi tahap pendidikan pula seramai 238 orang (43.6%) adalah daripada kategori siswazah dan seramai 308 orang (56.4%) adalah guru daripada kategori bukan siswazah. Daripada segi pengalaman menggunakan Internet pula, majoriti guru berpengalaman menggunakan Internet antara 5 hingga 10 tahun iaitu seramai 230 orang (42.1%), ini diikuti guru yang berpengalaman 10 tahun ke atas iaitu seramai 201 orang (36.8%) dan kumpulan yang terakhir iaitu seramai 115 orang guru (21.1%) hanya berpengalaman menggunakan Internet kurang daripada 5 tahun. Selain itu majoriti guru iaitu 430 orang (78.8%) mempunyai akses Internet di rumah dan hanya 116 orang guru (21.2%) tidak memiliki akses Internet di rumah.

Page 160: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 150 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

b. Dapatan Kajian

Bahagian kedua pula melaporkan dapatan kajian yang menjawab persoalan kajian

yang telah ditetapkan dalam Bab 1. Persoalan kajian biasanya inginkan jawapan

yang berkaitan dengan tahap, hubungan, menentukan perbezaan atau mencari

sumbangan faktor pemboleh ubah terhadap isu yang dikaji. Persembahan dapatan

kajian mestilah ditulis mengikut urutan atau susunan soalan kajian yang ditetapkan

dalam Bab1. Dalam bahagian ini, dapatan kajian perlu dilaporkan secara objektif

dan diperjelaskan dengan bantuan penggunaan jadual atau graf. Perwakilan ini

bertujuan untuk memudahkan pembaca memahami analisis data dan dapatan

kajian yang akan penyelidik ketengahkan nanti. Data yang penyelidik analisis

boleh dilaporkan dalam pelbagai bentuk.

i. Keputusan analisis deskriptif

Dalam kajian kuantitatif, khususnya bagi ujian analisis deskriptif, data boleh

dilaporkan dalam bentuk kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Misalnya

dalam contoh 2 iaitu dalam Rajah 9.2 menunjukkan dapatan bagi soalan

kajianyang ingin menentukan tahap penggunaan EduwebTV. Oleh yang demikian

data dianalisis bagi mendapatkan nilai min, peratus dan frekuensi.

Rajah 9.2:Frekuensi Dan Peratusan Tahap Penggunaan EduwebTV

Contoh 2

Apakah tahap penggunaan EduwebTV dalam kalangan guru sekolah menengah di Selangor?

Tahap penggunaan sebenar EduwebTV diukur mengikut min yang diperoleh bagi setiap guru berdasarkan intepretasi skor min pada jadual 3.1 (ada dalam bab 3). Interpretasi min dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Jadual 4.1 menunjukkan frekuensi, peratusan dan tahap penggunaan sebenar inovasi EduwebTV dalam P&P dalam kalangan guru. Jadual 4.1 Frekuensi dan peratusan skor min penggunaan sebenar EduwebTV

Nilai min Frekuensi Peratus Tahap

< 2.34 294 53.8 Rendah

2.34-3.66 212 38.9 Sederhana

>3.66 40 7.3 Tinggi

Berdasarkan jadual 4.1, didapati seramai 40 guru yang memperoleh skor min penggunaan sebenar yang tinggi. Ini bererti hanya 7.3% guru kerap menggunakan EduwebTV dalam P&P dengan purata melebihi empat kali sebulan. Seramai 212 orang guru pula mendapat min penggunaan sebenar yang sederhana. Ini bererti 38.9% guru kadang-kadang menggunakan EduwebTV dalam PdP dengan purata tiga hingga empat kali sebulan. Sebaliknya majoriti guru atau 294 orang memperoleh min penggunaan sebenar kurang daripada 2.34. Ini bermaksud 53.8% guru jarang menggunakan EduwebTV dalam PdP atau purata penggunan kurang daripada dua kali sebulan.

Page 161: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 151 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Dapatan kajian juga boleh dipersembahkan dengan menggunakan graf bagi

melaporkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai seperti contoh 3 (Rajah

9.3). Sungguhpun begitu, penyelidik juga perlu menghuraikan bacaan dalam graf

tersebut supaya pembaca lebih jelas dan mudah difahami apa yang

diinterpertasikan.

Rajah 9.3: Graf Tahap Penggunaan EduwebTV Dalam Kalangan Guru Sekolah

Rendah

ii. Keputusan Analisis Inferensi

Analisis inferensi digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang bertujuan untuk

menentukan sama ada kemungkinan wujud hubungan antara dua pemboleh ubah

yang dikaji. Misalnya, penyelidik ingin mengkaji hubungan antara sikap terhadap

EduwebTV dengan keinginan untuk mengguna EduwebTV dalam kalangan guru.

Maka analisis korelasi Pearson (r) digunakan untuk menjawab hipotesis nul

kajianyang telah penyelidik tetapkan dan dinyatakan dalam Bab 1. Nilai pekali

Contoh 3

Penggunaan EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah

Berdasarkan rajah di atas, didapati seramai 40 guru yang memperoleh skor min penggunaan sebenar yang tinggi. Ini bererti hanya 7.3% guru kerap menggunakan EduwebTV dalam PdP dengan purata melebihi empat kali sebulan. Seramai 212 orang guru pula mendapat min penggunaan sebenar yang sederhana. Ini bererti 38.9% guru kadang-kadang menggunakan EduwebTV dalam P&P dengan purata tiga hingga empat kali sebulan. Sebaliknya majoriti guru atau 294 orang memperoleh min penggunaan sebenar kurang daripada 2.34. Ini bermaksud 53.8% guru jarang menggunakan EduwebTV dalam PdP atau purata penggunan kurang daripada dua kali sebulan.

Page 162: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 152 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

korelasi yang peroleh dari analisis tersebut perlu dibandingkan dengan nilai

pekalikorelasi yang telah ditetapkan dalam Bab 3. Berdasarkan perbandingan

tersebut penyelidik boleh menginterpertasikan jawapan dari soalan kajian.

Jawapan tersebut akan menghuraikan:

i. Sama ada terdapat hubungan atau tidak antara kedua-dua pemboleh

ubah yang dikaji

ii. Nilai kekuatan hubungan kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji.

iii. Arah hubungan ( positif atau negatif)

Nilai pekali korelasi berada dalam julat -1 hingga +1. Sekiranya nilai pekali

korelasi diperoleh adalah positif, itu bermaksud dua pemboleh ubah tersebut

mempunyai hubungan terus. Contohnya analisis hubungan antara kemahiran ICT

guru dengan kekerapan penggunaan komputer, hasil analisis menunjukan nilai

korelasi (r) nya ialah 6.88.

Ini bermaksud arah hubungan kedua-dua pemboleh ubah itu adalah positif, dan

boleh dihuraikan sebagai, semakin tinggi kemahiran guru dalam penggunaan

komputer, semakin kerap guru guna komputer. Nilai pekali korelasi dalam unit

negatif pula bermaksud kedua-dua pemboleh ubah tersebut mempunyai hubungan

songsang.

Contohnya jika hubungan antara kemahiran ICT dengan kekerapan menggunakan

komputer mempunyai nilai r nya-7.2, ini menunjukkan semakin kerap guru hadir

kursus ICT tetapi semakin kurang tahap penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran. Contoh analisis inferens dan huraianya ditunjukkan dalam contoh 4

a (Rajah 9.4).

Page 163: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 153 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Rajah 9.4: AnalisisKorelasi Pearson (r)

Bagi kajian kualitatif pula, data boleh dilaporkan dalam bentuk rumusan pernyataan

yang telah disintesiskan daripada dokumen lain seperti nota lapangan, data temu

duga, hasil temu bual atau data pemerhatian yang diperoleh daripada responden

kajian. Dalam konteks ini, penyelidik memerlukan satu pemahamanbagaimana

untuk menarik makna, dari sebuah petikan perbualan, catatan atau gambar

sehingga penyelidik dapat membina jawapan kepada persoalan kajian. Oleh yang

Contoh 4a

Soalan kajian Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan keinginan mengguna dalam

penerimaan EduwebTV Hipotesis Kajan : Ho 1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan keinginan mengguna dalam

penerimaan EduwebTV Bagi menentukan hubungan antara aspek yang dikaji dalam penerimaan EduwebTV iaitu sikap dengan keinginan mengguna EduwebTV, kekuatan hubungan antara aspek ini diinterpertasi mengikut nilai kolerasi sebagaimana pada jadual 3.2. (dalam bab 3). Jadual 3.2 Tafsiran nilai-nilai pekali korelasi

Nilaipekali (r) Tafsiran .10 hingga .29 atau-.10 hingga -.29 Hubunganpositifataunegatiflemah .30 hingga .49 atau -.30 hingga .49 Hubunganpositifataunegatifsederhanateguh .50 hingga 1.0 atau -.50 hingga -1.0 Hubunganpositifataunegatifteguh

Sumber: Cohen (1988) Jadual 4.3 menunjukkan analisis korelasi antara sikap dengan keinginan mengguna EduwebTV. .

Jadual 4.3 Korelasi Pearson (r) antara sikap dengan keinginan mengguna EduwebTV

Pemboleh ubah keinginan mengguna

Sikap Pekali Pearson (r) 0.690** Signifikan 0.000 N 300

** Signifikan pada aras 0.01

Berdasarkan jadual 4.31 keputusan analisis korelasi ini menunjukkan wujudnya hubungan positif yang teguh dan signifikan antara sikap dengan keinginan mengguna dalam penerimaan EduwebTV. Nilai korelasi ini adalah r(300)0.675, p= 0.00 (p<0.01). Menurut Cohen (1988), nilai r tersebut menunjukkan wujudnya korelasi positif yang teguh antara sikap dengan keinginan mengguna EduwebTV. Sehubungan itu, hipotesis nol Ho1 didapati tidak benar dan ditolak. Ini menunjukan tahap keinginan guru untuk meggunakan EduwebTV ada hubunganya dengan sikap guru tersebut

Page 164: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 154 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

demikian Creswell (2005), dan Miles dan Huberman (1994) menyarankan

penganalisisan data kualitatifperlu dilakukan secara serentak dengan proses

pengumpulan data.Terdapat tiga langkah asas yang perlu penyelidik lakukan

sekiranya penyelidik ingin menganalisis data temu bual. Ianya bermula dengan;

(a) proses mereduksi data melibatkan kerja memilih, memfokus, memudah dan

menyaring apa yang terdapat dalam data kualitatif yang telah

ditranskripsikan. Proses ini dilakukan dari awal data dikumpulkan sehingga

kesemua data selesai dikumpulkan bagi tujuan menyusun semula data,

menggugurkan bahagian yang tidak menyumbang kepada kajian dan

membuat kesimpulan. Proses reduksi data juga melibatkan aktiviti membuat

ringkasan, mengekod, mencungkil tema dan membuat pengelompokan

(kategori). Secara jelas proses reduksi bertujuan membantu pengkaji untuk

memastikan data-data yang relevan dan berkaitan bagi menjawab persoalan

kajian.

(b) memaparkan data yang melibatkan pelbagai bentuk seperti naratif, graf,

rajah pokok dan carta (Miles & Huberman 1994). Paparan data yang sering

digunakan dalam kajian adalah bentuk naratif. Pengkaji boleh memaparkan

data mengikut kesesuaian dengan persoalan kajian.

(c) Analisis terakhir melibatkan aspek membuat kesimpulan dan verifikasi data.

Pada peringkat ini, proses member checking, peer checking atau trangulasi

merupakan proses yang kritikal bagi memastikan data diverifikasi bagi

mengukuhkan data bagi menjawab persoalan kajian kelak.

Data yang dikumpulkan daripada temu bual disusun secara sistematik. Penyelidik

mula mengesan pola tertentu tentang jawapan-jawapan responden. Pola ini

dijadikan sebagai panduan untuk menyusun dan menganalisis data. Daripada pola

jawapan responden, pengkaji boleh menyusun data-data dalam jadual. Bagi

memudahkan pengkaji menulis dapatan kajian, dicadangkan maklumat yang

diperoleh melalui pengumpulan data kualitatif, diletakkan dalam bentuk jadual

berikut dan dihantar kepada pakar penilai bagi tujuan mendapatkan kesahan tema

item temu bual/pemerhatian oleh pakar penilai seperti contoh 5 (rajah 9.5)

Page 165: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 155 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Rajah 9.5:Pengekodan Item-Item Temu Bual

Setelah mendapatkan persetujuan daripada pakar penilai, tema-tema yang

diterbitkan itu dikatakan telah mempunyai kesahan. Dapatan data kualitatif boleh

ditulis dalam pelbagai cara untuk memberikan kefahaman kepada pembaca akan

perkaitan tema dan persoalan kajian yang ingin dijawab. Penulisan dapatan kajian

bagi data kualitatif boleh ditulis seperti contoh6 (rajah 9.6) dan contoh 7 (rajah

9.7)

Contoh 5 Soalan kajian

Bagaimanakah guru membina efikasi kendiri komputer (keyakinan untuk guna komputer)

dalam mengaplikasikan penggunaan EduwebTV dalam pengajaran bilik darjah?

Contoh jadual persetujuan pengekodan item-item temu bual guru oleh pakar penilai

Bil Tema Idea Utama Informan Unit analisis

1 Bantuan rakan Bantuan GPM/ Penyelaras bestari

G1 Kadang-kadang kalau saya tanya guru media, dia terus ajar G1/P1L33

G4 Susah sikit nak minta tolong cikgu tu...kena buat appoinment la, tunggu lepas sekolah lah, Malas nak minta tolong dia. G4/P4L28-P4L32

Guru selain GPM/ICT

G4 Cikgu Azam tu ajar Sejarah, tapi dia terror bab ICT ni... G4/P4L50-P4L50

2 Pengalaman guna Internet

Pengalaman guna Internet

G2 Biasanya saya banyak guna untuk facebook G2/P2L42

G3 Tak sempat pun nak berInternet, saya ada anak kecil, dia pun sibuk nak tekan-tekan komputer tu G3/P2L18-P2L22

G1 Saya tak ada masalah nak guna Internet. Cuma kadang-kadang line lembab sikit...kalau download ke e-mel ke atau cari bahan saya dah pandai. G1/P3L25-P3L30

Page 166: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 156 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Rajah 9.6: Model Meningkatkan Efikasi Kendiri Komputer

Rajah 9.6Model Meningkatkan Efikasi Kendiri Komputer

Rajah 9.7: Model Meningkatkan Efikasi Kendiri Komputer

Contoh 7

Bagi meneroka bagaimana guru membina efikasi kendiri komputer dalam mengaplikasi penggunaan EduwebTV dalam pengajaran di bilik darjah diperjelas melalui analisis temu bual yang telah dijalankan terhadap empat orang guru (G1, G2, G3, G4). Dalam temu bual ini, guru yang ditemu bual menjelaskan bahawa peranan rakan sekerja merupakan bantuan terbaik yang sering mereka dapatkan bagi membina keyakinan mereka menggunakan EduwebTV dalam menghasilkan pengajaran sebagaimana yang diluahkan oleh guru yang ditemu bual seperti berikut: Kadang-kadang kalau saya tanya guru media, dia terus ajar (G1/P1L33)

Susah sikit nak minta tolong cikgu tu...kena buat appoinment la, tunggu lepas sekolah lah, Malas nak minta tolong dia. (G4/P4L28-P4L32) Namun begitu, tidak semua guru mendapat bantuan daripada guru penyelaras bestari atau

guru yang berkaitan dengan pengurusan ict seperti guru penyelaras bestari atau guru ICT. Hal ini jelas melalui temu bual dengan G4:

Cikgu Azam tu ajar Sejarah, tapi dia terrorbab ICT ni... (G4/P4L50-P4L50)

Selain daripada itu, pengalaman guru menggunakan Internet turut mempengaruhi penggunaan guru menggunakan EduwebTV seperti G1, G2 dan G3:

Biasanya saya banyak guna untuk facebook (G2/P2L42) Tak sempat pun nak berInternet, saya ada anak kecil, dia pun sibuk nak tekan-tekan komputer tu (G3/P2L18-P2L22)

Saya tak ada masalah nak guna Internet.Cuma kadang-kadang line lembab sikit...kalau download ke emel ke atau cari bahan saya dah pandai.(G1/P3L25-P3L30)

Contoh 6

Daripada data temubual dalam kajian ini mendapati bahawa tahap efikasi kendiri komputer guru

terhadap EduwebTV boleh ditingkatkan. Antara perkara yang dikenal pasti dapat meningkatkan

keyakinan mereka untuk menggunakan EduwebTV ialah (a) pendedahan yang bermakna, (b)

bantuan dari rakan yang mahir teknologi (c) Program EduwebTV hampir sama dengan program lain

terdahulu (d) Pengalaman guna internet dirumah. Kesemua reaksi tersebut menyumbang kepada

terbinanya hubungan berkesan yang secara tidak langsung menjana pembinaan efikasi kendiri

komputer guru (rajah 9.6)

Meningkatkan efikasi kendiri untuk guna

EduwebTV

Pendedahan yang bermakna

Pengalaman guna internet dirumah

Bantuan dari rakan

Program EduwebTV hamper sama dengan

program lain terdahulu.

Page 167: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 157 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

Bahagian ini merupakan bahagian terakhir dalam bab penulisan pelaporan kajian

penyelidikan. Bahagian perbincangan dan implikasi dalam pelaporan biasanya

ditulis dalam Bab 5. Bahagian ini akan memberi tumpuan kepada perbincangan

terhadap hasil dapatan kajian dari pelaporan yang telah dibuat dalam bab analisis

data (Bab4). Dalam bahagian ini, cara penulisan penyelidik perlu memberi

gambaran yang jelas dan menyeluruh tentang hasil kajian serta implikasi kajian

tersebut kepada konteks sebenar kajian. Pengkaji juga perlu menghubungkait hasil

dapatan kajian dengan tinjauan literatur. Berikut adalah sub topik yang perlu ada

dalam bahagian rumusan dan perbincangan .

Pengenalan

Dalam topik kecil ini penyelidik perlu memaklumkan kepada pembaca tentang

ringkasan kandungan yang ada dalam Bab 5 secara keseluruhan. Gaya penulisan

bagi topik kecil ini ditunjukkan dalam contoh 8a dan contoh 8b (Rajah 9.8).

AKTIVITI 9.1

1. Bincangkan kepentingan penggunaan jadual atau graf dalam pelaporan

dapatan kajian.

2. Jelaskan perbezaan analisis deskriptif dengan analisis inferensi.

Page 168: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 158 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Rajah 9.8:Contoh Pengenalan

Ringkasan Kajian

Pada bahagian ini penyelidik perlu mengimbau kembali perjalanan proses kajian

yang telah dilaksanakan. Tuliskan ringkasan setiap proses dalam menjalankan

kajian. Ringkasan kajian juga perlu menyentuh semua sub topik dalam kelima-lima

bab tersebut. Ini termasuk objektif kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, alat

kajian, kaedah pengutipan data, kaedah menganalisis data, dapatan kajian dan

implikasi kajian. Ringkasan kajian akan membantu pembaca atau penilai faham

secarakeseluruhan perjalanan kajian termasuk dapatan kajian yang diperoleh.

Perbincangan Dapatan Kajian

Perbincangan kepada dapatan kajian adalah sangat penting kepada pembaca

untuk memahami dapatan kajian dan dapat menerimanya.Dalam topik kecil ini

penyelidik perlu menyenaraikan kesemua dapatan kajian. Setiap dapatan kajian

yang diperoleh boleh dikaitkan dengan teori atau model yang digunakan dalam

kajian tersebut. Dalam perbincangan tersebut penyelidikjuga perlumengaitkan

dengan dapatan kajian lepas. Penyelidik boleh membandingkan dapatan yang

diperoleh dengan dapatan kajian-kajian sebelum, sama ada dapatan tersebut

menyokong atau sebaliknya.

Contoh 8a Bab ini memberi tumpuan kepada perbincangan hasil kajian dalam Bab 4. Bagi memberikan gambaran yang jelas dan menyeluruh. Perbincangan dalam bab ini dibahagikan kepada enam bahagian iaitu rumusan kajian, perbincangan hasil dapatan kajian, implikasi kajian, kesimpulan, sumbangan kajian, cadangan kajian lanjutan dan penutup. Contoh 8b Bab ini membentangkan rumusan bagi dapatan keseluruhan kajian iaitu penggunaan Internet di sekolah rendah luar bandar.Perbincangan meliputi enam bahagian iaitu ringkasan kajian, perbincangan dapatan, implikasi, sumbangan, cadangan dan cadangan kajian lanjutan.Perbincangan kajian mengupas hasil analisis deskriptif dan inferensi serta temubual.Implikasi kajian dilihat daripada implikasi teoritikal dan implikasi praktikal. Pengkaji juga mengusulkan sumbangan dan cadangan terhadap penggunaan Internet dan intergrasi dalam pengajaran.

Page 169: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 159 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Jika dapatan kajian penyelidik bertentangan dengan dapatan kajian terdahulu,

penyelidik perlu menghuraikan sebab atau justifikasi kenapa dan

mengapa.Perbincangan bagi dapatan kajian adalah penting kepada pembaca

untuk mereka faham dan dapat menerima dapatan tersebut. Oleh yang demikian

penyelidik perlu;

I. Menulis perbincangan mengikut aliran idea yang logic.

II. Menyertakan rujukan semasa dan relevan dengan gaya yang konsisten dan

bersesuaian.

III. Menggunakan terminologi yang sesuai.

IV. Tidak bias dan mempunyai pandangan yang konprehensif terhadap tajuk

kajian yang lepas.

Harus diingat bahawa penyelidik perlu membuat kesimpulan tentang fakta daripada

dapatan kajian serta merumuskan fakta daripada dapatan kajian, bukannya

menyenaraikan fakta itu semula. Contoh penulisan bagi topik perbincangan

ditunjukkan dalam contoh 9 (Rajah 9.9)

Rajah 9.9:Contoh Perbincangan

Contoh 9

Perbincangan

Dapatan kajian mendapati guru pernah menerima pendedahan tentang EduwebTV, namun begitu kajian ini mendapati guru kurang mengaplikasikan penggunaan EduwebTV dalam P&P. Hal ini jelas apabila didapati, sebanyak 29.9% daripada guru yang dikaji tidak pernah menggunakan menggunakan EduwebTV secara dalam talian (online) dalam pengajaran, 30.0% guru pula, tidak pernah melibatkan pelajar untuk “hands-on” EduwebTV semasa aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah dan sebanyak 23.6% guru tidak pernah menggunakan bahan-bahan daripada EduwebTV, walaupun sebagai bahan set induksi di awal pengajaran. Hal ini disebabkan oleh guru kurang kemahiran mengintegrasikan bahan ICT dalam PdP. Berdasarkan demografi guru yang dikaji, didapati 66.5% guru kurang mahir melaksanakan pengajaran dengan menggunakan peralatan teknologi seperti komputer dan Internet. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan Willians et al. (2000), Cuban et al. (2001), Ashinida et al. (2004) dan Mona danNorAzila (2007) yang mendapati, guru sekolah masih kurang mahir dalam mengintegrasikan bahan ICT, mereka bentuk pengajaran, memilih dan menggunakan bahan-bahan daripada perisian kursus pendidikan walaupun kebanyakan guru ini telah menyertai kursus ICT.

Page 170: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 160 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Kesimpulan Dapatan Kajian

Dalam topik kecil ini, penyelidik perlu menyenaraikan semua dapatan dalam kajian

yang telah dianalisis dalam urutan yang selari dengan persoalan kajian.

Kesimpulan ini penting kerana ada sesetengah pembaca hanya ingin mengetahui

hasil keputusan bagi setiap persoalan kajian tanpa perlu membaca keseluruhan

laporan kajian. Oleh yang demikian penyelidik hanya perlu menyenaraikan setiap

dapatan yang berdasarkan persoalan kajian. Penyelidik tidak perlu menghuraikan

secara perbincangan bagi setiap dapatan. Kesimpulan dapatan kajian disediakan

sepertimana contoh 10 (rajah 9.10)

Rajah 9.10: Contoh kesimpulan dapatan kajian

Implikasi Dapatan Kajian

Implikasi kajian merupakan kesan atau natijah yang diperoleh daripada sesuatu

aktiviti yang dijalankan.Dalam topik kecil ini penyelidik perlu membincangkan

apakah implikasi dapatan kajian terhadap amalan pendidikan termasuk dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi ini dibuat berasaskan kepada

dapatan kajian yang dilaksanakan sahaja supaya ia memberikan gambaran

keseluruhan hasil dapatan kajian. Implikasi bagi dapatan kajian lain tidak boleh

dibuat. Implikasi boleh dibuat dari dua sudut iaitu implikasi teoritikal dan implikasi

praktikal.

Contoh 10

Berdasarkan dapatan dan perbincangan, kajian ini menyimpulkan bahawa

i. Tahap keinginan guru untuk mengguna inovasi EduwebTV adalah pada tahap yang sederhana. guru berkeinginan tinggi untuk terus mengguna inovasi EduwebTV sekiranya bahan-bahan yang disediakan bersesuaian dengan PdP.

ii. Tahap penggunaan sebenar inovasi EduwebTV dalam kalangan guru adalah pada tahap yang rendah. Hanya sebanyak 7.3% guru yang kerap menggunakan EduwebTV atau 2 kali seminggu menggunakan EduwebTV dalam PdP.

iii. Terdapat hubungan positif yang teguh antara persepsi guru terhadap aspek mudah guna inovasi EduwebTV dengan sikap mereka terhadap inovasi tersebut.

iv. Terdapat hubungan positif yang teguh antara persepsi guru terhadap aspek mudah guna inovasi EduwebTV dengan keinginan mereka untuk menggunakan inovasi tersebut dalam PdP

Page 171: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 161 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Implikasi dapatan kajian adalah penting untuk membantu pembaca

menggunakandapatan kajian penyelidik dalam amalan harian. Misalnya

perbincangan implikasi kajian penyelidikboleh tertumpu kepada beberapa pihak

penting seperti guru, institusi sekolah dan institusi pendidikan amnya. Contoh bagi

penulisan implikasi teoritikal ditunjukkan dalam contoh 11 (Rajah 9.11a), manakala

contohimplikasi praktikal ditunjukkan dalam contoh 12 (Rajah 9.11b)

Rajah 9.11a: Contoh penulisan implikasi teoritikal

Rajah 9.11b: Contoh Penulisan Implikasi Praktikal

Contoh 12 Dalam konteks penyebaran inovasi di sekolah peranan guru perpustakaan media dilihat begitu penting untuk membantu melaksanakan penyebaran inovasi EduwebTV di sekolah. Namun begitu dapatan kajian mendapati hanya 31.6% guru perpustakaan media mempunyai keyakinan tinggi boleh menyebar dan memberi galakkan kepada guru di sekolah untuk mengguna inovasi EduwebTV dalam P&P. Namun begitu hanya 27.3% GPM yang berkeyakinan tinggi boleh mempromosikan cara menggunakan inovasi EduwebTV untuk P&P secara atas talian. Peratusan yang kurang membanggakan ini boleh memberi kesan kepada kadar resapan penyebaran inovasi EduwebTV kepada guru dan pelajar di sekolah. Akibatnya EduwebTV akan lewat diketahui umum, kurang dipromosi dan akhirnya kurang dibudayakan penggunaannya. Sebenarnya, apabila guru lain di sekolah yang mula sedar tentang kebergunaan inovasi EduwebTV ini, mereka mula merasa ingin tahu tentang inovasi EduwebTV.

Contoh 11 Berdasarkan aspek kesediaaan guru sumber menerima EduwebTV lebih awal berbanding rakan yang lain, kajian mendapati guru sumber menerima EduwebTV lebih awal berbanding rakan yang lain, kajian mendapati guru tidak menerima tidak menerima inovasi EduwebTV pada suatu masa yang sama. Sebanyak 2.5% guru sumber adalah penerima kategori Inovator, 39.0% guru sumber menerima EduvebTV lebih awal berbanding rakan yang lain, kajian mendapati guru tidak menerima adalah Penerima Awal,56.4% adalah penerima Majoriti Awal, dan hanya 2.1% guru sumber menerima EduwebTV lebih awal berbanding rakan yang lain, kajian mendapati guru tidak menerima adalah penerima dalam kategori Majoriti Lewat. Ini bererti apabila sesuatu inovasi diperkenalkan di sekolah, guru sumber menerima EduwebTV lebih awal berbanding rakan yang lain, kajian mendapati guru tidak menerima mengambil tempoh masa yang berbeza untuk membuat keputusan mengguna EduwebTV. Justeru dapatan ini menyokong apa yang dihuraikan dalam teori penyebaran inovasi (Rogers 1995; 2003) iaitu tidak semua individu dalam sesuatu sistem sosial mengadaptasi sesuatu inovasi pada suatu masa yang sama dan ciri keperibadian individu iaitu keinovatifan menjadi penentu utama sejauh mana kesanggupan seseorang untuk menerima sesuatu inovasi lebih awal daripada individu lain.

Page 172: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 162 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Cadangan Kajian Lanjutan

Sesuatu kajian yang dijalankan adalah berpandukan kepada tujuan kajian,

persoalan kajian, kaedah dan reka bentuk kajian serta sampel yang telah

ditentukan dari awal perlaksanannya. Namun begitu, sebuah kajian itu juga

mempunyai batasan-batasannya tersendiri. Ini bererti dapatan kajian yang

diperoleh hanya dapat menjawab apa yang telah persoalkan sahaja dan dalam

limitasi yang telah ditetapkan. Dalam topik kecil ini, penyelidik perlu menyenaraikan

cadangan beberapa cadangan kajian lanjutan untuk memantapkan lagi dapatan

kajian dalam bidang yang dikaji.

Bagi tujuan cadangan pengkaji boleh meneliti semula daripada batasan-batasan

kajian yang ditetapkan seperti sampel kajian, reka bentuk kajian atau instrumen

kajian dalam memberikan cadangan. Menurut Wiersma (2000), kajian pendidikan

dapat dilihat sebagai satu aktiviti yang berterusan, di mana daripada sutu kajian

yang akan dijalankan akan dapat menambahkan lagi ilmu dalam sesuatu bidang

tersebut atau dapat mewujudkan penyelesaian baru dalam pendidikan. Contoh

cadangan kajian lanjut ditunjukkan dalam contoh 13 (rajah 9.12)

Rajah 9.12: Contoh Cadangan Kajian Lanjut.

Contoh 13

Kajian tinjauan ini bertujuan mengukur tahap penerimaan EduwebTV daripada aspek persepsi guru terhadap kebergunaan dan kesenangan mengguna dalam kalangan guru di sekolah menengah di negeri Perak

Contoh cadangan kajian lanjut

1. Adalah dicadangkan dalam kajian akan datang satu kajian penerimaan EduwebTV ini perlu dijalankan secara menyeluruh melibatkan guru sekolah menengah dan guru sekolah rendah di negeri-negeri dalam zon timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

2. Adalah dicadangkan dalam kajian seterusnya, kajian penerimaan EduwebTV perlu dilihat amalan penggunanya dalam pengajaran dan pembelajaran, justeru stu kajian kualitatif boleh lakukan bagi mendapatkan tinjauan yang telah dijalankan ini bertujuan mengukur tahap penerimaan EduwebTV daripada aspek persepsi guru terhadap kebergunaan dan kesenangan mengguna dalam kalangan guru di sekolah menengah di negeri Perak.

Page 173: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 163 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

RUMUSAN Unit ini memberi gambaran yang menyeluruh tentang penulisan dapatan kajian dan

perbincangan.

1. Hasil kajian boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu profil responden

dan dapatan kajian.

2. Dalam pelaporan, keputusan analisis yang telah dilakukan perlu diterangkan

secara sistematik, jelas dan teratur.

3. Data boleh dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah dan gambar bagi

meringkaskan hasil analisis.

4. Kesimpulan kajian boleh dibuat berdasarkan persoalan dan objektif

penyelidikan

5. Perbincangan terhadap kesimpulan kajian boleh dibuat berbantukan

maklumat daripada literatur

6. Perbincangan hasil kajian perlu menerangkan bagaimana dapatan kajian itu

memberi implikasi kepada pihak-pihak yang terlibat seperti pihak sekolah,

guru atau KPM.

Penyelidik seharusnya telah berasa lega apabila telah tiba ke peringkat menulis

perbincangan dan implikasi kajian, kerana kajian penyelidik telah hampir tamat.

Tetapi awas pada bab inilah yang selalunya pembaca ingin dibaca terlebih dahulu.

Secara tidak langsung penilaian sangat bergantung kepada kejelasan bagaimana

penyelidik berhujah dalam mempertahankan atau menjelaskan sesuatu yang

menarik yang diperoleh daripada kajiannya. Justeru dalam penulisan penyelidik

perlu menonjolkan perkaitan antara pemboleh ubah terutamanya bagi data yang

mempunyai nilai signifikan. Jelaskan kenapa dan bagaimana hasil yang diperoleh

itu sama atau berbeza dengan kajian lalu yang lain. Penyelidik boleh merujuk Bab

2 untuk mendapatkan persamaan atau perbezaan tersebut. Penyelidik perlu beri

AKTIVITI 9.2

1. Berdasarkan kajian yang anda telah jalankan, senaraikan tiga cadangan

kajian lanjutan yang sesuai bagi meneruskan kesinambungan bidang yang

dikaji tetapi dalam aspek yang berbeza .

2. Huraikan bagaimana implikasi dapatan kajian anda terhadap amalan di guru

sekolah

Page 174: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 164 Unit 9 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

komen kepada hasil setiap dapatan. Usulkan persoalan dari aspek sampel yang

mewakili keseluruhan masyarakat sebenar, bagaimana ia dikatakan adil atau tidak

bias, dan bagaimana kemungkinan jika keputusan lain yang diperoleh. Usulkan

juga kaitan tujuan ilmu baru yang diperoleh dari sudut kepentingan akademik dan

cadangan kajian masa hadapan.

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan secara ringkas aspek-aspek yang perlu ada dalam penulisan

perbincangan dan implikasi kajian

2. Apakah tujuan ringkasan kajian?

3. Jelaskan perbezaan implikasi teoritikal kajian dengan implikasi praktikal.

4. Huraikan apakah implikasi dapatan kajian anda terhadap organisasi

sekolah.

.

RUJUKAN

Ahmad Mahdzan Ayob. (2002). Kaedah Penyelidikan Sosio Ekonomi (2nd ed). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences (2nd ed). New York: Academic Press.

Creswell, J.W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantative and Qualitative Research (3rd ed). Boston: Pearson.

Creswell, J.W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantative and Qualitative Research (3rd ed). Boston: Pearson.

Jackson S.L. (2006). Research Methods and Statistics: A Critical Thinking Approach. Edisi ke-2.Belmont, CA: Thomson Wadsworth.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdh. Bhd.

Noraini Mohamed Noh.(2012). Kesediaan penerimaan inovasi teknologi dalam kalangan Guru Perpustakaan Media. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Wiersma,W. & Jurs, S. (2005). Research Methods in Education: An Introduction (8th ed). Boston: Allyn and Bacon.

Page 175: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 165 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

UNIT 10

MENGHASILKAN PROPOSAL PENYELIDIKAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menyatakan maksud proposal penyelidikan.

2. Menghuraikan komponen yang perlu ada dalam proposal

penyelidikan

3. Menghasilkan satu proposal penyelidikan lengkap bermula dengan

pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kerangka

konseptual kajian, limitasi kajian, literatur kajian dan metodologi

kajian.

PETA KONSEP

KANDUNGAN PROPOSAL KAJIAN

Bab 1 PENGENALAN

Latar belakang Penyataan masalah Objektif kajian Persoalan kajian Kerangka konseptual

kajian Batasan kajian Definisi operasional

Bab 2

TINJAUAN LITERATUR

Teori Kajian-kajian

terdahulu

Bab 3

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian Populasi dan

sampel kajian Instrumen Analisis data

Page 176: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 166 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

PENGENALAN

Penyelidikan merupakan satu usaha menyelidiki dan mendapatkan jawapan

persoalan bagi sesuatu fenomena yang ingin diketahui. Sebelum memulakan

penyelidikan, satu proposal penyelidikan perlu dikemukakan sebagai satu

pendekatan yang sesuai untuk meyakinkan pihak lain tentang kepentingan suatu

fenomena yang ingin diselidik. Justeru proposal penyelidikan adalah suatu;

i. Rangka perancangan yang dilakukan oleh penyelidik sebelum penyelidikan

sebenar dijalankan.

ii. Menjadi panduan kepada penyelidik untuk mengenal pasti masalah,

metodologi, objektif dan jangkaan hasil penyelidikannya.

iii. Berfungsi sebagai buku perjanjian antara penyelidik dan penyelia supaya

dapat bekerjasama merancang sebuah penyelidikan yang baik dan

memastikan objektif kajian dicadangkan berhasil.

iv. Proposal tidak terhad kepada penulisan akademik seperti projek ilmiah,

latihan ilmiah, disertasi atau tesis tetapi juga digunakan dalam penyediaan

mendapatkan geran penyelidikan daripada institusi berkaitan

v. Proposal terbuka kepada pembetulan dan kritikan bagi memantapkan

penyelidikan.

Terdapat pelbagai bentuk dan format proposal penyelidikan bergantung kepada

bidang dan pendekatan penyelidikan yang digunakan. Namun demikian, menurut

Noraini (2010) penekanan haruslah diberikan kepada perkara-perkara berikut:

i. Memastikan masalah atau isu penyelidikan dikenal pasti, kontekstual dan

jelas.

ii. Memastikan persoalan kajian jelas tepat dan relevan dengan permasalahan

yang dikemukakan.

iii. Tinjauan literatur yang berkaitan dengan persoalan kajian atau hipotesis dan

metodologi penyelidikan.

iv. Memastikan kaedah penyelidikan yang digunakan sesuai dan dikemukakan

secara terperinci dan eksplisit.

v. Mengemukakan cara analisis data yang dilakukan.

Page 177: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 167 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Unit ini, akan memberikan panduan dan cadangan kepada pembaca khususnya

penyelidik baru dalam menyediakan proposal penyelidikan.

MENGAPA KITA PERLU MENYEDIAKAN PROPOSAL

PENYELIDIKAN?

Kertas cadangan atau proposal penyelidikan merupakan satu rangka perancangan

yang dilakukan oleh penyelidik sebelum penyelidikan sebenar dijalankan. Proposal

membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang. Satu proposal

yang lengkap biasanya akan mengemukakan aspek metodologi yang jelas,

persoalan penyelidikan, data yang diperlukan, pernyataan masalah, persoalan kajian

dan falsafah yang dapat memandu kepada proses perlaksanaan sesuatu

penyelidikan. Penyediaan proposal penyelidikan bertujuan untuk :

i. Memberi peluang penyelidik untuk menimbulkan permasalahan yang ingin

diselidik dan hasil penyelidikan yang dijangkakan.

ii. Meyakinkan pembaca atau penilai bahawa penyelidik mempunyai idea yang

bernilai, penting dan relevan untuk diselidiki.

iii. Penilai perlu mengetahui dengan jelas permasalahan sesuatu isu yang ingin

dikaji supaya penilai dapat menilai sama ada penyelidikan yang dicadangkan

itu signifikan dan boleh menyumbang kepada bidang pendidikan.

iv. Meyakinkan penilai bahawa penyelidik mempunyai kebolehan merancang

kerja yang sistematik.

v. Membantu penyelidik untuk terlibat sepenuhnya dalam setiap peringkat

sepanjang proses penyelidikan pendidikan itu dijalankan.

Proses menyediakan proposal memerlukan cara penulisan yang jelas, logik,

konsisten, meyakinkan, koheren dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh penilai.

Sungguhpun satu proposal yang disediakan itu lengkap mengandungi semua aspek

yang digariskan tetapi ia masih terbuka kepada pembetulan dan kritikan bagi

memantapkan penyelidikan sebenar yang akan dijalankan.

Page 178: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 168 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

TAJUK PENYELIDIKAN

Tajuk penyelidikan mestilah pendek, jelas dan deskriptif. Tajuk yang dipilih mesti

berkaitan dengan perkara yang hendak diselidik dan dapat mengemukakan idea

kepada pembaca tentang pemboleh ubah yang diselidik. Dua aspek penting yang

perlu dipertimbangkan semasa memilih dan menetapkan tajuk kajian. Pertama

pertimbangkan bidangan penyelidikan dan kedua lebih fokus kepada skop kecil

dalam bidang tersebut.

Penyelidik boleh mendapatkan isu yang menarik untuk membina tajuk melalui

dapatan atau persoalan dalam artikel jurnal, kertas kerja atau isu yang timbul dalam

media. Antara cara yang terbaik ialah penyelidik perlu menentukan bidang yang

diminati sepanjang pengajian dan mencari isu-isu dalam bidang yang diminati. Oleh

yang demikian fikirkanlah tajuk yang berinformatif tentang penyelidikan supaya

pembaca akan tertarik untuk mengetahui tentang penyelidikan berkenaan. Sebagai

contoh, bidang besar “Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan” dan domain yang

ingin dikaji ialah “ penerimaan”. Contoh tajuk kajian ditunjukkan dalam contoh 1

(Rajah 10.1).

Rajah 10.1: Contoh Tajuk Penyelidikan

Contoh 1

1. Kesediaan penerimaan EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah di

Negeri Selangor

2. Tahap kemahiran penggunaan komputer dalam pembelajaran kalangan murid

tahun lima.

3. Penggunaan e-bahan dalam pembelajaran dalam kalangan pelajar tahun empat.

4. Tahap penerimaan Frog VLE dalam kalangan guru sekolah rendah.

Page 179: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 169 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

KANDUNGAN DALAM PROPOSAL PENYELIDIKAN

BAB 1: PENDAHULUAN

Pengenalan

Dalam bahagian pengenalan, penyelidik akan menceritakan berkaitan dengan topik

kajian. Penceritaan perlu menggambarkan trend semasa pendidikan dengan

mengutamakan isu yang terdahulu berbanding isu yang terkemudian. Huraian

kandungan perlu menarik, jelas dan berkesinambungan dengan permasalahan

kajian, supaya dapat menyatakan terus maksud kajian yang akan dijalankan.

Pengenalan yang baik dapat memberi gambaran terus kepada pembaca atau penilai

terhadap rangka kerja yang hendak dibincangkan. Contoh pengenalan ditunjukkan

dalam contoh 2 (Rajah 10.2).

Rajah 10.2: Contoh Pengenalan.

Contoh 2:

Kesediaan penerimaan EduwebTV dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah rendah

Pengenalan Kemajuan penggunaan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran boleh menjadikan persekitaran pembelajaran di sekolah lebih canggih, futuristik dan sesuai dengan perubahan era teknologi maklumat. Bagi merangsang budaya pengajaran menggunakan ICT, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai inovasi teknologi yang bertujuan untuk memantapkan operasi pembangunan pendidikan di Malaysia secara sistematik dan seragam. KPM telah mengorak selangkah lagi ke hadapan lagi dengan menyiarkan TV Pendidikan melalui Internet. Inovasi teknologi yang baru diperkenalkan ini dikenali sebagai EduwebTV. Inovasi ini diwujudkan bagi membantu menyelesaikan masalah capaian sumber dan mengurangkan jurang digital yang wujud dalam kalangan murid dan guru terutamanya di sekolah luar bandar dan pedalaman (KPM 2008). Setiap projek inovasi yang dilaksanakan di sekolah seperti Projek Sekolah Bestari, SchoolNet, penggunaan perisian kursus pendidikan dan Pusat Akses Sekolah telah dirancang dengan baik di samping mempunyai matlamat serta objektif yang tersendiri ke arah kesejahteraan pendidikan. Namun begitu, hal yang sebaliknya berlaku. Kadar tempoh penerimaan sesuatu inovasi itu, didapati kerap kali mengambil satu tempoh masa yang agak panjang untuk dibudayakan dalam PdP (Yusof & Razmah 2006; Paridon 2008; Noraini 2009).

Page 180: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 170 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

Latar Belakang Kajian

Dalam bahagian ini penyelidik perlu mengemukakan latar belakang yang berkaitan

dengan permasalahan penyelidikan. Dalam menghuraikan latar belakang kajian,

penyelidik perlu memasukkan pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian tersebut

serta menyatakan objektif kajian yang ingin dicapai secara keseluruhan. Contoh latar

belakang kajian ditunjukkan dalam contoh 3 (Rajah 10.3).

Dalam penulisan berkaitan dengan latar belakang kajian, penyelidik harus

menekankan perkara yang dapat:

1. Membangkitkan minat pembaca terhadap topik yang diselidik.

2. Maklumkan kepada pembaca tentang kajian yang akan dilakukan dengan

menjustifikasikan mengapa ia penting dan sesuai untuk dilakukan.

3. Menjelaskan isu-isu utama yang akan diberi perhatian.

4. Mengemukakan rasional penyelidikan yang dicadangkan.

5. Menjelaskan kepentingan isu untuk diselidik.

Rajah 10.3: Contoh Latar Belakang Kajian.

Contoh 3

Latar belakang kajian Penyiaran EduwebTV (Educational web television) yang beroperasi secara maya ini telah dapat mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh TV Pendidikan (TVP) terestrial. Antaranya masalah pelarasan jadual waktu mengajar dengan waktu siaran dan kemahiran membina bahan digital (Akma Nurashikin et al. 2011). Penyiaran TVP melalui web mempunyai kelebihan berikut; (a) program dapat diakses dari mana juga lokasi pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja yang mempunyai sambungan Internet, (b) kemudahan ICT sedia ada di sekolah dan institusi pendidikan yang lain dapat dioptimumkan, (c) pengguna boleh muat turun dan mengulangi program yang ada sehingga mereka faham kandungannya. Sungguhpun inovasi EduwebTV ini banyak menyediakan pelbagai pilihan cara penggunaan yang boleh menguntungkan guru, namun begitu, hanya guru yang kreatif sahaja dapat melihat berguna bahan video yang ada dalam EduwebTV secara positif. Bahan video yang disediakan ini boleh dijadikan sebagai bahan sokongan yang bersesuaian dalam PdP, misalnya bahan untuk set induksi, bahan pengukuhan atau bahan pengayaan pembelajaran. Bagi guru yang kreatif, mereka akan memuat turun bahan lebih awal agar mereka tidak menghadapi masalah kekangan masa semasa mengintegrasikan EduwebTV dalam PdP mereka. Berdasarkan kebaikan-kebaikan inovasi yang telah dinyatakan, maka amat wajar inovasi EduwebTV dimanafaatkan guru dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Atribut inovasi yang membawa kelebihan secara bandingan, kesesuaian bahan keperluan pengajaran pada masa kini, dijangka mudah kepada inovasi ini diterima oleh guru

Page 181: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 171 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Pernyataan Masalah

Permasalahan kajian adalah bahagian paling analitis dalam penulisan proposal.

Justeru apakah yang dimaksudkan dengan masalah kajian?

i. Masalah kajian adalah satu situasi yang menyebabkan penyelidik itu

bimbang, keliru serta tidak senang terhadap sesuatu fenomena yang sedang

berlaku.

ii. Masalah kajian merupakan suatu kesulitan atau kebuntuan yang

menggerakkan penyelidik memecahkannya.

iii. Masalah kajian menjadi rangsangan intelektual yang memerlukan gerak

balas dalam bentuk saintifik untuk direalisasikan

iv. Masalah yang dikemukan dapat menyatakan hubungan antara dua atau lebih

pemboleh ubah

v. Masalah kajian perlulah dinyatakan dengan jelas dan tidak kabur. Ia boleh

dinyatakan dalam bentuk pertanyaan yang boleh diuji secara empirikal.

Kesulitan atau kebuntuan dalam persekitaran pendidikan yang dikenal pasti itu akan

menggerakkan penyelidik, untuk memecahkannya bagi mendapatkan jawapan

kepada semua persoalan siapa atau apa, mengapa, bagaimana dan bila. Justeru

dalam menghuraikan permasalahan kajian, perkara berikut perlu diperjelaskan;

i. Senaraikan masalah sebenar yang akan dikaji.

ii. Nyatakan sumber yang menyokong kepada kewujudan masalah tersebut

iii. Huraikan senario isu yang ingin dikaji pada ketika itu. Tajamkan matlamat

serta rasional mengapa kajian ini dibuat.

iv. Nyatakan masalah atau kekangan yang sedang dihadapi. Yakinkan

kepada pembaca bahawa masalah tersebut memerlukan penyelesaian

melalui penyelidikan.

v. Perkukuhkan huraian pernyataan masalah dengan mengulas kajian lepas

yang berkaitan dengan isu atau masalah yang ingin dikaji khususnya

daripada aspek kepentingan dan kelebihan kajian tersebut kepada guru

atau sekolah.

Page 182: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 172 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

vi. Setiap satu permasalahan kajian mestilah membentuk kepada satu

objektif kajian.

vii. Masalah kajian perlu dinyatakan dalam bentuk penjelasan berkaitan

dengan masalah atau isu-isu yang menjadi tumpuan kajian supaya dapat

menjawab persoalan, mengapa kajian ini perlu dibuat, apa masalahnya

sehingga terpaksa perkara itu dikaji.

viii. Menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam konteks penyelidikan

yang dijalankan dan bukannya ditulis secara umum.

Permasalahan dalam pendidikan boleh diperoleh melalui pembacaan kajian lampau,

pemerhatian, amalan atau temu bual yang dijalankan. Selain itu, masalah juga boleh

diperoleh melalui penelitian dokumen atau soal selidik. Cara penyelidik

menyampaikan mesej permasalahan adalah penting kerana ia boleh memberi satu

impak kepada sejauhmana permasalahan itu dapat dilihat sebagai penting. Maka

urutan penyampaian mesej itu haruslah dimulakan dengan ;

i. Mengemukakan pengenalan kepada permasalahan kajian.

ii. Mengetengahkan latar sejarah permasalahan kajian.

iii. Mengaitkan permasalahan kajian dengan isu-isu kontemporari berdasarkan

data atau maklumat literatur.

iv. Menegaskan kepentingan permasalahan kajian untuk dikaji.

Antara lain yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan masalah kajian ialah;

Jika masalah itu baru, maka pastikan nilai tambah ilmu perlu diberikan

penekanan dalam menjalankan penyelidikan.

Pastikan masalah yang dipilih tidak terlalu kecil, ini mengelakkan berlaku

halangan dalam membuat perbincangan secara ilmiah dan mengurangkan

maksud penyelidikan yang hendak dicapai.

Pastikan masalah tidak terlalu besar, kerana penyelidik perlu mengambil kira

faktor batasan masa dan kos perbelanjaan. Ini juga mengelakkan dari

terjerumus dalam kajian berbentuk umum.

Page 183: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 173 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Contoh permasalahan kajian ditunjukkan dalam contoh 4 (Rajah 10.4).

Rajah 10.4: Contoh Permasalahan Kajian

Objektif Kajian

Tujuan objektif kajian ialah untuk memberitahu mengapa kajian ini dibuat dan

matlamat yang hendak dicapai. Ini bermakna, objektif kajian mestilah berakar

umbikan dengan permasalahan kajian yang dibincangkan. Objektif kajian juga

hendaklah menjelaskan halatuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan

dapat dicapai di akhir kajian nanti. Oleh yang demikian objektif yang ditetapkan

haruslah mampu dicapai dan pencapaiannya itu sewajarnya boleh diukur seperti ;

i. Untuk mengenalpasti (to identify)

ii. Untuk mencari hubungan (to correlate)

iii. Untuk mengukur (to measure)

iv. Untuk mengkaji (to examine)

v. Untuk menjelaskan (to clarify, illustrate)

vi. Untuk menganalisa (to analyze)

vii. Untuk menilai (to evaluate)

viii. Untuk membandingkan (to compare)

Contoh 4 Permasalahan Kajian Berdasarkan laporan BTP (2010), semenjak EduwebTV mula dilaksanakan pada Ogos 2008, didapati sebanyak 82,832 orang pengguna telah berdaftar dalam portal EduwebTV. Namun begitu, hanya sebanyak 7,1058 buah video yang pernah di muat turun oleh pengguna, antara 2008 hingga 2010. Turut dilaporkan juga sepanjang tempoh lima bulan pertama iaitu Januari hingga Mei pada tahun 2010 hanya 474 buah video yang dimuat turun oleh pengguna. Jumlah muat turun video yang sedikit ini jika dibandingkan dengan bilangan guru di sekolah memberi petanda awal bahawa ada kelesuan penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan guru di sekolah. Kajian Siti Salbiah et al. (2010), Johari dan Nor Hafiza Azne (2010), Akma Nurashikin et al. (2011) dan Shamsuddin (2011) mendapati, tahap kesediaan guru menggunakan EduwebTV adalah rendah, walaupun didapati guru mempunyai sikap yang positif terhadap penerimaan EduwebTV. Ini menggambarkan sebahagian daripada tanda-tanda awal kelesuan penerimaan inovasi EduwebTV di sekolah termasuk penggunaan inovasi tersebut dalam PdP mereka. Persoalannya adakah guru-guru disekolah merasakan penggunaan EduwebTV itu sukar untuk guna, atau adakah EduwebTV tidak dapat memenuhi keperluan guru atau guru kurang bersedia mencuba sesuatu teknologi baru dalam PdP.

Page 184: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 174 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

ix. Untuk menentukan (to determine)

x. Untuk membuktikan (to prove)

xi. Untuk mencadangkan (to propose)

Objektif yang jelas akan dapat memandu penyelidik memilih reka bentuk kajian,

bahan sokongan kajian dan seterusnya boleh menghasilkan bab penulisan yang

berstruktur. Contoh objektif kajian ditunjukkan dalam contoh 5 (Rajah 10.5).

Rajah 10.5: Contoh Objektif Kajian

Persoalan kajian

Daripada objektif kajian, penyelidik perlu bina persoalan kajian. Persoalan kajian ini

akan menjawab kepada objektif kajian yang telah ditetapkan. Soalan kajian perlu

jelas, berfokus dan selari dengan objektif kajian. Selain itu, soalan yang dibina harus

mampu untuk dijawab dalam soal selidik. Contoh persoalan kajian ditunjukkan dalam

contoh 6 (Rajah 10.6).

Contoh 5 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti tahap penerimaan EduwebTV dari aspek persepsi mudah guna dan persepsi berguna dalam kalangan guru sekolah rendah.

2. Mengenal pasti tahap penerimaan EduwebTV dari aspek sikap, keinginan mengguna dan penggunaan sebenar dalam kalangan guru sekolah rendah.

3. Menentukan hubungan antara persepsi mudah guna dengan keinginan mengguna EduwebTV, dalam kalangan guru sekolah rendah.

Page 185: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 175 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Rajah 10.6: Contoh Persoalan Kajian.

Hipotesis Kajian

Hipotesis adalah satu penyataan yang dibuat tentang sesuatu fenomena yang

diselidiki dalam bentuk ramalan tentang hubungkait antara dua atau lebih pemboleh

ubah yang dijangka mempunyai kaitan (Noraini 2010). Hipotesis juga adalah

andaian penyelidik tentang hasil kajian berdasarkan objektif. Ia merupakan satu

pernyataan sementara, tentang hubungan antara unsur yang dikaji atau tentang cara

penyelesaian bagi sesuatu masalah. Hipotesis perlu dibentuk berdasarkan teori atau

dapatan lalu. Penyataan hipotesis bersifat sama ada positif atau negatif. Hipotesis

yang mempunyai penyataan berbentuk negatif dikenali sebagai hipotesis Nul.

Contohnya, “tidak terdapat perbezaan kemahiran menggunakan komputer antara

pelajar lelaki dan perempuan dalam kalangan murid tahun enam di Selangor.

Manakala hipotesis yang mempunyai penyataan positif digelar sebagai hipotesis

Alternatif. Contohnya “terdapat perbezaan kemahiran menggunakan komputer

antara pelajar lelaki dan perempuan dalam kalangan murid tahun enam di Selangor”.

Contoh permasalahan kajian ditunjukkan dalam contoh 7 (Rajah 10.7). Berdasarkan

persoalan kajian (iii) dan (iv) dalam contoh 6 di atas, hipotesis Nul diwujudkan

(Rajah 10.7)

Contoh 6 Persoalan kajian

i. Apakah tahap penerimaan inovasi EduwebTV daripada aspek persepsi mudah guna dalam kalangan guru sekolah rendah?

ii. Apakah tahap penerimaan inovasi EduwebTV daripada aspek penggunaan sebenar dalam kalangan guru sekolah rendah?

iii. Adakah terdapat hubungan di antara persepsi mudah guna dengan keinginan mengguna EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah?

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min penerimaan EduwebTV dalam kalangan guru berdasarkan jantina?

Page 186: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 176 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

Rajah 10.7: Contoh Persoalan Kajian

Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual kajian adalah satu bentuk kerangka atau gambar rajah yang

menerangkan secara ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian, peringkat-

peringkat atau fasa-fasa dalam sesuatu kajian yang akan dijalankan. Ia juga

merupakan satu model konseptual tentang urutan logikal perhubungan antara

pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikenal pasti penting dan berkaitan dengan

masalah kajian. Kerangka konseptual penting kerana ia menjadi panduan kepada

kajian akan dilaksanakan. Bagaimana membina kerangka konseptual kajian?

i. Rujuk kepada permasalahan kajian serta teori atau model yang telah

penyelidik pilih untuk mendasari kajian.

ii. Kenal pasti semua pemboleh ubah utama yang terlibat dalam kajian.

iii. Berpandukan teori atau model dan kajian lepas, bentukkan perkaitan atau

hubungan di antara satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah lain yang

terlibat.

iv. Tentukan arah perkaitan atau hubungan yang dikenal pasti wujud di antara

pemboleh ubah.

v. Kesemua hubungan antara pemboleh ubah tersebut dinyatakan dalam bentuk

rajah.

Contoh 7 Hipotesis kajian

Adakah terdapat hubungan di antara persepsi mudah guna dengan keinginan mengguna EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah?

Ho1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi mudah guna dengan

keinginan mengguna EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi min penerimaan EduwebTV dalam kalangan guru berdasarkan jantina?

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min penerimaan EduwebTV dalam kalangan guru berdasarkan jantina

Page 187: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 177 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Contoh kerangka konseptual kajian ditunjukkan dalam contoh 8a (Rajah 10.8a) dan

contoh huraian kerangka konseptual kajian ditunjukkan dalam contoh 8b (Rajah

10.8b).

Rajah 10.8a: Contoh Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 10.8b: Contoh Huraian Kerangka Konseptual Kajian

Kepentingan Kajian

Dalam bahagian ini penyelidik perlu meyakinkan pembaca sejauh mana hasil kajian

itu nanti boleh memberi implikasi terhadap amalan, teori, praktis, pembentukan polisi

pendidikan dan kaedah atau kerja-kerja penyelidikan pada masa akan datang.

Penyelidik juga perlu meyakinkan pembaca bagaimana kajian yang akan dilakukan

Contoh 8a Kerangka konseptual kajian

Contoh 8b Kerangka konseptual kajian Salah satu model yang boleh menjelaskan penerimaan individu terhadap teknologi baru ialah Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model -TAM) yang diketengahkan oleh Davis (1989). Aspek penerimaan dalam model ini diukur melalui lima aspek utama iaitu persepsi berguna, persepsi mudah guna, sikap, keinginan mengguna dan penggunaan sebenar. Justeru dalam kajian ini penyelidik cuba melihat kekuatan hubungan kedua-dua persepsi dalam model penerimaan teknologi iaitu persepsi berguna dan persepsi mudah guna dengan sikap terhadap EduwebTV dan keinginan mengguna inovasi EduwebTV. Penyelidik juga cuba untuk melihat sama ada terdapat perbezaan penerimaan inovasi EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah berdasarkan jantina, pengalaman menggunakan Internet dan kemahiran menggunakan internet. .

Page 188: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 178 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

ini boleh memberi sumbangan kepada pihak yang terlibat dengan bidang pendidikan

seperti sekolah atau Kementerian Pendidikan Malaysia. Contoh kepentingan kajian

ditunjukkan dalam contoh 9 (Rajah 10.9). Persoalan berikut boleh membantu dalam

menghujahkan kepentingan penyelidikan yang ingin dijalankan:

i. Adakah dapatan dalam penyelidikan boleh memberi implikasi kepada polisi

pendidikan?

ii. Apakah implikasi dapatan penyelidikan kepada praktis guru?

iii. Apakah cadangan yang boleh dikemukakan untuk penyelidikan seterusnya?

iv. Adakah dapatan penyelidikan boleh memberi sumbangan untuk membantu

menyelesaikan masalah dalam pendidikan?

v. Apakah inovasi yang dapat dihasilkan?

Rajah 10.9: Contoh Kepentingan Kajian

Limitasi kajian

Limitasi kajian bermaksud skop kajian yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting

bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan kajian yang dilakukan. Ini

bermakna penyelidik perlu menjelaskan batasan atau limitasi dalam kajian seperti

sampel kajian, batasan lokasi kajian, tempoh kajian, bidang kajian, limitasi tempat,

Contoh 9

Kepentingan kajian

Peranan guru perpustakaan media (GPM) kini, bukan hanya sekadar perlu mengetahui setiap

inovasi EduwebTV tetapi GPM perlu menjadi pengguna awal dan menguasai pengetahuan

tentang inovasi EduwebTV yang dilaksanakan di sekolah. Beberapa persoalan timbul berkaitan

dengan kesediaan menerima dan menggunakan inovasi teknologi khususnya inovasi EduwebTV

dalam kalangan guru. Apakah cirri demografi yang boleh di manipulasi supaya kesediaan

penerimaan dalam kalangan GPM boleh ditingkatkan? .Justeru kajian ini amat penting dan perlu

dilaksanakan. Hasil kajian ini boleh menyumbangkan maklumat berkaitan GPM dan perananya

sebagai agen perubahan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian Teknologi

Pendidikan Negeri (BTPN) dalam pemilihan calon GPM. Selain itu hasil kajian ini boleh dijadikan

rujukan dan panduan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung seperti pihak

sekolah, JPN, BTPN, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)

untuk merancang program atau kursus yang bertujuan untuk membina atau meningkatkan tahap

Page 189: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 179 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

skop metodologi kajian dan sebagainya supaya bidang kajian supaya tidak terlalu

luas. Ini akan memudahkan penyelidik meneliti proses penyelidikan mengikut skop.

Selain itu, dengan adanya kenyataan skop kajian ini tidak menimbulkan persoalan

kepada pembaca atau mengelakkan penilai dari mempersoalkan apa sahaja yang

menurut pandangan mereka relevan dengan kajian. Contoh limitasi kajian

ditunjukkan dalam contoh 10 (Rajah 10.10).

Rajah 10.10: Contoh Limitasi Kajian

Definisi Operasional

Ada kemungkinan pembaca kurang faham maksud perkataan-perkataan utama yang

digunakan dalam penulisan. Perkataan yang dipilih ini hendaklah dihuraikan

maksudnya berdasarkan konteks kajian. Hal ini adalah supaya perkataan tersebut

dapat diertikan sebagaimana yang penyelidik inginkan dan bukan berdasarkan erti

dalam kamus atau berdasarkan pandangan penulis lain. Ini bertujuan bagi

mengelakkan pembaca daripada terkeliru atau berkemungkinan mempunyai maksud

berbeza daripada maksud yang sebenar. Namun begitu dalam konteks ini definisi

operasional bukannya mendefinisikan tajuk kajian atau menjelaskan maksud yang

remeh temeh seperti perkataan lelaki atau guru. Prosedur ini digunakan bagi

menghasilkan ukuran yang tepat bagi pemboleh ubah yang dikaji. Biasanya

pemboleh ubah ini dinyatakan dalam bentuk yang boleh diukur atau

dimanipulasikan. Contoh definisi operasional ditunjukkan dalam contoh 11(Rajah

10.11).

Contoh 10

Limitasi Kajian

Kajian ini hanya difokuskan kepada masalah penerimaan EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah sahaja dan tidak melibatkan guru sekolah menengah dan juga pelajar. Kajian ini pula akan dijalankan di negeri Selangor sahaja. Kajian tidak melibatkan negeri lain di Malaysia. Manakala guru yang akan terlibat adalah guru yang mengajar tahap satu sahaja.

Page 190: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 180 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

Rajah 10.11: Contoh definisi operasional

AKTIVITI 10.1

1. Apakah kepentingan menyediakan proposal penyelidikan?

2. Berdasarkan idea penyelidikan yang ingin anda laksanakan, huraikan permasalahan

kajian anda.

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

Literatur kajian merupakan satu sorotan kajian yang menjadi rangka kepada kajian.

Ia merupakan salah satu bahagian yang penting dalam penulisan kajian. Dalam

penyediaan proposal penyelidikan, penulisan literatur perlu ditulis secara ringkas

tetapi menyeluruh. Pendekatan ini bagi mengatasi beberapa kemungkinan. Pertama,

ada berkemungkinan bahawa kajian sebenar tidak dapat dilaksanakan seperti mana

yang dicadangkan dalam proposal penyelidikan. Kedua, ada berkemungkinan juga

penyelidik tidak dapat mengutip sebahagian data yang diperlukan.Ini bermakna

terdapat beberapa persoalan kajian yang tidak terjawab. Manakala yang ketiga pula,

ada berkemungkinan juga penyelidik dapat mengutip data tambahan, maka

penyelidik perlu menjawab beberapa persoalan tambahan dalam kajian tersebut. Ini

bererti setiap keputusan yang berlaku, akan mendorong penyelidik untuk meneliti

semula kandungan literatur yang telah sediakan, samaada ia telah mencakupi setiap

Contoh 11

Definisi operasional

i. Penerimaan

Berdasarkan Mayer (1992) penerimaan ditakrifkan sebagai satu proses peresapan maklumat, dengan berkesudahan untuk membuat satu pilihan yang rasional sama ada untuk menggunakan atau tidak sesuatu sistem itu. Dalam kajian ini penerimaan merujuk kepada kesanggupan guru menggunakan EduwebTV secara sukarela dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.

ii. Persepsi mudah guna Menurut Davis (1989), persepsi mudah guna, merujuk kepada tahap di mana seseorang percaya bahawa menggunakan satu sistem tertentu itu mudah untuk diguna. Dalam kajian ini persepsi mudah guna merujuk kepada kepercayaan guru bahawa EduwebTV itu mudah diguna dan bebas daripada masalah besar jika menggunakanya.

Page 191: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 181 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

pemboleh ubah yang dikaji, atau perlu dikurangkan sebahagian daripadanya atau

sebaliknya perlu ditambahkan lagi literatur yang sedia ada.

Antara aspek yang perlu ada dalam Bab 2 ialah pengenalan, teori yang berkaitan,

kajian-kajian lepas dan maklumat tambahan berkaitan dengan pemboleh ubah yang

digunakan. Namun begitu untuk mempersembahkan kandungannya, penyelidik

haruslah memastikan maklumat ;

i. Disusun secara sistematik.

ii. Disusun secara kronologi.

iii. Perincian tajuk dan penerangan isi ikut urutan logik.

iv. Disusun daripada umum kepada khusus.

v. Disusun dapatan mengikut tema atau tajuk, bincangkan dapatan yang

menyokong dan yang berlawanan serta rumuskan dapatan tersebut supaya

boleh dikaitkan dengan kajian yang dibuat.

vi. Perbincangan masalah meliputi konsep-konsep utama, teori, dan model

berkaitan.

vii. Maklumat pengarang dan tarikh dicatatkan dengan tepat dan jelas.

viii. Berhenti apabila dirasakan sudah mencukupi (sorotan literatur sebagai

sebahagian proses penyelidikan dan bukannya hasil penyelidikan)

Pengenalan

Dalam topik kecil ini penyelidik perlu membuat satu sinopsis berkaitan apa yang

penyelidik tuliskan dalam Bab 2. Biasanya penyelidik akan menulis kenyataan yang

berkait dengan isi penting yang dibincangkan agar penilai boleh mendapat

gambaran awal secara keseluruhan dan seterusnya berminat untuk mengetahui

aspek-aspek yang dibincangkan. Contoh pengenalan dalam Bab 2 ditunjukkan

dalam contoh 12 (Rajah 10.12).

Page 192: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 182 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

Rajah 10.12: Contoh Pengenalan Dalam Bab Tinjauan Literatur

Perbincangan Teori yang Berkaitan

Dalam bahagian ini penyelidik perlu memaparkan fakta atau model, atau teori atau

konsep secara bersepadu dengan idea penyelidikan. Teori berperanan sebagai asas

yang dapat membentuk kerangka kerja dalam kajian. Teori juga dapat digunakan

bagi menjelaskan sesuatu perkara dan menjangkakan sesuatu perkara yang baru.

Contoh perbincangan teori dalam Bab 2 ditunjukkan dalam contoh 13 (Rajah 10.13).

Rajah 10.13: Contoh Aplikasi Teori Dalam Kajian

Contoh 12

Kajian tentang penerimaan inovasi kini semakin berkembang dan mendapat perhatian luas pelbagai pihak terutama dalam bidang pemasaran, pengurusan, pentadbiran organisasi dan tidak kurang pentingnya dalam bidang pendidikan. Kepentingannya dalam menjayakan matlamat pendidikan menjadikan kesediaan menerima dan mengguna inovasi teknologi komputer dalam pengajaran sebagai kualiti teras yang perlu dimiliki oleh setiap guru. Sehubungan itu kajian ini memberikan tumpuan khusus untuk melihat kesediaan terhadap penerimaan dan penggunaan inovasi EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah di sekolah-sekolah Malaysia.

Contoh 13

Teori penyebaran inovasi

Teori penyebaran inovasi oleh Rogers (1995) mempunyai hubungan yang kuat dengan penyebaran inovasi teknologi dalam pendidikan. Apabila sesebuah komuniti masyarakat menerima sesuatu inovasi, maka perlulah ada medium pengantara atau saluran untuk menyalurkan inovasi tersebut dengan lebih berkesan kepada ahli lain dalam masyarakat. Oleh itu, teori ini secara umumnya menekankan kepada proses penyebaran maklumat setelah berlakunya inovasi. Dalam konteks kajian ini, inovasi teknologi merujuk kepada pelaksanaan EduwebTV sebagai media dan sumber dalam membantu proses PdP. Melalui teori Penyebaran Inovasi, kita dapat menerangkan mengapa sebahagian inovasi berjaya disebarkan dan diadaptasi, manakala sebahagiannya mengalami kegagalan. Menurut Rogers (1995) proses penyebaran melibatkan tiga pihak utama iaitu (a) inovasi itu sendiri, (b) individu yang mengetahui tentang inovasi tersebut, dan (c) individu yang belum mengetahui tentang inovasi tersebut. Oleh yang demikian teori penyebaran inovasi (Rogers 1995), amat sesuai untuk digunakan dalam kajian ini khususnya bagi melihat seawal mana guru bersedia menerima dan mengguna inovasi EduwebTV.

Page 193: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 183 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Kajian-kajian lepas yang berkaitan

Dalam mengulas dapatan kajian-kajian lepas, penyelidik perlu memilih kajian-kajian

lepas yang ada kaitan sahaja dengan pemboleh ubah yang dikaji. Nyatakan

perkaitan di antara kajian-kajian yang lakukan oleh penyelidik yang berbeza dan

jelaskan bagaimana isu tersebut berkait dengan kajian yang akan dijalankan. Oleh

yang demikian penulisan harus memetik perkara-perkara utama sebagai

perbandingan antara kajian-kajian tersebut termasuk;

i. Metodologi kajian.

ii. Populasi dan sampel kajian.

iii. Instrumen atau alat kajian serta prosedur kajian yang digunakan.

iv. Teknik pengumpulan data.

v. Tatacara menganalisis data.

vi. Hasil kajian dan penemuan baru.

Terdapat pelbagai cara dalam membahaskan sorotan kajian lepas. Antaranya:

i. Kumpulkan kajian-kajian lepas yang mempunyai permasalahan dan cara

penyelesaian yang sama dengan pemboleh ubah dalam kajian, rumuskan

bacaan tersebut dan teliti sekiranya terdapat sesuatu yang baru dan

kombinasinya.

ii. Boleh juga tunjukkan perkembangan kajian-kajian dalam satu komuniti atau

organisasi. Berdasarkan kajian yang telah diteliti penyelidik boleh

menjustifikasikan mengapa kajian ini penting dan perlu dilakukan, antaranya

kajian yang sedia ada kurang fokus untuk menjawab permasalahan yang

ingin dikaji.

iii. Penyelidik boleh merujuk kepada penyelidik terdahulu yang mengkaji

fenomena yang sama, tetapi penyelidik tidak setuju dengan pendekatan atau

kesimpulan yang diperoleh dengan memberi justifikasi pendekatan yang ingin

penyelidik jalankan.

Masalah yang seringkali ditemui dalam kebanyakan penulisan tinjauan literatur

adalah dari segi persembahannya. Antara masalah yang sering kali ditemui ialah:

Page 194: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 184 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

i. Skop tinjauan terlalu sempit dan ringkas.

ii. Kurang membuat organisasi dan penstrukturan maklumat yang ingin

dipaparkan.

iii. Tidak membina kerangka konsep yang sesuai untuk kajian.

iv. Memaparkan fakta secara berasingan tanpa fokus tema tertentu.

v. Penulis gagal menunjukkan literatur itu penting dan terkini dalam bidang

kajian yang dikaji.

vi. Penulis tidak menilai kajian lepas secara kritis dan

vii. Penulis tidak memaparkan fakta

viii. Penulisan terlalu panjang dan membosankan.

BAB 3 METODOLOGI

Dalam metodologi kajian, biasanya menghuraikan dan membincangkan tentang

sampel kajian, kaedah atau cara pengumpulan data, instrumen yang digunakan

untuk mengumpul data dan bagaimana data-data tersebut itu akan dianalisis. Bab ini

merupakan bahagian yang perlu jelas dan dibincangkan dengan meyakinkan.

Kaedah yang dirangka dengan baik akan membolehkan objektif yang ditetapkan

dalam kajian tersebut boleh dicapai. Oleh yang demikian setiap pemilihan sesuatu

kaedah, prosedur pengumpulan data atau teknik perlu diberi justifikasi dengan jelas

dan mempunyai logik yang boleh diterima.

AKTIVITI 10.2

Pilih teori yang bersesuaian dengan kajian anda dan huraikan mengapa

teori tersebut dikatakan sesuai untuk mendasari bidang kajian anda?

Page 195: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 185 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Reka Bentuk Penyelidikan

Reka bentuk kajian merupakan aspek perancangan yang penting dalam

melaksanakan sesuatu kajian. Ia merujuk kepada satu tatacara pengolahan data

yang dipungut berdasarkan kepada perancangan yang khusus dan sistematik

terhadap konsep pembentukan rangkaian serta hubungan antara pemboleh ubah

(Creswell 2008) serta dapat menjelaskan bagaimana untuk mendapatkan maklumat

bagi mencapai matlamat kajian (Noraini 2010) serta menetapkan prosedur-prosedur

yang diambil untuk mencapai objektif kajian (Ahmad Mahdzan 2002).

Dalam topik kecil ini, penyelidik perlu membincangkan pemboleh ubah yang terlibat

dalam penyelidikan dan bagaimana pemboleh ubah tersebut akan diukur. Penyelidik

perlu menjelaskan bagaimana reka bentuk kajian itu dipilih, sama ada dengan

merujuk kepada soalan penyelidikan, pengetahuan yang diperoleh berdasarkan

bacaan-bacaan yang berkaitan, atau metodologi kajian-kajian lepas. Penyelidik juga

perlu menjustifikasikan mengapa, reka bentuk itu dipilih. Penyelidik harus

meyakinkan penilai bahawa reka bentuk yang dipilih tersebut adalah yang paling

sesuai dengan memberikan sokongan hujah daripada penulis lain. Penulisan reka

bentuk kajian ditunjukkan dalam contoh 14 (Rajah 10.14).

Rajah 10.14: Contoh Penulisan Reka Bentuk Kajian

Contoh 14 Reka bentuk kajian Dalam kajian penerimaan EduwebTV ini penyelidik memilih reka bentuk kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Melalui reka bentuk kajian ini penyelidik akan dapat mengumpul maklumat secara langsung daripada responden berkaitan dengan perasaan motivasi, sikap, kepercayaan, tingkah laku dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan sekumpulan orang iaitu guru. Justeru rekabentuk ini didapati bersesuaian dengan tujuan kajian ini iaitu mengkaji kesediaan penerimaan guru yang mencakupi pemboleh ubah, pengetahuan, sikap dan kemahiran dalam kalangan guru serta saling perkaitannya antara pemboleh ubah tersebut dengan penerimaan EduwebTV. Reka bentuk kaedah tinjauan ini dipilih kerana kajian ini lebih bersifat laporan kendiri (self-report) yang menghendaki guru menilai perasaan, kekuatan serta kekurangan diri secara introspektif (Jackson 2006). Menurut Wiersma (2000) pula, kaedah tinjauan amat bersesuaian untuk membincangkan beberapa aspek termasuk peristiwa atau fenomena, pembahagian dan perhubungan dalam pemboleh ubah pendidikan. Dengan itu pengkaji juga dapat mengumpulkan data berhubung dengan fenomena yang tidak dapat diperhatikan secara langsung (Noraini 2010) yang melibatkan ramai ahli iaitu guru di Malaysia. Pemerolehan dapatan dalam kajian ini, boleh menggambarkan kesediaan guru menerima inovasi EduwebTV yang baru dilaksanakan di sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 196: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 186 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

Pensampelan

Menentukan populasi kajian merupakan langkah terpenting perlu dilakukan di

peringkat awal proses pemilihan sampel. Pensampelan pula adalah berkaitan

dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan

responden kajian. Masalah yang dikenal pasti itu wujud samaada dari dalam

kumpulan, individu atau objek yang dicerap. Penggunaan sampel yang tidak sesuai

akan mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Perancangan dalam

menentukan pensampelan yang rapi akan dapat mengumpulkan data dengan

mudah, mengurangkan ralat pengukuran dan menjimatkan masa serta perbelanjaan.

Oleh yang demikian dalam penulisan proposal, terangkan secara ringkas bagaimana

cara pensampelan itu dilakukan, sama ada pensampelan mudah, pensampelan

bertujuan, pensampelan bola salji (snowball) atau pensampelan kuota (quota

sampling). Berikan justifikasi mengapa cara pemilihan sampel dan penetapan saiz

sampel yang itu digunakan. Pengkaji perlu meyakinkan kepada pembaca dengan

menyertakan beberapa sokongan kepada setiap yang dihujahkan. Contoh

pensampelan kajian ditunjukkan dalam contoh 15a dan 15b (Rajah 10.15a dan

Rajah 10.15b).

Rajah 10.15a: Contoh Pensampelan Kajian

Contoh 15a

Sampel kajian

Dalam kajian ini populasi mampu tadbir adalah zon-zon yang berada di Semenanjung Malaysia iaitu Zon Barat. Kajian ini tidak dapat dijalankan di Zon Sabah, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Sarawak disebabkan kekangan kewangan dan masa. Seterusnya teknik persempelan rawak berkelompok melalui cabutan, digunakan bagi menentukan negeri-negeri yang mewakili zon barat. Teknik persempelan rawak berkelompok ini digunakan bagi mempertimbangkan sampel kajian adalah bertaburan di merata tempat (Creswell 2008; Mohd Majid 2005; Noraini 2010). Selain itu teknik ini dapat menjimatkan masa serta mengurangkan pelbagai masalah. Pengkaji telah membuat pemilihan negeri daripada kelompok zon dengan cabutan fishbowl. Sebanyak dua kali cabutan negeri digunakan bagi memilih negeri-negeri yang mewakili zon barat. Melalui teknik persampelan tersebut, dua buah negeri yang terpilih bagi mewakili zon barat ialah Negeri Selangor dan Negeri Perak.

Page 197: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 187 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Rajah 10.15b: Contoh Pensampelan Kajian

Pengumpulan Data.

Dalam topik kecil ini, penyelidik perlu menyatakan apakah jenis data yang akan

dikumpulkan dalam penyelidikan yang akan dijalankan. Seterusnya penyelidik

menentukan jenis instrumen yang akan digunakan untuk mengutip data dalam

kajianitu nanti. Antara instrumen yang dipilih misalnya penggunaan soal selidik,

senarai semak pemerhatian, protokol temu bual atau analisis dokumen. Penyelidik

perlu menjelaskan semua yang berkaitan dengan instrumen yang dipilih dalam

penulisan proposal, antaranya;

i. Menyatakan jenis instrumen yang digunakan untuk mengutip data dalam

kajian nanti.

ii. Menjelaskan dalam proposal, bagaimana penyelidik menentukan kesahan

dan kebolehpercayaan instrumen yang akan digunakan dalam kajian itu

nanti

iii. Menjelaskan bagaimana penyelidik akan mentadbir instrumen tersebut

soal selidik, temubual, pemerhatian atau lain-lain cara pengumpulan data

akan dilakukan sepanjang kajian.

a. Soal selidik

Jika penyelidik menggunakan kaedah tinjauan untuk penyelidikan terutamanya

apabila melibatkan sampel yang ramai, penggunaan soal selidik merupakan satu

Contoh 15b

Jadual 3.1 Bilangan sampel kajian

Negeri Bil. Sek. Ren . Bil. Guru SK. Bil. Sampel guru SK.

Perak 267 2500 200

Selangor 261 1500 150

Jumlah populasi

4000 350 (sampel)

Page 198: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 188 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

alat ukur yang paling praktikal. Soal selidik sesuai digunakan untuk mengukur

pendapat, sikap atau pengetahuan. Justeru dalam proses penyediaan proposal

penyelidikan, penyelidik perlu menjelaskan berkaitan dengan soal selidik yang akan

digunakan dalam kajian sebenar nanti. Penyelidik perlu menjelaskan kepada

pembaca atau penilai dari mana soal selidik itu diperoleh, sama ada;

i. dibina sendiri oleh penyelidik. Oleh yang demikian penyelidik perlu

menjelaskan semua langkah dalam proses pembinaan instrumen kajian.

ii. mengubah suai daripada instrumen yang sedia. Maka penyelidik perlu

menjelaskan bahagian mana atau item mana yang diubah suai bagi

kesesuaian mengikut konteks kajian sebenar. Jelaskan juga bagaimana

instrumen yang telah diubah suai itu mempunyai kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi.

iii. Menggunakan instrumen yang telah sedia ada tetapi instrumen tersebut

dalam Bahasa Inggeris. Maka penyelidik perlu membuat proses terjemah dan

terjemah semula (back to back translation). Jelaskan juga instrumen yang

telah melalui back to back translation mempunyai kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi.

iv. Penyelidik juga perlu menjelaskan jenis skala pengukuran yang akan

digunakan dalam instrumen soal selidik

Contoh instrumen kajian ditunjukkan dalam contoh 16 (Rajah 10.16).

Rajah 10.16: Contoh Instrumen Kajian

Contoh 16

Dalam kajian ini instrumen penerimaan EduwebTV dibina berdasarkan adaptasi beberapa instrumen yang digunakan oleh Venkatesh et al. (2003), Gong et al.(2004) dan Hu et al. (2003). Penyelidik mengekalkan lima variabel utama berdasarkan kepada model TAM yang dibina iaitu aspek persepsi berguna, persepsi mudah guna, sikap terhadap teknologi, keinginan mengguna dan penggunaan sebenar. Kesemua item-item yang mewakili aspek kebergunaan, kesenangan mengguna, sikap dan keinginan mengguna diukur menggunakan skala pemeringkatan iaitu skala likert 5 point; daripada 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Setuju, 4 = Setuju, hingga ke 5 = Sangat Setuju

Page 199: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 189 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

b. Temu bual

Sokongan data yang berbentuk pendapat atau pandangan daripada responden

mungkin diperlukan dalam kajian. Penyelidik boleh menemubual responden untuk

tujuan pengumpulan data.Oleh yang demikian, tentukan terlebih dahulu bentuk temu

bual yang ingin dilakukan samaada temu bual berstruktur, temu bual tidak

berstruktur atau temu bual semi berstruktur. Harus dijelaskan juga dalam penulisan

proposal, bagaimana cara merekodkan data temubual dilakukan. Adakah penyelidik

akan menggunakan pita rakaman, mengambil nota semasa temu bual atau dengan

merekodkan seberapa banyak maklumat temu bual yang dapat diingat selepas

sahaja tamat temu bual dijalankan. Contoh protokol temubual berstruktur ditunjukkan

dalam contoh 17 (Rajah10.17)

Rajah 10.17: Contoh Soalan Temubual Berstruktur

c. Pemerhatian

Kadang kala sesuatu fenomena yang ingin dikaji itu sukar untuk diterjemahkan

melalui soal jawab. Kaedah pemerhatian adalah sesuai untuk merekodkan tingkah

laku serta merakamkan keadaan sebenar apa yang sedang berlaku. Justeru jika

penyelidik bercadang untuk menggunakan kaedah ini, prosedur pemerhatian perlu

jelaskan dalam proposal seperti bagaimana penyelidik merekodkan pemerhatian,

sama ada mengambil nota, pemantauan, merakam peristiwa atau perlakuan. Dalam

proposal perlu dijelaskan semua yang berkaitan dengan prosedur pemerhatian

termasuk jenis mod pemerhatian dan subjek atau aktiviti yang difokuskan semasa

pemerhatian.

Contoh 17

1. Adakah anda pernah mendengar EduwebTV?

2. Di sekolah siapakah yang memperkenalkan EduwebTV kepada anda?

3. Adakah anda suka meneroka kandungan dalam EduwebTV? Mengapa?

4. Bagaimanakah anda menggunakan EduwebTV semasa pengajaran anda dalam bilik

darjah?

Page 200: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 190 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

d. Analisis dokumen.

Dalam pengumpulan data, penyelidik mungkin perlu meneliti dokumen penting yang

berkaitan seperti rekod pencapaian pelajar atau hasil kerja pelajar. Oleh yang

demikian dalam menyediakan proposal, penyelidik perlu jelaskan dalam dalam Bab

3 ini bagaimana penyelidik akan menganalisis dokumen tersebut, apakah dokumen

yang ingin diteliti, dan bagaimana ia boleh diperoleh.

Menganalisis Data Kuantitatif

Setelah penyelidik merancang untuk menggunakan instrumen bagi mendapatkan

data, penyelidik seterusnya perlu menjelaskan kepada pembaca atau penilai;

i. bagaimana data yang diperoleh itu akan dianalisis.

ii. Ujian yang akan digunakan untuk menganalisis data samaada menggunakan

analisis deskriptif dan analisis inferensi.

iii. skala pengukuran yang akan digunakan bagi menentukan tahap atau

hubungan pemboleh ubah yang dikaji berdasarkan persoalan kajian yang

telah ditetapkan.

a. Analisis deskriptif

Biasanya analisis deskriptif digunakan bagi tujuan membuat huraian secara

terperinci tentang tahap sesuatu pemboleh ubah yang dikaji. Sebagai contoh ciri-ciri

demografi guru, tahap pendidikan, pengalaman menggunakan Internet, pengalaman

mengajar, pengalaman menjadi guru Bestari, kekerapan menghadiri kursus ICT dan

pengetahuan guna ICT dan sebagainya. Data tersebut perlu dianalisis dan

dibincangkan dalam bentuk statistik deskriptif yang menggunakan indeks min, mod,

frekuensi dan peratusan. Data boleh diproses menggunakan program Statistical

Package for the Sosial Science (SPSS). Bagi menjawab persoalan tahap

pengetahuan guna ICT misalnya, penyelidik perlu menggunakan menggunakan

interpretasi skor min untuk melihat tahap guru dalam pengetahuan ICT. Nilai skor

ditetapkan dengan merujuk buku-buku rujukan analisis data dalam penyelidikan

Page 201: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 191 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

pendidikan. Skor min ini akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian

persoalan dalam kajian sebenar nanti. Contoh jadual skor analisis deskriptif

ditunjukkan dalam contoh 18 (Rajah 10.18) dan contoh 19 (Rajah 10.19).

Rajah 10.18: Contoh Interpretasi Skor Tahap Pengetahuan Guna ICT

Rajah 10.19: Contoh interpretasi skor min bagi tahap persepsi berguna

Contoh 18

Jadual 3.2 Interpretasi skor dan tahap pengetahuan guna ICT

Nilai min Tahap

< 2.33 Rendah

2.33-3.66 Sederhana >3.66 Tinggi

Sumber: Diubah suai daripada Jamil (2002)

Bagi menjawab persoalan tahap pengetahuan guna ICT kajian ini menggunakan interpretasi

skor min untuk melihat tahap. Pada Jadual 3.3 menunjukkan, interpretasi skor min bagi

menentukan tahap pengetahuan GPM. Skor min yang kurang daripada 2.33 menunjukkan

tahap pengetahuan guna ICT dalam PdP adalah rendah. Skor min 2.33 hingga 3.66 pula

menunjukkan tahap pengetahuan guna ICT dalam PdP adalah sederhana. Manakala skor min

yang melebihi 3.66 menunjukkan tahap pengetahuan guna ICT dalam P& P adalah tinggi.

Contoh 19

Jadual 3.3 Interpretasi skor dan tahap persepsi berguna

Nilai min Tahap Intepertasi < 2.33 Rendah Merasakan inovasi EduwebTV tidak boleh membantu

mempermudahkan proses P&P. 2.33-3.66 Sederhana Merasakan inovasi EduwebTV kurang membantu

mempermudahkan proses P&P. >3.66 Tinggi Merasakan inovasi EduwebTVsangat membantu

mempermudahkan proses P&P. Sumber: Diubah suai daripada Jamil (2002)

Bagi menentukan tahap penerimaan EduwebTV daripada aspek persepsi berguna dalam kalangan guru, pengkaji merujuk kepada jadual 3.3. Jadual 3.3 menghuraikan interpretasi skor min bagi menentukan tahap persepsi berguna. Bagi skor min kurang daripada 2.33 menunjukkan tahap persepsi kebergunan EduwebTV adalah rendah. Diinterpretasikan bahawa, mereka berasa tidak yakin bahawa inovasi EduwebTV boleh membantu mempermudahkan PdP. Skor antara 2.33 hingga 3.66 pula menunjukkan tahap persepsi kebergunan EduwebTV adalah sederhana. Diinterpretasikan bahawa mereka kurang pasti EduwebTV boleh membantu mempermudahkan PdP. Skor min yang melebihi 3.66 menunjukkan tahap persepsi kebergunan EduwebTV adalah tinggi. Diinterpretasikan bahawa mereka berasa sangat pasti EduwebTV dapat membantu mempermudahkan P&P

Page 202: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 192 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

b. Analisis inferensi

Bagi tujuan untuk mengetahui sama ada terdapat kesan interaksi antara pemboleh ubah–

pemboleh ubah bebas dan bersandar yang dikaji, analisis inferensi digunakan. Misalnya

analisis korelasi digunakan untuk melihat hubung kait antara dua pemboleh ubah. Sejauh

manakah hubungan antara pemboleh ubah diukur melalui pekali korelasi Pearson jika data

yang diperoleh berbentuk sela atau nisbah. Nilai pekali korelasi Pearson ini digunakan untuk

menjawab persoalan kajian ke 3 iaitu mengetahui hubungan (ii) persepsi berguna dengan

keinginan mengguna EduwebTV dalam kalangan guru sekolah rendah. Bagi mendapatkan

nilai pekali data maklumat daripada soal selidik akan diproses menggunakan program

Statistical Package for the Sosial Science (SPSS). Contoh jadual skor bagi analisis inferensi

ditunjukkan dalam contoh 20 (Rajah 10.20).

Rajah 10.20: Contoh Tafsiran Nilai Pekali Korelasi.

Menganalisis Data Kualitatif

Bagi kajian yang melibatkan pengumpulan data lapangan secara kualitatif,

penyelidik hendaklah menjelaskan secara terperinci dan meyakinkan penilai

bagaimana prosedur data yang diperoleh akan dianalisis. Dalam penulisan proposal

penyelidik perlu memperjelas bagaimana data yang banyak akan disusun atur

mengikut kepada pola, kategori, atau tema tertentu. Data kualitatif boleh dianalisis

secara manual atau menggunakan perisisian khas seperti Nvivo atau Atlas.ti. Secara

umumnya penyelidik dicadangkan menjalankan langkah-langkah berikut untuk

menganalisis data lapangan:

Contoh 20

Jadual 3.4 Tafsiran nilai-nilai pekali korelasi

Nilai pekali (r) Tafsiran .10 hingga .29 atau-.10 hingga -.29 Hubungan positif atau negatif lemah .30 hingga .49 atau -.30 hingga .49 Hubungan positif atau negatif sederhana

teguh .50 hingga 1.0 atau -.50 hingga -1.0 Hubungan positif atau negatif teguh

Sumber: Cohen (1988)

Jadual 3.4 menunjukkan tahap korelasi mengikut skala tafsiran Cohen (1988). Nilai pekali melebihi atau sama dengan 0.5 hingga 1.0 dianggap mempunyai hubungan positif atau negatif yang teguh. Nilai pekali 0.30 hingga 0.49 menunjukkan hubungan positif yang sederhana teguh. Seterusnya, hubungan positif atau negatif yang lemah pula melibatkan nilai pekali 0.10-0.29. Maka hipotesis yang diuji menggunakan statistik korelasi Pearson r adalah Ho 1

Page 203: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 193 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

a) Menyusun data – mengtranskrip temu bual atau membuat catatan

pemerhatian. Baca transkrip atau catatan pemerhatian untuk

mendapatkan gambaran keseluruhan atau idea-idea yang timbul

b) Menanda transkrip atau catatan pemerhatian untuk mendapatkan petikan

terbaik, padat, dan berkaitan dengan persoalan kajian. Tandakan kod

pada petikan transkrip atau catatan.

c) Senaraikan kod mengikut tema atau kategori yang telah dikenal pasti

dengan petikan transkrip atau catatan pemerhatian. Kelompokan mengikut

topik yang sama dan bentukkan mengikut lajur.

d) Persembahkan data kualitatif menggunakan jadual atau rajah dengan

menyenaraikan kod atau tema dengan petikan transkrip atau catatan

pemerhatian.

e) Tentukan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif melalui salah satu

daripada strategi berikut; member checking, peer checking, trangulasiatau

persetujuan penilai Cohen Kappa. Jika perlu buat pengekodan/ tema

semula.

Berdasarkan langkah-langkah umum menganalisis data kualitatif yang dicadangkan,

penyelidik boleh menggunakan idea umum tersebut untuk disesuaikan dengan

penyelidikan yang dirancang.

Penutup

Dalam topik kecil ini, penyelidik perlu meringkaskan semula cadangan kajian yang

akan dilaksanakan termasuk tujuan kajian, persoalan kajian dan bagaimana

metodologi kajian ini dilaksanakan termasuk. Ini termasuk pensampelan, instrumen

yang digunakan dan bagaimana data-data ini dianalisis.

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

Senarai rujukan ialah satu senarai yang mencatatkan semua bahan rujukan yang

telah digunakan atau dirujuk oleh penyelidik dalam menyediakan proposal kajian.

Kesemua sumber rujukan yang digunakan untuk menulis proposal penyelidikan

Page 204: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 194 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

termasuk buku, artikel jurnal, majalah, surat khabar, sumber Internet dan lain-lain

perlulah disenaraikan dalam senarai rujukan. Format penulisan sumber rujukan perlu

mengikut format penulisan yang dicadangkan mengikut panduan American

Psycological Assosiation (APA). Walau bagaimanapun penyelidik boleh

menggunakan format penulisan yang mungkin telah ditetapkan oleh fakulti masing-

masing.

KRITERIA PROPOSAL PENYELIDIKAN YANG BAIK

Adalah penting untuk meyakinkan pembaca atau penilai tentang potensi

penyelidikan yang ingin dijalankan. Cara penyelidik berkomunikasi dalam proposal

boleh memberi impak kepada cadangan penyelidikan yang dikemukakan. Antara

kriteria-kriteria proposal penyelidikan yang baik adalah;

i. Maklumat yang ada dalam proposal penyelidikan jelas dan meyakinkan

penilai.

ii. Dapat meyakinkan kepada penilai atau pembaca bahawa kepentingan isu

yang ingin diselidik.

iii. Dapat menjelaskan fokus penyelidikan dengan tepat.

iv. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan penggunaan istilah yang

diperjelaskan serta tepat.

v. Dapat mengemukakan idea atau cadangan yang logik dengan

menjustifikasikan setiap keputusan yang dipilih dalam penulisan proposal

penyelidikan khususnya untuk meyakinkan penilai bahawa keputusan yang

dipilih itu adalah yang terbaik.

Kelemahan Lazim Dalam Penulisan Proposal Penyelidikan

Kadangkala terdapat beberapa kelemahan yang biasa ditemui dalam proposal

penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar. Antaranya menurut Noraini (2010):

i. Kegagalan mengemukakan permasalahan penyelidikan dalam konteks yang

sesuai.

ii. Kegagalan untuk menetapkan fokus penyelidikan yang dijalankan.

Page 205: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 195 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

iii. Kegagalan untuk mempersembahkan dengan tepat dan jelas sumbangan

teori dan empirikal penyelidik-penyelidik lain terhadap konteks penyelidikan

yang dicadangkan.

iv. Kegagalan untuk mengekalkan fokus penulisan kepada persoalan-persoalan

penyelidikan yang telah dikemukakan.

v. Kegagalan untuk membina idea dan perbincangan yang koheren dan

meyakinkan pembaca atau penilai.

vi. Terlalu banyak perbincangan difokuskan kepada isu-isu sampingan yang

kurang relevan tanpa memberi tumpuan kepada isu-isu penting berkaitan

dengan permasalahan penyelidikan.

vii. Kurang berfokus, tanpa tujuan dan arah yang konkrit tentang perkara yang

mahu diselidik.

viii. Terlalu banyak rujukan yang hilang dan rujukan yang tidak tepat.

ix. Proposal terlalu panjang atau terlalu ringkas.

x. Kegagalan untuk mengikut format penulisan akademik yang betul seperti

yang disarankan oleh American Psychological Assosiation (APA) .

xi. Penulisan yang umum dan kabur serta sukar difahami.

RUMUSAN

1. Menyediakan proposal penyelidikan adalah suatu proses membina cadangan

perbincangan atau justifikasi yang menyokong kajian yang dicadangkan.

2. Proposal penyelidikan bertujuan untuk meyakinkan pembaca atau penilai

bahawa penyelidikan yang dicadangkan mempunyai reka bentuk yang

mantap, relevan dengan isu semasa dalam pendidikan dan penyelidik

mempunyai kebolehan untuk menjalankan kajian.

3. Kandungan yang perlu ada dalam proposal penyelidikan:

a. Pengenalan

i. Latar belakang

ii. Permasalahan kajian

iii. Objektif kajian

iv. Persoalan kajian (dan penyataan hipotesis sekiranya diperlukan

dalam metodologi tertentu)

Page 206: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 196 Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan

v. Kerangka konseptual kajian

vi. Kepentingan dan tujuan kajian

vii. Batasan kajian

viii. Definisi operasional

b. Tinjauan literatur

i. Teori berkaitan

ii. Kajian-kajian lepas yang berkaitan

c. Metodologi Kajian

i. Reka bentuk kajian

ii. Populasi dan pensampelan

iii. Pengumpulan data

iv. Analisis data

4. Proposal penyelidikan yang berkualiti adalah penting kerana sesuatu

penyelidikan yang baik bermula daripada cadangan penyelidikan yang baik.

PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan maksud proposal penyelidikan.

2. Jelaskan komponen yang perlu ada dalam proposal penyelidikan

3. Apakah ciri-ciri proposal penyelidikan yang baik

4. Hasilkan satu proposal penyelidikan yang lengkap bermula dengan

pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kerangka konseptual

kajian, limitasi kajian literatur kajian dan metodologi kajian

RUJUKAN

Ahmad Mahdzan Ayob. (2002). Kaedah Penyelidikan Sosio Ekonomi (2nd ed). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cohen, J. 11088. Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences (2nd ed). New York: Academic Press.

Page 207: kaedah penyelidikan dalam pendidikan

 197 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

Creswell, J.W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantative and Qualitative Research (3rd ed). Boston: Pearson.

Creswell, J.W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantative and Qualitative Research (3rd ed). Boston: Pearson.

Jackson S.L. (2006). Research Methods and Statistics: A Critical Thinking Approach (2nd ed).Belmont, CA: Thomson Wadsworth.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Noraini Mohamed Noh.(2012). Kesediaan penerimaan inovasi teknologi dalam kalangan Guru Perpustakaan Media. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Wiersma,W. & Jurs, S. (2005). Research Methods in Education: An Introduction (8th ed). Boston: Allyn and Bacon.