sejauhmanakah komponen penilaian dalam ... - … · 2.4.4 etika pelatih 19 2.4.5 waktu kerja 20...
TRANSCRIPT
SEJAUHMANAKAH KOMPONEN PENILAIAN DALAM INSTRUMEN
PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI FAKULTI PENDIDIKAN UTM SESUAI
MENGIKUT PANDANGAN INDUSTRI
MASNI SALFARINDA BINTI MOHAMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UUUNNNIIIVVVEEERRRSSSIIITTTIII TTTEEEKKKNNNOOOLLLOOOGGGIII MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA
BBBOOORRRAAANNNGGG PPPEEENNNGGGEEESSSAAAHHHAAANNN SSSTTTAAATTTUUUSSS TTTEEESSSIIISSS JJJUUUDDDUUULLL ::: SEJAUHMANAKAH KOMPONEN PENILAIAN DALAM
INSTRUMEN PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI FAKULTI PENDIDIKAN UTM SESUAI MENGIKUT PANDANGAN INDUSTRI
SSSEEESSSIII PPPEEENNNGGGAAAJJJIIIAAANNN::: 2006/2007
Saya MASNI SALFARINDA BINTI MOHAMAD Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√)
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh, _____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: W1/677C LOT 1110 SEKS 1, PROF. MADYA DR. HJ. ABDUL DESA AMAN, JLN MAHMUD WAHID BIN MUKHARI 17000 PASIR MAS KELANTAN Tarikh: 23 APRIL 2007 Tarikh: 23 APRIL 2007
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
Catatan: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa0organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) dari Universiti Teknologi Malaysia
Tandatangan :
Nama penyelia : Prof. Madya Dr. Haji Abdul Wahid Bin Mukhari
Tarikh : 23 APRIL 2007
ii
SEJAUHMANAKAH KOMPONEN PENILAIAN DALAM INSTRUMEN
PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI FAKULTI PENDIDIKAN UTM SESUAI
MENGIKUT PANDANGAN INDUSTRI
MASNI SALFARINDA BINTI MOHAMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2007
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : Masni Salfarinda binti Mohamad
Tarikh : 23 APRIL 2007
iv
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji atas
limpah dan kurniaan Allah s.w.t Tuhan Semesta Alam, Selawat & Salam ke atas
junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w
Khas Buat
Ma dan Ayah Tersayang
Sakinah binti Ibrahim & Mohamad bin Mat Ali
Doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidupku, Tiap langkah kuingati
pengorbananmu. Walau mencapai usiamu, tidak mungkin anakmu ini dapat
membalasnya. Semoga Allah memberkati dirimu selamanya…
Suami Tercinta
Wan Mohammad Kamal Azman bin Wan Aziz
Yang terlalu memahami dan banyak berkorban. Pengorbananmu dan keikhlasanmu
tidak termampu diungkapkan. semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran sewajarnya.
Terima kasih Sayang…..
Puteri Permata Hatiku
Wan Amyra Syahirah binti Wan Mohammad Kamal Azman
“Mama mahu menjadi seperti kasturi yang wangi dan mewangikan orang lain, juga
menjadi matahari yang terang dan menyinari semua insan”
Sahabat Seperjuangan…..
Noli, Rusiah, Kak Dah, Kak Ct, Kak Lon, dan ….
Terima kasih atas segala kebaikan. Mudah-mudahan keberkatan bagi semua……..
v
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t dan selawat ke atas jungjungan kita Nabi
Muhammad s.a.w. Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana memberi kekuatan
dan kesabaran untuk menyiapkan laporan kajian mengenai “Sejauhmanakah
komponen penilaian dalam instrumen penilaian Latihan Industri sesuai mengikut
pandangan industri” ini sehingga selesai.
Kajian ini tidak akan terhasil tanpa bantuan, sokongan dan galakan daripada
beberapa pihak. Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Prof . Madya Dr. Haji Abdul Wahid bin Mukhari selaku penyelia di atas
segala tunjuk ajar dan pengorbanan masa yang dicurahkan.
Tidak lupa buat kesemua pihak industri yang terlibat. Setinggi-tinggi
penghargaan kerana tanpa penglibatan pihak industri sudah pasti kajian ini tidak
akan terlaksana sebagaimana sepatutnya.
Akhir kata, buat rakan-rakan seperjuangan tidak kurang juga orang
perseorangan yang telah membantu dan mendorong secara langsung atau tidak
langsung untuk menyempurnakan projek ini. Jutaan terima kasih diucapkan, semoga
Allah s.w.t akan memberikan ganjaran sewajarnya.
vi
ABSTRAK
Latihan Industri merupakan salah satu komponen kurikulum Program sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Jentera, Elektrik,
Kemahiran Hidup. Setiap pelajar wajib menjalani dan lulus dalam Latihan Industri
ini. Kajian ini adalah tertumpu kepada mengkaji sejauhmanakah instrumen
penilaian Latihan Industri sesuai mengikut pandangan industri. Kajian ini cuba
mengenalpasti komponen penilaian dalam instrumen penilaian Latihan Industri
berdasarkan 5 aspek penilaian iaitu sifat peribadi, kebolehan dan keupayaan,
kedatangan, bahasa dan arahan. Seramai 18 responden dari pihak industri di daerah
Johor Bahru telah dipilih untuk menjawab borang set soalselidik. Data yang
diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical packages for Science Sosial
(SPSS) Version 11.5 dan dinyatakan dalam bentuk peratusan, frekuensi dan min.
Hasil kajian menunjukkan komponen penilaian dalam instrumen penilaian Latihan
Industri mengikut pandangan industri adalah sesuai dengan tujuan ia digunakan.
Beberapa cadangan diberikan untuk memungkinkan kajian lanjutan dijalankan.
vii
ABSTRACT
Industrial Training is one of the components in the Bachelors of Technology
with Education (Civil Engineering, Mechanical Engineering, Electrical and
Kemahiran Hidup) curriculum. Each student must undertake and pass the industrial
training programme as one of the requirement. This study focuses on examining
how far the Industrial Training evaluation instrument is suitable from the perspective
of industry. Specifically, this study try to find out industries’ view on each of the
evaluation aspects in the Industrial Training assessment instrument. Eighteen
respondents were chosen around Johor Bahru to answer several sets of
questionnaires. The information and data gathered was analyzed using Statistical
packages for Science Social (SPSS) Version 11.5 software and presented in the form
of percentage, frequency and mean. This study showed that the Industrial Training
assessment instrument is relevant to its purpose. Lastly several suggestions were
given for further research.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
AKUAN DIRI iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SINGAKATAN xvi
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
I PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Istilah 10
ix
1.9.1 Penilaian 10
1.9.2 Industri 11
1.9.3 Latihan Industri 11
1.9.4 Instrumen 12
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULISAN
2 SOROTAN PENULISAN 13
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Konsep penilaian 14
2.3 Pengurusan latihan Industri 15
2.3.1 Objektif Latihan Industri 15
2.3.2 Tempoh Latihan Industri 16
2.3.3 Syarat menjalani Latihan Industri 16
2.4 Peraturan Latihan Industri 17
2.4.1 Melapor Diri 17
2.4.2 Peraturan Cuti 18
2.4.3 Peraturan Berpakaian 18
2.4.4 Etika Pelatih 19
2.4.5 Waktu Kerja 20
2.4.6 Tindakan Pelatih diakhir Latihan Industri 20
2.5 Penyeliaan 21
2.5.1 Matlamat Penyeliaan 21
2.5.2 Penyelia Latihan Industri 22
2.5.3 Penyelia Industri 22
2.5.3.1 Tugas penyelia Industri 22
2.6 Penilaian Dalam Latihan Industri 23
2.6.1 Penilaian Oleh Penyelia 23
2.6.2 Penilaian Laporan Akhir 24
2.6.3 Penggredan 25
2.6.4 Syarat Lulus 25
2.6.5 Borang Penilaian 25
2.7 Kajian Lepas Berkaitan Kebaikkan
x
Latihan Industri 26
2.8 Kajian Lepas Berkaitan
Kepentingan Latihan Industri 27
2.9 Amalan Dalam Latihan Industri
di UTM dan Institusi Lain 28
2.10 Penutup 31
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
3 METODOLOGI KAJIAN 32
3.1 Pendahuluan 32
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Tempat Kajian 33
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 38
3.6 Keesahan Soal Selidik 40
3.7 Kebolehpercayaan Soal Selidik 40
3.8 Kajian Rintis 41
3.9 Prosedur Kajian 41
3.10 Pungutan Data 42
3.11 Analisis Data 43
3.12 Penutup 45
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
4 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 46
4.1 Pendahuluan 46
4.2 Bahagian A 47
4.2.1 Taburan Responden berdasarkan
Jantina 47
xi
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan
Jenis Industri 47
4.2.3 Pengalaman Industri Terlibat Dalam
Latihan Industri 48
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan
Jawatan Pegawai Penilai 49
4.2.5 Pengalaman Menjadi Penilaian Dalam
Latihan Industri 49
4.3 Bahagian B 50
4.3.1 Kriteria Penilaian dalam Komponen
Sifat Peribadi 51
4.3.2 Kriteria Penilaian Dalam Komponen
Kebolehan dan Keupayaan pelajar 53
4.3.3 Kriteria Penilaian Dalam Komponen
Kedatangan Pelajar 55
4.3.4 Penggunaan Bahasa Dalam Instrumen
Penilaian Latihan Industri 56
4.3.5 Penggunaan Arahan Dalam Penilaian
Latihan Industri 58
4.4 Analisis Keseluruhan 60
4.5 Penutup 61
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 62
5.1 Pengenalan 62
5.2 Rumusan 63
5.2.1 Dapatan Kajian Latar Belakang
Responden 63
5.2.2 Dapatan Kajian Berdasarkan
Persoalan Kajian Yang Pertama 64
5.2.3 Dapatan Kajian Berdasarkan
xii
Persoalan Kajian Kedua 64
5.2.4 Dapatan Kajian Berdasarkan
Persoalan Kajian Ketiga 65
5.2.5 Dapatan Kajian Berdasarkan
Persoalan Kajian Keempat 65
5.2.6 Dapatan Kajian Berdasarkan
Persoalan Kajian Kelima 66
5.3 Perbincangan 66
5.3.1 Komponen Sifat Peribadi Yang
Dinilai Dalam Instrumen Penilaian
Latihan Industri 67
5.3.2 Komponen Kebolehan Dan Keupayaan
Yang Dinilai Dalam Instrumen Penilaian
Latihan Industri 69
5.3.3 Komponen Kedatangan Yang
Dinilai Dalam Instrumen
Penilaian Latihan Industri 70
5.3.4 Pengaplikasian Bahasa Dalam Instrumen
Penilaian Latihan Industri 71
5.3.5 Pengaplikasian Arahan Dalam Instrumen
Penilaian Latihan Industri 72
5.4 Cadangan 73
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75
5.6 Penutup 75
RUJUKAN 77
LAMPIRAN A - E 80
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan sampel mewakili populasi 37
3.2 Bilangan item bagi setiap persoalan kajian 38
3.3 Skala menunjukkan maklum balas dan skor 39
3.4 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 44
3.5 Tahap penilaian responden berdasarkan min 44
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 47
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Jenis Industri 47
4.3 Taburan Responden berdasarkan pengalaman
industri terlibat 48
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Jawatan
Pegawai Penilai 49
4.5 Taburan Responden berdasarkan pengalam
menjadi penilai 49
4.6 Dapatan Kajian Mengikut Peratus dan Min
Berkaitan Kriteria Penilaian dalam Komponen
Sifat Peribadi 51
4.7 Dapatan Kajian Mengikut Peratus dan Min
Berkaitan Kriteria Penilaian dalam Komponen
Kebolehan dan Keupayaan Pelajar 54
4.8 Dapatan Kajian Mengikut Peratus dan Min
Berkaitan Kriteria dalam Komponen Kedatangan
Pelajar 55
xiv
4.9 Dapatan Kajian Mengikut Peratus dan Min
Berkaitan Penggunaan Bahasa dalam Instrumen
Penilaian Latihan Industri 57
4.10 Dapatan Kajian Mengikut Peratus dan Min
Berkaitan Arahan-arahan dalam Instrumen
Penilaian Latihan Industri 57
4.11 Taburan Skala Peringkatan 3 Mata
Bagi Setiap Persoalan Kajian 60
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 82
B Instrumen Penilaian Latihan Industri 88
C Surat Kebenaran membuat Kajian 93
D Surat Pengesahan Menjalankan Kajian 95
E Surat Pengesahan Pelajar 97
xvi
SENARAI SINGKATAN
LI - Latihan Industri UTM - Universiti Teknologi Malaysia SPSS - Statistical Packages for Science Sosial STS - Sangat Tidak Setuju TS - Tidak Setuju TP - Tidak pasti S - Setuju SS - Sangat Setuju
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bagi menjelmakan impian dan cabaran Malaysia sebagai sebuah Negara
maju, penyediaan sumber tenaga kerja yang benar-benar terlatih dan berpengetahuan
amatlah diperlukan. Sebelum sumber tenaga kerja ini memasuki pasaran pekerjaan,
mereka seharusnya didedahkan dengan situasi sebenar pekerjaan di industri.
Pendedahan seperti ini boleh dilakukan dengan memberi latihan di dalam Latihan
Industri. Latihan yang diperolehi ini seharusnya bersesuaian dengan dasar dan
kehendak Negara (Abu Bakar Nordin, 1994)
Latihan Industri merupakan satu daripada komponen pembelajaran yang
diwajibkan kepada para pelajar yang mengikuti dalam bidang pendidikan Teknik
dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Melalui
program ini pelajar diharapkan dapat menimba pengalaman dan mempraktiskan
teori-teori yang dipelajari selama ini dalam suasana persekitaran kerja sebenar.
Selain daripada itu, pelajar juga dilatih agar dapat membina ketahan mental dan
fizikal serta tekanan dalam bekerja yang sesungguhnya ia amat berguna untuk
survival di sekolah nanti (Panduan Latihan Industri 2003)
2
Latihan Industri disyaratkan kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi
Malaysia yang mengikuti kursus di Fakulti Pendidikan dalam bidang Teknik dan
Kejuruteraan selama 8 minggu adalah amat bersesuaian bagi mendedahkan mereka
dalam situasi industri sebenar. Latihan ini sewajarnya bersesuaian dengan objektif
Latihan Industri yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Unit Latihan Industri iaitu;
i. Mengaplikasikan sebahagian teori, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari
dalam situasi perniagaan dan industri sebenar
ii. Mengenalpasti pelbagai pengetahuan dan kemahiran baru dalam bidang masing-
masing daripada industri yang mungkin tidak terdapat di dalam pembelajaran di
UTM
iii. Mengenalpasti bagaimana pengusaha menggunakan pengetahuan dan kemahiran
untuk menjana dan menjayakan keusahawanan di industri
iv. Mengenalpasti bagaimana pelbagai teori dan kemahiran daripada pelbagai aspek
yang telah dipelajari diaplikasi oleh industri.
v. Menjalin hubungan dengan pihak industri bagi mengenalpasti sumbangan
industri kepada proses pengajaran dan pembelajaran teknik dan kejuruteraan
serta peningkatan kemahiran guru di sekolah kelak.
Penempatan bagi pelajar dalam latihan industri ini melibatkan sektor awam,
badan berkanun dan pihak swasta. Banyak faedah yang boleh diperolehi jika
institusi pendidikan menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak industri.
Progam Latihan Industri pendidikan Teknik dan Kejuruteraan ini diharapkan dapat
memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak dari segi penggunaan, perkongsian
peralatan dan mesin yang ada di kedua-dua institusi tersebut.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Latihan Industri ini merupakan salah satu komponen kurikulum program
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (kejuruteraan Awam, Jentera, Elektrik,
dan kemahiran Hidup). Setiap pelatih wajib menjalani dan lulus dalam latihan ini.
Penilaian yang dilakukan adalah untuk menentukan sama ada kriteria yang
ditetapkan telah dipenuhi oleh pelatih untuk memberi status lulus atau gagal.
Dari segi penyeliaan dalam program latihan industri, aspek penilaian perlu
ditekankan, ini adalah kerana penilai adalah diibaratkan sebagai pengukur kejayaan
atau kegagalan, keburukan atau kebaikan. Mengikut Stufflebeam (1971)
menyatakan bahawa peranan utama penilai adalah untuk membekalkan maklumat
yang membolehkan sesuatu program itu diperbaiki lagi. Pendapat ini disokong oleh
Gee (1980) yang menyata bahawa penilaian perlu dibuat terhadap latihan industri
yang akan diikuti oleh pelajar-pelajar.
Penilaian Latihan Industri yang dinilai oleh penyelia industri dan
UTM terhadap pelajar-pelajar yang telah menjalani Latihan Industri dilakukan
menggunakan instrumen penilaian Latihan Industri yang disediakan oleh UTM.
Penilaian ini dilakukan untuk menentukan kriteria yang ditetapkan dipenuhi oleh
pelajar seperti yang terdapat dalam instrumen penilaian Latihan Industri. Instrumen
penilaian ini telah digunakan sejak tahun 2003. Namun setelah berganti tahun
borang penilaian ini perlu diperbaharui mengikut kesesuaian dan perkembangan
pendidikan latihan terkini. Beberapa aspek dalam instrumen penilaian
memperlihatkan beberapa kelemahan yang seharusnya dimurnikan bagi
mewujudkan satu set instrumen yang berkualiti setanding dengan pusat ilmiah
Universiti Teknologi Malaysia.
Instrumen penilaian yang digunakan oleh penyelia industri mempunyai
beberapa kriteria yang perlu dinilai mengikut prestasi pelajar yang menjalani
program latihan industri di premis mereka. Antara aspek yang dinilai oleh penyelia
industri terdiri daripada;
4
i. Sifat peribadi (personal trait)
• Kebertanggungan
• Kebolehpercayaan
• Kerjasama
• Rupa diri
• Inisiatif
• Kemahiran kerja
• Sikap terhadap kerja
• Kepantasan dan kecekapan kerja
• Tabiat kerja yang selamat
• Menjaga hati orang lain
• Ketepatan masa
• Kepekaan terhadap kos
• Komitmen
ii. Kebolehan dan keupayaan
• Memahami arahan
• Mengikut arahan dan peraturan
• Ketabahan kerja
• Menerima cadangan dan teguran
iii. Kedatangan
iv. Penilaian
Sebagaimana yang kita ketahui penilaian bergantung kepada data daripada
keputusan pengujian . Oleh itu pengujian yang disediakan mengikut prinsip-prinsip
tertentu dan diuruskan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Dengan
perkataan lain penilaian yang tepat adalah hasil daripada perancangan dan
perlaksaaan pengujian dengan cara yang betul. Khasnya dalam proses pembinaan
ujian. Sesuatu ujian yang dikata baik dan bermutu tinggi mengandungi beberapa ciri
yang istimewa. Diantaranya ialah keesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan,
kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran.
5
Keesahan bermaksud benar dan tepat. Oleh itu ciri keesahan dalam sesuatu
ujian merujuk kepada darjah sejauhmanakah ujian itu dapat mengukur apa yang
sepatutnya mengukur. Dengan perkataan lain, ciri keesahan ini merujuk kepada
setakat mana sesuatu ujian itu dapat memenuhi okjektifnya. Sesuatu ujian itu
dikatakan sah jika ujian tersebut benar dan tepat mengukur semua perkara yang
hendak diukur dan tidak lain daripada itu.
Ciri kemudahtafsiran sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana hasil
pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan cara yang boleh memberi maklumat yang
jelas mengikut objektif penilainya. Ini bermakna keputusan itu haruslah mudah
dikumpulkan dan ditafsirkan supaya dapat memberi gambaran yang jelas serta tepat.
(Mok Soon Sang, 1997)
National Institute for Social Work training (1958) dalam Ng Eng Kong
menyatakan penyeliaan adalah salah satu sistem tutorial, yakni penyelia
bertanggungjawab bukan sahaja kepada pusat pengajian semata-mata, malah ia juga
bertanggungjawab terhadap bidang profesional penuntut. Penyeliaan yang unggul
memerlukan penyediaan yang teliti dari pihak penyelia yang dapat memberikan
gambaran kepada pelajar bahawa mereka sesungguhnya mengambil berat dalam hal
kemajuan pelajar.
Oleh yang demikian, adalah penting bagi menyediakan set instrumen
penilaian yang bermutu agar penilaian yang diberikan bersesuaian dengan
kemampuan pelajar. Menyemak item atau soalan dalam borang penilaian amat
penting supaya bebas dari kesilapan sebelum ditadbirkan. Ianya perlu disemak dari
segi bentuk, isi, bahasa yang digunakan untuk mengubal soalan. Arahan yang
diberikan juga jelas dan mudah difahami serta masa yang diperuntukkan juga adalah
berpatutan.(Mok Soon Sang, 1997)
Instrumen penilaian penting bagi mengukur prestasi pelajar sama ada lulus
atau gagal. Instrumen ini juga menjadi rujukan kepada penilai agar menilai status
pelajar secara berkesan. Oleh yang demikian, instrumen penilaian yang ditadbirkan
haruslah mempunyai kualiti yang setaraf dengan status penilaian universiti.
6
Semasa dan selepas sesuatu ujian dijalankan, kerap kali timbul pertanyaan
atau komen yang membayangkan rasa tidak puas hati diluahkan oleh pihak terbabit
mengenai mutu soalan yang diberikan. Komen seperti kekaburan soalan, kesilapan
ejaan dan kesilapan bahasa sering diutarakan. Komen-komen seperti ini
mengurangkan kepercayaan pengguna terhadap kewibawaan ujian atau dengan kata
lain menurunkan tahap keeasahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut. Oleh kerana
itu, adalah wajar item atau soalan-soalan yang baik sahaja dipilih untuk membentuk
sesuatu ujian yang berkualiti dan boleh dipertanggungjawabkan.
Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin mendapatkan pandangan dari pihak
industri yang terlibat dalam program Latihan Industri sesi 2005/2006 mengenai
komponen penilaian dalam instrumen penilaian Latihan Industri yang ditadbirkan
oleh penyelia industri dan penyelia UTM. Setiap ujian yang dilaksanakan kepada
penjawab soalan harus melalui proses pemeriksaan semula oleh pihak yang
bertanggungjawab supaya dapat dibuat pembetulan dan pemurniaan item. Tindakan
ini bertujuan untuk menentukan ujian itu dapat berfungsi dengan baik. Daripada
tindakbalas penjawab-penjawab terhadap item ujian tersebut, barulah sesuatu item
itu dapat diketahui samada item-item tersebut sesuai atau tidak dari segi keesahan
dan kebolehpercayaannya.
Berdasarkan masalah di atas, penyelidik membuat penyelidikan mengenai
komponen penilaian dalam instrumen penilaian Latihan Industri tersebut.
Penyelidik mengemukakan bersama lampiran set insrumen penilaian agar
memudahkan pihak industri menjawab set soal selidik daripada penyelidik.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengkaji ingin mengkaji sejauhmanakah komponen penilaian dalam
instrumen penilaian Latihan Industri Fakulti Pendidikan UTM sesuai mengikut
7
pandangan industri yang terlibat dengan program latihan industri yang dijayakan
oleh pelajar Teknik dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan sesi 2005/06.
1.4 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini persoalan yang hendak diselidiki oleh penyelidik adalah;
i. Adakah kriteria penilaian dalam komponen sifat peribadi yang dinilai sesuai
mengikut pandangan industri
ii. Adakah kriteria penilaian dalam komponen kebolehan dan keupayaan yang
dinilai sesuai mengikut pandangan industri
iii. Adakah kriteria penilaian dalam komponen kedatangan pelajar yang dinilai
sesuai mengikut pandangan industri
iv. Adakah bahasa yang digunakan dalam instrumen penilaian Latihan Industri
bersesuaian menurut pandangan industri
v. Adakah arahan-arahan yang digunakan dalam instrumen penilaian Latihan
Industri bersesuaian menurut pandangan industri.