kaedah membaca

13
3.0 Kaedah Membaca Kaedah bermaksud prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kaedah dibentuk berdasarkan pendekatan yang dipilih dan telah dikenal pasti sesuai dengan tujuan dan objektif sesuatu kemahiran bahasa yang akan diajarkan. Khairuddin Mohamad (2011:47) menyatakan bahawa kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat- peringkat yang teratur yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan dalam pengajaran. Beliau menyatakan juga terdapat tiga kaedah popular yang boleh digunakan iaitu kaedah fonetik, kaedah abjad dan kaedah pandang sebut. 3.1 Kaedah Fonetik Kaedah fonetik dapat didefinisikan sebagai kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. (Husin Fateh Din, 2011:58). Kaedah fonetik ini menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kaedah fonetik ini hanya mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon) atau proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori dan persepsi neurofizika. Manakala Khairuddin Mohamad (2011:47) memberi pandangan tentang maksud kaedah fonetik ini berasaskan teori bahawa belajar membaca menekankan kebolehan

Upload: soh-cw

Post on 27-Oct-2015

43 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

baca

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Membaca

3.0 Kaedah Membaca

Kaedah bermaksud prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kaedah dibentuk berdasarkan

pendekatan yang dipilih dan telah dikenal pasti sesuai dengan tujuan dan objektif

sesuatu kemahiran bahasa yang akan diajarkan. Khairuddin Mohamad

(2011:47) menyatakan bahawa kaedah merupakan langkah-langkah atau

peringkat-peringkat yang teratur yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan

dalam pengajaran. Beliau menyatakan juga terdapat tiga kaedah popular yang

boleh digunakan iaitu kaedah fonetik, kaedah abjad dan kaedah pandang sebut.

3.1 Kaedah Fonetik

Kaedah fonetik dapat didefinisikan sebagai kajian terhadap bunyi fizikal

percakapan manusia. (Husin Fateh Din, 2011:58). Kaedah fonetik ini

menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf-huruf dan

bunyi-bunyinya. Kaedah fonetik ini hanya mensyaratkan murid mengenal dan

mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini

berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon) atau proses penghasilan fisiologi,

penerimaan auditori dan persepsi neurofizika. Manakala Khairuddin Mohamad

(2011:47) memberi pandangan tentang maksud kaedah fonetik ini berasaskan

teori bahawa belajar membaca menekankan kebolehan mengenal kod

(lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.

Kaedah ini amat sesuai untuk mengajar kanak-kanak yang baru mengenal

huruf. Kaedah ini dapat mengurangkan bebanan kepada memori murid-murid,

membolehkan murid mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi, guru tidak

perlu perkenalkan semua huruf vokal dan konsonan sekali gus serta

penggunaan asosiasi bunyi dan gambar dapat mempercepatkan proses

mengingat. Walau bagaimanapun, kaedah fonetik ini tidak sesuai untuk murid-

murid slow-learner dan ia sesuai untuk murid-murid yang pandai sahaja. Kaedah

Page 2: Kaedah Membaca

fonetik ini juga memerlukan murid-murid untuk membuat persiapan awal

sebelum membaca dan mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu.

Kaedah fonetik ini sangat menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad

yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan

ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam

bahasa Inggeris. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf vokal

kepada murid dan kemudian dengan pengenalan bunyi huruf konsonan.

Antaranya adalah seperti berikut:

i. Contoh aktiviti membunyikan huruf vokal

Huruf Bunyi

a aaaa

e eeee

i iiii

o oooo

u uuuu

Rajah : Aktiviti membunyikan huruf vokal

ii. Contoh aktiviti membunyikan huruf konsonan

Huruf Bunyi Huruf Bunyi

b beh n en

c ceh p peh

d deh q qeh

f feh r rer

g geh s sss

h heh t the

j jeh v vev

k keh w weh

l el y yeh

Page 3: Kaedah Membaca

m em z zez

Rajah : Aktiviti membunyikan huruf konsonan

Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi

huruf. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata

pula dibina kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-

perkataan. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah

yang menggunakan perkataan-perkataan ini.

Kaedah Abjad

Kaedah abjad merupakan kaedah asas membaca yang paling tua

digunakan oleh manusia untuk mengajarkan membaca dalam kalangan kanak-

kanak. (Khairuddin Mohamad, 2011:53). Hal ini disokong oleh Zulkifley Hamid

(1994) yang berpendapat bahawa kaedah ini dikenal sebagai kaedah klasik dan

digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca pada peringkat permulaan.

Husin Fateh Dun dan rakan-rakannya (2011:72), mengatakan bahawa kaedah

ini juga dikenali sebagai kaedah huruf dan mengeja.

Kaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan 26 huruf bahasa Melayu

dan diikuti dengan menyebut nama huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan.

Murid-murid tidak perlu menghafal semua huruf, sebaliknya menguasai beberapa

huruf sahaja untuk mempelejari suku kata, perkataan dan ayat. Penggunaan

kaedah ini amat sesuai untuk sistem bahasa Melayu kerana terdiri daripada suku

kata yang hampir tetap bunyinya dan murid boleh membaca perkataan baharu

walaupun belum pernah mempelajarinya. Kaedah ini memberikan kemahiran

asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca dan membantu murid-

murid untuk mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran membaca.

Kelemahan kaedah abjad pula adalah murid-murid masih terbawa-bawa cara

Page 4: Kaedah Membaca

membaca sambil mengeja. Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak

pendidikan dan psikologi murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan

yang bermakna. Lazimnya murid-murid boleh membaca dengan lancar

perkataan yang diberi tetapi tidak memahami apa yang dibaca. Faedah ini juga

membosankan murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), berpendapat huruf besar

diperkenalkan dahulu sebelum huruf kecil diajar. Manakala Raminah Sabran

dan Rahim Syam (1985) pula menyatakan kedua-dua bentuk huruf kecil dan

huruf besar boleh didedahkan kepada murid secara serentak. Walau

bagaimanapun, pendapat ini dipertikaikan dalam konteks masa kini. Sebaik-

baiknya perkenalkan huruf kecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan huruf

besar. Dalam kaedah abjad, murid-murid dibimbing menyebut nama-nama huruf

kecil dan besar dengan nada dan intonasi yang betul. Guru perlu menyebut

nama huruf berkenaan terlebih dahulu dan diikuti dengan murid.

A B C D E F G H I J K L M N

O P Q R S T U V W X Y Z

Rajah : aktiviti menyebut huruf besar

a b c d e f g h i j k l

m n o p q r s t u v w x

y z

Rajah : aktiviti menyebut huruf kecil

Kaedah Pandang dan Sebut

Page 5: Kaedah Membaca

Kaedah pandang dan sebut merupakan salah satu kaedah membaca.

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruhan perkataan kerana pelajaran dimulakan

dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Aktiviti

dalam melaksanakan kemahiran ini lebih memfokuskan murid untuk memandang

dan menyebut apa-apa yang dilihat oleh mereka.

Kaedah ini amat popular dalam pengajaran bahasa Inggeris dan telah

diperkenalkan pada sekitar tahun 1648. Kaedah ini dianggap moden dan baik

oleh ahli-ahli bahasa. Menurut Husin Fateh Dun dan rakan-rakannya

(2011:72),, kaedah pandang dan sebut merupakan kaedah pengajaran yang

tidak dimulakan dengan mengenal huruf dan menghafal huruf secara satu

persatu tetapi memerlukan murid-murid menyebut perkataan yang disebut oleh

guru terlebih dahulu setelah diperlihatkan gambar atau perkataan kerana

pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf

atau suku kata.

Kaedah ini melibatkan dua aktiviti iaitu membunyikan perkataan atau suku

kata berdasarkan gambar yang mempunyai cerita. Khairuddin Mohamad

(2011:59) menyatakan aktiviti yang dijalankan bertujuan membiasakan murid

untuk mengecam perkataan atau ayat dan tidak mengeja perkataan atau ayat

tersebut. Kaedah ini dapat memendekkan masa murid untuk mengeja perkataan

dan masa yang ada boleh digunakan untuk tujuan pemahaman apa jua yang

dibaca. Kaedah ini lebih praktikal kerana tumpuannya adalah kepada perkataan

dan ayat yang bermakna. Selain itu, pengajaran kaedah ini mengambil kira

pengalaman sedia ada murid supaya mereka mudah membuat telahan terhadap

ayat atau perkataan yang dicam.

Kaedah ini dapat menjimatkan masa kerena tidak perlu menghafal nama

huruf dan mengeja perkataan dahulu, murid berpeluang memahami maksud

perkataan semasa menyebut dan merupakan kaedah terpantas mempelajari

kemahiran membaca. Walapun begitu, kaedah ini juga mempunyai

kekurangannya iaitu kaedah ini sesuai untuk murid pandai sahaja serta

membolehkan murid pandai menyebut perkataan tetapi tidak pandai mengeja.

Page 6: Kaedah Membaca

Murid juga gagal menyebut bunyi perkataan baharu kerana tiada pendedahan,

perbendaharaan kata murid terbatas. Murid juga akan mudah keliru pada

gambar yang tidak jelas dan murid hanya perlu menyebut nama gambar bukan

membaca apa yang ditulis.

Rajah : Aktiviti Kaedah Pandang Sebut

Page 7: Kaedah Membaca

Kriteria-kriteria Pembinaan Bahan Kaedah Membaca

Kriteria yang pertama yang harus dipertimbangkan ialah keselamatannya.

Bahan bantu mengajar yang dibina mestilah selamat digunakan oleh setiap

pelajar. Sebarang sifat fizikal seperti tajam dan mudah pecah tidak sesuai

digunakan kerana bahan bantu mengajar kemungkinan mencederakan para

pelajar.

Kriteria yang kedua ialah ketahanan bahan bantu mengajar tersebut.

Ketahanan yang dimaksudkan ialah tahap kesesuaian dengan pelajar atau

kelompok pelajar yang diajar. Tujuannya supaya alat itu boleh digunakan dalam

tempoh masa yang panjang dan boleh digunakan oleh pelajar untuk belajar

secara individu.

Kos pembinaan bahan haruslah diambil kira dalam pembinaan bahan

bantu mengajar. Kos itu mestilah rendah tetapi mematuhi kualiti dan

keselamatan. Hal ini demikian kerana kejayaan sesebuah bahan bantu mengajar

itu bukan bergantung kepada mahal atau murah benda tersebut. Oleh itu.

Bahan-bahan yang digunakan hendaklah mudah didapati dan seboleh-bolehnya

dapat digunakan berulangkali. Adalah baik jika bahan-bahan yang dihasilkan

diambil daripada bahan-bahan terbuang dan bahan itu dibina oleh pelajar sendiri

dengan bantuan guru-guru

Selain itu, aspek-aspek teknikal yang digunakan mestilah sesuai dengan

kemudahan bilik darjah. Selalunya, bahan bantu mengajar yang mempunyai ciri

teknikal yang mesra dengan persekitaran bilik darjah akan lebih membantu

pelajar. Contohnya, bahan tersebut boleh dilekat atau digantung di dinding kelas

dan diletakkan di atas meja pelajar.

Page 8: Kaedah Membaca

Unsur seperti ketepatan maklumat juga turut menjadi salah satu

kepentingan utama dalam binaan bahan bantu mengajar. Contohnya, dalam

penggunaan aspek warna, gunakan warna hijau untuk rumput segar bukannya

hitam kerana rumput berwarna hitam itu tidak wujud dalam dunia sebenar.

Di samping itu, bahan bantu mengajar yang dibina mestilah mempunyai

kriteria mudah alih. Hal ini demikian kerana, sifat tersebut memudahkan kerja

guru dan pelajar untuk menggunakkanya dengan baik. Bahan bantu mengajar

kadang kala perlu untuk dipindahkan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain.

Fungsinya adalah untuk memberi kefahaman yang mudah dengan

menggunakan ruang, masa dan tenaga yang minimum.

Bahan bantu mengajar yang dibina juga haruslah mengambil kira saiz

atau pengelolaan kelas. Ini bermaksud bahan binaan itu tidak boleh terlalu kecil.

Guru-guru harus memastikan bahawa bahan itu boleh dilihat dengan jelas dari

jarak jauh. Jarak jauh yang dimaksudkan ialah kedudukan pelajar yang berada di

hujung kelas boleh melihat bahan tersebut dari hadapan dengan jelas. Guru juga

harus memikirkan bagaimana bahan tersebut digunakan dalam situasi

pembelajaran secara kelas. Kelompok atau individu.

Selain itu, jangka masa pengajaran juga harus diambil kira. Oleh itu, guru-

guru harus menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah dikendalikan dalam

tempoh masa tertentu agar pembaziran masa tidak berlaku..

Kepelbagaian dalam pengajaran juga merupakan antara kriteria terpenting

dalam pembinaan bahan bantu mengajar. Kepelbagaian dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar beberapa variasi

bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Kepelbagaian ini

membantu para pelajar mengenal konteks variasi bahan dan seterusnya

membolehkan mereka memilih variasi-variasi tertentu untuk digunakan dalam

konteks dan situasi-situasi tertentu dengan betul. Kepelbagaian ini juga merujuk

kepada variasi bahasa seperti dialek (kelas dan geografi), style (formal, neutral

dan informal), laras (occupational register) dan medium (lisan dan tulisan).

Page 9: Kaedah Membaca

Di samping itu, harus diintegrasikan kemahiran bahasa dalam pembinaan

bahan bantu mengajar di mana ianya melibatkan penerimaan iaitu kemahiran

membaca dan mendengar dan kemahiran pada aras pelahiran iaitu tulisan dan

bertutur. Oleh kerana sifat kemahiran ini adalah kesatuan dan bukan terpisah-

pisah maka kemahiran ini haru digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi

pembelajaran yang lebih bermakna.

Kriteria yang terakhir ialah penyerapan nilai dan pengetahuanmelalui

bahan bantu mengajar tersebut. Satu unsur penting yang harus diketengahkan

ialah pengajaran dan pembelajaran haruslah menekankan nilai moral sejak dari

kanak-kanak mula menjejakan kaki ke dalam dunia pendidikan. Peringkat

pramenulis, menulis mekanis dan pramembaca itu merupakan antara pendidikan

terawal yang diberikan kepada kanak-kanak. Oleh itu, seharusnya nilai moral

harus diterapkan dari peringkat ini lagi. Melalui strategi ini, pelajar akan dapat

menambah pengetahuan baru dan sentiasa menyedari akan kewujudan dan

kepentingan mereka dalam kehidupan lingkungan manusia.

Demikianlah antara prinsip dan kriteria yang sepatutnya ada dalam setiap

bahan bantu mengajar yang dibina khusus untuk para pelajar terutamanya

pelajar yang baru sahaja menjejakan kaki ke dalam dunia pendidikan. Bukan

pelajar untuk bahan bantu mengajar tetapi bahan bantu mengajar untuk pelajar.