kaedah bersih harta tak patuh shariah part 2

28
CERAMAH KEWANGAN ISLAM Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor @ Ustaz Lariba Topik 11 : Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah – Bahagian 2 30 Jamadil Awal 1436 21 Mac 2015

Upload: abdul-aziz-mohd-nor

Post on 22-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

KAedah bersih harta tak patuh shariah - bahagian 2

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

CERAMAH KEWANGAN

ISLAM

Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor @ Ustaz Lariba

Topik 11 : Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah –

Bahagian 2

30 Jamadil Awal 143621 Mac 2015

Page 2: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Topik Perbincangan Hari Ini2

Kenapa perlu bersihkan harta haram?

Ke Mana Harta Tak Patuh Shariah Boleh Dibersihkan

Kaedah menentukan patuh shariah bagi saham

Apa itu pelaburan unit amanah atau saham amanah (unit trust)?

Memahami elemen riba dalam ASB dan KWSP

Kaedah bersih riba unit amanah ASB dan KWSP

Page 3: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Kenapa Perlu Bersihkan Harta Haram?3

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.” (Baqarah: 172)

Amalan tidak diterima dan dosa hanya terampun selepas kita selesai membersihkan harta tak patuh shariah

Mengelakkan seksaan api neraka, sabda Rasulullah s.a.w.: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” (HR At-Tirmizi)

Mengelak berperang dengan Allah dan RasulNya sebab berterusan mengamalkan riba

Page 4: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Ke Mana Harta Tak Patuh Shariah Secara Hukmi Boleh Disedekahkan dan Digunakan

4

Tidak boleh dibersihkan dengan dimanfaatkan oleh diri sendiri dan keluarga seperti untuk bayar hutang, bayar cukai, perbaiki rumah, kereta dan melancung kecuali jika fakir-miskin

Adakah isteri-isteri dan anak-anak dianggap turut berdosa mengambil manfaat atas pendapatan haram suami?

Dalam Islam, isteri dan anak tidak bersalah atas kerja yang dibuat suami

Nafkah yang diberikan suami kepada isteri dan anak adalah halal diterima kerana itu tanggungjawab wajib suami

Melainkan nafkah wajib, tidak boleh dimanfaatkan cara lain jika tahu itu pendapatan haram

Page 5: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Ke Mana Harta Tak Patuh Shariah Secara Hukmi Boleh Disedekahkan dan Digunakan

5

Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:

“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”.

Page 6: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Ke Mana Harta Tak Patuh Shariah Secara Hukmi Boleh Disedekahkan dan Digunakan

6

Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud: “Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).

Dalam riwayat al-Baihaqi, seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

Page 7: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Senarai Pelaburan Patuh Shariah7

Senarai Sekuriti Patuh Shariah(>650)

Senarai Dana Islam Patuh Shariah (>250)

Oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (www.sc.com.my)

Page 8: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Apa Itu Pelaburan Unit Amanah?8

Skim Unit Amanah (SUA) adalah skim pelaburan kolektif di mana pelabur menyerahkan simpanan mereka kepada pengurus tabung profesional yang mengurus tabung kutipan untuk menghasilkan pulangan yang dikongsi bersama oleh pelabur tersebut

Dalam skim unit amanah (unit trust), pelabur-pelabur tidak membeli sekuriti/saham secara terus

Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders)

Pelabur-pelabur bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang diwujudkan oleh pengurus syarikat unit amanah

Page 9: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Apa Itu Pelaburan Unit Amanah?9

Syarikat Di Bursa Malaysia – Saham Patuh Shariah

(Kontrak Musyarakah)

Labur

Pelabur

Wakil Pelabur – Syarikat Pengurus Unit

Amanah (Kontrak Wakalah)

Labur

Untung/Rugi Untung/Rugi

Page 10: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Mengapa Pilih Pelaburan Unit Amanah?10

Kelebihan melabur dalam dana unit amanah berbanding dengan pelaburan secara langsung dalam pasaran saham ialah: Profesional dan pengurusan dana masa penuh Kepelbagaian pelaburan Mudah melabur dan tidak memakan masa Aliran keluar modal kecil Risiko kecairan rendah Ketelusan dalam penentuan harga Kawal-selia ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti

Page 11: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Cara Keuntungan Unit Amanah Dijana11

Pelaburan Pokok

Dividen (% dari

pelaburan)

Jumlah Pelaburan Baru

Dividen dikira atas dividen setelah tahun kedua pelaburan

Page 12: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Unsur Riba Dalam Pelaburan ASB12

ASB telah mengurangkan pelaburan dalam Maybank dari 21.33% (dalam tahun 2013) kepada 20.75%

Namun masih tidak menepati garis panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang meletakkan aras maksima 5%

Jumlah peratus tidak patuh Syariah tahun 2014 ialah 22.75% (pengurangan 0.28% dari tahun 2013)

ASB gagal memenuhi pemeriksaan teras/utama shariah SC

Page 13: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Anggaran % Tak Patuh Shariah ASB13

Setakat ini, lapuran tahunan ASB dari 1990 hingga 2012 tidak terdapat untuk tatapan umum

Dalam lapuran JAKIM berkenaan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, % pendapatan patuh syariah ASB telah meningkat daripada 53% pada tahun 2007 kepada 80% pada tahun 2009

Maka kita simpulkan purata peratus tak patuh syariah untuk 25 tahun ialah lebih-kurang 30% untuk tujuan ini

47% 20%23.03

%

2007 2009 2013

Peratus tak patuh shariah dalam ASB

22.75%

2014

Page 14: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Candangan Pembersihan Riba ASB14

Purata peratus dividen dari tahun 1990 hingga 2014 ialah 10.53%

Purata peratus dividen tak patuh shariah ialah kira-kira 30%

Jumlah peratus yang perlu dibersihkan dari jumlah pelaburan terkini mengikut tahun mula melabur atau berapa tahun sudah melabur seperti berikut…

Untuk mengelak terus menanggung beban dosa riba dinasihatkan menutup akaun segera

Page 15: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Pengiraan Zakat Pelaburan ASB15

Jumlah tak patuh shariah

= 20% TAK WAJIB

ZAKAT

Jumlah patuh

shariah setelah

dibersihkan = 100% -

20% = 80%

WAJIB BAYAR ZAKAT

Zakat tidak harus ke atas sumber pendapatan yang tidak halal

Maka zakat wajib dikeluarkan hanya ke atas baki pelaburan setelah dibersihkan

Contoh: Baki pelaburan pada tahun 2014 ialah

RM24,000 Tahun mula melabur tahun 2002 Peratus tak patuh shariah 21.83% atau

RM5,239.20 Baki setelah dibersihkan RM18,760.80 Jumlah zakat 2.5% ialah RM469.02 Maka baki yang bersih untuk dimanfaatkan

ialah RM18,291.73 atau 76.22% dari baki asal.

Page 16: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Soalan Lazim Isu Pembersihan ASB16

Soalan: Bagaimana saya nak bersihkan pengeluaran yang terdahulu?

Jawapan: Sekurang-kurangnya bertaubat kepada Allah sebab sebelum ini kita tidak tahu. Tapi kalau nak bersihkan juga, boleh dikira mengikut tahun dan jumlah pengeluaran, Insha Allah.

Dari Ibnu Abbas r.a. : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memaafkan untukku daripada umatku akan perkara yang dilakukan dengan tersilap, perkara yang dilakukan dengan terlupa dan perkara yang mereka dipaksa melakukannya.” (HR Ibnu Majah, Baihaqi dan lainnya)

Page 17: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Soalan Lazim Isu Pembersihan ASB17

Soalan: Bagaimana kalau saya sudah menambah atau mengurangkan pelaburan? Apakah % yang perlu dibersihkan?

Jawapan: Selalunya kalau dah dikeluarkan, % pembersihan lebih tinggi dan sebaliknya. Gunakan carta tadi dan tambah atau kurang % ikut keikhlasan diri.

Soalan: Saya melabur dalam ASB dari simpanan KWSP. Bagaimana cara pembersihannya?

Jawapan: Nasihat saya tutup akaun ASB dan pindah pelaburan kembali kepada KWSP. Kemudian ikut cara pemberihan KWSP atau melabur ke dalam unit amanah patuh shariah.

Page 18: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Soalan Lazim Isu Pembersihan ASB18

Soalan: Saya melabur dalam ASB menggunakan wang pinjaman dari perbankan konvensional. Bagaimana membersihkannya?

Jawapan: Perbankan konvensional juga terlibat riba, maka ada dua elemen riba di sini. Oleh itu amat penting disegerakan pembersihan.

1. Tutup akaun ASB

2. ASB kembalikan wang kepada bank konvensional

3. Jika kurang, mohon pembiayaan dari perbankan

Islam untuk menampung kekurangan

4. Jika ada lebih, bersihkan menggunakan kadar mengikut

tahun mula melabur

Page 19: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Apa Itu KWSP/EPF?19

Ditubuhkan dalam tahun 1951 KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) ialah

simpanan hari tua untuk rakyat Malaysia yang bekerja Simpanan terdiri dari caruman sebahagian gaji dan

caruman dari majikan

Tidak seperti kebanyakan negara maju lain, di Malaysia caruman gaji mesti dibuat dalam KWSP sahaja

Pengeluaran dibenarkan berdasarkan sebab-sebab yang terhad

Page 20: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

ASB KWSP/EPF

Pelaburan secara sukarela iaitu pilihan sendiri

Caruman adalah wajib dan tiada pilihan lain

Pelaburan adalah sempurna milik (kecuali pelaburan terus dari simpanan KWSP) iaitu boleh dicairkan dan dimanfaatkan mengikut kehendak diri kita sendiri

Simpanan adalah tidak sempurna milik, hanya boleh dikeluarkan mengikut keperluan tertentu dan pada umur tertentu.Kesalahan riba tidak ditanggung pencarum tetapi mesti dibersihkan

Terdapat riba dan jaminan pelaburan pokok yang tidak patuh shariah

KWSP menjanjikan dividen minima 2.5% dan riba yang tidak patuh shariah

Perbezaan Antara Pelaburan ASB dan Simpnan KWSP

20

Page 21: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Bila Simpanan KWSP Dibersihkan?21

Ada beberapa cara simpanan KWSP menjadi sempurna milik (boleh dimanfaatkan), iaitu apabila membuat pengeluaran seperti untuk: Pendidikan Ansuran pinjaman perumahan Pendaftaran haji Simpanan lebih RM1 juta Usia 50 tahun Usia 55 tahun

Apabila sempurna milik selepas pengeluaran seperti di atas, maka perlu dibersihkan dan dikeluarkan zakat, termasuk pengeluaran kerana kematian pencarum

Page 22: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Pelaburan KWSP22

Mengikut lapuran tahunan 2103, KWSP melabur dalam semua bank konvensional di Malaysia yang berasaskan riba

KWSP tidak pernah mengeluarkan lapuran tentang peratusan pelaburan patuh atau tidak patuh shariah

Dalam surat KSWP pada Persatuan Pengguna Islam Malaysia, KWSP mengesahkan pelaburannya tidak patuh shariah

Purata dividen dari tahun 1952 sehingga 2013 ialah 5.93%

Page 23: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Taksiran Pelaburan Tak Patuh Shariah KWSP23

Mengikut Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman, kajian daripada 2 orang ulama, berikut adalah 3 pilihan kita untuk membersihkan simpanan KWSP (pengeluaran 55 tahun):

Pilihan1: Bersih

peratus dividen yang bercampur-campur 35%

Peratus sumbangan

pokok pekerja dan

majikan yang bersih ialah 65%

Pilihan 2: 70% tak

patuh shariah (24.5% dari

keseluruhan)

30% patuh shariah

Pilihan 3: 52% tak

patuh shariah (18.2% dari

keseluruhan)

48% patuh shariah

Page 24: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Contoh Taksiran Pelaburan Tak Patuh Shariah KWSP

24

Pilihan 1: Bersih jumlah bercampur-campur 35%

atau RM35,000

(1) Jumlah simpanan

pokok RM100,000,

jumlah bersih 65%

atau RM65,000*

Pilihan 2: 70% tak

patuh shariah atau

RM24,500 (24.5% dari

keseluruhan) (2) 30% patuh

shariah atau RM10,500*

Pilihan 3: 52% tak

patuh shariah atau

RM18,200 (18.2% dari

keseluruhan)(2) 48% patuh

shariah atau RM16,800*

Selepas dibersihkan jumlah tak patuh shariah, maka dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas baki bersih ((1) + (2))

Page 25: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Soalan Lazim Isu Permbersihan KWSP25

Soalan: Bagaimana kiraan pembersihan jika saya keluarkan sebelum bersara pada umur 55 tahun?

Jawapan: Dari simpanan selama 30 tahun, pengiraan adalah mengikut prorata. Contohnya, jika kita memilih 18.2% pembersihan dan dikeluarkan selepas 10 tahun, maka peratus pembersihan ialah lebih-kurang 6%, kalau 20 tahun 12%.

Soalan: Jika cara pengeluaran ialah KWSP membayar terus kepada bank atau universiti, mestikah saya bersihkan dan keluarkan zakat juga?

Jawapan: Apabila KWSP membayar bagi pihak kita, itu sudah dikira sebagai sempurna milik sebab telah dimanfaatkan. Maka perlulah untuk membersihkan dan jumlah yang bersih dikeluarkan zakat

Page 26: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Soalan Lazim Isu Permbersihan KWSP & ASB26

Soalan: Saya telah sedekah wang tak patuh shariah dari KWSP dan EPF kepada sebuah NGO Islam. Saya telah mendapatkan resit zakat dari mereka dan telah memohon rebet dari LHDN. Adakah ini dibolehkan?

Jawapan: Pemilik harta tak patuh shariah tidak boleh manfaatkan harta tersebut. Apa yang telah dilakukan boleh dikategorikan sebagai mengambil manfaat. Manfaatnya ialah apabila digunakan untuk mendapatkan rebet, maka cukai yg perlu dibayar menjadi kurang. Contohnya jika perlu bayar RM10,000 cukai tetapi sebab rebet RM5,000, hanya perlu bayar RM5,000. Maka RM5,000 rebet itu tuan gunakan untuk manfaat diri atau keluarga. Maka pada dasarnya wang tak patuh shariah itu tidak dibersihkan.

Page 27: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

27

Page 28: Kaedah Bersih Harta Tak Patuh Shariah Part 2

Terima Kasih

28

Telefon: 012 286 0669Email: [email protected]

Facebook: facebook.com/UstazAbdulAzizMN