analisis elemen patuh syariah dalam filem nur kasih …

23
Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 32 (1) 2016: 580-602 E-ISSN: 2289-1528 https://doi.org/10.17576/JKMJC-2016-3201-27 ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH THE MOVIE (2011) BERDASARKAN TEORI FILEM AR-RISALAH ROSMAWATI MOHAMAD RASIT AZIMAH MISROM FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Abstrak Pembikinan filem memberikan nilai kepada masyarakat. Berdasarkan teori filem ar-Risalah, filem yang bergenre keagamaan perlu menepati konsep akidah, ibadah, syariat dan akhlak Islam yang betul. Walaubagaimanapun konsep ini seharusnya sejajar dengan perbahasan patuh syariah yang dibawa ke arah penghasilan filem dakwah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana filem kajian menepati elemen patuh syariah berdasarkan teori filem ar-Risalah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui analisis isi kandungan filem. Data filem dikutip menggunakan borang pengekodan dan borang penilaian makna serta dianalisis menggunakan analisis tema dan analisis naratif. Hasil kajian mendapati bahawa filem kajian mengandungi elemen-elemen patuh syariah berdasarkan teori filem ar-Risalah walaupun tidak secara keseluruhan. Kata kunci: Patuh syariah, teori, filem, dakwah, keagamaan. NUR KASIH THE MOVIE (2011) AN ANALYSIS OF SYARIAH-COMPLIANT ELEMENTS BASED ON AR-RISALAH FILM THEORY Abstract Film making contributes values to the society. Based on Ar-Risalah film theory, religious genre films should conform with the rightful concept of Islamic faith, practices, laws and morals. Nevertheless, these concepts should be in line with the syariah-compliant debate that leads towards the production of da’wah films. Therefore, based on Ar -Risalah theory, the study aims to investigate the depth of syariah-compliant elements in the selected film. The study utilised qualitative research design by using film content analysis approach. The film data were collected using coding and meaning evaluation forms and were analysed using thematic and narrative analyses. The research outcomes demonstrated that based on Ar-Risalah film theory, the film contains syariah-compliant elements despite not being entirely compliant. Keywords: Syariah-compliant, theory, film, da’wah, religious.

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

E-ISSN: 2289-1528 https://doi.org/10.17576/JKMJC-2016-3201-27

ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH THE

MOVIE (2011) BERDASARKAN TEORI FILEM AR-RISALAH

ROSMAWATI MOHAMAD RASIT

AZIMAH MISROM

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM,

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Abstrak

Pembikinan filem memberikan nilai kepada masyarakat. Berdasarkan teori filem ar-Risalah, filem

yang bergenre keagamaan perlu menepati konsep akidah, ibadah, syariat dan akhlak Islam yang

betul. Walaubagaimanapun konsep ini seharusnya sejajar dengan perbahasan patuh syariah yang

dibawa ke arah penghasilan filem dakwah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji

sejauhmana filem kajian menepati elemen patuh syariah berdasarkan teori filem ar-Risalah.

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui analisis isi kandungan filem. Data

filem dikutip menggunakan borang pengekodan dan borang penilaian makna serta dianalisis

menggunakan analisis tema dan analisis naratif. Hasil kajian mendapati bahawa filem kajian

mengandungi elemen-elemen patuh syariah berdasarkan teori filem ar-Risalah walaupun tidak

secara keseluruhan.

Kata kunci: Patuh syariah, teori, filem, dakwah, keagamaan.

NUR KASIH THE MOVIE (2011) AN ANALYSIS OF SYARIAH-COMPLIANT ELEMENTS

BASED ON AR-RISALAH FILM THEORY

Abstract

Film making contributes values to the society. Based on Ar-Risalah film theory, religious genre

films should conform with the rightful concept of Islamic faith, practices, laws and morals.

Nevertheless, these concepts should be in line with the syariah-compliant debate that leads

towards the production of da’wah films. Therefore, based on Ar-Risalah theory, the study aims to

investigate the depth of syariah-compliant elements in the selected film. The study utilised

qualitative research design by using film content analysis approach. The film data were collected

using coding and meaning evaluation forms and were analysed using thematic and narrative

analyses. The research outcomes demonstrated that based on Ar-Risalah film theory, the film

contains syariah-compliant elements despite not being entirely compliant.

Keywords: Syariah-compliant, theory, film, da’wah, religious.

Page 2: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

581

PENGENALAN

Filem merupakan antara cabang seni yang memberi impak kepada masyarakat. Pelbagai genre

filem dihasilkan untuk menarik minat khalayak penonton. Filem juga boleh mengkomunikasikan

nilai kepada masyarakat. Menurut Roy (1974) filem meluahkan sesuatu yang realiti dengan realiti

dengan menggunakan bahasa metafora dalam bahasa filem. Oleh itu, filem adalah sebuah lakonan

yang dilakonkan secara realiti dalam menjiwai sesebuah watak filem. Manakala Janet (2002)

berpendapat bahawa kemunculan filem merupakan satu budaya teknologi pada akhir abad ke-19

yang telah memberi kesan kepada kumpulan pengeluar budaya, institusi dan penonton pada masa

itu.

Rosmawati et al. (2012) menyatakan bahawa penontonan filem yang mengangkat aspek

agama Islam berupaya memberi sumbangan ke arah tindakan yang positif. Hujah ini menyokong

apa yang telah dibahaskan oleh Syed Zulkifli (2010) yang berpendapat bahawa penceritaan secara

patuh syariah adalah munasabah dan sangat menarik untuk dijadikan ‘niche’ kepada penceritaan.

Oleh itu penghasilan filem yang bercirikan patuh syariah mampu menjadi mekanisme penting ke

arah melahirkan produk filem dakwah yang sebenar. Malahan, sejak akhir-akhir ini filem yang

mengangkat nilai dan mesej Islam semakin mendapat tempat dalam pembikinan filem tanah air.

Namun, sejauhmana filem yang mengangkat nilai keagamaan ini menepati konsep patuh syariah

yang sebenar masih diperbahaskan. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana filem

kajian menepati elemen patuh syariah berdasarkan teori filem ar-Risalah.

Patuh Syariah dalam Filem

Menurut Marina Munira et al. (2011) fitrah manusia yang cenderung kepada perkara baharu

mendorong ramai penggiat seni menghasilkan jalan cerita dramatik dalam mempublisiti karya

mereka. Jill (2007) pula menyatakan bahawa filem adalah medium yang indah dan luar biasa yang

Page 3: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

582

telah menjadi terlalu biasa. Walaupun khalayak terkejut dengan jalan cerita dan plot, namun

mereka menjangkakan bahawa filem akan menghasilkan gambar dan jalan cerita yang bagus

dengan menghidupkan watak-watak lakonan. Kajian Asiah (2009) membahaskan mengenai

faktor-faktor yang mempengaruhi kandungan nilai-nilai murni dan tidak murni dalam filem-filem

tempatan serta persepsi khalayak terhadapnya. Menurut Syed Zulkifli (2010) penceritaan yang

mematuhi syariah perlu melalui pembikinan filem yang penggayaan lakonan dan pemaparan

pakaiannya tidak melanggar syariah. Namun, kebanyakan filem atau drama tempatan yang

berunsur islami cenderung memaparkan peranan golongan ustaz dan agamawan yang klise.

Golongan ini biasanya diberikan peranan sebagai penghalau hantu dan jin, pembaca doa,

mengimamkan solat dan menangkap orang berkhalwat (Mohd Syukri 2012).

Dusuki (2011) berpendapat bahawa filem dan drama merupakan elemen yang cukup

berkesan dalam mencetuskan kesedaran dan keinsafan. Filem atau drama merupakan wahana

yang penting untuk menyampaikan dakwah yang juga merupakan salah satu wadah dalam

mempertahankan syiar Islam. Syed Zulkifli (2010) turut menyatakan bahawa filem dan TV

merupakan medium yang penting dan perlu dikuasai oleh orang Islam. Penghasilan produk filem

dan TV yang baik serta penerapan nilai-nilai Islam di dalamnya mampu menarik minat dan

memberi kesan yang positif kepada penonton. Cabaran menggariskan panduan filem patuh

syariah mestilah bertepatan dengan genre dakwah yang disampaikan. Mustafa (2010) pula

menegaskan bahawa penyediaan garis panduan penting untuk menentukan matlamat utama.

Selain itu, patuh syariah dalam filem seharusnya mengikuti piawaian yang berteraskan Islam.

Elemen patuh syariah mengajak sasaran menjauhkan diri daripada melakukan maksiat dan

derhaka kepada Allah SWT. Ab. Aziz (1997) menyatakan bahawa penonjolan contoh teladan

yang baik dalam kehidupan harian orang Islam merupakan satu perkara yang penting dalam

dakwah. Hal ini kerana ia boleh menghilangkan perasaan prejudis dan negatif orang bukan Islam

Page 4: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

583

terhadap Islam. Oleh yang demikian, Abu Hassan (2009) berpendapat filem Melayu tidak boleh

menjadi naskhah hiburan semata-mata atau komoditi perniagaan kerana filem turut berperanan

menyebar elemen kebaikan supaya menjadi contoh.

Salasiah dan Muhamad Kasim (2014) turut menyatakan bahawa filem merupakan salah

satu unsur hiburan yang terdapat di negara ini. Pelbagai genre filem dipertontonkan kepada

masyarakat Malaysia sejak dahulu hingga kini. Namun, peranan filem turut melibatkan aspek

etika dan moral bukan sekadar mengejar keuntungan sehingga mengabaikan nilai-nilai yang

terkandung dalam ajaran agama khususnya agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

Menurut Syed Muhammad & Lutfi (2009) menjelaskan bahawa satu standard etika yang syumul

dan menyeluruh amat diperlukan pada zaman ini bertujuan untuk mengawal dan menjadikan

manusia lebih beradab. Lebih-lebih lagi dalam menjalankan dakwah. Nilai dan etika penting

dalam menjalankan dakwah secara berhikmah.

Manakala menurut Jamaluddin et al. (2014) dengan kemasukan filem-filem daripada luar

terutamanya Hollywood, industri perfileman tempatan terpaksa bergelut untuk merebut perhatian

khalayak. Hal ini kerana memandangkan khalayak lebih menggemari filem daripada produksi luar

berbanding tempatan. Rasdan (2013) turut menyatakan filem tempatan yang dihasilkan banyak

meniru gaya serta perkembangan perfileman Barat terutamanya dari aspek sosiobudaya dan

pemikiran terutamanya pergaulan pelakon lelaki dan wanita berbanding kualiti dan pengisian

filem. Pergaulan antara pelakon lelaki dan wanita perlu mempunyai batas walaupun pelakon

tersebut menjalankan tugasnya sebagai seorang pelakon. Dari aspek dialognya perlu kuat

berbanding visualnya.

Justeru, Norman (2014) menyatakan bahawa sinema Islam yang menghasilkan filem yang

berunsur Islami adalah relevan kerana melihat kepada genre itu sendiri sebagai satu institusi sosial

dan budaya. Apabila melihat hubungan sinema dan Islam boleh dilihat kepada konteks genre

Page 5: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

584

sebagai satu set atau satu sistem jangkaan-jangkaan formal. Ia juga merupakan satu bentuk

jangkaan dan kepuasan yang diinginkan oleh penonton. Garis panduan filem yang menepati

syariah mestilah berunsurkan elemen dakwah (Norman 2014). Naim (2011) pula berpendapat

bahawa keperluan dan hukum drama tidak boleh mengatasi hukum agama. Nur Hazriani &

Rosmawati (2014) turut membincangkan mengenai filem patuh syariah yang mampu menjadi

sebagai wasilah dakwah. Oleh itu penggunaan filem untuk tujuan dakwah perlu memenuhi garis

panduan syariah yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, penghasilan sesebuah filem yang

patuh syariah bukan sahaja melihat kepada mesej dakwah yang ingin disampaikan tetapi ia

melihat kepada keseluruhan aspek dalam filem tersebut. Begitu juga Islam yang menitik beratkan

keseluruhan aspek kehidupan manusia seperti akidah, syariat, ibadah dan akhlak maka di dalam

filem juga perlu menitik beratkan aspek-apsek tersebut (Nur Hazriani & Rosmawati 2014).

Mohd Shukri (2012) menjelaskan bahawa penerbit memerlukan ilmu dalam membuat

filem Islami. Penerbit Islam seharusnya menghasilkan filem yang memberi identiti dan cara hidup

Islam dan bukan sekadar memenuhi hiburan semata-mata. Ainon (2011) menegaskan bahawa

terdapat beberapa garis panduan untuk menghasilkan karya hasanah. Karya hasanah ialah karya

yang baik dan mampu mendidik masyarakat serta memberi ilmu yang benar. Terdapat beberapa

ciri-ciri karya yang tidak hasanah yang telah dibahaskan oleh Ainon (2011) seperti

mempromosikan idea yang mengatakan tuhan tidak wujud, mengangkat idea yang tidak selaras

dengan ajaran Al-Quran dan Hadis, mewujudkan kesan psikologi dan emosi yang menyebabkan

timbul keinginan masyarakat mahu melakukan perkara yang dilarang dalam Al-Quran dan Hadis,

memberi kemenangan moral kepada si pendosa iaitu watak yang melakukan perbuatan yang salah

dan memberi status yang rendah kepada Islam manakala agama lain diberikan status yang tinggi

dan mulia.

Page 6: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

585

Filem yang bertemakan kemanusiaan yang mengangkat falsafah, puisi berunsurkan

keislaman, bersandarkan hadis dan Al-Quran perlu diberi penekanan oleh para pembikin filem

dari Negara-negara Islam. Ab. Aziz (2007) menyatakan bahawa filem yang mengangkat tema

sebegini berupaya memartabatkan kesucian Islam seterusnya dapat mengekang dakyah Barat yang

menyerang dunia Islam melalui medium filem. Penghasilan karya yang berkualiti merupakan

salah satu tanggungjawab sosial yang perlu diambil perhatian oleh para pembikin filem (Abd.

Aziz 2007). Naim (2010) juga menyatakan filem yang baik secara langsung memberi kesan

kepada pemikiran, jiwa, rohani dan perasaan penonton. Perkara terhasil daripada apa yang disebut

sebagai ‘interaksi penonton dengan filem’ atau mediated film iaitu satu situasi di mana penonton

fielm merasakan ia seolah-olah berada bersama di dalam filem yang sedang ditontoninya. Situasi

inilah yang boleh menyebabkan seseorang itu menangis, hiba, rasa marah, insaf dan sebagainya

ketika atau sesudah menonton.

TEORI KAJIAN

Abu Hassan (2006) telah mengemukakan teori mengenai filem sebagai al-Risālah. Risalah dapat

difahami sebagai alat, medium dan media menyampaikan keadilan, keluhuran, kemanusiaan,

kekudusan, ketakwaan dan keimanan kepada masyarakat, bukan sebagaimana yang difahami

bahawa filem hanya hiburan semata-mata.Wayang gambar sebagai media yang menguasai

pengaruh terbesar dalam abad ini, hendaklah dipercayai sebagai tenaga yang sangat berkuasa

dalam mencipta kedudukan manusia. Lalu bagi sinema Melayu yang akidah dan akhlaknya adalah

Islam hendaklah menjadi media yang menyampaikan atau sebagai al-Risalah di mana

dramaturginya adalah proses mengukuhkan akidah, ibadat, makarimul-akhlaq dan syariat. Inilah

tugas dan tanggungjawab dramaturgi filem Melayu dan sekiranya tugas ini gagal atau tidak

Page 7: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

586

dilaksanakan maka gagallah filem Melayu untuk menjadi naskah yang beriman (Abu Hassan

2006).

Abu Hassan (2000) menjelaskan;

Sifat filem yang sepatutnya menjadi penggerak kepada pembentukan sahsiah akal dan

jasad manusia ditenggelami oleh tekanan dekaden – filem akhirnya diertikan sebagai

naskah hiburan dan amat jarang difahami sebagai teks risalah didaktikalogi kepada

manusia. Bukanlah ada niat untuk mengapikan kejujuran sinema dalam memperucapkan

realiti dan menunjukkan keupayaan seni-sainsnya serta nilai estetika, falsafah dan artistik.

Hal ini disebabkan semua kerja pereka ciptaan filem adalah suatu gerakan besar yang di

dalamnya melibatkan keseluruhan kerja fakulti retorik dan keseluruhan sifat entimem

retorik.

Rajah 1. Kerangka Teori Filem sebagai ar-Risalah

(Sumber: Diubah suai daripada Abu Hassan 2006)

METODE KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui analisis kandungan. Analisis

kandungan memilih filem Nur Kasih The Movie (2011) sebagai sampel kajian. Sampel dipilih

menggunakan persampelan bertujuan yang menepati kriteria filem yang berunsurkan keagamaan

(Islam) yang melalui syarat wajib tayang bagi filem Melayu serta ditayangkan di pawagam.

Borang analisis kandungan yang terdiri daripada borang penilaian makna filem dan borang

pengekodan tema dan kategori telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi mengumpulkan

data kajian.Bagi borang penilaian makna filem, pengkaji telah menyenaraikan lapan makna

penting bagi mendapatkan gambaran asas mengenai filem yang dikaji seperti tajuk filem,

pengarah, penerbit, subjek dan cerita filem, watak dan perwatakan, cerita dan plot (kaitan,

intensiti kesan dan keaslian cerita), struktur lakon layar filem (bahagian pengenalan, titik plot 1,

Page 8: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

587

bahagian pertentangan, titik plot 2 dan bahagian akhir) serta dialog. Manakala dalam borang

pengekodan tema dan kategori, pengkaji telah menetapkan empat tema penting yang dilihat dalam

sampel filem; paparan akhlak Islam, paparan ibadah dalam Islam, paparan akidah Islam, paparan

syariat Islam.

Dalam kajian ini, pengkaji bergantung kepada pengumpulan data teks daripada sampel

filem sebagai sumber data utama penyelidikan kualitatif. Bagi mendapatkan data, sampel filem

ditonton dan dibuat analisis dengan memasukkan fakta-fakta ke dalam borang analisis isi

kandungan – borang penilaian makna filem dan borang pengekodan kategori/tema. Filem ini

ditonton sekurang-kurangnya dua kali bagi mendapatkan data makna teks seperti yang ditentukan

dalam borang pengekodan makna. Tontonan pertama dilakukan untuk mendapatkan gambaran

dan kesan keseluruhan filem tersebut manakala penontonan peringkat kedua dan seterusnya

melibatkan proses pengekodan melalui pencerakinan dan kupasan isi kandungan filem bagi

menjawab permasalahan dan persoalan kajian. Manakala untuk memastikan makna data dirakam

dengan tepat, proses pengumpulan data dilakukan sebaik sahaja setiap penontonan selesai. Bagi

memastikan kesahihan makna, ulangan filem perlu dilakukan. Sampel filem yang dipilih ditonton

dan dibaca berulang-ulang kali. Penganalisaan data hanya bermula setelah semua proses

pengumpulan data selesai dilakukan. Penyelidik merupakan instrumen penting dalam

pengumpulan data, proses penginterpretasian dan pengolahan naratif data.

Kajian ini bergantung kepada analisis data teks (audio dan visual filem) untuk

mendapatkan data. Analisis dilakukan terhadap scene terpilih untuk melihat aspek nilai agama

dan moralnya secara lebih mendalam. Dengan menggunakan analisis tema, pengkaji tidak melihat

dari elemen tersurat (manifest) semata-mata iaitu hanya apa yang boleh dikira tetapi juga

memfokuskan kepada elemen tersirat (latent) yang disampaikan di dalam sampel filem. Struktur

naratif filem iaitu isi kandungan cerita dan cara penceritaan melalui cerita dan plot digunakan bagi

Page 9: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

588

mendalami analisis yang dilakukan. Selain itu, watak dan perwatakan juga menjadi elemen utama

yang dilihat dalam proses penganalisaan filem. Proses analisis ini menggunakan apa yang

dicadangkan oleh Othman (2009) serta Zhang dan Wildemuth (2009) yang mana menjelaskan

bahawa analisis data sebagai proses mengatur, menstruktur dan menginterpretasi data yang

dikumpul.

Analisis Filem Kajian

Perbincangan isi kandungan filem ini memfokuskan naratif filem serta kategori dan tema

berdasarkan kerangka teori filem sebagai ar-Risalah. Proses menganalisis setiap data filem

tersebut menggunakan analisis kandungan kualitatif melalui analisis tema dan analisis naratif.

Dua aspek dimensi visual berhubung dengan struktur naratif dibincangkan iaitu cerita dan plot

serta watak dan perwatakan. Kedua-dua aspek ini dihubungkan dengan kategori dan tema filem

hasil daripada proses pengekodan yang dijalankan.

Cerita dan Plot Filem

Nur Kasih The Movie (2011)

Filem Nur Kasih The Movie berkisarkan tentang subjek persoalan percintaan, pengorbanan dan

perpisahan serta kekeluargaan dalam jalur keislaman. Filem ini mengetengahkan tentang kisah

tiga watak utama iaitu Adam, Nur Amina dan Aidil yang mempunyai kaitan antara satu sama lain

dalam menjalani hidup yang penuh konflik. Tema Nur Kasih The Movie juga mengangkat

perlunya hubungan dengan Allah kerana semua yang berlaku ada hikmahnya. Bermula dengan

Aidil yang telah kematian isterinya dan telah memberikan kesan yang hebat kepada dirinya dalam

membesarkan dua orang anaknya, Ilyas dan Maryam. Adam dan Nur walaupun bahagia tetapi

bergelut dengan ujian kesukaran untuk menimang cahaya mata. Akibat tidak mempunyai anak,

Page 10: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

589

Adam dan Nur Amina telah menjadi sukarelawan di Kelab Remaja dan Kanak-Kanak. Konflik

filem ini juga bertambah apabila Nur Amina telah disahkan mengandung kemudian mengalami

keguguran dan kehilangan Adam ketika mereka bercuti di Jordan.

Nur Kasih The Movie memaparkan jalan cerita yang menggunakan teknik imbas kembali

(flashback) bergerak membawa perkembangan watak Adam, Nur Amina dan Aidil dengan baik.

Setiap babak berkait dan membawa kepada pergerakan plot yang baik. Bahkan babak Adam, Nur

Amina dan Aidil juga mempunyai kaitan bagaimana membentuk watak mereka sehingga menjadi

orang tua. Paparan Nur Kasih The Movie sebagai satu perjalanan kehidupan manusia yang tidak

dapat lari daripada ujian namun ada hikmah yang sangat besar di sebalik ujian hidup tersebut.

Terdapat intensiti kesan yang baik yang dipaparkan dalam filem ini. Jalan cerita Nur Kasih The

Movie sedikit mengelirukan kerana menggunakan teknik imbas kembali. Walaupun begitu, jalan

cerita ini mempunyai subjek yang asli melalui garapan naratif yang memasukkan elemen

keagamaan. Nilai Islam yang ditonjol dalam Nur Kasih The Movie menggambarkan keindahan

mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

Watak dan Perwatakan

Adam teramat menyayangi dan mencintai isterinya, Nur Amina. Perwatakan Adam juga

digambarkan seorang yang penyayang kepada anak-anak saudaranya. Seorang yang baik hati

apabila menjadi sukarelawan mengajar dan membimbing kanak-kanak dan remaja yang terbiar

dan bermasalah. Watak Nur Amina digambarkan sebagai seorang yang sangat setia kepada

suaminya dan sentiasa berada di sisi suaminya, Adam. Nur Amina juga membantu Adam sebagai

sukarelawan. Seorang yang bersopan santun, menjaga aurat namun mempunyai konflik dalam diri

sendiri apabila mengalami keguguran. Watak Aidil sebagai abang kepada Adam yang telah

kematian isterinya, Alya dan mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Ilyas dan Maryam. Aidil

Page 11: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

590

digambarkan sebagai seorang yang tabah walaupun pada mulanya terlalu sedih dengan kematian

isterinya. Perwatakan Aidil yang suka menolong juga digambarkan dengan jelas apabila sanggup

membantu Nur Amina mencari Adam dan menggantikan Adam yang menjadi sukarelawan dalam

membimbing remaja dan kanak-kanak ketika Adam sakit.

Kategori dan Tema Filem Kajian

Analisis filem ini dilakukan bagi menjawab persoalan kajian tentang sejauhmana nilai agama dan

moral di dalam sampel filem kajian menepati teori filem ar-Risalah. Empat kategori utama

dikenal pasti iaitu paparan akhlak Islam, paparan ibadah dalam Islam, paparan akidah Islam serta

paparan syariat Islam.

Paparan Akhlak Islam

Terdapat tujuh tema mengenai naratif cerita serta watak dan perwatakan yang memaparkan

lakonan yang bercirikan akhlak Islam.

Memberi salam

- Babak Nur Amina memberi salam di telefon kepada doktor Alina setelah diberitahu yang

dia disahkan mengandung.

- Ketika di pejabat Encik Iskandar, Nur Amina memberi salam.

- Ketika di hospital, Aidil memberi salam kepada Mamat sewaktu Mamat melawat Adam

Saling hormat menghormati

- Adam dan Aidil sangat menghormati ibu mereka.

- Sebagai adik beradik, Aidil dan Adam saling hormat menghormati dan menerima

pandangan masing-masing.

- Sebagai seorang isteri, Nur Amina sangat menghormati Adam.

- Nur Amina masih tetap menghormati Encik Iskandar walaupun dia mempersoalkan

tentang pemikiran Nur Amina yang dianggap sempit kerana menolak tawaran membina

sebuah kelab untuk syarikatnya.

Page 12: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

591

Sabar/Menahan Marah

- Adam mengajar dan membimbing remaja-remaja bermasalah dengan penuh rasa sabar.

- Babak di pusat perlindungan secara tiba-tiba Jamal menghentak tangannya ke dinding

sebagai tanda protes apabila melihat Julia dan Mamat bersama Adam dan Nur Amina.

Namun, mereka mengambil sifat sabar dan menahan marah.

Berkasih sayang

- Lakonan watak kehidupan keluarga Adam dan Aidil yang saling hidup dalam berkasih

sayang.

- Aidil dan Adam sangat menyayangi ibu mereka.

o Babak Aidil dan Adam mengangkat ibu mereka dari kerusi.

o Babak Aidil mengurut kaki ibunya.

Tolong menolong

- Babak di rumah ketika Nur Amina disahkan mengandung. Adam menolong Nur Amina

melakukan kerja-kerja rumah.

- Babak di Jordan. Nur Amina yang telah buntu untuk mencari Adam, telah meminta

pertolongan daripada Aidil dan Aidil sanggup datang dari Malaysia ke Jordan untuk

mencari Adam yang telah hilang.

Bersangka baik dengan Allah/Tawakkal

- Adam dan Aidil bersangka baik dengan Allah yang mana setiap musibah yang berlaku ada

hikmahnya.

- Aidil menegur Adam yang kecewa dengan keguguran Nur Amina.

Aidil : Setiap ujian adalah peluang kita mendekatkan diri padaNya!

- Nur Amina dengan tegas menolak tawaran kerja daripada Encik Iskandar tentang

pembinaan kelab. Nur Amina menegur Encik Iskandar tentang persoalan haram dan

persoalan rezeki.

Nur Amina : Rezeki saya bukan di tangan encik! Tapi di tangan Tuhan.

Ikhlas

- Babak di Jordan. Aidil ikhlas membantu Nur Amina untuk mencari Adam yang hilang di

padang pasir.

- Babak di pusat perlindungan. Mamat ikhlas memberi CD kesayangannya kepada Aidil

untuk melatih dirinya supaya bersedekah sesuatu yang disayangi.

Page 13: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

592

Paparan Ibadah dalam Islam

Tujuh tema mengenai naratif dan lakonan watak telah dikenal pasti yang dapat menjelaskan

babak-babak ibadah di dalam filem Nur Kasih The Movie (2011). Paparan ibadah ini meliputi

jenis ibadah khusus dan juga ibadah umum. Filem-filem ini mengetengahkan paparan ibadah yang

mengangkat hubungan manusia dengan Allah secara langsung demi mencari keredhaan Allah.

Solat

- Ketika Adam mengejutkan Nur Amina untuk solat subuh.

- Babak solat ketika tiba di masjid Jordan.

- Babak solat berjemaah bersama-sama di mana Adam solat menggunakan kerusi roda

ketika sakit.

- Babak solat tahajud Adam dan Nur Amina.

Membaca al-Quran

- Babak Aidil membaca al-Quran (Yaasin) di masjid.

Berzikir/Mengucap kalimah syahadah

- Alhamdulillah! Ketika Nur Amina diberitahu tentang kehamilan beliau. Begitu juga

dengan Adam, ketika diberitahu yang Nur Amina mengandung.

- Alhamdulillah! Ketika Adam mendukung anaknya setelah mendapat peluang kedua untuk

hidup.

- SubhanaAllah! Ketika Nur Amina dan Adam menyaksikan keindahan pemandangan dari

keretapi di Jordan.

- Astaghfirullah! Ketika Adam mendapat mimpi buruk di Jordan.

- Aidil mengajar Mamat mengucap setelah nazak dipukul oleh Jamal.

Berdoa

- Doa ketika berlaku kemalangan

Adam: “Ya Allah, tidak ada yang memberi kebahagian selain Engkau, tidak ada

yang mengambil kesedihan selain Engkau. Aku memohon kepada-Mu ya Allah,

jangan Kau ambil nyawanya. Aku rela berkorban apa sahaja kecuali dia ya Allah.

Kau ambillah apa sahaja kecuali dia ya Allah!”

- Nur Amina berdoa selepas solat untuk mendapatkan zuriat.

- Babak di antara Adam dan ibunya, yang sentiasa mendoakan Adam.

Mak: Mak sentiasa doakan Adam setiap kali solat!

Page 14: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

593

Selawat

- Hajah Khadijah (ibu Adam) berselawat sambil mendukung anak Adam dan Nur Amina.

Kewajipan menuntut ilmu (pendidikan)

- Babak Adam dan Aidil mengajar remaja-remaja yang bermasalah di pusat perlindungan.

Perkahwinan (munakahat)

- Perkahwinan yang menghalalkan hubungan di antara Adam dan Nur Amina serta

perkahwinan Aidil dan Alia.

Paparan Akidah Islam

Terdapat dua tema iaitu tunjang akidah kepercayaan kepada Allah dan percaya kepada qada’ dan

qadar yang dipaparkan dalam semua filem.

Kepercayaan kepada Allah

- Babak di tangga rumah ketika Adam tidak dapat menerima ujian dari Allah dan kecewa

kerana Nur Amina mengalami keguguran.

Menunaikan solat merupakan simbol kepercayaan setiap muslim kepada Allah. Filem yang

dikaji memaparkan ibadah solat sebagai tunjang keyakinan dan kepercayaan sebagai seorang

muslim terhadap yang Maha Pencipta iaitu Allah. Filem Nur Kasih The Movie (2011)

menunjukkan kepentingan solat sebagai seorang muslim sekaligus memaparkan tunjang

kepercayaan akidah kepada Allah.

- Solat berjaya mendekatkan diri Adam dan Nur Amina kepada Allah. Mereka percaya

dengan segala ketentuan Allah.

Page 15: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

594

Kepercayaan kepada qada’ dan qadar

- Babak ketika Nur Amina dan Adam tiba di Jordan.

Nur Amina: “Ya Allah! Aku bahagia di rumah-Mu. Aku pasrah ketentuan-Mu.

Sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang”.

Paparan Syariat Islam

Filem ini membincangkan empat tema utama yang berkaitan dengan syariat Islam.

Solat (walau dalam apa keadaan sekali pun)

- Babak Adam solat berjemaah dalam keadaan sakit menggunakan kerusi roda di rumah

yang diimani oleh abangnya, Aidil.

Soal halal dan haram

- Nur Amina menolak pekerjaan yang ditawarkan oleh Encik Iskandar untuk pembinaan

kelab yang bercampur dengan unsur haram.

Menutup aurat

- Lakonan watak Nur Amina menampilkan perwatakan yang menutup aurat walaupun tidak

sepenuhnya.

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram

- Aidil memanggil Nur Amina apabila Julia datang berjumpa dengannya untuk menyatakan

sesuatu.

- Babak ketika di pejabat, di mana Encik Iskandar menghulurkan tangan untuk bersalam

dengan Nur Amina namun, Nur Amina mengelak dan tidak menyambut tangan Encik

Iskandar.

Hasil Kajian

Berdasarkan analisis tema dan analisis naratif yang telah dijalankan, wujud elemen patuh syariah

di dalam filem kajian ini yang menepati perbincangan konstruk teori filem ar-Risalah. Daripada

analisis tema, terdapat tujuh tema daripada paparan akhlak Islam dan paparan ibadah. Konsep

akidah juga menjadi intipati tema yang dibahaskan dan terdapat dua tema utama iaitu mengenai

Page 16: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

595

konsep kepercayaan kepada Allah dan percaya kepada qada’ dan qadar. Hasil analisis tema juga

mendapati empat tema utama di bawah paparan syariat Islam. Paparan imejan di dalam filem

kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam masih berpegang teguh dengan nilai agama dan

moral budaya masyarakat setempat. Menurut Ramli (2013), masyarakat yang dibina di atas dasar

akidah Islam ialah masyarakat yang sentiasa memberikan ketundukan dan kepatuhan tanpa soal

terhadap ketetapan Allah Taala. Melalui lakonan watak seperti Adam, Aidil dan Nur Amina (Nur

Kasih The Movie) menunjukkan mereka berakhlak dengan akhlak Islam. Ini bertepatan dengan

apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW mengenai akhlak;

“Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

(Hadis Riwayat Mali, Ahmad Hakim, At-Tabrani dan Bukhari)

Hasil kajian ini turut membuktikan peranan filem yang berunsurkan keagamaan dalam

mengetengahkan aspek ibadah yang dituntut di dalam Islam. Paparan ibadah ini menunjukkan

bahawa keperluan cara hidup yang seharusnya diamalkan oleh setiap muslim. Ibadah-ibadah

khusus seperti solat, membaca al-Quran, zakat, zikir dan doa dipaparkan sebagai kewajipan fardu

ain. Manakala, ibadah umum seperti menuntut ilmu (pendidikan), perkahwinan (munakahat) dan

tanggungjawab keibubapaan turut dipaparkan. Yusuf (2007) menjelaskan bahawa tema filem

mestilah bersih dari unsur-unsur kemaksiatan atau hal bercanggah dengan syariat dan etika Islam.

Sebaliknya, untuk filem yang merangsang, mendorong kemaksiatan, kejahatan, fikiran yang

menyesatkan dan menimbulkan impak negatif maka tentu sahaja itu adalah haram. Tidak

menyebabkannya mengabaikan kewajipan agama dan dunia seperti sembahyang.

Nilai agama yang menjadi pegangan muslim iaitu solat turut diangkat sebagai intipati

ibadah yang sangat penting. Bahkan di dalam filem Nur Kasih The Movie (2011) memaparkan

babak solat berjemaah yang mana Adam bersolat dalam keadaan berkerusi roda. Ini menunjukkan

kewajipan solat perlu ditunaikan walau dalam apa keadaan sekalipun yang menjadi fardu ke atas

Page 17: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

596

setiap muslim. Hasil kajian turut mendapati bahawa dengan mengerjakan solat, watak dan

perwatakan lebih baik. Dalam filem Nur Kasih The Movie, lakonan watak Adam, Aidil dan Nur

Amina yang lebih yakin kepada Allah di atas ujian yang menimpa mereka melalui solat yang

tidak pernah mereka lalaikan. Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT tentang solat; yang

bermaksud:

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari

Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu

mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah

adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan Allah mengetahui akan apa yang kamu

kerjakan.” (al-An’kabut, ayat 45)

Manakala, paparan konsep akidah yang didapati dalam ini menjadi bukti

penginterpretasian keimanan dan ketauhidan kepada terhadap Allah. Fauzi & Khairul Naim

(2012) berpendapat bahawa prinsip akidah yang tetap teguh menjadi asas kepada syariat dan

jikalau syariat itu diamalkan akan membuahkan manfaat yang besar kepada kehidupan manusia.

Ini dapat dilihat melalui lakonan watak utama seperti Adam, Aidil dan Nur Amina (Nur Kasih

The Movie) yang percaya dengan segala ketentuan Allah SWT. Allah telah berfirman yang

bermaksud;

“Sampai waktu yang ditentukan, lalu Kami tentukan (bentuknya), maka Kami-lah sebaik-

baik yang menentukan.” (al-Mursalat: 22-23)

Filem ini turut memaparkan aspek syariat Islam yang menjelaskan konsep halal dan haram

di dalam Islam, hukum menutup aurat dan juga pergaulan di antara lelaki dan wanita yang bukan

mahram. Namun, dari aspek naratif ruang keagamaan yang dikupas di dalam filem kajian ini

masih belum menepati syariat Islam sepenuhnya. Pemahaman tentang hukum dan syariat Islam

diangkat secara pecahan agama sahaja tanpa mengupasnya secara mendalam. Sebagai contohnya

kewajipan menuntut aurat yang tidak difahami secara keseluruhan yang didapati dalam filem ini.

Lakonan watak terutamanya watak dan perwatakan pelakon wanita tidak digambarkan menjaga

Page 18: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

597

aurat sepenuhnya. Ini dapat dilihat melalui perwatakan Nur Amina (Nur Kasih The Movie).

Begitu juga dengan aspek pergaulan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Lakonan

yang dipaparkan tidak menghalalkan hubungan yang wujud di dalam filem seperti yang dilihat

melalui hubungan suami isteri di antara Adam dan Nur Amina (Nur Kasih The Movie). Naim

(2011) menjelaskan aspek naratif dalam sesebuah filem dan aspek mesej-cerita seharusnya

menyeluruh yang tidaklah hanya terhad kepada dialog sahaja.

Hasil kajian ini juga mendapati akhlak Islam yang dipaparkan melalui nuansa bahasa

naratif dan imejan lakonan watak menunjukkan bahawa filem kajian mengetengahkan contoh

akhlak yang selari dengan apa yang dibincangkan oleh al-Ghazali (2000) seperti sabar, beramanah

dan juga belajar memaafkan orang lain. Berdasarkan hasil kajian ini, pengkaji berpendapat

bahawa lakonan watak yang tidak menjaga batas akhlak Islam, kepincangan memahami konsep

ibadah dalam Islam, tutur dialog yang menjejaskan akidah dan juga pemahaman syariat Islam

secara serpihan yang turut dipaparkan di dalam filem kajian ini menjejaskan reputasi filem yang

berunsurkan keagamaan (Islam). Ini kerana, pengkaji mendapati bahawa terdapat adegan dan

babak yang dipaparkan mencacatkan elemen patuh syariah sebagai filem yang mengangkat sisi

moral dan agama berdasarkan konsep dakwah Islamiah. Ini kerana telah prinsip amar maaruf dan

nahi mungkar tidak dipenuhi secara bersama sebagai konsep dakwah Islamiah seperti yang telah

dijelaskan oleh al-Ghazali (2000) dan al-Qaradhawi (1978).

Pengkaji turut berpendapat bahawa wujud ketidakseimbangan paparan konstruk teori

filem sebagai ar-Risalah yang didapati dalam filem ini. Ini kerana di samping mengangkat nilai

agama dan moral yang bertepatan dengan Islam, filem tersebut turut memaparkan babak-babak

yang tidak menepati elemen teori ar-Risalah. Sebagai contohnya di dalam filem Nur Kasih The

Movie (2011), wujudnya percampuran di antara adegan kebaikan (maaruf) dan juga kemungkaran

iaitu di samping babak solat, mengaji dan juga akhlak kehidupan sebagai seorang muslim,

Page 19: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

598

terdapat juga babak yang memaparkan secara jelas mengenai adegan pergaulan bebas di antara

lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Dalam filem ini juga terdapat babak yang

memaparkan cara hidup pemuda Islam yang berkiblatkan budaya Barat, adegan yang

mempersoalkan kepentingan agama, pemikiran keras daripada watak ustaz serta melanggar

syariat Islam dengan pergaulan bebas dan tidak menutup aurat. Hujah ini menyokong apa yang

telah dibincangkan oleh Al-Jazairiy (2010) mengenai kewajipan menerima syariat Islam secara

keseluruhan yang mana perbuatan melakukan pengurangan terhadap ajaran Islam atau melakukan

penambahan terhadapnya adalah haram. Ini bertepatan dengan Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman!Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan

janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.” (al-Baqarah: 208)

Justeru, pengisian dan garapan isi kandungan patuh syariah sebagai filem yang

mengambarkan nilai agama Islam yang sebenar harus dipantau. Senario ini mengukuhkan hujah

yang mana menuntut kepada keperluan dakwah dalam sesebuah masyarakat (Ab. Aziz 1997) iaitu

seperti masyarakat yang sakit, kejahilan manusia dan juga sebagai memikul amanah Allah. Wan

Amizah et al. (2011) menyatakan bahawa adegan yang mengandungi babak, lakonan dan dialog

bercanggah dengan pekerti mulia sesuatu agama atau jantina dan merendahkan kedudukan moral

sesuatu kaum mestilah dipotong. Naim (2011) turut berhujah;

Aspek naratif yang menyemarakkan kebatilan, mengagungkan falsafah dan nilai Barat,

sekularisme dan hedonisme yang tidak mendorong kepada pengembangan pemikiran dan

minda, yang tidak menepati erti ‘Filem Kita Wajah Kita’, ‘Citra Budaya Negara Bangsa’

dan Citra Agama Budaya Bangsa’ dan yang bertentangan dengan segala norma kehidupan,

tatasusila budaya dan agama adalah ‘batal’ dan tidak menepati sebagai filem Islam

daripada aspek pengisian dan garapannya….Hanya sekadar menyelitkan beberapa unsur

Islam atau perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam, ia tidak akan menjadikan filem

tersebut sebagai sebuah filem Islam yang sebenar”.

Page 20: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

599

KESIMPULAN

Penghasilan filem yang baik seharusnya mempunyai mesej kepada masyarakat selaras dengan

peranan filem sebagai agen media komunikasi. Oleh itu, elemen patuh syariah wajar diangkat

terutama dalam filem berbentuk keagamaan. Berdasarkan dapatan hasil kajian ini membuktikan

wujudnya masa depan yang cerah dalam mengangkat patuh syariah dalam filem khususnya filem

yang berunsurkan keagamaan. Walaupun filem kajian masih tidak menepati secara keseluruhan

konsep teori filem ar-Risalah, tetapi pembikinannya memberi peluang yang baik dalam

menyebarkan Islam melalui medium filem. Melalui konsep dakwah amar ma’ruf nahi mungkar,

sasaran dakwah perlu didedahkan dengan nilai agama yang benar sebagai pegangan hidup

mereka.

BIODATA

Rosmawati Mohamad Rasit merupakan Ketua Jabatan di Jabatan Pengajian Dakwah dan

Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM. Bidang penyelidikan dakwah dan media komunikasi.

Antara buku terbarunya Garis Panduan Patuh Syariah dalam Filem.

Azimah Misrom merupakan pelajar Sarjana di Fakulti Pengajian Islam UKM, sedang

menjalankan penyelidikan bidang filem patuh syariah. Emel: [email protected]

Page 21: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

600

RUJUKAN

Ab. Aziz Mohd Zin. 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya.

Abd. Aziz Ittar. 7 Disember 2007. Majid Majidi Bidas Filem Hollywood.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1207&pub=Utusan_Malaysia&se

c=Hiburan&pg=hi_01.htm [25 November 2014].

Abu Hassan Hasbullah. 23 Julai 2009. Filem Tempatan Perlu Ada Nilai Tanggungjawab

Kemasyarakatan.

http://www.umlib.um.edu.my/newscut_details.asp?cutid=387#sthash.WzYWmcMP.dpbs

[4 September 2015].

Abu Hassan Hasbullah. 2000. Sinema realisme: Representasi dan reproduksi realiti. Jurnal

Pengajian Media Malaysia, Jilid 3, No.1: 37-55.

Abu Hassan Hasbullah. 2006. Filem sebagai ar-Risalah-menemukan keimanan dan kebijakan

dramaturgi wayang gambar Melayu. Seminar Penulisan Dramatik, 2-3 Disember.

Ainon Mohd. 2011. Panduan Menulis Novel: Teknik Surah Yusof. Selangor : PTS Profesional

2011.

Al-Ghazali. 2000. Ihya’ ‘ulum al-din. Kaherah : Dar al-Taqwa li al-Turath.

Al-Jazairiy, Jabir. 2010. Tafsir maudhu’i 90 laluan mudah ke syurga, Vol.1. Dlm. Arsil Ibrahim.

(Terj.). Kuala Lumpur: Blue-T Publication Sdn. Bhd.

Asiah Sarji. 2009. Pembangunan Industri Perfileman Malaysia dalam Konteks Pendekatan Islam

Hadhari. Dlm. Mohd Safar Hasim dan Zulkiple Abd. Ghani (ed.). Komunikasi Di

Malaysia Suatu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari, hlm.193-218. Bangi: Institut

Islam Hadhari.

Dusuki Ahmad. 2011. Menerapkan Nilai Agama Dan Keprihatinan Umat Dalam Filem Dan

Drama. Dalam Nor Hartini Saari

(Ed.), Pemerkasaan Televisyen dalam Mendidik Masyarakat (hlm.69-80).

Jamaluddin Aziz, Hasrul Hashim dan Faridah Ibrahim. 2014. Malaysian Film Industry In

Transformation: Challenges and Potential. Jurnal Komunikasi 30(1): 37-51.

Janet Harbord. 2002. Film Cultures. London : SAGE Publicationc Ltd.

Jill, Nelmes. 2007. Introduction to Film Studie. Edisi ke-4. New York: Routledge Taylor &

Francis Group.

Marina Munira Mutalib, Suhailiza Md. Hamdani, Khatijah Othman, dan Roslizawati Mohd

Ramli. 2011. Tugas dan Tanggungjawab Media Islam dalam Pembangunan Insan. Dalam

Page 22: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

601

Muhamad Zaki Mustafa et. al (Eds.), Representasi Islam dalam Media (hlm. 49). Bandar

Baru Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Mohd Fauzi Hamat & Mohd Khairul Naim Che Nordin. 2012. Akidah dan Pembangunan Modal

Insan. Kuala Lumpur: Penerbit UM.

Mohd.Syukri Hanapi. 2012. Kreatif Guna Media Boleh Sebar Dakwah Secara Berkesan. Berita

harian, 21 Oktober hlm. 35.

Mustafa Masyhur. 2010. Jalan Dakwah Antara Keaslian dan Penyelewengan. Selangor: Dewan

Pustaka Fajar

Naim Ahmad. 2010. Filem Islam: Satu Perbicaraan. Kertas Kerja Bengkel Fiqh Penyiaran.

Anjuran JAKIM, TV Hijrah dan FDAM. ILIM, Bangi, 20 Jun

Naim Ahmad. 2011. Filem Islam Satu Pembicaraan. Selangor: Uni-N Production Sdn. Bhd

Nor Hazriani Razali & Rosmawati Mohamad Rasit. 2014. Filem Patuh Syariah Wasilah Dakwah

Masa Kini. Dlm. Rosmawati Mohamad Rasit, Salasiah Hanin Hamjah & Muhamad Faisal

Ashaari (pnyt.). Dakwah, Media & Masyarakat, hlm. 109-119.

Norman Yusof. 2014. Hubungan Sinema dan Islam dari Perspektif Genre. Kertas Kerja

Pembentangan Seminar Filem Islam: Falsafah Nilai dan Cabaran. Anjuran Pusat

Antarabangsa Kebudayaan Islam Universiti Islam Antarabangsa (Citra UIAM) dan

FINAS. 22 April 2014.

Othman Lebar. 2009. Penyelidikan kualitatif pengenalan kepada teori dan metod, Cet. Ke-3.

Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ramli Awang. 2013. Akidah Penghayatan Tauhid Al-Quran. Kuala Lumpur: UTM

Rasdan. 2013. Utusan Malaysia. http://blis.bernama.com/getArticle.do?id-32870&tid=103&cid=3

[7 April 2013].

Rosmawati Mohamad Rasit, Md. Salleh Hj. Hassan, Mohd, Nizam Osman dan Muhammad Sham

Shahkat Ali. 2012. Relationship Of Viewing Islamic Based Films With Pro-Social

Personality Among Teenaged Audience. Jurnal Komunikasi 28 (1): 107-120.

Roy Armes. 1974. Film and Jill, Nelmes. 2007. Introduction to Film Studie. Edisi ke-4. New

York: Routledge Taylor & Francis Group.

Salasiah Hanin Hamjah & Muhamad Kasim Mat Yatin. 2014. Analisis Unsur Khurafat dalam

Filem Melayu Dari Perspektif Islam. Dlm. Rosmawati Mohamad Rasit, Salasiah Hanin

Hamjah & Muhamad Faisal Ashaari (pnyt.). Dakwah, Media & Masyarakat, hlm. 120-

133.

Syed Muhammad Al-Dawilah el-Edrus & Mohd Lutfi Solehan. 2009. Peranan ICT Dalam

Penyebaran Dakwah Dalam Era Globalisasi. Seminar Kebangsaan Dakwah Islamiah di

IPT dan Komuniti, Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM, 2-9 Disember

Page 23: ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH …

Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication

Jilid 32 (1) 2016: 580-602

602

Syed Zulkifli Syed Zakaria. 22 Jun 2010. Buat Filem Juga Dakwah.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0622&pub=utusan_malaysia&sec

=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm&arc=hive [4 September 2015].

Syed Zulkifli Syed Masir. 2010. Melahirkan strategi kerja kreatif filem dan TV pematuhan

syariah. Kertas kerja Bengkel Fiqh Penyiaran. Anjuran JAKIM, TV al-Hijrah & FDAM.

ILIM, Bangi 20 Jun.

Wan Amizah, Faridah Ibrahim, Fuziah Kartini, Hassan Basri dan Normah Mustaffa. 2011.

Perkembangan Undang-undang Penapisan Filem di Malaysia 1924-1952. Jurnal

Komunikasi 27(1): 34-52.

Yusuf Al-Qardhawi. 2007. Halal dan Haram Menurut Perspektif Islam. Johor Bahru: Perniagaan

Jahabersa

Zhang, Yan.& Wildemuth, Barbara. M. 2009. Qualitative analysis of content. Dlm. B.

Wildemuth. (Ed.), Applications of Social Research Methods to Questions in Information

and Library Science (hlm.308-319). Westport, CT: Libraries Unlimited.

http://www.ischool.utexas.edu/~yanz/Content_analysis.pdf [1 September

2014]