kaedah bercerita

17
KAEDAH BERCERITA Definisi Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat Ciri-ciri Penting : 1. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar 2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) 3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka 4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian 5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang dan berketrampilan

Upload: audrey-lynyy

Post on 30-Jul-2015

114 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH BERCERITA

KAEDAH BERCERITA

Definisi

Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar

berlaku atau diciptakan

Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting

sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan

masyarakat

Ciri-ciri Penting :

1. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar

2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya

kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)

3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada,

intonasi dan ekspresi/mimik muka

4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang

berkaitan dengan kehidupan seharian

5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang

dan berketrampilan

Page 2: KAEDAH BERCERITA

Kaedah Bercerita

KAEDAH BERCERITA

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu

hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau

strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang

maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya

Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai

pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di

mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi

menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-

pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan

dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

TUJUAN TEKNIK

1. Menarik Minat murid

2. Mengekalkan perhatian

3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK BERCERITA

Page 3: KAEDAH BERCERITA

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina

kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik

minat dan perhatian pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat

disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca

dan menulis dikalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,

kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik

persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan

mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.

Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-

kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.

Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan

aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Teknik Bercerita dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan

mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens.

Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat

memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene :

1976).

Page 4: KAEDAH BERCERITA

Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan

pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau

prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak.

Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan

muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara

mekanikal.

 Asal usul kegiatan bercerita tidak dapat dikesan kerana tidak ada dokumentasi

yang formal. Namun demikian, cerita pertama yang pernah dikesan adalah di

Mesir, iaitu cerita yang ditulis Papyrus 5500 tahun yang lampau dengan

ungkapan “ Hari ini saya bercerita kepada anak  lelaki saya…”. Di Eropah pula

lakaran idea ditemukan di atas daun nipah, dan cerita dikisahkan untuk

mengembangkan agama. Di Greek pula, penulisan puisi dengan menggunakan

muzik dikesan pada kulit belulang, manakala di India, cerita disampaikan dengan

menggunakan kain yang mempunyai plot cerita Mahabarata dan Ramayana.

Dalam suasana gelap, pencerita berdiri di hadapan kain yang dilakarkan dengan

cerita dan dia bercerita berpandukan siri gambar dengan menggunakan lilin. Di

Rantau Pasifik dan Afrika pula, cerita disampaikan dengan menggunakan tali

dan di Australia pula, cerita menggunakan pasir.

Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam

bentuk bersahaja secara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi

dengan permainan alat muzik seperti rebab, serunai atau gendang (ada kalanya

menggunakan batil atau belanga). Pencerita atau penglipur lara dalam seni

bercerita Melayu silam dipanggil mengikut tajuk cerita yang disampaikan seperti

Selampit atau Tok Selampit (selalunya bercerita menggunakan rebab). Ada juga

digelar Awang Batil (bercerita menggunakan batil) atau Awang Belanga

(bercerita menggunakan belanga). Ada kalanya pencerita digelar berdasarkan

watak dalam cerita seperti Tok Jebang atau digelar tukang cerita sahaja. Satu

lagi bentuk penceritaan dalam masyarakat Melayu tradisi ialah Wayang Kulit dan

penceritanya dipanggil Tok Dalang (yang bercerita menggunakan patung

wayang kulit).

Page 5: KAEDAH BERCERITA

Sebagai suatu seni, bercerita merupakan satu cabang seni yang tertua dan telah

berkembang secara lisan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

Bercerita juga telah menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasai

sambil berhibur. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan:

o pengajaran

o pengetahuan

o perkongsian pengalaman.

o Sebagai kaedah pengajaran dalam bilik darjah, bercerita menepati

kehendak objektif pengajaran dan pembelajaran, iaitu dapat:

meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa khususnya

lisan, bacaan, penulisan dan kosa kata

memahami dan menghayati cerita

meningkatkan kemahiran mendengar

mencerna minda dan daya imaginasi serta menggalakkan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

menambah pengalaman dan pengetahuan

menanam sikap cinta akan warisan budaya

menerapkan unsur nilai murni

memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling

mencungkil dan mengasuh bakat

membentuk insan yang harmoni dan seimbang

menggalakkan sumber rekreasi dan pembelajaran sepanjang

hayat.

3.10   KAEDAH BERCERITA

Definisi

Page 6: KAEDAH BERCERITA

Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar

berlaku atau diciptakan

Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting

sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan

masyarakat

 

Ciri-ciri Penting

 

1.    Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar

2.    Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya

kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)

3.    Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada,

intonasi dan ekspresi/mimik muka

4.    Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang

berkaitan dengan kehidupan seharian

5.    Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang

dan berketrampilan

Kemahiran bercerita

 

1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita

memilih cerita yang sesuai

menghafal isi-isi penting

Page 7: KAEDAH BERCERITA

sediakan alat bantu mengajar

kesediaan pelajar

murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru

mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi

pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir

pastikan suara jelas dan lantang

kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid

memahami isi cerita dengan lebih jelas

mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid

ayat dan perkataan mudah difahami murid

disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi

aktiviti susulan

2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai

Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni

Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai

dengan pengalaman murid

Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang

diperuntukkan

Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya

sekali

Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau

topeng-topeng

Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid

Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat

mendengar dan melihat ekspresi guru

Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-

gambar yang sesuai dengan isi cerita

3. Sesi Bercerita

Page 8: KAEDAH BERCERITA

Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik

Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan

membantu murid-murid memahami cerita

Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya

Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

4. Penutup

Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi

cerita itu

5. Aktiviti penutup

Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.

Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan

sendiri.

Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam

isi cerita.

Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.

Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan

didengar

Kemahiran Lisan:

Bahasa – mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang

Suara – jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang

tua,haiwan)

Sebutan – jelas, tepat, kelajuan sesuai

Nada dan intonasi – sesuai dengan watak dan situasi

Kemahiran bukan lisan

Mimik muka – sesuai dengan emosi

Hubungan mata – untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan

Page 9: KAEDAH BERCERITA

Bahasa Badan – gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan

Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

KRITERIA PEMILIHAN CERITA

1. Mempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni

2. Tema yang mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak

3. Plot yang mudah, kronology & ‘happy ending’

4. Bahasa yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek

5. Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan

6. Melibatkan watak kanak-kanak

7. Menonjolkan watak yang boleh dicontohi

8. Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK)

9. Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek

10.Bersifat universal

 

TEKNIK BERCERITA

Sesuai dengan:

Kebolehan kanak-kanak

Masa (tidak terlalu panjang)

Ruang dan tempat

Suasana

Persekitaran (tiada gangguan bising)

Peralatan cerita

Bentuk dan jenis cerita

Kemampuan pencerita

 

PERSEKITARAN BERCERITA

Page 10: KAEDAH BERCERITA

Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita

Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

 

CONTOH TEKNIK BERCERITA

1. Bercerita tanpa alat

2. Bercerita berpandu

3. Bercerita berdasarkan gambar bersiri

4. Bercerita menggunakan bahan maujud

5. Teka-teki

6. Teater bercerita

7. Boneka

 

CADANGAN PERALATAN BERCERITA

1. Buku besar

2. Beg bercerita

3. Gambar bersiri

4. Boneka

5. Kad Cantuman

6. Kostum

7. Poster

8. Topeng

9. Alat muzik/audio/vcd dll.

Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita

1. Sesuai dengan cerita dan objektif P&P

2. Dibina daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama

3. Warna yang terang, menarik & merangsang indera

Page 11: KAEDAH BERCERITA

4. Melibatkan pelbagai deria

5. Tidak membahayakan kanak-kanak

6. Penggunaan bahan maujud dan sumber alam

7. Boleh dipelbagaikan kegunaan

8. Mudah digunakan dan disimpan

Aktiviti Bercerita

 

Kemahiran Lisan:

Bahasa – mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang

Suara – jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang

tua,haiwan)

Sebutan – jelas, tepat, kelajuan sesuai

Nada dan intonasi – sesuai dengan watak dan situasi

Kemahiran bukan lisan

Mimik muka – sesuai dengan emosi

Hubungan mata – untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan

Bahasa Badan – gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan

Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

 

Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai

Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni

Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai

dengan pengalaman murid

Page 12: KAEDAH BERCERITA

Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang

diperuntukkan

Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya

sekali

Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau

topeng-topeng

Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid

Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat

mendengar dan melihat ekspresi guru

Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-

gambar yang sesuai dengan isi cerita

Sesi Bercerita

Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik

Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan

membantu murid-murid memahami cerita

Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya

Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

Penutup

Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi

cerita itu

Aktiviti penutup

Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.

Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan

sendiri.

Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam

isi cerita.

Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.

Page 13: KAEDAH BERCERITA

Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan

didengar

 

Ruang dan tempat  (PERSEKITARAN BERCERITA)

Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita

Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

Masa (tidak terlalu panjang)

Persekitaran (tiada gangguan bising)

KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN

MORAL

1.1.       Kaedah bercerita

Kaedah bercerita sangat sesuai dijalankan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Cerita

yang baik harus mempunyai permulaan, perkembangan dan penutup. Seterusnya

mengandungi nilai-nilai pengajaran yang baik dan harus dicontohi. Antara perkara yang

harus ditekankan dalam kaedah bercerita adalah cerita haru sesuai dengan tahap

kanak-kanak, menarik, berbantukan gambar dan menarik. Suara guru juga jendaklah

menarik, ada nada, dan menarik agar dapat murid dapat memberi sepebuh perhatian

kepada cerita.

      Dalam aktviti pendidikan islam, guru boleh bercerita tentang kejadian alam dan

makhluk Allah. Guru boleh bersoal jawab bersoal jawab tentang pencipta bagi makhluk

Page 14: KAEDAH BERCERITA

haiwan, manusia dan  tumbuhan.cerita tauladan juga boleh diceritakan sebagai contoh,

pengembala kambing yang jujur dengan Khalifah Umar Al-Khattab. Selitkan nilai-nilai

murni dalam cerita tersebut agar kanak-kanak dapat mengambil iktibar daripada kisah

tadi.

      Dalam pendidikan moral juga boleh menggunakan teknik bercerita. Guru boleh

menceritakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita itu seperti cerita pengembala

kambing yang berdusta. Akibat daripada perbuatan dustanya, semua orang tidak

mempercayai bahawa harimau telah menyerang kambing-kambingnya.