kaedah belon getah

Upload: ismaputra-samsudin

Post on 07-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 kaedah belon getah

    1/5

    Perkhidmatan Pengurusan

    Penyelenggaraan

    Ini merupakan perkhidmatan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya. Di bawah

    perkhidmatan ini kami akan menyenggara kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan airdi sesetengah negeri, worksyop, perkhidmatan feri dan pembangunan kemudahan-kemudahan

    jalan raya. Kami juga menyelenggara kemudahan-kemudahan kerajaan seperti jalan,

    bangunan, sistem mekanikal, sistem elektrikal, kenderaan-kenderaan dan loji-loji.

    Perkhidmatan yang paling banyak dilakukan ialah penyelenggaraan jalan.

    Penyelenggaraan Jalan

    Penyenggaraan jalan di seluruh negara dikendalikan oleh Cawangan Jalan. Perlaksanaan

    program penyelenggaraan melibatkan aktiviti-aktiviti yang berikut:

    y Sistem Pengurusan Turapan Permukaan Jalan (untuk Polisi, Sistem dan TeknologiTurapan)y Pengurusan Ceruny Pengurusan Aset Mekanikal

    Kami memelihara rangkaian jalan persekutuan yang jumlah panjangnya 15,746.10 km -berdasarkan statistik tahun 2003

    Mengurus Kotrak Penswastaan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan

    Tanggungjawab untuk mengurus dan mengawasi penswastaan kontrak penyelenggaraan jalan

    persekutuan Semenanjung Malaysia di peingkat zon-zon telah diserahkan kepada tiga unit.

    y UPPJ Wilayah Utara. Zon ini meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak. Iamelibatkan jalan yang berjumlah panjang 2603 km. Kontraktor yang

    bertanggungjawab ialah Belati Wangsa

    y UPPJ Wilayah Tengah / Timur. Zon ini meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang, danSelangor. Ia melibatkan jalan yang berjumlah 5636km. Kontraktor yang

    bertanggungjawab ialah Roadcare

    y UPPJ Wilayah Selatan . Zon ini meliputi Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Iamelibatkan 3381km jalan. Kontraktor untuk zon ini ialah Selia Senggara (M)S.B .

    Mengurus Cerun Jalan Persekutuan

    Perancangan untuk memelihara dan memulihara cerun di sepanjang Jalan Persekutuan

    dilakukan dengan menggunakan perisian komputer yang dikenali sebagaiSlope Priority

    Ranking System (SPRS). Pemeriksaan berkala ke atas cerun yang berisiko tinggi dilakukan

    oleh Pegawai Daerah dan data-data yang diperoleh melalui pemeriksaan tersebut akan

    dimasukkan ke dalam sistem. Ini membolehkan perancangan langkah-langkah berjaga untuk

    meningkatkan kestabilan cerun terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lebih

    berkesan.

  • 8/6/2019 kaedah belon getah

    2/5

    Mengurus Aset mekanikal

    Kami berperanan sebagai penasihat kepada penyelenggaraan peralatan mekanikal di

    sepanjang rangkaian jalan persekutuan, seperti stesyen penimbang berat kenderaan.

    PERANAN BAHAGIANy Bahagian Kawalselia Penyenggaraan

    Mengawalselia dan memantau lebuhraya - lebuhraya yang sedang beroperasi dibawah seliaan

    LLM, diselenggara mengikut standard dan beroperasi dengan cekap dan selamat,

    sebagaimana yang tertera di dalam perjanjian konsesi.Bahagian ini juga menyemak dan

    mengemaskini garispanduan serta manual yang berkaitan dengan operasi dan

    penyelenggaraan lebuh raya untuk panduan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.

    y Bahagian Ukur Bahan dan KontrakMenguruskan pentadbiran kontrak selaras dengan matlamat dan dasar Kerajaan. Bahagian ini

    juga bertanggungjawab memberi nasihat dari aspek kos pembinaan lebuh raya kepada pihak

    pengurusan LLM.

    y Bahagian PerancanganBertanggungjawab dalam merancang dan mengkaji jajaran lebuh raya selaras dengan kajian

    perancangan pembangunan oleh pihak Kerajaan, menjalankan rundingan teknikal

    penswastaan lebuh raya dengan menganggotai jawatankuasa rundingan Kerajaan,

    menjalankan rundingan teknikal dengan syarikat pencadang, menyemak pelan pembekuankoridor lebuh raya dan menjalankan penilaian terhadap projek penswastaan sebelum dan

    selepas dilaksanakan bagi menentukan keberkesanan sesuatu projek terhadap masyarakat dan

    negara.

    y Pasukan ProjekBahagian ini bertanggungjawab untuk menguruskan perundingan aspek teknikal dan

    dokumen kontrak, menyemak pelan-pelan pembekuan koridor lebuh raya, pelan-pelan

    pengambilan balik tanah, dokumen-dokumen ringkasan rekabentuk dan lukisan-lukisan

    rekebentuk terperinci yang dikemukakan oleh Kontraktor Turnkey/syarikat konsesi. Skop dan

    tanggungjawab bahagian ini juga termasuk menyelaras dan memantau/mengawalselia

    pelaksanaan pembinaan projek-projek lebuh raya yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi,

    menyemak dan mengesahkan pembayaran selaras dengan keperluan dokumen kontrak.

    y Unit Audit DalamMengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui samada fungsi

    perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan-arahan dan

    peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan licin dan berkesan.

    y Pejabat Pejabat Wilayah

  • 8/6/2019 kaedah belon getah

    3/5

    Pejabat - pejabat Wilayah terdiri dari Wilayah Utara, Tengah, Selatan dan Timur. Bagiprojek-projek penswastaan, Pejabat Wilayah bertanggungjawab untuk menyelaras, memantau

    dan mengawalselia perlaksanaan pembinaan projek-projek lebuh raya di tapak bina selarasdengan perjanjian konsesi sehingga siap untuk dibuka kepada lalulintas. Tanggungjawab

    Pejabat Wilayah juga termasuk pemantauan dan pengawalseliaan ke atas kerja-kerja

    penyenggaraan dan operasi lebuh raya oleh syarikat konsesi dan permohonan paparan iklan

    serta akses dari pihak ketiga. Pengarah Wilayah juga bertanggungjawab ke atas penyeliaanpembinaan lebuh raya di tapak pembinaan selaras dengan keperluan kontrak sehingga siap

    untuk dibuka kepada lalulintas bagi projek lebuh raya yang dikenalpasti untuk dilaksanakan

    secara kontrak turnkey.

    y Bahagian Pembangunan dan Pemantauan ProjekBertanggungjawab dalam menyemak pelan-pelan pembekuan koridor lebuh raya, pelan-pelan

    pengambilan tanah dan dokumen-dokumen ringkasan rekabentuk serta lukisan-lukisan

    rekabentuk terperinci yang dikemukakan oleh syarikat konsesi atau kontraktor turnkey bagi

    projek-projek tertentu yang dikenalpasti oleh Ketua Pengarah LLM atau Timbalan Ketua

    Pengarah (Perancangan dan Pembangunan). Skop tanggungjawab termasuk menyelaras,

    memantau dan mengawalselia pelaksanaan pembinaan projek-projek lebuh raya yangdilaksanakan secara penswastaan atau turnkey (bagi projek-projek yang telah dikenalpasti)

    selaras dengan keperluan perjanjian konsesi/dokumen kontrak di tapak bina sehingga siapuntuk dibuka kepada lalulintas.

    y Bahagian Pengawasan TolBertanggungjawab untuk mengawasi operasi tol syarikat-syarikat konsesi dibawah seliaan

    LLM dari aspek kadar dan sistem pungutan tol syarikat-syarikat konsesi seperti yang

    diperuntukkan di dalam perjanjian konsesi.

    y Bahagian Teknologi MaklumatMerancang dan melaksanakan dasar dan polisi sistem teknologi maklumat LLM selaras

    dengan agenda kemajuan negara. Membangunkan infrastruktur sistem teknologi maklumat

    LLM agar sentiasa selaras dengan kemajuan semasa dan membangunkan sistem maklumat

    yang bersepadu antara LLM dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.

    y Bahagian Khidmat Pakar dan Kerjasama TeknikalBertanggungjawab untuk menjalankan kajian dan penyelidikan secara usaha sama dengan

    agensi-agensi Kerajaan yang lain, pihak swasta dan pihak yang berkepentingan dan badan-

    badan luar negara yang berminat bagi tujuan penambahbaikan dan memantapkan lagi kajian

    yang dijalankan juga bagi tujuan menghasilkan penemuan baru terutama dalam aspekpembangunan lebuhraya. Selain daripada itu, bahagian ini juga bertanggungjawab merancang

    dan menjalankan kajian bagi tujuan membangunkan teknologi baru termasuk membangunkan

    perisian pengkalan data untuk aspek teknikal, penyenggaraan dan operasi lebuhraya. Skop

    tanggungjawab bahagian ini adalah termasuk menerbit, mengkaji dan menyemak semula

    dokumen garis panduan dan manual.

    y Bahagian Pengurusan Tanah

  • 8/6/2019 kaedah belon getah

    4/5

    Menguruskan hal-hal pengambilan tanah bagi pembangunan lebuh raya bertol, menguruskankerrja-kerja ukur muktamad, perizaban dan pewartaan lebuh raya mengikut Seksyen 62

    Kanun Tanah Negara, menguruskan permohonan dan pemasangan paparan iklan di rezablebuh raya dan pengurusan hartanah seperti aktiviti sewaan/pajakan tanah milik LLM dan

    rezab lebuh raya.

    y Bahagian Sumber Manusia dan PentadbiranMenguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan, perjawatan, latihan, penilaian kopetensi dan

    perhubungan awam di LLM. Skop dan tanggungjawab juga meliputi kajian berterusan

    terhadap pelaksanaan sstem pengurusan kualiti LLM supaya dilaksanakan dengan efisien.

    Bahagian ini juga bertanggungjawab menguruskan dan mengkoordinasi hal ehwal

    perhubungan korporat jabatan, penerbitan dan publisiti serta merancang dan membangunkan

    pelan strategik LLM. Bahagian ini juga menjadi sekretariat bagi mesyuarat-mesyuarat

    jabatan.

    y Bahagian Undang-UndangMemberi nasihat perundangan, menyemak dan menyediakan ulasan dari aspek perundangan

    bagi dokumen-dokumen seperti Perjanjian Konsesi, akta-akta, warta, dan surat jaminan.

    y Unit Mekanikal dan ElektrikBertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja yang berkaitan mekanikal dan elektrikal

    (M&E) bagi projek di dalam perancangan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan denganmemastikan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal memenuhi kriteria minimum piawaian

    teknikal dan menyelaras terhadap pelaksanaan projek di dalam pembinaan bagi kerja-kerjaM&E. Bertanggungjawab dalam mengawalselia dan memberi nasihat terhadap pengurusan

    M&E di sepanjang lebuhraya dan juga memastikan sistem pengurusan kualiti LLMdilaksanakan.

    y Bahagian Kewangan dan Pengurusan AsetBertanggungjawab ke atas sistem perakaunan pengurusan Kumpulan Wang Lembaga dan

    menyelia penyediaan anggaran Belanjawan Tahunan. Menyediakan penyata akaun tahunan

    dan menyelia urusan pelaburan serta memastikan sistem pengurusan kualiti LLM

    dilaksanakan. Skop tanggungjawab juga meliputi aspek pentadbiran am seperti bangunan,

    kenderaan pejabat dan sebagainya.

    Setiap bahagian dan Pejabat Wilayah juga bertanggungjawab memastikan sistem pengurusan

    kualiti LLM dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

    y Bahagian Khidmat Pakar dan Kerjasama TeknikalBertanggungjawab untuk menjalankan kajian dan penyelidikan secara usaha sama dengan

    agensi-agensi Kerajaan yang lain, pihak swasta dan pihak yang berkepentingan dan badan-

    badan luar negara yang berminat bagi tujuan penambahbaikan dan memantapkan lagi kajian

    yang dijalankan juga bagi tujuan menghasilkan penemuan baru terutama dalam aspek

    pembangunan lebuhraya. Selain daripada itu, bahagian ini juga bertanggungjawab merancang

    dan menjalankan kajian bagi tujuan membangunkan teknologi baru termasuk membangunkan

  • 8/6/2019 kaedah belon getah

    5/5

    perisian pengkalan data untuk aspek teknikal, penyenggaraan dan operasi lebuhraya. Skop

    tanggungjawab bahagian ini adalah termasuk menerbit, mengkaji dan menyemak semula

    dokumen garis panduan dan manual.

    Label