soalan 23sknangadrau.weebly.com/.../exam_bulanan_april_ketas_1.docx · web viewpintu pagar rumah...

16
Soalan 1 hingga Soalan 21 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Bunga ros di hadapan rumah Azrul _____________ mekar. A Kembang B Kembangan C Berkembang D Mengembang Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2 Arif dan adiknya sedang ___________________ cermin tingkap. A Menggilap B Menggosok C membasuh D mengelap 3 Hafis kelihatan ceria _____________ hadiah daripada ibunya ketika sambutan hari lahirnya yang ke-12. A menadah B menerima C memberi D mengambil Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

Upload: others

Post on 23-Oct-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

12

Soalan 1 hingga Soalan 21

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1

Bunga ros di hadapan rumah Azrul _____________ mekar.

A

Kembang

B

Kembangan

C

Berkembang

D

Mengembang

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2

Arif dan adiknya sedang ___________________ cermin tingkap.

A

Menggilap

B

Menggosok

C

membasuh

D

mengelap

3

Hafis kelihatan ceria _____________ hadiah daripada ibunya ketika sambutan hari lahirnya yang ke-12.

A

menadah

B

menerima

C

memberi

D

mengambil

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4

Abang menarik ________________ tingkap biliknya setiap pagi.

A

bingkai

B

rangka

C

bidai

D

larai

5

Kaki budak itu _______________ kerana berdiri terlalu lama semasa perhimpunan pagi.

A

lenguh

B

teguh

C

lemah

D

kaku

Soalan 6 berdasarkan di bawah.

6

Azlan __________________ sewaktu menunggang motosikal.

A

membongkok

B

membengkok

C

membelok

D

mendongak

7

Komputer peribadi milik Aqilah mempunyai _____________ yang terkini.

A

rangkaian

B

laluan

C

model

D

perisian

8

Suraya seorang yang rajin membaca akhbar dan majalah . ________________, dia mempunyai pengetahuan yang luas.

A

Oleh kerana itu

B

Namun demikian

C

Oleh sebab itu

D

Sungguhpun begitu

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9

Kakak ______________ air kolah menggunakan __________________.

A

mengisi ... timba

B

membuang ... besen

C

menimba ... buyung

D

mencedok ... gayung

10

Pintu pagar rumah Izzati hanya _____________ dari jalan utama.

A

satu setengah langkah

B

satu langkah setengah

C

setengah satu langkah

D langkah satu setengah

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 4

11

Adik _____________ pada _____________ pintu rumah nenek.

A

bertaut ... galang

B

bergayut … selak

C

berpaut ... palang

D

bergantung … adang

12

Haikal berjaya menggondol pingat emas dalam pertandingan memanah kerana semua _______________ panahnya menepati sasaran.

A

busar

B

busur

C

baur

D

sulur

13

Cikgu Fauziah menghantar kerja kursusnya untuk dicetak di _______________ semalam.

A

Kedai Mencetak Rahman

B

Kedai Pencetak Rahman

C

Kedai Pencetakan Rahman

D

Kedai Percetakan Rahman

14

Husin menggunakan pisau tajam untuk _____________ daging paha kerbau.

A

melapah

B

mengoyak

C

menyiang

D

menyiat

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15

Kepala Jailani _______________ pada sofa kerana terlalu letih.

A

tersandar

B

terletak

C

terlentok

D

terhantuk

16

Pak Harun menyara hidupnya dengan menganyam _________________ rotan

dan menjualnya di pasar tani setiap minggu.

A

rehal

B

andang

C

sumbu

D

lekar

17

Mak Timah membeli dua ____________ lemang dan dua _____________ kuih bingka ubi di pasar malam.

A

keping …. hiris

B

kerat …. buah

C

batang .… buku

D

batang .… potong

18

Walaupun tiang layar kapal Azhar patah, namun _____________ masih dapat meneruskan pelayarannya.

A

dia

B

kita

C

anda

D

mereka

19

Puan Amirah sangat bangga kerana menerima ____________ daripada tuanku sempena hari keputeraan Sultan Kelantan.

A

Piala Pusingan

B

Pingat Kebesaran

C

Piala Iringan

D

Pingat Kemenangan

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20

Zahir _________________ ketika tidur.

A

mengiring

B

meniarap

C

menelentang

D

menelungkup

21

Pak Mus yang _______________ itu sangat disenangi oleh penduduk kampung kerana suka menderma.

A

tangkai jering

B

ringan tangan

C

murah hati

D

mulut manis

22

Ayah sedang membetulkan tali ampaian di belakang rumah kerana sudah kendur.

Perkataan seerti bagi kendur ialah

A

lembut

B

tegang

C

regang

D

lentur

Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.

Pilih jawapan yang betul bagi ayat yang diberikan.

Ingat pesan saya, Aziz. Jangan datang lewat lagi selepas ini.

23

A

Ingat, tuan. Saya berjanji tidak akan datang lagi.

B

Maaf, tuan. Saya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

C

Baik, tuan. Saya akan ingat semua pesanan tuan.

D

Ya, tuan. Saya akan datang lewat lagi.

Soalan 24 dan Soalan 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24

Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

A

Tanah runtuh menyebabkan hujan lebat yang berterusan.

B

Punca hujan lebat disebabkan oleh tanah runtuh sering berlaku.

C

Tanah runtuh terjadi disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan.

D

Kejadian tanah runtuh dan hujan lebat berterusan terjadi.

25

“ Kita mesti makan makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari,” pesan Adila kepada adiknya Atirah.

A

Adila mengingatkan adik Atirah agar sentiasa memilih makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari.

B

Adila menasihati adiknya Atirah supaya makan makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari.

C

Adik Atirah dan Adila makan makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari.

D

Kakak Atirah sentiasa mengingatkan Adila agar makan makanan yang seimbang dan berkhasiat setiap hari.

Soalan 26 dan Soalan 27

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26

I

Sendi bahunya selalu sakit.

II

Kabil membeli sendi pintu.

III

Penari zapin itu menunjukkan sendi tariannya.

IV

Kucing tua itu tidur berhampiran sendi rumah.

A

I dan II sahaja

B

I dan III sahaja

C

II dan IV sahaja

D

III dan IV sahaja

27

I

Budak-budak itu bermain di halaman rumah Pak Midun

II

Dia berjaya membaca novel itu hingga ke halaman terakhir..

III

Murid-murid kelas itu sedang melayari halaman web tentang cakerawala

IV

Semua orang heboh bercerita tentang orang halaman di taman perumahan itu.

A

I dan II sahaja

B

III dan IV sahaja

C

I, II, dan III sahaja

D

II, III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.

28

I

Komputer amat penting di zaman ini.

II

Semoga berjaya dalam peperiksaan nanti.

III

Pelajar mesti membaca surat khabar setiap hari.

IV

Banyak spesies rama-rama ditemui di hutan itu.

A

I dan II sahaja

B

III dan IV sahaja

C

I, II dan III sahaja

D

II, III dan IV sahaja

29

I

Budak kecil itu sudah pandai melukis poster.

II

Tabiat membaca masih kurang dalam kalangan pelajar sekolah.

III

Cikgu Mimi mengajar Bahasa Melayu di kelas tahun lima.

IV

Hanapiah menulis semula laporan itu pagi tadi.

A

I dan II sahaja

B

III dan IV sahaja

C

I, II dan III sahaja

D

I, III dan IV sahaja

30

I

Kakak menyirami bunga setiap petang.

II

Dia amat tertarik akan keindahan pantai Teluk Kemang.

III

Penyanyi itu duduk ketika mendendangkan lagu-lagu puisi.

IV

Sharini menunggu Dewi dari pukul lapan hingga pukul sepuluh pagi.

A

I dan II sahaja

B

III dan IV sahaja

C

I, II dan III sahaja

D

II, III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kantan adalah sejenis tumbuhan herba yang banyak terdapat di Malaysia. Nama botani bagi pokok kantan ialah Phaeomeria speciosa. Pokok kantan dapat hidup subur di Malaysia kerana cuaca dan tanah yang sesuai. Tumbuhan ini paling banyak ditemukan di kawasan Utara Semenanjung Malaysia.

Batang pokok kantan boleh membesar sehingga 15 sentimeter ukur lilit dan ketinggiannya sehingga lima meter. Daun-daun kantan terdapat pada kiri dan kanan batang. Daun-daun itu memanjang kira-kira 30 sentimeter lebih mengikut kesuburan pokok. Lebar daunnya tiga sentimeter hingga lima sentimeter sahaja. Warna daun kantan adalah hijau muda dan hijau tua. Daun pokok kantan berurat selari.

Bunga kantan merupakan bahagian yang paling utama bagi pokok kantan. Demikian juga dengan pucuk-pucuk buah yang separuh masak. Ramai orang yang menanam kantan semata-mata untuk mendapatkan bunganya. Bunga kantan berbentuk lonjong dan tirus meruncing ke hujung seperti jantung pisang. Bunga kantan berwarna merah dan kehijau-hijauan pada bahagian bawahnya.

Orang Melayu masa kini menjadikan bunga kantan sebagai salah satu bahan penting dalam resipi masakan mereka terutama dalam penyediaan kuah laksa. Kebanyakan masyarakat di negeri Pahang menjadikan bunga kantan sebagai perencah penting dalam menyediakan gulai ikan patin. Selain itu, bunga kantan dijadikan sebagai sayur-sayuran. Aroma bunga kantan adalah sebab utama ia dijadikan pilihan dalam campuran masakan. Bunga kantan juga mempunyai khasiat yang tinggi dalam bidang perubatan tradisional.

31

Kantan adalah sejenis …

A

tanaman hiasan

B

pokok bunga

C

sayur-sayuran

D

pokok herba

32

Pokok kantan banyak terdapat di negeri …

A

Kedah dan Perlis

B

Selangor dan Perak

C

Terengganu dan Kelantan

D

Negeri Sembilan dan Melaka

[ Lihat sebelah

SULIT

33

Bahagian yang paling penting bagi pokok kantan dalam masakan ialah ...

A

batang

B

daun

C

bunga

D

urat

34

Perkataan resipi dalam petikan bermaksud…

A

bahan

B

ramuan

C

adunan

D

campuran

35

Pernyataan di bawah semuanya benar kecuali

A

Bunga kantan boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran.

B

Pokok kantan hidup subur kerana cuaca dan tanah yang sesuai.

C

Daun kantan panjang dan berada di bahagian bawah batang.

D

Bau bunga kantan penyebab utama sebagai pilihan dalam masakan.

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Persatuan Penduduk Taman Harmoni,

72000 Kuala Pilah,

Negeri Sembilan Darul Khusus.

Yang Dipertua,

Majlis Daerah Kuala Pilah,

72000 Kuala Pilah,

Negeri Sembilan Darul Khusus. 22 JANUARI 2012.

Tuan,

Aduan Penyelenggaraan Taman Harmoni

Dengan segala hormantnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya mewakili penduduk taman ini ingin memaklumkan kepada tuan tentang penyelenggaraan taman perumahan ini. Untuk pengetahuan tuan, keadaan longkang di kawasan taman ini tersekat aliran airnya. Keadaan ini berpunca daripada takungan air di kolam utama tidak mampu untuk menampung limpahan air terutama pada musim hujan. Ini menyebabkan kawasan air yang bertakung menjadi tempat pembiakan nyamuk. Kami mulai bimbang kerana beberapa orang penduduk taman ini telah diserang demam denggi. Petugas Pejabat Kesihatan telah beberapa kali datang membuat penyemburan racun, namun perkara ini masih belum dapat diatasi.

3. Untuk pengetahuan tuan juga, tong sampah di hadapan rumah juga tidak diselenggara dengan baik. Mengikut perjanjian penyelenggaraan, sampah akan dikutip tiga kali seminggu. Namun, kini sampah dikutip hanya sekali seminggu. Ini membuatkan timbunan sampah yang menjijikkan. Perkara ini boleh mengundang bahaya terutama penyakit bawaan vektor seperti denggi dan chikungunya. Kami telah menghubungi pihak yang bertanggungjawab dan jawapan yang diberikan ialah kakitangan tidak mencukupi untuk penyelenggaraan sampah ini. Bagi kami perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

4.Sekian untuk makluman tuan. Saya amat berharap agar pihak tuan dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

[ Lihat sebelah

SULIT

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

Hashim .

…………………………………

( HASHIM BIN ABDULLAH )

Setiausaha,

Persatuan Penduduk Taman Harmoni.

36

Siapakah yang menulis surat di atas?

A

Setiausaha Persatuan Penduduk

B

Penduduk taman perumahan

C

Yang Dipertua Majlis Daerah

D

Pengerusi Persatuan Penduduk

37

Penyakit demam denggi disebabkan oleh…

A

takungan air

B

gigitan nyamuk

C

longkang tersumbat

D

timbunan sampah sarap

38

Perkataan diselenggara dalam petikan bermaksud …

A

dibuat

B

diurus

C

diselia

D

dilaksana

39

Frasa pihak yang bertanggungjawab dalam petikan merujuk kepada …

A

Penduduk Taman Harmoni

B

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah

C

Persatuan Penduduk Taman Harmoni

D

Majlis Daerah Kuala Pilah

40

Pernyataan di bawah adalah benar kecuali

A

sampah di taman itu dikutip tiga kali seminggu.

B

aliran air longkang tersekat akibat sampah sarap.

C

penduduk diancam penyakit demam denggi jika masalah dibiarkan.

D

Majlis Daerah Kuala Pilah menghadapi masalah kekurangan kakitangan.

KERTAS SOALAN TAMAT

GR/SKND