kajian awal ke atas komuniti pereputan kayu dan ... papers/pert vol. 10 (2...pertanika 10(2),...

9
Pertanika 10(2), 233-241 (1987) Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan Taburannya di Kampung Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah (Preliminary Study on the Wood-fouling Community and their Distribution at Kampung Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah) SHAEDIN MOHD LONG 1 , ASIAH AHMAD 2 , NORHADI ISMAIL'dan GHAZALLY ISMAIL 2 l Jabatan Sains Laut &Jabatan Biologi 2 , Fakulti Sains & Sumber Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Key words: Komuniti fauna pereput; kelimpahan; kepelbagaian; penzonan; keafinan. ABSTRAK Kajian ke atas komuniti fauna pereput kayu dijalankan di Kampung Tanjung Aru yang ter~ letak di bahagian pantai barat negeri Sabah. Sebanyak 42 spesies organisma telah dikenalpasti sebagai fauna pereput kayu. Fauna pereput kayu ini dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan ber- dasarkan kepada taburannya mengikut zon: kumpulan pertama tersebar pada semua zon; kumpulan kedua tersebar dan zon 2 hingga zon 4 dan kumpulan ketiga pula hanya menempati zon 3 dan 4 yang berhampiran dengan permukaan pantai. Taburan fauna pereput yang mengikut zon ini adalah di- jangkakan berhubungan dengan ketahanan organisma terhadap kekeringan akibat pendedahan kepada udara dan cahaya matahari. Kelimpahan dan kepelbagaian fauna pereput kayu ini didapati semakin bertambah dengan bertambah hampirnya sesuatu zon dengan permukaan pantai. Keafinan antara 2 komuniti fauna pereput kayu pada zon yang berdekatan adalah lebih tinggi daripada zon yang berjauhan. ABSTRACT A study on the wood-fouling faunal community was undertaken at Kampung Tanjung Aru located on the west coast of Sabah. A total of 42 species of wood-fouling organisms were identified. Based on their zonal distribution, the organisms can be assigned to 3 groups: those found in (i) all the four zones studied; (ii) zones 2 through 4 and (Hi) zones 3 and 4 where zone 4 is the area immediately above the shore surface. This zonal distribution of wood-fouling fauna is probably associated with the organisms resistance against drying due to exposure to air and sunlight. The abundance and diversity of wood-fouling fauna in the zone studied increase as the zones approach shore level. The cffinity is higher between any two faunal communities found in adjacent zones compared to those from distant zones. PENDAHULUAN Pereput adalah ungkapan am bagi sebarang organisma yang mendiami substrat-substrat buatan manusia di dalam persekitaran laut (Edyvean et al., 1985). Bahan-bahan binaan seperti kayu dan besi akan mengalami interaksi fizika, kimia dan biologi apabila terendam di dalam air laut di mana bahan tersebut akan menjadi substrat kepada komuniti pereput yang matang. Kesan kerosakkan yang diakibatkan oleh organisma pereput ini telah menimbulkan suatu masalah yang amat besar terutamanya kepada perahu, kapal, kemudahan-kemudahan di pelabuhan serta Iain-lain binaan yang terdapat di dalam laut (Cheah &Chua, 1979). Di Amerika Syarikat misalnya, hampir US$500 juta telah di- belanjakan setiap tahun untuk memberi sifat ketahanan terhadap proses pereputan sebelum kayu digunakan di dalam laut (Berry, 1966).

Upload: others

Post on 28-Jul-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan ... PAPERS/PERT Vol. 10 (2...Pertanika 10(2), 233-241 (1987) Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan Taburannya di Kampung Tanjung

Pertanika 10(2), 233-241 (1987)

Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu danTaburannya di Kampung Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah(Preliminary Study on the Wood-fouling Community and theirDistribution at Kampung Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah)

SHAEDIN MOHD LONG1, ASIAH AHMAD2, NORHADI ISMAIL'dan GHAZALLY ISMAIL2

lJabatan Sains Laut &Jabatan Biologi 2,Fakulti Sains & Sumber Alam,

Universiti Kebangsaan Malaysia,Kampus Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Key words: Komuniti fauna pereput; kelimpahan; kepelbagaian; penzonan; keafinan.

ABSTRAKKajian ke atas komuniti fauna pereput kayu dijalankan di Kampung Tanjung Aru yang ter~

letak di bahagian pantai barat negeri Sabah. Sebanyak 42 spesies organisma telah dikenalpastisebagai fauna pereput kayu. Fauna pereput kayu ini dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan ber-dasarkan kepada taburannya mengikut zon: kumpulan pertama tersebar pada semua zon; kumpulankedua tersebar dan zon 2 hingga zon 4 dan kumpulan ketiga pula hanya menempati zon 3 dan 4 yangberhampiran dengan permukaan pantai. Taburan fauna pereput yang mengikut zon ini adalah di-jangkakan berhubungan dengan ketahanan organisma terhadap kekeringan akibat pendedahankepada udara dan cahaya matahari. Kelimpahan dan kepelbagaian fauna pereput kayu ini didapatisemakin bertambah dengan bertambah hampirnya sesuatu zon dengan permukaan pantai. Keafinanantara 2 komuniti fauna pereput kayu pada zon yang berdekatan adalah lebih tinggi daripada zonyang berjauhan.

ABSTRACTA study on the wood-fouling faunal community was undertaken at Kampung Tanjung Aru

located on the west coast of Sabah. A total of 42 species of wood-fouling organisms were identified.Based on their zonal distribution, the organisms can be assigned to 3 groups: those found in (i) all thefour zones studied; (ii) zones 2 through 4 and (Hi) zones 3 and 4 where zone 4 is the area immediatelyabove the shore surface. This zonal distribution of wood-fouling fauna is probably associated with theorganisms resistance against drying due to exposure to air and sunlight. The abundance and diversityof wood-fouling fauna in the zone studied increase as the zones approach shore level. The cffinity ishigher between any two faunal communities found in adjacent zones compared to those from distantzones.

PENDAHULUANPereput adalah ungkapan am bagi sebarangorganisma yang mendiami substrat-substratbuatan manusia di dalam persekitaran laut(Edyvean et al., 1985). Bahan-bahan binaanseperti kayu dan besi akan mengalami interaksifizika, kimia dan biologi apabila terendam didalam air laut di mana bahan tersebut akanmenjadi substrat kepada komuniti pereput yangmatang.

Kesan kerosakkan yang diakibatkan olehorganisma pereput ini telah menimbulkan suatumasalah yang amat besar terutamanya kepadaperahu, kapal, kemudahan-kemudahan dipelabuhan serta Iain-lain binaan yang terdapatdi dalam laut (Cheah & Chua, 1979). Di AmerikaSyarikat misalnya, hampir US$500 juta telah di-belanjakan setiap tahun untuk memberi sifatketahanan terhadap proses pereputan sebelumkayu digunakan di dalam laut (Berry, 1966).

Page 2: Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan ... PAPERS/PERT Vol. 10 (2...Pertanika 10(2), 233-241 (1987) Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan Taburannya di Kampung Tanjung

SHABDIN MOHD LONG, ASIAH AHMAD, NORHADI ISMAIL DAN GHAZALLY ISMAIL

Oleh kerana kerosakkan yang disebabkanoleh fauna pereput ini agak serius, maka bebe-rapa kajian telah dilakukan, terutamanya dikawasan iklim sederhana (Allen & FergusonWood, 1949; Nair, 1967; Menon et ai, 1977;Chalmer, 1982).

Di Malaysia, kajian terhadap fauna pereputini masih kurang mendapat perhatian. Diantara beberapa kajian yang telah dijalankanialah kajian ke atas komuniti pereput padabatang paip di perairan Melaka dan Johor(Berry, 1966) dan kajian ke atas komunitipereput sangkar jaring di perairan Pulau Pinang(Cheah & Chua, 1979). Di Sabah khususnya,masih terlalu kurang kajian ke atas komunitifauna pereput ini yang telah dijalankan. Dari itusatu kajian telah dilakukan untuk melihatkomuniti fauna pereput kayu serta penzonan-nya.

KAEDAH

Kawasan KajianKawasan kajian yang dipilih ialah pantaiKampung Tanjung Aru, yang terletak padagaris lintang 5° 57* 36" Utara dan 116° 3 12"Timur garis bujur (Rajah 1). Pantai ini terletakmenghala ke Laut China Selatan dan keadaanpantainya agak landai dan luas serta merupakansalah satu kawasan perumahan di dalam laut.

Parameter SekitaranSuhu udara dan air laut diukur secara in situdengan menggunakan jangkasuhu.

Parameter kepekatan ion hidrogen (pH)pula diukur dengan memasukkan letrod jangkapH (Schott-Gerate) ke dalam sampel air.

Kemasinan atau saliniti diukur denganmenggunakan salinometer (Kahlsico) ketika dilapangan dan dengan kaedah titratan di dalammakmal bagi sampel air yang dibawa pulang.Kemudian diambil nilai puratanya.

Sampel air yang dibawa pulang ke makmaljuga digunakan untuk mengukur oksigen ter-larut di dalamnya dengan menggunakan ubah-suaian kaedah Winkler (Round & Hickman,1971).

FaunaPensampelan organisma dilakukan di dalamdua fasa. Fasa pertama melibatkan kajian secara

LAJT CHINASELATAN

1*1 Paya bakau

[TJstesen Y

fZlStesen Z

vffiiRajah 1: Peta menunjukkan kawasan kajian.

relatif selama sebulan (Ogos, 1982) dan fasakedua ialah kajian kuantitatif selama empatbulan (September hingga Disember, 1982). Pen-sampelan dilakukan pada paras Min Tikas AirTengah(MTL).

Di dalam fasa pertama, sampel-sampelorganisma pereput dipungut dari tiang-tiang jetiyang terdfri dari kayu belian (Eusideroxylonzwargeri Teijsm & Binn: Lauraceae). Panjangdan lebarnya ialah 16cm. Tinggi setiap kayu ter-sebut adalah kira-kira 2 meter dari paras per-mukaan sedimen dan telah terendam selamahampir 3 tahun tanpa sebarang proses penga-wetan awal dilakukan kepadanya sebelum di-gunakan sebagai tiang. Sampel-sampel yang di-pungut kemudiannya dibawa pulang di makmaluntuk pencaman dan pengkelasan taksonomi.Bagi organisma-organism a kecil yang terdapatdi dalam substrat berpasir bersama-samadengan tiang-tiang kayu tadi, pengasingannyadilakukan dengan menggunakan kaedahekstraksi (Johnston, 1981). Pencaman ciri-ciriorganisma dilakukan dengan menggunakanmikroskop pembedahan dan majmuk. Peng-

234 PERTANIKA VOL. 10 NO. 2, 1987

Page 3: Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan ... PAPERS/PERT Vol. 10 (2...Pertanika 10(2), 233-241 (1987) Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan Taburannya di Kampung Tanjung

KAJIAN AWAL KE ATAS KOMUNITI PEREPUTAN KAYU DAN TABURANNYA DI KG. TANJUNG ARU

kelasan dibuat hingga ke peringkat orderdengan berpandukan kepada pengkelasan olehGosner (1971) dan Campbell (1980). Organismayang telah dicamkan disimpan di dalamformalin 1% atau 5% (bergantung kepada jenisorganisma) untuk rujukan pencaman dalamkajianfasakedua.

Kajian fasa kedua, melibatkan kajiansecara kuantitatif ke atas komuniti organismapereput yang sedia ada di permukaan kayu. Duastesen dipilih untuk pensampelan (stesen Ydan Z; Rajah 7). Empat batang tiang kayu di-pilih untuk pensampelan pada setiap stesen.Jarak antara dua stesen tersebut ialah 131meter. Tiang yang telah dipilih diukur ke-tinggian tikas air pasang dan kelebarannya. Se-telah ketinggian tikas air pasang diperolehimaka tiang ini dibahagikan kepada empat zon(zon 1, 2, 3 dan 4) yang berasingan (Rajah 2).Setiap zon mempunyai keluasan yang sama iaitu432 meter persegi. Pengambilan sampel dibuatdengan mengumpulkan semua organisma yangterdapat di dalam setiap zon. Sampel-sampalorganisma yang telah dikumpulkan ini kemu-diannya dicamkan jenisnya serta dikira bilanganindividu yang menempati setiap zon. Pensam-pelan pada setiap zon melibatkan ke empat-empat permukaan kayu (permukaan A, B, CdanD; Rajah 2).

Penentuan struktur komuniti pereput me-liputi komposisi kelimpahan dan taburanorganisma. Kepelbagaian dan kekerapan orderorganisma ditentukan dengan menggunakanindek kepelbagaian dan kekerapan spesies olehHurlbert (1971). Keafinan komuniti organisma

B-

Tikas air pasangpaling tinggi

Permukaanpantai

y\ /A

zon 1

zon 2

zon 3

zon 4

D

/

Rajah 2: Tiang kayu menunjukkan ke empatempatzon (1, 2, 3, 4) dan permukaan kayu (A,B, C, D). (Lukisan tidak mengikut $kil).

ditentukan dengan menggunakan rajah trelisoleh Sanders (1960).

HASIL

Parameter SekitaranParameter sekitaran fizis dan kimia menunjuk-kan terdapat sedikit perubahan turun naik

JADUAL 1Parameter sekitaran di paras Min Tikas Air Tengah (MTL) di pantai

Kampung Tanjung Aru

ParameterTarikh

1 Sept. 1982

31 Okt. 1982

23 Nov. 1982

8 Dis. 1982

22 Dis. 1982

Suhu air°C

31.00

34.75

32.00

31.00

33.00

Suhu udara°C

28.00

28.00

28.00

28.00

28.00

P H

7.70

7.90

7.45

7.19

7.08

Oksigenterlarut(mg/l)

10.85

11.86

8.55

11.17

9.25

Kemasinan(PPt)

28.00

30.60

30.10

27.50

21.00

PERTANIKA VOL. 10 NO. 2, 1987 235

Page 4: Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan ... PAPERS/PERT Vol. 10 (2...Pertanika 10(2), 233-241 (1987) Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan Taburannya di Kampung Tanjung

SHABDIN MOHD LONG, ASIAH AHMAD, NORHADI ISMAIL DAN GHAZALLY ISMAIL

kecuali suhu udara (Jadual 1).

Kehadiran TaksonSejumlah 42 spesies organisma dari kumpulanepifauna dan infauna telah dicamkan di dalamkajian relatif dan kuantitatif (Jadual 2). 38 spesiesadalah dari kumpulan epifauna dan 4 spesiesadalah dari kumpulan infauna. Kumpulaninfauna terdiri dari satu spesies dari orderIsopoda (Sphaeroma sp) dan 3 spesies dari orderHeterodontida (Martesia sp, Bankia sp danLithophagasp).

PenzonanKelimpahan organisma adalah semakin mening-kat dari zon 1 hingga ke zon 4 pada kedua-duastesen (Rajah 3). Peratus kelimpahan orga-nisma mengikut zon pada stesen Y ialah 1%di zon 1, 7% di zon* 2, 45% di zon 3 dan47% di zon 4. Sementara di stesen Z, peratuskelimpahan organisma ialah 0.3% di zon 1,7%di zon 2, 33% di zon 3 dan 60% di zon 4. Kelim-pahan organisma pada kedua zon 3 dan 4 (zon 3+ 4) adalah 11.5 kali lebih tinggi dari zon 1 dan2 (zon 1 + 2) pada stesen Y dan 12.7 kali lebih

JADUAL 2Senarai organisma pereput yang ditemui di pantai Kampung Tanjung Aru

(UI — tidak dapat dicamkan hingga ke peringkat order)

Filum Order Bilangan spesis

Cnidaria

Nemertinea

Platyhelminthes

Nematoda

Moluska

Annelida

Sipunculida

Arthropod a

Echinodermata

Urochordata

Actinaria

UI

UI

UI

ArcheogastropodaMesogastropod a

NeogastropodaPteroconchidaProtobranchiaHeterodontida

EunicidaPhyllodocidaTerebellidaSabellidaSpionidaCirratulidaOrbinidaOligochaeta

UI

DecapodaThoracicaIsopodaAmpihipoda

Copepoda

Ophiuroida

Ascidacea

31

1

413

14121111

1

41112

1

1

Jumlah 42

236 PERTANIKA VOL. 10 NO. 2, 1987

Page 5: Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan ... PAPERS/PERT Vol. 10 (2...Pertanika 10(2), 233-241 (1987) Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan Taburannya di Kampung Tanjung

KAJIAN AWAL KE ATAS KOMUNITI PEREPUTAN KAYU DAN TABURANNYA DI KG. TANJUNG ARU

Rajah 3: Histogram menunjukkan kelimpahan faunapereput untuk setiap zon pada kedua-duastesen.

tinggi pada stesyen Z. Penempatan organismalebih tertumpu pada zon yang berhampirandengan tanah (zon 3 & 4).

Tiga kumpulan fauna pereput dapat dilihatdari segi taburannya mengikut zon. Kumpulanpertama ialah fauna yang menempati padasemua zon iaitu dari zon yang paling bawah danberdekatan dengan permukaan pantai sehingga-lah ke zon yang paling atas (jauh dari per-mukaan pantai) di kedua-dua stesen pensam-pelan. Fauna-fauna tersebut ialah dari orderPteroconchida, Decapoda dan ThoracicaGadual 3).

Kumpulan kedua ialah fauna yang hanyatersebar dari zon 2 hingga ke zon 4 samada padasatu atau kedua-dua stesen pensampelan.Sepuluh kumpulan fauna yang terlibat ialahActinaria, Nematoda, Neogastropoda, Meso-gastropoda, Phyllodocida, Terebellida,Sabellida, Isopoda, Amphipoda dan CopepodaQadual 3).

Sementara kumpulan ketiga ialah faunayang hanya tersebar pada zon 3 dan 4 atau padazon 4 sahaja pada satu atau kedua-dua stesenpensampelan. Fauna tersebut terdiri dariNemertinea, Platyhelminthes, Protobranchia,Eunicida, Spionida, Cirratullida, Orbinida,Oligochaeta, Sipunculida, Ophiuroida danAscidacea. Hanya satu order sahaja terdapatsedikit kekecualian iaitu Archeogastropoda yanghanya tersebar di zon 2 pada stesen Y dan darizon 1 hingga 3 pada stesen Z (Jadual 3).

Kepelbagaian OrganismaNilai kepelbagaian, kekerapan, kelimpahan danjumlah order fauna pereput adalah semakin ber-tambah dari zon 1 hingga ke zon 4 bagi kedua-dua stesen (Jadual 4).

Keafinan KomunitiKeafinan komuniti di dalam zon-zon mem-punyai persamaan tertentu bagi komposisiorganisma- Pada stesen Y, zon 1 mempunyaipersamaan komunitinya yang kurang dari 30%dengan komuniti di zon 2, 3 dan 4. Zon 2 pulamempunyai persamaan komunitinya sebanyak50% — 70% dengan zon 3 dan 4. Sementara zon3 pula mempunyai persamaan komunitinyayang sangat tinggi dengan komuniti di zon 4iaitu lebih dari 70% (Rajah 4).

Sementara pada stesyen Z pula, zon 1 mem-punyai persamaan komunitinya kurang dari30% dengan komuniti di zon 2, 3 dan 4. Zon 2dan 3 mempunyai persamaan komuniti yangkurang dari 30%. Walau bagaimanapun komu-niti di zon 2 mempunyai persamaan sebanyak30 - 49% dengan komuniti di zon 4. Persamaankomuniti antara zon 3 dan 4 adalah melebihi70% (Rajah 4).

PERBINCANGANKehadiran sesuatu komuniti fauna pereput padasebatang kayu adalah dipengaruhi oleh faktur-faktur biotik dan faktur-faktur sekitaran dimana haiwan itu tinggal. Di antara faktur-faktur sekitaran yang penting dalam menentu-kan kehadiran komuniti fauna pereput ialahkandungan oksigen, tindakan ombak danjangkamasa pendedahan kepada udara dancahaya matahari (Me. Connaughey, 1976).Zattoli (1978) mendapati perbezaan iklim antara

PERTANIKA VOL. 10 NO. 2, 1987 2S7

Page 6: Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan ... PAPERS/PERT Vol. 10 (2...Pertanika 10(2), 233-241 (1987) Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan Taburannya di Kampung Tanjung

SHABDIN MOHD LONG, ASIAH AHMAD, NORHADI ISMAIL DAN GHAZALLY ISMAIL

JADUAL 3Kelimpahan fauna pereput dalam setiap zon pada kedua-dua stesen pensampelan

Stesen Y Stesen Z

Fauna Zon

Actinaria

Nemertinea

Platyhelminthes

Nematoda

Archeogastropoda

Neogastropoda

Mesogastropoda

Pteroconchida

Protobranchia

Eunicida

Phyllodocida

Terebellida

Sabellida

Spionida

Cirratullida

Orbinida

Oligochaeta

Sipunculida

Decapoda

Thoracica

Isopoda

Amphipoda

Copepoda

Ophiuroida

Ascidacea

1

-

-

-

-

0.1

-

-

-

-

-

-

-

-

-

0.1

8.5

-

-

-

2

_

-

-

0.6

0.8

0.6

0.1

-

0.5

-

-

-

-

-

-

-

0.1

32.1

9.7

-

24.2

-

3

-

119.2

-

1.8

3.9

19.3

-

0.4

5.3

0.1

-

-

-

-

-

-

0.4

197.8

42.1

' -

24.2

-

4

-

-

115.3

-

0.9

0.5

20.8

-

1.4

13.8

0.4

2.7

-

-

0.1

-

1.4

0.8

184.0

55.0

-

33.6

-

0.1

1

-

-

0.7

-

-

1.9

-

-

- •

-

-

-

-

-

-

-

0.1

2.6

0.4

-

-

-

2

0.1

-

14.5

0.9

1.3

8.5

24.6

-

1.0

0.1

1.1

-

-

-

-

-

0.3

86.1

-

0.5

6.5

-

3

0.5

1.8

0.1

83.0

1.0

1.3

9.7

66.4

- •

0.5

57.3

11.4

51.8

1.4

-

-

0.4

0.9

13.5

291.8

23.8

62.6

12.7

-

0.6

4

24.1

2.4

0.3

168.9

-

1.9

11.0

234.0

0.6

2.6

152.9

30.0

165.8

7.8

2.8

. -

3.4

7.1

31.6

237.6

28.4

129.1

36.1

0.1

2.0

Jumlah 8.7 68.7 414.5 430.8 5.7 145.5 692.5 1280.5

sesuatu kawasan dunia juga mempengaruhikehadiran dan penempatan sesuatu faunapereput. Faktur sekitaran seperti suhu air, pH,oksigen terlarut dan saliniti di Tanjung Aru,Sabah; menunjukkan perubahan turun naikyang rendah. Kaedah ini memungkinkan komu-niti fauna pereput yang wujud di sini juga di-pengaruhi oleh turun naik faktur-faktursekitaran dan iklim kawasan ini.

Berdasarkan kepada habitat, fauna pereputboleh dibahagikan kepada dua kumpulanutama iaitu epifauna dan infauna (Berry, 1966).Me Connaughey (1976) mendapati epifaunaadalah fauna pereput yang dominan dan tahankekeringan. Di Tanjung Aru, kumpulanepifauna adalah lebih dominan dari infaunadari segi bilangan spesies. Ini mungkin disebabkan oleh ketahanan epifauna terhadap pen-

258 PERTANIKA VOL. 10 NO. 2, 1987

Page 7: Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan ... PAPERS/PERT Vol. 10 (2...Pertanika 10(2), 233-241 (1987) Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan Taburannya di Kampung Tanjung

KAJIAN AWAL KE AT AS KOMUNITI PEREPUTAN KAYU DAN TABURANNYA DI KG. TANJUNG ARU

JADUAL 4Jumlah kelimpahan (D), jumlah order (S), kepelbagaian (H') dan kekerapan (J') fauna pereput bagi

semua zon pada kedua-dua stesen

D H' J'

Zon St. Y St. Z St. Y St. Z St. Y St. Z St. Y St. Z

1

2

3

4

8.7

68.70

414.50

430.80

5.70

145.50

692.50

1280.50

3

8

11

15

5

13

21

23

0.02

0.43

0.69

0.74

0.22

0.61

0.78

0.87

0.00

0.28

0.73

0.87

0.00

0.63

0.80

0.91

4y

1z

2Z

3z

V 0 0

\ J 590-3

55

92

\

0

23

17

19

\

0

26

33

34

03

\

1-5

48

69

72

12

29

\

0-9

23

46

52

11

35

76

\

30-49°/.

>70%

Rajah 4: Gambarajah trelis menunjukkan darjahkeafinan antara zon-zon bagi kedua-duastesen (nombor menunjukkan zonzon, Ydan Z menunjukkan stesen).

dedahan kepada udara dan cahaya mataharilebih dari kumpulan infauna.

Sebatang kayu yang tertanam tegak dikawasan 'intertidal' pantai akan menunjukkanpenzonan pasang surut, yang mana akan wujudsuatu bentuk penzonan komuniti fauna yangmendiami kayu tersebut (Zattoli, 1978).

Taburan kelimpahan fauna di dalam zon-zon iniditentukan oleh keupayaan mereka untuk meng-hadapi kekeringan akibat pendedahan kepadaudara dan cahaya matahari. Di Tanjung Aru,kelimpahan fauna pereput didapati semakinmeningkat apabila semakin dekat sesuatu zonpada kayu itu dengan permukaan pantai. Ini di-sebabkan oleh jangkamasa sesuatu zon kayu ituterdedah kepada udara dan cahaya mataharisemasa air laut pasang dan surut adalah ber-beza. Oleh itu taburan kelimpahan fauna pe-reput juga dipengaruhi oleh darjah ketahananmereka terhadap pendedahan kepada udaradan cahaya matahari. Fauna yang kurang tahankepada pendedahan akan memilih zon yangpaling dekat dengan permukaan pantai yangmana jangkamasa pendedahan zon tersebutadalah singkat. Manakala fauna yang tahankepada pendedahan pula akan dapat hidupdalam zon-zon yang jauh lebih tinggi dari per-mukaan pantai yang mana jangkamasa pen-dedahan zon ini pula adalah lebih lama.

Kumpulan fauna yang menunjukkan kadarkemandirian yang tinggi setelah didedah kepadaudara dan cahaya matahari adalah kumpulanfauna yang mempunyai ketahanan kepada ke-keringan yang tinggi (Reseck, 1980). Thoracica,terutamanya teritip, merupakan sejenis faunaintertidaF yang tahan pendedahan kepadaudara dan matahari (Me Connaughey, 1978).Kumpulan fauna yang terdiri dari Thoracica(terutamanya teritip), Pteroconchida (terutama-nya tiram) dan Decapoda (terutamanya ketamangin) merupakan fauna yang dapat hidup padasemua zon di Tanjung Aru. Keadaan ini adalahdisebabkan oleh sifat ketahanan fauna-fauna inikepada kekeringan.

PERTANIKA VOL. 10 NO. 2, 1987 239

Page 8: Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan ... PAPERS/PERT Vol. 10 (2...Pertanika 10(2), 233-241 (1987) Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan Taburannya di Kampung Tanjung

SHABDIN MOHD LONG, ASIAH AHMAD, NORHADI ISMAIL DAN GHAZALLY ISMAIL

Thoracica dan Pteroconchida bergabungmembentuk satu populasi yang padat terutama-nya di zon 3 dan 4 yang berhampiran denganpermukaan pantai. Dari cerapan yang dibuat,didapati pembentukan populasi yang padat iniada hubungannya dengan pengawalan keke-ringan. Di dalam populasi yang padat ini, wujudbilangan-bilangan mikrohabitat yang banyak.Mikrohabitat tersebut terbina dari rekahancelah-celah cengkerang dan juga cengkerangyang kosong. Dengan itu pemerangkapan detri-tus dan pasir-pasir yang terampai di dalam airlaut dapat berlaku dengan baik. Dari cerapanpada zon 3 dan 4 terdapat banyak detritus danpasir yang terperangkap. Dengan wujudnyamikrohabitat ini, maka fauna-fauna sekutu darikumpulan kedua seperti Actinaria, Nematoda,Phyllodocida, Terebellida, Sabellida, Isopodadan Copepoda juga akan tertarik untuk hidupbersama di permukaan kayu tersebut. Di sam-ping itu organisma karnivora seperti Neogas-tropoda, Mesogastropoda dan Amphipoda jugatertarik untuk menempati permukaan kayu tadidisebabkan wujudnya makanan untuk nya.

Sementara kumpulan fauna yang ketigayang hanya dapat hidup pada zon 3 dan 4 yangberhampiran dengan permukaan pantai berke-mungkinan kurang ketahanannya terhadapkekeringan. Fauna-fauna seperti Nemertinea,Orbinida, Oligochaeta, Sipunculida, Ophiu-roida dan Ascidacea memilih zon di kayu yangberhampiran dengan permukaan pantai keranadapat berlindung dari kekeringan melaluimenempat di dalam mikrohabitat yang sentiasalembab.

Kepelbagaian spesis di dalam sesuatukomuniti boleh memberikan gambaran pering-kat kematangan dan kestabilan komuniti ter-sebut. Semakin tinggi nilai kepelbagaian dankekerapan spesies, maka semakin stabil danmatang sesuatu komuniti (Krebs, 1972). Nilaikepelbagaian, kekerapan, kelimpahan danjumlah order fauna pereput adalah semakin ber-tambah dengan bertambah dekatnya sesuatuzon pada kayu dengan permukaan pantai dikedua-dua stesen pensampelan di TanjungAru. Adalah dijangkakan bahawa komunitidalam zon 4 yang hampir dengan permukaanpantai mempunyai komuniti yang lebih stabildari zon-zon yang lain.

Keafinan antara dua komuniti pada zonyang berlainan tetapi berdekatan adalah lebihtinggi jika dibandingkan dengan zon-zon yangberjauhan. Begitu juga dengan zon yang samatetapi berbeza stesen pensampelannya yangmana menunjukkan keafinan yang kukuh.Keadaan ini dipengaruhi oleh kelimpahan dankepelbagaian order pada zon-zon dan stesenpensampelan yang mempunyai ciri-ciri ekologiyang bersamaan antara satu sama lain.

RUJUKAN

ALLEN, F.E. and E.J. FERGUSON WOOD. (1949): Thebiology of fouling in Australia: results of a year'sresearch. Aust.Jour. Mar. Fresh. Res., 1(1): 9 2 -105.

BERRY, A.J. (1966): Marine fouling: Some Malayancases. Malayan Nature Journal 19(5): 286 - 290.

CAMPBELL, A.C. (1980): The seashore and shallowseas of Britain and Europe. Hamlyn PublishingCo. London, N. York.

CHALMER, P.N. (1982): Settlement patterns ofspecies in marine fouling community and somemechanisms of succesion.y. Exp. Mar. Bio. Eco.,58:73-85.

CHEAH, S.H. and T.E. CHUA. (1979): A preliminary

study of tropical fouling organisms on floatingnet-cages. Mai Nat. hum. 33(1): 39 -47 .

EDYVEAN, R.G.S., L.H. TERRY and G.B. PICKEN.(1985): Marine fouling and its effects on offshorestructures in the North Sea. Int. Btodet., 21(4):277-283.

GOSNER, K.L. (1971): Guide to. identification ofmarine and estuarine invertebrates. John Willeyand sons, N. York.

HURLBERT, S.H. (1971): The non concept of speciesdiversity: A critique and alternative parameters.Ecology, 52(4): 577 -586.

JOHNSTON, N.A. (1981): Some aspects of faunal distri-bution in the intertidal meiobenthos. Ph.D.thesis, Faculty of Science, Queen's University ofBelfast (unpublished).

KREBS, C.J. (1972): Ecology — the experimentalanalysis of distribution and abundance. Harper &Row Publishing Co. N. York.

Me CONNAUGHEY, B.H. (1976): Introduction toMarine Biology, 3rd. eds. C.V. Mosby Co.,U.S.A. 273-278.

MENON, N.R., R.J. KATTI and H.P.C. SHELTY(1977): Biology of marine fouling in MangaloreWaters, Mar. Bio., 41(2): 127 - 140.

240 PERTANIKA VOL. 10 NO. 2, 1987

Page 9: Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan ... PAPERS/PERT Vol. 10 (2...Pertanika 10(2), 233-241 (1987) Kajian Awal ke Atas Komuniti Pereputan Kayu dan Taburannya di Kampung Tanjung

KAJIAN AWAL KE ATAS KOMUNITI PEREPUTAN KAYU DAN TABURANNYA DI KG. TANJUNG ARU

NAIR. N.U. (1967): The settlement and growth of Holme & A.D. Me. Intyre (eds), Blackwellmajor fouling organisms in Cochin Harbour, Scientific Publications, 245 - 283.Hydrobiologia, 30: 503-512. SANDERS. H.L. (1960). Benthic studies in Buzzard

RESECK. j . (1980): Marine Biology, revised eds. Bay, HI. The structure of the soft bottom com-Prentice-Hall Co., U.S.A. mumty. Jour. Umnol. Oceano., 5: 138 - 153.

ZATTOLI, R.A. (1978): Introduction to marineROUND, R.E. and M. HICKMAN. (1971): Phytobenthos environment. 2nd. eds. C.V. Mosby Co., U.S.A.'

sampling and Estimation of Primary Production. 55 _ 134In: Methods for study of marine benthos, N.A. (Received 8 December, 1986)

PERTANIKA VOL. 10 NO. 2, 1987 241