kacang

9
BAHAN-BAHANNYA :-) 1 ekor ayam (kurang lebih 1+ kg), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan* 1 camca besar kunyit serbuk* 1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 15 minit) 1 genggam kismis 1/2 cawn susu sejat IDEAL 1 pokok daun ketumbar, kerat kasar 2 camca besar bawang goreng 1 biji tomato belah 6 (kalau kecil guna 2 biji) 5 camca besar sos tomato JALEN 2 camca besar sos cili JALEN 2 camca besar tomato puree 5 camca besar rata rempah briyani (sebarang jenama) Garam secukup rasa Air secukupnya BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-) 1 biji bawang besar 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 1/2 inci halia 5 biji cili hijau CARA MEMBUATNYA :-) 1. Ayam digoreng 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan tomato puree dan masak sekejap. Tambah sos cili, sos tomato dan rempah briyan. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu. 2. Masukkan ayam, daun ketumbar, kismis, bawang goreng dan sedikit air (anggaran 1/4 cawan), kacau dan biar mendidih dengan api perlahan. Tuang susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya. 3. Masak hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna. Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api, hias

Upload: achik-ridzuwan-achik

Post on 11-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kacang

TRANSCRIPT

BAHAN-BAHANNYA :-)1 ekor ayam (kurang lebih 1+ kg), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*1 camca besar kunyit serbuk*1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 15 minit)

1 genggam kismis

1/2 cawn susu sejat IDEAL

1 pokok daun ketumbar, kerat kasar

2 camca besar bawang goreng

1 biji tomato belah 6 (kalau kecil guna 2 biji)

5 camca besar sos tomato JALEN

2 camca besar sos cili JALEN

2 camca besar tomato puree

5 camca besar rata rempah briyani (sebarang jenama)

Garam secukup rasa

Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)1 biji bawang besar

4 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 1/2 inci halia

5 biji cili hijau

CARA MEMBUATNYA :-)1. Ayam digoreng 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan tomato puree dan masak sekejap. Tambah sos cili, sos tomato dan rempah briyan. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.

2. Masukkan ayam, daun ketumbar, kismis, bawang goreng dan sedikit air (anggaran 1/4 cawan), kacau dan biar mendidih dengan api perlahan. Tuang susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya.

3. Masak hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna. Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api, hias dengan hirisan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa..

DAGING BERIANI

BAHAN-BAHANNYA :-)1 kg daging ]4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air1 cawan yogurt3 s/b tomato puree3 biji kentang potong kecil]2 biji tomato buah [belah 4]3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]3 biji cili merah2 biji cili hijau2 labu bawang besar [belah 4]1 pkok daun ketumbar [potong kasar]garam

Bahan tumbuk5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih3 cm halia

Bahan tumis2 cm kulit kayu manis5 kuntum bunga cengkih2 kuntum bunga lawang2 biji buah pelaga1 tangkai daun kariminyak

Cara1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.....Mat hidangkan bersama nasi beringin...

BAHAN-BAHANNYA :-)3 cawan cornflakes

1/2 cawan kepingan badam

1 camca besar bijan

1 genggam ikan bilis jenis kecil, dibersihkan, rendam 10 minit dan toskan

2 senduk nasi penuh cili kisar

4 camca besar gula

2 camca besar cuka makan

3 ulas bawang putih, tumbuk halus

Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)1. Kepingan badam dan bijan disangrai atau goreng tanpa minyak dalam kuali dengan api sederhana hingga wangi dan keemasan. Kacau selalu, angkat dan sejukkan. Ikan bilis ditos dan diperah. Goreng hingga garing, angkat dan toskan

2. Panaskan sedikit mintak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan gula, cuka dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak hingga berbuih dan pekat.

3. Masukkan cornflakes, badam, bijan dan ikan bilis, gaul rata dan masak hingga kering dan cornflakes bersalut dengan cili. Biarkan sejuk dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...

Kacang RangupSumber : Kak nita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2nya

1 kg Kacang Tanah ( kacang tanah ni yg besar ,kalu kat sini RM9/kg)

1 senduk bawang putih ( lebih kurang 3/4 cwn)

1 senduk gula

garam secukup rasa

* senduk yg digunakan utk ceduk kuah tu

Cara2nya

1. Kisarkan bawang putih dan gula sedikit air-sampai halus.

2. Gaulkan bahan kisar dgn kacang dan campurkan sedikit garam.

3. Perapkan selama 1 jam

4. Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana hingga kekuningan.

5. Angkat dan toskan.

6. Sebarkan diatas kertas agar minyak tu turun dan kacang cepat sejuk.(macam gambar 2 tu)

Bahan :1 bungkus besar kulit popia1 biji telur - pukul sikit @ bancuhan tepung gandum pun bolehBahan untuk sambal :4 sudu besar cili kisar1 biji sederhana bawang besar - dikisar1 ulas bawang putih - dikisarsedikit udang kering - tak nak letak pun tak pegaram secukup rasasedikit kiub ikan bilis5 sudu besar gula Bahan sampingan :ikan bilis - basuh, toskan dan goreng garingkacang tanah - goreng tanpa minyakbijan - goreng sikit tanpa minyakCara membuatnya :Ambik sehelai kulit popia dan gulung, kemudian lekatkan dengan telur @ bancuhan tepung gandum.Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan.Angkat dan toskan sebentar. Jangan biarkan terlalu lama diluar. Sesudah habis goreng semua popia terus buat sambal.Tumis semua bahan2 kisar dan masukkan garam secukup rasa dan kiub ikan bilis, kacau, masukkan gula dan kacau lagi, biar hingga pekat dan gula hancur, tutup api dan terus tuang popia yang digoreng tadi, kacau sebati...masukkkan juga ikan bilis, kacang tanah dan tabur bijan jika suka.Biarkan sejuk sebentar dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.1 pack besar popia1/2 cwn horlicks1/2 cwn gula halus - kisar1 cwn nestum - kisar halusLidi satay utk menggulungMinyak utk menggorengTelur sebagai bahan pelekat

[b]Cara:1. Gulung popia gunakan lidi satay2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.3. Buat hingga habis peket popia.4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.6. Goreng dengan api perlahan/kecil.7. Angkat dan toskan minyak.8. Sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.9. Gaul hingga rata.

Tips1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.

2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.

3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap udara. Jika digoreng dengan cili, pastikan cili digoreng sampai benar-benar kering supaya tidak kelihatan basah.

Resipi Popia Pedas

1 bungkus kulit popia 400 gram1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar3 sudu cili kering yang dikisar6 sudu besar gulaGaram secukup rasaSedikit cukaLidi satay utk menggulungMinyak utk menggorengTelur sebagai bahan pelekat

Cara :1. Gulung popia gunakan lidi satay2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.3. Buat hingga habis peket popia.4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.6. Goreng dengan api perlahan/kecil.7. Angkat dan toskan minyak.8. Gorengkan campuran bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat.9. Masukkan garam dan cuka secukup rasa.10. Kemudian masukkan popia yang telah digoreng tadi.11. Tutupkan api dan digaul sehingga rata.

Gambar Popia Mini sumbangan Norhaslinda

Cara Menggulung PopiaGambar Sumbangan: Roziyati Othman

Letak lidi sate dan lipat sikit kulit popia. Tips: Kalau jari masih kaku lagi taruk putih telur kat tepi supaya tak terbukak bila start menggulung.

Kulit popia dah separuh digulung. Tips: jangan ditekan bila menolak kulit tu untuk gulung sebab nanti jadi kayu sebatang. Hasilnya akan keras. Bila tak tekan, gulungan tu akan longgar sikit dan bila dah gunting and goring akan nampak cam kelopak bunga. Tu yg buat ranggup sehingga bunyi krup...krup...

Bila dah sampai hujung, letak putih telur cam lite nak lekatkan dia. Tips: Lekatkan betul2 dan jangan ada yg menyenggeh sebab nie yang menentukan popia tu terbukak atau tak bila di gunting dan goring. And one more thing...jgn lupa keluarkan lidi sate tu....

Kulit yang dah digulung dan dipackkan dalam plastik untuk disimpan. Bila orang order just gunting, goring and sira...

Kulit yang telah di goring dan sira

Tips Goring:Gunakan api yang sederhan bila menggoring. Jangan di kacau bila baru masukkan kulit dalam kuali sebab nanti gulungan dia terbuka. Kulit masih lembut. Apabila kulit mula garing (tapi masih warna putih), baru di kacau supaya sebelah bawah tak warna brown dulu. Nanti warna tak sekata. Bila dah mula brown hendak lah sentaiasa dibalik2kan supaya warna sekata. Baik2 sesiapa yg mengidap sakit kaki, sebab kena berdiri lama.

Tips Sira:Minyak sedikit sahaja (saya cuma ambil 1 sudu shj) dan masukkan lada kisar, gula dan bawang putih. Baru buka api dan kacau supaya tak berkerak kat bawah. Api sederhana supaya lada boleh masak lama sikit. Bila gula mula cair semua akan nampak cair. Kacau hingga mula berbuih2 dan likat. Masukkan cuka, kacau hingga sebati. Tutup api, masukkan popia yg telah digoring sedikit2 dan kacau rata cepat2. Buat hingga habis. Balik2kan popia lama sikit supaya semua sebati. Tapi make sure jgn popia tu hancur. Sejukkan dan ready to eat or jual...

yg nih gambo akak dah buat masa bulan posa last year..buat jual lagi..tapi hanya sira gula halus...sodapppp