justifikasi berlakunya rasuah dalam sukan bola sepak yang melibatkan pengadil

8
Justifikasi 1. Sikap ketamakan Pengadil yang tamak selalunya akan mudah terlibat dengan gejala rasuah ini. Hal ini kerana pengadil tidak dapat menolak syarat atau habuan yang diberikan kepada beliau apabila sikap ketamakan yang tinggi dalam diri pengadil tersebut. 2. Sindiket perjudian “Bookie” merupakan dalang yang mencari kesempatan untuk memberi, menerima, menawar dan menuntut sesuatu terutamanya berdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing dan mereka tidak mengambil kira liga bola sepak itu popular atau tidak, asalkan ada peluang mereka akan meneruskan kegiatan. Mereka akan merasuah pengadil bagi mengawal keputusan perlawanan supaya mereka dapat mengaut keuntungan. 3. Penyalahgunaan kuasa Pengadil boleh menyalah gunakan kuasa pengadil untuk membatalkan atau tidak sahkan jaringan pemain dengan alasan tertentu walaupun bola tersebut apabila pengadil tersebut diarahkan untuk berbuat demikian. Oleh itu, secara tidak langsung pengadil dapat mengatur keputusan perlawanan. 4. Elaun pengadil yang rendah

Upload: mutang20

Post on 01-Oct-2015

54 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

rasuah dalam sukan

TRANSCRIPT

Justifikasi

1. Sikap ketamakan Pengadil yang tamak selalunya akan mudah terlibat dengan gejala rasuah ini. Hal ini kerana pengadil tidak dapat menolak syarat atau habuan yang diberikan kepada beliau apabila sikap ketamakan yang tinggi dalam diri pengadil tersebut.

2. Sindiket perjudian Bookie merupakan dalang yang mencari kesempatan untuk memberi, menerima, menawar dan menuntut sesuatu terutamanya berdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing dan mereka tidak mengambil kira liga bola sepak itu popular atau tidak, asalkan ada peluang mereka akan meneruskan kegiatan. Mereka akan merasuah pengadil bagi mengawal keputusan perlawanan supaya mereka dapat mengaut keuntungan.

3. Penyalahgunaan kuasaPengadil boleh menyalah gunakan kuasa pengadil untuk membatalkan atau tidak sahkan jaringan pemain dengan alasan tertentu walaupun bola tersebut apabila pengadil tersebut diarahkan untuk berbuat demikian. Oleh itu, secara tidak langsung pengadil dapat mengatur keputusan perlawanan.

4. Elaun pengadil yang rendahKemungkinan elaun pengadil yang rendah adalah punca berlakunya rasuah dalam sukan bola sepak. Disebabkan kos hidup yang semakin meningkat tetapi elaun yang masih rendah telah menyebabkan pengadil mencari alternatif lain untuk menambah mata pencarian mereka.

5. Kelemahan undang-undangKelemahan undang-undang juga merupakan punca berlakunya rasuah. Hukuman yang dikenakan kepada penerima dan pemberi rasuah tidak begitu berat. Selain itu, mereka juga dengan senangnya melepaskan diri daripada dakwaan rasuah kerana kelemahan undang-undang. Akhirnya, mereka tidak gentar untuk memberi dan menerima rasuah.

6. Kurang kesedaran moralPengadil yang menerima rasuah kurang kesedaran tentang pentingnya etika sebagai seorang pengadil. Setiap kerjaya mempunyai etika kerja tersendiri. Sebagai seorang pengadil, tugasnya adalah memastikan mengadili setiap perlawanan dengan adil tetapi disebabkan kurang kesedaran moral pengadil tidak memandang berat dengan etika dia sebagai seorang pengadil.

7. Keinginan menang yang tinggiTerdapat sesetengah persatuan atau kelab bola sepak yang ingin mengekalkan kemenangan mereka telah membuat keputusan untuk merasuah pengadil supaya mereka boleh menang. Mereka berbuat demikian supaya pengadil boleh memihak kepada mereka dan mereka boleh mengekalkan kejuaraan mereka.

Cadangan 1. Memperbaiki undang-undang berkaitan rasuahPihak berkuasa harus mengkaji semula undang-undang yang berkaitan dengan rasuah. Contohnya, pihak berkuasa boleh pertimbangkan semula hukuman yang dikenakan kepada penerima dan pemberi rasuah. Selain itu, pihak berkuasa juga boleh mengkaji bagaimana hendak memastikan pemberi dan penerima rasuah akan disabitkan kesalahan rasuah dan bukannya membiarkan mereka terlepas begitu sahaja.

2. Sistem pendidikanPendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam membendung gejala rasuah ini. Melalui pendidikan, generasi muda harus diberi penekanan bahawa kesalahan menerima dan memberi rasuah. Generasi muda harus mempunyai pemikiran bahawa rasuah adalah salah dari segi undang-undang dan juga etika moral. Pendidikan bukan di sekolah sahaja tetapi juga melalui didikan keluarga. Ibu bapa harus menjadi teladan yang baik kepada anak-anak dengan tidak terlibat dalam rasuah walaupun dalam perkara yang remeh-temeh. Didikan agama juga penting kerana seseorang yang mempunyai iman yang kuat akan dapat mengatasi ketamakan dia dan tahu betapa bersalahnya perbuatan rasuah.

3. Meningkatkan elaun pengadilPihak yang berkaitan harus mengkaji semula elaun untuk pengadil supaya para pengadil tidak menggunakan alasan bahawa elaun tidak mencukupi. Dengan ini, dengan peningkatan elaun pengadil barulah seimbang dengan peningkatan kos hidup yang semakin tinggi.

4. Membanteras sindiket perjudianPihak berkuasa harus mewujudkan jawatankuasa khas untuk membanteras sindiket perjudian kerana bookie merupakan punca utama rasuah dalam sukan bola sepak. Hal ini kerana bookie akan memberi habuan yang tinggi kepada pengadil jikalau pengadil mengatur keputusan perlawanan seperti yang dikehendaki. Oleh itu, jawatankuasa khas hanya akan menyiasat sindiket perjudian yang aktif dan mencari bukti untuk menangkap mereka yang terlibat. Apabila sindiket judi telah dibanteras, rasuah dalam sukan bola sepak akan berkurang.

5. Melaporkan harta pengadilSetiap pengadil diwajibkan untuk mengisi borang tentang harta yang dimiliki oleh mereka. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa harta yang dimiliki oleh mereka adalah setimpal dengan pendapatan mereka. Jikalau terdapat perbezaan antara harta dengan pendapatan mereka maka penyiasatan terhadap pengadil tersebut akan dijalankan. Melalui penyiasatan yang dijalankan maka akan mengetahui adakah pengadil tersebut terlibat dalam rasuah. Dengan itu, pengadil tidak mempunyai keberanian untuk menerima rasuah keran mereka tahu jikalau harta mereka tidak setimpal dengan pendapatan mereka, mereka akan disiasat dengan mereka akan didakwa atas kesalahan rasuah.

6. Peranan jawatankuasa penganjurPeranan jawatankuasa penganjur juga boleh mengurangkan gejala rasuah dalam sukan bola sepak. Antara peranannya ialah tidak mengumumkan nama pengadil yang akan mengadili perlawanan. Hal ini adalah untuk mengelakkan persatuan atau kelab merasuah pengadil untuk kemenangan persatuan atau kelab mereka. Selain itu, jawatankuasa penganjur harus memastikan bahawa pengadil tersebut adalah mematuhi etika pengadil untuk mengelakkan berlakunya rasuah dalam perlawanan tersebut.

7. Peranan pemimpin persatuan atau kelab bola sepakPemimpin persatuan harus mempunyai fahaman bahawa setiap perlawanan terdapat pihak yang kalah dan yang menang. Pemimpin juga harus menerima hakikat bahawa adalah mustahil pemain-pemain dapat mengekalkan kemenangan untuk setiap perlawanan. Oleh itu, pemimpin tidak seharusnya merasuah pengadil supaya pasukan beliau dapat memenangi setiap perlawanan.

Kesan

1. Mutu sukan merosotHal ini kerana setiap keputusan perlawanan telah diatur. Oleh itu, pemain-pemain tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang dan pengadil pula tidak mengadili perlawanan dengan adil kerana telah menerima rasuah tertentu. Akhirnya, mutu sukan bola sepak semakin merosot.

2. Kepercayaan peminat sukan terjejasKeadaan permainan yang terlibat dengan gejala rasuah akan mengundang kemarahan peminat sukan yang jujur dan prihatin kepada sukan bola sepak. Hal ini kerana setiap perlawanan telah diatur dan mereka rasa tertipu dan tidak menghormati sukan tersebut. Akhirnya, mereka hilang kepercayaan terhadap sukan.

3. Semangat kesukanan semakin pudarPara peminat hilang kepercayaan terhadap sukan bola sepak dan mereka tidak lagi menyokong bola sepak. Selain itu, lama-kelamaan pemain juga tidak bermain dengan bersungguh-sungguh dan beranggapan bahawa usaha mereka hanya sia-sia kerana setiap perlawanan telah diatur .

4. Mencemarkan imej sukan negaraRasuah dalam sukan bola sepak akan menjejaskan imej negara. Hal ini keran sukan bola sepak adalah sukan yang paling popular di seluruh dunia. Oleh itu, jikalau terdapat rasuah dalam sukan ini akan mendapat liputan yang meluas dan akhirnya nama negara akan terjejas.