jurnal reflektif suku kaum bajau
TRANSCRIPT
JURNAL REFLEKTIF
Apa yang saya dapati semasa saya menjalankan tugasa ini ialah saya dapat mengetahui
serba sedikit tentang suku kaum bajau terutama sekali suku kaum bajau di daerah Kota Belud,
Sabah.
Kaum Bajau adalah kaum pribumi Sabah yang kedua terbesar selepas kaum
Kadazan/Dusun. Umumnya, kaum ini tinggal di kawasan pantai dan bekerja sebagai nelayan di
pantai, sungai malah di kawasan pulau-pulau yang berdekatan dengan penempatan mereka.
Selain itu, ada juga segelintir daripada mereka yang mendapatkan rezeki dengan bekerja sebagai
petani tepi laut atau tasik dan pengumpul hasil-hasil laut.
Dari segi perkahwinan,kelahiran,dan,kematian masyarakat Bajau mempunyai adat
mereka yang tersendiri.Bagi adat perkahwinan,majlis dibuat sebelum hari prkahwinan.Keluarga
yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya,tiga hari bagi keluarga sederhana dan
sehari bagi keluarga miskin.Sepanjang hari tersebut pada sebelah malamnya majlis titik diadakan
iaitu memainkan alat muzik di tempat kediaman kedua- dua belah pihak.Majlis ini mungkin
berlangsung hingga larut malam,kemudian diikuti dengan tarian tradisional.Sehari sebelum
perkahwinan,bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak
andam.
Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap akan diusung dengan tandu atau
menunggang kuda ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan.Beberapa das tembakan
akan dilepaskan sebagai tanda hormat akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman
rumah pengantin perempuan.Setelah tiba waktunya,pengantin lelaki mengambil wuduk dan
majlis akad nikah dilangsungkan.Selepas itu,pengantin lelaki akan dibawa masuk ke bilik
pengantin perempuan bagi upacara pembatalan air sembahyang.Setelah pengantin lelaki
membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya,kedua dua mempelai itu
disandingkan.
Masyarakat Bajau juga terdapat kebudayaan mereka yang tersendiri,seperti makanan
tradisional,tarian dan sebagainya.Dari segi makanan,terdapat pelbagai jenis makanan.Antaranya
ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang
laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu
bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan
tradisi Orang Bajau.Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-
kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera
seseorang.Ia juga boleh di makan bersama sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah
makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara
stim.Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi
kayu yang diparut dan telah diperah airnya.Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam
kuali,sehingga warna kekuning-kuningan.
Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai
dan Runsai.Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum bajau Kota Belud.Tarian
Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak kerumah
pengantin perempuan.Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai,perarakan dihentikan buat
sementara.,lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin.Ia merupakan upacara khas
sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan ijab dan
kabul.Tarian Limbai diiringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam
orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan,dua orang
pemukul gendang,dua orang pemaian gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi
anggota-anggota rombongan lelaki naik ke rumah.Penari-penari melambai-lambaikan selendang
mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Dalam melakukan majlis perkahwinan, masyarakat Bajau berpegang kepada pantang
larang kaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan Ahad.
Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika ada yang
melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik.
Pada kebiasaannya mereka akan memilih hari yang ke-14 atau 15 mengikut kalendar Islam,
kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin baru itu akan menjadi
murah.
Bagi kaum Bajau mereka lebih mempercayai perkahwinan yang bersifat monogami
daripada poligami. Dalam adat istiadat perkahwinan kaum Bajau, kebanyakan perkahwinan
berlaku antara kaum kerabat (saudara-mara) mereka sendiri. Hal ini kerana mereka amat percaya
bahawa perkahwinan sesama kaum kerabat sendiri lebih menjamin perkembangan zuriat mereka.
Perkahwinan Bajau tidak pernah melarang perkahwinan dengan orang luar dari kerabat
mereka, namun mereka lebih cenderung untuk berkahwin dengan kaum kerabat (yang jauh)
sendiri. Pun begitu, mereka tidak boleh mengahwini mereka yang mempunyai ikatan akrab atau
muhrim. Jika perkahwinan berlaku dengan muhrim sendiri, maka perkahwinan itu dianggap
sumbang dan anas serta akan mendatangkan sial.
Pada hari pertama, majlis disambut meriah pada waktu petang dan malam. Sambutan ini
disambut secara maglami-lami (beramai-ramai). Dalam majlis ini, kaum kerabat dan tetamu akan
berkumpul untuk menjamu selera (bagi memperingati nenek moyang mereka yang telah
meninggal dunia) dan menyaksikan beberapa jenis hiburan yang disediakan oleh pihak pengantin
perempuan. Dalam jamuan memperingati nenek moyang, mereka akan berzikir bersama tetamu
yang lain dan biasanya nasi kunyit bersama lauknya dan kuih panyam disediakan.
Pada hari kedua pula, upacara dimulakan dengan pukulan titik diallau, iaitu pukulan
tagungguk khas. Biasanya pukulan itu dibuat pada pukul lima pagi (sebelum subuh), bagi
mengingatkan penduduk setempat, akan majlis perkahwinan mereka. Setelah bersarapan lebih
kurang pada pukul lapan pagi, kedua-dua pengantin akan dimandikan oleh ahli-ahli agama di
rumah masing-masing diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci sebagai doa selamat bagi mereka.
Setelah dimandikan pengantin lelaki akan diarak dengan menaiki kuda ke rumah pengantin
perempuan atau ke masjid untuk majlis akad nikah. Setelah itu pengantin lelaki akan didukung
oleh dua orang lelaki masuk ke dalam rumah pengantin perempuan atau masjid, di mana akan
berlangsungnya majlis akad nikah. Proses akad nikah yang dilakukan oleh kaum Bajau adalah
sama seperti adat perkahwinan Melayu, iaitu sebelum dinikahkan imam akan membacakan
khutbah nikah.
Setelah selesai upacara pernikahan, pengantin lelaki akan diberikan sehelai kain
selendang dan dipimpin oleh pengapitnya ke pelamin. Dalam tempoh itu, pengantin lelaki
diiringi oleh pukulan tagungguk dan nyanyian jam-jam. Apabila rombongan pihak lelaki
semakin hampir, pihak perempuan akan menurunkan tirai di hadapan pelamin untuk melindungi
pengantin perempuan daripada penglihatan pengantin lelaki.