jurnal reflektif minggu 3&4

Upload: anu

Post on 06-Jan-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 3SUKAR UNTUK MENYEBABKAN SOALAN KEPADA MURID-MURID

MASALAHPada minggu ini, telah masuk minggu yang ketiga saya berada dan menjalani praktikum di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Nibong Tebal. Saya menghadapi sedikit masalah semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) selepas berada tiga minggu di sini. Masalah yang saya hadapi ialah kesukaran bagi diri saya untuk mengingat nama-nama murid. Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada diri saya dan menyebebkan saya sukar untuk menyebarkan soalan kepada murid-murid dalam usaha untuk melibatkan penglibatan secara aktif murid-murid di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.ANALISIS MASALAH Saya berpandangan dan merasakan bahawa masalah ini timbul disebabkan oleh: Saya tidak mempunyai ingatan yang kuat mengingati nama murid dalam masa yang singkat. Saya masih belum dapat membiasakan diri saya dengan keadaan dan suasana kelas dan juga murid-murid di dalam kelas yang saya ajar. Saya juga hanya mampu mengingati nama beberapa nama orang murid sahaja berdasarkan tempat duduk mereka seperti nama ketua kelas.Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, besar kemungkinan saya sukar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan keadaan yang lebih teratur dan sistematik dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.CADANGANSaya akan berusaha untuk menghafal dan mengingati nama murid-murid dengan cara kaedah penulisan. Saya akan menyalin nama murid-murid di dalam buku rekod persediaan mengajar pada bahagian belakang dalam usaha untuk mengingati nama-nama murid.Saya akan cuba membiasakan diri dengan keadaan dan suasana kelas serta sikap murid-murid dalam usaha untuk mengingati nama murid-murid. Saya akan menrangka pelan kedudukan murid di dalam kelas dengan dilabelkan nama murid-murid berdasarkan kedudukan mereka. Saya akan menampal pelan kedudukan mereka. Saya akan menampal pelan kedudukan murid di dalam buku rekod persediaan mengajar pada bahagian belakang.

TEMPOH PENYELESAIAN1 mingguTINDAKAN SUSULANSekiranya tempoh masa selama seminggu yang telah diambil masih tidak mampu untuk saya mengatasi masalah mengingati nama murid-murid, maka saya akan berusaha dan mencuba untuk mencari suatu masa yang berkualiti untuk menghafal nama murid-murid berserta gambaran kedudukan dan wajah mereka. Saya berharap, saya mampu untuk melakukan yang terbaik bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak dalam keadaan yang menarik iaitu pihak guru dan juga pihak pelajar.

Tandatangan Guru Pelajar

(V.THANOOJAH A/P VENGITESON

Tandatangan Guru Pembimbing

(PN. VATSALA A/P JAYARAMAN)Tandatangan Pensyarah Penyeliaan

(EN. RAVI SUPRAMONEY)

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 4MASALAH BUDAYA MEMBERI SALAM DAN UCAPAN TERIMA KASIH

MASALAHSepanjang pemerhatian saya setelah beberapa minggu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Nibong Tebal, saya melihat budaya memberi salam dan ucapan terima kasih agak kurang diamalkan dalam kalangan murid-murid. Seperti kita sedia maklum bahawa, budaya ini merupakan satu amalan yang murni yang harus dipupuk dalam kalangan murid-murid agar mereka lebih mempunyai budi peketi yang mulia untuk menjadi insan yang cemerlang ia bukan sahaja hanya berfokus terhadap bidang akademik sahaja bahkan mencakupi semua aspek termasuk sahsiah diri individu itu sendiri. ANALISIS MASALAHAntara punca kurangnya amalan murni ini adalah: Kurangnya tumpuan keluarga dalam memberikan perhatian terhadap amalan murni ini dalam kalangan anak mereka. Kurangnya pernekanan terhadap penerapan nilai-nilai murni di sekolah dan juga bilik darjah. Wujudnya perasaan malu dalam kalangan murid untuk mengucapkan salam dan terimah kasih. Kurangnya teguran sama ada di rumah ataupun di sekolah.

CADANGAN Memberi nasihat dan teguran kepada murid-muridtentang kepentingan amalan memberi salam dan ucapan terima kasih semasa perhimpunan mingguan ataupun harian. Saling ingat mengingati dan menegur rakan sebaya sekiranya tidak memberi salam atau mengucap terima kasih. Setiap kali masuk ke kelas, saya akan memberi peringatan dan nasihat kepada murid-murid iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran Mempraktikkan budaya sebelum masuk ke kelas memberi salam dan meminta izin untuk masuk ke kelas dan mengucapkan terima kasih. Memberi ucapan salam dengan wajah yang ceria dan manis. Sentiasa memberi pujian dan galakkan kepada murid yang memberi salam. Mewujudkan satu hari dalam seminggu adalah Hari Budaya Murni. Menggalakkan pelajar melukis poster untuk budaya memberi salam dan ucapan terima kasih.TEMPOH MASA DITETAPKAN UNTUK MENYELESAIKAN ISUSaya akan cuba mengatasinya secepat mungkin. Kelompok sasaran utama saya ialah bagi murid-murid yang diajarkan.PELAKSANAAN LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKKANSaya akan meminta kerjasama daripada guru yang bertugas agar sentiasa memberi nasihat dan mengingatkan pelaksanaan amalan murni ini dalam usaha membentuk peribadi yang mulia. saya juga meminta kerjasama pengawas sekolah agar memberi contoh teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain.TINDAKAN SUSULANSentiasa memperingati murid dengan kebaikan memberi salam dan ganjaran yang Tuhan akan berikan kepada setiap salam yang diberikan. Sentiasa mengingatkan murid tentang orang yang mempunyai budi peketi yang mulia senang mendapat ramai kawan dan disukai oleh ramai orang. Sentiasa mengingatkan murid-murid untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, guru dan orang lain dalm usaha melahirkan insan yang beraklak mulia dan mempunyai budi pekerti yang tinggi. KESIMPULAN Secara kesimpulanya, isu berkaitan dengan budaya memberi salam dan ucapan terima kasih amat penting sebagai amalan nilai murni para murid. Oleh yang demikian, semua pihak sekolah berserta dengan guru-guru perlulah berganding bahu untuk menerapkan budaya ini dalam jiwa murid-murid untuk melahirkan insan yang berbudi pekerti.

Tandatangan Guru Pelajar

(V.THANOOJAH A/P VENGITESON

Tandatangan Guru Pembimbing

(PN. VATSALA A/P JAYARAMAN)Tandatangan Pensyarah Penyeliaan

(EN. RAVI SUPRAMONEY)