jurnal permainan tradosional
TRANSCRIPT
PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU
CONGKAK
Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama
pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak
dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda
percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic
menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini
Jordan.
Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang
sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah
getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan
congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak.
Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak
lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari
kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-
dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada
tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu
jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu
mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga
buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil
buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan
pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga
pihak lawan mengaku kalah.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:48 AM 0 pendapat
PERMAINAN TRADISIONAL CINA
MAHJONG
Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: 麻將, Cina Ringkas: 麻将,
pinyin: Májiàng; Kantonis: Màhjeung; merupakan permainan untuk
empat orang yang berasal dari China. Juga dikenali sebagai bahasa
Cina: 麻雀; pinyin: Máquè; Kantonis: Màhjeuk; Jepun:
Mājan.Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi
yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian
juga sebagai permainan komputer.Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari
samaada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan
melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.
Salah satu mitos asal-usul mahjong menyatakan bahawa Confucius, ahli falsafah China teragung telah membangunkan
permainan ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang diragui kebenarannya. Menurut mitos ini, kemunculan
permainan tersebut dalam pelbagai negeri Cina berseseuaian dengan pengembaraan Confucius pada saat beliau sedang
mengajar doktrin-doktrin baru beliau. Tiga biji buah naga (Cardinal) juga menyamai dengan tiga nilai Cardinal yang
diturunkan oleh Confucius. Zhōng ( 中 , harfiah tengah) Merah, Fā ( 發 , harfiah kemakmuran) Hijau, Bái ( 白 , harfiah putih)
Putih masing-masing mewakili Kemurahan hati, Kejujuran, dan Ketaatan terhadap ibubapa, sekali lagi berdasarkan mitos ini.
Hakikatnya, "tengah" mungkin adalah rujukan kepada 中国 (zhōngguó) — nama negara China bahasa Cina.mitos ini juga
mendakwa bahawa Confucius menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama "Mahjong" (麻雀, yang bermaksud
burung pipit). Bagaimana pun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan
Confucius sebagai pencipta yang mungkin.Teori lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan
permainan domino Cina sekitar tahun 1850. Ramai sejarawan percaya bahawa ia berasaskan satu permainan kad Cina yang
disebut sebagai Mádiào (馬吊) (juga dikenali sebagai Ma Tiae, secara harfiah bererti Kuda Tergantung; atau Yèzí (葉子), secara
harfiah bererti Daun) di zaman awal Dinasti Ming. Permainan ini dimainkan dengan 40 keping kad yang penampilannya serupa
dengan kad-kad yang digunakan dalam permainan Ya Pei. 40 keping kad ini, dinomborkan dari 1 hingga 9 dalam empat buah
sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan, adalah benar-benar serupa dengan penomboran buah-buah
mahjong masa kini. Masih wujud lagi perdebatan sihat mengenai siapa yang mencipta permainan tersebut. Satu teori
menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan
tersebut untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah
mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di
bandar Níngpō, dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Mádiào.Permainan tradisional Cina ini
diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru Komunis melarang
sebarang aktiviti perjudian, yang dianggap sebagai simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan,
permainan tersebut dihidupkan kembali, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang Cina.
Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, terutamanya di kalangan penutur
Kantonis.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:28 AM 0 pendapat
PERMAINAN TRADISIONAL INDIA
KABADI
Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional
India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan
meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa
Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan
Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga
kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British. Dalam satu
permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan
adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi
pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit
setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada
pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak
lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan
meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan
tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan
meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya
sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan
meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah
di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar,
pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala
semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi
akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri
daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:12 AM 6 pendapat
PERBEZAAN PERMAINAN DAHULU DAN SEKARANG
Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat
keseronokan, mengisi masa lapang
ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara
berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu
diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang
kalah, ataupun seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga
kini tetapi terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan permainan
sekarang akan dibincangkan selepas ini.
Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang
melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara berkumpulan
dimana mereka mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat, dan masa semata-mata untuk
memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi permainan sekarang, biasanya adalah permainan komputer
yang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu dilakukan oleh sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan
hubungan antara manusia seperti permainan dahulu. Selain itu, permainan komputer akan menyebabkan ketagihan di kalangan
pemain. Pemain yang terlalu ketagih kepada permainan tersebut tidak akan mempedulikan kesihatan mereka, tidak makan atau
tidur semata-mata untuk bermain permainan tersebut.
Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan sekarang yang berunsur ganas
seperti permainan-permainan komputer seperti counter strike yang bersifat ganas yang mendapat
sambutan hangat daripada golongan remaja lelaki. Ini dengan secara tidak langsung akan mencemarkan
minda golongan orang muda zaman ini.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:59 AM 0 pendapat
KESIMPULAN
Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang
sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi
semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran
zaman. Yang sedihnya ada dikalangan anak muda sekarang tidak
mengenali permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak,
layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh
diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan
silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara
warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan tersebut
sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan
menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut mereka
hanya inginkan keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga
juga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi
memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang…
PENGENALAN
NUR FADHILAH AHMAD KHAIRI CA 08059
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:46 AM 1 pendapat
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
NAJIHAH YAAKOB CA 08116
Sepak Raga Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa
sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:22 AM 0 pendapat
Batu Seremban
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:16 AM 1 pendapat
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA
NASIHA AMIRA ZAINAL ABIDIN CA 08046
Mahjong Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:54 AM 1 pendapat
Go
Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:35 AM 0 pendapat
Xiang Qi
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:31 AM 0 pendapat
Yo-yo Cina
Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya
mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:16 AM 0 pendapat
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA
SITI NASUHA AZMAN CA08064
Kho-kho 'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana
seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.
Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah
menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 6:49 AM 0 pendapat
Chaturanga
Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.
Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.
Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.
Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk
1 malaysia idqak menghapuskan identiti kaum
SEBAGAI sebuah negara berbilang kaum dan agama, kerajaan berusaha memantapkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Pelbagai kegiatan berkaitan dengan pembentukan bangsa atau negara dilaksanakan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Para pemimpin pelbagai kaum dan agama berganding bahu membentuk satu negara berwawasan dan aman. Hasil persefahaman, gabungan idea dan aktiviti, akhirnya gagasan 1Malaysia menjadi slogan perjuangan kerajaan.
Gagasan 1Malaysia berdasarkan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama. Ia bukan satu perancangan untuk menghapuskan identiti kaum dan agama. Rakyat Malaysia sepatutnya memahami usaha kerajaan membentuk satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warga negara yang menganut pelbagai budaya dan agama, bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama.
Kerajaan ingin memperkukuhkan polisi dan dasar di mana setiap keperluan asas dan infrastruktur untuk masyarakat dapat dinikmati oleh keseluruhan masyarakat bandar atau luar bandar. Pelbagai kementerian ditubuhkan oleh kerajaan untuk memastikan setiap perancangan dan program dapat dilaksanakan secara progresif dan proaktif.
Kerajaan Malaysia lebih menumpukan perhatian kepada pembentukan bangsa bercirikan identiti budaya dan agama yang pelbagai. Ini merupakan salah satu ciri tamadun yang dibina oleh umat Islam ketika berada dalam era tamadun yang gemilang. Dalam sebuah empayar Islam, masyarakat Islam yang mempunyai pelbagai budaya dan tradisi hidup dengan aman bersama masyarakat bukan Islam yang amat berbeza agama dan budaya.
Kerajaan Malaysia tidak berhasrat untuk mengintegrasikan budaya dan agama setiap kaum dalam negara ini menjadi satu agama atau budaya warga negara Malaysia. Tindakan begini bertentangan dengan fitrah ajaran Islam dan ciri tamadun dalam Islam. Urusan berkaitan dengan rumah ibadah dan hal-hal keagamaan adalah urusan peribadi setiap kaum. Kerajaan hanya menumpukan perhatian kepada perpaduan kaum.
Setiap kementerian yang ditubuhkan mempunyai peranan dan fungsi tertentu. Oleh itu, setiap individu yang diberi kuasa untuk mengeluarkan peruntukan dan merancang aktiviti bagi kepentingan masyarakat perlu memahami bidang kuasa masing-masing supaya sikap dan tindak tanduk mereka tidak bertentangan dengan dasar dan objektif kementerian.
Setiap individu yang memegang teraju kepimpinan negara sepatutnya memahami gagasan 1Malaysia secara menyeluruh supaya kegiatan dan tindakan mereka tidak menjejaskan prinsip dan definasi konsep tersebut. Mereka merupakan orang yang mencerminkan dasar dan polisi negara. Kejahilan dalam memahami konsep 1Malaysia menjadi faktor utama menyebabkan individu tertentu sering bertindak bertentangan dengan pengertian konsep tersebut. Perkara ini berlaku akibat terlalu ghairah untuk mendapat sokongan masyarakat tertentu dan pujian daripada pucuk pimpinan negara sehingga terlupa asas dan hukum-hakam Islam berhubung dengan akidah Islam.
Gagasan 1Malaysia yang dilaungkan oleh pucuk pimpinan negara mempunyai batas dan kriteria tertentu yang mana ia tidak akan menjejaskan akidah dan keyakinan umat Islam terhadap kesucian agama Islam. Perkara ini sepatutnya difahami para pemimpin supaya tindak tanduk mereka tidak menghakis keyakinan rakyat dan umat Islam bahawa gagasan 1Malaysia hanya menumpukan perhatian kepada aspek pembentukan negara.
Perkara berkaitan dengan keadilan dan kesaksamaan dalam menikmati kekayaan negara dan pembinaan tamadun yang unik dan pelbagai merupakan ciri tamadun Islam yang dikenali sebagai unity in diversity.
Jika gagasan 1Malaysia dianggap sebagai satu usaha untuk mengintegrasikan kaum dan agama dalam perspektif yang liberal, maka usaha tersebut tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana setiap agama mempunyai batas dan aspek toleransi tertentu. Agama Islam amat prihatin dalam aspek keteguhan akidah Tauhid dan toleransi terhadap agama lain.
Hak-hak yang diperuntukkan kepada umat Islam oleh kerajaan perlu disalurkan kepada umat Islam untuk menyemarakkan agama Islam, bukan menggunakan peruntukan tersebut bagi kepentingan politik individu tertentu sehingga terkeluar daripada batas akidah Islam. Bidang kuasa yang diberikan oleh kerajaan kepada institusi yang menerajui hal ehwal umat Islam sepatutnya tidak disalahgunakan bagi kepentingan politik kerana ia merupakan satu amanah yang berat bagi menyemarakkan syiar Islam.
Malaysia merupakan negara Islam yang menuju ke arah tamadun Islam di rantau Asia. Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan peruntukan bagi menaikkan syiar dan dakwah Islam tanpa mengenepikan kebebasan beragama kepada masyarakat bukan Islam. Kekuatan dan keteguhan agama Islam bergantung kepada usaha dan kegigihan institusi agama Islam dan masyarakat Islam.
Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai peruntukan dan kemudahan kepada institusi agama Islam dan umat Islam. Justeru berusaha dan proaktif menyemarakkan agama Islam bukan hanya menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan politik sehingga tidak menghiraukan batas akidah dan syariah Islam.
KAUM-KAUM DI MALAYSIA
Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama
di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga
merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya
termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.
Orang Melayu
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu
Orang Cina
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..
Orang India
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam
Baba dan Nyonya
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini
sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.
Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan
berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan
mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri
mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina,
mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam,
iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama
mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".
Terdapat banyk suku di Malaysia. Antaranya:-
Suku Bajau
Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan
Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau
adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara. Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir
pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Kini
masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.
Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan
kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat
Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan
di Malaysia.
Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan
menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum
Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan
kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga
didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa
Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.
Suku Momogun Rungus
Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah
pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau
sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.
Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk
asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun,
Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek
moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang
telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau.
Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas
hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu,
Pitas, Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.
Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 20% adalah
penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira-kira 1% Momogun Rungus
yang beragama Islam hasil perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat nenek
moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.
Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah kata
terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk kata
"momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun
Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu
"AGAMA" dan "LABUS".
AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk kepada
"boleh". Manakala "gama" bermakna "lakukan", "buat" atau "amalkan".
LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas "Labus" yang
bermakna "keluar".
Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan
moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari
hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus".
Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang
lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam
serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan,
Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai
Dayak Laut atau Dayak Dusun.
Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari rumpun Dayak
Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa mereka juga mempunyai kesamaan dengan
bahasa Momogun.
Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di
dunia.
Suku Brunei
Salah satu bangsa Melayu
Suku Tidong
Suku kaum ini banyak terdapat di sabah, terutamanya di tawau.
Suku Tombonuo
Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.
Suku Iban
Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada
jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya
menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-
temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.
Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan
kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran
dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.