jurnal pendidikan sejarah dalam memupuk perpaduan kaum di malaysia

18
JURNAL PENDIDIKAN SEJARAH DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA ABSTRAK Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Kemajmukan kaum ini menyebabkan perpaduan merupakan asas yang amat penting dalam mewujudkan keharmonian dan keamanan dalam kalangan rakyat. Oleh itu kertas kerja ini akan membincangkan peranan pendidikan Sejarah untuk meningkatkan kefahaman perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kertas kerja ini turut mengupas isu-isu perpaduan kaum, matlamat dan kepentingan pendidikan Sejarah. Malah ia turut memberi beberapa cadangan dan langkah agar pendidikan Sejarah mampu menerapkan nilai-nilai yang berkaitan dengan hubungan kaum dari aspek kandungan,penerapan nilai serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kata Kunci: Perpaduan, Integrasi, Pendidikan Sejarah PENGENALAN Pendudukan Inggeris selama 171 tahun (1786-1957) ke atas Tanah Melayu telah mengubah landskap komposisi penduduk Negara ini. Dasar Inggeris membawa masuk tenaga kerja dari India dan China untuk membantu mereka memeras kekayaan bumi Tanah Melayu, terutama dalam sektor perladangan dan perlombongan, telah menjadikan Negara ini sebuah Negara yang berbilang bangsa (Chamil Wariya 2007).

Upload: chong-chin-wit

Post on 18-Feb-2015

2.332 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

hohohohohohohohohohohohoho

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

JURNAL

PENDIDIKAN SEJARAH DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

ABSTRAK

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. 

Kemajmukan kaum ini menyebabkan perpaduan merupakan asas yang amat penting

dalam mewujudkan keharmonian dan keamanan dalam kalangan rakyat.  Oleh itu

kertas kerja ini akan membincangkan peranan pendidikan Sejarah untuk meningkatkan

kefahaman perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kertas kerja ini turut

mengupas isu-isu perpaduan kaum, matlamat dan kepentingan pendidikan Sejarah.

Malah ia turut memberi beberapa cadangan dan langkah agar pendidikan Sejarah 

mampu  menerapkan nilai-nilai  yang berkaitan dengan hubungan kaum dari aspek

kandungan,penerapan nilai serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  

Kata Kunci: Perpaduan, Integrasi, Pendidikan Sejarah

PENGENALAN

Pendudukan Inggeris selama 171 tahun (1786-1957) ke atas Tanah Melayu telah

mengubah landskap komposisi penduduk Negara ini.  Dasar Inggeris membawa masuk

tenaga kerja dari India dan China untuk membantu mereka memeras kekayaan bumi

Tanah Melayu, terutama dalam sektor perladangan dan perlombongan, telah

menjadikan Negara ini sebuah Negara yang berbilang bangsa (Chamil Wariya  2007).

            Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-

negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan

polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga  diamalkan oleh pihak British ke atas

datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian

menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan

dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they

mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak

bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan

bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara.Selain daripada membentuk dasar

Page 2: Jurnal Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

pecah dan perintah dari segi petempatan dan ekonomi, British juga telah meninggalkan

sistem pelajaran yang jelas menggalakkan pemisahan antara kaum.

Peristiwa pergaduhan kaum 13 Mei 1969 merupakan satu pengajaran besar kepada

kita bahawa pentingnya semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk seperti di

Malaysia.  A.Aziz Deraman (2000) menjelas peristiwa ini banyak memberi pengajaran

kepada kita.  Kita selama ini rupa-rupanya gagal menyatupadukan rakyat.  Perpaduan

mungkin berada di kulit yang nipis secara luaran dalam lingkungan politik, tetapi tidak

berakar umbi.  Peristiwa ini mengajak kerajaan berfikir semula dan mengatur langkah

baru untuk mengukuhkan perpaduan.

Perisiwa tersebut memberi pengajaran kepada kerajaan untuk mengatasi masalah-

masalah yang menyebabkan pertembungan antara etnik.  Kerajaan memperkenalkan

dua perkara asas penting mulai tahun 1970 iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi

Baru untuk mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan rakyat.  Bidang

pendidikan dikekalkan sebagai teras penting untuk menjayakan hasrat Rukun Negara

dan Dasar Ekonomi Baru.  Dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975),

pembangunan dalam bidang pendidikan ditumpukan kepada usaha memperkukuhkan

system pendidikan bagi menggalakkan inegrasi nasional (Mohamad Rodzi  2009).

           Justeru itu persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas

Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia

yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman,

kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta

mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

ISU-ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Sistem persekolahan yang pelbagai aliran di Malaysia seperti sekolah kebangsaan,

sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil merupakan isu

yang sering diperdebatkan dan akhirnya tiada jalan penyelesaian.  Isu-isu sistem

persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia berbilang bangsa,

kerana bukan suatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarakat

yang mempunyai pandangan dan kepentingan berbeza. Sistem persekolahan Malaysia

Page 3: Jurnal Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum. Kewujudan sekolah pelbagai aliran

ini telah menghalang pelajar-pelajar untuk membina hubungan baik seperti beramah

mesra, bergaul, bersukan , makan bersama, saling kenal-mengenal , dan merapatkan

hubungan silaturahim (Mior Khairul Azrin b.Mior Jamaluddin, 2011).

Ridhuan Tee (2010) juga turut bersetuju bahawa kewujudan sistem persekolahan

berasaskan kaum seperti SJKC memberi pengaruh kepada masalah perkauman di

Malaysia.  Kebanyakan orang Cina memilih sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC)

untuk anak-anak mereka mendapat pendidikan.  Masyarakat Cina amat mementingkan

pendidikan kerana melalui pendidikan mereka dapat mengekalkan warisan budaya dan

bahasa mereka. Hal ini turut diakui oleh Lee Yoke Fee (2004) yang berpendapat orang

Cina tertama yang terdidik di sekolah Cina melihat perjuangan mereka untuk

mengekalkan Mandarin sebagai bahasa ibunda. Hal ini berlaku kerana mereka ingin

mengekalkan identiti dan kebudayaan Cina.  Oleh yang demikian  integrasi nasional

atau perpaduan kaum sukar dicapai kerana perbezaan-perbezaan yang wujud ini.

Selain daripada masalah kewujudan sekolah pelbagai aliran Ridhuan Tee Abdullah

(2010) dan Lee Yoke Fee (2004)  turut mengemukakan beberapa isu perpaduan yang

lain antaranya ialah,  tidak wujud kesatuan budaya kerana setiap bangsa mempunyai

bahasa, tradisi, agama dan budaya hidup.  Malah kesatuan wilayah juga berbeza

apabila orang Melayu tertumpu di kawasan pantai timur dan utara yang kurang maju.

Sedangkan orang Cina hidup di kawasan pantai barat yang lebih maju.  Seterusnya

menurut Ridhuan lagi tiada keserataan dalam pemusatan kekuatan ekonomi dan

politik.  Kuasa poitik berada di tangan orang Melayu, sementara ekonomi didominasi

oleh orang Cina.

Ishak Saat (2010) pula menyatakan aspek politik yang menyumbang kepada masalah

perpaduan kaum.  Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepelbagai

latarbelakang cenderung mengamalkan fahaman politik berasaskan kaum masing-

masing .  Malah  ahli-ahli politik sendiri sering menggunakan isu-isu perkauman dan

perpaduan untuk mendapat sokongan politik yang semakin pudar.    Keadaan ini seperti

ini secara tidak langsung turut menjejaskan integrasi dan perpaduan kaum dalam

kalangan rakyat.

Page 4: Jurnal Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

Manakala Ahmad bin Rahim, et.all (2011), membawa faktor isi kandungan kurikulum

seperti Sejarah yang menjejaskan perpaduan.  Kurikulum Sejarah dikatakan bersifat

terlalu ”Melayu centrik” .Peranan semua kaum dalam menuntut kemerdekaan dan

memakmurkan negara perlu diberi penekanan. Sejarah yang diajar seolah-olah sejarah

orang Melayu dan bukan sejarah Malaysia. Sumbangan dan pengorbanan kaum lain

juga perlu dilihat dan dimasukkan dalam kurikulum Sejarah agar mata pelajaran lebih

menarik, bersifat universal dan mempunyai nilai tambah. Setiap kaum mempunyai

tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk kemerdekaan dan kemajuan negara.

Mohd Rozi (2009) turut bersetuju bahawa bahawa sumbangan kaum, masyarakat dan

tokoh yang terlibat dalam perkembangan sejarah negara harus dicakupi secara

menyeluruh dan bukannya dipilih (selected). Peranan ikon pascamerdeka seperti Tunku

Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun Tan Cheng Lock dan Tun

Sambanthan perlulah dilihat dari sudut perbincangan 1 Malaysia yang seterusnya boleh

meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

MATLAMAT DAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN SEJARAH

Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah

menerusi pendidikan.  Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan

agen perubahan memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat

perpaduan dalam kalangan generasi muda atau pelajar.  Pendidikan, sering kali

dianggap sebagai teras utama ke arah perpaduan  nasional dan pemupukan kesetiaan

dalam kalangan  rakyatnya. Setelah peristiwa 13 Mei 1969, kurikulum yang dirangka

bertujuan menanamkan kesedaran individu, ciri-ciri dan nilai rakyat Malaysia yang

berfikiran terbuka  di samping menolak sentimen perkauman, warisan dan perbezaan

yang sempit antara mereka. Tumpuan kemudiannya  adalah  kepada melahirkan

negara bangsa  yang bersatu padu dan pengukuhan kesetiaan dan patriotisme dalam

kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah. 

Page 5: Jurnal Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

Pendidikan sejarah telah dijadikan wahana utama dalam sistem pendidikan di Malaysia

untuk mencapai matlamat di atas. Malah, cabaran pertama yang digariskan dalam

gagasannegara  adalah ke arah  pembentukan bangsa Malaysia yang mempunyai

matlamat yang sama. Ia perlu menjadi  bangsa yang aman dengan integrasi wilayah

dan etnik, hidup dalam harmoni, adil, saksama ke arah bangsa Malaysia yang taat dan

setia kepada Negara. Masyarakat yang bersatu padu, berintegrasi, mengamalkan

toleransi serta beridentiti nasional menjadi tonggak utama Dasar Wawasan Negara bagi

membina bangsa Malaysia yang progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni

(Haminah binti Suhaibo:2010).

Dasar Pendidikan Kebangsaan menggariskan matapelajaran Sejarah sebagai alat yang

boleh mewujudkan nilai perpaduan dalam diri individu tidak kira bangsa atau agama.

Penekanan pendidikan Sejarah tertumpu kepada kesedaran sejarah, toleransi dan

kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara. 

Malamat yang terdapat dalam pendidikan Sejarah ini bertepatan dengan hasrat

Falsafah Pendidikan Negara iaitu menjadikan rakyat Malaysia yang dapat memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Rakyat

yang dimaksudkan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah menonjolkan ciri seperti

sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara melalui perpaduan kaum serta

amalan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong -menolong, berbelas kasihan,

bertimbang rasa, hormat menghormati dan bertoleransi (Ee Ah Meng 1996).

            Kepentingan mata pelajaran Sejarah ini turut disentuh oleh Omar Mohd Hashim

(1991) yang berpendapat Sejarah ialah satu mata pelajaran yang memainkan peranan

penting kearah mencapai matlamat pembangunan.   Bagi negara kita yang masih

dalam proses pembangunan, murid-murid di sekolah dapat ditanamkan semangat

patriotik, kebangsaan serta kesetiaan kepada negara.  Melalui pelajaran Sejarah,

diharap dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat-menghormati

terutama dalam masyarakat berbilang kaum, keturuan, agama dan adat resam.

Page 6: Jurnal Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

PENDIDIKAN SEJARAH KE ARAH PERPADUAN KAUM

Antara cadangan yang dikemukakan adalah mengenai isi kandungan kurikulum

sejarah. Kurikulum yang ditampilkan perlulah bersifat futuristic dan berdaya saing di

mana keseimbangan dari aspek teori dan amali perlu diberi perhatian. Dalam isi

kandungan kurikulum, perlulah ditampilkan ilustrasi yang menarik agar dapat menarik

perhatian pelajar untuk mengikutinya. Kurikulum sejarah pada masa kini perlulah

bersifat progresif, dinamik dan seimbang. Dengan kata lain, kurikulum yang dihasilkan

perlulah berpusatkan pelajar, realistic serta praktikal dan juga boleh diaplikasikan dalam

konteks kehidupan seharian. Isi kandungan kurikulum sejarah juga perlulah dilihat

kembali agar sumbangan semua kaum di Negara ini dapat dilihat dan dihargai (Ahamad

bin Rahim, et . all,  2011).

Sumbangan kaum Melayu, Cina dan India terhadap proses kemerdekaan dan pengisian

kemerdekaan perlu dimasukkan dalam kurikulum. Contohnya dalam menuntut

kemerdekaan Negara, peranan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun

Sambanthan perlulah dikupas dan diperhalusi dari perspektif perpaduan dan integrasi

kaum di Negara ini. Hal ini adalah untuk mengelakkan tafsiran sejarah yang dipelajari

lebih menjuruskan kepada sejarah orang-orang melayu atau ‘melayu centric’.

Seharusnya kurikulum sejarah itu dapat merangsang pelajar-pelajar agar dapat

merasakan sejarah yang dipelajari itu adalah milik mereka bersama. Hal ini sangat

penting agar setiap kaum akan dapat memahami sejarah bagi setiap kaum yang lain.

Kurikulum sedemikian akan dapat menarik minat pelajar dari semua kaum dalam

menilai sumbangan kaum mereka terhadap sejarah pembangunan Negara. Hal ini

secara tidak langsung akan meningkatkan perpaduan di kalangan mereka (Ahamad bin

Rahim, et.all, 2011).

            Seterusnya adalah cadangan mengenai konteks penerapan nilai dalam sejarah.

Hal ini adalah kerana subjek sejarah di sekolah dilihat sangat relevan dalam memupuk

nilai-nilai kemasyarakatan, intelektual dan social untuk mencorakkan perkembangan

personality yang lebih seimbang.menurut Rahim Rashid (2000), penerapan nilai dalam

Page 7: Jurnal Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

pendidikan sejarah dapat dibahagikan kepada empat iaitu, nilai individu, nilai politik,

nilai sosial dan kemasyarakatan dan juga nilai intelek. Oleh yang demikian, kurikulum

sejarah yang dibentuk perlulah memberi penekanan kepada nilai unsur ini selari dengan

hasrat untuk melahirkan generasi pelajar yang dapat memahami dan berinteraksi

dengan lebih harmoni, khususnya dalam konteks masyarakat pelbagai etnik di Negara

ini.

KESIMPULAN

Usaha untuk memupuk perpaduan dan integrasi kaum melalui pendidikan Sejarah tiada

jalan noktahnya.Pendidikan Sejarah dilihat sebagai wadah terbaik untuk merealisasikan

hasrat ini.Walaupun pelbagai usaha dan langkah telah diambil oleh pihak kerajaan

mahupun badan-badan bukan kerajaan.Dalam konteks Malaysia yang mempunyai

masyarakat pelbagai etnik ini, usaha yang berterusan perlulah dilakukan untuk

memelihara dan memperkukuh perpaduan dan integrasi masyarakat pelbagai kaum ini.

Langkah kabinet untuk membentuk

sebuah panel pembelajaran Sejarah bagi memantau pelaksanaan kurikulum Sejarah

dianggap satu langkah tepat dan bersesuaian dengan konteks semasa. Sebagai rakyat

Malaysia, semuanya amat berharap pada suatu hari nanti isu ini akan menemui titik

noktahnya. Untuk itu,semua kaum perlulah menanam sikap kekitaan, toleransi dan

saling mempercayai antara satu sama lain selain meletakkan kepentingan nasional dan

kesejahteraan negara melebihi kepentingan etnik masing-masing. Kita tidak mahu isu

dan dilema perpaduan ini akan terus menjadi duri dalam daging untuk tempoh 50 tahun

yang akan datang. ‘Gagasan1 Malaysia’yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri,

Dato’ SriMohd Najib Tun Razak telah membuka lembaran baru ke arah memperkasa

perpaduan kaum dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini.Oleh itu, kurikulum

Sejarah dilihat sebagai mediumyang sangat signifikan dalam merealisasikan hasrat ini.

RUJUKAN

Chamil Wariya. 2007. Malaysia 50 Fakta Asas Kenengaraan. Kuala Lumpur: Media

Global Matrix Sendirian Berhad

Page 8: Jurnal Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

A.    Aziz Deraman.2000.Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia.Kuala:

            Dewan Bahasa dan Pustaka

      Abdul Rahim Abd. Rashid.2000. Wawasan & Agenda Pendidikan.Kuala Lumpur:

                  Utusan Publications

      Abdul Rashid Suratnu dan Abdul Rahmad Daud. 2008. Khidmat Negara Tak                

                 Maka Tak Cinta. Kuala Lumpur: Permasik Holdig

     Azizi Yahaya et. al. 2007. Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan – Teori,

Analisis Interpretasi Data. Kuala Lumpur : PTS Professional

Burchardt. J. 1998. Reflection on History. Indiana Polis: Liberty University Press

Butterfield, H. 1973. The Whig Interpretation History. Australia: A Pelican Book.

.

Ee Ah Meng. 1996. Pendidikan di Malaysia Satu Falsafah Pendidikan Guru dan

Sekolah. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Page 9: Jurnal Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

Ee Ah Meng.1997. Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester

II).Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Kamarudin Hj.Husin. 1997.Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Mohd Rodzi.2009. Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah

dan Dasar Pelajaran Kebangsaan, JEBAT .36(90): 106

Mok Soon Sang.1999. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Muhammad Ismail Ahmad. 2004. Sejarah Malaysia. Shah Alam: Pustaka Mawar.

Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Ramlah Adam et.al.2004. Sejarah Tingkatan 3.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Robert F.Mager. 2006. Teknik Mendorong Pelajar Belajar…tanpa membunuh semangat

mereka. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Ruhanie Haji Ahmad.2005. Patriotisme Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributor Sdn.Bhd.

Page 10: Jurnal Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

Shahabuddin Hashim et.al. 2007. Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar Dengan

Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Suffean Hussin. 2002. Dasar Pendidikan Progresif Perspektif Makro dan Mikro. Kuala

Lumpur: Utusan Publication Sdn.Bhd.

Tanggung jawab Mengisi Kemerdekaan. 2010.Berita Harian, 31 Ogos: 18

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Sukatan Pelajaran Sejarah 2003. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

ULASAN JURNAL AKADEMIK

Page 11: Jurnal Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

Kekuatan dalam jurnal ini beliau mampu menyatakan atau mengingatkan kita semua

tentang peristiwa pergaduhan kaum 13 Mei 1969 merupakan satu pengajaran besar

kepada kita bahawa pentingnya semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk

seperti di Malaysia.  A.Aziz Deraman (2000) menjelas peristiwa ini banyak memberi

pengajaran kepada kita.  Beliau menekankan kita bahawa selama ini rupa-rupanya

gagal menyatupadukan rakyat.,perpaduan kita yang lihat pada sekarang mungkin

berada di kulit yang nipis secara luaran dalam lingkungan politik, tetapi tidak berakar

umbi. Beliau juga memberi cadangan bahawa peristiwa ini juga boleh mengajak

kerajaan berfikir semula dan mengatur langkah baru untuk mengukuhkan

perpaduan.Cadangan ini mampu mengambil perhatian daripada kerajaan yang lebih

supaya kerajaan boleh melihat masalah yang rakyatnya sedang menghadapi sekarang

dan cuba selesaikan.

Dan buktinya perisiwa tersebut memberi pengajaran kepada kerajaan untuk mengatasi

masalah-masalah yang menyebabkan pertembungan antara etnik. Selepas perkara

itu,kerajaan telah memperkenalkan dua perkara asas penting mulai tahun 1970 iaitu

Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk mewujudkan keseimbangan kaum dan

perpaduan rakyat.  Bidang pendidikan dikekalkan sebagai teras penting untuk

menjayakan hasrat Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.  Dalam Rancangan

Malaysia Kedua (1971-1975), pembangunan dalam bidang pendidikan ditumpukan

kepada usaha memperkukuhkan system pendidikan bagi menggalakkan inegrasi

nasional (Mohamad Rodzi  2009). Oleh itu,kekuatan jurnal ini amat bagus sebab dapat

memberi maklumat dan sejarah-sejarah Negara kita yang penting tetapi tidak sering

diingati oleh rakyat Malaysia.

Selain daripada itu,kekuatan jurnal ini juga dapat memberi bukti atau maklumat yang

penting dan wujud kepada pembaca.Sebagai contohnya,beliau mengatakan kewujudan

sekolah pelbagai aliran ini telah menghalang pelajar-pelajar untuk membina hubungan

baik seperti beramah mesra, bergaul, bersukan , makan bersama, saling kenal-

mengenal , dan merapatkan hubungan silaturahim (Mior Khairul Azrin b.Mior

Jamaluddin, 2011). Kewujudan sistem persekolahan berasaskan kaum seperti SJKC

memberi pengaruh kepada masalah perkauman di Malaysia. Bukan begitu

Page 12: Jurnal Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

sahaja,penulis jurnal ini juga dapat memberi sebab-sebab masalah semua perkauman

ini dengan menyertakan contoh.Ini adalah amat baik.Contohnya,sebab-sebab mengapa

Kebanyakan orang Cina memilih sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) untuk anak-

anak mereka mendapat pendidikan,sebab masyarakat cina amat mementingkan

pendidikan kerana melalui pendidikan mereka dapat mengekalkan warisan budaya dan

bahasa mereka.

Hal ini turut diakui oleh Lee Yoke Fee (2004) yang berpendapat orang Cina tertama

yang terdidik di sekolah Cina melihat perjuangan mereka untuk mengekalkan Mandarin

sebagai bahasa ibunda. Hal ini berlaku kerana mereka ingin mengekalkan identiti dan

kebudayaan Cina.  Oleh yang demikian  integrasi nasional atau perpaduan kaum sukar

dicapai kerana perbezaan-perbezaan yang wujud ini.Jurnal ini juga amat bagus sebab

boleh membantu orang-orang memahami sebab-sebab mengapa masyarakat Cina

memilih sekolah jenis kebangasaan Cina(SJKC),dan ini dapat mengurangkan salah

faham masyarakat terhadap masyarakat Cina.

Selain daripada masalah ini,penulis juga telah megatakan dan memberi maklumat yang

amat bagus untuk masyarakat kita untuk membaca dan boleh lebih memahami budaya

dan sejarah rakyat yang berlainan kaum.Contohnya,beberapa isu perpaduan yang lain

ialah,  tidak wujud kesatuan budaya kerana setiap bangsa mempunyai bahasa, tradisi,

agama dan budaya hidup.  Malah kesatuan wilayah juga berbeza apabila orang Melayu

tertumpu di kawasan pantai timur dan utara yang kurang maju. Sedangkan orang Cina

hidup di kawasan pantai barat yang lebih maju.  Seterusnya menurut Ridhuan lagi tiada

keserataan dalam pemusatan kekuatan ekonomi dan politik.  Kuasa poitik berada di

tangan orang Melayu, sementara ekonomi didominasi oleh orang Cina.Melalui

maklumat ini,masyarakat dapat memahami kaum yang lain dengan lebih mendalam dan

dapat mengurangkan salah faham yang tidak diperlukan.

Kelemahan jurnal ini ada satu sahaja,iaitu kekurangan focus dalam satu kaum.Sebagai

contoh,penulis jurnal tidak menekankan kaum cina bagaimana,orang melayu

bagaimana,dan beliau hanya mengatakan di atas lapisan kulit sahaja.Beliau boleh

memperbanyakkan dan lebih mendalami setiap satu kaum.

Page 13: Jurnal Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia

Cadangan bagi jurnal ini adalah,pihak kerajaan boleh lebih memperbanyakkan aktiviti

satu Malaysia.Ini dapat membantu dengan banyak supaya semua masyarakat boleh

melakukan satu aktiviti yang berfaedah bersama-sama.Selain daripada itu,rakyat juga

boleh saling memahami budaya kaum yang lain dengan lebih mendalam dan boleh

menghormati kaum lain.

Selain daripada cadangan tersebut,rakyat juga boleh lebih berinteraksi dengan rakan

yang berbeza kaum.Sebagai contoh,orang melayu boleh mengajak orang cina ke majlis

perkhawinan mereka ataupun open house.Semua usaha ini akan lebih membantu

merapatkan hubungan antara semua kaum dan mengurangkan jurang.