jurnal mingguan 7

3
JURNAL MINGGUAN Bilangan Jurnal : Kelima Minggu Praktikum : Minggu 7 Tarikh Peristiwa/Kejadian : 23 Mac 2015 hingga 27 mac 2015 Tajuk Jurnal : Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) 1. Masalah Sepanjang lima minggu saya menjalani latihan praktikum di sekolah ini, saya menghadapi masalah dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Terutamanya dalam subjek Bahasa Malaysia untuk murid-murid kelas tahun 4. Keadaan ini membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran sedikit terganggu. 2. Analisis Semasa melaksanakan pengajaran saya terlalu banyak menggunakan bahan bantu sehingga pengurusan BBM saya menjadi kurang teratur. Kelemahan ini, sedikit sebanyak mengganggu proses P&P saya. Keadaan ini terjadi adalah berkemungkinan, kerana saya kurang kreatif dalam pembinaan dan penggunaan bahan bantu mengajar. Selain itu, saya juga tidak yakin dengan penggunaan bahan bantu mengajar seperti permainan kepada murid. 3. Cadangan untuk memperbaiki Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk

Upload: zue-layhar

Post on 19-Dec-2015

38 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal:Kelima

Minggu Praktikum:Minggu 7

Tarikh Peristiwa/Kejadian:23 Mac 2015 hingga 27 mac 2015

Tajuk Jurnal :Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

1. Masalah

Sepanjang lima minggu saya menjalani latihan praktikum di sekolah ini, saya menghadapi masalah dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Terutamanya dalam subjek Bahasa Malaysia untuk murid-murid kelas tahun 4. Keadaan ini membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran sedikit terganggu.

2. Analisis

Semasa melaksanakan pengajaran saya terlalu banyak menggunakan bahan bantu sehingga pengurusan BBM saya menjadi kurang teratur. Kelemahan ini, sedikit sebanyak mengganggu proses P&P saya. Keadaan ini terjadi adalah berkemungkinan, kerana saya kurang kreatif dalam pembinaan dan penggunaan bahan bantu mengajar. Selain itu, saya juga tidak yakin dengan penggunaan bahan bantu mengajar seperti permainan kepada murid.

3. Cadangan untuk memperbaiki

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:-

1. Pemilihan bahan bantu mengajar haruslah selaras dengan objektif pembelajaran murid pada hari tersebut.

2. Bahan bantu mengajar yang di pilih haruslah yang boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka.

3. Bahan-bahan yang digunakan mesti mempunyai unsur intelek (pengetahuan) dan juga mewujudkan nilai-nilai murni.

4. Saya juga akan menyenaraikan semua BBM saya dan mengemaskini jenisnya bagi disesuaikan untuk sesi pengajaran

4. Tempoh masa

Saya akan mengatasi masalah ini secepat yang mungkin dalam masa 1 minggu. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran saya kelak.

5. Penilaian kejayaan

Saya dapat menggunakan BBM yang dibina dengan sebaiknya semasa saya sedang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran..

6. Tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Diharapkan segala masalah seperti gangguan yang timbul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung akan dapat saya atasi dengan sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: ________________

Nama: ________________

Tarikh: ________________

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: ________________

Nama: ________________

Tarikh: ________________