jurnal minggu 7
TRANSCRIPT
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
BIL. JURNAL : MINGGU KETUJUH
TARIKH : 4 MAC- 8 MAC 2013
PENDAHULUAN
Setiap guru perlu mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi
memulakan apa-apa pengurusan tingkah laku tidak kira murid aliran normal
mahupun murid yang berada di aliran pendidikan khas. Oleh itu, terdapat beberapa
prinsip-prinsip asas dalam bidang pengurusan tingkah laku yang perlu diketahui dan
dipelajari oleh para pengamal ilmu pendidikan sebelum melangkah setapak lagi ke
arah mendidik murid-murid di sekolah ke arah matlamat yang telah digariskan.
Terdapat tiga aspek yang perlu diketahui oleh para pendidik mengenai prinsip
pengurusan tingkah laku iaitu ;
• Prinsip peneguhan
• Kesan tingkah laku
• Jadual peneguhan
PRINSIP PENEGUHAN
(Behavior management : A Practical Approach for Educators), muka surat 60 ;
‘’The principles of reinforcement are a set of rules to be applied in the behavior
change process. The successful behavior modifier relies heavily on these principles
when planning and implementing a behavior change program.’’
Di dalam bidang pengurusan tingkah laku, akibat daripada tingkah laku
disebut sebagai peneguhan. Peneguhan ini sama ada boleh meningkatkan atau
mengurangkan tingkah laku (Morris, 1985)
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
Terdapat lima prinsip yang terlibat di dalam peneguhan iaitu ;
• Prinsip 1 : Peneguhan hanya diberikan kepada tingkah laku yang dirancang
untuk diubah.
• Prinsip 2 : Murid perlu diberi peneguhan sebaik-baik sahaja dia menunjukkan
tingkah laku yang hendak diubah.
• Prinsip 3 : Pada peringkat permulaan proses pengurusan tingkah laku, murid
perlu diberi peneguhan setiap kali dia menunjukkan sikap yang hendak
diubah tersebut.
• Prinsip 4 : Apabila tingkah laku yang diingini sudah mencapai tahap
memuaskan, peneguhan akan dikurangkan.
• Prinsip 5 :Peneguhan sosial diberi serentak bersama peneguhan tangible &
edible.
KESAN TINGKAH LAKU
Tingkah laku boleh diubahsuai, iaitu ditingkatkan, dimulakan, atau dihapuskan
melalui manipulasi kesan-kesannya. Kesan-kesan tingkah laku manusia
diklasifikasikan sebagai peneguhan positif, penghapusan, hukuman dan
peneguhan negatif.
JADUAL PENEGUHAN
A schedule of reinforcement is the pattern with which the reinforce is presented in
response to the exhibition of the target behavior (Rush, Rose, & Greenwood, 1988).
Terdapat beberapa jadual peneguhan yang sering digunakan di dalam pengurusan
tingkah laku iaitu ‘fixed ratio’, ‘variable ratio’, ‘fixed interval’, ‘continuous’, dan
‘variable interval.’’
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
MASALAH / PERISTIWA :
1. Pengurusan tingkah laku sukar dilakukan kerana murid tidak hadir
Pada minggu ini, daripada 5 hari, hanya terdapat dua hari sahaja saya dapat
bersama- sama murid kerana murid tidak hadir selama dua hari dan saya telah
keluar ke SMK Jelai sebagai guru pengiring sukan PPKI Tampin.
Oleh itu, pengurusan tingkah laku yang dirancang tidak berjalan dengan
begitu lancar. Walau bagaimanapun, untuk dua hari yang ada saya telah
memanfaatkannya dengan melatih murid seperti biasa. Menurut pemerhatian
kasar yang saya jalankan, didapati bahawa tingkah laku murid kajian saya ini
ternyata lebih baik berbanding ketika saya baru masuk ke sekolah ini pada akhir
Januari lepas.
Murid ini sudah boleh menerima arahan dengan lebih baik serta sudah tidak
keluar ke kawasan sekolah untuk mengganggu kereta guru dan sebagainya.
Oleh itu saya menjangkakan segala jenis latihan tingkah laku akan lebih mudah
dijalankan ke atas murid ini bahkan murid ini boleh belajar seperti rakan-
rakannya yang lain.
ANALISIS
Ketidakhadiran murid yang terlalu kerap boleh mengganggu proses
pengurusan tingkah laku kerana murid akan cenderung untuk lupa apa yang
dipelajari di sekolah bahkan murid akan ketinggalan dalam perancangan yang telah
dibuat oleh guru.
Bagi murid kajian saya, seperti yang nyatakan di atas iaitu murid ini sudah
menunjukkan banyak perubahan jika dibandingkan ketika dia mula-mula masuk ke
sekolah ini. Hal ini adalah kerana berkat kesabaran guru-guru yang mengajar. Selain
itu, apabila murid ini melihat rakan-rakan mereka belajar di kelas dan dapat
mengikut arahan guru dengan baik, lama kelamaan murid ini juga cenderung untuk
melakukan perkara yang sama. Seperti yang pernah saya nyatakan di dalam jurnal
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
sebelum ini, masalah ADHD ini kebiasaannya berkurang seiring dengan
meningkatnya umur seseorang kanak-kanak itu.
CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN
Pada minggu berikutnya, saya masih akan meneruskan rancangan yang
sedang saya jalankan iaitu menggunakan kaedah peniruan yang telah diperkenalkan
oleh Albert Bandura. Memandangkan pada minggu berikutnya aktiviti yang tidak
berkaitan dengan PPKI agak kurang maka saya akan dapat meluangkan lebih masa
di kelas pendidikan khas bersama murid berkenaan.
KESIMPULAN
KANAK-kanak hiperaktif ada-lah golongan yang memerlu-kan perhatian terutama di
peringkat awal tumbesaran mereka. Simptom ini bukan saja membabitkan kanak-kanak
normal, sebaliknya mereka yang mengalami terencat akal juga menghadapi masalah
sedemi-kian.
Bagaimanapun, kedua-dua golongan itu tetap memerlu-kan perhatian keluarga
terutama ibu bapa, di peringkat awal melalui didikan terapi dan psikologi.
)ika kanak-kanak normal menghadapi masalah hiperaktif, mungkin masalah ibu bapa tidak
begitu berat berbanding kanak-kanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama.
Walaupun dua senario itu sama tetapi masalahnya berbeza apabila membabitkan
kanak-kanak normal dan satu lagi membabitkan kanak-kanak abnormal.
Kanak-kanak normal hiperaktif memang masih boleh ke sekolah dan belajar seperti biasa,
walaupun tumpuannya terhadap pelajaran tidak sepenuhnya dan pencapaian akademik
mereka mungkin tidak membanggakan. Oleh itu, guru-guru dan ibu bapa perlulah banyak
bersabar dalam mendidik anak-anak ini.
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
RUJUKAN
Walker, J.W. & Shea, T. M. (2002). Behavior management : A Practical Approach for
Educators (8th . Ed.). New Jersey : Merrill Prentice- Hall.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
…………………. …………………
(AZLIZA BINTI MOHAMED)
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
RUJUKAN
Walker, J.W. & Shea, T. M. (2002). Behavior management : A Practical Approach for
Educators (8th . Ed.). New Jersey : Merrill Prentice- Hall.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
…………………. …………………
(AZLIZA BINTI MOHAMED)