jurnal minggu 7

3
Jurnal minggu 7 Masalah : Pada minggu ini saya didapati masalah pembahagian dalam kalangan murid tahun 5. Saya telah mengajar tajuk pembahagian panjang melibatkan sentimeter dan milimeter. Daripada pemerhatian sepanjang pengajaran dan pembelajaran, saya didapati beberapa murid tahun 5 menghadapi kesukaran dalam menyelasaikan soalan- soalan bahagi. Murid-murid ini memerlukan lebih bimbingan bagi memahami dan menguasai kemahiran pembahagian. Justeru, masalah ini menyebabkan saya sukar untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan mudah. Analisis: Semasa saya mengajar tajuk pembahagian panjang, perkara pertama yang dapat dilihat ialah terdapat beberapa orang murid yang tidak faham cara menyelasaikan operasi bahagi. Mereka bekebil-kebil dan menunggu rakan mereka untuk memberikan jawapan. Selepas saya memberikan conoth murid mula mendapat idea untuk menyelasaikannya. Selepas itu, semasa menjawab soalan didapati murid tidak dapat melakukan proses bahagi dengan betul. Punca kepada masalah ini ialah ketidakhafalan sifir, dan ketidakfahaman nilai tempat. Murid tidak dapat mencari nilai yang paling hampir dengan nilai bahagi secara mental dan mereka tidak tahu dimana untuk meletakkanya. Disebabkan ini murid tidak dapat menyelasaikan soalan pembahagian panjang dengan betul. Murid mengambil masa yang lama untuk menyelasaikan satu soalan sahaja. Daripada pemerhatian, saya didapati bahawa murid-murid ini memerlukan bimbingan tambahan bagi menguasai kemahiran bahagi.

Upload: vkeyviknes2579

Post on 18-Feb-2016

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal minggu 7

Jurnal minggu 7

Masalah :

Pada minggu ini saya didapati masalah pembahagian dalam kalangan murid tahun

5. Saya telah mengajar tajuk pembahagian panjang melibatkan sentimeter dan

milimeter. Daripada pemerhatian sepanjang pengajaran dan pembelajaran, saya

didapati beberapa murid tahun 5 menghadapi kesukaran dalam menyelasaikan soalan-

soalan bahagi. Murid-murid ini memerlukan lebih bimbingan bagi memahami dan

menguasai kemahiran pembahagian. Justeru, masalah ini menyebabkan saya sukar

untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan mudah.

Analisis:

Semasa saya mengajar tajuk pembahagian panjang, perkara pertama yang dapat

dilihat ialah terdapat beberapa orang murid yang tidak faham cara menyelasaikan

operasi bahagi. Mereka bekebil-kebil dan menunggu rakan mereka untuk memberikan

jawapan. Selepas saya memberikan conoth murid mula mendapat idea untuk

menyelasaikannya.

Selepas itu, semasa menjawab soalan didapati murid tidak dapat melakukan proses

bahagi dengan betul. Punca kepada masalah ini ialah ketidakhafalan sifir, dan

ketidakfahaman nilai tempat. Murid tidak dapat mencari nilai yang paling hampir dengan

nilai bahagi secara mental dan mereka tidak tahu dimana untuk meletakkanya.

Disebabkan ini murid tidak dapat menyelasaikan soalan pembahagian panjang dengan

betul. Murid mengambil masa yang lama untuk menyelasaikan satu soalan sahaja.

Daripada pemerhatian, saya didapati bahawa murid-murid ini memerlukan

bimbingan tambahan bagi menguasai kemahiran bahagi. Seterusnya latihan yang

berulangan dapat memudahkan murid untuk memahami konsep bahagi panjang.

Menurut ahli psikologi Thorndike, dalam teori cuba jaya beliau menyatakan bahawa

pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu yang disebut hukum pembelajaran.

Antara hukum pembelajaran yang dimaksudkan oleh Thorndike ialah hukum latihan.

Hukum ini mengambil kira pengulangan latihan. Pembelajaran akan menjadi mudah jika

diberi latihan yang berulangan.

Page 2: jurnal minggu 7

CADANGAN

Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :

1) Saya akan memberikan bimbingan yang berterusan serta latihan yang berulangan

bagi tajuk ini.

2) Saya akan menggunakan carta nilai tempat semasa mengajar bahagi panjang

supaya murid dapat lihat dimana tempat untuk meletakkan digit.

3) Saya akan membuat kuiz ‘songsangan sifir’ supaya murid dapat mengira dan

mengetahui nilai hasil bahagi lebih cepat.

4) Memberikan ganjaran bagi setiap perubahan dalam pembelajaran murid bagi

meningkatkan motivasi kendiri.

Tempoh masa:

Saya akan mencuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa 1 minggu. Saya

akan memastikan menjalankan setiap langkah yang dirancang supaya masalah murid ini

dapat diatasi dengan berjaya.

Penilaian kejayaan:

Saya akan menilai kejayaan dalam mengatasi masalah ini dengan menyemak

latihan murid. Sekiranya murid dapat menjawab latihan yang diberi dengan

kebanyakanya betul maka kaedah mengatasi saya akan dianggap berjaya. Pada masa

yang sama, saya juga akan memerhatikan penglibatan murid sepanjang pengajaran dan

pembelajaran dijalankan.

Tindakan susulan:

Saya akan memimbing murid secara berterusan semasa pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Saya juga akan memberikan latihan berulangan supaya murid

tidak mengulangi kesilapan yang sama.