jurnal minggu 3

3
JURNAL MINGGU KEEMPAT PENULISAN JURNAL MINGGU : 4 PRAKTIKUM TAJUK : MASALAH KAWALAN KELAS TARIKH : 16 FEBRUARI 2014 – 20 FEBRUARI 2014 ISU / MASALAH Minggu ini merupakan minggu keempat saya menjalankan praktikum di Prasekolah Cemerlang, SK Gong Bayor. Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid yang agak merisaukan. Antara masalah yang dihadapi adalah murid-murid tidak memberi tumpuan, masalah kawalan murid, masalah murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Apabila mengadakan aktiviti kumpulan, terdapat beberapa orang kanak-kanak mula mengganggu rakan-rakannya yang lain apabila mereka bosan. Tambahan pula, apabila guru meminta meminta murid memilih ahli kumpulan sendiri, mereka bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli kumpulan dan apabila guru membahagikan kumpulan secara rawak, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam kumpulan dengan baik. Hal ini menyebabkan kegangguan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlangsung. ANALISIS MASALAH Menurut Eileen (2000) dalam kajiannya tentang kawalan kelas, selalunya sistem kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama kebanyakkan proses PdP tidak dapat dijalankan dengan baik. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara seperti, kurangnya minat murid terhadap proses PdP serta kaedah tradisional dalam proses PdP masih digunakan. Tambahan pula, kurangnya rasa hormat kepada guru serta hilang rasa

Upload: eunice-liu

Post on 27-Sep-2015

66 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

JURNAL MINGGU

TRANSCRIPT

JURNAL MINGGU KEEMPATPENULISAN JURNALMINGGU : 4 PRAKTIKUM

TAJUK : MASALAH KAWALAN KELASTARIKH: 16 FEBRUARI 2014 20 FEBRUARI 2014

ISU / MASALAHMinggu ini merupakan minggu keempat saya menjalankan praktikum di Prasekolah Cemerlang, SK Gong Bayor. Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid yang agak merisaukan. Antara masalah yang dihadapi adalah murid-murid tidak memberi tumpuan, masalah kawalan murid, masalah murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Apabila mengadakan aktiviti kumpulan, terdapat beberapa orang kanak-kanak mula mengganggu rakan-rakannya yang lain apabila mereka bosan. Tambahan pula, apabila guru meminta meminta murid memilih ahli kumpulan sendiri, mereka bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli kumpulan dan apabila guru membahagikan kumpulan secara rawak, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam kumpulan dengan baik. Hal ini menyebabkan kegangguan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlangsung.

ANALISIS MASALAHMenurut Eileen (2000) dalam kajiannya tentang kawalan kelas, selalunya sistem kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama kebanyakkan proses PdP tidak dapat dijalankan dengan baik. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara seperti, kurangnya minat murid terhadap proses PdP serta kaedah tradisional dalam proses PdP masih digunakan. Tambahan pula, kurangnya rasa hormat kepada guru serta hilang rasa tanggungjawab sebagai seorang murid juga menyebabkan mereka sering tidak mengendahkan tugas dan arahan yang diberikan oleh guru. Saya selaku guru mereka, perlu lebih peka dan mengambil berat tentang keperluan anak-anak murid saya. Oleh itu, murid-murid akan memberikan kerjasama yang baik kepada saya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

CADANGANBagi menyelesaikan masalah kawalan kelas, saya perlu menggunakan pendekatan yang berbeza sekiranya pendekatan yang saya cuba lakukan tidak berjaya. Selain itu, saya juga perlu mula menggunakan penegasan dengan murid-muridtetapi tidak menghilangkan minat mereka untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung. Tambahan pula, saya perlu sentiasa memahami masalah serta keperluan murid-murid supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan seperti yang telah dirancang. Sebagai seorang guru prasekolah perlu mengambil berat dalam membahagikan murid ke dalam kumpulan yang seimbang di mana setiap kumpulan ada murid yang pandai dan ada murid yang lemah.

TEMPOH MASASaya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu kerana masalah pengawalan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ini akan mengambil masa yang agak lama untuk berjaya diselesaikan. Masalah ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasisecepat mungkin,sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru.

TINDAKAN SUSULANMasalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah tingkah laku pada diri sendiri. Kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu mengubah tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru. Menurut Atkinson (1990) tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada pendapat saya, tingkah laku bermasalah yang ada pada murid-murid dapat diubah dengan menggunakan Kaedah ganjaran dan hukuman. Sebagai seorang guru prasekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya dengan betul.

KESIMPULANMasalah kawalan kelas boleh wujud disebabkan oleh kurangnya kesedaran murid-murid tentang pentingnya menjaga kelakuan dan kesan tingkah laku mereka terhadap PdP harian. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, murid-murid pasti dalam kelas tidak akan mengubah tingkah laku bermasalah yang ada pada mereka sekarang. Guru prasekolah perlu mempunyai sikap yang tegas terhadap kanak-kanak semasa proses P&P dijalankan. Selain itu, guru perlu mempunyai sikap yang penyayang dan penyabar bagi menghadapi masalah kanak-kanak.