jurnal minggu 3 (2)

3
PKBM-19 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR Nama : Mohd Afifin Bin Abu Samah Bilangan Jurnal : Ke- 5 Minggu Praktikum : Ketiga Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 4 Ogos 2011 Tajuk Jurnal : Ketepatan Masa 1. Masalah / Peristiwa Pada minggu kelima ini, saya mula mengajar mengikut waktu yang telah disahkan.Murid kelas 2 Anugerah ini mampu saya tawan. Walaupun murid kadang kala bising, tetapi saya dapat mengawal mereka dengan meninggikan suara sahaja. Ketika memberikan kerja, ada beberapa murid yang ingin membuat kerja matapelajaran lain. Biasanya saya akan bergerak seluruh kelas untuk memastikan tiada sesiapapun yang mempunyai peluang untuk leka atau buat kerja lain. Jika ada saya akan menegur dan menyuruh mereka menyiapkan kerja saya. Masalah yang berlaku ialah saya masih belum kaji sepenuhnya aktiviti yang cepat dilakukan dan lambat dilakukan oleh murid saya. Maka apabila sesetengah aktiviti mengambil masa yang lama, saya kadang kala tidak sempat melakukan langkah ketiga atau penutup. Ada beberapa aktiviti yang perlu saya bantu dan ada yang tidak perlu saya bantu. Kawalan kelas yang terkawal memudahkan saya mengenalpasti beberapa aktiviti yang sesuai dijalankan sama ada berkumpulan atau individu.

Upload: gyosa-nami

Post on 26-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sekadar draf

TRANSCRIPT

PKBM-19INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS BAHASA MELAYU, 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPURNama : Mohd Afifin Bin Abu SamahBilangan Jurnal: Ke- 5Minggu Praktikum: KetigaTarikh Peristiwa/ Kejadian: 4 Ogos 2011Tajuk Jurnal: Ketepatan Masa

1. Masalah / Peristiwa Pada minggu kelima ini, saya mula mengajar mengikut waktu yang telah disahkan.Murid kelas 2 Anugerah ini mampu saya tawan. Walaupun murid kadang kala bising, tetapi saya dapat mengawal mereka dengan meninggikan suara sahaja. Ketika memberikan kerja, ada beberapa murid yang ingin membuat kerja matapelajaran lain. Biasanya saya akan bergerak seluruh kelas untuk memastikan tiada sesiapapun yang mempunyai peluang untuk leka atau buat kerja lain. Jika ada saya akan menegur dan menyuruh mereka menyiapkan kerja saya.Masalah yang berlaku ialah saya masih belum kaji sepenuhnya aktiviti yang cepat dilakukan dan lambat dilakukan oleh murid saya. Maka apabila sesetengah aktiviti mengambil masa yang lama, saya kadang kala tidak sempat melakukan langkah ketiga atau penutup. Ada beberapa aktiviti yang perlu saya bantu dan ada yang tidak perlu saya bantu. Kawalan kelas yang terkawal memudahkan saya mengenalpasti beberapa aktiviti yang sesuai dijalankan sama ada berkumpulan atau individu.

Analisis Hal ini timbul kerana mungkin saya masih baru hendak mengenali mereka. Maka pada langkah pertama, saya buat sahaja aktiviti yang ingin dilakukan. Hasil dari pemerhatian saya akan membantu saya merangka perancangan yang lebih baik pada kelas akan datang.Bagaimanapun, saya yakin bahawa saya akan lebih rapat dan akrab dengan pelajar saya pada minggu seterusnya. Sesungguhnya,keintiman hubungan guru dan murid itu mengambil masa.2. Cadangan Tindakan Susulana. Saya perlu lebih kerap melihat prestasi murid dalam menjalankan aktiviti.b. Saya perlu lebih peka dan kreatif dalam kelas.c. Saya akan cuba pelbagai teknik dan aktiviti yang sesuai dengan murid saya serta menarik minat mereka.d. Saya akan memastikan setiap arahan yang diberikan oleh guru adalah ringkas, padat dan mudah difahami serta mengikut tahap murid-murid.e. Saya akan mendapatkan nasihat dan bimbingan sama ada dari guru pembimbing, pensyarah pembimbing serta rakan guru pelatih.f. Saya akan cuba menggunakan kaedah menetapkan peraturan ketika saya berada didalam kelas.

3. Tempoh Masa Tindakan SusulanSaya akan cuba sedaya-upaya bagi mengatasi masalah ini dalam tempoh masa yang terdekat tetapi perkara yang paling ialah saya memerlukan lebih banyak pengajaran yang pelbagai penggunaan teknik. Saya akan cuba libatkan mereka dalam aktiviti kumpulan atau aktiviti yang memaksa otak mereka sentiasa berfikir.Disemak oleh Guru Pembimbing:

Tandatangan:Nama:Tarikh:Disemak oleh Pensyarah Pembimbing:

Tandatangan:Nama:Tarikh: