jurnal minggu 2
TRANSCRIPT
JURNAL MINGGU 2
Masalah
Setelah 2 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
bagi matapelajaran Pendidikan muzik, saya dapati dan berpendapat bahawa segelintir
murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam
kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan
guru, membuat bising, berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri.
Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam
mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru
dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai seorang
pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan corak
kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang
pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan
murid-murid menyebabkan taknik ini mempengaruhi pemupukan minat murid terhadap
proses pengajaran.
Analisis masalah
Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali
terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti
bising, perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang
kurang kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah
bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru menghadapi
kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dan
menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya. Antara
faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap murid-
murid yang kurang berminat untuk belajar.
Cadangan
Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa
perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau
diatasi. Saya akan mencuba mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang disarankan seperti melakuakan corak kepimpinan demokratik.
Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran
berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik. Untuk
menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga
disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan.
Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.
Tindakan susulan
Saya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam
mengendalikan P&P dengan berkesan. Saya akan cuba menggunakan kaedah
peneguhan positif seperti pujian atau hadiah dan peneguhan negatif seperti dendaan
dalam usaha mengawal murid-murid semasa mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Catatan
Dalam mewujudkan suasana kelas atau bilik darjah yang baik dan berkesan, guru
seharusnya kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat
mempengaruhi suasana P&P di dalam kelas nanti. Murid-murid akan lebih bersedia dan
bersemangat untuk belajar sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan
perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi
tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan
proses P&P berkesan.