jurnal minggu 2

4
JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN NAMA GURU PELATIH: NORSHEILA BINTI ABDUL RAHMAN BILANGAN JURNAL:KE-2 MINGGU PRAKTIKUM: 2 TARIKH PERISTIWA/KEJADIAN: 9/2/2015 – /7/2014 TAJUK JURNAL:MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH MASALAH/PERISTIWA Minggu ini merupakan minggu kedua saya menjalani latihan mengajar di sekolah ini. Semasa saya masuk ke kelas untuk mengajar, satu masalah telah timbul iaitu semasa berkomunikasi dengan murid-murid terutamanya ketika membuat aktiviti bersoal jawab dan juga ingin memberikan arahan kepada murid. Menurut Norzilah Mazahar (2009). Komunikasi ialah satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak, iaitu penghantar dan penerima .Dalam konteks bilik darjah: perhubungan di antara orang dengan orang, iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan atau gerak geri dan situasi ini berlaku antara guru (saya sendiri) dan murid-murid d kelas 4 Bestari SK Pekan Tamparuli. ANALISIS ISU/MASALAH Masalah ini timbul disebabkan oleh: 1) Saya tidak mengingati nama-nama murid di dalam kelas 4 Bestari 2) Saya memanggil murid-murid berdasarkan keadaan fizikal, contohnya: “yang baju ungu”, yang ”ketua kelas”, “yang pakai botol hijau” 3) Saya tidak mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati nama murid dalam masa yang singkat. KEKUATAN/KELEMAHAN.

Upload: mis-sheila

Post on 12-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

jurnal minggu 2 praktikum 3

TRANSCRIPT

JURNAL REFLEKTIF MINGGUANNAMA GURU PELATIH: NORSHEILA BINTI ABDUL RAHMAN

BILANGAN JURNAL:KE-2MINGGU PRAKTIKUM: 2TARIKH PERISTIWA/KEJADIAN: 9/2/2015 /7/2014TAJUK JURNAL:MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH

MASALAH/PERISTIWAMinggu ini merupakan minggu kedua saya menjalani latihan mengajar di sekolah ini. Semasa saya masuk ke kelas untuk mengajar, satu masalah telah timbul iaitu semasa berkomunikasi dengan murid-murid terutamanya ketika membuat aktiviti bersoal jawab dan juga ingin memberikan arahan kepada murid. Menurut Norzilah Mazahar (2009). Komunikasi ialah satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak, iaitu penghantar dan penerima .Dalam konteks bilik darjah: perhubungan di antara orang dengan orang, iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan atau gerak geri dan situasi ini berlaku antara guru (saya sendiri) dan murid-murid d kelas 4 Bestari SK Pekan Tamparuli.

ANALISIS ISU/MASALAHMasalah ini timbul disebabkan oleh:1) Saya tidak mengingati nama-nama murid di dalam kelas 4 Bestari2) Saya memanggil murid-murid berdasarkan keadaan fizikal, contohnya: yang baju ungu, yang ketua kelas, yang pakai botol hijau 3) Saya tidak mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati nama murid dalam masa yang singkat.

KEKUATAN/KELEMAHAN.Masalah ini perlu diatasi segera kerana masalah ini mampu menghalang komunikasi yang lebih berkesan antara guru dan murid dan seterusnya membataskan guru untuk membina hubungan yang positif dengan murid. Menurut Norzilah Mazahar(2009) salah satu amalan aspek penting dalam membina komunikasi yang berkesan antara guru dan murid dalam bilik darjah adalah dengan menggunakan nama murid ketika berinteraksi dengan mereka. Apabila adanya komunikasi berkesan, barulah guru mudah untuk membina hubungan positif dengan murid. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2004) guru hanya dapat menjadi pendorong kepada murid-muridnya apabila terdapat hubungan yang sihat dan positif.

CADANGAN MENYELESAIKAN ISU1) Guru berusaha untuk menghafal dan mengingati nama murid-murid dengan kaedah penulisan dan juga kaedah visual.2) Guru membiasakan diri dengan keadaan dan suasana kelas serta sikap murid dalam usaha mengingati nama-nama murid.

TEMPOH MASA UNTUK MENYELESAIKAN ISU9/2/2015 hingga 13/2/2015

PELAKSANAAN LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN1) Merangka pelan kedudukan murid dalam usaha untuk mengingati nama murid-murid.2) Menampal pelan kedudukan murid di dalam buku Rekod Persediaan Mengajar.3) Mencari ciri luar biasa pada wajah atau fizikal murid untuk lebih senang mengingati nama murid tersebut.4) Mengambil gambar murid setiap seorang untuk memudahkan proses mengingati nama murid.5) Menyebut dengan jelas sambil cuba mengingati nama setiap murid sewaktu memulangkan buku tulis murid.

KESIMPULANKomunikasi berkesan berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Salah satu aspek yang penting dalam komunikasi berkesan ini adalah dengan mengingati nama murid. Oleh itu, saya akan berusaha dalam tempoh yang sudah ditetapkan untuk mengingati nama murid-murid dalam kelas 4 Bestari agar dapat mencapai komunikasi yang lebih berkesan selama saya mengajar mata pelajaran bahasa Malaysia tahun 4 Bestari.

DISEMAK OLEH GURU PEMBIMBING DISAHKAN OLEH PENSYARAH PEMBIMBING

TANDATANGAN:.. TANDATANGAN:.

NAMA :... NAMA :.

TARIKH : TARIKH :...

syazreen JeniferAudrey zuriatieRozaihah almaleenaa Zaibon Neo Najwa farhanNajwa Faiz Elly Ethan Aiman Najwa Farid Najwa Najwa Najwa