jurnal minggu 11
TRANSCRIPT
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
BIL. JURNAL : MINGGU KESEBELAS
TARIKH : 8 APRIL- 13 APRIL 2013
PENDAHULUAN
Murid pendidikan khas adalah kanak-kanak yang sangat istimewa dan memerlukan
perhatian penuh daripada ibu bapa, guru dan masyarakat. Namun insan yang paling
bermakna di dalam kehidupan mereka ialah ibu bapa mereka sendiri. Tanpa kasih
sayang yang ada di antara ibu dan bapa, tidak akan lahirlah seorang anak ke atas
dunia ini. Begitulah juga halnya apabila anak itu telah lahir, ibu bapa perlu
memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak kerana
mereka adalah anugerah dari Allah S.W.T. tidak kira sama ada anak itu normal
ataupun istimewa.
Kanak-kanak yang rasa disayangi akan mematuhi segala nasihat yang diberi
oleh ibu bapa dan guru mereka. Namun apabila mereka kekurangan kasih sayang,
kanak-kanak ini akan cenderung menggunakan cara mereka sendiri untuk mencari
lebih perhatian daripada orang-orang sekeliling. Sehingga hari ini, sebenarnya masih
banyak ibu bapa yang tidak dapat menerima akan hakikat bahawa mereka
mempunyai anak istimewa. Setiap dari kita seharusnya memahami dan menerima
bahawa kanak-kanak istimewa ini sebenarnya adalah jauh lebih mulia dan bermakna
dan tidak sepatutnya diabaikan.
1
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
MASALAH / PERISTIWA :
Pada minggu ini, pengurusan tingkah laku masih diteruskan seperti biasa. Murid
telah tahu apabila tibanya waktu rehat, dia perlu mengambil bekalan makanan,
duduk di meja makan, dan membaca doa sebelum makan.
Namun murid masih memerlukan arahan daripada guru. Saya terpaksa
mengulang arahan beberapa kali memandangkan murid ini mempunyai daya
tumpuan yang lemah. Kadang-kadang saya juga perlu bertegas semasa memberi
arahan kepada Faiz kerana dia tidak mahu mengikut arahan guru.
Kemahiran makan murid masih agak lemah terutamanya apabila terpaksa
makan mi goreng menggunakan sudu biasa. Saya berpendapat adalah lebih mudah
jika murid ini makan mi goreng menggunakan garfu. Murid ini tidak mempunyai
masalah kemahiran motor halus yang teruk tetapi mempunyai kemahiran imbangan
yang agak lemah. Oleh sebab itu kadang-kadang makanan di atas sudu yang
dipegang oleh murid ini boleh tertumpah kerana dia tidak boleh memegang sudu
dengan seimbang.
Daripada segi sikap, saya dapati bahawa sikapnya tidak banyak berbeza
daripada minggu sebelumnya. Sikapnya yang suka berlari keluar dan menekan hon
kereta guru masih diamalkan..
Seperti yang telah saya nyatakan pada minggu lepas, saya mula menjalankan
teknik shaping. Saya masih meneruskan teknik ini dan disertai dengan arahan lisan.
2
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
ANALISIS
Arahan yang berulang kali adalah normal kepada murid-murid berkeperluan khas. Ia
boleh disebabkan beberapa faktor seperti murid mempunyai daya tumpuan yang
lemah, murid mempunyai daya ingatan yang lemah, dan gangguan daripada
persekitaran,
Masalah memegang sudu dengan seimbang akan menyebabkan makanan
sentiasa tertumpah apabila seseorang hendak makan. Murid sepatutnya diajar
memegang sudu dengan betul sebelum mula diajar untuk makan. Oleh itu saya
berpendapat bahawa selepas ini, saya akan mengambil masa 5-7 minit setiap kali
waktu makan murid untuk melatihnya memegang sudu dengan betul.
Bagi masalah suka berlari keluar kelas pula, murid ini sebenarnya hanya
inginkan perhatian dari semua orang. Saya dapati murid ini sedar tindakannya itu
salah tetapi dia sengaja melakukannya kerana mahu menarik perhatian orang lain.
Apabila guru-guru tidak menfokuskan dirinya dan melakukan sesuatu kerja, murid ini
akan mula mencari perhatian dengan melakukan perkara yang salah
CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN
Saya mengambil keputusan untuk melatih murid dengan lebih tegas kerana jika
terlalu berlembut, murid ini akan mengambil kesempatan terhadap guru dan sentiasa
mempamerkan bahawa dia tidak mampu.
Bagi masalah memegang sudu dengan seimbang pula, saya akan melatih murid
memegang sudu dengan betul setiap kali sebelum mula mengajar makan dengan
betul. Bagi lain-lain perkara, saya akan meneruskan segala perkara menurut
perancangan yang telah dibuat.
3
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
KESIMPULAN
Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan Tuhan atas kejadian yang
berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan ingin diri dalam keadaan
sempurna dari segi fizikal, mental, emosi, dan sosial. Justeru, terdapat insan yang
dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria
lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental, emosi dan sosial. Pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikut norma
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.
Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka
mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi
dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004).
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
…………………. …………………
(AZLIZA BINTI MOHAMED)
4