jurnal minggu 1

3
Nama :Norsheila Abdul Rahman BilanganJurnal : Ke-1 MingguPraktikum : Pertama TarikhPeristiwa/ kejadian : 2 Februari 2015 hingga 6 Februari 2015 TajukJurnal : Minggu Pertama di SK Pekan Tamparuli Pada hari pertama saya serta lima orang rakan daripada IPG Kampus Kent telah melapor diri sebagai guru pelatih yang akan menjalani latihan mengajar di SK Pekan Tamparuli selama tiga bulan. Kami semua tiba ke sekolah ini pada pukul 6.30 pagi dan terus ke Pejabat Guru Besar untuk melapor diri. Guru besar menyambut kedatangan kami dengan penuh ramah dan mempersilakan kami semua untuk masuk ke biliknya untuk mendengar taklimat tentang beberapa perkara iaitu: 1) Pembahagian jadual 2) Pembinaan portfolio serta penulisan jurnal 3) Aktiviti kokurikulum 4) Mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah 5) Hal-hal berbangkit yang lain Guru besar turut menasihati kami semua agar cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan juga menggalakkan kami semua untuk memberikan sumbangan walaupun sedikit kepada pihak sekolah samada dari aspek akademik mahupun kokurikulum. Pada hari kedua saya meneliti jadual yang telah diberikan dan berbincang dengan rakan yang lain agar dapat memudahkan urusan

Upload: mis-sheila

Post on 12-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

jurnal minggu pertama praktikum fasa 3

TRANSCRIPT

Nama:Norsheila Abdul RahmanBilanganJurnal: Ke-1MingguPraktikum: PertamaTarikhPeristiwa/ kejadian: 2 Februari 2015 hingga 6 Februari 2015TajukJurnal: Minggu Pertama di SK Pekan Tamparuli

Pada hari pertama saya serta lima orang rakan daripada IPG Kampus Kent telah melapor diri sebagai guru pelatih yang akan menjalani latihan mengajar di SK Pekan Tamparuli selama tiga bulan. Kami semua tiba ke sekolah ini pada pukul 6.30 pagi dan terus ke Pejabat Guru Besar untuk melapor diri. Guru besar menyambut kedatangan kami dengan penuh ramah dan mempersilakan kami semua untuk masuk ke biliknya untuk mendengar taklimat tentang beberapa perkara iaitu:1) Pembahagian jadual2) Pembinaan portfolio serta penulisan jurnal3) Aktiviti kokurikulum4) Mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah5) Hal-hal berbangkit yang lain

Guru besar turut menasihati kami semua agar cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan juga menggalakkan kami semua untuk memberikan sumbangan walaupun sedikit kepada pihak sekolah samada dari aspek akademik mahupun kokurikulum. Pada hari kedua saya meneliti jadual yang telah diberikan dan berbincang dengan rakan yang lain agar dapat memudahkan urusan pensyarah dan guru pembimbing yang akan menilai kami di minggu-minggu yang akan datang. Selain itu, saya juga berpeluang untuk masuk ke kelas tahun 4 Bestari yang bakal saya ambil alih selama dua bulan untuk subjek Bahasa Melayu. Saya telah menetapkan peraturan-peraturan kelas bagi memudahkan saya membuat kawalan kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PNP). Pada hari ini juga kesemua guru pelatih telah dibahagi-bahagikan mengikut aktiviti kokurikulum masing-masing. Saya telah diberikan tugas untuk menjadi guru penasihat bagi persatuan bahasa Malaysia, unit beruniform Tunas Puteri dan juga permainan bola jaring.Hari ketiga pula saya telah merancang untuk mengenal pasti gaya pembelajaran murid-murid tahun 4 Bestari dan mengenalpasti murid-murid berdasarkan tahap penguasaan mereka dalam PNP samada mereka perlu diletakkan pada kelompok pengayaan atau pemulihan setelah melakukan pentaksiran. Hal ini bagi membolehkan saya menyediakan lembaran kerja serta aktiviti yang berbeza mengikut keperluan setiap kelompok. Selain itu, kami turut membantu mengendalikan aktiviti kokurikulum permainan bola jaring yang diadakan selepas waktu persekolahan iaitu pada pukul 12.30 hingga 2 petang.Pada hari keempat pula, saya telah membuat sedikit ujian kecil kepada murid-murid tahun 4 Bestari untuk mengenalpasti tahap pencapaian mereka dalam kemahiran dalam bahasa Malaysia. Selain itu, saya dan rakan-rakan mula mengumpul bahan-bahan yang diperlukan untuk portfolio praktikum masing-masing.Pada hari kelima saya serta rakan-rakan yang lain telah dibahagi-bahagikan kepada dua kumpulan untuk menjadi guru bertugas mingguan bermula minggu kedua. Selang seminggu, kami akan menjadi guru bertugas dan menyelesaikan beberapa tugasan yang diagih-agihkan oleh ketua kumpulan guru bertugas. Saya telah ditugaskan untuk mengendalikan perhimpunan pada setiap pagi, memberikan pengumuman sekiranya ada dan mengawal keadaan murid semasa mereka beredar ke kelas masing-masing. Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif untuk melihat cara-cara guru di sana mengendalikan perhimpunan pelajar dan juga mengawal murid. Secara keseluruhannya, selama seminggu berada di sekolah, kami secara beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah ini. Dorongan serta bantuan daripada guru pembimbing yang menjadi pemudah cara telah dapat meningkatkan motivasi kami untuk menjalani hari-hari yang mendatang di sekolah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing:Disahkan oleh Pensyarah Penyelia:

Tandatangan :_________________Tandatangan :_________________Nama :________________Nama :_________________Tarikh :_________________ Tarikh :_________________