jurnal hari pertama

3
Penulisan Jurnal Hari Pertama (26 Januari 2014) Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku 1. Masalah Pada hari pertama di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku, saya tidak berhadapan dengan sebarang masalah yang rumit. Namun, setibanya kami di sini, kami dimaklumkan bahawa jadual peribadi guru pelatih belum disediakan. Oleh itu, perancangan aktiviti P&P untuk hari berikutnya belum dapat dilaksanakan. Saya juga dimaklumkan bahawa murid tahun 6 akan disiapkan jadual anjal untuk mereka. Jadi berlaku beberapa perubahan dalam pengaturan jadual waktu bagi guru-guru SKCR. 2. Analisis Penyusunan jadual belum dilaksanakan kerana aktiviti sekolah yang agak padat. Tambahan pula, faktor jadual anjal turut menyebabkan jadual peribadi guru pelatih belum dibincangkan bersama guru pembimbing dan pihak pentadbiran sekolah. Oleh itu, penyusunan jadual hanya boleh dilaksanakan pada hari pertama praktikum. Taklimat telah diberikan oleh YM Raja Khairulridzuan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Seberang Jerteh berkenaan latar belakang sekolah, harapan, pencapaian, disiplin serta pengurusan dan pentadbiran sekolah. 3. Cadangan penambahbaikan a) Penyusunan jadual telah dilaksanakan setelah perbincangan bersama pihak Pentadbiran sekolah dijalankan. Saya telah dimaklumkan bahawa jadual peribadi guru praktikum akan diberikan pada hari kedua praktikum (24 Julai 2012). Kesempatan ini memberikan saya ruang dan peluang untuk mengenali pelajar dan meronda kawasan sekolah terlebih dahulu . b) Taklimat telah diberikan oleh YM Raja Khairulridzuan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Seberang Jerteh. Beliau memaklumkan bahawa jadual akan disediakan secepat

Upload: judd-tajol

Post on 12-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Hari Pertama

Penulisan Jurnal Hari Pertama

(26 Januari 2014)

Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku

1. Masalah

Pada hari pertama di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku, saya tidak

berhadapan dengan sebarang masalah yang rumit. Namun, setibanya kami di

sini, kami dimaklumkan bahawa jadual peribadi guru pelatih belum disediakan.

Oleh itu, perancangan aktiviti P&P untuk hari berikutnya belum dapat

dilaksanakan. Saya juga dimaklumkan bahawa murid tahun 6 akan disiapkan

jadual anjal untuk mereka. Jadi berlaku beberapa perubahan dalam

pengaturan jadual waktu bagi guru-guru SKCR.

2. Analisis

Penyusunan jadual belum dilaksanakan kerana aktiviti sekolah yang agak

padat. Tambahan pula, faktor jadual anjal turut menyebabkan jadual peribadi

guru pelatih belum dibincangkan bersama guru pembimbing dan pihak

pentadbiran sekolah. Oleh itu, penyusunan jadual hanya boleh dilaksanakan

pada hari pertama praktikum. Taklimat telah diberikan oleh YM Raja

Khairulridzuan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan

Seberang Jerteh berkenaan latar belakang sekolah, harapan, pencapaian,

disiplin serta pengurusan dan pentadbiran sekolah.

3. Cadangan penambahbaikan

a) Penyusunan jadual telah dilaksanakan setelah perbincangan bersama

pihak Pentadbiran sekolah dijalankan. Saya telah dimaklumkan bahawa

jadual peribadi guru praktikum akan diberikan pada hari kedua praktikum

(24 Julai 2012). Kesempatan ini memberikan saya ruang dan peluang

untuk mengenali pelajar dan meronda kawasan sekolah terlebih dahulu .

b) Taklimat telah diberikan oleh YM Raja Khairulridzuan, Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Seberang Jerteh. Beliau memaklumkan

bahawa jadual akan disediakan secepat mungkin dan kesempatan ini

Page 2: Jurnal Hari Pertama

dapat digunakan untuk melengkapkan makumat yang diperlukan.

Sebarang pertanyaan atau keperluan juga boleh dirujuk kepada Penolong

Kanan 1 atau Guru Besar.

4. Tempoh masa

Masalah ini akan diatasi secepat mungkin. Berkemungkinan jadual dan

pertemuan dengan guru pembimbing dapat dilaksanakan pada hari kedua

atau ketiga praktikum.

5. Penilai Kejayaan

Saya akan meminta pandangan daripada guru-guru lain yang lebih

berpengalaman dalam memastikan kelancaran proses P&P.

6. Tindakan Susulan

Semasa menanti jadual peribadi siap disusun, saya boleh meminta

pandangan daripada guru-guru yang lain dan berkenalan dengan guru serta

kakitangan sekolah untuk mendapatkan maklumat yang saya perlukan di

samping membina hubungan baik antara saya dan pihak sekolah. Selain itu

juga, saya perlu lebih bersedia dengan kemungkinan bahawa jadual mungkin

akan diterima agak lewat. Oleh itu, pelbagai perkara lain dapat disediakan

terlebih dahulu.

Page 3: Jurnal Hari Pertama

Disemak oleh Guru Pembimbing :

Tandatangan: _____________________

Nama : Encik Che Mat B. Che Ishak

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing:

Tandatangan: ______________________

Nama : Cik Fauziah Binti Haji Jamil

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing:

Tandatangan: ______________________

Nama : Pn. Nor A’zah Bt Abd Aziz

Tarikh :