jurnal 4

Upload: fazlin-ayuni

Post on 05-Oct-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal : 4 / 8Minggu Praktikum : KeempatTarikh Peristiwa : 11 Ogos hingga 15 Ogos 2014Tajuk Jurnal : Pengurusan Kelas Pendidikan Jasmani

1. Masalah / Peristiwa Perkara yang menarik perhatian saya untuk dibincangkan pada minggu ini ialah berkaitan dengan masalah pengurusan murid kelas Pendidikan Jasmani. Minggu ini merupakan kelas pertama saya mengajar subjek Pendidikan Jasmani di padang. Hal ini disebabkan beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan pada minggu sebelumnya. Antara masalah yang saya hadapi dalam kelas Pendidikan Jasmani kali pertama ini ialah terdapat murid yang tidak mendengar arahan yang saya berikan sebelum memulakan sebarang aktiviti di padang. Ada beberapa orang murid tidak menumpukan perhatian dan bercakap semasa sesi penerangan arahan dijalankan. Selain itu, saya juga tidak begitu memberikan tumpuan kepada aspek keselamatan murid kerana membenarkan mereka membuka kasut semasa menjalankan aktiviti di padang.

2. Analisis Masalah ini timbul mungkin disebabkan suara saya yang tidak begitu kuat ketika menerangkan sebarang arahan permainan. Selain itu, saya turut berpendapat bahawa berkemungkinan arahan yang saya berikan tidak ringkas dan menimbulkan kebosanan dalam diri murid. Berkaitan dengan aspek keselamatan murid pula, terdapat beberapa orang murid yang meminta izin untuk membuka kasut sekolah masing-masing sebelum menjalankan aktiviti. Hal ini mungkin disebabkan mereka lebih selesa menjalankan aktiviti berlari tanpa memakai kasut. Saya juga tidak begitu peka dengan keselamatan mereka dengan membenarkan mereka menjalankan aktiviti tanpa memakai kasut.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Memastikan arahan permainan yang diberikan ringkas dan padat serta mudah difahami oleh murid.b) Memperbanyakkan membaca buku berkaitan pengurusan murid Pendidikan Jasmani di padang.c) Menggunakan Energizer untuk menarik perhatian murid. Contohnya menyuruh murid menepuk tangan sebanyak satu kali, dua kali atau tanpa bunyi.d) Memastikan murid memakai kasut semasa menjalankan sebarang aktiviti di padang.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan kawalan kelas yang baik adalah perlu bagi memastikan murid seronok menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani di padang. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, sudah pasti objektif pengajaran yang dirancang tidak akan tercapai.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : ____________________ Tandatangan : ____________________Nama : ____________________ Nama : ____________________Tarikh : ____________________ Tarikh : ____________________