jurnal 3

2

Click here to load reader

Upload: anati-azizan

Post on 16-Jul-2015

22 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 3

JURNAL 3

MINGGU KETIGA

4 FEBRUARI – 8 FEBRUARI 2013

MASALAH

Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah masalah dalam mengingati

nama murid. Memandangkan minggu ini merupakan minggu ketiga saya sudah

berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II, saya masih lagi tidak dapat

mengingati nama anak-anak murid saya di kelas aliran perdana sepenuhnya.

Sewaktu saya mengajar di kelas aliran perdana, saya dapati saya amat sukar untuk

mengingat nama murid. Keadaan ini telah menyukarkan saya untuk melaksanakan

aktiviti soal jawab bersama murid. Saya tidak dapat memanggil nama mereka

dengan betul. Saya hanya menunjukkan tangan ke arah mereka sahaja apabila saya

hendak bertanyakan soalan.

ANALISIS

Punca masalah ini berlaku disebabkan saya amat lemah dalam mengingati

nama seseorang. Saya akui perkara ini sememangnya merupakan satu kelemahan

bagi diri saya. Tambahan, sebelum ini saya hanya mengajar murid pemulihan.

Bilangan murid pemulihan tidak seramai murid di kelas aliran perdana. Jumlah murid

di kelas aliran perdana yang besar bilangannya membuatkan saya semakin sukar

untuk mengingati nama anak-anak murid saya. Selain pada itu, kekerapan saya

memasuki kelas aliran perdana Matematik hanya tiga kali seminggu. Perkara ini juga

sedikit sebanyak membantutkan saya dalam proses mengingat nama murid-murid

saya.

CADANGAN UNTUK DIPERBAIKI

Antara usaha yang saya fikir dapat mengatasi masalah saya ini ialah:

a) Mengambil kehadiran murid-murid setiap kali masuk ke kelas. Perkara ini

secara tidak langsung dapat membantu saya mengecam wajah mereka serta

mengingati nama anak-anak murid saya.

b) Membuat senarai nama bergambar supaya dapat memudahkan saya

mengingati nama mereka.

c) Menyediakan label nama murid-murid. Dengan adanya label nama murid-

murid ini, perkara ini dapat memudahkan saya menyebut nama ketika hendak

menyoal mereka.

Page 2: Jurnal 3

JURNAL 3

TEMPOH MASA

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam minggu kelima iaitu, 18 - 22

Februari 2013. Perkara ini amat penting untuk diselesaikan

PENILAIAN KEJAYAAN

Saya akan meminta murid-murid membantu saya untuk mengingati nama

mereka. Sekiranya saya salah memanggil nama mereka, saya minta mereka untuk

betulkan saya.

TINDAKAN SUSULAN

Bagi mengatasi permasalahan ini, apa yang akan saya lakukan adalah:

a) Setiap kali masuk ke kelas, pada awal sesi P&P, saya akan mengambil

kehadiran mereka.

b) Saya akan meminta murid saya menulis nama panggilan mereka pada kad

nama yang akan saya sediakan. Kad nama ini murid akan memakainya

sepanjang waktu saya.