jurnal 2 (eq vs iq).docx

15
1.0 PENDAHULUAN Tujuan jurnal refleksi ini ditulis adalah sebagai laporan setiap perkembangan yang dilakukan oleh ahli kumpulan kami dalam menyelesaikan kertas kerja berkumpulan. Rentetan itu, jurnal refleksi ini adalah berdasarkan kajian kami yang bertajuk ‘EQ vs IQ’. Jurnal ini dikarang mengikut kronologi peristiwa yang berlaku sepanjang perlaksanaan tugasan. Sesetengah peristiwa dicatat mengikut tarikh kejadian tersebut berlaku. Catatan peristiwa-peristiwa tersebut boleh dijadikan sebagai jalan cerita dan pembuktian perlaksaan kertas kerja. Kajian ini dijalankan dengan kerjasama semua ahli kumpulan dan juga sebahagian pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang bermurah hati untuk menjadi responden bagi kajian kami. Borang soal selidik diagihkan antara ahli kumpulan untuk diedarkan kepada penghuni kolej dan fakulti masing-masing. Sejujurnya, ini adalah pengalaman pertama kami dalam menjalankan kaji selidik. Sepanjang menjalani proses kajian soal selidik ini, pelbagai peristiwa yang berlaku dan kami catatkan peristiwa-peristiwa tersebut dalam jurnal ini. Walaupun isu kajian yang kami jalankan ini sinonim dengan kehidupan kami sebagai seorang pelajar, namun perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana semuanya memerlukan praktikal secara konsisten. Nilai-nilai murni diajar secara teori di peringkat sekolah dan juga universiti, namun bukan semua nilai- nilai tersebut mampu diaplikasi dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, pengalaman ini bukan hanya untuk menilai dan menganalisis hasil kajian yang bakal diperoleh, malah pengalaman ini menjadi sangat bermakna bagi kami kerana kajian ini memerlukan kesabaran yang tinggi dalam pencarian maklumat dan data secara terperinci. 1

Upload: farisya-ajis

Post on 30-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contents

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Tujuan jurnal refleksi ini ditulis adalah sebagai laporan setiap perkembangan yang dilakukan oleh ahli kumpulan kami dalam menyelesaikan kertas kerja berkumpulan. Rentetan itu, jurnal refleksi ini adalah berdasarkan kajian kami yang bertajuk EQ vs IQ.Jurnal ini dikarang mengikut kronologi peristiwa yang berlaku sepanjang perlaksanaan tugasan. Sesetengah peristiwa dicatat mengikut tarikh kejadian tersebut berlaku. Catatan peristiwa-peristiwa tersebut boleh dijadikan sebagai jalan cerita dan pembuktian perlaksaan kertas kerja.Kajian ini dijalankan dengan kerjasama semua ahli kumpulan dan juga sebahagian pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang bermurah hati untuk menjadi responden bagi kajian kami. Borang soal selidik diagihkan antara ahli kumpulan untuk diedarkan kepada penghuni kolej dan fakulti masing-masing. Sejujurnya, ini adalah pengalaman pertama kami dalam menjalankan kaji selidik. Sepanjang menjalani proses kajian soal selidik ini, pelbagai peristiwa yang berlaku dan kami catatkan peristiwa-peristiwa tersebut dalam jurnal ini.Walaupun isu kajian yang kami jalankan ini sinonim dengan kehidupan kami sebagai seorang pelajar, namun perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana semuanya memerlukan praktikal secara konsisten. Nilai-nilai murni diajar secara teori di peringkat sekolah dan juga universiti, namun bukan semua nilai-nilai tersebut mampu diaplikasi dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, pengalaman ini bukan hanya untuk menilai dan menganalisis hasil kajian yang bakal diperoleh, malah pengalaman ini menjadi sangat bermakna bagi kami kerana kajian ini memerlukan kesabaran yang tinggi dalam pencarian maklumat dan data secara terperinci.Akhir sekali, kami dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan masing-masing sepanjang perlaksanaan kajian ini. Melaui kelemahan-kelemahan tersebut, beberapa langkah dan cadangan telah dikenalpasti agar kajian yang dilakukan pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan hasil kajian juga menjadi lebih bermutu.

2.0 PERISTIWA-PERISTIWA SEPANJANG KAJIAN

Tugasan ini seharusnya dimulakan pada 10 September 2014. Walau bagaimanapun, atas faktor ketidakhadiran pelajar yang ramai pada minggu pertama kuliah, tugasan ini kami terima pada minggu berikutnya, iaitu 17 September 2014. Kumpulan ini terdiri daripada lima orang ahli dan kami bersepakat untuk memilih Lavender sebagai nama kumpulan kami. Kuliah diadakan di Bilik Serbaguna aras 2, Perpustakaan Tun Sri Lanang dari pukul 4 petang sehingga pukul 6 petang. Selepas jam 6 petang, kami kesuntukan masa untuk menunaikan kewajipan solat Asar dan membuat perbincangan secara berkumpulan. Oleh hal yang demikian, setiap kali selepas perjumpaan, ketua kumpulan hanya sempat membahagi-bahagikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan.Namun begitu, perbincangan yang kerap dilakukan adalah secara alam maya seperti melalui aplikasi Whatsapp dan juga melalui khidmat pesanan ringkas. Dalam perbincangan tersebut, kami telah berbincang mengenai tajuk dan skop kajian yang akan dijalankan. Sewaktu menyuarakan cadangan tajuk bagi kajian ini, kami menghadapi beberapa kesulitan dalam mengeluarkan idea. Namun, kesulitan tersebut dapat diatasi melalui pertukaran pendapat oleh setiap ahli kumpulan dalam pengekspresian idea. Antara cadangan tersebut, adalah membuat kajian tentang nilai kesopanan dalam diri mahasiswa terhadap pemandu bas. Contohnya, kekerapan ungkapan terima kasih dalam kalangan pelajar terhadap pemandu bas. Namun, cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh semua ahli kerana kajian yang dijalankan tidak meluas dan hanya tertumpu kepada pemandu bas sedangkan nilai kesopanan ini boleh dikembangkan lagi. Justeru, kami bercadang untuk meluaskan kajian ini kepada yang lebih umum. Tajuk kajian yang baharu dipilih ini tidak hanya mengaitkan nilai kesopanan, bahkan nilai-nilai murni yang lain seperti bekerjasama, berdisiplin mahir dalam mengawal tekanan dan sebagainya. Jjusteru, nilai-nilai ini dirangkumi di bawah satu tajuk, iaitu kemahiran emosi (EQ). Seterusnya, kami mengaitkan kemahiran emosi (EQ) dengan kemahiran intelektual (IQ) dalam kehidupan pelajar. Hal ini demikian kerana, kebanyakan mahasiswa mengabaikan tuntutan emosi terhadap masyarakat sekeliling walaupun mereka memiliki tahap intelektual yang tinggi. Oleh hal yang demikian, kami telah bersetuju untuk memilih tajuk, IQ vs EQ. Setelah selesai membuat rangka kerja yang merangkumi pemilihan tajuk, tujuan kajian serta skop kajian, kami telah menghantar rangka kerja tersebut menerusi emel kepada Cik Maharam untuk mendapatkan persetujuan beliau mengenai tajuk kajian kami. Kami sekumpulan telah bersetuju untuk memilih kaedah kajian secara resensi kepustakaan kerana kaedah ini merupakan yang paling dominan dalam kebanyakan kajian yang dilakukan di nusantara ini. Namun begitu, perkara yang sering diingatkan oleh ketua kumpulan adalah tidak sesekali menyalin secara terus daripada sumber internet yang dirujuk. Kami disarankan untuk membuat ayat sendiri agar tidak berlaku plagiarism. Selain itu, kami mengedar borang soal-selidik kepada pelajar UKM kerana hal ini dilihat mudah dan tidak makan masa yang lama untuk melaksanakannya. Pada awalnya, kami ingin melakukan temu ramah terhadap beberapa orang pemandu bas dan juga kakitangan kolej. Namun begitu, masalah kekangan masa dan pertembungan jadual waktu antara ahli kumpulan menyebabkan kaedah kajian secara temu ramah ini dibatalkan. Pada 29 September 2014, kami telah mengadakan satu perjumpaan di Aras 4, Perpustakaan Tun Sri Lanang pada jam 11 pagi. Tujuan perbincangan kami adalah untuk membahagikan tugas masing-masing. Namun, perbincangan tersebut tidak berjalan dengan lancar kerana sumber rujukan yang dimuat turun ke dalam i-folio tidak dapat dibaca oleh sistem komputer kami. Jadi, pembahagian tugas antara ahli kumpulan menjadi suatu kesukaran. Pada 6 Oktober 2014, kami menghadapi masalah untuk mendapat kelulusan borang soal selidik yang telah dirangka. Kami sedia maklum bahawa Cik Maharam sedang bercuti dan tidak akan memberi respon terhadap dokumen-dokumen yang dihantar kepada beliau dalam masa seminggu beliau bercuti. Jadi, urusan pengagihan borang tersebut tertangguh seketika. Walau bagaimanapun, apabila beliau pulang daripada berrcuti, kami bersua muka dengan Cik Maharam selepas waktu kuliah untuk mendapatkan pengesahan borang soal selidik tersebut. Jadi, kami tidak perlu menunggu balasan email daripada beliau.Pada 15 Oktober 2014, kami mula mengagihkan boang soal selidik kepada pelajar. Setiap ahli kumpulan mendapat sebanyak 18 helai borang sebelum diagihkan kepada para pelajar. Borang soal selidik tersebut telah diedarkan di kolej dan fakulti masing-masing. Kami mengambil masa kurang daripada dua hari untuk mengedarkan borang tersebut. Sepanjang pelaksanaan pengagihan borang ini dilakukan, terdapat beberapa kesulitan yang berlaku. Antaranya adalah sikap sesetengah pelajar yang tidak mahu memberi kerjasama untuk mengisi borang kaji selidik. Selain itu, borang soal selidik juga tidak diisi dengan lengkap sehingga menyukarkan kami untuk membuat penilaian terhadap sikap pelajar.Pada 14 Oktober 2014, kami telah membuat tinjauan di kolej masing-masing bagi melihat sendiri sama ada etika pelajar selari atau tidak dengan tahap intelektual mereka. Oleh itu, beberapa tinjauan telah di lakukan seperti meninjau tandas, bilik mandi, kawasan sekitar asrama pelajar, kafe dan surau kolej. Setelah membuat pengumpulan data dan pengumpulan kertas kerja yang telah dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan, kami menghantar salinan kertas kerja tersebut kepada pensyarah melalui email pada 2 November 2014. Dua selepas itu, kami mendapat balasan email daripada pensyarah beserta komen dan cadangan penambahbaikan. Namun, kami tidak memahami syarat-syarat dan kriteria yang diperlukan oleh pensyarah. Oleh hal yang demikian, kami membuat keputusan untuk bertemu sendiri dengan pensyarah pada.

Penerangan yang lebih terperinci diberikan oleh pensyarah. Terdapat banyak kesalahan yang perlu kami betulkan, terutamanya pada bahagian dapatan kajian. Malah, kami perlu membuat pengiraan semula pada analisi data borang soal selidik. Sebaik sahaja pulang daripada berjumpa dengan pensyarah, kami terus melakukan kerja-kerja pengiraan dan proses edit sehingga jam 6 petang. Dua hari selepas itu, kami menghantar semula kertas kerja yang telah ditambah baik melalui email kepada pensyarah.Akhirnya, pada 6 November 2014, kami mendapat balasan email daripada pensyarah mengatakan bahawa kertas kerja kami telah ditambah baik dan perlu sedikit sahaja lagi penambahbaikan. Pada 26 November 2014, jam 5 petang, kami membuat satu lagi perbincangan bertempat di Perpustakaan Tun Sri Lanang. Dalam perbincangan ini, setiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menjadi pembentang bagi membentangkan hasil projek ini. Hari pembentangan kertas kerja kumpulan kami seharusnya dijalankan pada 8 Disember 2014, namun atas faktor kekangan waktu, maka giliran pembentangan kumpulan kami terpaksa ditunda pada minggu berikutnya, iaitu pada hari Isnin, bersamaan 15 Disember 2014. Semuanya berjalan dengan lancar dan kami menyerahkan kertas kerja tersebut kepada pensyarah dalam bentuk folio.

3.0 PENGALAMAN PEMBELAJARAN YANG DIALAMI

Ahli kumpulan ini terdiri daripada lima orang individu serta berbeza fakulti dan kolej. Maka, pada hari pertama perjumpaan, kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Sepanjang minggu kuliah juga, kami tidak berpeluang untuk duduk semeja dan berbincang mengenai tugasan yang diberikan. Oleh hal yang demikian, kami berusaha untuk meluangkan sedikit waktu yang tersisa untuk berjumpa, berkumpul dan berbincang mengenai pembahagian dan pelaksanaan tugas tersebut di luar waktu kelas. Kami akui bahawa perjumpaan yang diadakan bersama ahli kumpulan adalah sangat minima, lantaran kekangan masa dan jadual kuliah yang bertindih. Jadi, perbincangan secara alam maya adalah sangat membantu, selain merapatkan jurang antara ahli kumpulan. Setiap ahli kumpulan bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan pembahagian tugasan masing-masing. Tajuk kajian ini mengerah kami untuk melakukan pemerhatian bersama dan membuat konklusi berdasarkan percambahan pendapat setiap ahli kumpulan. Tolak ansur adalah penting dalam keterbukaan penerimaan pendapat ahli lain dan bukannya berasaskan sikap pentingkan diri sendiri.Sepanjang menjalankan kajian ini, kami mengenal erti kerjasama berkumpulan. Pada minggu pertama, seorang ketua telah dilantik dan diberi tanggungjawab dalam membahagikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan. Oleh hal yang demikian, kertas kerja ini dapat disiapkan dengan lebih sistematik dan teratur dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setiap ahli kumpulan melengkapkan bahagian tugasan masing-masing. Walau bagaimanapun, kami tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri dan saling membantu tugasan ahli-ahli lain. Dalam erti kata yang lain, komitmen sangat penting walaupun setiap ahli kumpulan terikat dengan tugasan fakulti masing-masing. Kesimpulannya, kerjasama yang erat dan padu menjamin kelancaran dalam memperoleh maklumat ke arah perlaksanaan tugasan ini.Sepanjang tempoh ini juga, kami belajar untuk lebih menghargai masa. Pengurusan amat penting dalam melaksanakan sebarang pekerjaan. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Oleh hal yang demikian, kami telah berbincang pada awal pertemuan dahulu dan kami bersepakat untuk menyiapkan kertas kerja ini pada waktu siang, iaitu ketika tiada kuliah dan ada kelapangan waktu. Jadi, pelaksanaan kertas kerja ini terus berjalan secara konsisten walapun dilaksanakan sedikit demi sedikit. Pada waktu malam pula, kami luangkan masa untuk mengulangkaji dan membuat latihan kuliah fakulti masing-masing. Melalui pengurusan masa yang baik, kami mampu meluangkan jadual harian kami dengan sebaiknya. Kami akui bahawa perjumpaan sesama ahli kumpulan amat jarang dilakukan, namun kertas kerja ini tetap dapat dilaksanakan melalui perbincangan secara alam maya, pengurusan masa yang baik serta komitmen dan kerjasama yang padu dalam kalangan ahli kumpulan.

4.0 KELEMAHAN SEMASA MENJALANKAN KAJIAN

Semasa menjalankan kajian ini, terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan kajian secara berkumpulan. Antaranya adalah masalah komunikasi dan kurang kemesraan sesama ahli kumpulan. Hal ini demikian kerana, setiap ahli kumpulan masih belum mengenali karakter dalam diri ahli kumpulan yang lain. Walau bagaimanapun, selepas sedikit sesi pengenalan diri, komunikasi antara kami menjadi semakin lancar.Selain itu, masalah yang kami hadapi adalah kurang kesefahaman dan tidak sependapat dalam membuat keputusan. Semasa pemilihan ketua kumpulan, tiada ahli yang sukarela menawarkan diri untuk menjadi ketua. Namun, apabila seorang ahli mencalonkan rakannya, hal ini pula tidak mendapat persetujuan oleh ahli kumpulan yang lain. Malah, seorang lagi ahli kumpulan dicalonkan untuk menjadi ketua. Jadi, kami berbincang dan membuat undian untuk melantik seorang ketua. Namun, salah seorang daripada calon tersebut menarik diri daripada pencalonan dan akhirnya, seorang ketua kumpulan bersetuju untuk dilantik. Ahli kumpulan yang lain juga mula meyakini kebolehannya dan cara beliau mengendalikan perbincangan pertama kami itu. Masalah perlantikan ahli kumpulan ini memakan masa yang agak lama. Begitu juga dengan pemilihan nama kumpulan. Ahli kumpulan mencadangkan pelbagai nama, namun setelah itu, ketua kumpulan yang memilih dan membuat keputusan berdasarkan cadangan yang diberikan.Selain itu, kami juga menghadapi sedikit masalah untuk menetapkan tajuk kajian kami. Walau bagaimanapun, pada ketika itu kami sudah mempunyai idea dan gambaran mengenai perkara yang ingin kami kaji. Masalah yang dihadapi adalah untuk menentukan satu tajuk yang tidak sarat dan sesuai dengan kajian dan mesej yang ingin disampaikan. Setelah membuat perbincangan, akhirnya kami bersepakat dengan satu tajuk kajian, iaitu Kemahiran Intelektual Mendominasi Pelajar UKM daripada Kemahiran Emosi. Setelah menghantar rangka kerja kepada pensyarah berkenaan, tajuk kajian tersebut diubah menjadi lebih ringkas, padat dan penuh dengan tanda tanya mengenai perkara yang ingin disampaikan. Tajuk kajian tersebut adalah EQ vs IQ.Di samping itu, kami menghadapi masalah dari segi penetapan masa dan tempat perjumpaan di luar waktu kuliah. Ahli kumpulan kami terdiri daripada pelajar yang berlainan kolej dan fakulti. Oleh hal yang demikian, kami menghadapi kesukaran untuk membuat perjumpaan di tempat yang sesuai. Tambahan pula, jadual kuliah antara ahli kumpulan adalah berlainan dan sering berselisih antara satu dengan yang lain. Kami juga tidak boleh membuat perjumpaan pada waktu malam kerana beberapa orang ahli kumpulan kami terlibat dengan kelas Citra pada waktu malam. Jadi, kami perlu mencari masa yang betul-betul sesuai untuk mengadakan perjumpaan antara ahli kumpulan kami. Walau bagaimanapun, sepanjang kajian ini dilakukan, perjumpaan sesama ahli kumpulan hanya pernah dilakukan sebanyak dua kali. Perjumpaan pertama adalah mengenai perbincangan data dan hasil kajian setelah membuat beberapa kajian dan pemerhatian secara individu. Perjumpaan kedua pula adalah mengenai pembentangan kertas kerja tersebut. Oleh hal yang demikian, semua perbincangan sebelum perjumpaan pertama dilakukan melalui aplikasi kumpulan WhatsApp yang diberi nama Lavender Menulis.Semasa mengedarkan borang soal selidik di dalam dewan kuliah, terdapat beberapa masalah yang dihadapi ketika pengumpulan semula borang soal selidik tersebut. Hal ini merujuk kepada kehilangan beberapa borang soal selidik lantaran terdapat responden yang terlupa untuk memulangkannya semula. Hal ini menyebabkan borang soal selidik tersebut terpaksa difotokopi beberapa kali untuk mencukupkan jumlah yang sepatutnya. Kelemahan lain yang dihadapi adalah kepelbagaian penggunaan Bahasa Melayu yang kurang dramatis dan juga kesalahan tatabahasa dalam kalangan ahli kumpulan. Hal ini merujuk kepada pengumpulan semula kerja-kerja yang telah dilakukan melalui pembahagian tugasan sebelum ini. Terdapat penggunaan bahasa yang kurang sesuai untuk digunakan dalam kertas kerja. Oleh hal yang demikian, ketua kumpulan ditugaskan untuk mengumpul pembahagian tugasan yang telah dijalankan dan melakukan proses edit terhadap tugasan-tugasan tersebut sebelum dihantar kepada pensyarah.

5.0 KEKUATAN SEMASA MENJALANKAN KAJIAN

Selain kelemahan semasa menjalankan kajian, kami juga dapat mengenalpasti kekuatan kami sebagai ahli sepasukan. Kekuatan kami yang pertama adalah sikap kepimpinan yang tinggi dan tanggungjawab yang dibawa oleh ketua kumpulan. Ketua kumpulan kami memainkan peranannya dengan baik sekali. Bukan sahaja dari segi pembahagian tugasan, malah semua proses mengedit dilakukan oleh beliau.Selain itu, ahli kumpulan kami turut mempamerkan kerjasama yang padu dan erat dalam proses melengkapkan tugasan yang telah dibahagikan oleh ketua kumpulan tepat pada waktunya. Ketua kumpulan kami sangat tegas dari aspek masa. Beliau sering menyatakan tarikh dan masa yang spesifik kepada setiap ahli kumpulan supaya menghantar tugasan yang diberi. Sekiranya beliau memerlukan sesuatu kerja itu dihantar kepadanya pada keesokan hari, setiap ahli memberikan komitmen yang cemerlang dan bertungkus-lumus menyiapkan tugasan tersebut agar mendapat hasil yang memuaskan.Masalah komunikasi adalah kelemahan kami ketika awal pertemuan, iaitu ketika kuliah pertama. Namun, perkara yang boleh dinyatakan di sini adalah aspek komunikasi ini juga menjadi salah satu daripada kekuatan kami. Hal ini demikian kerana, kami berupaya untuk memecahkan tembok kedinginan yang menghalang kemesraan sesama ahli kumpulan dalam jangka masa yang singkat.Tambahan pula, aplikasi kumpulan WhatsApp yang ditubuhkan menjadi kekuatan kami untuk terus berhubung dan memudahkan proses perbincangan kertas kerja. Melalui aplikasi ini, kami berbincang mengenai pelbagai permasalahan yang timbul sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Walaupun terdapat kekangan masa dan pertindihan waktu kuliah, sebarang masalah dapat diselesaikan dengan lebih pantas melalui perbincangan secara alam maya ini. Setiap orang menyuarakan pendapat dan idea masing-masing. Aplikasi ini bukan sahaja mengenai perbincangan kertas kerja, malah hal-hal seharian dan di luar waktu kuliah juga menjadi topik perbualan. Hal ini seterusnya merapatkan jurang dan mewujudkan kemesraan sesama ahli kumpulan.

6.0 LANGKAH-LANGKAH DAN CADANGAN PEMBAIKAN

Berdasarkan kelemahan-kelemahan yang dinyatakan, terdapat beberapa masalah yang berjaya diatasi sepanjang kajian ini dilakukan. Contohnya, jalan penyelesaian dalam pelantikan ketua kumpulan, pemilihan tajuk yang sesuai, perbincangan secara alam maya dan juga penyelesaian kepelbagaian masalah tatabahasa dan penggunaan bahasa Melayu secara dramatis. Namun begitu, masih terdapat beberapa masalah yang merencatkan perjalanan dan hasil kajian yang diperoleh.Antara cadangan pembaikan untuk mengatasi masalah kehilangan borang soal selidik ketika proses pengumpulan semula adalah mengagihkan borang tersebut secara berperingkat-peringkat mengikut susunan kerusi di dalam dewan kuliah tersebut, dan bukannya mengagihkan kesemua borang soal selidik kepada seluruh isi dewan kuliah. Hal seperti ini telah terjadi dan bilangan borang soal selidik yang dikutip tidak sama dengan bilangannya ketika diagihkan. Selain itu, cadangan lain adalah mengira bilangan borang sebelum diagihkan dan sedaya upaya mengingati personaliti luaran responden tersebut. Jadi, sekiranya bilangan borang soal selidik yang bakal dikutip nanti tidak mencukupi, kami boleh mengenalpasti individu yang belum memulangkan borang tersebut berdasarkan wajah dan personaliti luaran yang dihafal tadi. Melalui langkah-langkah yang telah dibincangkan, segala masalah yang berkaitan perlaksanaan kertas kerja ini dapat diatasi dengan teratur dan sistematik. Tidak dinafikan, masalah pengumpulan semula borang soal selidik tersebut telah mengganggu proses untuk memperoleh hasil kajian. Namun, melalui langkah-langkah pembaikan yang telah dicadangkan, diharap agar tugasan projek seterusnya dapat berjalan mengikut gerak kerja yang dirancang.

7.0 PENUTUP

Sebagai menggulung segala hujah kajian ini, tajuk kajian EQ vs IQ ini banyak membantu kami dalam membentuk jati diri untuk bertindak sebagai satu kumpulan dan mengasah sifat kepimpinan dalam diri kami.Setelah beberapa tempoh kami berhempas pulas dan berusaha bersama, kami berjaya menyiapkan kajian ini dengan jayanya serta dapat diserahkan kepada pensyarah tepat pada masanya. Komitmen yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan membuahkan hasil yang memberangsangkan. Selain itu, peranan pensyarah dalam memberi maklumat dan pelbagai informasi baru, terutamanya ketika waktu kuliah banyak menyumbang kepada mesej yang ingin disampaikan dalam kertas kerja kami. Beliau juga tidak pernah jemu membantu, membetulkan kesilapan dalam rangka kerja kami dan juga memberi tunjuk ajar kepada kami untuk melaksanakan kajian ini.Di samping itu, panduan, bimbingan dan komen yang diberikan setelah kami melakukan pembentangan kertas kerja ini juga banyak membantu kami dalam memperbetulkan kesilapan yang masih bersisa. Ulasan yang diberikan pensyarah kami dijadikan sebagai panduan bagi melengkapkan kajian ini.Sebagai penutup, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu kami dalam menyiapkan projek ini secara langsung mahupun tidak. Kami berharap bahawa kajian ini yang bertajuk EQ vs IQ, menjadi suatu kajian yang berguna dan dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak

2