jual beli - tempahan

11
TAJUK : TEMPAHAN (BAI’ AL- ISTISNAA’) Takrif Rukun Hukum Tempahan

Upload: ezzally

Post on 28-May-2015

2.216 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jual Beli - Tempahan

TAJUK : TEMPAHAN (BAI’ AL-ISTISNAA’)

Takrif Rukun

Hukum Tempahan

Page 2: Jual Beli - Tempahan

TAKRIF

Akad jual beli di mana pembeli menempah atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu barang yang dikehendakinya supaya disiapkan dalam masa yang tertentu dengan harga yang tertentu dan cara bayaran yang telah ditetapkan

Contohnya:o Seorang pembeli menempah sebuah meja makan dengan

seorang penjual dengan harga $1000 untuk disiap dan diserahkan dalam tempoh masa sebulan

o Penjual hendaklah menyerahkan meja itu pada tarikh yang ditetapkan semasa akad berkenaan

Page 3: Jual Beli - Tempahan

Jual beli secara tempahan memberi kemudahan.o Orang ramai dapat membeli barang-barang

mengikut rupa, bentuk, jenis dan fesyen yang mereka suka tanpa terikat dengan jual beli secara tunai saja

Page 4: Jual Beli - Tempahan

Rukun : Sama dengan rukun-rukun dan syarat-syarat jual beli

Rukun

Penempah(pembeli)

Tukang(penjual)

Barang yang

ditempahHarga

Sighah: ijab dan qabul

Page 5: Jual Beli - Tempahan

HUKUM TEMPAHAN

Tempahan adalah sejenis jual beli yang sah dan halalo Berdasarkan kepada jualan al-salam, al-Istisnaa dan

kebiasaan orang ramai mengamalkannya sepanjang zaman.

Penempah hendaklah menentukan jenis, rupa, bentuk, sifat dan jumlah atau banyakknya barang yang ditempah.

Barang yang ditempah hendaklah daripada jenis barang yang biasa dijual beli secara tempahan orang ramai

Page 6: Jual Beli - Tempahan

Boleh ditentukan tempoh masa bagi menyiap dan menyerahkan barang yang ditempah.

Bahan-bahan untuk membuat barang itu hendaklah daripada pihak tukang. Jika bahan-bahan itu daripada pihak penempah maka ia bukanlah tempahan tetapi upahan.

Tukang boleh menjual barang yang dibuat oleh orang lain yang mempunyai sifat-sifat dan spesifikasi yang sama seperti yang dikehendaki oleh penempah

Page 7: Jual Beli - Tempahan

Tukang juga boleh menjual barang yang sudah siap dibuat sebelum penempah membuat tempahannya dan barang yang sudah siap itu hendaklah mempunyai sifat-sifat dan spesifikasinya yang sama seperti yang dikehenkdaki oleh penempah

Oleh kerana barang yang ditempah itu dibuat kahs untuk penempah, maka dengan persetujuan antara tukang dan penempah, harganya boleh berbeza daripada harga barang-barang lain yang sedia ada yang sama jenis dan spesifikasi

Page 8: Jual Beli - Tempahan

Harga barang yang ditempah itu boleh dibayar:

Kesemuanya semasa akad

Kesemuanya semasa penyerahan barang

Separuhnya semasa akad dan separuh yang baki itu semasa penyerahan barang (bayar ‘deposit’)

Kesemuanya secara ansuran mengikut persetujuan antara kedua-dua bleh pihak penempah dan tukang

Page 9: Jual Beli - Tempahan

BAI’ SALAM

Menurut bahasa Arab, as-salam(7َل9ُم disebut juga dalam perkataan(الَّس;as-salaf ( َل9ُف7 .iaitu mendahulukan (الَّس;

Jualan yang dimaksudkan al-salaf ialah jual beli dengan bayaran harganya secara tunai semasa akad

Dan penyerahan barang ditangguh sehingga kesatu masa yang ditetapkan

Page 10: Jual Beli - Tempahan

RUKUN SALAM

Pembeli ( AُمB َل Aالُم7َّس) orang yang mendahulukan wangnya untuk mendapatkan barang yang dikehendaki.

Penjual ( إليه A9ُم َل Aالُم7َّس)orang yang menerima wang sebagai bayaran

Sighah ( وقبول إيجاب penawaran dan(صيغهpersetujuan

Harga barang

Page 11: Jual Beli - Tempahan

Sighah: akad hendaklah dengan perkataan salam.

Harga: pembayaran harga hendaklah dengan segera (tunai), jika harga itu bukan dengan wang tetapi dalam bentuk barang, maka hendaklah kita ketahui berapa jumlahnya.

Barang jualan al-salam: hanya dibolehkan pada barang-barang yang dapat disifatkan secara tepat.

Dan yang penting sekali Bai’ Salam ini ialah barangnya itu hendaklah barang yang boleh dijual beli bukan barang ribawi

Hendaklah ditetapkan sifat-sifat asasi bagi barang yang dijual beli

Ditetapkan jumlah barang yang dijual beli,

penyerahan barang hendaklah ditentukan dalam masa yang tepat dan tempat penyerahan barang yang dijual beli