kes kajian jual beli di tamu kianggeh

78
SY 0201 Muamalat dan Isu Semasa Tajuk : Kajian di Tamu Kianggeh Pembentang : Masfitrah binti Abd Metassan (10DT109) Noorheifeza binti Hamadi (10DT110) Norakedah binti Awang (10DT111) Nurul Hafizah binti Alliyas (10DT114) Dk. Raidah Aqilah binti Pg. Hj. Azahari (10DT120)

Upload: ezzally

Post on 28-May-2015

661 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

SY 0201 Muamalat dan Isu Semasa

Tajuk : Kajian di Tamu Kianggeh

Pembentang :Masfitrah binti Abd Metassan (10DT109)

Noorheifeza binti Hamadi (10DT110)Norakedah binti Awang (10DT111)

Nurul Hafizah binti Alliyas (10DT114)Dk. Raidah Aqilah binti Pg. Hj. Azahari (10DT120)

Page 2: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Bab 1: pendahuluan (pengenalan muamalat)Bab 2: Latar belakang kajianBab 3: sejarah Tamu KianggehBab 4:cara dan Metod kajian yang digunakanBab 5: perbincanganBab 6: refleksi kajianBab 7: kesimpulan dan cadangan

Isi kandungan

Page 3: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Bab 1: Pengenalan muamalat

Page 4: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia

Umat Islam dikehendaki menggunakan hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan

untuk faedah bersama

Page 5: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

kegiatan ekonomi dilaksanakan dengan baik dan mencapai

keredhaan Allah s.w.t.

memenuhi keperluan hidupnya

Mencari harta kekayaan amat digalakkan oleh Islam

Page 6: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Bab 2: latar belakang kajian

Page 7: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Latar Belakang

Adapun tajuk yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah mengenai

kaedah yang telah digunakan untuk berjual beli di salah sebuah tamu di

Negara Brunei Darussalam iaitu Tamu Kianggeh. Kertas kerja ini lebih

menekankan mengenai keadaan, suasana dan tatacara serta prosedur yang mereka

gunakan selama melakukan jual beli ditempat tersebut.

Page 8: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Masalah Kajian

Page 9: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Ia membongkarkan sedikit sebanyak tentang masalah yang dihadapi oleh penjual dan pembeli di Tamu Kianggeh mengenai dengan tatacara, kaedah yang digunakan dan prosedur dalam berjual beli di tempat tersebut. Diantara perkara-perkara yang ingin dibincangkan disini adalah seperti berikut:Tentang keadah-kadeah berjual beli

yang telah diamalkan di Tamu Kianggeh.Tentang harga jualan, barang jualan

serta akad yang lazim digunakan oleh penjual dan pembeli di Tamu Kianggeh tersebut.

Page 10: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

OBJEKTIF PENJUAL DAN PEMBELI:

Jual beli: menggunakan akad atau tidak:

Boleh berkomunikasi dengan baikBoleh mengamalkan budaya ramah mesra diantara satu sama lain.

Hutang:

Boleh memudahkan pembeli yang kurang kemampuan.Boleh beramal dengan menolong orang yang susah

Page 11: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Salam dan istisnaa:

Boleh memudahkan para pembeli menempah terlebih awal bagi kesenangan mereka.

Boleh menempah dengan kuantiti sebanyak mana kuantiti yang mereka perlukan

Page 12: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Bab 3: Sejarah

tempat kajian jual beli

Page 13: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

nama bekas : Taman Peranginan Sungai Kianggeh

Nama rasmi: Tamu Kianggeh

Lokasi : Pusat Bandar Seri Begawan di tebing sungai

Kianggeh bertentangan dengan kuil cina.

Pentadbiran Kementerian: Kementerian Dalam Negeri

Page 14: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Pejabat Pentadbiran: Pejabat Perbandaran ( Seksyen Pelesenan)

Objektif: untuk memberi peluang dan membantu pengeluar Brunei

untuk menjual produk mereka sendiri

Operasi waktu : 6.00 pagi hingga 6.00petang ( Jumaat adalah hari

kemuncak jual beli)

Page 15: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Peta Tamu Kianggeh

Page 16: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Tamu Kianggeh bermula pada awal 1960-an

pada masa yang sama wujud 'padian' wanita menjual produk mereka di bot

Sejarah juga menyatakan bahawa sekitar tahun 1980-an

Tamu Kianggeh telah digunakan untuk dilawati oleh Ratu Elizabeth dua kali

dan begitu juga dengan anaknya, Putera Charles.

Page 17: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Tarikan utama tamu bukan sahaja harga rendah dan produk berkualiti tingginya

hasil tangan penduduk tempatan yang pengalaman dan memiliki kepakaran

khusus banyak benda yang dijual disini tidak ada didapati di pasaran konvensional

dan pembeli-belah kraftangan boleh mendapat tawaran-tawaran yang

menguntungkan di sini.

pelawat-pelawat yang mahu untuk merasai juadah hidangan Brunei, tamu ialah

tempat terbaik untuk dilawat.

Page 18: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Barang Jualan:

bahan basah bahan kering

Bahan itu boleh didapati sama ada dengan cara borong atau

hasil tanaman mereka.

Page 19: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Bab 4 : Cara dan

Metod Kajian Yang

Digunakan

Page 20: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Sepanjang kami melakukan kajian, kami telah

menggunakan metod temubual secara rambang, terhadap

beberapa penjual dan pembeli yang telah berjualbeli

ditempat tersebut, mengenai dengan perkara yang akan

kami bincangkan iaitu ‘bagaimana cara-cara yang lazim

mereka lakukan apabila berlaku akad jualbeli di tempat

tersebut’.

Page 21: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Hasil daripada kajian yang telah kami jalankan, kami

mendapati mereka menggunakan empat kaedah daripada

lima kaedah yang kami kaji. Alhamdulillah, bagi mereka

yang beragama Islam mereka telah menggunakan kaedah

yang menepati hukum syarak, dan alhamdulillah, orang

yang bukan beragama Islam juga mengikut kaedah

jualbeli di dalam Islam, malahan mereka masing-masing

mengamalkan sikap saling bersedekah dan bantu-

membantu bagi mereka yang dalam kesusahan.

Page 22: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Bab 5: Perbincangan

Page 23: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Tugasan am

Jual beli

2. Hutang

3. Salam4. Bai’ Al-Istisnaa

5. khiyar

Page 24: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

TakrifAl-bai’ (jual beli) daripada segi bahasa ialah pertukaran sesuatu

dengan sesuatu, samaada kedua-duanya dalam bentuk benda

atau bukan benda. Allah berfirman :

Maksudnya :

“sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 yang

beriman akan jiwa raga dan harta benda mereka dengan

(balasan) bahwa mereka akan beroleh syurga” .

(At-Taubah: 111)

1. Jual Beli

Page 25: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Kesahihan menurut syarak

Akad jual beli adalah akad yang diakui oleh syarak. Perakuan ini

berpandukan kepada al-quran , sunnah dan juga ijmak ulama.1. Al-quran

Al-quran dengan jelas menghalalkan jual beli ketika

menjawab golongan yang ingkar dan mahu mempertahankan

amalan riba, kerana bagi mereka riba adalah sama seperti

jual beli.Allah swt berfirman :

Maksudnya :

“padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan

mengharamkan riba”.

( Al-BAqarah : 275

Page 26: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

2. Sunnah

Terdapat banyak hadis berbentuk

perkataan , perbuatan dan perakuan

Rasulullah saw yang memperakui amalan

para sahabat baginda. Kesemua hadis ini

menjadi dalil bahawa amalan jual beli

diakui oleh syarak.

Page 27: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Rukun jual beliRukun jual beli

ada 5 :

1. penjual

2. pembeli

3. Barang4. Harga

5. Ijab dan

Qabul

Page 28: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Akan tetapi terdapat 3 rukun dalam kontrak jual beli :

Rukun pertama : pihak yang mengikat kontrak

Mereka ialah penjual dan pembeli yang mengikat kontrak menurut

persetujuan mereka berdua. Kedua2 pihak ini perlu memenuhi

syarat2 berikut :

1. Waras ; iaitu baligh , berakal dan boleh menguruskan harta

dengan baik.

2. Bebas membuat pilihan ketika mengikat kontrak.

Maksudnya apabila seseorang menjual atau membeli , dia

melakukannya dengan bebas dan dengan sepenuh hatinya serta

meredai urusan yang ingin dijalankan.

Page 29: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

3. Penjual dan pembeli adalah individu yang berlainan.

Maksudnya,mesti wujud dua pihak berlainan yang mengikat

kontrak tersebut ; penjual serta pembeli bukanlah orang yang

sama. Ini kerana kepentingan kedua-dua pihak sentiasa berlainan.

4. Boleh melihat

Oleh itu jual beli orang yang buta tidak sah kerana wujudnya

kejahilan yang ketara. Untuk tujuan jual beli , orang buta ini perlu

mewakilkannya kepada orang lain untuk membeli atau menjual

bagi pihaknya.

Page 30: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Sighah terbahagi kepada sighah secara langsung (sarih) dan sighah tidak langsung (kinayah).

Rukun kedua : sighah kontrak

Sighah secara tidak langsung (kinayah) pula bermaksud

ungkapan yang boleh membawa maksud jual beli dan pada masa yang sama juga boleh membawa

maksud yang lain.

Sighah secara langsung (sarih)

bermaksud setiap ungkapan yang secara jelas merujuk kepada

jual beli.

Page 31: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Syarat sighah kontrak

Sighah kontrak ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut :

1. Tidak wujud tempoh yang lama antara penawaran (ijab)

dan persetujuan (qabul) yang boleh menggambarkan

pada adatnya penawaran tersebut tidak diterima.

2. Perlu wujud persamaan antara persetujuan oleh pembeli

dan penawaran oleh penjual dalam semua sudut.

3. Kesahihan jual beli tersebut tidak boleh dikaitkan dengan

sebarang syarat atau dihadkan untuk tempoh tertentu.

Page 32: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Rukun ketiga : barang jualan dan harganya .

1. Barangan jualan hendaklah wujud ketika kontrak jual beli

dimaterai.

Contohnya : penjual yang mahu menjual anak kambing yang

sedang dikandung oleh ibunya atau susu yang masih berada

pada kantung susu.

2. Barangan yang dijual mestilah dalam bentuk harta yang bernilai menurut syarak

3. Barangan jualan mestilah yang bermanfaat menurut syarak dan

uruf (kebiasaan orang ramai).

Page 33: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

4. Barangan tersebut hendaklah bolehlah diserahkan, daripada

segi fizikal dan syarak.

5. Pihak yang berkontrak mestilah orang yang mempunyai kuasa

keatas

barangan yang ingin dijual beli sama ada kuasa sebagai seorang

penjaga atau kuasa sebagai pemilik.Ini berdasarkan sabda

Rasulullah SAW : “ tidak harus jual beli melainkan pada barang

yang kamu miliki.

6. Barangan tersebut mestilah dalam pengetahuan kedua-dua

belah pihak.

Page 34: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

KAJIAN TENTANG JUAL

BELI, BERTEMPAT DI

TAMU KIANGGEH

Page 35: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Menurut Dayang Baun Yee,48 tahun, beliau mula berniaga di tamu Kianggeh ini pada tahun 2009. Beliau mula berniaga bermula pada pukul 7 pagi sehingga 2 petang. Barang yang diperjualkan oleh beliau di tamu Kianggeh ialah kraf tangan. Beliau mendapatkan lesen dan permohonan kebenaran dalam melakukan jual beli disana ialah melalui jabatan Bandaran. Modal barang yang beliau jual adalah dari tempatan dan luar negeri seperti Malaysia. Menurut Dayang Baun Yee, selama beliau menguruskan perniagaaan ini,beliau tidak pernah menggunakan khidmat ‘khiyar’ (hutang), beliau hanya menggunakan bayaran secara tunai sahaja. beliau menggunakan akad jual beli secara isyarat sahaja tanpa menyebutkan akad jual beli kerana penjual dan pembeli saling memahami etika jual beli.

Peniaga

Page 36: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Pembeli

- Menurut dayang Asmah binti Haji Tahir, 35 tahun,beliau

berpuas hati dengan barangan yang dijual di tamu Kianggeh ini.

Barangan yang dijual di tamu ini bertepatan dengan cita rasa

beliau dan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan oleh

peniaga-peniaga di tamu Kianggeh ini.Beliau tidak pernah

menggunakan khidmat hutang semasa membeli barang di tamu

Kianggeh ini, beliau hanya menggunakan bayaran secara tunai.

Page 37: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Hutang

Hutang (Qardh) dari segi bahasa

ialah potong.

Dari segi istilah para fuqaha pula ialah

memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain

dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan.

Proses ini dinamakan qardh kerana proses ini menyebabkan tuan punya barangan memotong sebahagian hak miliknya untuk diberikan kepada penghutang.

Page 38: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

245. Siapakah orangnya Yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman Yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya Dengan berganda-ganda banyaknya? dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Page 39: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Oleh itu hutang dibenarkan dan bertepatan dengan syarak. Orang yang memerlukannya dibenarkan meminta tanpa perlu rasa bersalah. Malah ia menjadi tanggungjawab orang yang diminta.

Hadith Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda :

JفJهI الله. Lل Jت JفJهJا؛ أ Lال Tت IرTيدI إ JخJذJ ي LهI. وJمJنL أ Jدaى اللهI عJن JدJاءJهJا؛ أ IرTيدI أ aاسT ي مLوJالJ النJ JخJذJ أ مJنL أ

Sesiapa yang mengambil harta-benda orang lain dalam keadaan dia mahu membayarnya semula, maka Allah akan membayar untuknya. Sesiapa yang mengambil dengan niat untuk memusnahkannya (tidak mahu membayarnya), maka Allah akan memusnahkannya (di dunia dan akhirat).

Page 40: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Hikmah Berhutang

1. Merealisasikan kehendak Allah yang mahukan wujudnya suasana tolong-menolong untuk tujuan kebaikan dan ketakwaan sesama umat Islam.

2. Menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa kesusahan atau kesengsaraan.

3. Berusaha mnyelesaikan

masalah secara

bekerjasama.

4. Menghalang manusia mengambil kesempatan daripada kesusahan dan hajat orang lain. 

Page 41: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Hukum memberi Hutang

Haram : Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi atau sebagainya.

Makruh : Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau untuk menunujuk-nunjuk. Ataupun penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang tersebut.

Wajib : Jika pemiutang mengetahui orang yang berhutang amat memerlukan hutang tersebut untuk menampung hidupnya dan keluarganya dan tidak ada cara lain untuk dia memperolehinya kecuali dengan cara berhutang.  

Page 42: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Penjual Nama : Dyg. Halus binti Salleh.Umur : 64 tahun. Rumusan daripada kajian jualbeli di Tamu Kianggeh bersama Dyg.Halus binti Salleh• Dayang ini telah bekerja selama 6 tahun selepas sahaja dia

pencen dan dia bekerja dengan menggunakan lesen tahunan. • Barang yang selalu dijualnya ialah kelapa dan pisang. Kelapa

dan pisang ini didapati daripada negeri Sabah (Malaysia). • Barang-barang dagangannya ini ditinggalkan atau

bermalaman di Tamu Kianggeh. Hanya bertawakal kepada Allah Taala sahaja.

• Cara proses jualbeli saudari ini pula ialah bagi orang Islam, dia menggunakan akad jualbeli seperti contohnya “Aku jual beberapa biji kelapa dengan harga sekian” kemudian si pembeli pula mengatakan “Aku beli beberapa biji kelapa ini dengan harga sekian”.

• Bagi orang yang bukan Islam pula, hanya menyatakan harga barang tersebut dan diberikan dengan wang ringgit yang sama dengan harganya.

• Saudari ini tidak menggunakan istilah hutang dan tidak pernah berlaku dalam pengalamannya berjualbeli ini.

Page 43: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

3. SALAM

Salam juga dikenali dengan perkataan salaf.

Dinamakan salam kerana menyerahkan bayaran pada majlis akad dan dinamakan salaf kerana didahulukan bayaran daripada menerima barang jualan

daripada segi syarak ialah pendahuluan.

dari segi istilah ialah menjual suatu barang yang penyerahan ditunda atau menjual suatu barang yang ciri-cirinya jelas dengan bayaran modal lebih awal sedangkan barangnya diserahkan kemudian hari.

Page 44: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Rukun jual beli salam

Penjual dan

pembeli

Sighah(lafaz akad ijab dan qabul)

Harga bayaran

Barangan yang dijual

Page 45: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Hendaklah dinyatakan jenis barang yang dijual

Syarat barang jual salam

Barang yang dijual itu mesti ada tempoh waktu yang ditetapkan

Barang tersebut kebiasaannya ada bukan barang yang jarang-jarang ada

Barang yang dijual itu hendaklah daripada jenis yang boleh dijual beli

Barang itu mestilah diberikan kepada pembeli apabila sampai tempoh masa yang dijanjikan.

Page 46: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Syarat harga jual Salam

secara tunai

Bayaran diserahkan semasa akad

menurut Mazhab Maliki pula-> tempoh penangguhan tidak disyaratkan.

Menurut Mazhab Syafie-> minima 15hari

pada masa yang tertentu.

Page 47: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Harga barangan mestilah dibayar pada majlis akad

disebut semasa akad jual salam itu jenis barang yang dijual dengan sifat-sifat

Hendaklah disebut tempoh masaDisebutkan tempat penerimaannya

Hendaklah berterimaan kedua-dua belah pihak dimajlis akad sebelum berpisah

Akad jual beli salam adalah tunai (terlaksana).

Syarat sah akad jual salam.

Page 48: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Perbezaan diantara jual salam dengan jual beli:

Jual salam

Harga tidak boleh diubah-ubah , namun harus diserahkan semasa akad.

Harga adalah tunai..

Jual beli

dibolehkan membayar sama ada dengan cara hutang, harga tetap atau tawaran.

Harga tunai atau cek dan yang sebanding dengannya.

Page 49: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

tidak boleh menentukan membayar secara hutang

barang jualan belum dapat dilihat semasa akad

mesti ditentukan Sifat dan ciri barang jualan.

boleh dibayar tunai dan boleh juga hutang

barang jualan boleh dilihat semasa akad.

tidak semestinya ditentukan ciri-ciri atau sifat-sifatnya.

Page 50: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Kajian temubual tentang Jual Beli secara Salam yang bertempat

di Tamu Kianggeh.

Page 51: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Menurut Dayang Salmah binti Haji Besar (peniaga kuih-kuih kering), 50tahun, beliau terlibat dalam perniagaan selama 30tahun, mereka menggunakan khidmat Salam bagi pelanggan kerana para pelanggan boleh menempah terlebih awal. Ini kerana untuk kegunaan para pelanggan seperti memberi campur dalam majlis perkahwinan, majlis berbedak dan sebagainya. Mereka meminta para pembeli untuk menempah seminggu atau beberapa hari sebelum hari yang diperlukan. Ini adalah bagi memudahkan para penjual menyediakan barang yang diperlukan.

Page 52: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Manakala menurut Awang Hj Ali bin Hj Said (peniaga buah-buahan), 35tahun, beliau terlibat dalam perniagaan selama 5tahun, mereka tidak pernah menggunakan khidmat ini, kerana barang yang mereka perlukan adakalanya ada dan adakalanya tidak disebabkan barang yang mereka tempeh itu mengikut musim dan susah untuk diperolehi. Jadi para pembeli susah untuk menempahnya. Sebagai contoh buah durian dan sebagainya

Page 53: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Bagi Dayang Siti Fatimah binti Hj Abdullah, (pembeli), 28tahun, beliau selalu datang ke Tamu Kianggeh bagi membeli barang keperluan sehari.Dia juga pernah menempah barang di tamu tersebut semasa dia hendak mengadakan majlis di rumahnya. Dia membeli kuih-kuih kering yang memerlukan barang tersebut lebih daripada 100. Jadi beliau membuat tempahan dengan penjual yang biasa dilangganinya dan menyatakan barang yang diperlukannya.

Page 54: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

4.Jual beli secara tempahan

(Bai’ Al-Istisnaa)

Page 55: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Takrif:Akad jual beli dimana

pembeli menempah atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu barang yang dikehendaki supaya disiapkan dalam

masa yang tertentu dengan harga yang

tertentu dan cara bayaran yang telah ditetapkan.

Page 56: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Dalil:Diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tiba

di Madinah, penduduk Madinah mengamalkan jual beli dalam jual beli

buah-buahan selama setahun atau dua tahun. Baginda bersabda:

ل(ف$ ف(ي ك&ي$ل" ل$ي.س$ ، ف& ل&ف& س$م&ن$ أ&

ل" (ل&ى أ&ج& ع$ل.وم"، إ ن" م& ع$ل.وم"، و&و&ز$ م&

ع$ل.وم" م&Maksudnya: Sesiapa yang ingin berjual beli salaf (Salam), maka hendaklah dia berjual beli salaf (Salam) dengan sukatan yang

dimaklumkan, dan timbangan yang dimaklumi, sehingga tempoh yang

dimaklumi.

Page 57: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Hukum:Jual beli secara tempahan

memberi kemudahan dimana orang ramai

dapat membeli barang-barang mengikut rupa, bentuk dan fesyen yang

mereka suka tanpa terikat dengan jual beli

secara tunai sahaja.

Page 58: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Hukum tempahan:• Tempahan adalah sejenis jual beli yang

sah dan halal kerana ia sudah menjadi kebiasaan orang ramai mengamalkannya sepanjang zaman.

• Penempah hendaklah menentukan jenis, rupa, bentuk, sifat dan jumlah atau banyaknya barang yang ditempah.

• Boleh ditentukan tempoh masa bagi menyiapkan dan menyerahkan barang yang ditempah.

• Bahan-bahan untuk membuat barang tersebut hendaklah daripada pihak tukang. Jika bahan-bahan itu daripada pihak penempah, maka ia bukanlah tempahan tetapi upahan.

Page 59: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

• Pihak tukang boleh menjual barang yang dibuat oleh orang lain yang mempunyai sifat-sifat dan sama seperti yang dikehendaki oleh penempah.

• Pihak tukang boleh menjual barang yang sudah siap dibuat sebelum penempah membuat tempahannya dan barang yang sudah siap itu hendaklah mempunyai sifat-sifat dan spesifikasinya yang sama seperti yang dikehendaki oleh penempah.

• Oleh kerana barang yang ditempah itu dibuat khas untuk penempah, maka dengan persetujuan antara pihak tukang dan penempah, harganya boleh berbeza daripada harga barang-barang lain yang sedia ada yang sama jenis dan spesifikasi.

Page 60: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Rukun:Terdapat lima rukun jual beli secara tempahan (Bai’ Al-Istisnaa) iaitu penjual, pembeli, barang

yang ditempah, harga dan sighah.1. Penjual

Penjual ialah orang yang

menerima wang sebagai bayaran

kepada barangan yang

akan diberikan.  

2. PembeliPembeli ialah orang yang

mendahulukan wangnya untuk mendapatkan

barangan yang dikehendaki.

Mereka ialah penjual dan pembeli yang mengikut kontrak menurut persetujuan

mereka berdua.

Page 61: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

3. Barang yang ditempahBarangan yang ditempah ialah barangan yang dijual

beli dalam kontrak dan penjual berjanji

menyerahkan kepada pembeli sebagai timbal balik kepada modal yang dibayar

sebagai bayaran yang didahulukan.

Page 62: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

 4. HargaPembayaran hendaklah dengan wang, atau jika bukan wang, hendaklah dengan bentuk barang

dan hendaklah jelas barang tersebut dan ada persetujuan dari kedua

belah pihak.

Page 63: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Harga barang yang ditempah itu boleh dibayar:

Kesemuanya semasa akadKesemuanya semasa penyerahan

barangSebahagiannya semasa akad dan sebahagian yang baki itu semasa

penyerahan barang (bayar deposit)Atau kesemuanya secara ansuran

mengikut persetujuan antara kedua-dua belah pihak pembeli dan

penjual.

Page 64: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

5. SighahSighah adalah ucapan yang dilahirkan oleh kedua-dua

pihak yang mengikut kontrak dengan menyatakan

kemahuan, kerelaan dan niat mereka untuk mengikut

kontrak. Sepertimana yang dimaklumi, kerelaan adalah syarat sah kontrak jual beli.

Page 65: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Kajian tentang Jual beli secara tempahan Al-

Istisnaa yang bertempat di Tamu Kianggeh.

Page 66: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Menurut Haji Esmet Bin Hj Ibrahim (peniaga ikan), 50 tahun, 4hb Mac

2012, yang mana beliau baru memulakan perniagaan beliau

sejak setahun yang lalu ini jua ada mengamalkan jual beli secara

tempahan Al-Istisnaa ini dimana jika ada pembeli yang

menginginkan ikan yang mereka kehendaki,mereka akan membuat tempahan terlebih dahulu, ada jua

pembeli yang membuat pembayaran penuh semasa akad,

dan ada juga yang membayar wang pendahuluan (deposit) dan akan membayar bakinya sesudah

sampai tempoh penyerahan barang tempahan tersebut.

Penjual

Page 67: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Pembeli

Begitu juga menurut Hjh Hawa (pembeli), 29 tahun, beliau jua pernah membuat

tempahan secara Al-Istisnaa dengan membayar

deposit terlebih dahulu sementara menunggu

tempoh masa penyerahan barang tempahan pada

waktu yang telah ditetapkan bersama

penjual, kemudian akan membayar yang baki

selepas barang sudah ada.

Page 68: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

5. KHIYAR DALAM JUALBELI

hak memilih yang diberi kepada

kedua-dua belah pihak (penjual

dan pembeli) samada hendak

melangsungkan jualbeli mereka

ataupun membatalkannya,

mengikut syarat-syarat atau sebab-

sebab yang tertentu.

DEFINIS

I

(membuat pilihan)

Page 69: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

1. Khiyar Majlis

Khiyar terbahagi

kepada 3

keadaan :

2. Khiyar Syarat

3. Khiyar aib

Page 70: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Dalil Rasulullah s.a.w: “Dua pihak yang berjualbeli

boleh membuat pilihan selagi mereka tidak

berpisah dan sebelum itu mereka bertemu, atau

salah seorang diantara mereka memberi pilihan

kepada yang seorang lagi”. (Riwayat Al-

Bukhari)

1. Khiyar Majlis

Kedua-dua pihak berhak menarik balik kontrak jualbeli walaupun kontrak tersebut telah dipersetujui

dan disahkan

Syaratnya - mereka masih belum berpisah daripada tempat akad

Page 71: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Khiyar syarat ini berlaku apabila

salah seorang atau salah satu

daripada kedua belah pihak

menetapkan syarat dia mempunyai

hak khiyar iaitu hak untuk

membatalkan kontrak dalam tempoh

tertentu.

2. Khiyar Syarat

Page 72: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Khiyar akan tamat apabila:

1. Tamat tempoh yang disyaratkan.

2. Jualbeli diteruskan dan dipersetujui dalam tempoh

khiyar.

3. Apabila pemegang hak khiyar melakukan sesuatu

yang pada kebiasaannya hanya dilakukan oleh

seorang pemilik.

Syarat Khiyar :

1. Mestilah terhad kepada tempoh tertentu.

2. Tempoh yang ditetapkan tidak boleh lebih daripada

3 hari, jika barangan tersebut tidak mudah rosak

dalam masa 3 hari.

3. Tempoh mestilah berturutan dan bersambung

dengan kontrak.

Page 73: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Pada asasnya, urusan seorang muslim dengan

orang lain mestilah dijalankan dengan cara

saling menjaga hak dan bersih daripada unsur

penipuan. Penipuan beerti mengambil harta

orang lain dengan jalan yang salah.

Pada kebiasaan

ya, kecacatan itu tidak wujud.

3. Khiyar Aib

SYARAT-SYARATNYA:

Dapat dibuktika

n kecacatan itu ADA

kecacatan yang boleh menjelaska

n nilai barangan.

Page 74: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Sebagaimana Hadith Rasulullah s.a.w,

“Seseorang muslim adalah saudara

kepada seseorang muslim yang lain.

Tidak halal bagi seorang muslim yang

menjual sesuatu barang yang ada

kecacatan kepada saudaranya kecuali

dia menjelaskan kecatatan itu

kepadanya” (Riwayat Ibnu Majah)

Page 75: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Objektif bagi Khiyar adalah

supaya kedua belah pihak itu

tidak mengalami kerugian atau

penyesalan dibelakang hari oleh

sebab-sebab tertentu yang

timbul dari pembelian atau

penjualan sesuatu barang

samada mengenai barang atau

harga.

Page 76: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Bab 6 : Refleksi Kajian -

Keseluruhan

Page 77: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

Para penjual dan pembeli dapat bekerjasama

dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan

sopan sama ada secara formal atau tidak formal.

Begitu juga dengan budaya hormat menghormati

diantara satu sama lain.

• Mula Bertugas – selepas sembahyang Subuh dan ada

yang datang pada jam 6 pagi.

• Barang jualan - dari hasil mereka sendiri dan ada yang

mereka beli dari pemborong

• Tugas berakhir - adakalanya jam 6.00 petang, manakala

pada hari Jumaat, adakalanya sampai jam 1.00 pagi.

PERKARA YANG DILAKUKAN DI TAMU

KIANGGEH:

BUDAYA MASYARAKAT :

Page 78: Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh

4 kaedah yang digunakan

Khiyar (tidak sesuai.)

Sebagai cadangan dari kami, Pihak yang bertanggungjawab seperti Pihak Kementerian Hal Ehwal

Ugama, bolehlah mengambil peranan dalam mengadakan bengkel, tazkirah ataupun ceramah mengenai cara-cara berjual beli kepada masyarakat luar, khususnya kepada

mereka yang melakukan perniagaan supaya mereka tetap dengan cara berjual beli yang betul dan tidak terpesong kepada jalan yang salah, yang boleh merosakkan tujuan

asal jual beli.

Cadangan

Jual beli

SalamHutang

Al-Istisnaa