hbis4203 710407085816_jenis jual beli tanpa akad

Upload: ummi-kalsom-yahaya

Post on 11-Jul-2015

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / 2011

HBIS 4203 PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 4

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

710407085816002 710407 08 5816 019 - 4547697 [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

:

INSTITUT PERGURUAN PERSEKUTUAN, PULAU PINANG.

1

HBIS 4203

Bil

Isi Kandungan

Muka Surat

1.

Pendahuluan / Definisi Jenis-jenis Jual Beli Tanpa Akad Beserta Pengertian Dan Contoh Pendapat Ulama Tentang Transaksi Jual Beli Tanpa Akad Pendapat Tentang Wujudnya Transaksi Jual Beli Tanpa Akad Apendiks / Rujukan

2-8

2.

9 - 12

3. 4. 5.

12 - 17 17 - 18 19

1

HBQE3203

PENGENALAN JUAL BELI Manusia dan jual beli merupakan perkaitan yang amat rapat antara satu sama lain. Aktiviti seharian mereka sangat bergantung kepada urusan jual beli. Segala kelengkapan seharian akan dipenuhi melalui urusan jual beli. Oleh itu, dalam menjalani kehidupan seharian, seluruh umat manusia sentiasa memerlukan pelbagai barangan. Setiap orang tidak mampu untuk menghasilkan semua barangan keperluan bagi kegunaan sendiri. Oleh kerana itu, mereka amat memerlukan proses pertukaran untuk memperolehi semua barangan yang diperlukan. Pertukaran ini tidak akan berjaya kecuali dilakukan secara sukarela. Kerelaan inilah yang dikatakan sebagai akad atau kontrak jual beli. Dalam masa yang sama, ada di antara mereka yang mempunyai wang tetapi tidak memiliki barangan, dan ada yang sebaliknya. Pemilik wang memerlukan barangan dan pemilik barangan memerlukan wang. Biasanya pertukaran ini tidak akan berjaya dilakukan tanpa perantaraan jual beli. Tambahan pula, secara semulajadi manusia sentiasa mengejar keuntungan. Oleh itu, jual beli adalah cara yang betul dan tepat untuk memenuhi keperluan ini. Takrif Jual Beli Jual beli (al-bai`) menurut bahasa ialah pertukaran sesuatu dengan sesuatu, sama ada kedua-duanya dalam bentuk benda atau bukan benda. Firman Allah Taala:

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa raga dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga. ( Al-Taubah:111 ) Kemudian, Allah S.W.T. berfirman : 2

HBQE3203

Maksudnya : Oleh itu, bergembiralah dengan jual beli kamu yang kamu telah jalankan itu. ( Al-Taubah:111)

Dari sudut hukum syarak pula, jual beli mempunyai banyak pengertian yang diberikan para ulama. Menurut Mazhab Hanafi, jual beli ialah pertukaran suatu harta dengan suatu harta yang lain mengikut cara yang tertentu. Atau menukar sesuatu yang disukai dengan sesuatu yang lain yang juga disukai dengan dengan cara tertentu yang berfaedah iaitu dengan tawaran atau unjuk-mengunjuk. Menurut Mazhab Syafie, jual beli ialah pertukaran sesuatu harta benda dengan harta benda yang lain, yang keduanya boleh ditasharrufkan (dikendalikan), dengan ijab dan qabul menurut cara yang diizinkan oleh syarak (al-Husaini, Abi Bakr ibn Muhammad, 2005, Kifayatul akhyar fi halli ghayat al-ikhtisar, Dar al-Salam, al-Qahirah, Misr, hlm.305). Al-Bai juga adalah kontrak pertukaran harta benda yang memberikan seseorang hak memiliki sesuatu benda atau manfaat untuk selama-lamanya, bukan dengan tujuan al-qurbah (mendampingi diri kepada Allah) (Mughni al-muhtaj, jld.3, hlm.2).

Kesimpulannya, menurut istilah para fuqahak, jual beli ialah akad yang merujuk kepada pertukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan kekal. Maksudnya, dalam akad tersebut mestilah wujud pertukaran harta untuk tujuan pemilikan. Jual beli juga mesti membabitkan sesuatu yang syarak menilainya sebagai harta. Jual bali ini juga

3

HBQE3203

perlu membabitkan pemilikan dan penyerahan hal milik dan tidak boleh ditetapkan untuk tempoh tertentu sahaja. Akad jual beli merupakan akad yang diakui oleh syarak. Perakuan ini berpandukan dalil Al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama. Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa segala jenis jual beli adalah dihalalkan dan dengan keras telah mengharamkan amalan riba. Hukum jual beli adalah harus berdasarkan firman Allah S.W.T. :

Maksudnya : Padahal Allah S.W.T. telah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba (Al-Baqarah:275) Allah Taala turut berfirman menyentuh mengenai pertukaran barangan :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesame kamu dengan cara yang salah (tipu,judi dan sebagainya), kecuali dengan cara perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. Nisaa`:29) Makan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah mengambil. Al-Quran menggunakan perkataan makan kerana kebiasaannya makan menjadi matlamat amalan penyelewengan 4 ( Al-

HBQE3203

harta. Salah pula bermaksud cara yang tidak betul. Manakala perniagaan pula memberi erti jual beli. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah hadisnya yang bermaksud : Sesungguhnya perbuatan seseorang kamu mengambil talinya, lalu dia memikul seikat kayu api di atas belakangnya kemudian menjualnya, dengan itu Allah menjaga mukanya (maruahnya), adalah lebih baik daripada dia meminta-minta belas ihsan orang ramai, sama ada mereka member kepadanya ataupu tidak. Maksud Allah menjaga mukanya ialah apabila dia menjual kayu tersebut, Allah akan memelihara maruahnya daripada dihina dan menjaga air mukanya. Para sahabat Rasulullah S.A.W. juga telah menjalankan urusan jual beli sambil diperhati atau didengar oleh Baginda, atau pun mengetahui urusan itu dijalankan dan Baginda memperakui apa yang dilakukan dan tidak pula menghalangnya. Terdapat terlalu banyak hadis yang berkisar tentang perkara ini. Perkara yang telah disahkan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah ini juga telah diterima secara ijmak oleh para ulama pada sepanjang zaman. Rukun Jual Beli Transaksi jual beli yang dilakukan hendaklah memenuhi rukun-rukunnya. Jika salah satu daripada rukun-rukun tersebut tidak dapat dipenuhi, maka urusan jual beli tidak mungkin akan berlaku. Berikut merupakan rukun-rukun jual beli yang mesti dipenuhi apabila melakukan transaksi jual beli : Penjual dan Pembeli/ mereka yang terlibat dalam aqad Sighah atau ijab qabul ( Akad atau Kontrak )

Barangan Harga

5

HBQE3203

Sighah atau ijab qabul (akad atau kontrak) pula merupakan lafaz yang keluar dari kedua mereka yang terlibat dalam transaksi jual beli ini iaitu penjual dan pembeli yang menyatakan persetujuan, kerelaan dan niat mereka dalam menjual dan membeli. Sebagaimana yang boleh dirujuk dalam Al-Quran, Surah Al-Nisaa`:29, jual beli memerlukan kerelaan dari kedua pihak, bahkan ianya adalah syarat dalam memastikankesahihan jual beli. Kerelaan hati tidak dapat dinilai kerana ianya adalah perkara yang tersembunyi, maka ianya memerlukan perbuatan yang menunjukkan niat kerelaan tersebut dan inilah yang dinamakan sighah ijab dan qabul. Ia seperti mereka berkata : aku jual dan aku beli atau terima. Imam Nawawi dan sebahagian ulama berpendapat bahawa sah jual beli walaupun tanpa ijab dan qabul, asalkan terdapat penyerahan barangan atau benda sewaktu transaksi jual beli dilakukan. Jenis akad atau sighah ini bolehlah dibahagikan kepada empat iaitu : Akad Dengan Lafaz Akad Dengan Perbuatan Akad Dengan Isyarat Akad Dengan Tulisan

Akad Dengan Lafaz

Lafaz merupakan medium semulajadi dan biasa digunakan untuk menunjukkan niat dan kehendak yang tersembunyi dari hati. Ianya lebih banyak digunakan antara manusia kerana lebih mudah dan lebih tinggi nilai kebertanggungjawaban dan kejelasannya untuk menjadi bukti. Ianya boleh menggunakan apa sahaja

6

HBQE3203

bahasa yang boleh difahami oleh kedua belah pihak tanpa terikat kepada lafaz tertentu sahaja. Ianya bergantung kepada amalan dan adat manusia. Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : Sesungguhnya jual beli berasaskan keredhaan hati. Akad Dengan Perbuatan Ianya berlaku tanpa sebutan atau percakapan, dalam bahasa Feqah ianya dikenali aqad mu`athah, atau saling memberi dan menerima yang melambangkan keredhaan dan persetujuan antara kedua belah pihak antara penjual dan pembeli. Mengikut Mazhab Hanafi dan Hambali : jual beli jenis ini adalah sah sama ada melibatkan barangan yang murah dan biasa mahupun barangan yang berharga. Mereka beranggapan adat manusia yang menyatakan perbuatan bertukar barangan dengan saling memberi dan menerima adalah tanda jelas untuk membuktikan redha dan persetujuan. Begitu juga Mazhab Maliki yang memperluaskan keharusannya terhadap jual beli ini sama ada yang melibatkan sewa, syarikat, wakil dan sebagainya walaupun ianya bukan mengikut adat dan budaya setempat kerana telah diketahui umum tentang perbuatan saling memberi dan menerima ini adalah tanda jual beli yang dipersetujui. Mereka berhujjah bahawa amalan seperti ini sudah lama berlangsung pada zaman Nabi S.A.W. dan tidak pernah ada ulasan atau kritikan Nabi atau para sahabat untuk mengingkarinya. Menurut Mazhab Syafie pula, jual beli seumpama ini tidak sah kerana tiada bukti redha dan setuju yang merupakan perkara tersembunyi dalam hati, dan tiada bukti kecualilah dengan lafaz dan ungkapan. Namun terdapat sebahagian pengikut mazhab ini seperti Imam Nawawi, Baghawi dan Mutawalli memilih keharusan dan kesahan jual beli ini untuk kemudahan manusia berdasarkan adat. Manakala sebahagian yang lain seperti Ibnu Sirij dan Imam Al- Ruyani mengharuskan kepada barangan yang tidak berharga sahaja. 7

HBQE3203

Akad Dengan Isyarat Menggunakan isyarat yang difahami untuk tujuan pembelian khusus kepada mereka yang bisu dan tidak boleh bercakap, namun begitu mengikut pandangan yang rajih dalam Mazhab Hanafi, golongan ini memerlukan kepada penulisan sekiranya mereka mempunyai kemahiran menulis. Ini kerana tulisan adalah lebih jelas dan lebih diakui buktinya. Namun jika sekiranya mereka buta huruf maka memadailah dengan isyarat sahaja. Kaedah fiqhiayyah menyatakan : isyarat yang difahami untuk orang bisu umpama ungkapan atau penerangan bagi orang yang mampu berkata-kata. Jika sekiranya orang normal menggunakan isyarat ketika berjual beli, ianya dihukumkan tidak sah oleh Mazhab Syafie dan Hanafi kerana penggunaan isyarat adalah lemah untuk menjadi hujjah dan dalil persetujuan dan kerelaan berbanding dengan lafaz dan tulisan. Manakala Mazhab Maliki dan Hambali menerimanya tanpa syarat kerana isyarat lebih difahami berbanding perbuatan semata-mata. Akad Dengan Tulisan Sah jual beli dengan menggunakan akad bertulis dari kedua pihak sama ada dari manusia normal ataupun orang bisu, berada dalam satu majlis atau tidak, dengan menggunakan bahasa yang difahami keduanya namun disyaratkan akad itu bertulis kekal dan boleh dilihat walau selepas akad. Maka tak sah sekiranya ditulis di atas angin atau air atau di alam khayalan semata-mata. Kaedah fiqhiyyah menyatakan : penulisan umpama percakapan. Lihatlah betapa Islam mengajar umatnya agar menjalakan urusan jual beli mengikut landasan yang ditetapkan oleh syarak. Dalam urusan jual beli, lafaz ijab dan qabul amat menitikberatkan walaupun tanpa lafaz agar segala urusan jual beli berlaku tanpa merugikan mana-mana pihak. Ha ini seterusnya akan dapat mengelakkan daripada 8

HBQE3203

berlakunya penipuan dan penindasan. Oleh itu, setiap urusan jual beli mestilah melalui proses sighah ijab dan qabul agar mendapat persetujuan dan kerelaan dari kedua belah pihak iaitu pembeli dan penjual walaupun ianya tanpa lafaz.

A) JENIS-JENIS JUAL BELI

TANPA AKAD IJAB DAN QABUL BESERTA

PENGERTIAN DAN CONTOH TRANSAKSI JUAL BELI

1. Jual Beli Mu'athah

Maksud jual beli mua`athah ialah pembeli dan penjual bersetuju atas penetapan harga, tanpa lafaz ijab dan qabul. Dalam feqah, perkara ini dikenali dengan bai' al-mu'atah atau al-ta'ati. Ini bermaksud jual beli unjuk-mengunjuk. Jual beli jenis ini menggunakan kaedah perbuatan tanpa lafaz ijab dan qabul. Dewasa ini banyak berlaku Bai Al- Taati khususnya di pusat-pusat membeli belah. Contohnya seseorang itu mengambil barang dan membayar harga tanpa ada sighah ijab dan qabul seperti jualan layan diri di pasaraya. Setiap barang jualan dilekatkan penunjuk harga dan pengguna akan memilih serta mengambil barang yang diperlukan dan membawa ke kaunter pembayaran. harga barang-barang itu akan dibayar oleh pengguna tersebut. Jumlah keseluruhan

Jualan seperti ini adalah sah pada syarak oleh kerana telah tercapai persetujuan kedua pihak iaitu penjual (tuan punya barang) yang meletak barangnya dengan tanda harga untuk dijual, dan pembeli mengambil barang tersebut setelah dilihat 9

HBQE3203

harganya dan bersetuju membelinya, maka perbuatan tersebut membuktikan persetujuan kedua pihak untuk berjual beli barang tersebut. Seterusnya pula ialah jualan barangan melalui mesin vendor seperti air minuman iaitu air tin, air R.O water dan juga coklat serta makanan ringan. Jual beli melalui mesin ini adalah harus dan sah berdasarkan beberapa syarat-syarat berikut :

Barang atau produk yang dijual jelas ada di dalam mesin tersebut dan menepati sebagaimana iklan yang terpampang di mesin. Harga bagi setiap satu produk juga jelas (tiada kesamaran atau kekeliruan). Tidak menafikan hak khiyar untuk pembeli (hak mengembalikan barang) jika barang yang keluar dari mesin itu rosak atau tidak menepati sebagaimana yang diiklankan.

2. Jual Beli Salam Jual beli salam ( ) ialah jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan. Dalam akad salam, barang yang diperjualbelikan harus dapat dihitung atau ditimbang beratnya, jenis, klasifikasi dan spesifikasi barangan juga harus jelas. Apabila barang pesanan tersebut tidak bersesuai dengan ketentuan perjanjian yang dibuat, dan ternyata barang tersebut lebih baik kualitinya si pembeli harus menerimanya dan si penjual tidak berhak menerima pembayaran lebih dari yang sudah dibayar. Apabila barang tersebut lebih rendah kualitinya, si pembeli berhak menolak untuk menerima barang tersebut dan penjual harus mengembalikan wangnya. 10

HBQE3203

Ada alasan tersendiri mengapa pembayaran untuk transaksi Salam ini dilakukan terlebih dahulu. Akad Salam dilakukan untuk keperluan membeli hasil pertanian seperti sayur- mayur, buah-buahan dan beras. Pembayaran didahulukan bermaksud memberi modal dan makanan yang cukup agar keluarga petani tersebut dapat melakukan pekerjaannya dan memenuhi pesanan dari pembelinya. Jual beli melalui internet adalah sah walaupun tidak ada pertemuan secara hakiki antara penjual dan pembeli dalam satu majlis. Hal ini kerana pertemuan antara kedua-duanya bukan menjadi matlamat atau maqasid utama dalam jual beli tersebut. Sebab itu dalam feqah menjelaskan "asal dalam kesahan kontrak ialah al-taradi". (Al-Duwaihi, al-Qawa'id al-Hakimah li al-Uqud dalam Buhuth Mu'tamar al-A'mal al-Masrafiyyah al-Eliktroniyyah, jil.5, hlm. 2333)

3. Jual Beli Istisna` Al-Istisna' dari sudut bahasa telah disepakati ulama bahawa al-Istisna' bermaksud meminta supaya dibuat sesuatu atau menempah sesuatu. Dengan kata lain, membuat sesuatu berdasarkan apa yang diminta. Dari sudut istilah pula, para ulama berselisih pendapat kerana berbeza fahaman tentang pensyariatannya. Oleh yang demikian , ada di kalangan mereka memberikan definisi al-istisna` secara istilah dan ada yang sebaliknya.

Definisi Al-Istisna' dari segi istilah menurut pendapat fuqaha ialah meminta pembuat melakukan sesuatu yang khusus atas cara yang khusus. Atau ia merupakan akad meminta melakukan sesuatu (menempah) atas pekerjaan sesuatu yang telah ditentukan pada tanggungannya yakni kontrak membeli sesuatu apa yang ditempah olehnya kepada pembuat tempahan. Mazhab Hanafi mendefinisikan Al-Istisna' sebagai akad ke atas barang yang 11

HBQE3203

ditempah secara hutang dengan syarat membuat mengikut apa yang diminta. Fuqaha Hanafi menggunakan perkataan Istisna' dengan maksud ia dikategorikan sebagai jual beli sesuatu dengan syarat. Begitu juga dengan pendapat fuqaha Hambali yang berpendapat bahawa al-istisna' tidak sama dengan jual salam. Malahan pula, fuqaha Hanbali mendefinisikan perkataan istisna` sebagai jual beli sesuatu dengan syarat.

Manakala fuqaha bermazhab Maliki dan Syafie mengkategorikan istisna' sama dengan Bay' al-salam. Konsep al-istisna' sama dengan Bay' salam iaitu keduaduanya merupakan urus niaga tempahan barang, cuma apa yang membezakan antara kedua-dua prinsip tersebut ialah jenis-jenis barang yang ditempah. Dapat disimpulkan di sini bahawa al-istisna' merupakan jual beli melalui tempahan sesuatu barang seperti baju, kereta, perabot, dan sebagainya kepada pihak lain. Istisna, berasal dari akar kata bahasa Arab iaitusana yang membawa maksud dalam bahasa Inggeris to manufacture iaitu suatu perjanjian jual beli dengan cara memesan barang yang bukan komoditi atau barang pertanian tapi barang yang dibuat dengan mesin dan keahlian khusus, seperti kelengkapan set dapur, kerusi dan meja makan atau barangan pembinaan bangunan, yang mana barang tersebut dipesan dan dibuat sesuai dengan ketentuan yang diminta oleh pembeli dengan spesifikasi yang khusus, dibayar wang pendahuluan dan seterusnya boleh dibayar secara ansuran atau tunai semuanya sekaligus apabila barang pesanan tersebut sudah selesai dan siap untuk digunakan oleh pembelinya.

B) PENDAPAT ULAMA MENGENAI TRANSAKSI JUAL BELI TANPA AKAD

1. Jual Beli Mu'athah

12

HBQE3203

Jual beli yang dibenarkan dalam syariat ialah dengan cara saling menyerahkan barang yang dimaksud, pembeli menyerahkan wang pembayaran, dan penjual menyerahkan barang yang dibeli oleh pembeli tanpa ada satu kata pun dari kedua belah pihak (metode mu'athah). Hal ini sebagaimana yang lazim terjadi di pusatpusat perbelanjaan, seperti pasaraya, hypermarket dan yang seumpamanya. Menurut Jumhur Ulamak (Mazhab Hanafi, Malik, Hambali) : Jual beli jenis ini adalah sah dan harus dilaksanakan. Syaratnya ialah pembeli dan penjual saling redha-meredhai.

Menurut pendapat Mazhab Syafie akad jenis ini adalah tidak sah kerana tidak ada lafaz ijab dan qabul yang jelas atau secara sindiran. Mestilah dengan lafaz kerana keredhaan itu tersembunyi dalam hati dan orang lain tidak tahu. Mengikut Mazhab Syafie, ijab dan kabul menjadi salah satu rukun dalam jual beli dan wajib dilafaz secara jelas.

Segelintir pengikut Mazhab Syafie (Imam Nawawi, Bagahawi, Mutawalli) menyatakan akad jenis ini adalah sah walaupun tidak dibuktikan dengan lafaz kerana sudah menjadi adat kepada manusia tidak ada lafaz ijab dan qabul tetapi saling berterimaan di majlis akad. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu risau kerana jual beli kita itu tetap sah. Menurut beberapa ulama' mazhab yang tersohor seperti Imam Nawawi telah mentarjihkan pendapat dalam mazhab Syafie itu dengan mengharuskan jual beli tanpa lafaz ijab kabul. Dalam feqah, perkara ini dikenali dengan bai' al-mu'atah atau al-ta'ati. Terjemahannya mungkin jual beli unjuk-mengunjuk. Dalam Islam, satu perkara penting yang menjadi matlamat jual beli ialah redhameredhai. Al-taradi, Al-rida atau saling meredhai adalah elemen penting bagi menentukan keharusan jual beli. Hukum ini kerana semulajadi sesuatu akad dalam Islam adalah berasaskan kepada matlamat merealisasikan maqasid (matlamat). 13

HBQE3203

Justeru, para fuqaha merumuskan satu kaedah feqah yang berbunyi: "Apa yang diambil kira dalam akad atau kontrak ialah maqasid (matlamat) dan maksud, bukan lafaz luaran atau binaan huruf." Firman Allah Taala yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan cara yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu (redha-meredhai). (Surah Al-Nisaa' 4: 29) Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud : "Sesungguhnya jual beli berasaskan kepada saling meredhai." (Ibnu Majah, al-Sunan, no. 2269, jil. 7)

2. Jual Beli Salam

Jual beli salam diperbolehkan dalam syariat Islam, berdasarkan dalil-dalil Alquran dan As-Sunnah serta ijma', juga sesuai dengan analogi akal yang benar (al-qiyas ash-shahih). Pertama: Dalil dari Al-Quran dalam Surah A-Baqarah:282, firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak cara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. 14

HBQE3203

(Al-Baqarah:282) Sahabat yang mulia, Abdullah bin Abbas R.A. menjadikan ayat ini sebagai dasar bolehnya jual beli salam. Beliau berkata : Saya bersaksi bahawa jual beli AlSalaf, yang terjamin hingga tempoh yang ditentukan, telah dihalalkan dan diizinkan oleh Allah dalam Al-Quran. Allah S.W.T. berfirman (yang ertinya), 'Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak dengan cara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya.' (Hadis ini dinilai sahih oleh Al-Albani dalam kitab Irwa Al-Ghalil, no. 340, dan beliau katakan, Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Asy-Syafii, no. 1314; AlHakim, 2:286; Al-Baihaqi, 6:18)

Rangkaian ayat apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai bersifat umum; meliputi tidak tunai dalam pembayaran dan tidak tunai dalam pemberian barang dagangannya. Apabila tidak tunai dalam pemberian barangnya maka dinamakan Salam. (Lihat keterangan Syekh Ibnu Utsaimin tentang hal ini di Syarhu AlMumti, 9:49)

Kedua: Dalil dari Al-Sunnah melalui hadis daripada Abdullah bin Abbas R.A. yang bermaksud : Ketika Nabi S.A.W. tiba di kota Madinah, sedangkan penduduk Madinah telah biasa memesan buah kurma dalam tempoh waktu dua tahun dan tiga tahun, maka beliau bersabda, 'Barang siapa yang memesan sesuatu maka hendaknya ia memesan dalam jumlah takaran yang telah diketahui (oleh kedua belah pihak) dan dalam timbangan yang telah diketahui (oleh kedua belah pihak), serta hingga tempoh yang telah diketahui (oleh kedua belah pihak) pula.'" (Muttafaqun 'alaih) Ketiga: Ulama Islam telah berijmak tentang kebolehan sistem jual beli salam ini, seperti diungkapkan oleh Imam Ibnu Al-Mundzir dalam kitab Al-Ijma, hlm. 93. 15

HBQE3203

Ibnu Qudamah rahimahullah menyetujui penukilan ijma ini, dengan menyatakan, Semua ulama, yang kami hafal, telah sepakat menyatakan bahwa Al-Salam itu boleh. (Al-Mughni, 6:385)

Keempat: Kebolehan akad jual beli salam ini juga sesuai dengan analogi akal dan keinginan manusia, sebagaimana dijelaskan oleh Syekh Prof. Dr. Shalih bin Abdillah Al-Fauzan hafizhahullah, dalam ungkapan beliau, Analogi akal dan hikmah menuntut bolehnya jual beli ini, kerana kehendak dan keinginan manusia boleh sempurna dengan jual beli salam. Orang yang menghendaki wang akan dipenuhi kekehendaknya dengan pembayaran wang, dan pembeli mengambil keuntungan dengan mendapatkan barang lebih murah serta dengan nilai harga di bawah (harga) pada umumnya. Keinginan kembali kepada keduanya. (Min Fiqhi Al-Muamalat, hlm. 150).

Oleh kerana itu, Syekh Prof. Dr. Shalih bin Abdillah Al-Fauzan hafizhahullah menjelaskan, Kebolehan muamalah ini (iaitu jual beli salam) termasuk kemudahan dan kemurahan syariat Islam kerana muamalah ini mengandungi halhal yang mempermudah orang dan mewujudkan kemudahan bagi mereka, di samping bebas dari riba dan terhindar dari seluruh larangan Allah. (AlMulakhash Al-Fiqh, 2:60).

3. Jual Beli Istisna` Ulama Mazhab Hanafi berpendapat bahawa kontrak jual beli istisna' diharuskan berdasarkan konsep al-istihsan kerana kontak tersebut telah menjadi amalan biasa yang dilakukan oleh orang ramai pada setiap masa tanpa sebarang bantahan. 16

HBQE3203

Secara tidak langsung, wujud satu ijmak di kalangan umat Islam terhadap keharusan akad jual beli al-istisna`. Oleh yang demikian, prinsip qiyas diketepikan kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda: ; Maksudnya: Umatku tidak berhimpun (bersekutu) atas suatu perkara yang sesat. Menurut qiyas tidak diharuskan membuat akad pertukangan kerana ia adalah suatu jual beli yang tiada barang ketika akad tempahan dan jual beli yang tiada barang pada waktu akad adalah amat dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W melarang daripada menjual barang yang tidak wujud di sisi manusia. Dr. Ahmed al-Husadri dalam kitabnya yang bertajuk Ilm al-Iqtisadi pula menambahkan bahawa dalil pensyariatan al-istisna' yang menjadi hujah pegangan mazhab Hanafi adalah melalui hadis mawquf yang disebutkan oleh Abdullah bin Mas`ud iaitu: ; Maksudnya: Apa yang dilihat oleh umat Islam sebagai baik, maka ia adalah baik di sisi Allah S.W.T Berdasarkan dalil tersebut, maka mazhab Hanafi telah melihat dan menganggap bahawa al-istisna' sebagai harus kerana ia mendatangkan kemudahan kepada umat Islam. Ulama Hanafi juga menggunakan hadis periwayatan daripada 'Abdullah Ibn Umar yang menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah menempah sebentuk cincin yang diperbuat daripada emas. Di samping itu juga, Ulama Syafie yang berpendirian bahawa jual beli istisna' tidak harus juga telah memberikan kelonggaran bagi pengamalan istisna' dengan menganggap bahawa akad ini tetap dikira sah sama ada ditentukan waktu bagi penyerahan barangan yang ditempah itu ataupun tidak (yakni diserahkan segera). Selain daripada hujah terdahulu, terdapat juga ulama yang berpendapat bahawa pensyariatan al-istisnac adalah berdasarkan taqrir ulama dan fuqaha setiap zaman bermula selepas kewafatan Rasulullah S.A.W sehinggalah zaman sekarang. Mereka tidak membantah akan urusniaga seperti demikian. Oleh yang demikian, 17

HBQE3203

orang ramai mengikut dan mengamalkan jual beli tersebut atas sebab tiada fatwa yang melarangnya.

C) PENDAPAT MENGENAI KESAN KEWUJUDAN TRANSAKSI JUAL BELI TANPA AKAD

Sistem muamalat dalam dalam Islam telah menggariskan beberapa pra syarat yang mesti dipatuhi dalam menjalankan urusan jual beli. Urusan jual beli menjadi lebih mudah dan dapat dilaksanakan dengan baik tanpa merugikan mana-mana pihak sama ada penjual atau pembeli. Islam telah mengutara pelbagai kemudahan dan cara agar umatnya dapat menjalankan urusan jual beli dengan lebih selesa dan sempurna.

Kepelbagaian bentuk dan jenis-jenis akad, khususnya akad jual beli menunjukkan keunikan sistem muamalat dalam Islam. Kepelbagaian bentuk dan jenis ini tidak lain adalah untuk memenuhi hajat dan keinginan yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan di dunia ini. Wujudnya kepelbagaian transaksi jual beli tanpa lafaz akad dewasa ini telah memberi peluang kepada umat Islam melaksanakan urusan jual beli dengan teratur.

Melalui huraian yang telah diutara sebalum ini dengan panjang lebar, maka amat bersetuju kerana taransaksi jual beli dapat berlangsung dengan lebih mudah dan cepat. Ini disebakan dewasa ini pelbagai kemudahan telah wujud hasil daripada kepesatan dunia komunikasi dan perhubungan yang semakin canggih. Manusia sering berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu barangan dengan kadar yang segera tanpa perlu bersusah payah dan berpenat lelah. Mereka hanya perlu bijak dan semua urusan hanya terlatak di hujung jari sahaja. 18

HBQE3203

Wujudnya transaksi jual beli seumpama ini menjadikan dunia perniagaan bertambah maju dan berkembang pesat, di mana masing-masing cuba menjalankan urusan urusniaga yang akan membeli pulangan baik sama ada di pihak penjual mahupun pembeli. Persaingan yang sihat ini sudah pasti akan mendatangkan manfaaat kepada semua pihak seterusnya dapat memajukan ekonomi sesebuah negara.

Dalam dunia yang semakin maju ini, semua orang sentiasa berusaha mendapatkan keperluan seharian tanpa mengambil masa yang lama dan tidak perlu bersusah payah. Ini menunjukkan bahawa Islam amatb prihatin terhadap umatnya dengan memberikan kemudahan dan keringan dalam urusan transaksi jual beli. Manusia dan jual beli amat memerlukan antara satu sama lain kerana semua keperluan seharian akan diperolehi melalui urusan jual beli.

PENUTUP Kesimpulannya, urusan jual beli memeinkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Islam telah menggariskan beberapa garis panduan untuk dipatuhi oleh umatnya ketika melaksanakan urusan jual beli dala kehidupan seharian. Kita mestilah berusaha untuk melaksanakan urusan jual beli dengan lebih sempurna dan menepati kehendak syariat. Hal ini dapat mempastikan bahawa segala urusan jual beli yang dilakukan diterima di sisi Islam dan akan memperolehi keberkatan dalam hidup. Sikap prihatain dan berwaspada hendaklah diamalkan dalam melaksanakan urusan jual beli agar segala urusan yang dilakukan diterima dan sah mengikut syarak.

19

HBQE3203

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Al-Quran Al-Karim. Rasm Uthmani.

Dr. Mustofa Al-Khin , Dr. Mustofa Al-Bugho , Ali Asy-Syarbaji (2009), Kitab Fikah Mazhab Syafie : Bab Jual beli, Jual beli Salam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Rabiatul Adawiyah Mohd @ Amat , Norzulaili Mohd Ghazali (2011). Pendidikan Islam : Tingkatan 4(HBIS4203) , UNITEM Sdn.Bhd. Ibnu Kathir (1998), al-Bidayah wa al-Nihayah, Kaherah: Dar al-Hadith. http://pengusahamuslim.com/baca/artikel/712/ijab-dan-qabul

http://ustazabdulwahab.wordpress.com/muamalat/jenis-jenis-jual-beli/

www.PengusahaMuslim.com

20