jual beli - (al-istisna & al-salam)

6
February 27, 2012 [MU’AMALAT –TEMPAHAN] Tajuk: Tempahan Istisnaa (Bai’ Al-Istisnaa’) Takrif Rukun Hukum Tempahan Takrif: Akad jual beli di mana pembeli menempah atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu barang yang dikehendakinya supaya disiapkan dalam masa yang tertentu dengan harga yang tertentu dan cara bayaran yang telah ditetapkan. Contohnya: o Seorang pembeli menempah sebuah meja makan dengan seorang penjual dengan harga $1000 untuk disiap dan diserahkan dalam tempoh masa sebulan. o Penjual hendaklah menyerahkan meja itu pada tarikh yang ditetapkan semasa akad berkenaan. Jual beli secara tempahan memberi kemudahan. o Orang ramai dapat membeli barang-barang mengikut rupa bentuk, jenis dan fesyen yang mereka suka tanpa terikat dengan jual beli secara tunai saja. Rukun: Sama dengan rukun-rukun dan syarat-syarat jual beli. Penempah (Pembeli) Tukang (Penjual) Barang yang ditemah Harga Sighah: Ijab dan Qabul Hukum Tempahan: Tempahan adalah sejenis jual beli yang sah dan halal. o Berdasarkan kepada jualan al-Salam, al-Istihsan dan kebiasaan orang ramai mengamalkannya sepanjang zaman. Mua’amalat – Tempahan (Bai’ Al-Istisnaa & Al-Salam) Page 1

Upload: ezzally

Post on 28-May-2015

2.906 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jual Beli - (al-istisna & al-salam)

February 27, 2012 [ TEMPAHAN]

Tajuk: Tempahan Istisnaa (Bai’ Al-Istisnaa’) Takrif Rukun Hukum Tempahan

Takrif: Akad jual beli di mana pembeli menempah atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu

barang yang dikehendakinya supaya disiapkan dalam masa yang tertentu dengan harga yang tertentu dan cara bayaran yang telah ditetapkan.

Contohnya:o Seorang pembeli menempah sebuah meja makan dengan seorang penjual dengan harga $1000

untuk disiap dan diserahkan dalam tempoh masa sebulan.o Penjual hendaklah menyerahkan meja itu pada tarikh yang ditetapkan semasa akad

berkenaan.

Jual beli secara tempahan memberi kemudahan.o Orang ramai dapat membeli barang-barang mengikut rupa bentuk, jenis dan fesyen yang

mereka suka tanpa terikat dengan jual beli secara tunai saja.

Rukun:Sama dengan rukun-rukun dan syarat-syarat jual beli.

Penempah (Pembeli) Tukang (Penjual) Barang yang ditemah Harga Sighah: Ijab dan Qabul

Hukum Tempahan: Tempahan adalah sejenis jual beli yang sah dan halal.

o Berdasarkan kepada jualan al-Salam, al-Istihsan dan kebiasaan orang ramai mengamalkannya

sepanjang zaman.

Penempah hendaklah menentukan jenis, rupa, bentuk, sifat dan jumlah atau banyaknya barang yang ditempah.

Barang yang ditempah hendaklah daripada jenis barang yang biasa dijual belu secara tempahan orang ramai.

Boleh ditentukan tempoh masa bagi menyiapkan dan menyerahkan barang yang ditempah.

Mua’amalat – Tempahan (Bai’ Al-Istisnaa & Al-Salam) Page 1

Page 2: Jual Beli - (al-istisna & al-salam)

February 27, 2012 [ TEMPAHAN]

Bahan-bahan untuk membuat barang itu hendaklah daripada pihak tukang. Jika bahan-bahan itu daripada pihak penempah maka ia bukanlah tempahan tetapi upahan.

Tukang boleh menjual barang yang dibuat oleh orang lain yang mempunyai sifat-sifat dan spesifikasi yang sama seperti yang dikehendaki oleh penempah.

Tukang juga boleh menjual barang yang sudah siap dibuat sebelum penempah membuat tempahannya dan barang yang sudah siap itu hendaklah mempunyai sifat-sifat dan spesifikasinya yang sama seperti yang dikehendaki oleh penempah.

Oleh kerana barang yang ditempah it dibuat khas untuk penempah, maka dengan persetujuan antara tukang dan penempah, harganya boleh berbeza daripada harga barang-barang lain yang sedia ada yang sama jenis dan spesifikasi.

Harga barang yang ditempah itu boleh dibayar:Kesemuanya semasa akad.

Kesemuanya semasa penyerahan barang.

Separuhnya akad dan separuh yang baki itu semasa penyerahan barang (Bayar ‘deposit’)

Kesemuanya secara ansuran mengikut persetujuan antara kedua-dua belah pihak penempah dan tukang.

Mua’amalat – Tempahan (Bai’ Al-Istisnaa & Al-Salam) Page 2

Page 3: Jual Beli - (al-istisna & al-salam)

February 27, 2012 [ TEMPAHAN]

Tajuk: Tempahan Salam (Bai’ Al-Salam) Takrif Rukun Syarat-Syaratnya

Takrif: Salam disebut jua dalam berkataan Salaf (السلف).

Jualan yang dimaksudkan Al-Salaf ialah jual beli dengan bayaran harganya secara tunai semasa akad. Dan penyerahan barang ditangguh sehingga kesatu masa yang ditetapkan.

Bai’ Al-Salam Dan Bai’ Al-Istisna adalah hampir sama.

Dalil:

282. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan Dengan hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.

(Surah Al-Baqarah: 282)

dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang Yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai Yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya.

(Surah Al-Baqarah: 282)

Sahabat Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata:

قد مسمى أجل إلى المضمون السلف أن أشهديا وجل عز الله قال فيه، وأذن الكتاب في الله أحله

مسمى أجل إلى بدين تداينتم إذا آمنوا الذين أيها

Mua’amalat – Tempahan (Bai’ Al-Istisnaa & Al-Salam) Page 3

Page 4: Jual Beli - (al-istisna & al-salam)

February 27, 2012 [ TEMPAHAN]

. الرزاق عبد والطبري الشافعي رواه اآلية فاكتبوهوصححه والبيهقي والحاكم شيبة أبي وابن

األلباني Saya bersaksi bahwa jual-beli As Salaf yang terjamin hingga tempoh yang ditentukan telah dihalalkan dan diizinkan Allah dalam Al Qur'an, Allah Ta'ala berfirman (artinya): "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak dengan secara tunai, untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya." (Riwayat As Syafi'i, At Thobary, Abdurrazzaq, Ibnu Abi Syaibah, Al Hakim dan Al Baihaqy, dan dishohihkan oleh Al Albany)

Rukun: (Penjual) المسلم إليه (Pembeli) المسلم (Harga) المسلم فيه (Barang) المسلم قبول: دان إيجاب (Sighah: Ijab Dan Qabul) صيغة

Syarat-Syaratnya:1. Sighah: Akad hendaklah dengan perkataan Salam.

2. Harga: Pembayaran harga hendaklah dengan segera (tunai). Jika harga itu bukan dengan wang tetapi dalam bentuk barang, maka hendaklah kita ketahui berapa jumlahnya.

3. Barang jualan Al-Salam hanya dibolehkan pada barang-barang yang dapat disifatkan secara tepat.

4. Dan yang penting sekali Bai’ Al-Salam ini ialah barangnya itu hendaklah barang yang boleh dijual beli bukan barang Ribawi.

5. Hendaklah ditetapkan sifat-sifat asasi bagi barang yang dijual beli.

6. Ditetapkan jumlah barang yang dijual beli.

7. Penyerahan barang hendaklah ditentukan dalam masa dan tempat penyerahan barang yang dijual beli.

Mua’amalat – Tempahan (Bai’ Al-Istisnaa & Al-Salam) Page 4