jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan bm.pdf · - keputusan mahkamah...

18

Upload: donguyet

Post on 29-Aug-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta
Page 2: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta

1

Page 3: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta
Page 4: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta

3

Handbook ini diterbitkan sebagai sumber rujukan kepada pegawai diJabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), khasnya dalam memberi khidmat nasihat dan mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan perhubungan perusahaan. Selain daripada itu, handbook ini juga merupakan panduan asas yang boleh digunapakai oleh pihak majikan, pekerja, kesatuan sekerja atau pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang tugas perhubungan perusahaan.

Sebagai sebuah Jabatan yang bertanggungjawab untuk memupuk dan memelihara perhubungan perusahaan yang harmoni dan positif di antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka, maka adalah diharapkan penerbitan handbook ini dapat memupuk perhubungan perusahaan yang harmoni di tempat pekerjaan dan dalam Negara amnya selari dengan matlamat Jabatan Mencorakkan Masa Depan Bersama Keharmonian Perusahaan.

Akhir kata sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai JPPM yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan handbook ini.

Fong Khei Por J.S.M, A.M.K

Ketua PengarahJabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

PRAKATAKETUA PENGARAH

PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA

Page 5: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta

4

KANDUNGAN / CONTENT

Prakata

1. Pendahuluan

2. Tujuan

3. Latar Belakang

4. DefinisiPertikaianPerusahaan

5. Jenis-Jenis Pertikaian Perusahaan

6. Peruntukan Undang-Undang dan Bidang Kuasa

7. Prosedur-Prosedur Pengendalian Pertikaian Perusahaan

8. Perwakilan Dalam Prosiding Rundingan Damai

9. Proses Rundingan Damai

10. Proses-Proses Pengendalian Pertikaian Perusahaan

11. Keputusan Y.B. Menteri Sumber Manusia

12. Arbitrasi Oleh Mahkamah Perusahaan

13. Carta Aliran Proses Pengendalian Pertikaian Perusahaan

14. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Rundingan Damai

15. Penutup

3

5

5

6

6

6

7

8

9

9

10

10

11

12

13

13

Page 6: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta

5

1. Pendahuluan

Keharmonian perusahaan adalah merupakan pra-syarat terpenting yang perlu ada sekiranya negara ingin memantapkan kestabilan sistem ekonominya. Sebagai sebuah negara yang terbuka luas kepada proses globalisasi semasa, adalah perlu untuk negara ini memastikan agar sistem perhubungan perusahaan yang diamalkan mampu menghadapi cabaran- cabaran yang mendatang. Justeru itu negara akan dapat mengecapi kecemerlangan dan kegemilangan tanpa diganggu- gugat oleh sebarang tindakan perusahaan dan pertikaian perusahaan yang boleh mengancam kestabilan ekonomi di negara ini.

Pertikaian perusahaan jika tidak dikawal boleh mengancam usaha-usaha untuk membangunkan sesebuah negara. Oleh itu pertikaian perusahaan mesti ditangani dan diselesaikan dengan cepat dan teratur supaya suasana yang menggugat keharmonian perusahaan seperti mogok, piket dan sebagainya tidak berlaku secara berleluasa.

Buku panduan ini menggariskan proses-proses bagi pengendalian pertikaian perusahaan mengikut kaedah- kaedah dan peraturan-peraturan yang digariskan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967).

2. Tujuan

Handbook ini memberi maklumat kepada orang ramai terutamanya para majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mereka mengenai prosedur dan proses yang digunapakai oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dalam mengendali dan menyelesaikan kes-kes pertikaian perusahaan di negara ini.

Page 7: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta

6

3. Latar Belakang

Pertikaian perusahaan wujud apabila kedua-dua pihak iaitu majikan atau kesatuan mereka dan pekerja atau kesatuan sekerja mereka gagal mencapai persetujuan bersama terhadap isu-isu pekerjaan atau bukan pekerjaan.

JPPM memainkan peranan utama dalam membantu menyelesaikan pertikaian perusahaan demi memelihara dan mengekalkan keharmonian perusahaan di dalam negara.

4. DefinisiPertikaianPerusahaan

Pertikaian Perusahaan atau “trade dispute” ditakrifkan di bawah APP 1967 sebagai suatu pertikaian di antara majikan dengan pekerja-pekerjanya yang berhubung kait dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan atau keadaan tempat pekerjaan. (Seksyen 2, APP 1967)

5. Jenis-Jenis Pertikaian Perusahaan

Jenis-jenis pertikaian perusahaan terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu:

5.1 Berkaitan Pekerjaan

i. Keengganan memulakan perundingan kolektif; ii. Kebuntuan dalam perundingan kolektif; iii. Pertikaian mengenai mana-mana terma dan syarat kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif.

Page 8: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta

7

5.2 Berkaitan Bukan Pekerjaan

i. Kegagalan mematuhi piawaian perburuhan dan peruntukan berkanun berkaitan dengan kemudahan serta Iain-Iain faedah yang bukan kewangan.

ii. Perlanggaran hak pekerja atau ketidakadilan dalam amalan perburuhan atau penindasan ke atas pekerja.

6. Peruntukan Undang-Undang Dan Bidang Kuasa

Peruntukan APP 1967 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM) untuk mengendalikan isu-isu pertikaian seperti berikut:

6.1 Aduan Di Bawah Seksyen 8, APP 1967

Aduan mengenai perlanggaran hak pekerja, majikan dan kesatuan sekerja melibatkan perkara-perkara berikut:

i. Hak untuk berkesatuan di bawah Seksyen 4;

ii. Diskriminasi dan sekatan terhadap pekerja atau ahli kesatuan di bawah Seksyen 5; dan

iii. Intimidasi terhadap pekerja atau ahli kesatuan di bawah Seksyen 7.

6.2 Perundingan & Perjanjian Kolektif Di Bawah Seksyen 13

Jika mana-mana pihak enggan memulakan perundingan kolektif setelah menerima pelawaan untuk mengadakan perundingan kolektif, pihak yang mempelawa boleh membuat aduan kepada KPPPM.

Page 9: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta

8

6.3 Pertikaian Perusahaan Di Bawah Seksyen 18

Sesuatu pertikaian perusahaan yang telah wujud atau dijangka akan berlaku boleh dilaporkan kepada KPPPM oleh:

i. Majikan yang terlibat dalam pertikaian atau kesatuan sekerja majikan-majikan yang mewakili majikan dalam pertikaian tersebut; atau

ii. Kesatuan sekerja pekerja-pekerja yang terlibat dalam pertikaian tersebut.

7. Prosedur-Prosedur Pengendalian Pertikaian Perusahaan

a. Pertikaian itu hendaklah dilaporkan kepada KPPPM sama ada oleh pihak majikan atau kesatuan majikan atau oleh kesatuan sekerja pekerja.

b. Laporan mengenai pertikaian itu hendaklah dikemukakan sama ada oleh Setiausaha Agung, Presiden atau Ahli Exco Kesatuan yang diberi kuasa.

Page 10: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta

9

8. Perwakilan Dalam Prosiding Rundingan Damai

8.1 Majikan

- Dirinya sendiri atau pekerja yang diberi kuasa olehnya.

- Pegawai atau pekerja kesatuan sekerjanya.

- Pegawai pertubuhan majikan yang didaftar di dalam negara yang bukan kesatuan sekerja majikan.

8.2 Kesatuan Sekerja Bagi Pekerja

- Pegawai atau pekerja kesatuan sekerja.

- Pegawai pertubuhan pekerja yang didaftar di dalam negara yang bukan kesatuan sekerja pekerja.

8.3 Perwakilan Yang Dilarang Dalam Prosiding Rundingan Damai

- Peguambela; - Penasihat; - Konsultan; atau - Sesiapa jua pun melainkan mereka yang dibenarkan mengikut Seksyen 19(B), APP 1967.

9. Proses Rundingan Damai

i. JPPM akan memanggil kedua belah pihak yang bertikai untuk menghadiri prosiding rundingan damai yang akan dikendalikan oleh Pegawai Pendamai JPPM.

ii. Kedua belah pihak hadir pada tarikh yang telah ditetapkan dengan mandat sepenuhnya supaya keputusan boleh dicapai semasa rundingan damai.

Page 11: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta

10

iii. Prinsip dan pendekatan yang harmoni hendaklah diamalkan semasa rundingan damai.

iv. Kedua-dua pihak mestilah bersedia dengan maklumat- maklumat dan dokumen-dokumen yang berkaitan agar prosiding rundingan damai dapat berjalan dengan lancar dan licin.

10. Proses-Proses Pengendalian Pertikaian Perusahaan

10.1 Perundingan Secara Langsung

Perundingan secara langsung melibatkan perbincangan di antara kesatuan dan majikan di peringkat syarikat mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan di dalam perjanjian kolektif atau mengikut prosedur yang sedia ada di dalam syarikat, jika syarikat berkenaan belum mempunyai perjanjian kolektif.

10.2 Prosiding Rundingan Damai

Sekiranya penyelesaian tidak tercapai melalui perundingan secara langsung, tindakan berikut boleh diambil:

- Mana-mana pihak boleh melaporkan kepada JPPM untuk mendapatkan campur tangan Jabatan bagi menyelesaikan pertikaian tersebut melalui proses rundingan damai. Proses penyelesaian melalui rundingan damai adalah secara sukarela dan tanpa sebarang paksaan.

- Sekiranya penyelesaian tidak dapat dicapai, KPPPM akan memaklumkan kepada Y.B. Menteri Sumber Manusia.

Page 12: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta

11

11. Keputusan Y.B. Menteri Sumber Manusia

Setelah meneliti segala fakta mengenai pertikaian berkenaan, Y.B. Menteri akan memutuskan sama ada wajar atau tidak wajar pertikaian itu dirujuk ke Mahkamah Perusahaan. Keputusan Y.B. Menteri adalah muktamad.

12. Arbitrasi Oleh Mahkamah Perusahaan

Proses arbitrasi di Mahkamah Perusahaan adalah seperti berikut:

- Mendengar keterangan kedua-dua belah pihak;

- Memutuskan dan menurunkan keputusan (award) berkaitan pertikaian berkenaan;

- Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad.

Page 13: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta

12

13. Carta Aliran Proses Pengendalian Pertikaian Perusahaan

Langkah-langkah di atas boleh dilihat dengan lebih jelas melalui carta aliran berikut :

Page 14: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta

13

14. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Rundingan Damai

Matlamat utama rundingan damai adalah untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi faedah kedua-dua pihak. Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan sesuatu rundingan damai:

i. Kesediaan kedua-dua pihak untuk berunding.

ii. Wujudnya sikap tolak ansur di antara kedua-dua pihak.

iii. Pihak-pihak yang bertikai tidak terlalu terikat dengan prinsip dan persoalan undang-undang.

iv. Pihak-pihak yang bertikai tidak keterlaluan dalam membuat sesuatu permintaan dan penawaran.

v. Pihak-pihak yang bertikai mestilah berada di dalam persekitaran yang selesa dan kondusif semasa rundingan damai dijalankan.

vi. Kemahiran, kebijaksanaan dan kecekapan pegawai pendamai semasa mengendalikan rundingan damai diadakan.

15. Penutup

Handbook ini hanya merupakan penerangan ringkas mengenai pertikaian perusahaan selaras dengan maksud Seksyen 8, 13 dan 18 APP 1967. Jika terdapat sebarang keraguan adalah dinasihatkan supaya menghubungi pejabat JPPM yang terdekat untuk keterangan lanjut.

Page 15: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta

14

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkan dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penerbit Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.

All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electrical, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission in writing of the Department of Industrial Relations of Malaysia, Ministry of Human Resources.

Page 16: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta
Page 17: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta
Page 18: jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/pertikaian perusahaan BM.pdf · - Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad. 12 13. Carta