pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil perusahaan … · rujuk : peraturan 22, bahagian iii, jadual...

32
MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Tingkat 10, Bangunan RISDA Karung Berkunci 11067, Jalan Ampang, Tel : 03-42564022 50990 Kuala Lumpur Fax : 03-42576726 Bilangan : ( 60 ) dlm.SR.11.0/9970.06 Tarikh : 26 Jun 2012 i. Semua Pengarah Bahagian ii. Semua Pengarah RISDA Negeri iii. Semua Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan RISDA iv. Semua Pegawai RISDA Daerah / Bahagian / Jajahan v. Semua Pengetua IKPK / RISTEC SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BILANGAN 10 TAHUN 2012 PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN TIDAK HADIR BERTUGAS Adalah dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas. 2. Seperti mana yang tuan sedia maklum, kesalahan tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa alasan yang munasabah merupakan kesalahan yang kerap berlaku di kalangan pegawai RISDA. Surat Pekeliling Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bilangan 14 Tahun 2011 bertarikh 21 Oktober 2011 telah mengarahkan semua Ketua Pusat Tanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera bagi apa-apa perlanggaran disiplin. Manakala Arahan Pentadbiran Bilangan 38 Tahun 2009 bertarikh 18 November 2009 menggariskan tatacara urusan pembayaran gaji bagi pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa bercuti. 3. Sedemikian bagi memastikan tindakan yang berkesan bagi mengurus dan membendung kes-kes tidak hadir bertugas ini, bersama-sama ini disertakan

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

58 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Tingkat 10, Bangunan RISDA Karung Berkunci 11067, Jalan Ampang, Tel : 03-42564022 50990 Kuala Lumpur Fax : 03-42576726 Bilangan : ( 60 ) dlm.SR.11.0/9970.06 Tarikh : 26 Jun 2012

i. Semua Pengarah Bahagian ii. Semua Pengarah RISDA Negeri iii. Semua Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan RISDA iv. Semua Pegawai RISDA Daerah / Bahagian / Jajahan v. Semua Pengetua IKPK / RISTEC

SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BILANGAN 10 TAHUN 2012 PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN TIDAK HADIR BERTUGAS Adalah dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Seperti mana yang tuan sedia maklum, kesalahan tidak hadir bertugas tanpa

cuti, tanpa kebenaran atau tanpa alasan yang munasabah merupakan kesalahan

yang kerap berlaku di kalangan pegawai RISDA. Surat Pekeliling Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia Bilangan 14 Tahun 2011 bertarikh 21 Oktober 2011

telah mengarahkan semua Ketua Pusat Tanggungjawab menjalankan kawalan dan

pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang

sesuai dengan seberapa segera bagi apa-apa perlanggaran disiplin. Manakala

Arahan Pentadbiran Bilangan 38 Tahun 2009 bertarikh 18 November 2009

menggariskan tatacara urusan pembayaran gaji bagi pegawai yang tidak hadir

bertugas tanpa bercuti.

3. Sedemikian bagi memastikan tindakan yang berkesan bagi mengurus dan

membendung kes-kes tidak hadir bertugas ini, bersama-sama ini disertakan

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

Bilangan : ( 60 ) dlm.SR.11.0/9970.06 Tarikh : 26 Jun 2012

Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas sepertimana lampiran

berkembar.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “RISDA EFEKTIF PEKEBUN KECIL PRODUKTIF” ‘ Baja Cukup Hasil Melonjak ’ T . T ( HJ. AHMAD SUFI BIN ALIAS ) Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat), b.p: Ketua Pengarah R I S D A s.k. : Dato’ Ketua Pengarah RISDA

HASA/MAAH/hh

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI DAN

KAKITANGAN TIDAK HADIR BERTUGAS

Disediakan oleh:

Unit Pengurusan Prestasi & Kompetensi,

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Ibu Pejabat RISDA,

Kuala Lumpur.

1  

PENDAHULUAN

Ketidakhadiran bertugas merupakan kesalahan tatatertib yang sering dilakukan oleh

pegawai awam. Kesalahan tidak hadir bertugas menyumbang lebih 50 peratus

daripada keseluruhan kes-kes tatatertib pegawai dan kakitangan RISDA bagi tahun

2010 – 2012. Tindakan yang pantas oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (PT) /

Penyelia adalah usaha dan tindakan yang berkesan kepada kes tidak hadir bertugas

dan seterusnya membendung masalah ini.

Peraturan 22, Bahagian III, Jadual Kedua, Akta Badan - Badan Berkanun

(Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605), “ tidak hadir bertugas ” termasuklah

tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat

pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

Pegawai yang tidak hadir bertugas boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras

dengan Peraturan 23, Akta Badan - Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

(Akta 605) dan mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman sehingga buang

kerja.

Pengurusan RISDA amat serius dalam menangani kes pegawai tidak bertugas

termasuk mereka yang ponteng kerja dan satu panduan khusus disediakan bagi

memastikan semua Ketua PT / Penyelia mengambil tindakan kawalan dan

pengawasan tatatertib terhadap pegawai bawahannya supaya kes tidak berulang.

Pendekatan ini bagi memudahkan tindakan pencegahan (preventive) membendung

gejala ini. Panduan ini juga turut dilengkapi dengan peranan Ketua PT / Penyelia,

kategori tidak hadir bertugas, senarai dokumen yang diperlukan dan carta alir

tindakan berserta tempoh masa tindakan perlu diambil.

2  

PERANAN KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB

Ketua PT / Penyelia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan

tindakan kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap pegawai bawahannya. Kuasa

ini diperuntukkan dalam Peraturan 21(1), Bahagian III, Jadual Kedua, Akta Badan -

Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan kegagalan

melaksanakan tanggungjawab ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Peraturan 21(1) - Adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk

menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawai

bawahannya dan untuk mengambil tindakan yang bersesuaian bagi

apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan - Peraturan ini.

Peraturan 21(2) - Seseorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan

pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya, atau tidak mengambil

tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melakukan pelanggaran

tatatertib, hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan

tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Tindakan awal perlu diambil oleh Ketua PT / Penyelia dengan memantau pegawai

bawahan masing-masing dan menegur atau memberi nasihat supaya pegawai

sentiasa mematuhi waktu bekerja. Jika teguran dan nasihat telah diberi oleh Ketua

PT / Penyelia, namun pegawai masih mengulangi kesalahan yang sama maka

tindakan melaporkan dengan kadar yang segera kepada Lembaga Tatatertib yang

berkenaan mengikut kategori yang bersesuaian sebagaimana panduan ini.

Sila rujuk Lampiran K, contoh-contoh kelemahan dalam melaksanakan prosedur

berkaitan tatatertib ini.

3  

Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat Dikesan 

Tidak Hadir 7 Hari Bekerja Berturut‐turut  Dan Tidak 

Dapat Dikesan

Tidak  Hadir Bertugas: 

Meminda Sijil Cuti Sakit Atau Mengemukakan Sijil Cuti Sakit 

Palsu 

Tidak Hadir Pada Masa dan Tempat 

Yang Ditetapkan (Ponteng Kerja) 

KATEGORI TIDAK HADIR BERTUGAS

Pegawai-pegawai awam yang tidak hadir bertugas boleh dikategorikan seperti

berikut:

TIDAK HADIR BERTUGAS

4  

1. TIDAK HADIR BERTUGAS DAN DAPAT DIKESAN

Sila rujuk:

1. Arahan Pentadbiran Bilangan 38 Tahun 2009 2. Peraturan 24(1), Bahagian III, Jadual Kedua, Akta Badan - Badan

Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)

Pegawai tidak hadir sekurang-kurangnya 1 hari bekerja atau lebih secara berturut-

turut atau berselang seli. Ketua PT / Penyelia perlu menyediakan dokumen yang

berkaitan dan melaporkan segera kepada Lembaga Tatatertib.

Tindakan Penyelia seperti berikut:

1. Mendapatkan penjelasan secara bertulis/lisan.

(Contoh Format seperti di Lampiran E)

2. Melalui Ketua PT meminta Pengarah Bahagian Kewangan

& Belanjawan (Ketua Unit Gaji & Perolehan) menangguhkan

bayaran gaji pegawai pada bulan tersebut.

(Contoh Format seperti di Lampiran E)

3. Menimbang penjelasan yang dikemukakan oleh pegawai.

4. a) Mengarahkan pegawai memohon cuti rehat jika

penjelasan pegawai diterima dengan asas-asas yang

kukuh dan disokong oleh keterangan berkaitan (contoh:

surat kematian saudara terdekat, surat pengesahan

atau laporan polis), kecuali jika pegawai mempunyai

Sijil Cuti Sakit.

atau

b) Melaporkan kepada Ketua PT mengenai ketidakhadiran

pegawai, jika penjelasan pegawai ditolak.

5  

Tindakan Ketua PT seperti berikut:

5. Membuat laporan kepada:

a) Pengarah Bahagian Kewangan & Belanjawan untuk

pemotongan gaji di bawah Perintah Am 14A, Bab C

bagi hari-hari yang tidak hadir bertugas dan membayar

baki gaji yang pegawai layak pada bulan tersebut pada

hari pertama bulan berikutnya.

(Contoh Format seperti di Lampiran F)

b) Melaporkan ke Lembaga Tatatertib

(Contoh Format seperti di Lampiran I)

Carta alir bagi proses tindakan kepada pegawai yang tidak hadir bertugas dan dapat

dikesan seperti di Lampiran A.

6  

2. TIDAK HADIR BERTUGAS 7 HARI BEKERJA BERTURUT-TURUT DAN TIDAK DAPAT DIKESAN

Sila rujuk:

1. Arahan Pentadbiran Bilangan 38 Tahun 2009 2. Peraturan 25, Bahagian III, Jadual Kedua, Akta Badan - Badan Berkanun

(Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)

Pegawai tidak hadir bertugas 7 hari bekerja berturut-turut dan usaha-usaha

sewajarnya untuk mencari serta mengesan pegawai telah dilakukan tetapi masih

gagal. Ketua PT perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dan melaporkan

segera kepada Lembaga Tatatertib yang ada kuasa buang kerja dan turun pangkat

serta memaklumkan ketidakhadiran kepada Pengarah Bahagian Kewangan dan

Belanjawan untuk tidak membayar gaji pegawai.

Tindakan Ketua PT seperti berikut:

1. Mengeluarkan surat arahan kembali bertugas melalui

Surat Berdaftar Akuan Terima (A.R. Register) / serahan

tangan kepada pegawai di alamat akhir diketahui.

(Contoh Format seperti di Lampiran G)

2. Surat kepada Pengarah Bahagian Kewangan &

Belanjawan (Ketua Unit Gaji & Perolehan) meminta

menangguhkan bayaran gaji pegawai.

(Contoh Format seperti di Lampiran H)

3. Mengemukakan laporan berhubung ketidakhadiran

pegawai kepada Lembaga Tatatertib.

(Contoh Format seperti di Lampiran J)

7  

4. Memaklumkan secara bertulis kepada Urus Setia

Lembaga Tatatertib sama ada pegawai melapur diri

atau tidak selepas 7 hari penyiaran notis dalam akhbar.

Tindakan Urus Setia Lembaga Tatatertib seperti berikut:

1. Menyiarkan notis dalam sekurang-kurangnya sebuah

akhbar berbahasa kebangsaan dan edaran seluruh negara

sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib.

2. Mewartakan pembuangan kerja pegawai mulai daripada

tarikh pegawai tidak hadir bertugas, jika pegawai tidak

hadir selepas tempoh 7 hari dalam notis.

Carta alir bagi proses tindakan kepada pegawai yang tidak hadir bertugas 7 hari

bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan seperti di Lampiran B.

8  

3. TIDAK HADIR BERTUGAS: MEMINDA SIJIL CUTI SAKIT ATAU

MENGEMUKAKAN SIJIL CUTI SAKIT PALSU

Tindakan Penyelia / Ketua PT meragui dan mengesyaki kesahihan Sijil Cuti sakit

swasta atau kerajaan yang dikemukakan oleh pegawai. Ketua jabatan perlu

menyiasat dan melaporkan jika didapati berlaku pelanggaran dengan menyertakan

dokumen berkaitan.

Tindakan Penyelia / Ketua PT seperti berikut:

1. Menyiasat kesahihan Sijil Cuti Sakit pegawai

2. Dalam kes pemalsuan / pindaan Sijil Cuti Sakit,

Ketua Jabatan membuat laporan kepada:

a) Bahagian Kewangan & Belanjawan untuk pemotongan

Gaji di bawah Perintah Am 14A, Bab C (Contoh

Format seperti di Lampiran F); dan

b) Lembaga Tatatertib untuk tindakan tatatertib

(Contoh Format seperti di Lampiran I)

3. Membuat laporan polis jika didapati wujud unsur-unsur

Pemalsuan Sijil Cuti Sakit oleh sindiket.

Carta alir bagi proses tindakan tidak hadir bertugas: meminda Sijil Cuti Sakit atau

mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu seperti di Lampiran C.

9  

4. TIDAK HADIR BERTUGAS PADA MASA DAN TEMPAT YANG

DITETAPKAN (PONTENG KERJA)

Rujuk : Peraturan 22, Bahagian III, Jadual Kedua, Akta Badan - Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)

Pegawai tidak hadir atau tidak berada pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan

atau di arahkan daripada masa ke semasa atau ponteng kerja. Ketua PT perlu

memantau pegawai dan melaporkan ke Lembaga Tatatertib.

Tindakan Penyelia / Ketua PT seperti berikut:

1. Memantau kehadiran pegawai melalui pemerhatian /

buku log / CCTV atau apa-apa kaedah yang

difikirkan sesuai.

2. Mendapatkan penjelasan berhubung ketidakhadiran

pegawai (ponteng kerja) secara bertulis / lisan.

3. Melaporkan kepada Lembaga Tatatertib jika penjelasan

tidak berasas.

(Contoh Format seperti di Lampiran I)

Carta alir proses tindakan tidak hadir bertugas pada masa dan tempat yang

ditetapkan (ponteng kerja) seperti di Lampiran D)

10  

PENUTUP

Panduan ini diharap dapat membantu Ketua Pusat Tanggungjawab dan Penyelia

dalam menguruskan permasalahan ketidakhadiran di kalangan anggota

perkhidmatan RISDA. Secara tidak langsung ia juga diharap dapat meningkatkan

disiplin serta integriti pegawai awam keseluruhannya.

                                                                                                                           Lampiran A 

PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS DAN DAPAT DIKESAN  

(Rujuk Peraturan 22‐24, Bahagian III, Jadual Kedua, Akta 605 & AP 38/2009) 

Ketidakhadiran Pegawai Tanpa Cuti/Tanpa Kebenaran/Tanpa Sebab Yang Munasabah Pada Waktu Pegawai Dikehendaki Bertugas Tidak Boleh Ditolak Cuti Rehat Pegawai 

Pegawai Tidak Hadir

Penyelia mendapatkan penjelasanpegawai 

Pegawai dapat dikesan ‐ Penjelasan Pegawai 

Pertimbangan Penyelia  Pegawai 

Diterima – Pegawai 

mohon cuti rehat 

Ditolak 

Tindakan mengesan oleh Ketua Jabatan 

Tidak dapat dikesan 

A  Lampiran B 

1 hari

1 hari

1 hari

1 hari

Lapor ke Bahagian Kewangan untuk pemotongan gaji 

pegawai dan kepada Lembaga Tatatertib 

1 hari

Jumlah :                             6 hari

Tempoh Tindakan

Dokumen sokongan ‐ Sijil cuti sakit, surat kematian saudara terdekat,surat pengesahan,laporan 

polis,dll. 

Lapor kepada Bahagian Kewangan untuk tangguh bayaran  gaji pegawai (Rujuk AP 38/2009)  1 hari

Lapor kepada Bahagian Kewangan untuk bayar 

gaji pegawai 

                                                                                                                             Lampiran B 

 TIDAK HADIR BERTUGAS 7 HARI BEKERJA BERTURUT‐TURUT DAN TIDAK  

DAPAT DIKESAN (Rujuk Peraturan 25, Bahagian III, Jadual Kedua, Akta 605)    

Ketidakhadiran Pegawai Tanpa Cuti/Tanpa Kebenaran/Tanpa Sebab Yang Munasabah Pada Waktu Pegawai Dikehendaki Bertugas Tidak Boleh Ditolak Cuti Rehat Pegawai 

Ketua Jabatan keluarkan Surat Arahan Kembali Bertugas melalui surat 

berdaftar akuan terima (A.R. Register/ Serahan Tangan)

Surat Dikembalikan Tidak Terserah 

Penyerahan Surat

Surat Terserah (Pegawai dapat dikesan sama ada hadir atau tidak) 

Laporan ke Lembaga Tatatertib 

Penyiaran Notis Akhbar 

Kehadiran Hadir  Pegawai Tidak Hadir 

Laporan ke Lembaga Tatatertib 

Pewartaan pembuangan kerja 

Laporan ke Lembaga Tatatertib 

3 hari

5 hari

1 hari

Jumlah :                               9 hari

Tempoh Masa

                                                                                                                          Lampiran C  

TIDAK HADIR BERTUGAS : MEMINDA SIJIL CUTI SAKIT / MENGEMUKAKAN  

SIJIL CUTI SAKIT PALSU 

Ketidakhadiran Pegawai Tanpa Cuti/Tanpa Kebenaran/Tanpa Sebab Yang Munasabah Pada Waktu Pegawai Dikehendaki Bertugas Tidak Boleh Ditolak Cuti Rehat Pegawai 

Timbul keraguan  / syak oleh Ketua Jabatan

Siasatan kesahihan sijil cuti sakit 

Penemuan Sijil Cuti Sakit dipinda/palsu 

Laporan Ketua Jabatan 

Laporan Polis 

(Jika terdapat unsur‐unsur pemalsuan oleh sindiket) 

Lapor ke Bahagian Kewangan untuk pemotongan gaji pegawai dan 

kepada Lembaga Tatatertib 

Sijil Cuti Sakit Sah dan diterima 

5 hari

1 hari

1 hari

Tempoh Tindakan

Jumlah :                               7 hari

                                                                                                                                                                                                                                                 Lampiran D  

TIDAK HADIR PADA MASA DAN TEMPAT YANG DITETAPKAN (PONTENG KERJA) 

Ketidakhadiran Pegawai Tanpa Cuti/Tanpa Kebenaran/Tanpa Sebab Yang Munasabah Pada Waktu Pegawai Dikehendaki Bertugas Tidak Boleh Ditolak Cuti Rehat Pegawai 

Pegawai Ponteng Kerja 

Pemantauan ke atas Pegawai 

terlibat

Ada Kes 

Penjelasan Pegawai 

Pertimbangan Penyelia Pegawai 

Diterima 

Ditolak

Lapor kepada Lembaga Tatatertib 

Tiada Kes 

Tempoh Tindakan

1 hari

1 hari

3 hari

Jumlah :                               5 hari

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

LAMPIRAN E CONTOH : SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Nama & Alamat PT _________________________________________________________________ Bilangan : Tarikh : Kepada : (Nama, No. K.P, Jawatan dan Alamat Pegawai) SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS Adalah saya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Berdasarkan (nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan pegawai tidak hadir bertugas seperti kad perakam waktu, buku rekod kehadiran, laporan pihak berkaitan) didapati tuan telah tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa

kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai ..... hingga ......). Dengan ini tuan boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan

Peraturan 23, Bahagian III, Jadual Kedua, Akta Badan - Badan Berkanun (Tatatertib

dan Surcaj) 2000, melanggar tata kelakuan di bawah Peraturan 3(2)(g), peraturan

yang sama iaitu tidak bertanggungjawab dan lucut hak emolumen pada tarikh-tarikh

tersebut selaras dengan Perintah Am 14A Bab C.

3. Sedemikian sila berikan tunjuk sebab dan penjelasan (berserta dokumen

sokongan berkaitan) mengapa tindakan seperti dinyatakan di atas tidak boleh

diambil ke atas tuan dalam tempoh 3 hari daripada tarikh penerimaan surat ini.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” t.t. ( Nama Ketua PT ) s.k. : i. Pengarah Bahagian Kewangan & Belanjawan

(U.P. Ketua Unit Gaji dan Perolehan)

- sila tangguhkan pembayaran gaji penama bagi bulan ini sehingga

diberitahu oleh pejabat ini.

ii. Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

LAMPIRAN F CONTOH : SURAT ARAHAN PEMOTONGAN GAJI PEGAWAI

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Nama & Alamat PT _________________________________________________________________ Bilangan : Tarikh : Kepada : PENGARAH BAHAGIAN KEWANGAN ARAHAN PEMOTONGAN GAJI PEGAWAI (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas) Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas tanpa

cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai ..... hingga ......) atau:

Bulan / Tahun Tarikh Bilangan Hari

* Jika pegawai tidak hadir berselang seli. 3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diharap dapat membuat pemotongan gaji

pegawai pada tarikh yang dinyatakan di atas selaras dengan Perintah Am 14A,

Perintah Am Bab C. Bersama-sama ini disertakan perkiraan potongan gaji tersebut

seperti mana lampiran berkembar. Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan

didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” t.t. ( Nama Ketua PT ) s.k. : i. Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

ii. Penama

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

LAMPIRAN G CONTOH : SURAT ARAHAN LAPOR DIRI SERTA MERTA

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Nama & Alamat PT _________________________________________________________________ Bilangan : Tarikh : SURAT BERDAFTAR Kepada : (Nama, No. K.P, Jawatan dan Alamat Pegawai) ARAHAN HADIR BERTUGAS SERTA MERTA Adalah saya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Berdasarkan kad perakam waktu, (atau buku rekod kehadiran serta laporan pengesahan pegawai penyelia) tuan (Nama Pegawai dan No. Kad Pengenalan) didapati telah tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau

tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai ..... hingga ......) atau:

Bulan / Tahun Tarikh Bilangan Hari

* Jika pegawai tidak hadir berselang seli. 3. Ketidakhadiran tuan pada tarikh tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib

selaras dengan Peraturan 23, Bahagian III, Jadual Kedua, Akta Badan - Badan

Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan melanggar tata kelakuan di bawah

Peraturan 3(2)(g), peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab. Dengan ini

tuan adalah dikehendaki hadir bertugas serta-merta.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” t.t. ( Nama Ketua PT ) s.k. : i. Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

LAMPIRAN H CONTOH : SURAT ARAHAN PENANGGUHAN BAYARAN GAJI PEGAWAI

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Nama & Alamat PT _________________________________________________________________ Bilangan : Tarikh : Kepada : PENGARAH BAHAGIAN KEWANGAN ARAHAN PENANGGUHAN BAYARAN GAJI PEGAWAI (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas) Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas tanpa

cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai) secara berterusan sehingga ke tarikh surat ini.

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diharap dapat membuat penangguhan

gaji pegawai selaras dengan Perintah Am 14A, Perintah Am Bab C. Pihak saya akan

memaklumkan kebenaran membayar semula gaji apabila pegawai melapur diri

bertugas semula kelak. Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan

ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” t.t. ( Nama Ketua PT ) s.k. : i. Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

LAMPIRAN I CONTOH : SURAT LAPURAN KES TIDAK HADIR BERTUGAS DAN DAPAT DIKESAN

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Nama & Alamat PT _______________________________________________________________ Bilangan : Tarikh : PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (U.P. URUSETIA JAWATANKUASA TATATERTIB RISDA) LAPORAN MENGENAI KETIDAKHADIRAN BERTUGAS (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas) Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas tanpa

cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai ..... hingga ......) atau:

Bulan / Tahun Tarikh Bilangan Hari

* Jika pegawai tidak hadir berselang seli. 3. Dengan ketidakhadiran ini, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib

selaras dengan Peraturan 23, Bahagian III, Jadual Kedua, Akta Badan - Badan

Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan melanggar tata kelakuan di bawah

Peraturan 3(2)(g), peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab.

4. Bersama-sama ini dikemukakan (nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan pegawai tidak hadir bertugas seperti kad perakam waktu dan surat tunjuk sebab), Borang RISDA/PRJ/D-1(Laporan Untuk Pertimbangan Tindakan Tatatertib)

dan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang kemas kini. Dikemukakan laporan ini

untuk pertimbangan tuan selanjutnya. Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” t.t. ( Nama Ketua PT )

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

LAMPIRAN J CONTOH : SURAT LAPURAN KES TIDAK HADIR BERTUGAS 7 HARI BEKERJA BERTURUT-TURUT DAN TIDAK DAPAT DIKESAN

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Nama & Alamat PT _______________________________________________________________ Bilangan : Tarikh : PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (U.P. URUSETIA JAWATANKUASA TATATERTIB RISDA) LAPORAN MENGENAI KETIDAKHADIRAN BERTUGAS (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas) Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas tanpa

cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai ..... hingga ......) 3. Pegawai berkenaan telah diarahkan kembali bertugas dengan segera melalui

surat berdaftar akuan terima (nyatakan bilangan surat dan tarikh). Walau

bagaimanapun, surat arahan kembali bertugas tersebut dikembalikan tidak terserah /

pegawai berkenaan tidak lagi menetap di alamat terakhir yang diketahui. Usaha-

usaha telah dibuat untuk mengesan pegawai iaitu (nyatakan usaha-usaha yang dibuat untuk mengesan pegawai) walau bagaimanapun pegawai masih tidak

dapat dikesan. Pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan

Peraturan 25(6), Bahagian III, Jadual Kedua, Akta Badan - Badan Berkanun

(Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan melanggar tata kelakuan di bawah Peraturan

3(2)(g), peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab.

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL

4. Bagi maksud penyiaran bersama-sama ini dikemukakan (nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan pegawai tidak hadir bertugas seperti kad perakam waktu dan surat tunjuk sebab), Borang RISDA/PRJ/D-1(Laporan Untuk

Pertimbangan Tindakan Tatatertib) dan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang

kemas kini. Dikemukakan laporan ini untuk pertimbangan tuan selanjutnya.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” t.t. ( Nama Ketua PT )

1  

Lampiran K

CONTOH-CONTOH KELEMAHAN DALAM MENGURUSKAN PROSEDUR TATATERTIB

BERKAITAN KETIDAKHADIRAN BERTUGAS

Kes 1 Pegawai YY telah tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa

sebab yang munasabah seperti berikut:

Bulan / Tahun

Bil. Hari Tidak Hadir

Januari 2010 3 hari

Februari 2010 6 hari

Mac 2010 14 hari

April 2010 12 hari

Mei 2010 11 hari

Jun 2010 5 hari

Ogos 2010 12 hari

Jumlah Besar 63 hari

Setelah dibuat semakan oleh pihak BIAD pada September 2010, barulah kes

ini dilaporkan kepada Lembaga Tatatertib untuk diambil tindakan tatatertib.

Sepatutnya Ketua PT telah melaporkan kepada Lembaga Tatatertib selewat-

lewatnya bulan Mac 2010 bagi membendung ketidakhadiran pada bulan-bulan

seterusnya. Berdasarkan kes ini, Ketua PT boleh diambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan 21, Akta 605.

2  

Kes 2

Pegawai ZZ, pada bulan Mei 2010, telah tidak hadir bertugas sebanyak 3 hari

dan bulan Jun sebanyak 4 hari. Mulai bulan Julai 2010, penama terus tidak

hadir bertugas dan dikenakan tindakan buang kerja. Ketua PT tidak

memaklumkan dengan segera kepada Pengarah Bahagian Kewangan &

Belanjawan supaya menangguhkan bayaran gaji penama pada bulan Mei

2010 selaraskan dengan Arahan Pentadbiran Bilangan 38/2009. Tindakan

memotong/menyelaras bayaran gaji penama untuk sebanyak 7 hari hanya

dibuat pada bulan Julai 2010 tetapi penama telah tidak hadir bertugas

sehingga dibuang kerja dan terlebih bayar tersebut tidak dapat dibuat kutipan

semula. Tindakan surcaj telah dikenakan kepada Ketua PT kerana lewat mengambil tindakan arahan pemotongan gaji. Kes 3 Pegawai WW telah tidak hadir bertugas sebanyak 5 hari pada bulan Mac

2011. Ketua PT telah meminta Pengarah Bahagian Kewangan & Belanjawan

menangguhkan pembayaran gaji penama selaras dengan Arahan Pentadbiran

Bilangan 38/2009. Pada April 2011 penama masih tidak hadir bertugas

sebanyak 3 hari. Gaji penama terus tidak dibayar sehingga bulan Mei 2011. Sepatutnya Ketua PT menyediakan pelarasan gaji penama pada 1 April 2011 dan meminta Pengarah BKB membayar baki gaji bagi hari-hari penama hadir bertugas pada bulan Mac 2011 dan seterusnya meminta Pengarah BKB menangguhkan bayaran gaji penama untuk bulan April 2011 supaya boleh dibuat potongan gaji hari-hari tidak hadir pada bulan April.

Walaupun penama telah dikenakan tindakan potong gaji tetapi ianya bukan

tindakan tatatertib dan Ketua PT perlu memajukan laporan kepada Lembaga

Tatatertib untuk diambil tindakan tatatertib menurut peraturan 26, Akta 605..

3  

Kes 4

Ketua PT R telah memajukan laporan kepada Lembaga Tatatertib untuk

diambil tindakan terhadap En. JJ kerana tidak hadir bertugas tanpa cuti, sering

datang lewat ke pejabat dan ponteng kerja. Daripada laporan tersebut juga

didapati penama telah menggunakan kemudahan cuti sakit sebanyak 25 hari.

Semakan telah dibuat ke klinik-klinik yang mengeluarkan sijil cuti sakit

tersebut, didapati klinik-klinik tersebut tidak wujud dan sijil cuti sakit tersebut

adalah palsu. Penama telah dikenakan tindakan tatatertib buang kerja.

Ketua PT perlu membuat semakan rambang bagi mengesahkan sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh pegawai-pegawai di bawah seliaannya.

1

Lampiran L

RISDA/PRJ/D-1 (Pindaan 1/88)

RISDA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH LAPORAN UNTUK PERTIMBANGAN TINDAKAN TATATERTIB

I. TUJUAN [Nyatakan nama, jawatan, stesen dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pegawai]

Laporan ini dikemukakan kepada Urusetia Tatatertib Perkhidmatan RISDA untuk

memberikan pertimbangan di atas cadangan mengambil tindakan tatatertib ke atas

Encik/Cik/Tuan/Puan ________________________________________________________

yang berjawatan ____________________________________________________________

dan berkhidmat di ___________________________________________________________

__________________________________________________________________________

kerana ____________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________ [Jika ruangan tidak mencukupi, sila buat lampiran]

II. BUTIRAN PERIBADI PEGAWAI

[Sila lampirkan Salinan Sah Rekod Perkhidmatan]

1. Nama : _________________________________________

2. Umur : _________________________________________

3. Tarikh Lahir : _________________________________________

4. Nombor Kad Pengenalan : _________________________________________

2

5. No. Pekerja

6. Taraf Perkahwinan : _________________________________________

7. Jawatan : _________________________________________

8. Kumpulan/Gred Gaji : _________________________________________

9. Gaji Asas Sekarang : _________________________________________

10. Tarikh Kenaikan Gaji : _________________________________________

11. Tarikh Lantikan : _________________________________________

12. Tarikh Disahkan Dalam Jawatan (Jika Dalam Percubaan, Sebutkan) : _________________________________________ 13. Stesen Bertugas : _________________________________________

14. Alamat-alamat Kediaman : a) _________________________________________ (Jika Lebih Daripada Satu, Nyatakan) _________________________________________

b) _________________________________________

_________________________________________

III. LATAR BELAKANG KES [Nyatakan setiap kesalahan pegawai dan lampirkan segala bukti-bukti yang ada. Jika ruangan tidak mencukupi, sila buat lampiran]

IV. TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KETUA JABATAN [Jika nasihat lisan, nyatakan intipati nasihat dan tarikh. Jika peringatan bertulis dan peringatan terakhir, sertakan dokumen-dokumen dan jawapan-jawapan penama] __________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

V. ULASAN KETUA JABATAN [Jika ruangan tidak mencukupi, sila buat lampiran]

1. Ulasan Penyelia Terdekat :

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

2. Ulasan Ketua Jabatan :

VI. REKOD TINDAKAN TATATERTIB TERDAHULU [Nyatakan jenis-jenis dan tarikh-tarikh dikenakan hukuman dan rujukan surat-surat]

4

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

VII. SENARAI TUGAS PENAMA SEMASA KEJADIAN

[Sila lampirkan bersama borang ini]

VIII. SYOR TINDAKAN TATATERTIB OLEH KETUA JABATAN [Jika ruangan tidak mencukupi, sila buat lampiran]

Tandatangan Pegawai Pelapor : _______________________________________

Nama Penuh : _______________________________________

Jawatan : _______________________________________

Cap Jabatan : _______________________________________

_______________________________________

Tarikh : _______________________________________

5

IX. UNTUK KEGUNAAN URUSETIA

1. Tarikh Terima : ______________________________________

2. Nombor Fail Peribadi : ______________________________________

3. Nombor Kes : ______________________________________

4. Ulasan Ringkas : ______________________________________

______________________________________

______________________________________

______________________________________