john dewey

2
JOHN DEWEY ( 1859 – 1952 ) - Tokoh falsafah yang terkenal di Amerika. - Beliau berpendapat bahawa pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan untuk hidup tetapi pendidikan adalah satu proses sosial yang mempunyai segala ilmu, pengalaman, teori, pemikiran dan kenyataan kepada kanak-kanak. Pandangan Dewey berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Beliau memperkenalkan kaedah projek kepada kanak- kanak kerana kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak haruslah berusaha ke arah mencapai kejayaan. Pada pandangan beliau, dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang. Menurut beliau, pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif kepada kanak-kanak berdasarkan keadaan semulajadi mereka. Pendidikan perlu disepadukan dengan kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen. Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin John Dewey (1859 – 1952) John Dewey melihat pendidikan dan demokrasi sebagai dua dimensi yang berkait rapat. Menurut Dewey, pendidikan yang baik seharusnya mempunyai dua matlamat utama iaitu kepada masyarakat dan individu. Dari perspektif Dewey, pendidikan seharusnya mempunyai matlamat sosial yang lebih meluas. Pendidikan seharusnya membantu individu memnjadi anggota masyarakat yang lebih efektif. Beliau menentang corak pendidikan sehala atau authoritarian dan beranggapan cara ini tidak boleh menjadi model pendidikan yang baik untuk dijadikan landasan hidup masyarakat yang demokratik. Beliau menekankan bahawa kualiti pengalaman pendidikan adalah amat penting sama ada untuk jangka masa yang pendek atau panjang. Dengan itu, pendidik

Upload: hakimyboboy

Post on 07-Feb-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: John Dewey

JOHN DEWEY ( 1859 – 1952 ) - Tokoh falsafah yang terkenal di Amerika. - Beliau berpendapat bahawa pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan untuk hidup tetapi pendidikan adalah satu proses sosial yang mempunyai segala ilmu, pengalaman, teori, pemikiran dan kenyataan kepada kanak-kanak. Pandangan Dewey berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Beliau memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak haruslah berusaha ke arah mencapai kejayaan. Pada pandangan beliau, dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang. Menurut beliau, pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif kepada kanak-kanak berdasarkan keadaan semulajadi mereka. Pendidikan perlu disepadukan dengan kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen. Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

John Dewey (1859 – 1952) John Dewey melihat pendidikan dan demokrasi sebagai dua dimensi

yang berkait rapat. Menurut Dewey, pendidikan yang baik seharusnya mempunyai dua matlamat

utama iaitu kepada masyarakat dan individu. Dari perspektif Dewey, pendidikan seharusnya

mempunyai matlamat sosial yang lebih meluas. Pendidikan seharusnya membantu individu

memnjadi anggota masyarakat yang lebih efektif. Beliau menentang corak pendidikan sehala

atau authoritarian dan beranggapan cara ini tidak boleh menjadi model pendidikan yang baik

untuk dijadikan landasan hidup masyarakat yang demokratik. Beliau menekankan bahawa kualiti

pengalaman pendidikan adalah amat penting sama ada untuk jangka masa yang pendek atau

panjang. Dengan itu, pendidik bertanggungjawab untuk menyediakan pengalaman yang berguna

untuk membolehkan murid menyumbang kepada masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini

pendidik mesti terlebih dahulu memahami sifat semula jadi pengalaman manusia. Seorang

pendidik perlu mengambil kira perbezaan unik antara murid. Seseorang individu adalah berbeza

dari segi genetik dan pengalaman lampau. Walaupun kurikulum yang disediakan adalah standard

bagi semua, setiap murid akan mendapat pengalaman yang berbeza apabila melalui proses

pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu kurikulum dan pengajaran yang dibina mestilah

mengambil kira perbezaan-perbezaan antara setiap individu. Berlandaskan pemikiran beliau,

Dewey mengutarakan Teori Pengalaman (Theory of Experience) yang berasaskan kualiti

pengalaman yang dilalui oleh seserang individu. Menurut Dewey, pengalaman timbul akibat

Page 2: John Dewey

interaksi dua prinsip asas iaitu kesinambungan dan interaksi. Kesinambungan merujuk kepada

keadaan dimana setiap pengalaman individu itu akan mempengaruhi masa depannya, sama ada

baik atau buruk. Interaksi pula merujuk kepada pengalaman seseorang individu akibat sesuatu

situasi. Dengan kata lain, pengalaman yang dimiliki oleh seseorang individu adalah berasaskan

interaksi antara pengalaman lepas seseorang individu dengan situasi terkininya. Sebagai contoh,

pengalaman seorang murid terhadap sesuatu subjek bergantung kepada bagaimana guru

menyedia dan menjalankan pengajarannya dan juga pengalaman lepas murid tersebut melalui

pengajaran dan pembelajaran subjek yang serupa.