jmk_321_2011-12

5
Perancangan Akademik JMK 321 PUISI MELAYU MODEN Sidang Akademik 2011/2012 KELAS SIDANG VIDEO Sidang Video Tarikh Jam Perjumpaan 1 Perjumpaan 2 Perjumpaan 3 Perjumpaan 4 Perjumpaan 5 (Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2011/2012 yang telah dihantar kepada pelajar)

Upload: jamhari-hafiz

Post on 21-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: JMK_321_2011-12

Perancangan Akademik

JMK 321 PUISI MELAYU

MODEN

Sidang Akademik 2011/2012

KELAS SIDANG VIDEO Sidang Video Tarikh Jam

Perjumpaan 1

Perjumpaan 2

Perjumpaan 3

Perjumpaan 4

Perjumpaan 5

(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2011/2012 yang telah dihantar kepada pelajar)

- 1 -

Page 2: JMK_321_2011-12

JMK 321 - PUISI MELAYU MODEN PENGURUS KURSUS: Dr. Sakinah Abu Bakar

1. KANDUNGAN KURSUS Kursus ini akan memberi tumpuan kepada aspek pensejarahan dan perkembangan puisi Melayu Moden Malaysia. Para pelajar akan meneliti perkembangan puisi di samping dapat mengenali penyair-penyair Malaysia menerusi karya masing-masing. Bahagian kedua dalam kursus ini ialah mempelajari teknik analisis puisi dengan menggunakan beberapa kaedah penilaian. Soalan tugasan dan peperiksaan merupakan bahagian Aplikasi. Modul 1 Pelajaran 1 - Pendahuluan – Aspek pengajaran dan perkembangan puisi moden Malaysia secara umum. Pelajaran 2 - Kaedah Analisis Puisi Modul 2 Pelajaran 1 - Puisi-puisi Melayu Sebelum Perang Dunia II (1934 - 1941) Pelajaran 2 - Puisi-puisi Melayu Selepas Perang Dunia II (1947 - 1949) Pelajaran 3 - Puisi-puisi Angkatan Asas 50 (1950 - 1957) Pelajaran 4 - Puisi-puisi Selepas Merdeka (1958 - 2009) sehingga abad ke 20 Rujukan Wajib - Puisi-puisi pilihan Bahan Bacaan 2. BUKU-BUKU RUJUKAN Ahmad Kamal Abdullah (peny), 1989. Gejala-Esei dan Kritikan Puisi

Melayu Moden 1955-1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Kamal Abdullah. 1983. Sastera Dalam Esei. K.L. Penerbitan Traira. Ahmad Kamal dan Ahmad Razali Haji Yusof, (peny) 1990. Puisi Baharu

Melayu 1961-1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Laurie E. Rozakis (1998). How To Interpret Poetry. Macmillan. Malaysia Dalam Puisi. 1991. Selenggaraan Ahmad Kamal Abdullah dan

Ahmad Razali Hj. Yusof. K. Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka. Puisi Sepanjang Zaman. 1989. Selenggaraan Kamaruzzaman A. Kadir. K.

Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka.

- 2 -

Page 3: JMK_321_2011-12

Shahnon Ahmad 1991, Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Umar Junus 1976, Puisi Melayu Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Zakaria Ali. 2003. Angsana Essays On Modern Malay Literature. K.

Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka. 3. SIDANG VIDEO Kursus ini mempunyai 5 slot sidang video iaitu 3 slot sebelum Kursus Intensif dan 2 slot selepas Kursus Intensif. Anda harus membuat persiapan sebelum menghadiri pertemuan-pertemuan telesidang seperti yang telah dirancangkan. Sila teliti agenda pertemuan-pertemuan seperti berikut:- Pertemuan 1 a) Puisi sebagai sebuah Genre Kesusasteraan dan

perbezaannya dengan Genre Kesusasteraan yang lain. b) Perkembangan Puisi Dalam Kesusasteraan Melayu

Moden dan hubungannya dengan Puisi Melayu Tradisional.

c) Ciri-Ciri Puisi Melayu Klasik dalam puisi Moden. Pertemuan 2 a) Perkembangan Puisi Melayu Moden di Malaysia

sebelum Perang Dunia II (1934 – 1941). b) Perkembangan Puisi Melayu Moden di Malaysia

selepas Perang Dunia II (1947 – 1949). c) Puisi-Puisi ANGKATAN 50 (1950 – 1957). d) Puisi-Puisi selepas merdeka (1958 – 2009) sehingga abad 20. Pertemuan 3 a) Perkembangan Puisi Melayu Moden dan kaitannya

dengan perkembangan seni lukis di Malaysia (1931 – 1969). Beberapa pendekatan dan teknik menganalisis puisi.

Pertemuan 4 a) Kaedah menganalisis puisi (ulangkaji). b) Persediaan menghadapi peperiksaan. Latihan analisis.

- 3 -

Page 4: JMK_321_2011-12

4. KURSUS INTENSIF Kursus Intensif akan diadakan pada 29 Januari – 11 Februari 2012. Anda wajib menghadiri Kursus Intensif mengikut rancangan pengajian anda. Tujuan Kursus Intensif selain untuk bertemu muka dengan pensyarah dan rakan-rakan sekursus, juga bertujuan mendedahkan anda kepada mode pembelajaran bersemuka di pusat pengajian tinggi. Kesempatan ini harus digunakan sebaik-baiknya; berbincang dengan teman-teman sekursus dan pensyarah. Sebarang kemusykilan tentang kursus, rujuklah secara langsung kepada pensyarah. Anda juga dapat menggunakan peluang ini untuk membuat rujukan di Perpustakaan USM, peluang yang ada harus gunakan sebaik-baiknya. Anda juga akan berpeluang menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa di kampus. Pertemuan antara anda dan pensyarah di bilik kuliah biasanya antara 4 atau 5 kali dan tiap-tiap pertemuan akan berlangsung selama satu atau dua jam. 5. ASAS PENILAIAN Asas penilaian adalah daripada tugasan dan peperiksaan akhir. Pembahagian peratusannya adalah seperti berikut: Kerja Kursus (Tugasan) 40% Peperiksaan 60% 6. TUGASAN

Seperti kursus pada peringkat tinggi yang lain, kursus ini juga menghendaki pelajarnya membuat tugasan. Hanya satu tugasan sahaja yang diperlukan bagi kursus ini. • Tugasan ini hendaklah tiba di Pejabat Am PPPJJ pada 1 Mac 2012.

Tugasan yang melewati tarikh ini tidak akan dilayan. • Pelajar yang tidak menghantar tugasan boleh dihalang daripada

menduduki peperiksaan akhir. • Para pelajar diminta menghasilkan tugasan yang asli. Pelajar yang

menghasilkan tugasan yang diragui keasliannya akan dikenakan tindakan.

• Tugasan anda hendaklah berjumlah sekitar 2,500 - 3,000 perkataan

(tidak termasuk petikan atau lampiran) dan ditaip dengan langkau dua (double-spacing) di atas kertas A4. Kulit luar tugasan boleh dicetak daripada laman web e-tugasan.

• Pastikan tugasan anda mengandungi rujukan dan bibliografi. Sila

gunakan cara yang betul dalam menulis rujukan dan bibliografi; berpandukan mana-mana kaedah, dengan syarat selaras. Teknik Penulisan yang baik akan menyumbang kepada pemarkahan keseluruhan tugasan.

- 4 -

Page 5: JMK_321_2011-12

SOALAN TUGASAN Pilih dan jawab SATU soalan sahaja. 1. Pilih dua buah puisi penyair Malaysia dan dua buah puisi penyair

Indonesia, buat satu analisis perbandingan dengan menjurus aspek pilihan.

2. Buat satu analisis perbandingan berdasarkan empat buah puisi karya

dua orang penyair mapan Malaysia. 3. Kekuatan bahasa merupakan elemen utama menentukan keindahan

sesebuah puisi. Pilih dua buah puisi penyair yang diminati dan buktikan kenyataan tersebut.

4. Elemen seni tampak kerap ditampilkan oleh penyair pelukis dalam puisi-

puisi mereka. Bincangkan dengan memilih empat buah puisi karya penyair pelukis Malaysia seperti Latiff Kamaluddin, Siti Zainon Ismail, A. Gaffar Ibrahim dan Zakaria Ali.

BIMBINGAN PELAJAR Anda boleh menghubungi Pengurus Kursus yang berkenaan jika anda mempunyai sebarang masalah yang berhubung dengan pembelajaran anda. Alamatkan surat anda kepada:- Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia 11800 Minden Pulau Pinang. atau: Dr. Sakinah Abu Bakar Pensyarah dan Pengurus Kursus JMK 321 Sidang Akademik 2010/2011 Tel. Pej. 04-6534571 email: [email protected] Sekian, selamat belajar.

- 5 -