jmg 101

8
Perancangan Akademik JMG 101 PENGANTAR GEOGRAFI Sidang Akademik 2013/2014 KELAS SIDANG VIDEO TARIKH Sidang Video Pusat Wilayah A Pusat Wilayah B Masa Perjumpaan 1 Perjumpaan 2 Perjumpaan 3 Perjumpaan 4 Perjumpaan 5 Perjumpaan 6 Perjumpaan 7 (Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2013/2014 yang telah diupload dalam portal)

Upload: ahk83

Post on 27-Nov-2015

111 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

ikut

TRANSCRIPT

Page 1: JMG 101

- 1 -

Perancangan Akademik

JMG 101 PENGANTAR GEOGRAFI

Sidang Akademik 2013/2014

KELAS SIDANG VIDEO TARIKH

Sidang Video Pusat

Wilayah A Pusat

Wilayah B

Masa

Perjumpaan 1

Perjumpaan 2

Perjumpaan 3

Perjumpaan 4

Perjumpaan 5

Perjumpaan 6

Perjumpaan 7

(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2013/2014 yang telah diupload dalam portal)

Page 2: JMG 101

- 2 -

JMG 101/4 PENGANTAR GEOGRAFI

PENGURUS KURSUS:

Prof Madya Dr Haji Wan Rozali Haji Wan Hussin

Pengenalan Salam sejahtera dan selamat maju jaya saudara pelajar. Saya Dr Haji Wan Rozali bin Haji Wan Hussin selaku Pengurus Kursus JMG 101 - Pengantar Geografi mengalu-alukan saudara mengikuti kursus ini. Kepada pelajar baru Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan saudara menjadi pelajar institusi pengajian tinggi. Bagi pelajar yang telahpun menjadi ahli keluarga PPPJJ saya ingin berpesan supaya tingkatkan motivasi untuk belajar hingga mencapai kejayaan. Saya sediakan Perancangan Akademik ini bagi memudahkan saudara mengikuti dan seterusnya mengurus masa belajar saudara. Perancangan ini secara ringkas memberi penerangan tentang perkara berikut: • Tujuan, objektif dan rangka kursus • Asas penilaian kursus • Kegiatan semasa Kursus Intensif • Agenda Telesidang/Tajuk Perbincangan • Jadual belajar yang dicadangkan • Hal pentadbiran Tujuan Kursus Kursus ini bertujuan memberi kefahaman asas tentang geografi sebagai suatu bidang teras. Kursus ini menjadi kursus yang perlu diambil oleh semua pelajar Ilmu Kemanusiaan dan pelajar bukan Ilmu Kemanusiaan yang memilih Geografi sebagai bidang Minor.

OBJEKTIF KURSUS

Sebagai kursus Pengantar, kursus ini mengharapkan pelajar agar dapat:

• Mengenali konsep asas tentang ruang dan masa dalam geografi.

• Membeza cabang-cabang dalam ilmu geografi mengikut Tradisi

Geografi

• Mengguna kaedah penyelidikan yang betul.

• Menghubungkaitkan pendekatan model/teori dengan realiti organisasi ruangan dalam sesebuah negara.

Page 3: JMG 101

- 3 -

Rangka Kursus Selaras dengan tujuan dan objektif kursus, kursus ini memuatkan beberapa aspek terpilih tentang geografi. Kami membahagikan aspek-aspek ini kepada lima (5) kelompok besar yang seterusnya dikenali sebagai Modul. Kursus JMG 101 - Pengantar Geografi mempunyai lima modul terdiri daripada:

Modul 1 : Konsep ruang Modul 2 : Pendekatan kajian Geografi Modul 3 : Kerja lapangan/kaedah mendapatkan data Modul 4 : Tradisi kajian kawasan Modul 5 : Organisasi ruangan

Modul 1 membincang sebahagian daripada konsep asas geografi. Modul 2 mengandungi pendekatan yang lazim dibuat dalam kajian berbentuk "geografi". Terdapat lima pendekatan (lebih dikenali sebagai tradisi) geografi. Modul 3 menghuraikan aspek metodologi. Modul 4 pula mengkhususkan kepada tradisi kajian kawasan (area study). Modul 5 mengkhususkan kepada tradisi organisasi ruangan. Asas Penilaian Kursus Seseorang pelajar yang mendaftar kursus ini perlu memenuhi keperluan kursus iaitu: 1) Melaksanakan Kerja Kursus: 40% dalam dua bentuk;

a) Melakukan Tugasan (20%) b) Menduduki Peperiksaan Berterusan – semasa Kursus Intensif

(20%) 2) Menduduki Peperiksaan Akhir: 60% Peperiksaan Akhir memberi sumbangan 60 peratus manakala Peperiksaan Berterusan dan Tugasan memberi sumbangan 40 peratus kepada markah dan gred keseluruhan seseorang pelajar. Soalan-soalan bagi Peperiksaan Berterusan adalah dalam bentuk objektif dan esei ringkas, manakala Peperiksaan Akhir pula dalam bentuk subjektif. Bahan bacaan untuk Peperiksaan Berterusan dan Peperiksaan Akhir merangkumi kesemua modul dan bahan-bahan rujukan. TUGASAN Sebelum memulakan penulisan tugasan, saudara diminta membaca arahan dan panduan dengan teliti terlebih dahulu. Catatkan maklumat penting seperti TARIKH PENYERAHAN dan TAJUK TUGASAN yang bakal ditulis oleh saudara. Disebabkan tempoh penyerahan tugasan agak lama, saudara dinasihatkan jangan bersikap suka berlengah-lengah dan tangguh menangguh. Sebarang alasan kerana kelewatan menghantar tugasan adalah tidak diterima.

Page 4: JMG 101

- 4 -

Tugasan yang lewat diterima pada tarikh yang telah ditetapkan akan dipotong satu markah bagi setiap hari. PELAJAR YANG GAGAL MENYERAHKAN TUGASAN, PADA KEBIASAANNYA AKAN MENEMUI KEGAGALAN DALAM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR. ARAHAN TUGASAN Sebelum memulakan penulisan, saudara diminta terlebih dahulu meneliti beberapa perkara berikut sebagai panduan untuk tindakan selanjutnya. 1. Saudara dikehendaki memilih salah satu tajuk daripada senarai tajuk

tugasan berikut. Panjang tugasan saudara ialah di antara 2,000 hingga 2,500 perkataan.

2. Semua penulisan hendaklah lengkap bertaip, 'double spacing' dalam

saiz A4 dalam Bahasa Malaysia mengikut peraturan tugasan yang telah ditetapkan termasuk cara penyampaian, penyusunan tajuk-tajuk kecil, huraian, contoh-contoh dan isu-isu semasa, nota kaki, penjadualan, rujukan dan sebagainya.

3. Saudara digalakkan menggunakan pendapat sendiri secara kreatif

terhadap isu-isu dan contoh-contoh tertentu dan jangan sekali-kali berlandaskan pendapat orang lain semata-mata.

4. AMARAN kepada sesiapa saja bahawa jangan sekali-kali menjadikan

modul yang diedarkan kepada saudara sebagai bahan rujukan di dalam tugasan saudara.

5. AMARAN bahawa saudara jangan sekali-kali cuba meniru atau

melakukan kegiatan plagiat daripada mana-mana sumber atau daripada rakan-rakan saudara.

6. Tarikh penyerahan tugasan saudara dalam bentuk ‘hard copy’ berserta

‘soft copy’ dalam CD ialah sebelum atau pada 15 April 2014 yang dialamatkan ke Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM.

TAJUK TUGASAN ARAHAN: Pilih SATU soalan berikut: 1. Sejauh manakah ‘Geografi’ dapat membuktikan sebagai sebahagian

daripada pengamalan kehidupan manusia? 2. Bagaimanakah pendekatan telah digunakan dalam perkembangan

bidang geografi sehingga kini? 3. Bagaimanakah dapat dibuktikan aktiviti manusia mempunyai hubungan

yang rapat dengan alam sekitar?

Page 5: JMG 101

- 5 -

4. Sejauh manakah peta mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia?

5. Kemusnahan muka bumi dan berlakunya bencana alam adalah

disebabkan oleh tangan-tangan manusia dalam kajian tradisi sains bumi. Bincangkan.

6. Pembangunan Koridor Wilayah Ekonomi merupakan pemangkin dalam

pertumbuhan ekonomi negara. Bincangkan. 7. Model Von Thunen dan kepentingannya dalam kajian geografi.

Bincangkan 8. Model Petempatan Christaller dan kepentingannya dalam kajian

geografi. Bincangkan. TARIKH PENYERAHAN TUGASAN: SEBELUM ATAU PADA 15 April 2014 Kegiatan Semasa Kursus Intensif Kursus Intensif akan dijalankan pada 21 Januari hingga 14 Februari 2014 tertakluk kepada pindaan merupakan ciri unik Program Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia. Seseorang pelajar yang mendaftar sebagai pelajar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM diwajibkan menghadiri Kursus Intensif bagi setiap tahun pengajiannya. Kursus Intensif memberi peluang kepada pelajar PPPJJ mengalami suasana belajar "dalam kampus". Sepanjang tempoh Kursus Intensif pelajar bukan sahaja berinteraksi dengan pensyarah dan pentadbir tetapi juga dengan pelajar-pelajar lain baik dari Pusat Wilayah yang sama mahu pun dari Pusat Wilayah yang lain. Pelajar juga dapat menggunakan beberapa kemudahan yang disediakan oleh USM bagi kegiatan bercorak akademik dan juga kegiatan bercorak bukan akademik. Selaku Pengurus Kursus saya bercadang mengadakan dua hingga tiga slot perjumpaan bagi tempoh Kursus Intensif, Sidang 2013/2014. Setiap slot mengambil masa satu jam. Aktiviti yang dijadualkan bagi setiap slot meliputi perkara berikut: • Menyelesaikan masalah berhubung dengan pengurusan kursus dan

modul-modul yang telah dibincangkan semasa telesidang/tajuk perbincangan

• Sesi soal jawab. • Huraian (dalam bentuk kuliah atau tutorial). Telesidang

Page 6: JMG 101

- 6 -

Telesidang adalah satu kaedah pengajaran dari jarak yang jauh. Kaedah yang digunakan oleh PPPJJ adalah telesidang video. Tujuan utama telesidang ialah untuk membolehkan pelajar-pelajar berkomunikasi dengan pensyarah dengan lebih berkesan. Telesidang juga dipanggil teletutorial kerana ia merupakan satu kelas bimbingan di mana pelajar-pelajar boleh berbincang, bersoal jawab dengan pensyarah serta membuat latihan berpandukan topik-topik yang telah disediakan. Telesidang merupakan kemudahan yang disediakan oleh PPPJJ untuk pelajarnya mengikuti kursus yang ditawarkan. Bagi sidang akademik 2013/2014 ini, Pengantar Geografi diperuntukkan tujuh kali telesidang seperti yang dijadualkan, tertakluk kepada pindaan. Saya, selaku pengurus kursus akan menyediakan topik bagi setiap slot telesidang yang diperuntukkan bagi kursus JMG 101 - Pengantar Geografi. Agenda Telesidang merupakan panduan tentang topik yang akan dibincangkan. Masa yang diberi bagi satu slot telesidang hanya satu jam. Ini bermakna kejayaan pengendalian telesidang bergantung kepada persediaan saya (selaku pengurus kursus) dan anda (selaku pelajar). Oleh yang demikian, kami menasihati anda untuk sentiasa BERSEDIA mengikuti sesi telesidang dengan terlebih dahulu membaca pelajaran/bab yang akan dibincangkan. KELAS SIDANG VIDEO Tujuh kelas sidang akan dijalankan oleh Pengurus Kursus. Anda boleh menyemak jadual telesidang di muka surat hadapan Perancangan Akademik ini. Antara topik perbincangan adalah seperti berikut Pengertian Geografi, ruang, lokasi dan masa. Persediaan : Baca Modul 1 Aktiviti : Sesi Soal-jawab Panduan : Fikirkan perkara berikut: • Apa itu Geografi? • Apa itu ruang? bilik, kawasan, angkasa lepas • Anda tinggal di mana? tempat, lokasi, bandar, Kuala Lumpur, poskod • Pukul berapa sekarang? 10.00 pagi, petang, kelmarin, dua minggu yang lalu, 2,000 s.m., 1995 • Cepat atau lambat? 50 kmj, laju macam peluru, 1 sentimeter setahun, 1,000 km sesaat. Lima tradisi geografi

Page 7: JMG 101

- 7 -

(Kajian kawasan, hubungan manusia - alam sekitar, sains bumi, organisasi ruangan, pemikiran kontemperori) Persediaan : Baca Modul 2 Aktiviti : Perbincangan: Hubungan manusia dengan alam sekitar Panduan : Buat ulasan tentang perkara berikut: • Apakah cakupan pendekatan kajian geografi bercorak kajian kawasan? • Bagaimanakah manusia menggunakan sains dan alam sekitar? • Bezakan keunikan tradisi sains bumi berbanding dengan tradisi-tradisi geografi yang lain. • Mengapakah ibu negeri (nyatakan nama bandar) merupakan bandar terbesar/utama bagi sesebuah negeri (nyatakan nama negeri) di Malaysia? • Mungkinkah dua orang petani yang berlainan latar belakang membuat keputusan yang serupa tentang pengurusan ladang mereka? Tradisi kajian kawasan • Bezakan antara kawasan dan wilayah • Apa itu wilayah formal? • Apa itu wilayah nodal? • Bagaimanakah anda membahagi Semenanjung kepada beberapa wilayah nodal? • Bagaimanakah anda membahagi Malaysia Timur kepada beberapa wilayah formal? • Nyatakan perkara/aspek yang perlu diambil kira apabila kita hendak membahagi suatu ruang kepada sub-unitnya (wilayah). Organisasi ruangan Persediaan : Baca Modul 4 Aktiviti : Sesi soal-jawab Panduan : Jawab soalan berikut: • Pola ruangan/petempatan • Kepentingan pengwilayahan Model dan Penganalisisan dengan realisasi dunia nyata

Page 8: JMG 101

- 8 -

Persediaan : Baca Modul 4 Aktiviti : Sesi soal-jawab Panduan : Jawab soalan berikut:

Model Von Thunen dan kepentingannya Model Christaller dan kepentingannya

Rujukan: 1. Holt-Jensen, A., Pengantar Geografi. Alumini, Bandung, 1982. 2. Kent, W.A., Bradford, M.G., Geografi Manusia: Teori dan

Penggunaannya. Fajar Bakti, Kuala Lumpur, 1981. (Terjemahan). 3. Katiman Rostam, Tengku Anuar, Geografi Kemanusiaan. Nurin

Enterprise, 1984. Penglibatan Pelajar dalam Telesidang Setiap orang pelajar yang menghadiri sesi telesidang harus datang dengan persediaan. Ini penting kerana tanpa persediaan maka sesi telesidang mungkin menjadi hubungan sehala (daripada pengurus kursus kepada pelajar) sahaja. Pelajar perlu melatih diri dengan berpandukan Agenda Telesidang untuk membuat ulang kaji tentang topik atau pelajaran yang dikhususkan bagi setiap slot telesidang. Pelajar-pelajar juga boleh menyediakan soalan-soalan sendiri untuk dibincangkan semasa telesidang. Perbincangan tidak semestinya diantara pensyarah dan pelajar tetapi boleh juga diantara pelajar dengan pelajar. Jadi buat persediaan awal supaya tujuan telesidang dapat di capai. Hal Pentadbiran Jika anda ada masalah akademik khusus bagi kursus JMG 101 - Pengantar Geografi sila hubungi saya, Dr. Haji Wan Rozali bin Haji Wan Hussin, Tel: 04-6533933 di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. Semua pertanyaan/masalah pentadbiran tentang program pengajian boleh dirujuk kepada: Penolong Pendaftar (Ilmu Kemanusiaan) Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia. Tel: 04-6532293

- Selamat Belajar -