jmg 211 telesidang 1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
pengenalanTRANSCRIPT

1
Telesidang 1
(14 September 2012)
JMG 211 GEOGRAFI MANUSIA
Pengurus Kursus
DR. FATIMAH HASSAN
04-6533934
AGENDA HARI INI
1. Pengenalan kepada kursus JMG 211
(rujuk Perancangan Akademik)
2. Pengenalan kepada Geografi Manusia (GM)
i. Pengertian GM
ii. Pemikiran & Perintis idea GM
iii. Pendekatan-pendekatan dalam GM
OBJEKTIF KURSUS
Tujuan
kursus
Mengenali
Tokoh2, Pemikiran2 &
Pendekatan2 dalam
Geografi Manusia
Mengetahui
Interaksi dwi-hala
antara manusia &
persekitarannya
Mengenal pasti
pola & pembahagian bagi
Kawasan dunia
akibat interaksi
Mengkaji sebab, hasil
& impak interaksi
yang berlaku
& ramalan
Rajah 1 : Perubahan suhu udara permukaan yang diramal bagi tempoh 1960-1990 hingga 2070-2100
Sumber : Hudley Centre seperti dalam In Depth, BBC News
Rajah 2 : Melebarnya jurang antara yang kaya dan yang miskin di Malaysia
Sumber: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia & Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri
Malaysia, 2005, Mencapai Matlamat Pembangunan Milenium, United Nations Development Programme,
Kuala Lumpur, hal.14
2010
PELBAGAIAN, JENIS POLA DAN TABURAN PETEMPATAN

2
KAEDAH MENCAPAI OBJEKTIF KURSUS
Kaedah
Menambah ilmu/
Pembacaan
(modul, bahan
tambahan, akhbar,
jurnal
Meneroka ilmu
(tugasan,
layari internet,
berita semasa)
Berminda
kritis, inovatif, kreatif
& terbuka
Perbincangan
(sesama rakan
& sesama insan
Komuniti luar)
PENILAIAN KURSUS
Penilaian
kursus
UJIAN
(15%)
FINAL
EXAM (70%)
TUGASAN
(15%)
FORUM
E-PORTAL
TUGASAN (10 MAC 2013)
Koleksi bahan
Analisis/Kupasan
Cadangan
Laporan
- Secara individu @ Kumpulan (2 @ 3 shj)
- Ketebalan 10-12 ms @ 30 – 40 (kum)
- Hasilkan satu laporan sahaja tetapi
perlu menepati piawaian.
- Rujuk Kandungan & format
laporan
- Elakkan petikan bahan
rujukan semata-mata,
ambil idea, hurai dan
bina penulisan sendiri.
- Elakkan kes ‘ciplak’
AGENDA HARI INI
Pengenalan kepada Geografi Manusia
i. Definisi & Apa itu GM?
ii. Pengasas & Perintis idea GM
iii. Pendekatan-pendekatan dalam GM
Latar belakang kewujudan - Apabila ahli-ahli Geografi di dapati terlalu memberi tumpuan
ke atas unsur semulajadi (eg: fizikal/ geomorfologi) dan
mengabaikan unsur lain eg: manusia sebagai entiti dan
penghuni bumi.
- Apabila ramai ahli bidang sains (civil eng, meteorologist,
geologist, marine sains, envi, etc) mula menceburkan diri
dalam elemen semulajadi /fizikal wujud permintaan utk
meneroka perhubungan antara alam fizikal dengan alam
manusia.
- Kesan teori “ORIGIN OF SPECIES” pada kurun ke 19 tentang
pengaruh alam sekitar terhadap manusia.
Kembali menjadi binatang semula?

3
Konsep Geografi Manusia
- Kajian tentang hubungan di antara alam fizikal dengan manusia dikenali sebagai geografi manusia.
- Pada umumnya geo. manusia adalah kajian
berkaitan dengan manusia dalam ruang.
- Taburan dan pola yang wujud serta elemen yang terlibat dalam ruang akibat interaksi dan integrasi termasuk dalam kajian geo. manusia
Konsep Geografi Manusia
-Kajian manusia dengan kerjanya, tempat
atau tapak (site) dan waktu yang spesifik.
- Kajian manusia sebagai kajian ekologi
manusia (perkembangan, perubahan,
inspirasi, persepsi, tingkahlaku dll.)
- Kajian yang menghasilkan pandangan darat
semulajadi (memberi kesan kepada
manusia) dan pandangan darat budaya
(usaha manusia)
Pengertian Geografi Manusia
Beberapa definisi khusus: (1) “bahagian disiplin geografi yang berkaitan
dengan perbezaan kawasan dan organisasi
aktiviti-aktiviti manusia dan perhubungannya
dengan persekitaran fizikal”. (Johnston et al,
2001)
(2) “saling hubungan antara masyarakat manusia
dengan alam sekitar semula jadinya”. (Murphey ,
1973)
(3) “satu kajian terhadap pengaruh alam sekitar ke
atas manusia”(Friedrich Ratzel, 1897)
Ruang Lingkup Geografi Manusia
Merangkumi bidang-bidang dan unsur-unsur: (ms. 26-28 Modul 1) – Luas dan relatif
Bidang asal: Geografi rasial/penduduk Geografi sosial Geografi ekonomi Geografi politik Geografi sejarah
Bidang kontemporari: Geo. petempatan Geo. bandar/desa Geo. pertanian Geo. pengangkutan Geo. Pembangunan Geo. Pelancongan
3 TEMA UTAMA GEOGRAFI MANUSIA -ms29
1. Catatan dan keterangan fenomena manusia pada atau dekat muka bumi. 2. Telahan/Justifikasi hubungan manusia sekata
fenomena manusia di tempat/ruang tertentu.
3. Pemeriksaan/pemerhatian masalah-masalah manusia yang mencorak dimensi reruang, khususnya untuk mengesahkan kepentingan ruang sebagai angkubah atas perubahan yang berlaku.
APA ITU GEOGRAFI MANUSIA?
IALAH SATU BIDANG YANG MENGKAJI FENOMENA MANUSIA PADA ATAU DEKAT MUKA BUMI DAN MENYELIDIK ISU, MASALAH, IMPAK TINDAKAN MANUSIA YANG MENCORAK DIMENSI RERUANG. (ms. 29/99 Modul 1)
Bangunan
Utiliti

4
Pengasas & Perintis idea
Rujuk Modul 1 (Bab 1,5) 1. Friedrich Ratzel (1844-1904) 2. Ellen Churchill Semple (1863-1932) 3. Paul Vidal de la Blache (1845-1918) 4. Jean Brunches 5. P. M Roxby (1930) 6. Harlan H. Barrows (1877 -1960) 7. S.R. Eyre dan G.R.J. Jones (1966) 8. Carl Ortwin Sauer (1889 -1975) 9. P.W. Bryan (1885-1968) 10.William Kirk (1963) 11.H.C. Brookefield (1969)
Masing-masing
ada pemikiran
sendiri.
Mahu tahu lanjut
Sila basa modul
& bincangkan
dalam ruangan
forum di e-portal.
Pengasas & Perintis idea
Rujuk Modul 1 (Bab 1,2,5) 1. Friedrich Ratzel (1844-1904) 2. Ellen Churchill Semple (1863-1932) 3. Paul Vidal de la Blache (1845-1918) 4. Jean Brunches 5. P. M Roxby 6. Harlan H. Barrows (1877 -1960) 7. S.R. Eyre dan G.R.J. Jones (1966) 8. Carl Ortwin Sauer (1889 -1975) 9. P.W. Bryan (1885-1968) 10.William Kirk (1963) 11.H.C. Brookefield (1969)
“Manusia adalah hasil
adunan muka bumi “
(SEMPLE)
“Fokus kepada interaksi
(penyesuaian/ubahsuaian)
dan bukan kawalan (ROXBY)
Impak kepada
pandangan darat fizikal
& pandangan darat
budaya (SAUER)
PENCETUS IDEA BERKAIT DENGAN PEMIKIRAN/FALSAFAH
Pemikiran
Utama
DETERMINISME POSSIBILISME
PROBABILISME Mempengaruhi pembentukan
model-model dan
pendekatan dalam kajian
Geografi Manusia
DETERMINISME/ ENVIRONMENTALISM (PENENTUAN ALAM SEKITAR)
Pendokong : FRIEDRICH RATZEL, ELLEN CHURCHILL
SEMPLE, CARL RITTER, ALEXANDER VON
HUMBOLDT
Falsafah :
(1) Pengaruh alam sekitar ke atas manusia secara
keseluruhan
(2) Menyifatkan manusia sebagai makhluk pasif
(3) Manusia dibentuk oleh kuasa semula jadi dan
tindak-tanduk alam sekitar.
(4) Manusia itu adalah sama seperti tumbuhan dan
haiwan yang merupakan hasil daripada tindakan
alam sekitar
DETERMINISME/ ENVIRONMENTALISM (PENENTUAN ALAM SEKITAR)
RUMUSAN: PENGARUH ALAM SEKITAR KE ATAS
MANUSIA SECARA KESELURUHAN, OLEH ITU
AKTIVITI MANUSIA, ORGANISASI, TABURAN,
PEMBANGUNAN DAN ASPIRASI MANUSIA ADALAH
DIBAWAH PENENTUAN ALAM SEKITAR.
KELEMAHAN:
(1)Persekitaran fizikal serupa – namun tindak balas
berbeza
(2) Persekitaran fizikal berbeza – namun tindak
balas sama
(3) Manusia juga mempengaruhi alam sekitar
Persekitaran fizikal serupa – namun tindak balas
berbeza - delta

5
Pendokong : PAUL VIDAL DE LA BLANCE, JEAN
BRUNHES, CARL SAUER
Falsafah :
(1)Menyifatkan manusia sebagai makhluk aktif
(2) Peranan manusia lebih penting daripada
pengaruh kuasa semulajadi untuk menentukan
aktivitinya.
(3) Sifat manusia dapat menyesuaikan diri kepada
unsur-unsur alam sekitar dan dapat juga
mengubahsuaikannya.
POSSIBILISME
(UNSUR SERBA KEMUNGKINAN) Falsafah :
(4) Manusia ialah unsur-unsur positif dan
mempunyai kebebasan untuk memilih daripada
alam sekeliling apa yang perlu sahaja dan
ketepikan yang tidak perlu.
(5) Alam sekitar mengandungi beberapa
kemungkinan dan pengunaannya bergantung
kepada pemilihan manusia itu sendiri - respon
manusia terhadap alam sekitar dipengaruhi oleh
bakat, pendidikan, peringkat pembangunan
teknologi dan warisan sosial manusia itu sendiri.
POSSIBILISME
(UNSUR SERBA KEMUNGKINAN)
DEBAT (Modul 1, bab5): ENVIRONMENTAL
DETERMINISME DAN POSSIBILISME BUKANLAH
KONSEP YANG BERTENTANGAN. IA ADALAH
MERUPAKAN DUA KONSEP YANG TERDAPAT
DIHUJUNG SATU KONTINUUM,
KONTINUUM MEMBAWA MAKSUD TERDAPAT
BERBAGAI GOLONGAN MASYARAKAT YANG TIDAK
DIPENGARUHI OLEH ALAM SEKITAR DENGAN KESAN
YANG SAMA.
Teknologi Rendah Teknologi Tinggi
Pertanian/ Mundur Perindustrian / Maju
DETERMINISME POSSIBILISME
Masyarakat nomad Masyarakat bandar
Pendokong : Mereka yang memilih jalan tengah antara
dua konsep utama sebelum ini. Eg, ELLSWORTH
HUNTINGTON
Falsafah : BELIAU PERKENALKAN KONSEP “STOP-AND-GO”
DETERMINISM, DI MANA DALAM JANGKA PENDEK
MANUSIA DAPAT MENGUASAI ALAM SEKITAR,
TETAPI DALAM JANGKAMASA PANJANG ALAM
SEKITAR TELAH MEMENANGI PERTARUNGAN
TERSEBUT DAN MANUSIA TERPAKSA
BERKOMPROMI DENGAN ALAM SEKITAR.
PROBABILISME / KEBARANGKALIAN
PENDEKATAN DALAM KAJIAN GEOGRAFI MANUSIA
PENDEKATAN KAJIAN DALAM GEOGRAFI MANUSIA: (Modul 1 ms 31-91) PENGERTIAN
BAHAWA KITA PERLU MENINJAU BAGAIMANAKAH
BENTUK KAJIAN DALAM GEOGRAFI MANUSIA
DILAKUKAN
1. PERKEMBANGAN TEORI 2. PENGGUNAAN KAEDAH SAINTIFIK 3. MODEL 4. ANALISIS KUANTITATIF (Sila rujuk modul, bincangkan masalah jika
ada dalam forum e-portal)
RUMUSAN AGENDA HARI INI
Anda seharusnya telah:
1. Memahami kehendak kursus.
2. Mengenali Geografi Manusia
Telesidang ini hanyalah ringkasan. Sila rujuk
modul 1 untuk perbincangan yang lebih
terperinci.

6
PERTEMUAN KEDUA
TOPIK KAJIAN PENDUDUK
(19 OKTOBER 2012)