jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/pdf/pekeliling jkt/2017/penggunaan_kaedah... · untuk...

15

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan
Page 2: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan
Page 3: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan
Page 4: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan
Page 5: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan
Page 6: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan

LAMPIRAN 1

Page 7: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan

1

TUJUAN

Garis Panduan ini disediakan bertujuan memberi penerangan mengenai

pelaksanaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (Industrialised Building

System – IBS) bagi projek pembinaan dalam sektor swasta dengan :

(i) menjadikan penggunaan kaedah IBS sebagai sebahagian daripada

syarat wajib dalam permohonan kelulusan Kebenaran Merancang

(Planning Permission) atau Perintah Pembangunan (Development

Order) dan permohonan Pelan Bangunan (Building Plan); serta

(ii) penggunaan kaedah IBS adalah diwajibkan bagi semua projek

swasta yang bernilai RM50 juta dan ke atas di mana nilai projek ini

bersamaan / berkadaran dengan Keluasan Lantai Kasar (gross floor

area – GFA) 50,000m2 (meter persegi) dan ke atas dengan minimum

pengiraan Skor IBS yang ditetapkan adalah sebanyak 50 Skor IBS.

LATAR BELAKANG

Dasar Dan Keputusan Kerajaan Dalam Pelaksanaan IBS

2. IBS merupakan teknik atau kaedah pembinaan di mana komponen

pembinaan dihasilkan dalam keadaan yang terkawal, iaitu di kilang atau di

kawasan tapak bina, seterusnya diangkut dan dipasang dalam kerja

pembinaan dengan penggunaan pekerja yang minimum di tapak bina.

3. Objektif pelaksanaan pembinaan menggunakan kaedah IBS adalah

untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan,

menyeragamkan rekabentuk binaan, mempercepatkan tempoh pembinaan

serta seterusnya membantu usaha ke arah pengurangan kebergantungan

negara kepada para pekerja asing tidak mahir dalam sektor pembinaan.

Page 8: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan

2

4. Pada peringkat awal pelaksanaan dasar penggunaan kaedah IBS,

Kerajaan telah menyediakan Roadmap IBS (2003–2010) dan Roadmap

IBS (2011–2015) yang telah dihasilkan oleh Lembaga Pembangunan

Industri Pembinaan (Construction Industry Development Board – CIDB).

Melalui pelan hala tuju IBS ini, pelbagai program telah dirangka untuk

meningkatkan tahap penggunaan kaedah IBS dalam industri pembinaan.

5. Matlamat Roadmap IBS ini juga antara lainnya ialah mengekalkan

tahap penggunaan kaedah IBS dengan 70 Skor IBS bagi sesebuah projek

pembinaan dalam sektor awam dan menggalakkan penglibatan pihak

sektor swasta dalam penggunaan kaedah IBS dengan 50 Skor IBS.

6. Sebagai kesinambungan kepada siri Roadmap IBS ini, Kerajaan telah

mengambil pelbagai inisiatif dan menetapkan sasaran untuk meningkatkan

penggunaan IBS melalui Program Transformasi Industri Pembinaan

(Construction Industry Transformation Programme – CITP) (2016–2020)

yang dirangka khusus bagi mentransformasi sektor pembinaan.

7. Di bawah Inisiatif Keempat (P4), Teras Ketiga iaitu Produktiviti, dalam

CITP, telah digariskan strategi dan sasaran keberhasilan utama untuk

memperluaskan serta meningkatkan tahap pelaksanaan penggunaan

kaedah IBS dengan 50 Skor IBS bagi projek dalam sektor swasta yang

dijangka akan dapat membantu pertumbuhan industri IBS dalam negara.

8. Pada masa yang sama, dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe –

11), Kerajaan turut memberikan penekanan berhubung pelaksanaan IBS

melalui Strategi D2 (Memacu produktiviti), Bidang Fokus D

(Mentransformasikan sektor pembinaan), Teras Strategik Keenam

(Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran)

yang bertujuan memacu produktiviti dalam sektor pembinaan dengan

meningkatkan penggunaan teknologi dan pemodenan seperti kaedah IBS.

Page 9: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan

3

9. Maka, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 September 2015 telah

bersetuju dengan syor untuk mewajibkan pelaksanaan penggunaan

kaedah IBS bagi projek yang bernilai RM50 juta dan ke atas dalam sektor

swasta. Mekanisma terbaik pelaksanaan syor ini adalah dengan

memasukkan syarat penggunaan kaedah IBS sebagai sebahagian

daripada syarat dalam kelulusan permohonan Kebenaran Merancang atau

Perintah Pembangunan dan semasa proses penyerahan Pelan Bangunan.

10. Mekanisma ini dilihat sebagai satu pendekatan yang terbaik untuk

meningkatkan penggunaan kaedah IBS bagi projek pembinaan dalam

sektor swasta berbanding pendekatan yang lain memandangkan ianya

membolehkan pelaksanaan dasar dan usaha–usaha meningkatkan

penggunaan IBS dapat dijayakan pada semua peringkat di seluruh negara.

PELAKSANAAN IBS DALAM PERMOHONAN KEBENARAN

MERANCANG / PERINTAH PEMBANGUNAN DAN PELAN BANGUNAN

Kriteria Mewajibkan Pelaksanaan Penggunaan Kaedah IBS

11. Projek pembinaan dalam sektor swasta DIWAJIBKAN menggunakan

kaedah IBS sekiranya ia memenuhi kiteria yang telah ditetapkan. Secara

khususnya, kriteria yang ditetapkan adalah seperti dinyatakan berikut :

(i) projek pembinaan bangunan yang dilaksanakan oleh pihak sektor

swasta yang secara keseluruhannya bernilai RM50 juta dan ke atas;

(ii) penggunaan terma atau takrifan nilai projek “RM50 juta dan ke atas”

dalam Garis Panduan ini adalah merujuk jumlah keseluruhan

Keluasan Lantai Kasar (gross floor area – GFA) bangunan;

(iii) jumlah keseluruhan Keluasan Lantai Kasar yang ditetapkan adalah

dengan keluasan 50,000 m2 (meter persegi) dan ke atas; dan

Page 10: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan

4

(iv) projek pembinaan yang hanya melibatkan projek bangunan sahaja

dengan kategori bangunan ditafsirkan sebagai rumah kediaman,

rumah kediaman bertingkat, bangunan komersil dan industri.

Mekanisme Pelaksanaan IBS Bagi Projek Swasta

12. Mekanisme pelaksanaan penggunaan kaedah IBS bagi projek swasta

adalah berpandukan kepada proses permohonan Kebenaran Merancang

atau Perintah Pembangunan dan proses permohonan Pelan Bangunan

sedia ada yang telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

13. Penggunaan kaedah IBS sebagai sebahagian daripada syarat wajib

dalam permohonan Kebenaran Merancang atau Perintah Pembangunan,

dan permohonan Pelan Bangunan akan diguna pakai oleh pihak berikut :

(i) PBT bagi kawasan pentadbirannya selaku pihak berkuasa

perancang tempatan (PBPT) iaitu merujuk subseksyen 5(1),

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172); dan

(ii) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBDN) bagi

kawasan di luar sesebuah PBT iaitu merujuk subseksyen 5(2),

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

14. Penggunaan kaedah IBS sebagai sebahagian daripada syarat wajib

permohonan mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang atau Perintah

Pembangunan, dan permohonan Pelan Bangunan, akan dikenakan

terhadap projek swasta yang mempunyai Keluasan Lantai Kasar

50,000m2 (meter persegi) dan ke atas dengan minimum 50 Skor IBS.

15. Carta alir pelaksanaan syarat wajib menggunakan kaedah IBS bagi

projek swasta melalui permohonan Kebenaran Merancang atau Perintah

Page 11: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan

5

Pembangunan dan proses permohonan Pelan Bangunan di peringkat

Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti yang dijelaskan di Lampiran.

16. Semua permohonan Kebenaran Merancang atau Perintah

Pembangunan dan permohonan Pelan Bangunan perlu mengemukakan

maklumat mengenai pematuhan pencapaian tahap minimum 50 Skor IBS.

17. Laporan, pelan dan maklumat yang berkaitan dengan pengiraan Skor

IBS perlu dinyatakan dalam Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) iaitu

dengan merujuk kepada Manual LCP Edisi Kedua Tahun 2011 yang

telah disediakan oleh pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD).

18. Ia perlu dinyatakan dengan jelas di bawah tajuk/kandungan

Pematuhan Dasar dan Garis Panduan (Pematuhan Kepada Perkara–Perkara Teknikal Lain) iaitu merujuk Bahagian B : Ringkasan LCP 1A

(Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan) dalam Manual LCP.

19. Semua pengiraan Skor IBS perlu disahkan oleh “Orang Yang

Berkelayakan (Qualified Person)” dengan merujuk tafsiran dalam Akta

Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) iaitu “seorang arkitek, jurutera

atau pelukis pelan bangunan yang berdaftar di bawah mana–mana

undang–undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftarannya”.

20. Pengiraan Skor IBS hendaklah mengikut tatacara seperti dinyatakan

dalam Standard Industri Pembinaan (Construction Industry Standard –

CIS) CIS 18:2010 (Manual for IBS Content Scoring System (IBS Score)).

21. Setelah syarat penggunaan kaedah IBS untuk projek swasta diterima

pakai serta dijadikan syarat wajib dalam permohonan kelulusan Kebenaran

Merancang atau Perintah Pembangunan dan permohonan Pelan

Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, CIDB akan melaksanakan

Page 12: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan

6

penguatkuasaan terhadap pematuhan pelaksanaan penggunaan kaedah

IBS merujuk kepada subseksyen 4(1)(m), Akta Lembaga Pembangunan

Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) iaitu dalam “mengawal

selia pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan”.

PEMAKAIAN DAN PENGUATKUASAAN GARIS PANDUAN

22. Garis panduan ini menjadi rujukan utama dalam pelaksanaan syarat

wajib penggunaan kaedah IBS bagi projek swasta melalui permohonan

Kebenaran Merancang atau Perintah Pembangunan dan proses

permohonan Pelan Bangunan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

23. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan

undang–undang sedia ada khususnya Akta Perancangan Bandar dan

Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

dan Undang–undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS), 1984.

24. Pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada garis panduan umum dan

garis panduan khusus yang terkandung di dalam garis panduan ini perlu

merujuk kepada dasar–dasar, pekeliling–pekeliling, arahan–arahan dan

piawaian–piawaian yang digubal dan dikuatkuasakan oleh pihak–pihak

berkuasa berpandukan kepada skop kuasa yang diperuntukkan oleh

undang–undang, serta garis panduan–garis panduan perancangan lain.

25. Garis panduan ini diharap akan dapat memberikan penjelasan

tentang proses serta mekanisme pelaksanaan syarat wajib penggunaan

kaedah IBS untuk projek swasta melalui permohonan kelulusan

Kebenaran Merancang atau Perintah Pembangunan dan permohonan

Pelan Bangunan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Keberkesanan

dan kejayaan pelaksanaannya kelak diyakini berupaya menjadi peneraju

kepada usaha untuk mentransformasikan industri pembinaan negara.

Page 13: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan

LAMPIRAN

Mekanisme Pelaksanaan Penggunaan Kaedah IBS Sebagai Syarat Wajib Dalam Permohonan Kebenaran Merancang / Perintah Pembangunan &

Pelan Bangunan

PEMOHON

URUS SETIA PUSAT SETEMPAT (OSC)

PEJABAT DAERAH & TANAH

( Permohonan Serentak Ubah Syarat & Pecah Sempadan & Penyerahan &

Pemberimilikan Semula )

JABATAN PERANCANGAN PBT

( Permohonan Kebenaran Merancang (KM) )

JABATAN BANGUNAN PBT

( Permohonan Pelan Bangunan )

Laporan dan Pelan Bangunan yang berkaitan dengan pengiraan Skor IBS

yang disahkan Orang Yang Berkelayakan (Qualified Person) perlu disertakan dalam Laporan Cadangan

Pemajuan (LCP) iaitu :–

LCP1a : Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan; di bahagian

“Pematuhan Dasar dan Garis Panduan – Pematuhan kepada Perkara–Perkara

Teknikal Lain”

Semakan pematuhan kepada syarat kelulusan Kebenaran Merancang berkenaan Skor

IBS sebelum kelulusan Pelan

Bangunan diberikan

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat

Setempat (OSC)

Mesyuarat Majlis Penuh PBT

Salinan laporan dan pelan berkaitan

Skor IBS kepada CIDB Malaysia

PEMOHON

Page 14: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan

LAMPIRAN 2

BILANGAN PENGELUAR/ PEMBEKAL KOMPONEN IBS

MENGIKUT NEGERI SEHINGGA 31 DISEMBER 2016

NEGERI JUMLAH KESELURUHAN

SETIAP NEGERI

1 Selangor 82

2 Johor 38

3 Negeri Sembilan 14

4 Perak 14

5 Sabah 13

6 Sarawak 13

7 Melaka 9

8 Kuala Lumpur 8

9 Kedah 8

10 Pahang 7

11 Kelantan 7

12 Terengganu 7

13 Pulau Pinang 6

14 Perlis 1

JUMLAH 227

(Sumber : Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB))

Page 15: jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Pekeliling JKT/2017/Penggunaan_Kaedah... · untuk meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti pembinaan, ... 4 (iv) projek pembinaan

LAMPIRAN 3

TABURAN PENGELUAR KOMPONEN IBS BERDAFTAR DENGAN CIDB DI SELURUH NEGARA

(SEHINGGA 31 DISEMBER 2016)

8

6

7

1 13

7

227 PENGELUAR KOMPONEN IBS

14

82

8

14 9

38

13

7