majlis perasmian -...

26

Upload: vantuyen

Post on 04-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam
Page 2: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

1

MAJLIS PERASMIAN

PERSIDANGAN KESIHATAN PERSEKITARAN PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN 2016

(17 November 2016)

MASA PROGRAM

10.45 Pagi

Ketibaan YBhg. Datuk Haji Mohammad bin Mentek Ketua Setiausaha KPKT

10.50 Pagi

Ketibaan YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

11.00 Pagi

Ketibaan YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Lagu Negaraku

Bacaan Doa

UCAPAN ALUAN oleh YBrs. Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

UCAPAN PERASMIAN oleh YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Gimik Perasmian

Page 3: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

2

TEMA PERSIDANGAN

“Persekitaran Bersih, Rakyat Sejahtera”

OBJEKTIF PERSIDANGAN

Objektif penganjuran persidangan ini adalah untuk memberikan satu platform berbentuk

forum bagi pegawai teknikal di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi

yang terlibat dalam kesihatan persekitaran untuk berkomunikasi, berkongsi hasil kajian

disamping menemukan idea dan kaedah baru di dalam menangani isu-isu kesihatan

persekitaran.

Page 4: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

3

ATURCARA

HARI PERTAMA: 17 NOVEMBER 2016 (KHAMIS)

MASA ATURCARA

0800-0830 Pendaftaran Peserta

0830-1030 SESI I SANITASI BANDAR

PENGERUSI: YBrs. Tuan Shahruddin bin Shahril

Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan) Jabatan Kerajaan Tempatan

RAPPORTEUR: En. Muhamad Fazly bin Zainal

En. Alias bin Abdullah PENJAGA MASA:

Pn. Najuah binti Abdul Halim

Pembentangan 1 Aplikasi Penilaian Risiko Kesihatan Persekitaran Dalam Sanitasi Bandar

Oleh: Dr. Mohd Rafee bin Baharudin,

Universiti Putra Malaysia

Pembentangan 2 Pelaksanaan Tapak Binaan Sejahtera (TABAS)

Oleh: En. Kuzaini bin Hamidon,

Majlis Perbandaran Sepang

Pembentangan 3 Panduan Pelaksanaan Program Pematuhan Pembersihan Lot Semak Samun

Sendiri (Kendiri) 3P3S Kendiri Oleh:

En. Raman a/l Maran, Majlis Bandaraya Ipoh

1030-1100 Minum Pagi

1100-1230 MAJLIS PERASMIAN OLEH YB. TAN SRI NOH BIN HAJI OMAR, MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN

TEMPATAN

1230-1400 Makan Tengahari dan Rehat

1400-1630 SESI II PENGURUSAN KESIHATAN PERSEKITARAN

PENGERUSI: YBrs. Tuan Haji Abu Bakar bin Johar

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) Jabatan Kerajaan Tempatan

RAPPORTEUR: Pn. Noor Diana binti Khalil

En. Abdul Rabbiar Rasul bin Mohd Nayan PENJAGA MASA:

En. Mohamad Hafiz bin Mohamad Azmi

Page 5: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

4

Pembentangan 4 Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca

Oleh: En. Mohamad Safri bin Abd. Rahman

SWCorp, Malaysia

Pembentangan 5 Pengurusan Pencemaran Udara Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan

Oleh: Dr. Yap Poh Sin

Institut Penyelidikan, Pembangunan Dan Inovasi, International Medical University

Pembentangan 6 Fogging Machine - POD (FM - POD)

Oleh: En. Srighanesan a/l Kasippillai, Majlis Bandaraya Shah Alam

1630 Minum Petang dan Penangguhan

HARI KEDUA: 18 NOVEMBER 2016 (JUMAAT)

MASA ATURCARA

0830-1030 SESI III KAWALAN PENYAKIT DAN VEKTOR

PENGERUSI: Tuan Haji Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool

Ketua Perunding Kejuruteraan Awam RAPPORTEUR:

En. Rozaidi bin Misli En. Ahmad Faisal bin Awang Sofa

PENJAGA MASA: En. Muhamad Izzat bin Mohamad

Pembentangan 7 Mosquito Buster

Oleh: Prof Madya Dr. Mohd Azree bin Idris

College of Engineering Universiti Tenaga Nasional

Pembentangan 8 Cadangan Garis Panduan Kawalan Nyamuk Di Kawasan

Pihak Berkuasa Tempatan Oleh:

Tuan Haji Rosnani bin Ab. Hamid Perunding Kanan Kesihatan Persekitaran,

Jabatan Kerajaan Tempatan

1030-1100 Minum Pagi

1100-1200 Pembentangan 9 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dan Masyarakat Dalam Pengurusan Masalah Anjing Liar Di Kawasan Perbandaran

Oleh: En. Khairil Anuar bin Mohamed

Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Page 6: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

5

MASA ATURCARA

1200-1445 Rehat

1445-1630 SESI IV KESIHATAN AWAM

PENGERUSI Dr. Hasnah binti Bibon

Ketua Perunding Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan RAPPORTEUR

Pn. Norazlina binti Rozali En. Abdul Jamal bin Abd Razak

PENJAGA MASA En. Ahmad Azamuddin bin Abu Bakar

Pembentangan 10 Risiko Kesihatan Di Kolam Renang

Oleh: Dr. Umi Kalsom binti Md. Ariffin

Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Pembentangan 11 Perkongsian Lawatan Teknikal Kesihatan Persekitaran: Penyampaian

Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran Di Mandurah City Council, Perth Australia Barat Oleh:

En. Ab Rahim bin Muda Ketua Unit Kesihatan Persekitaran

Majlis Perbandaran Kuantan

1630 MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PEMPAMER, PEMBENTANG LISAN DAN PEMBENTANG POSTER

OLEH YBrs. KETUA PENGARAH JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

Page 7: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

6

SENARAI PEMBENTANG LISAN

PEMBENTANG LISAN 1

“Aplikasi Penilaian Risiko Kesihatan Persekitaran Dalam Sanitasi Bandar”

Oleh

Dr. Mohd Rafee bin Baharudin Universiti Putra Malaysia

ABSTRAK

Penilaian risiko kesihatan persekitaran adalah merupakan proses yang perlu diberi perhatian yang sangat penting dalam aktiviti sanitasi bandar di sesebuah negara. Proses ini meliputi mengenalpasti hazad, melakukan penilaian risiko dan mencadangkan langkah pencegahan yang bersesuaian. Pengukuran proaktif dan reaktif juga mestilah dilakukan bagi mengetahui sejauh mana risiko yang dijangkakan berbanding penanda aras yang telah ditetapkan. Keputusan kesimpulan penilaian risiko dapat membantu merancang dan mengawal perbelanjaan organisasi Pihak Berkuasa Tempatan ke arah ekonomi yang lebih mapan bagi mengelak pembaziran pengurusan kewangan. Risiko positif dan risiko negatif boleh diukur dengan pelbagai kaedah yang sistematik dan memerlukan pengumpulan data statistik berkaitan halatuju sesebuah organisasi. Pihak Berkuasa Tempatan perlu merancang dalam meluaskan aplikasi program penilaian risiko ke atas semua aktiviti kesihatan persekitaran yang berisiko supaya perkhidmatan perbandaran yang lebih cekap dan cemerlang kepada penduduk dapat dilaksanakan dan ianya adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju.

Page 8: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

7

PEMBENTANG LISAN 2

Pelaksanaan Tapak Binaan Sejahtera (TABAS)

Oleh

En. Kuzaini bin Hamidon Majlis Perbandaran Sepang

ABSTRAK

TABAS merupakan singkatan kepada Tapak Bina Sejahtera. Program adalah bertujuan memberi penarafan ke atas tapak bina yang memberi penekanan dan pematuhan ke atas usaha–usaha mewujudkan suasana persekitaran pembinaan yang teratur, selamat, bersih dan sejahtera. MP Sepang merupakan PBT yang pertama yang memberi penarafan kepada tapak bina dengan menggalakkan semua tapak bina mengamalkan kebersihan serta meningkatkan kualiti pengurusan. Dengan harapan slogan “Membudayakan Tapak Bina Sejahtera” akan menjadi ‘tagline’ kepada setiap pemaju–pemaju. Objektif program adalah untuk mengawal setiap kawasan tapak bina agar sentiasa mematuhi syarat–syarat kelulusan yang telah diberikan, mewujudkan suasana tapak bina yang selamat, bersih dan sejahtera serta meningkatkan kualiti pengurusan tapak bina yang lebih baik dan memberi penarafan dan pengiktirafan kepada pengurusan tapak bina baik dan sejahtera. Prinsip–prinsip perlaksanaan TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam sekitar, kebersihan sekitar tapak bina dan bebas aedes. Perlaksanaan fasa TABAS telah dijalankan di Zon Cyberjaya yang melibatkan pengauditan daripada 6 jabatan iaitu Jabatan Kesihatan, Penguatkuasaan, Jabatan Bangunan, Jabatan Pelesenan & Pengurusan Penjaja, Jabatan Kejuruteraan dan Unit Perkhidmatan Bandar.

Page 9: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

8

PEMBENTANG LISAN 3

Panduan Pelaksanaan Program Pematuhan Pembersihan Lot Semak Samun Sendiri (Kendiri) 3P3S (Kendiri)

Oleh

En. Raman a/l Maran Majlis Bandaraya Ipoh

ABSTRAK

Program Pematuhan Pembersihan Lot Semak Samun Sendiri (KENDIRI) 3P3S KENDIRI memberi panduan kepada pemilik lot tanah kosong/rumah terbiar bagi menyelenggara harta milik berasaskan senarai nama kontraktor yang telah disediakan oleh MBI. Program ini mengaplikasikan falsafah keselamatan kesihatan pekerjaan (KKP) iaitu tanggungjawab keselamatan kesihatan pekerjaan orang yang bekerja terletak pada orang yang mewujudkan risiko (pemilik lot kosong/rumah terbiar) dan mereka yang bekerja dengan risiko. Projek ini merupakan satu proses kerja baharu dimana pemilik boleh memperolehi risalah Program Pematuhan Pembersihan Lot Semak Samun Sendiri (KENDIRI) yang telah diedar dan dihebah melalui media massa serta laman sosial. Menggunakan konsep komunikasi yang berkesan berdasarkan bukti melalui strategi dan kerjasama tripartite di antara MBI, pemilik dan kontraktor pembersihan bagi mencapai kesedaran pengaturan sendiri (Kendiri) oleh pemilik. Melalui pelaksanaan 3P3S KENDIRI, pembersihan lot semak samun dapat dijalankan dalam tempoh kurang dari 7-14 hari dan menjimatkan kos serta tenaga dari segi pengurusan aduan semak samun oleh MBI. Program ini juga membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi dan kematian akibat demam denggi serta mengurangkan aduan berkaitan semak samun lot milik persendirian. Keseluruhannya, program ini merupakan program yang berimpak tinggi kerana dapat menjamin persekitaran yang bersih dan selamat kepada warga Bandaraya seterusnya dapat meningkatkan kepuasan pelanggan Bandaraya.

Page 10: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

9

PEMBENTANG LISAN 4

Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca

Oleh

En. Mohamad Safri bin Abd. Rahman SWCorp Malaysia

ABSTRAK

Mulai 1 September 2015 yang lalu, pihak kerajaan mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat. Pelaksanaan ini adalah berdasarkan peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuatkuasa di negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. Akta 672 adalah satu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi dan mengawal selia pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam bagi maksud menyelenggarakan kebersihan yang sepatutnya dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya. Secara umumnya, proses pengasingan sisa pepejal isi rumah ini melibatkan pengasingan sisa pepejal mengikut komposisi sisa seperti sisa kitar semula, sisa baki dan sisa pukal/kebun. Sisa yang diasingkan ini akan dikutip setiap minggu mengikut jadual yang ditetapkan. Sistem kutipan 2 + 1 telah digerakkan bermula 1 September 2015 di mana kutipan sampah bagi sisa baki dilakukan dua kali seminggu manakala kutipan sisa kitar semula dan sisa pukal dilakukan sekali seminggu. Objektif pengasingan sisa pepejal di punca adalah untuk mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula, mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan dan mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal.

Page 11: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

10

PEMBENTANG LISAN 5

Pengurusan Pencemaran Udara Di Kawasan PBT

Oleh

Dr. Yap Poh Sin Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi

International Medical University

ABSTRAK

Antara pencemaran alam sekitar, pencemaran udara adalah cabaran alam sekitar yang paling tidak dapat dielakkan di negara-negara di seluruh dunia terutamanya Asia, yang sedang mengalami pertumbuhan drastik dalam pembangunan ekonomi dan sosial akibat peningkatan pesat dalam bidang perindustrian, pembangunan, dan pengangkutan. Menurut WHO Garis Panduan Kualiti Udara 2005, kira-kira 800,000 kematian dan 6.4 juta hilang upaya akibat daripada pencemaran udara dan dua pertiga daripadanya berlaku di negara-negara Asia. Walaupun peraturan-peraturan alam sekitar diwujudkan sedekad yang lalu, namun dengan pembangunan yang pesat telah mengakibatkan kualiti udara di bandar-bandar besar di Malaysia semakin teruk. Di Malaysia, punca pencemaran udara secara setempat disebabkan oleh perindustrian, pembakaran terbuka secara besar-besaran dan lepasan daripada kenderaan. Kekangan utama pengurusan pencemaran udara di Malaysia disebabkan lebih mengutamakan pembangunan daripada amalan penjagaan persekitaran dan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Cabaran yang paling besar bagi Malaysia adalah bagaimana untuk mengimbangkan antara peningkatan aktiviti industri, pertanian, peningkatan bilangan kenderaan dan mengekalkan udara bersih jika tiada pemantauan dan pengurusan pencemaran udara memerlukan kawalan dan penguatkuasaan secara bersepadu untuk meningkatkan kualiti udara. Selain itu, adalah penting untuk menilai pelan tindakan pengurusan pencemaran udara dengan menggabungkan polisi-polisi berkaitan alam sekitar di antara agensi-agensi kerajaan dengan semua pihak yang berkepentingan.

Page 12: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

11

PEMBENTANG LISAN 6

Fogging Machine - POD (FM - POD)

Oleh

En. Srighanesan a/l Kasippillai Majlis Bandaraya Shah Alam

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk membantu mengurangkan masalah kesihatan pekerjaan yang dihadapi oleh kakitangan yang menjalankan kerja-kerja semburan kabus semasa kawalan wabak demam denggi. Beban mesin fogging yang berat dengan purata 8 kg setiap unit yang perlu diangkat oleh pekerja-pekerja fogging hampir setiap hari memberikan kesan ergonomik atau gangguan kesihatan iaitu sakit-sakit bahagian bahu, lutut, pinggang dan belakang. Akibatnya ramai pekerja mengambil cuti sakit dan ini memberi impak kepada operasi kawalan dan kualiti sistem penyampaian jabatan kami. Bagi menyelesaikan masalah ini satu projek inovasi yang dikenali sebagai FM - POD telah direkacipta dengan mengambil kira bahan yang digunakan adalah dari bahan kitar semula, tahan lasak, tahan hentakan dan ringan. Kumpulan menggunakan besi hollow bagi projek ini yang sesuai digunakan dalam konteks iklim di Malaysia. FM - POD merupakan struktur tambahan seperti tongkat yang disambungkan kepada mesin fogging bertujuan mengurangkan beban berterusan yang dipikul oleh pekerja semburan kabus. Projek FM - POD telah mengurangkan aduan masalah kesihatan dan meningkatkan kualiti kerja semburan kabus. Rekabentuk FM - POD juga adalah mesra pengguna dan sesuai bagi ketinggian yang berbeza. Implikasi, jika produk ini tidak dilaksanakan akan memberi kesan mendadak kepada Pihak Berkuasa Tempatan dengan berlakunya peningkatan kos perubatan dan kadar keuzuran di kalangan fogger's. Fogger’s terpaksa memikul beban mesin fogging dalam jangkamasa panjang dan kesan-kesan ergonomik tidak mungkin dapat diatasi dan mendorong kepada turunnya motivasi para pekerja.

Page 13: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

12

PEMBENTANG LISAN 7

Mosquito Buster

Oleh:

Prof Madya Dr. Mohd Azree bin Idris College of Engineering

Universiti Tenaga Nasional

ABSTRAK

Kaedah terbaru ini adalah berkaitan dengan mechanical repellent humidifier dikenali sebagai ”Mosquito Buster“ untuk menghalau nyamuk dengan pembentukan wap air di udara. Peranti ini menggunakan “rotating impeller” untuk menguraikan titisan kecil air ke dalam udara tanpa proses pemanasan berlaku.Apabila “rotating drum” yang separa tenggelam di dalam takungan air berputar, ia memungut air dan membawanya pada peresap yang akan memecahkan zarah air menjadi zarah halus yang terapung di udara. Repellent humidifier ini akan menguraikan racun untuk kegunaan luar. Ia menyebarkan wap racun dalam udara dengan saiz zarah sebanyak 10.0 mikron hingga 20.0 mikron. Racun serangga yang digunakan dalam repellent humidifier adalah Deltacide (Bayer Co. (Malaysia) Sdn Bhd.) Dengan kepekatan 10 mililiter dalam 10 liter air atau nisbah 1: 1000.Mosquito Buster menggunakan pendekatan spatial repellency untuk menguraikan wap ke atmosfera dan menyediakan penghalang antara manusia dan nyamuk dalam lingkungan 25 meter. Kaedah ini telah diuji di beberapa kawasan hotspot denggi, dan dalam masa dua minggu, beberapa kawasan telah ditarik balik daripada senarai kawasan hotspot.

Page 14: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

13

PEMBENTANG LISAN 8

Cadangan Garis Panduan Kawalan Nyamuk Aedes Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan

Oleh

Haji Rosnani bin Ab. Hamid Jabatan Kerajaan Tempatan

ABSTRAK

Wabak Demam Denggi di Malaysia amat membimbangkan dan menurut stastistik yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 70% dari kesemua kes denggi yang dilaporkan telah dikesan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini adalah konsisten dengan taburan penduduk di Malaysia yang mana 74 % adalah penghuni tetap bandar. Laporan tersebut juga, menunjukkan premis-premis khusus telah dikenalpasti sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memandang serius masalah ini dan mesyuarat JPP/KPKT Bil. 4 Tahun 2015 telah mencadangkan agar Jabatan Kerajaan Tempatan membangunkan satu Garis Panduan Kawalan Nyamuk Aedes di Kawasan PBT yang bertujuan untuk menyelaras dan memantau semua aktiviti pengawalan dan pencegahan demam denggi yang dijalankan oleh pihak PBT. Empat siri bengkel dan kursus bersama pihak berkepentingan telah diadakan pada tahun 2016 bagi maksud ini. Dapatannya mencadangkan agar Pelan yang dibangunkan haruslah mengamalkan 3 strategi utama; Pertama menerusi pengukuhan komitmen pihak pengurusan; Kedua dengan melaksanakan aktiviti promosi kesihatan dan penglibatan masyarakat dalam mengawal tempat pembiakan nyamuk aedes, dan Ketiga, adalah dengan menguatkuasakan sebagai langkah yang terakhir bagi mana-mana pemunya premis yang dikesan membiak nyamuk aedes. Di bawah strategi Pertama, setiap PBT wajib mewujudkan pangkalan data dan penetapan status risiko sesuatu jenis premis berasaskan penarafan risiko iaitu Risiko Tinggi, Risiko Sederhana atau Risiko Rendah. Penggubalan Garis Panduan ini telah mengambil kira pengalaman berasaskan bukti pihak daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam pengawalan Demam Denggi di kawasan PBT. Kekangan aset di kebanyakkan PBT telah diambil kira dan saranan pengoptimuman aset dengan memberi keutamaan tindakan terhadap premis-premis yang berisiko tinggi sahaja. Perlaksanaan aktiviti kawalan yang dilaksanakan oleh setiap PBT akan dipantau secara berkala menerusi kaedah pelaporan. Adalah diharapkan juga dengan wujudnya tindakan seragam dan pemantauan ke atas aktiviti pengawalan, insiden kejadian Demam Denggi di kawasan PBT dapat dikurangkan dan dikawal.

Page 15: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

14

PEMBENTANG LISAN 9

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan dan Masyarakat Dalam Pengurusan Masalah Anjing Liar di

Kawasan Perbandaran

Oleh En. Khairil Anuar bin Mohamed

Majlis Perbandaran Ampang Jaya

ABSTRAK

Anjing liar atau istilah anjing terbiar bukan sahaja mengganggu nilai estetika di sesuatu kawasan malahan ia juga menjadi kacau ganggu kepada masyarakat umum. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji punca kehadiran anjing liar dan langkah yang perlu diambil untuk mengekang fenomena ini. Kajian ini bersifat kuantitatif dijalankan terhadap responden yang terdiri dari masyarakat setempat, pemilik anjing dan kakitangan yang terlibat dalam aktiviti penangkapan anjing liar di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang tinggi berhubung program pemandulan anjing di mana hasil korelasi Pearson antara program “Spay and Neuter (r = 0.442). Lapan puluh peratus responden yang terdiri dari bangsa Cina, India dan Melayu bersetuju bahawa masalah sampah haram domestik adalah berkait rapat dengan masalah anjing liar (33% responden berbangsa; 24 % peratus responden berbangsa India) yang juga membantu kemandirian anjing liar sebagai sumber makanan. Kekerapan operasi di kawasan hotspot anjing mesti dilaksanakan lebih fokus terhadap aduan dari pihak awam atau komuniti setempat. Pewujudan kandang anjing adalah perlu bagi menjayakan aktiviti tangkapan dengan lebih teratur dan komprehensif selaras dengan kehendak yang digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Page 16: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

15

PEMBENTANG LISAN 10

Risiko Kesihatan Di Kolam Renang

Oleh

Dr. Umi Kalsom binti Md. Ariffin Majlis Perbandaran Ampang Jaya

ABSTRAK

Kolam renang merupakan elemen eksklusif bukan sahaja di hotel dan pusat pelancongan tetapi juga di kawasan kediaman sama ada di banglo mewah dan kondominium, malah juga telah ada di beberapa jenis pangsapuri dan teres. Hal ini menggalakkan lebih ramai orang berenang sebagai hobi dan pilihan aktiviti fizikal yang sihat. Namun terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pengguna kolam renang berhadapan dengan pelbagai bahaya dan risiko kesihatan. Ujian saringan terhadap sampel air dari 38 buah kolam renang awam di kawasan Ampang Jaya pada tahun 2016 mendapati bahawa sebanyak 92.1% tidak mematuhi piawaian baki klorin 1-1.2 mg/L, 63.2% mencatatkan kekeruhan melebihi piawai iaitu melebihi 0.5 NTU, 57.9% gagal mematuhi piawaian bacaan pH 7.0-7.8 manakala 26.3% positif saringan bakteria. Pelanggaran piawaian ini merupakan ancaman terhadap berlakunya jangkitan penyakit seperti peradangan kulit, penyakit mata, jangkitan paru-paru dan masalah usus yang boleh menyebabkan kematian dan ancaman wabak. Golongan yang paling terancam adalah individu yang mempunyai sistem imuniti yang rendah terutamanya kanak-kanak kecil. Tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya di kolam renang adalah masih rendah di mana masih ramai yang gagal mematuhi peraturan penggunaannya. Oleh itu, kertas kajian ini adalah diharapkan dapat meningkatkan kefahaman tentang risiko seterusnya memudahkan perancangan dan pelaksanaan langkah pencegahan. Peranan terletak kepada pengguna, pengendali serta operator kolam agar aktiviti di kolam renang dapat menjamin kesihatan yang baik.

Page 17: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

16

PEMBENTANG LISAN 11

Perkongsian Lawatan Teknikal Kesihatan Persekitaran: Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan

Persekitaran di Mandurah City Council, Perth Australia Barat

Oleh En. Ab. Rahim bin Muda

Majlis Perbandaran Kuantan

ABSTRAK

Pada 01 hingga 05 Oktober 2016, satu lawatan teknikal kesihatan persekitaran anjuran Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) ke Perth Australia yang terdiri dari 26 orang Pengamal Kesihatan Persekitaran. Tujuan lawatan ini ialah untuk menimba pengetahuan dan pengalaman aktiviti-aktiviti kesihatan persekitaran di Perth, ibu negeri Australia Barat. Perth ialah sebuah bandar metropolitan yang terletak di Barat Daya Benua Australia berkeluasan 6,417.9 kilometer persegi. Perth mempunyai penduduk seramai 2,039,200 orang (2015) dan mempunyai suhu purata 13 0C dan kadar hujan tahunan 830 mm. Perth terdiri dari beberapa buah bandar yang ditadbir oleh Pihak Kerajaan Tempatan iaitu Bandar Joodalop, Bandar St.Vincent, Bandar Rockingham dan Bandar Mandurah. Pada 03 Oktober 2016 satu lawatan khusus ke Bandar Mandurah yang terletak 67 km dari Bandaraya Perth bertujuan mengetahui aktiviti-aktiviti kesihatan persekitaran yang dijalankan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran di sana. Di Bandar Mandurah terdapat 4 aktiviti dalam kesihatan persekitaran, iaitu aktiviti pengurusan nyamuk, pengurusan keselamatan makanan, pengurusan rekreasi air dan pengurusan bunyi. Dalam aktiviti pengurusan nyamuk, objektif utamanya ialah untuk mengurangkan pembiakan nyamuk yang menjadi punca penyakit Rose River Virus (RRV), penyakit Barmah Forest Virus (BFV), penyakit Murray Valey Enchephalitis (MVE) dan penyakit Kunjin (KUN). Pengawalan penyakit bawaan nyamuk juga melibatkan kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Australia Barat yang menyediakan peruntukan sebanyak 3 juta dolar Australia dan kepakaran pegawai Entomologi bagi membantu PBT Mandurah mengurangkan penyakit berkenaan termasuk membantu sewaan helikopter bagi kerja semburan pestisid oleh PBT di kawasan Harvey Estuary yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes camptoryhanchus dan Aedes vigilax. Dalam pengurusan keselamatan makanan, PBT Mandurah memastikan kebersihatan premis makanan akan diperiksa 2 kali setahun dan sekali oleh auditor luar yang dilantik. Manakala latihan dan promosi kesihatan kepada pengusaha premis makanan dijalankan di lapangan semasa pemeriksaan premis dijalankan. PBT Mandurah lebih menekan kepada konsep 'pemeriksaan kendiri' oleh pengusaha premis makanan termasuk menutup sendiri premis makanan yang didapati tidak bersih. Dalam pengurusan rekreasi air melibatkan sungai, laut, kolam renang, SPA dan Hidrologi dengan membuat persampelan air bagi analisa Enterococci dan E.coli bagi mencegah patogen yang menyebabkan penyakit gastrointestin, kulit, mata, dan telinga. Dalam aktiviti pengawalan bunyi yang dijalankan ke atas tapak pembinaan, peralatan yang digunakan di kawasan kediaman, studio muzik, alat hawa dingin dan penggera bunyi. Tujuan pemantuan ini adalah untuk memastikan bunyi yang terhasil dari kegiatan yang dijalankan tidak menganggu orang ramai yang boleh memudaratkan kesihatan. Kesimpulan lawatan teknikal kesihatan persekitaran di Mandurah dapat menambah pengetahuan dan pengalaman dalam pengawalan penyakit dan pengawalan kesihatan persekitaran dengan mendapatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan Negeri Australia Barat dan PBT di Perth dalam penyediaan undang-undang oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan undang-undang kecil PBT serta pelaksanaan pengawalan dan pencegahan oleh PBT.

Page 18: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

17

SENARAI PEMBENTANG POSTER

BIL NAMA TAJUK

PP1 En. Ab. Rahim bin Muda (Majlis Perbandaran Kuantan)

Penentuan Indek Kawalan Tikus Di Bandar Kuantan

PP2 Dr. Chin Wee Loon (Majlis Bandaraya Pulau Pinang)

Perbandingan Antara Keberkesanan Ubat Pembunuh Jentik-Jentik Kimia, Biologi Atau Kedua-Duanya Serta Penilaian Ke Atas Pengetahuan, Amalan Dan Sikap Dan Tahap Penerimaan Langkah Pembunuhan Jentik-Jentik Dalam Tiga Komuniti Di Kawasan Bandaraya George Town, Pulau Pinang

PP3

En. Muhamad Hisham bin Hashim (Majlis Daerah Kampar)

Inisiatif Kejiranan Hijau Majlis Daerah Kampar

PP4

En. Basheer Ahmed Pakkir Mohamed (Dewan Bandaraya Kuching Utara)

EM Bokashi Home Composting

PP5

En. Hamidi Bin Hamzah (Majlis Perbandaran Ampang Jaya)

Kajian Taburan Populasi Nyamuk Aedes Mengikut Spesis Secara Vertikal Di Bangunan Kediaman Bertingkat Tinggi Di Ampang

PP6

En. Mohd Faridz Bin Mokhtar (Majlis Perbandaran Ampang Jaya)

Kajian Kualiti Air Kolam Renang di Ampang

PP7

Dr. Nazri bin Che Dom (Universiti Teknologi Mara, UiTM)

Physicochemical Profiling Of Dengue Vectors Breeding Habitat At Residential Areas In Shah Alam, Malaysia

PP8

En. Faiz bin Madzlan (Universiti Teknologi Mara, UITM)

The Infestation And Life Demographic Profiles of Ae. Albopictus (Skuse) In Urban Dengue Risk Areas.

PP9 Pn. Nur Mayamin binti Hamsidi (Universiti Teknologi Mara, UITM)

Exploring Dengue Vector Using Laboratory Methods

PP 10 En. M Selvam a/l Munian (Majlis Bandaraya Ipoh)

Panduan Pematuhan Pembersihan Lot Semak

Samun Sendiri (Kendiri) – 3P3S Kendiri

Page 19: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

18

SENARAI PEMPAMER KITARAN POTENSI SDN. BHD. ENSYSTEX (M) SDN. BHD.

Lot 1937-J, Kompleks Kilang SME, Jln IKS, Bukit Minyak, Taman IKS, Bukit Minyak, 1400 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel : 04 – 508 0895 Fax : 04 – 507 1895 HP : 016–414 0033

Ensystex (M) Sdn. Bhd.

No.5, Jalan Bukit Permai,

Utama 1, Taman Industri Bukit Permai,

56100 Cheras, Kuala Lumpur. Tel : 03–4287 1546 Fax : 03–4296 7636

AGRICULTURAL CHEMICALS (M) SDN. BHD. AGROFOG SDN. BHD. 962, Lrg Perusahaan 8, Taman Perindustrian Perai, 13600 Perai, Pulau Pinang. Tel : 04 – 360 7988 Fax : 04 – 390 5703 HP : 019– 4000146

Agrofog Sdn. Bhd, No.18, Jln PJS 11/14 Bandar Sunway Industrial Park, 46150 Subang Jaya, Selangor. Tel : 0 3-5638 8486 Fax : 03-56388491

MAJLIS DAERAH KAMPAR ONECARE BIOTECH SDN. BHD.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar,

Kompleks Pentadbiran MDKampar, Jalan

Iskandar,

31900, Kampar, Perak.

Tel : 05 – 467 1020

Onecare Biotech Sdn. Bhd. No.19 A, USJ 1/31, Subang Permai, 47600 Subang Jaya, Selangor. Tel : 03 – 8024 7986 Fax : 03 – 8023 0073 HP : 019 – 288 6516

SUMITOMO CHEMICAL ENVIRO-AGRO ASIA PACIFIC SDN. BHD.

BAYER CO. (M) SDN. BHD. & JASA KIMIA SDN. BHD.

Enviro- Agro Asia Pacific Sdn. Bhd, 62 A, Persiaran Bunga Tanjung 1, Senawang Industrial Park, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. Tel : 06 – 679 3711 Fax : 06 – 6793698 HP : 012–306 6870

T1-14, Jaya 33, No.3, Jalan Semangat, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03–6209 3127 Fax : 03–7960 5717 HP : 012 2255435

PERSATUAN PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (EHOM)

SYARIKAT PERNIAGAAN FOGGERS SDN. BHD.

Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran (EHOM) D/A : Jabatan Kerajaan Tempatan, Bahagian Perundingan Kesihatan Persekitaran Aras 26, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. HP : 019 -757 7764

No.16, Jalan Bukit Permai Utama 2, Taman Indah Sri Bukit Permai, 56100 Cheras, Kuala Lumpur. Tel : 03–4292 2594 HP : 012–2080 746

SYARIKAT PERNIAGAAN KEMUNCAK

No.43, Jalan Meranti Jaya 12, Meranti Jaya Industrial Park, 47120 Puchong, Selangor. Tel : 03–8061 8346 Fax : 03–8060 1180 HP : 012–369 4346

Page 20: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

19

PE

LAN

LAK

AR P

ERSI

DAN

GAN

KES

IHAT

AN P

ERSE

KITA

RAN

PER

ING

KAT

PIHA

K BE

RKU

ASA

TEM

PATA

N 2

016

17 –

18

NO

VEM

BER

2016

, DEW

AN K

RIST

AL K

EMEN

TERI

AN K

ESEJ

AHTE

RAAN

BAN

DAR,

PER

UM

AHAN

DAN

KER

AJAA

N T

EMPA

TAN

PEM

BEN

TAN

GAN

PO

STER

BO

OTH

PEM

PAM

ER

KAU

NTE

R PE

NDA

FTAR

AN

HOLD

ING

ROO

M

BOO

TH P

EMPA

MER

BO

OTH

PEM

PAM

ER

PEN

TAS

BUFE

T

BUFE

T

1 2

3 4

5 6

7 8

9 10

11

PETU

NJU

K :

Pem

pam

er 1

: K

itara

n Po

tens

i Sdn

.Bhd

Pe

mpa

mer

2

: Ens

yste

x (M

) Sdn

.Bhd

Pe

mpa

mer

3

: Agr

icul

tura

l Che

mic

als (

M) S

dn.B

hd

Pem

pam

er 4

: A

grof

og S

dn.B

hd

Pem

pam

er 5

: M

ajlis

Dae

rah

Kam

par

Pem

pam

er 6

: O

neca

re B

iote

ch S

dn.B

hd

Pem

pam

er 7

: S

umito

mo

Chem

ical

Env

iro-A

gro

Asia

Pac

ific

Sdn.

Bhd

Pem

pam

er 8

: B

ayer

Co.

(M) S

dn.B

hd &

Jasa

Kim

ia S

dn.B

hd

Pem

pam

er 9

: P

ersa

tuan

Peg

awai

Kes

ihat

an P

erse

kita

ran

Mal

aysia

(EH

OM

) Pe

mpa

mer

10

: Sya

rikat

Per

niag

aan

Fogg

ers S

dn.B

hd

Pem

pam

er 1

1 : S

yarik

at P

erni

agaa

n Ke

mun

cak

Bilik

Kip

as

Bilik

Kip

as

Page 21: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

20

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT YBrs. Ketua Pengarah

Jabatan Kerajaan Tempatan

PENGERUSI BERSAMA YBrs. Tuan Haji Abu Bakar bin Johar

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan)

Jabatan Kerajaan Tempatan

YBrs. Tuan Shahruddin bin Shahril Timbalan Ketua Pengarah

(Perundingan dan Perundangan) Jabatan Kerajaan Tempatan

TIMBALAN PENGERUSI Dr. Hasnah binti Bibon

Ketua Perunding Bahagian Perundingan Kesihatan Persekitaran

Jabatan Kerajaan Tempatan

PENYELARAS Tuan Haji Rosnani bin Ab. Hamid

Perunding Kanan Bahagian Perundingan Kesihatan Persekitaran

Jabatan Kerajaan Tempatan

URUSETIA En. Mohamad Hilmi bin Mustapha, P(KS)/JKT (Ketua)

En. Rizam bin Ahmad (KS)/JKT En. Alias bin Abdullah (KS)/JKT

Pn. Najuah binti Abdul Halim (KS)/JKT En. Gobinath a/l Maniam (KS)/JKT

JKK SAMBUTAN /PROTOKOL

Pn Lee Kuen Yee, KPP(BDS)/JKT En. Mohamad Khir bin Mat Lazim (BKP)/KPKT

En. Mohamad Faizal bin Mohamad Yusuf (BKP)/KPKT Pn. Sheela a/p Samivellu (BDS)/JKT Pn. Radziah binti Ismail (BDS)/JKT

Cik Nadya Suria binti Mohamad Salleh (KS)/JKT

JKK KERTAS KERJA En. Mohamad Mustaqim bin Shukri, P(KS)/JKT (Ketua)

En. Zulkifli bin Mohamad (KS)/JKT

Page 22: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

21

JKK POSTER En. Mohamad Ridzuan bin Mohamad Salleh, P(KS)/JKT (Ketua)

En. Abd. Jamal bin Abd. Razak (KS)/JKT

JKK PAMERAN En. Peter Ngalang, Pk(KS)/JKT (Ketua)

En. Ahmad Faisal bin Awang Sofa (KS)/JKT En. Muhammad Izzat bin Muhamed (KS)/JKT

JKK ICT/AUDIO VISUAL/PROMOSI

En. Abdul Halim bin Ahmad, P(BPM)/JKT (Ketua) En. Azwady bin Mohd Kassim (BPM)/JKT En. Zulkarnain bin Mohd Daud (BPM)/JKT

En. Mohd Suhaime bin Sumsudin (BPM)/JKT En. Muhd Fadhil bin Md Nor (BPM)/JKT

En. Ahmad Azamuddin bin Abu Bakar (KS)/JKT

JKK MONTAJ & GIMIK Tuan Haji Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, K(KA)/JKT (Ketua)

En. Saipullah bin Husin (KA)/JKT Pn. Eka Kusmawati binti Suparmanto (KA)/JKT

En. Azwady bin Mohd Kassim (BPM)/JKT En. Zulkarnain bin Mohd Daud (BPM)/JKT

En. Mohd Suhaime bin Sumsudin (BPM)/JKT En. Muhd Fadhil bin Md Nor (BPM)/JKT

En. Rizam bin Ahmad (KS)/JKT

JKK LOGISTIK Pn. Aminah binti Abd. Rahman, K(KM)/JKT (Ketua)

Pn Erma liza binti Azali (KM)/JKT En. Mohd Khairul Nizam bin Hosnas (KM)/JKT

En. Mohamad Hilmi bin Mustapha (KS)/JKT En. Zulkifli bin Mohamad (KS)/JKT

JKK KEWANGAN DAN TUGAS KHAS

En. Hasan Hafizi bin Hanapi, P(KP)/JKT (Ketua) Anggota (KP)/JKT

En. Mohamad Hilmi bin Mustapha (KS)/JKT En. Rizam bin Ahmad (KS)/JKT

JKK PENDAFTARAN

En. Rajendran a/l Kobalu, P(KS)/JKT (Ketua) Cik Poon Ai Phin (BPM)/JKT

En. Abdul Rabbiar Rasul bin Mohd Nayan (KS)/JKT Pn. Tuan Rosma Sulia binti Tuan Rasid (KS)/JKT

Pn. Khairul Nisha binti Hashim (KS)/JKT

Page 23: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

22

JKK MAKANAN En. Zulkifli bin Mohamad P(KS)/JKT (Ketua)

En. Abdul Jamal bin Abd Razak (KS)/JKT En. Mohd Hafiz bin Mohamad Azmi (KS)/JKT

Pn. Tuan Rosma Sulia binti Tuan Rasid (KS)/JKT Pn. Khairul Nisha binti Hashim (KS)/JKT

JK MEDIA

Pn. Naizatul Azlinda binti Anuar, KPP(KP)/JKT (Ketua) Pn. Rafidah binti Abdullah (KP)/JKT

Pn. Norazah binti Muhamad Azha (UKK)/KPKT Unit Komunikasi Korporat KPKT(UKK)/KPKT

Pn. Najuah binti Abdul Halim (KS)/JKT

JK RAPPORTEUR DAN PENJAGA MASA Tn. Haji Nazeri bin Salleh, K(KU)/JKT (Ketua)

En. Mohamad Mustaqim bin Shukri (KS)/JKT

Page 24: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

23

URUSETIA UNTUK DIHUBUNGI

Tn. Haji Rosnani bin Ab. Hamid 03 – 8891 3303 016 – 289 5361

[email protected]

En. Mohd Hilmi bin Mustapha 03 – 8891 3372 019 – 228 6967

[email protected]

En. Rizam bin Ahmad 03 – 8891 3371 016 – 324 0873

[email protected]

En. Alias bin Abdullah 03 – 8891 3369 013 – 662 8806

[email protected]

Pn. Najuah binti Abdul Halim 03 – 8891 3367 012 – 903 3687

[email protected]

En. Gobinath a/l Maniam 03 – 8891 3370 018 – 902 7789

[email protected]

Page 25: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam

24

Sekalung Penghargaan

Pembentang Kertas Kerja

Pembentang Poster Kesihatan Persekitaran

Pempamer

Peserta Persidangan Kesihatan Persekitaran Peringkat PBT 2016

Ahli Jawatankuasa

Persidangan Kesihatan Persekitaran Peringkat PBT 2016

SEMUA MAKLUMAT ADALAH BETUL PADA MASA PENCETAKAN DAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN TANPA

DIMAKLUMKAN TERLEBIH DAHULU

Page 26: MAJLIS PERASMIAN - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Persidangan_2016/persidangan... · TABAS ialah pengurusan kontraktor yang cemerlang dan prihatin terhadap alam