majlis perjumpaan -...

Download Majlis Perjumpaan - jkt.kpkt.gov.myjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Penerbitan/2014/BuletinJKT_edisi... · Bahagian Kampung Baru ... PROGRAM AUDIT AKSES ORANG KURANG UPAYA (OKU)

If you can't read please download the document

Upload: doanque

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • PenasihatYBhg. Datin Maziah Binti Adnan

    Ketua EditorVishalini Arumugam

    Penolong Ketua EditorRita Binti Rasid

    Sidang EditorialBahagian Dasar Dasar & Kemajuan Kerajaan Tempatan Bahagian Pembangunan & Hal Ehwal Kewangan PBTBahagian ICTBahagian Kampung BaruBahagian Kesihatan PersekitaranBahagian Penyenggaraan Fasiliti & Perparitan BandarBahagian Kawalan BangunanBahagian Perundangan dan Penyelidikan TeknikalBahagian Khidmat PengurusanUnit Integriti

    Diterbitkan oleh:

    Jabatan Kerajaan TempatanKementerian Kesejahteraan Bandar,

    Perumahan & Kerajaan TempatanAras 25-29, No. 51

    Persiaran Perdana, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62100 PutrajayaTel: 03-8891 3000 Faks: 03-8891 3090

    Laman web: http://jkt.kpkt.gov.myEmel: [email protected]

    KANDUNGAN

    SIDANG EDITORIAL

    MAJLIS PERJUMPAAN YBHG. DATIN KETUA PENGARAH DENGAN WARGA JABATAN KERAJAAN TEMPATAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

    MESYUARAT MAJLIS NEGARA BAGI KERAJAAN TEMPATAN KE-68 (MNKT KE-68)

    LAWATAN CLAIR SINGAPORE JAPAN-MALAYSIA REGIONAL EXCHANGE PROMOTION PROGRAM 2014 KE KPKT

    MESYUARAT PENYELARAN / LAWATAN PROJEK MY BEAUTIFUL MALAYSIA (MYBM) MENCERIAKAN TANDAS AWAM DI PBT SELURUH MALAYSIA

    BENGKEL PENGHARMONIAN DRAF GARIS PANDUAN MEWUJUDKAN HOTEL BAJET DARI BANGUNAN SEDIA ADA

    MESYUARAT PEMURNIAN DAN SIGN-OFF PENGESAHAN SPESIFIKASI KEPERLUAN PENGGUNA (URS) SISTEM ePBT VERSI WEB

    MESYUARAT JAWATANKUASA KANDUNGAN PENGURUSAN PORTAL PBT BIL 3 2014

    PERSEMBAHAN PROJEK-PROJEK KIK OLEH MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN DI JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

    SESI DIALOG PENGURUSAN JKT BAGI SPK MS ISO 9001:2008

    MESYUARAT PERKONGSIAN ILMU PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN KANDUNGAN (CMS) PLONE

    LATIHAN PENTADBIRAN PORTAL ePBT ONLINE SIRI 1

    LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

    KURSUS TEKNIKAL DAN PERAKAUNAN SISTEM ePBT SIRI (2)

    PERKONGSIAN ILMU INTEGRITI DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

    KURSUS TEKNOLOGI HIJAU UNTUK PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

    PROGRAM PEMERIKSAAN SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN YANG TELAH MENGALAMI KEJADIAN BANJIR KILAT

    PEMERIKSAAN KEMAJUAN KERJA DI TAPAK BAGI PROJEK RIVER OF LIFE

    LAWATAN KE KOLAM RENANG DI BAWAH SELIAAN PERBADANAN PUTRAJAYA

    CERAMAH RAMADHAN DAN INTEGRITI

    KURSUS PEMBAIKAN KEROSAKAN JALAN UNTUK PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2014

    1

    3

    4

    5

    6

    6

    7

    7

    8

    8

    9

    9

    10

    11

    11

    12

    13

    14

    14

    14

    15

    16

    17

    17

    18

    19

    19

    20

    20

    UtamaM/S

    Peristiwa

    Aktiviti JKT

    PROGRAM: KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL KESELAMATAN CERUN

    PROGRAM AUDIT AKSES ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)

    KURSUS PENGURUSAN PROJEK PENILAIAN OUTCOME DAN IMPAK PROJEK PEMBANGUNAN TAHUN 2014 JABATAN KERAJAAN

    KURSUS eMOHON DAN ePANTAU PORTAL eJKT

    AKTIVITI PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROJEK BP1- MEMBINA MEDAN NIAGA CAMERON HIGHLANDS

    PEMANTAUAN PROJEK KESELAMATAN JALAN TAHUN 2014

    KURSUS MS ISO 9008 : 2001 TINDAKAN PENCEGAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

    PROGRAM KOMUNITI JOM GANYANG AEDES KG DEMIT DARAT, KUBANG KERIAN

    SESI PENGUKUHAN DAN PENGENALAN KEPADA LEAN 5S

  • Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Dengan Warga Jabatan Kerajaan Tempatan adalah merupakan program yang diadakan bagi memberi peluang kepada warga Jabatan mendengar sendiri amanat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah selain medium untuk beramah mesra di kalangan semua warga Jabatan. Program yang diatur tiga kali setahun ini turut diadakan bersekali dengan program ceramah atau taklimat yang boleh memberi manfaat kepada semua warga Jabatan. Majlis Perjumpaan ini juga turut mengalu-alukan pegawai-pegawai yang baru melapor diri di Jabatan dan juga pemberian cenderahati penghargaan kepada pegawai-pegawai yang telah bertukar keluar dan bersara.

    Pada 19 Ogos 2014 yang lalu, bersempena dengan Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Dengan Warga Jabatan Kerajaan Tempatan

    Sambutan Hari Raya Aidilfitri

    Majlis PerjumpaanDENGAN WARGA JABATAN KERAJAAN TEMPATANDENGAN WARGA JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

    PADA 19 OGOS 2014 DI DEWAN KRISTAL,ARAS B1, KPKT

    YBhg. DATIN KETUA PENGARAHYBhg. DATIN KETUA PENGARAH

    YBhg. Datin Ketua Pengarah bergambar bersama anak-anak yatim

    Ucapan daripada YBhg. Datin Ketua Pengarah

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 1

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 UTAMA

  • dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Jabatan Kerajaan Tempatan juga turut mengadakan pertandingan gerai tercantik dan menjemput anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Al- Kausar, Bangi bagi memberi sumbangan kepada mereka. Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh YBhg. Datin Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan). Sesi diakhiri dengan mengumumkan gerai tercantik yang telah dimenangi oleh Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Kewangan PBT.

    YBhg. Datin Ketua Pengarah menyampaikan hadiahkepada pemenang gerai tercantik

    YBhg. Datin Ketua Pengarah menyampaikan hadiah

    kepada para pemenang gerai tercantik

    Pada majlis tersebut, turut disampaikan satu taklimat mengenai Pelaksanaan OSC Versi 3.0 dan ePBT Versi Web oleh Puan Zurina binti Elyas daripada Bahagian Penyelidikan dan Perundangan Teknikal dan Puan Anisyahayati binti Ismail dari Bahagian ICT, Jabatan Kerajaan Tempatan. Sesi taklimat yang diadakan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana warga Jabatan turut berpeluang bertanyakan soalan terus kepada penceramah mengenai isu yang sedang hangat diperdebatkan. Jabatan Kerajaan Tempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga KPKT dan anak-anak yatim yang telah memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kerajaan Tempatan.

    YBhg. Datin Ketua Pengarah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim

    YBhg. Datin Ketua Pengarah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim

    Salah satu gerai yang bertanding

    YBhg. Datin Ketua Pengarah melawat gerai tercantik

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN2

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 UTAMA

  • MESYUARAT MAJLIS NEGARA

    Mesyuarat MNKT ke-68 yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri telah diadakan pada 18 September 2014 bertempat di Dewan Persidangan ICU, Aras 1, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Sebanyak 5 kertas kerja dan 2 kertas makluman telah dibentangkan. Mesyuarat MNKT ke-68 telah mempertimbang dan bersetuju dengan 4 kertas kerja berikut:

    Bil Tajuk Kertas Kementerian/Jabatan1. Cadangan Garis Panduan Perancangan Perumahan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

    Kerajaan Tempatan

    2. Cadangan Garis Panduan Perancangan Lorong Belakang

    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

    3. Cadangan Undang-Undang Kecil Spa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

    4. Cadangan Pelaksanaan Pengukuran Ke Atas Jajaran Utiliti Bawah Tanah Semasa Pemasangan

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

    MNKT ke-68BAGI KERAJAAN TEMPATAN KE-68

    YAB Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat MNKT ke-68

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 3

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 UTAMA

  • KPKT menerima lawatan daripada pihak CLAIR SINGAPORE sebabagai satu agenda Japan-Malaysia Regional Exchange Promotion Program 2014.

    Di pengerusikan oleh YBhg. Datin Ketua Pengarah, JKT. Pembentangan dari wakil JKT bertajuk Brief Overview of The Current Situation and Issues of Local Administration in Malaysia.

    LAWATAN CLAIR SINGAPOREJAPAN-MALAYSIA REGIONAL EXCHANGE PROMOTION PROGRAM 2014

    KE KPKT PADA 10 NOVEMBER 2014 BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT AKUAMARIN, ARAS 29, KPKT

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN4

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 UTAMA

  • MENCERIAKAN TANDAS AWAM DI PBT SELURUH MALAYSIABahagian Penyelenggaraan Fasiliti dan Perparitan Bandar telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal projek My Beautiful Malaysia (MyBM). Sebanyak 5 negeri di bawah seliaan bahagian ini iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah dan Sabah.

    Tempoh untuk menyiapkan projek ini adalah sehingga Disember 2014. Sehubungan itu, Bahagian ini telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi setiap negeri bagi memantau kemajuan kerja dan disamping melakukan pemeriksaan di tapak.

    BIL NEGERI PBT BILANGAN PROJEK

    1 MELAKA Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

    36

    2 Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

    4

    3 Majlis Perbandaran Jasin 6

    4 Majlis Perbandaran Alor Gajah 16

    5 JOHOR Majlis Perbandaran Batu Pahat 9

    6 Majlis Perbandaran Kluang 3

    7 Majlis Perbandaran Muar 9

    8 Majlis Perbandaran Pasir Gudang

    6

    9 Majlis Daerah Kota Tinggi 7

    10 Majlis Daerah Labis 7

    11 Majlis Daerah Segamat 12

    12 KEDAH Majlis Daerah Baling 2

    13 Majlis Daerah Padang Terap 7

    14 SABAH Majlis Daerah Keningau 5

    15 Majlis Daerah Nabawan 5

    16 Majlis Daerah Papar 1

    17 Majlis Daerah Ranau 6

    18 Majlis Daerah Semporna 3

    19 NEGERI SEMBILAN

    Majlis Perbandaran Port Dickson

    22

    20 Majlis Daerah Kuala Pilah 6

    21 Majlis Daerah Rembau 17

    JUMLAH PROJEK 189

    Gambar Mesyuarat dan Lawatan Tapak

    Jadual 1 menunjukkan negeri dan PBT yang terlibat.

    MESYUARAT PENYELARAN / LAWATAN PROJEKMY BEAUTIFUL MALAYSIA (MYBM)

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 5

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 UTAMA

  • DRAF GARIS PANDUAN MEWUJUDKAN HOTEL BAJETDARI BANGUNAN SEDIA ADA PADA 15 OKTOBER 2014 I-KPKT

    BENGKEL PENGHARMONIAN

    SPESIFIKASI KEPERLUAN PENGGUNA ( URS ) SISTEM ePBT VERSI WEB PADA 14 - 15 OGOS 2014 DI TAIPING GOLF AND RESORT

    Para peserta sedang membincangkan kesesuaian Keperluan Pengguna yang dicadangkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Dalam gambar: kelihatan wakil MB Alor Setar, Kedah, MP Jasin, Melaka serta wakil MD Jerantut, Pahang.

    Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil pengguna system ePBT di PBT Semenanjung Malaysia yang melaksanakan Sistem ePBT.

    DRAF GARIS PANDUAN MEWUJUDKAN HOTEL BAJETDARI BANGUNAN SEDIA ADA PADA 15 OKTOBER 2014 I-KPKT

    BENGKEL PENGHARMONIAN

    Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan dan panduan kepada semua Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tentang prosedur mewujudkan Hotel Bajet dari bangunan sediada. Pada kebiasaannya kegunaan asal bangunan sediada yang mempunyai tangga tunggal yang akan ditukarguna ini adalah sebagai rumah kedai atau pejabat atau kedai/kediaman.

    Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk menambahbaik dan memperkemaskan proses pengeluaran lesen premis Hotel Bajet. Bagi pengwujudan hotel bajet dan pengeluaran lesen premis oleh PBT, setiap premis pendudukan perlu menyediakan sekurang-kurangnya dua tangga sebagai laluan keselamatan kebakaran (tertakluk kepada jarak perjalanan) dan sistem pencegahan kebakaran bagi mematuhi syarat-syarat teknikal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia *JBPM).

    Peserta bengkel ini terdiri daripada ahli kumpulan kerja yang telah dilantik iaitu wakil-wakil SUK Negeri Melaka dan SUK Negeri Pulau Pinang, wakil-wakil PBT Negeri Melaka dan Pulau Pinang dari Bahagian Pelesenan dan Kejuruteraan, wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), wakil Persatuan Hotel Bajet Malaysia dan wakil Kementerian Pelancongan Malaysia.

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN6

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 UTAMA

    PERISTIWA

    Mesyuarat Pemurnian Dan Sign-Off Pengesahan

  • PADA 17 OKTOBER 2014 DI HOTEL HOLIDAY INN GLENMARIE SHAH ALAMMesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs.Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan, Dr. Ab Rahman Bin Awang. Pengurus portal daripada 98 PBT hadir untuk mesyuarat kali ini. Selain mengenal pasti isu-isu berkaitan portal, mesyuarat turut mendapatkan pandangan daripada ahli-ahli yang hadir bagi keperluan kandungan dan perkhidmatan baru portal terutama kepada orang awam.

    DRAF GARIS PANDUAN MEWUJUDKAN HOTEL BAJETDARI BANGUNAN SEDIA ADA PADA 15 OKTOBER 2014 I-KPKT

    Delegasi KIK daripada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah mengadakan persembahan sebanyak empat projek mereka di JKT. Sesi ini juga dapat menyediakan ruang kepada kumpulan-kumpulan KIK JKT untuk menimba ilmu dan pengalaman MPK dalam pelaksanaan projek KIK di JKT.

    MESYUARAT JAWATAN KUASA KANDUNGANPENGURUSAN PORTAL PBT BIL 3 2014MESYUARAT JAWATAN KUASA KANDUNGANPENGURUSAN PORTAL PBT BIL 3 2014

    DI JABATAN KERAJAAN TEMPATAN PADA 31 OKTOBER 2014 BERTEMPAT DI BILIK LATIHAN, ARAS 25, JKT

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 7

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 PERISTIWA

    PERSEMBAHAN PROJEK-PROJEK KIK OLEH MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN

  • PADA 10 NOVEMBER 2014 BERTEMPAT DI BILIK LATIHAN, ARAS 25, JKTSesi ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang di bawah Program Kualiti JKT dan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Ab Rahman bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah, JKT.

    PADA 27 - 28 OKTOBER 2014 DI THISTLE PORT DICKSON RESORT

    Mesyuarat telah diadakan di Thistle Hotel Port Dickson bertujuan untuk mempelajari serta berkongsi ilmu berhubung Content Management System (CMS) Plone. Pihak BTM SUK Melaka telah sudi untuk bersama dalam perkongsian ini kepada wakil PBT yang hadir. CMS ini telah digunapakai di SUK Melaka pada portal rasmi SUK.

    SESI DIALOG PENGURUSAN JKTBAGI SPK MS ISO 9001:2008

    MESYUARAT PERKONGSIAN ILMU PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN KANDUNGAN (CMS) PLONE

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN8

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 PERISTIWA

  • PADA 13 OKTOBER 2014 BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT ARAS 27

    Pengajar sedang menerangkan fungsi skrin yang terdapat dalam Portal ePBT Online kepada peserta latihan. Dalam gambar: Pengajar dari syarikat pembangun Sistem dan wakil dari MD Tampin, Negeri Sembilan.

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 PERISTIWA

    LATIHAN PENTADBIRANPORTAL ePBT ONLINE SIRI 1

    PADA 4 NOVEMBER 2014LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANGLAWATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 9

  • BAGI TAHUN 2014 PADA 27-29 OGOS 2014 BERTEMPAT DI DEWAN KRISTAL, ARAS B1, KPKT

    Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk:

    Memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan penggunaan dan perluasan aplikasi Teknologi Hijau bagi menwujudkan persekitaran yang mesra alam;

    Meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai peranan pelbagai agensi teknikal berkaitan;

    Berkongsi maklumat, bertukar-tukar pandangan dan memberi pendedahan serta pengalaman PBT yang telah melaksanakan pemasangan dan penyelenggaraan perangkap minyak.

    Jumlah peserta untuk kursus ini adalah seramai 50 orang terdiri daripada Jurutera, Penolong Jurutera, Juruteknik dan Pegawai yang terlibat secara langsung di PBT mengenai teknologi hijau.

    Para peserta kursus dibawa melawat ke KLIA 2 untuk melihat contoh bangunan yang menggunakan teknologi hijau.

    KURSUS TEKNOLOGI HIJAUUNTUK PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN10

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT

  • AKTIVITI

    Mesyuarat Pengurusan Jabatan Kerajaan Tempatan Bil. 6 tahun 2014 telah diadakan pada 28 Oktober 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Akuamarin, Aras 29, JKT. Bersempena dengan mesyuarat tersebut satu sesi perkongsian ilmu bertajuk Integriti Dalam Pengurusan Kewangan telah diadakan. Perkongsian ilmu ini disampaikan oleh Puan Suraya binti Adnan, Penolong Pengarah Audit, Jabatan Audit Negara.

    Perkongsian IlmuIntegriti Dalam Pengurusan Kewangan

    Perkongsian ilmu ini disampaikan kepada semua ahli mesyuarat seramai 33 orang yang terdiri dari 2 orang pegawai dari kumpulan pengurusan tertinggi, 22 orang kumpulan pengurusan dan professional dan 9 orang kumpulan sokongan. Perkongsian ilmu ini bertujuan memberi peringatan kepada pegawai-pegawai JKT mengenai peraturan-peraturan kewangan semasa yang perlu dipatuhi semasa membelanjakan wang awam serta melahirkan sikap tanggungjawab terhadap tugas yang dilaksanakan.

    Melalui perkongsian ilmu ini pegawai-pegawai JKT sedar akan kepentingan dan akauntabiliti di dalam menguruskan wang awam dan dapat melahirkan pegawai-pegawai yang tinggi nilai-nilai murni.

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT

    PADA 2-4 SEPTEMBER 2014 BERTEMPAT DI ILPKT KPKT

    Penceramah jemputan sedang memberikan penerangan mengenai modul-modul dalam Sistem ePBT. Latihan dihadiri oleh pegawai-pegawai PBT yang melaksanakan Sistem ePBT.

    KURSUS TEKNIKAL DAN PERAKAUNAN SISTEM ePBT SIRI (2)

    KURSUS TEKNIKAL DAN PERAKAUNAN SISTEM ePBT SIRI (2)

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 11

  • YANG TELAH MENGALAMI KEJADIAN BANJIR KILAT

    Tujuan pemeriksaan ini dilakukan adalah untuk memastikan maklumbalas laporan kejadian banjir kilat adalah selaras dengan maklumat di lokasi lawatan dan memeriksa sistem perparitan di kawasan terlibat dengan kejadian banjir kilat yang berulang daripada tahun 2009 hingga 2013 serta mengenalpasti kerugian dan pembaikan oleh PBT.

    Selain itu, pemeriksaan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti punca kejadian banjir kilat tersebut samada disebabkan oleh hujan lebat, longkang atau parit tidak diselenggara, longkang atau parit perlu dinaiktaraf, faktor pembangunan di kawasan berhampiran, tiada kolam dan lain-lain.

    Sebanyak 10 lokasi yang telah diperiksa bermula dari Ogos sehingga Oktober 2014.

    PROGRAM PEMERIKSAAN SISTEM PERPARITANDI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN12

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT

    Pemeriksaan sistem perparitan di MB Shah Alam pada 21 Ogos 2014.

    Pemeriksaan sistem perparitan di MP Klang pada 2 September 2014.

    Pemeriksaan sistem perparitan di MP Subang Jaya pada 2 September 2014.

  • PEMERIKSAAN KEMAJUAN KERJA DI TAPAK BAGIPEMERIKSAAN KEMAJUAN KERJA DI TAPAK BAGIPemeriksaan Kemajuan Kerja di Majlis Perbandaran Selayang telah dilakukan pada 29hb September 2014.

    Tujuan pemeriksaan tersebut dilakukan adalah untuk memeriksa kemajuan kerja di tapak bagi projek River of Life.

    Manakala pada 1hb Oktober 2014 pemeriksaan yang sama telah dilakukan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

    PROJEKRIVER OF LIFE

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 13

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT

    PEMERIKSAAN DI MPAJ

    PEMERIKSAAN DI MPS

  • DI BAWAH SELIAAN PERBADANAN PUTRAJAYAPada 4hb September 2014 satu lawatan ke kolam renang di bawah penyeliaan Perbadanan Putrajaya (PPj) telah dilakukan.

    Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengetahui sistem pengurusan kolam renang di PPj.

    Tujuan lawatan tersebut adalah untuk :

    Mengenalpasti kaedah penyenggaraan kolam renang yang berkesan;

    Mengenalpasti cara pengurusan dan penjagaan kolam renang; dan

    Mendapatkan maklumat mengenai parameter kualiti air bagi kolam renang.

    LAWATAN KE KOLAM RENANG

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN14

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT

    Bersempena dengan program perkongsian ilmu yang telah diadakan pada 18 Julai 2014 bertempat di Bilik Operasi, Aras 25, satu sesi ceramah bertajuk Ramadhan dan Integriti telah disampikan oleh Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    Objektif Ceramah adalah seperti berikut:

    meningkatkan kefahaman dan penghayatan peserta mengenai kelebihan dan fadhilat Ramadhan; dan

    meningkatkan penghayatan peserta mengenai usaha mengukuhkan integriti sepanjang bulan Ramadhan.

    Ceramah ini telah dihadiri oleh seramai 30 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Kerajaan Tempatan. Ceramah ini turut menerangkan peranan individu dalam menunaikan ibadah puasa yang merupakan sebahagian dari rukun islam di samping menekankan perkara-perkara yang perlu diamalkan semasa menjalani ibadah puasa yang dapat meningkatkan sikap integriti dalam bulan Ramadhan dan seterusnya menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

    Ceramah Ramadhan dan Integriti

    UNTUK PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2014

    Unit Keselamatan Jalan, Bahagian Kawalan Bangunan, Jabatan Kerajaan Tempatan telah berjaya menganjurkan Kursus Pembaikan Kerosakan Jalan Untuk Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2014.

    Objektif: Memberi pendedahan dan pemahaman berkaitan dengan kaedah pengurusan penyenggaraan dan pembaikan jalan yang sistematik, berkualiti dan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

    KURSUS PEMBAIKANKEROSAKAN JALAN

    Tempat Kursus: Institut Latihan Perumahan & Kerajaan Tempatan, Bukit Tinggi, Pahang.

    Tarikh Kursus: 3 5 September 2014

  • LOKASI : TAMAN MEGAH JAYA, MAJLIS PERBANDARAN TAWAU, SABAH

    Unit Kawalan Cerun dan Keselamatan Awam telah menerima permohonan khidmat nasihat teknikal keselamatan cerun dari Majlis Perbandaran Tawau (MP Tawau) pada 16 September 2014. Pegawai Bahagian Kawalan Bangunan (BKB) telah mengadakan aktiviti lawatan dan pemeriksaan tapak ke lokasi terlibat pada 28 Oktober 2014 bersama jurutera MP Tawau.

    Hasil daripada lawatan tersebut pihak BKB telah mengambil data-data teknikal cerun dan gambar tapak untuk dibuat analisis dan laporan. Pegawai BKB juga telah mengadakan perbincangan khidmat nasihat teknikal bersama jurutera MP Tawau tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk tempoh masa terdekat dan jangka masa panjang.

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 15

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT

    PROGRAM : KHIDMAT NASIHATTEKNIKAL KESELAMATAN CERUNPROGRAM : KHIDMAT NASIHATTEKNIKAL KESELAMATAN CERUN

    Pegawai BKB dan MP Tawau sedang memeriksa keadaan cerun runtuh yang telah ditutupi dengan lapisan plastik.

    Keadaan dinding konkrit yang telah gagal dan bergerak ke arah rumah yang terletak di bawah cerun.

    Tapak asas dinding konkrit telah retak dantertolak keluar dari kaki cerun dan menutupi sistem parit kaki cerun.

    Pandangan cerun runtuh dari bahagian bawah iaitu kawasan perumahan. Terdapat dua aras dinding konkrit yang dibina di

    cerun bahagian atas perumahan.

  • Bahagian Kawalan Bangunan, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah menjalankan satu lawatan Audit Akses Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) di bangunan di bawah pemantauan Pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru yang hampir siap dan akan dikeluarkan CCC. Lawatan tersebut telah diadakan pada 4hb September 2014 di lokasi Kompleks Pentadbiran Jabatan Veterinar.

    Tujuan lawatan Audit Akses Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) dijalankan adalah untuk memastikan pematuhan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL 1984 On Building Requirements For Disabled Persons). Oleh itu, setiap pihak Berkuasa Tempatan yang mengguna pakai UKBS 1984 dikehendaki menguatkuasakan undang-undang ini dan memastikan bahawa kemudahan-kemudahan bagi golongan OKU disediakan berdasarkan kepada Malaysian Standard (MS). Ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pihak yang terlibat dalam industri pembinaan agar kemudahan OKU dapat diterapkan dan diaplikasikan dalam semua projek pembangunan.

    Penemuan audit ini mendapati berdasarkan pada Kelulusan Pelan Bangunan terdapat kemudahan akses Orang Kurang Upaya (OKU) seperti ramp, bilik air dan parkir OKU sepertimana ditunjukkan di dalam laporan bergambar.

    DI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)

    PROGRAM AUDIT AKSESORANG KURANG UPAYA (OKU)

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN16

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT

    Lokasi Parkir OKU di hadapan Bangunan Pentadbiran Veterinar

    Perbezaan ketinggian aras ramp haruslah tidak melebihi 10mm mengikut MS 1184:2002 pg 6,

    Klausa 5.1(c)

    Kelengkapan peralatan bagi tandas OKU

  • BPHEKPBT mengadakan Kursus Pengurusan Projek - Penilaian Outcome Dan Impak Projek Pembangunan Tahun 2014 pada 16 hingga 18 Jun 2014 bagi Siri 1 dan Siri 2 pada 17 hingga 19 September 2014 di Institiut Latihan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (ILPKT). Peserta-pesertanya terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang seramai 60 orang setiap siri.

    Objektif mengadakan kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada PBT-PBT dan SUK serta membincang dan menyemak skop, rekabentuk, senarai kuantiti (BQ) projek.

    PENILAIAN OUTCOME DAN IMPAK PROJEK PEMBANGUNAN TAHUN 2014 JABATAN KERAJAAN

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 17

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT

    KURSUS PENGURUSAN PROJEK

    BPHEKPBT telah mengadakan Kursus eMohon dan ePantau Portal eJKT untuk PBT pada 14 hingga 15 Oktober 2014 di Institut Latihan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (ILPKT) yang terdiri daripada PBT dan beberapa kakitangan Bahagian Pembangunan, JKT. Manakala pesertanya seramai 60 orang yang terdiri daripada dikalangan PBT dan SUK.

    KURSUS eMOHON DAN ePANTAU PORTAL eJKT Tujuan Bahagian Pembangunan, JKT mengadakan kursus ini adalah untuk membimbing dan membantu PBT-PBT berkenaan sistem eMohon dan ePantau Portal eJKT yang baru diperkenalkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan. Sistem ini memudahkan PBT-PBT mengisi maklumat-maklumat permohonan peruntukan bagi projek pembangunan di negeri masing-masing. Sistem ini juga memudahkan Bahagian ini memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di dalam seliaan pegawai pemantauan.

    Perasmian daripada YBhg Dr. Ab Rahman Awang, TKP(P)/JKT dalam Majlis Kursus Pengurusan Projek

  • Lawatan tapak projek telah diadakan pada 29 September 2014 oleh Encik Othman bin Ali Baba dan Tn. Hj Mohd Shahrum bin Hj. Kadis.

    AKTIVITI PEMANTAUAN

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN18

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT

    Pelaksanaan Projek BP1 - Membina Medan Niaga Cameron Highlands

  • JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 19

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT

    Pemantauan ProjekUnit Keselamatan Jalan, Bahagian Kawalan Bangunan, Jabatan Kerajaan Tempatan telah melaksanakan Projek Menaiktaraf Jalan di bawah peruntukan Belanja Pembangunan (BP1) sebanyak RM 2.5 juta untuk tahun 2014. Berikut adalah lawatan pemantauan projek-projek tersebut bagi bulan Oktober 2014.

    TAHUN 2014Keselamatan Jalan

    PBT : Majlis Daerah TampinLokasi : Simpang Tiga Kampung Sri Gemas dan Jalan Di Hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Idrus, Tampin.Tarikh Pemantauan : 30 - 31 Oktober 2014

    PBT : Majlis Daerah KerianLokasi : Jalan Permai, Taman Kerian Permai, Parit Buntar, dan Jalan Syed Thaupy, Bagan Serai, Perak Tarikh Pemantauan : 29 31 Oktober 2014

    Tindakan Pencegahan dan PenambahbaikanJabatan Kerajaan TempatanObjektif:

    Pengenalan kepada aspek-aspek tindakan pembetulan ke atas ketidakpatuhan yang dikesan dalam Sistem Pengurusan Kualiti.

    Penyiasatan punca ketidakpatuhan

    Kaedah menganalisis Trend Ketidakpatuhan dan pengendalian Tindakan Pembetulan

    Penilaian dan cadangan Tindakan Pembetulan

    Keberkesanan cadangan Tindakan Pembetulan dan simpanan rekod yang bersistematik

    Sesi semakan dokumen MS ISO 9008 : 2001

    KURSUS MS ISO 9008 : 2001Tempat Kursus : Bilik Latihan, Aras 25, JKT

    Tarikh Kursus : 23 25 September 2014

  • KG DEMIT DARAT, KUBANG KERIANPeningkatan Demam Denggi di Negeri Kelantan semakin membimbangkan dengan peningkatan lokaliti hotspot pada minggu ke 36 iaitu sebanyak 123 lokaliti hotspot di Kota Bharu. Justeru, Program Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM) telah menganjurkan Program Komuniti Jom Ganyang Aedes di Kg.Demit Darat, Kubang Kerian Kelantan pada 13 September 2014.

    Program ini bertujuan memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang morfologi nyamuk, punca demam denggi dan cara-cara mengenalpasti dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes

    JABATAN KERAJAAN TEMPATAN20

    Buletin Jabatan Kerajaan Tempatan Edisi 2/2014 AKTIVITI JKT

    PROGRAM KOMUNITI JOM GANYANG AEDES

    Sesi Pengukuhan danPengenalan Kepada LEAN

    secara dekat di hati rakyat. Aktiviti utama adalah cari dan musnah tempat pembiakan Aedes dan pendidikan kesihatan dari rumah ke rumah. Program ini turut dapat penglibatan aktif 350 orang pelajar dan kakitangan dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM dan pelajar Ijazah Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan. Perasmian Program ini telah disempurnakan oleh YB. Hj. Ahmad Baihaki b. Atiqullah, Ahli Parlimen Kubang Kerian.

    Kesinambungan program sebegini adalah amat penting. Justeru, Jabatan dan USM meneruskan kerjasama strategik bersama pihak USM. Pihak USM juga akan terus bekerjasama dengan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk di Kampung Demit Darat dan menjadikan kampung tersebut sebagai kampung angkat dan lawatan susulan dari rumah ke rumah akan diadakan berterusan.

    Peserta :Jawatankuasa LatihanJawatankuasa PromosiJawatankuasa AuditKetua Zon 25Ketua Zon 26Ketua Zon 27Ketua Zon 28Ketua Zon 29

    5STarikh Kursus : 13 14 Oktober 2014

    Tempat Kursus : Bilik Latihan, Aras 25, JKT

    Objektif : Memberi pendedahan dan pemahaman berkaitan 5S JKT. Berbincang dengan Konsultan 5S JKT, Encik Lizuan bin Latif mengenai hala tuju program 5S JKT bagi tahun 2015. Beliau telah mencadangkan agar pendekatan JKT menjurus kepada Lean 5S.

  • Ke Arah Mewujudkan PBT Yang Berdaya Saing, Dinamik dan Mapan Dalam Memberikan Perkhidmatan Perbandaran Yang Berkualiti.

    Menyediakan Keperluan dan Khidmat Sokongan Bagi PBT Meningkatkan Kualiti Pengurusan Serta Membudayakan Tadbir Urus Yang Baik.

    Kami komited untuk membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti bagi memastikan ia sesuai dan berkesan pada setiap masa selaras dengan visi dan misi Jabatan Kerajaan Tempatan. Kami juga komited untuk memenuhi semua objektif kualiti bagi memastikan ianya sentiasa sesuai dengan visi, misi dan objektif Jabatan.

    1. Membantu membimbing dan menggalakkan PBT dalam merancang, mengawal dan melaksanakan program-program pembangunan sosio-ekonomi dan perkhidmatan perbandaran ke arah pembentukan masyarakat makmur, sejahtera dan berdaya maju selaras dengan matlamat pembangunan negara;

    2. Menentukan PBT wujud sebagai unit-unit

    Kerajaan Tempatan yang cekap dan berupaya dari segi pentadbiran dan kewangan agar mereka dapat menyedia dan memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang moden dan bermutu untuk faedah dan kesejahteraan masyarakat tempatan yang ditadbirkan;

    3. Menentukan PBT dapat memainkan peranan

    yang aktif dan berkesan dalam pembangunan kawasan Bandar dan luar Bandar melalui pelaksanaan projek-projek prasarana, perniagaan dan separuh perniagaan dan menentukan aktiviti-aktiviti pembangunan peringkat PBT dijalankan mengikut kehendak-kehendak dasar-dasar Kerajaan yang berteraskan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan;

    4. Menentukan PBT dapat memainkan peranan

    sebagai Unit Pentadbiran Kerajaan yang berkesan dari segi mendapatkan penyertaan agensi swasta, NGO, CBO serta rakyat dalam hal ehwal tempatan;

    VISI JKT MISI JKT

    Dasar Kualiti

    FUNGSI JKT5. Membentuk dan menjadikan PBT sebagai

    Pihak Berkuasa perancangan yang berkesan, berkebolehan dan cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna di peringkat tempatan dengan mengikut perancangan yang baik dan sistematik bagi mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan di kawasan Bandar dan luar Bandar melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan; dan

    6. Mewujudkan dan mengekalkan hubungan

    kerjasama yang baik di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dan juga agensi-agensi Kerajaan yang lain di semua peringkat dalam segala hal berkaitan dengan dasar dan pentadbiran Kerajaan Tempatan.

    Jabatan Kerajaan Tempatan

  • Jabatan Kerajaan TempatanKementerian Kesejahteraan Bandar,

    Perumahan & Kerajaan TempatanAras 25-29, No. 51

    Persiaran Perdana, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62100 PutrajayaTel: 03-8891 3000 Faks: 03-8891 3090Laman web: http://jkt.kpkt.gov.my

    Emel: [email protected]