jepun

34
BAB KANDUNGAN MUKA SURAT Pendahuluan 1-8 Sistem Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu 9-15 Politik,Ekonomi dan sosial. Sistem Pentadbiran Jepun di Sarawak 15-16 Sistem Pentadbiran Jepun di Sarawak 17-22 Politik,Ekonomi dan sosial Rumusan 22-23 Rujukan 24 1

Upload: zainalius-kibak

Post on 01-Jun-2015

993 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jepun

BAB KANDUNGAN MUKA SURAT

Pendahuluan 1-8

Sistem Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu 9-15Politik,Ekonomi dan sosial.

Sistem Pentadbiran Jepun di Sarawak 15-16

Sistem Pentadbiran Jepun di Sarawak 17-22Politik,Ekonomi dan sosial

Rumusan 22-23

Rujukan 24

1

Page 2: Jepun

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat

tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang

putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah

terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain

selain daripada mereka yang berkulit putih sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan

tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk

Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun

bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II.

Latar belakang

Sewaktu antara tempoh perperangan, strategi tentera British di Timur Tengah

dilemahkan oleh kurang perhatian dan belanjawan.

Rancangan kerajaan British bergantung sepenuhnya dengan meletakkan angkatan laut

yang kuat di Singapura, apabila berlakunya sebarang pergeseran dengan

musuh,pangkalan tentera laut Singapura dapat melindungi kepentingan British di Asia

Tenggara, Timur Tengah dan laluan ke Australia.

Sebaik sahaja Perang Dunia II meletus, Britain, Timur Tengah dan Soviet Union

dianggap lebih penting dalam pembahagian sumber tenaga manusia dan peralatan,

sehinggakan angkatan tentera udara Tanah Melayu yang dirancang antara 300 hingga

500 kapal terbang tidak pernah tercapai dan bilamana tentera Jepun menjajah dengan

dua ratus kereta kebal tentera British di Tanah Melayu tidak mempunyai walau satu

kereta kebal pun mereka kekurangan alatan peperangan dan askar.

2

Page 3: Jepun

Penjajahan Jepun

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah

Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi

(amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju

kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di

Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan

darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat

Tanah Melayu.

Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember

1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera

Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pelabuhan Pearl.

Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan

permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah

korban yang tinggi. Serangan demi serangan pihak Jepun yang menyerbu ke pantai

menyebabkan pihak British terpaksa berundur. Oleh itu, mereka bergerak dan

menawan lapangan terbang Kota Baharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun

menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl melalui udara.

3

Page 4: Jepun

Lt. Jeneral Yamashita, Komander tentera Jepun

Lt. Jeneral Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu

4

Page 5: Jepun

Lockheed Hudson Mk V

Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor

Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of

Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah

tempat pendaratan Jepun di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun

menyerang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran

Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.

Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah

satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju

Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.

Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star

pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember

1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang

5

Page 6: Jepun

mendudukinya pada hari yang sama. Kebangkitan Jepun sebagai sebuah kuasa

imperialis bermula dengan pemerintahan Maharaja Meiji pada tahun 1868. Ia dikenali

sebagai Kebangkitan Meiji. 2. Kemenangan Jepun yang telah menewaskan Russia

dalam Perang Russia-Jepun pada tahun 1905 menyebabkan Jepun dianggap sebagai

kuasa besar. Jepun menakluki Korea dan Manchuria pada tahun 1931, dan sebahagian

besar timur negara China sejak tahun 1937.

Sebab-sebab Jepun menakluki Asia Tenggara ialah hendak mendapatkan bahan

mentah bagi kegiatan industrinya, mendapatkan pasaran baru bagi barangan buatan

Jepun ,mendapatkan kawasan baru untuk pertanian dan menampung penduduknya

yang semakin bertambah, Kebangkitan pengaruh ketenteraan Jepun dalam pentadbiran

serta Amerkia Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun. Ini

menyebabkan Jepun terdesak dan menyerang Asia Tenggara.

Jepun dalam propagandanya telah menggunakan slogan dalam melaksanakan dasar

perluasan kuasa untuk mempengaruhi penduduk Asia Tenggara. Slogan itu ialah Asia

untuk Asia – bermaksud : negara Asia untuk orang Asia dan ia tidak wajar dijajah Barat

dan Semangat Asia- bermaksud negara Asia juga kuat. Kawasan Kesemakmuran

Bersama Asia Timur Raya –bermaksud : rancangan Jepun mewujudkan zon ekonomi di

kalangan negara negara Asia.

Sebab Kejayaan Tentera Jepun Di Tanah MelayuTentera British

Tentera British di Tanah Melayu tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun.

Lagipun, British tidak menyangka serangan akan dilancarkan dari bahagian

6

Page 7: Jepun

utara.Dengan itu, pertahanan British tertumpu di selatan terutamanya di Singapura.

Pihak British yakin pertahanan di Singapura tidak dapat ditembusi oleh tentera

Jepun.Tambahan pula, British telah tersilap jangkaan mengenai kekuatan dan

kecekapan tentera Jepun.Pada masa yang sama, British telah menumpukan

perhatiannya dalam perang menentang Kuasa-kuasa Paksi di Eropah.British tidak

mampu menghantar lebih banyak kapal-kapal perang dan tentera untuk

mempertahankan tanah jajahannya di Timur.

Berikutan peristiwa kemusnahan kapal Prince of Wales dan Repulse, kebanyakan

tentera British mula kehilangan semangat untuk berperang.Kapal-kapal tersebut

ditenggelamkan kerana kekurangan kapal terbang untuk melindunginya dari

udara.Askar-askar India dalam tentera British hilang kepercayaan apabila pengintip-

pengintip Jepun menyebarkan khabar angin yang mencemarkan nama orang British.

Kekuatan Tentera Jepun

Tentera Jepun mempunyai rancangan serangan yang teliti. Tenteranya telah

dilengkapkan supaya bersedia menyerang Tanah Melayu.Sebelum serangan

dilancarkan, Jepun menjalankan pengintipan di seluruh Asia Tenggara.Dengan cara

tersebut, mereka dapat mengumpul maklumat lengkap tentang keadaan bentuk muka

bumi Tanah Melayu untuk mengatur strategi serangan.Melalui pengintipan, pihak Jepun

mendapat tahu bahawa pertahanan di Singapura sukar ditembusi dari laut. Oleh itu,

mereka menyerang dari utara.Askar-askar Jepun juga menerima latihan khas dalam

peperangan di hutan.

7

Page 8: Jepun

Jeneral Yamashita merupakan seorang pemimpin tentera yang berkebolehan dan

berkaliber. Beliau mempunyai banyak pengalaman.Tambahan pula, pasukan Jepun

mempunyai angkatan tentera yang kuat lagi lengkap.Kapal terbang perang jenis Zero

telah membolehkan tentera Jepun menguasai ruang udara.Tentera Jepun juga

menggunakan kereta kebal.

Untuk menempuh hutan dengan lebih mudah, cepat dan senyap, tentera Jepun

menggunakan basikal dalam kemaraannya ke bahagian selatan Tanah Melayu.Askar-

askar Jepun mempunyai disiplin dan semangat nasionalisme yang kuat.Juruterbang

Jepun rela melakukan serangan kamikaze ketika menyerang pangkalan laut Amerika di

Pearl Harbour.Serangan jenis ini memerlukan pengorbanan nyawa sendiri untuk

membunuh musuh.Penduduk tempatan juga banyak memberi bantuan dan kerjasama

kepada pihak Jepun.Mereka percaya bahawa Jepun akan menunaikan janjinya selepas

ia membebaskan negara mereka daripada kuasa-kuasa Barat.

8

Page 9: Jepun

Sistem Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu

Politik

Ketika pendudukan Jepun, pentadbiran negara dikuasai sepenuhnya oleh Jepun.Sistem

pentadbiran yang diamalkan oleh Jepun ialah kerajaan tentera dan dikenali sebagai

Pemerintahan Tentera Tanah Melayu.Tanah Melayu dan Sumatera disatukan di bawah

satu pentadbiran.Pusat kerajaan Jepun ialah di Singapura atau Syonan.Tanah Melayu

dibahagikan kepada 7 buah wilayah. Setiap wilayah diperintah oleh seorang Gabenor

Jepun.

Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Thailand pada akhir tahun

1943 sebagai tanda penghargaan Jepun kepada kerajaan Thailand.Gabenor Jepun di

peringkat negeri menerima arahan terus daripada ketua pemerintah tentera Tanah

Melayu.Jepun menganggap Tanah Melayu sebagai tanah jajahannya dan enggan

mengiktiraf taraf raja-raja Melayu sebagai Sultan.

9

Page 10: Jepun

Akan tetapi, pihak Jepun terpaksa mengubah dasarnya terhadap raja-raja Melayu.Ini

kerana pihak Jepun berpendapat bahawa orang Melayu tidak akan menentang mereka

sekiranya Sultan-sultan dilayan dengan baik.Maka, raja-raja Melayu dibenarkan

menggunakan gelaran 'Sultan' dan mereka diberi kuasa ke atas perkara-perkara yang

menyentuh adat resam Melayu dan agama Islam.

Elaun juga akan diberi kepada Sultan-sultan dan ini bergantung kepada kerjasama

yang diberikan kepada pihak Jepun.Jepun tidak mempunyai ramai pegawai untuk

mengendalikan pentadbiran Tanah Melayu.Oleh itu, orang Melayu diambil untuk

menyandang jawatan-jawatan pentadbiran yang dahulunya dikhaskan untuk orang

British.

Pentadbiran Pusat

Pentadbiran Tanah Melayu diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera.Jepun

memerintah Tanah Melayu sebagai sebuah tanah jajahan.Pada mulanya, Tanah

Melayu dan Sumatera disatukan tetapi pada April 1943, Sumatera diasingkan.Negeri-

negeri Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang dan Melaka

yang dikelaakan sebagai daerah diletakkan di bawah kawalan Gabenor atau

'Mayor'.Negeri-negeri Melayu Utara terletak di bawah pemerintahan Siam.Setiap

daerah dibahagikan lagi kepada kawasan kecil untuk memudahkan pentadbiran dan

kawalan iaitu kampung,Jiran tetangga dan keluargaSistem pendaftaran keluarga

dijalankan dan setiap keluarga diberi sijil yang bergelar 'Sijil Kehidupan Dan

Keamanan'.

10

Page 11: Jepun

Majlis Mesyuarat Negeri

Sebelum pendudukan Jepun, Sultan-sultan adalah Pengerusi Majlis Mesyuarat

Negeri.Akan tetapi, apabila Jepun memerintah Tanah Melayu, Gabenor Jepun menjabi

Pengerusi manakala Sultan hanya merupakan Naib Pengerusi.Majlis Mesyuarat Negeri

tidak lagi diberi kuasa untuk membuat undang-undang. lahanya merupakan badan

penasihat.

Kempetai

Kempetai ialah pasukan polis Jepun yang ditubuhkan untuk menggantikan polis

tempatan.Kempetai sangat ditakuti kerana kekejaman dan cara-cara penyeksaan yang

diamalkan oleh mereka.Ramai orang yang anti Jepun dibunuh oleh Kempetai.Pasukan

kempetai menjalankan tugas dengan menyeksa dan membunuh orang yang disyaki

menentang Jepun. dan memastikan penduduk tempatan mematuhi undang-undang

pemerintahan tentera Jepun.

Semasa pemerintahan Inggeris, wujud fahaman kebangsaan yang berjuang untuk

membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Inggeris. Pergerakan ini yang

dipimpin oleh Ibrahim Yaakob, mempunyai matlamat untuk menyatukan Malaysia dan

Indonesia dengan konsep Melayu Raya. Pada Mei 1937 pergerakan ini menubuhkan

sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda. Menyedari bahawa

11

Page 12: Jepun

pertubuhan ini akan mengugat pengaruh Inggeris, pada 1940 pemimpin pertubuhan ini

telah ditangkap dan dipenjarakan. Sewaktu Jepun memerintah Tanah Melayu, kerajaan

Jepun telah membebaskan pemimpin tersebut yang kemudiannya telah menubuhkan

badan yang dikenali sebagai Pembela Tanahair (PETA).

Walau bagaimanapun disebabkan aktiviti yang dijalankan oleh PETA tidak sehaluan

dengan pemerintah Jepun, badan ini kemudiannya diharamkan. Namun begitu aktiviti

PETA masih terus berjalan dan kemuncaknya pada 1945 Ibrahim Yaakob dan Dr.

Burhanuddin telah merancang penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia yang dikenali

sebagai KRIS( Kesatuan Indonesia Semenanjung).Tetapi rancangan ini tidak sempat

dilaksanakan kerana pemerintah Jepun telah menyerah kalah. Kejayaan Jepun

mengalahkan Inggerisserta pengalaman orang Melayu memerintah Tanah Melayu yang

diberikan oleh Jepun bagi mengisi jawatan yang sebelum ini dikuasai oleh pentadbir

Inggeris juga telah berjaya membangkitkan kesedaran politik khususnya di kalangan

orang Melayu. Disebabkan kesedaran politik inilah rancangan Inggeris untuk

menubuhkan Malayan Union selepas berakhirnya pendudukan Jepun telah mendapat

tentangan yang meluas daripada orang Melayu sehingga menyebabkan rancangan

Malayan Union tidak dapat dilaksanakan.

12

Page 13: Jepun

Ekonomi

Ekonomi Tanah Melayu dieksploitasi untuk kegiatan perindustrian dan membiayai

peperangan. Mata wang Jepun diperkenalkan.pengenalan dasar ekonomi kawalan.

Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digiatkan. Catuan makanan

dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian. Layanan istimewa

diberikan kepada “kaisha”(syarikat Jepun).

Sewaktu pemerintah Inggeris meninggalkan Tanah Melayu pelbagaiinfrastruktur asas

telah dimusnahkan bagi memastikan penjajah Jepun menghadapi kesukaran untuk

membangunkan dan menguasai ekonomi Tanah Melayu. Dalam usaha memulihkan

ekonomi Tanah Melayu, pentadbiran Jepun telah memperkenalkan mata wang barudi

Tanah Melayu. Walau bagaimanapun disebabkan pengeluaran mata wang yang tidak

terkawal, inflasi telah berlaku di Tanah Melayu. Di samping itu, perdagangan import-

eksport Tanah Melayu dengan dunia luar juga semakin lumpuh. Pengeluaran getah dan

bijih timah telah terjejas teruk akibat peperangan. Pengangguran juga semakin ketara

selain beberapa keperluan asas dan barang makanan semakin sukar diperoleh.

13

Page 14: Jepun

Sosial

Pengaruh Barat dan cina dihapuskan. Sekolah Inggeris dan cina ditutup bagi

menghapuskan pengaruh Barat. Kesetiaan terhadap Jepun; kesetiaan penduduk Tanah

Melayu ditumpu kepada maharaja. Kimigayo (Lagu Kebangsaan Jepun) dinyanyikan

pada setiap pagi di sekolah. Galakan budaya Jepun apabila Nippon_go (bahasa Jepun)

menjadi bahasa pengantar di sekolah. Cuti sempena hari-hari perayaan Negara jepun

diperkenalkan. Orang melayu dilayan dengan baik untuk mendapatkan kerjasama

mereka bagi meneruskan pemerintahan. Orang Cina dilayan dengan kasar kerana

menyokong kerajaan China dalam perang China-Jepun. Orang India dilayan dengan

baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India.

Dalam usaha untuk menyemai sikap anti penjajah Barat, tentera Jepun telah

menjadikan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pendudukan Jepun

juga telah mengamalkan sikap anti-Cina. Keadaan ini menyebabkan sebahagian

daripada orang Cina telah melarikan diri ke hutan dan menyertai tentera MPAJA.

Sebaliknya pada masa yang sama, ramai orang Melayu yang bekerja dengan tentera

14

Page 15: Jepun

Jepun sebagai askar dan polis. Ini menyebabkan apabila berlakunya pertempuran

antara tentera Jepun dengan MPAJA, maka pertempuran ini melibatkan orang Melayu

dengan orang Cina. Keadaan ini secara tidak langsung telah memperlihatkan

permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Pergeseran ini semakin buruk

khususnya selepas Jepun menyerah kalah. Kesempatan ini telah digunakan oleh orang

Cina yang menganggotai MPAJA untuk membalas dendam bukan sahaja kepada orang

Melayu yang menganggotai tentera Jepun tetapi juga kepada orang Melayu yang lain.

Lantas hubungan kedua-dua kaum tersebut menjadi renggang. Di samping itu,

pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah menyebabkan taraf hidup dan kesihatan

penduduk Tanah Melayu semakin merosot dan pelbagai penyakit berjangkit telah

merebak. Kesukaran untuk mendapatkan makanan yang berzat ditambah lagi dengan

kemudahan perubatan yang terhad telah menjejaskan mutu dan tarafkesihatan

penduduk di Tanah Melayu. Di samping itu, ramai rakyat Tanah Melayu telah dikerah

untuk bertugas bagi membina landasan kereta api di antara Burma dengan Thailand,

yang juga dikenali sebagai landasan keretapi maut.

Pentadbiran Jepun di Sarawak

Pada masa tentera Jepun menyerang Sarawak ketika Raja Charles Vyner Brooke

berada di Australia.Tentera Jepun mula-mula mendarat di Miri pada 16 Disember 1941.

Walaupun kawasan lombong minyak ditawan, tentera Jepun tidak dapat memperolehi

minyak kerana semua mesin dan peralatan telah dimusnahkan oleh tentera

British.Selepas itu, Kuching dibom dan ditawan pada 25 Disember 1941.Manakala Sibu

15

Page 16: Jepun

jatuh ke tangan Jepun pada 27 Disember 1941.Askar-askar British cuba melarikan diri

ke Kalimantan tetapi ditangkap dan dijadikan orang tawanan perang di batu Lintang.

Serangan Jepun ke atas Sarawak menerima hanya sedikit tentangan kerana

pertahanan Sarawak tidak tersusun.Tambahan pula, angkatan tenteranya juga

kurangbersedia untukberperang.Sarawak hanya dipertahankan oleh pasukan tempatan

dan pasukan Regimen Punjabi. Sehubungan dengan itu, Sarawak tidak ada pemimpin

kerana Raja Charles Vyner Brooke tidak berada di Sarawak pada masa itu. Tentera

Jepun lebih ramai daripada tentera British menyebabkan mereka mudah menawan

Sarawak. Ketika itu, penduduk tidak menyangka negeri mereka akan diserang. Mereka

tidak memberi tentangan ketika diserang.

Penduduk Sarawak menderita semasa pemerintahan Jepun kerana bekalan makanan,

ubat dan pakaian amat kekurangan.Ramai penduduk ditawan dan dimasukkan ke

dalam penjara.Dengan itu, apabila pihak British menghantar tenteranya ke Bahagian

Keempat, mereka dibantu oleh penduduk tempatan.Australia juga menghantar bantuan

tentera. Pada 15 Ogos 1945, Jepun menyerah kalah.Sarawak bebas daripada

penjajahan Jepun pada 11 September 1945.

Pentadbiran Jepun di Sabah dan dan Sarawak juga bercorak ketenteraan.Negeri

Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan ke dalam satu unit pentadbiran yang dikenali

sebagai Borneo Utara. Borneo Utara dibahagikan kepada 5 wilayah

pentadbiran.Gabenor Jeneral adalah ketua tertinggi kerajaan. Beliau bertanggungjawab

ke atas sistem pentadbiran di Sabah, Sarawak dan Brunei.Pusat pentadbirannya

terletak di Kuching. la kemudiannya dipindahkan ke Sabah selepas tahun 1943.

16

Page 17: Jepun

Pentadbiran Jepun di Sabah

Pada 1 Januari 1942, Jepun menyerang Labuan, Membakut dan Beaufort.Kira-Kira satu

minggu kemudian, Jesselton (Kota Kinabalu) ditawan dan diikuti oleh Sandakan pada

19 Januari 1942.Tawau jatuh pada 24 Januari 1942 dan Lahad Datu tiga hari

kemudiannya.Pada 1 Februari 1942, tentera Jepun menduduki Kudat dan seluruh

negeri Sabah jatuh kepada tentera Jepun.Jepun memperkuatkan kedudukan mereka

dengan menubuhkan garison-garison di Pensiangan, Tenom, Keningau, Beaufort dan

Ranau.British tidak dapat mempertahankan Sabah kerana pasukan pertahanannya

Kecil dan lemah.Sabah dipertahankan oleh The North Borneo Armed Constabulary dan

Pasukan Sukarelawan yang terdiri daripada penduduk bumiputera, orang India, Cina

dan Eropah.Perdagangan di Sabah tergendala akibat serangan Jepun. Penduduk

mengalami kekurangan makanan dan barang keperluan harian.Perkhidmatan kesihatan

tidak dapat. diteruskan kerana kekurangan ubat dan alat-alat kelengkapan lain.

Wabak penyakit seperti beri-beri dan cirit-birit mengancam penduduk Sabah.Penduduk

tempatan dan orang tawanan perang dijadikan buruh paksa untuk membina jalan raya

yang menghubungkan Keningau dan Api-api.

Sabah seperti juga Sarawak berada dalam keadaan yang tenang di bawah

pemerintahan Syarikat Berpiagam Sabah. Pada 1 Januari 1942, apabila Pulau Labuan

ditawan,bilangan askar Jepun ialah kira-kira 25,000 orang. Pada bulan Mei 1942,

seluruh Sabah telah ditawan dan berada di bawah pemerintahan Jepun sehingga tahun

17

Page 18: Jepun

1945. Satu perjanjian dineterai antara pemerintahan Jepun dengan Residen Syarikat di

Jesselton pada 13 Januari 1942. Jepun membenarkan aktiviti harian seperti pertanian,

perniagaan, komunikasi, kebudayaan, pelajaran dan keagamaan diteruskan seperti

biasa. Askar Jepun ditempatkan di Jesselton dan Beaufortdan dibenarkan mendapat

bekalan makanan daripada penduduk tempatan melalui kawalann pemerintahan

tempatan askar Jepun. Pemerintah Jepun membenarkan kakitangan awam

meneruskan khidmat mereka tetapi segala urusan penting kerajaan perlu dibincangkan

dengan mereka. Polis tempatan dibenarkan mengawasi ketenteraman awam dan

menguatkuasakan undang-undang tetapi semua perkara yang berkaitan dengan aspek

persenjataan dan peluru diletakkan di bawah kawalan pemerintahan Jepun. Undang-

undang yang sedia ada diteruskan dengan memansuhkan apa-apa perundangan yang

bertentangan dengan undang-undang Jepun. Nilai mata wangJepun disamakan dengan

mata wang Sabah. Segala janji manis Jepun itu tinggal janji kosong apabila mereka

kemudiannya menghadapi pelbagai masalah dan terpaksa meneruskan pemerintahan

secara tegas dan keras.

Pada 19 Januari 1942,askar Jepun tiba di Sandakan, ibu negeri Sabah. Apabila

Gabenor Syarikat mengeluarkan arahan supaya kakitangan awam Eropah

meninggalkan tugas, mereka telah ditahan oleh Jepun,kecuali pegawai perubatan ,

jurutera elektrik dan beberapa pengembara Eropah yang berada jauh di pedalam.

Orang Eropah yang ditawan dan ditahan telah dihantar ke kem tahanan di Pulau

Berhala, Sandakan.

Sabah diletakkan di bawah pemerintahan tentera Jepun. Askar Jepun telah

membahagikan kawasan pentadbirannya kepada dua wilayah pentadbiran, iaitu

18

Page 19: Jepun

bahagian pantai barat dinamakan Seikal Shiu dan bahagian pantai timur pula sebagai

Tokai Shiu. Wilayah pantai barat merangkumi Kudat dan daerah pedalaman manakala

wilayah pantai timur pula termasuk Sandakan dan Tawau. Labuan pula dinamakn

semula sebagai Maedashima, mengambil sempena nama pemerintahan askar Jepun

yang berjaya menakluki Pulau Borneo, Jeneral Maeda. Bandar Jesselton ditukarkan

namanya kepada api-api dan Sandakan kepa Elopura

Jepun telah meletakkan seorang Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi yang

bertanggungjawab mengawasi pentadbiran di Borneo. Pada mulanya Gabenor Jeneral

ditempatkan di Kuching tetapi dipindahkan ke Sandakan selepas bulan Oktober1943.

Pemerintahan Jepun memberikan perhatian dan tumpuan kepada kawasan pedalaman.

Unit pengawal keselamaab ditubuhkan dengan dianggotai oleh penduduk tempatan dan

bertanggungjawab kepada Ketua Kampung dan Ketua Anak Negeri. Pentadbiran

kampung juga berfungsi sebagai polis rahsia dan penyebar dakyah Jepun.

Jepun mendirikan markas mereka hampir di semua kawasan pedalaman seperti di

Ranau, Keningau , Pensiangan, Penungah, Tenom, Lamag dan sebagainya. Ranau

dipilih sebagai pusat pentadbiran dan pertahanan bagi Seikai Shiu kerana

kedudukannya dapat menghubungkannya dengan daerah Pensiangan di kawasan

pedalaman Sabah. Penubuhan pusat pentadbiran di kawasan pedalaman dibuat kerana

Jepun memerlukan kawasan untuk membekalkan makanan bagi kegunaan askar Jepun

khasnya dan penduduk Sabah amnya. Penubuhan pusat-pusat pentadbiran di kawasan

19

Page 20: Jepun

pedalaman itu telah meninggalkan kesan yang penting dari segi kemajuan sisitem

perhubungan di Sabah.

Bagi mengukuhkan keselamatan negeri,askar Jepun telah ditempatkan di semua pusat

pentadbiran dan pertahanan yang diwujudkan di seluruh Sabah. Bilangannya ditambah

dengan memaksa penduduk tempatan menyertai pasukan sukarela atau Giyu Gun.

Ketua kampung juga diarah untuk mengumpulkan pemuda-pemuda kampung untuk

menjadi askar sukarela. Namun begitu, kebanyakan pemuda tempatan keberatan

menyertai pasukan tersebut. Penduduk tempatan juga dilantik sebagai anggota polis

yang baru. Terdapat juga pasukan polis tentera Jepun yang dikenali sebagai Kempeitai

ditempatkan di seluruh negeri. Jepun juga melantik beberapa orang penduduk

tempatan yang dinamakn Jikidan untuk membantu menjalankan pentadbiran dan juga

menyebarkan dakyah Jepun di peringkat kampung serta bertanggungjawab kepada

ketua kampung.

Disebabkan tumpuan yang berlebihan diberikan kepada bidang pentadbiran dan

peperangan, pembangunan sektor ekonomi telah tidak dapat dilaksanakan dengan

baik. Perkembangan ekonomi di Sabah tidak memberangsangkan. Jepun

melaksanakan dasar ekonomi kawalan iaitu bertindak memenuhi keperluan makanan

bagi penduduknya melalui kegiatan pengumpulan makanan. Kegiatan import dan

eksport terhenti akibat peperangan. Oleh itu, penduduk Sabah terpaksa melibatkan diri

dalam kegiatan yang bercorak sara diri seperti menanam padi, buah-buahan dan sayur-

sayuran. Namun demikian, masih berlaku kekurangan makanan yang menyebabkan

penduduk menghadapi kesengsaraan hidup. Rakyat menghadapi masalah kekurangan

zat makanan dan merebaknya penyakit berjangkit seperti malaria dan beri-beri.

20

Page 21: Jepun

Dari segi sosial pula,Jepun telah melaksanakan dasar penjepunan dalam semua

bidang, terutama dalam bidang pentadbiran dan pendidikan. Pelajar sekolah diajar

memuja dan mentaati Jepun untuk membina negara order baru yang berteraskan

perpaduan sejati, etika kerja yang murni dan bersemangat tinggi. Bahasa Jepun ,

Nippongo dan tulisan Jepun, tulisan Katakan dan tulisan kanji diajar di sekolah-sekolah.

Guru-guru juga digalakkkan menguasai bahasa Jepun. Semua pengaruh barat

dihapuskan dengan menutup sekolah-sekolah Inggeris dan melarang penggunaan

bahasa Inggeris di sekolah dan dalam pergaulan.

Apabila Jepun menyerang negara China pada tahun 1937, orang-orang China yang

berada di seberang laut, termasuk yang berada di Sabah telah menghantar bantuan ke

negara mereka melalui sumbangan kepada tabung peperangan Kerajaan China.

Selepas Jepun menguasai Sabah, layanan buruk diberikan kepada orang China kerana

sifat dendam mereka. Penduduk Cina yang dewasa dikenakan membayar cukai kepala

sebanyak $6.00 seorang. Pada pertengahan tahun 1942, penduduk Cina di Sabah

dikehendaki memberikan sumbangan sebanyak $1,000,000 kepada pemerintah Jepun

sebagai derma atau sumbangan untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada

Jepun.kesukaran untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan dan membayar

sumbangan wang menyebabkan tauke-tauke Cina melarikan diri ke kawasan yang jauh

dari bandar dan memulakan kehidupan dengan berkebun. Contohnya, orang Cina di

bandar Kota Kindabalu telah melarikan diri ke kawasan Kinarut dan Penampang,

manakala orang Cina di Sandakan ke Batu Sapi dan Pasir Putih.

Penduduk peribumi yang dicurigai oleh Jepun, khususnya yang pernah berkhidmat

sebagai polis dan askar sukarela Syarikat Berpiagam Sabah menerima layanan buruk.

21

Page 22: Jepun

Kebanyakan orang Eropah, termasuk tahanan perang dan pegawai tadbir dipenjarakan.

Tahanan perang ditempatkan di Pulau Berhala di Sandakan pada peringkat awal tetapi

kemudiannya dipindahkan ke kem tahanan di Kuching. Penduduk peribumi juga dikerah

menjai buruh paksa untuk membina jalanraya dan landasan kapalterbang di Jesselton,

Sandakan, Kudat dan Keningau. Jepun juga membenci agama Kristian kerana

perkaitan agama tersebut dengan British. Golongan mubaligh Kristian yang berbangsa

Eropah dan juga Cina dipenjarakan dan gereja-gereja mereka dirampas untuk dijadikan

stesen radio dan pelbagai kegunaan lain.

Rumusan

Pendudukan dan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah

meninggalkan pelbagai kesan yang merangkumi aspek-aspek politik, sosial, ekonomi

dan nasionalisme kepada penduduk tempatan. Di samping kesan-kesan negtif seperti

penindasan, penderitaan dan kezaliman terdapat juga kesan positif akibat daripada

dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak Jepun. Kesan jangka panjang yang berlaku

ialah wujud semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat iaitu keinginan untuk

memerintah sendiri dan mencapai kemerdekaan. Penjajahan Jepun dapat memberi

pengajaran kepada rakyat..

Berdasarkan aspek pengukuran di atas Jepun sebenarnya gagal dalam menjana

ekonomi Tanah Melayu dan Sarawak dan Sabah. ini merupakan salah satu sebab

mengapa Jepun akhirnya ditentang oleh masyarakat pribumi. Sebagai kesimpulannya,

niat negara-negara Imperialisme ini bukan untuk merubah negara yang dijajah mereka,

22

Page 23: Jepun

tetapi lebih kepada mencari keuntungan untuk memantapkan mereka sebagai sebuah

kuasa besar dunia. Dalam hal ini, Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah

keadaan sosial , politik dan ekonomi Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.Pengalaman

hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya

semangat nasionalisme Melayu.Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan

mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada

kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.

23

Page 24: Jepun

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)

KOD KURSUS : TH10203 SEJARAH MALAYSIA: ABAD

KE-20 HINGGA PRA KEMERDEKAAN

TUGASAN : 4. Bandingkan corak pemerintahan Jepun di Tanah

Melayu dengan Sarawak dan Sabah.

NAMA : ZAINALIUS KIBAK

NOMBOR MATRIK : CT10210836

24

Page 25: Jepun

25